SCE3109 Tenaga dalam Kimia

TAJUK 1

TERMOKIMIA

1.0 Sinopsis Termokimia ialah suatu kajian tentang perubahan tenaga yang menyertai suatu tindak balas kimia. Dalam tajuk ini, anda akan diberi pendedahan tentang jenis tenaga dan perubahan tenaga. Anda juga akan mengkaji tentang Hukum Pertama Termodinamik, pemuliharaan tenaga, tenaga dalam dan pemindahan tenaga, tindak balas eksotermik dan endotermik.

1.1 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti pelbagai jenis tenaga; 2. Menyatakan perubahan tenaga; 3. Mendefinisi konsep pemuliharaan tenaga/ Hukum Pertama Termodinamik; 4. Menerangkan konsep tenaga dalam dan pemindahan tenaga; 5. Menerangkan tindak balas eksotermik dan endotermik; 6. Melaksanakan aktiviti PCK untuk mengajar tajuk kurikulum yang sesuai.

1

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

1.2 Kerangka Tajuk

Termokimia

Sifat Tenaga

Perubahan Tenaga

Hukum Pertama Termodinamik

Pemuliharaan Tenaga

Tenaga Dalam dan Pemindahan Tenaga

Tindak balas eksotermik dan endotermik

Rajah 1.1 Kerangka Tajuk

1.3 ISI KANDUNGAN 1.3.1 Jenis Tenaga Tenaga ialah sesuatu yang berkemampuan untuk membuat kerja atau memberi haba. Ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Tenaga digunakan dalam semua bidang seperti menggerakkan jentera, menyalakan lampu elektik, memasak makanan, menggerakkan kenderaan dan sebagainya. Tenaga wujud dalam berbagai bentuk seperti yang berikut: • • • • •

Tenaga kimia Tenaga kintetik Tenaga keupayaan Tenaga haba Tenaga elektrik 2

3. Tenaga kinetik adalah tenaga yang disebabkan oleh gerakan sesuatu objek. Sekiranya pintu empangan dibuka. air tersimpan dalam empangan mempunyai tenaga keupayaan graviti kerana berada tinggi dari paras. apabila air dari empangan dibiarkan terjun. air akan turun dipengaruhi oleh graviti dan membuat kerja memutarkan janakuasa bagi menghasilkan tenaga elektrik. Di samping itu. Tenaga keupayaan ialah tenaga yang disebabkan oleh kedudukan sesuatu objek. Setiap molekul air juga mempunyai tenaga keupayaan kimia yang disebabkan oleh daya tarikan dan penolakan elektrostatik dalam setiap atom dan di antara atom.2 Sifat Tenaga Tenaga wujud dalam dua bentuk asas iaitu tenaga keupayaan dan tenaga kinetik. tenaga keupayaannya bertukar kepada tenaga kinetic akibat dari pergerakan air tersebut. Sebagai contoh. jenis atom dalam bahan.SCE3109 Tenaga dalam Kimia • • • Tenaga cahaya Tenaga bunyi Tenaga nuklear 1. 3 . Sebagai contoh. Tenaga kinetik sesuatu bahan dikait rapat dengan gerak rawak dan tetap atom atau molekulnya dan berkadar dengan suhunya. bilangan dan jenis ikatan yang menggabungkan atom dan cara penyusunan atomnya. Sistem kimia mengandungi kedua-dua tenaga keupayaan dan tenaga kinetik. Tenaga keupayaan sesuatu bahan bergantung kepada komposisinya. molekul air mempunyai tenaga terma disebabkan oleh putaran. getaran dan gerak rawak molekul.

