You are on page 1of 5

PANTUN EMPAT KERAT

Pergi ke kedai tergesa-gesa Hendak membeli gula Melaka Malaysia maju rakyat sentosa Negara aman bebas merdeka

Sesak sungguh di kaki lima Penat berjalan sakitlah peha Malaysia Boleh slogan bersama Asalkan ada daya usaha

Terketar-ketar si penjual roti Hendak seberang sebatang titi Berbudi bahasa hormat menghormati Jadilah warga elok pekerti

Dapur kotor mahu disental Habis tertumpah kuah laksa Jatidiri hendaklah kental Semangat waja membangunkan bangsa