SCE3109 Tenaga dalam Kimia Layari Internet (1 jam) Layari internet untuk mengumpulkan maklumat tentang pelbagai sumber tenaga di Malaysia. Hukum Pemuliharaan Tenaga atau Hukum Pertama Termodinamik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh ditukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.4 Hukum Pertama Termodinamik/Pemuliharaan Tenaga Apabila tenaga berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Rajah 1.2 berikut menunjukkan beberapa contoh perubahan bentuk tenaga.2 Perubahan bentuk tenaga 1.3. jumlah tenaga adalah tetap.3 Perubahan tenaga Semua bentuk tenaga adalah saling bertukaran antara satu sama lain.3. Kategorikan sumber tenaga itu sebagai tenaga yang boleh diperbaharui atau tenaga yang tidak boleh diperbaharui 1. Tenaga kimia Perubahan tenaga tenaga haba dan tenaga cahaya Tenaga elektrik Tenaga kinetik Tenaga elektrik Tenaga kimia Tenaga haba Tenaga kimia Tenaga cahaya Tenaga elektrik Tenaga bunyi Tenaga kimia Tenaga cahaya Contoh Pembakaran bahan api seperti kerosin dan sebagainya Bateri Perubahan air kepada stim yang menggerakkan dynamo bagi menghasilkan tenaga elektrik Letupan mercun Fotosintesis Penyalaan mentol elektrik Rajah 1. Tenaga dipulihara. 4 .

Sistem dan sekitar membentuk semesta. w. bahan dan hasil tindak balas adalah merupakan sistem. hanya haba dihilangkan kepada sekitarnya. 1. air kopi panas dalam cawan. misalnya dalam suatu ujikaji. air panas yang disimpan dalam termos. iaitu (a) Sistem terbuka Dalam sistem terbuka. air kopi panas dalam cawan yang tertutup rapat. Sistem boleh dibahagikan kepada 3 jenis.5 Tenaga dalam dan permindahan tenaga Dalam termokimia. tiada tenaga atau jirim yang dapat berpindah. hanya tenaga sahaja dapat dipindahkan kepada sekitarnya. Misalnya. kedua-dua tenaga dan jirim dapat dipindahkan daripada suatu sistem kepada sekitarnya. Perpindahan tenaga ini menjejaskan jumlah keseluruhan tenaga.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Memikir (2 jam) Lukiskan satu siratan tenaga yang menunjukkan pengubahan pelbagai jenis bentuk tenaga dalam kehidupan anda. E yang 5 . Misalnya.3. Sekitar adalah bahagian luar system. sistem adalah bahagian dari semesta yang akan dikaji. iaitu tenaga dalam. (b) Sistem tertutup Dalam sistem terbuka. Misalnya. makmal dan sebagainya. Perpindahan tenaga berlaku dalam bentuk haba q atau kerja. (c) Sistem terpencil atau tersekat Pada sistem ini. Haba dihilangkan kepada sekitarnya manakala wap (sebagai jirim) juga turut meruap ke sekitarnya. misalnya kelalang.

Bagi suatu sistem terpencil atau tersekat.3. Efinal < Einitial Sebaliknya tenaga yang mengalir masuk kepada sistem daripada sekitarnya mempunyai tanda positif kerana sistem tadi mengalami pertambahan haba. disebut perubahan tenaga dalam. di mana ∆E = Efinal . haba dipindahkan dari sekitar ke sistem. Pada praktiknya. Dalam tindak balas eksotermik.SCE3109 Tenaga dalam Kimia terdapat dalam sistem tersebut. Rajah 1.6 Tindak balas eksotermik dan endotermik Haba yang terlibat dalam sesuatu tindak balas kimia disebut secara umum sebagai haba tindak balas. adalah sesuatu yang tidak mungkin bagi kita memisahkan suatu tindak balas kimia dengan sekitarnya kerana bahan kimia yang kita gunakan sentiasa berada dalam keadaan bersentuhan dengan sekitarnya. ΔE. Haba tindak balas ini merupakan kuantiti haba yang bertukar di antara sistem dengan sekitarnaya apabila suatu tindak balas kimia berlaku di dalam sistem tersebut pada suhu tetap. kita masih boleh mengukur akan perubahannya sahaja. Ini merupakan suatu pernyataan lain bagi Hukum Pertama Termodinamik yang boleh dituliskan sebagai Jumlah tenaga dalam suatu sistem terpencil atau tersekat adalah tetap. Efinal > Einitial 1. Namun begitu. haba dipindahkan dari sistem ke sekitar manakala dalam tindak balas endotermik.Einitial Efinal ialah tenaga dalam keadaan akhir sistem Einitial ialah tenaga dalam keadaan awal sistem Sebarang tenaga yang mengalir keluar daripada sistem kepada sekitarnya mempunyai tanda negatif kerana sistem tersebut mengalami kehilangan haba. jumlah tenaga dalam adalah tetap kerana tiada tenaga atau jirim yang dapat berpindah.3 6 . Jumlah tenaga dalam. E sesuatu sistem terdiri daripada jumlah semua tenaga terma dan tenaga kimia untuk setiap molekul atau ion dalam sistem itu.

4 Profil Tenaga Tindak Balas Endotermik 7 .3 Profil Tenaga Tindak Balas Eksotermik Kandungan Haba.SCE3109 Tenaga dalam Kimia menunjukkan profil tenaga bagi tindak balas eksotermik dan Rajah 1. H H2O (g) bahan ∆H = .4 menunjukkan profil tenaga bagi tindak balas endotermik. Kandungan Haba .44 kJ mol-1 (haba dibebaskan) H2O (l) hasil haluan tindak balas Rajah 1. H H2O(g) ∆H = + 44 kJ mol-1 (haba diserap) H2O (l) haluan tindak balas Rajah 1.

Asas Kimia. & Bursten.edu/guide/hughes/energyconservation. (2000). Chemistry: The Central Science..).. http://www. Memerhati telefon yang berdering.4 Rujukan Ramli Ibrahim (2001). New Jersey: Prentice Hall. Tarik satu belang getah. Lemay.html (Hukum Pemuliharaan Tenaga) 8 .k12. Nyalakan sesuatu lilin.E. jawab soalan berikut: Apakah yang anda telah pelajari daripada aktiviti di atas? Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang mengajar topik ini? Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran anda.L. Masukkan dua bateri ke dalam kereta mainan dan pasangnya. Pasangkan kalkulator yang berkuasa solar.E. Laksanakan aktiviti yang berikut dan nyatakan perubahan tenaganya.wvusd.us/webdocs/Thermochem/Law-Cons-Mass-Energy. Brown. 1. (8th ed. B.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Perbincangan ( 2 jam) Aktiviti PCK 1 untuk mengkaji perubahan tenaga. bagaimanakah anda boleh membantu pelajar anda untuk mengatasi masalah pembelajaran atau miskonsepsi mereka? 1. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini? Apakah masalah pembelajaran/miskonsepsi pelajar dalam pembelajaran topic perubahan tenaga? Sebagai guru.html (Hukum Pemuliharaan Tenaga) http://dbhs.ca. T.fi. H. i) ii) iii) iv) v) vi) Pasangkan lampu meja. Pada akhir aktiviti ini. Puchong: Uni-Ed.

0 Sinopsis Sesetengah nukleus atom tidak stabil dan mereput secara spontan dengan memancarkan sinaran zarah alfa. 2. anda akan diberi pendedahan tentang alat pengesanan sinaran radioaktiviti.2 Kerangka Tajuk Kimia Nuklear Alat Pengesan Sinaran Radioaktiviti Kesan Biologi Radiasi Penggunaan kimia nuklear Figure 15. maka sinaran tadi boleh memberikan kesan terhadap organism secara biologi. Namun ini. Menjelaskan berbagai alat pengesan radioaktiviti. Menerangkan kesan biologi radiasi terhadap manusia.SCE3109 Tenaga dalam Kimia TAJUK 15 KIMIA NUKLEAR 15.1 Hasil Pembelajaran 1. adalah penting sinaran ini dapat dikesani. kesan biologi radiasi dan penggunaan kimia nuklear. Dalam tajuk ini. 3. Sinaran ini bergerak menembusi jisim dan mengion molekul. beta dan gama. Menerangkan berbagai penggunaan kimia nuklear.1 Kerangka Tajuk 9 . 15. 15.

aluminium dan plumbum dengan ketebalan yang berbeza untuk membolehkan sinaran radiasi melaluinya. Tingkap Aluminium membolehkan sinaran gama melaluinya. filem itu diproses dan dari ini kadar pendedahan akan menunjukkan dos radiasi yang diserap oleh seseorang pada masa itu. Jika dos radiasi terlalu tinggi. Lencana ini ialah suatu bekas plastik dengan sekeping filem fotografi di dalamnya yang terdedah apabila terkena radiasi.3.. filem fotografi bertukar warna kepada hitam.1 Alat Pengesan Sinaran Radioaktiviti Sinaran nukleus boleh dikesan menggunakan alat pengesan seperti berikut: a) Lencana filem fotografi b) Pengesan Sintilasi c) Tiub Geiger-Muller d) Elektroskop Kerajang Emas e) Kebuk Awan f) Pengira Spark Lencana filem fotografi Lencana filem fotografi biasanya digunakan oleh orang yang bekerja di sekitar yang mendedahkan mereka kepada radiasi.SCE3109 Tenaga dalam Kimia 15. 10 .3 Isi Kandungan 15. Di depan filem fotografi terdapat berbagai tingkap seperti kertas. Selepas seketika masa.

Prinsip asas alat ini ialah penggunaan suatu bahan misalnya fosfor yang boleh memancarkan kilauan cahaya apabila ianya disinari oleh radiasi.3 menunjukkan proses suatu pengesan sintilasi. Rajah 15. .2 Lencana Filem Fotografi (Sumber: http://images. 11 .SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15.com) Pengesan Sintilasi Pengesan sintilasi adalah alat pengesan radiasi yang boleh menghitung zarah dipancarkan daripada nukleus radioaktif. Bilangan kilauan atau sintilasi se unit masa adalah berkadar dengan bilangan radiasi yang memukul permukaan suatu bahan.goggle.

goggle. Urutan ini berterusan sehingga ke dinod terakhir di mana denyut elektron sekarang sudah berjuta kali lebih besar daripada di awal tiub. Tiub Geiger-Muller Tiub Geiger-Muller adalah alat pengesan radiasi yang beroperasi atas prinsip bahawa ion terbentuk apabila radiasi melalui tiub yang diisikan dengan gas pada 12 .3 Pengesan Sintilasi (Sumber: http://images. Kilauan yang dihasilkan oleh proses sintilasi dipancarkan melalui tingkap optik ke dalam tiub „photomultiplier „. Bahagian pertama „photomultiplier‟ ialah foto katod yang menghasilkan elektron apabila cahaya memancar ke atasnya. Denyut ini dikesan dan dipamerkan di atas alat pengukur. Elektron ini akan ditarik kepada suatu siri plat yang dipanggil dinod melalui aplikasi voltan tinggi positif. beberapa elektron dihasilkan yang kemudian akan ditarik kepada dinod kedua di mana penggandaan elektron berlaku.com) Bahan yang biasa digunakan ialah kristal natrium iodida yang mengandungi talium (II) iodida sebagai fosfor untuk mengesan zarah alfa. elektron dikumpulkan di anod pada hujung tiub dan membentuk denyut elektronik.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15. Pada takat ini. Apabila suatu elekton daripada foto katod memukul dinod pertama.

kadar kiraan latarbelakang ditolak daripada kadar kiraan yang didapati.4 menunjukkan proses dalam tiub Geiger-Muller manakala Rajah 15. Arus ringkas ini dibesarkan dan dibilang menggunakan alat pengira seperti meter kadar atau skala sebagai satu kiraan.5 adalah suatu tiub Geiger-Muller. Pancaran radiasi masuk ke dalam tiub melalui tingkap mika dan mengion gas argon dengan mengeluarkan electron daripada molekulnya.4 Proses dalam Tiub Geiger-Muller (Sumber: http://images. Rajah 15. Rajah 15. Dalam tiub itu terdapat dua elektrod pada voltan tinggi dengan tanda bertentangan.com) 13 . Ion dan electron yang dihasilkan oleh pengionan radiasi membolehkan pangaliran denyut arus elektrik ringkas di antara elektrod. Bilangan kiraan se unit masa adalah berkadar dengan jumlah radiasi yang melalui tiub GeigerMuller.goggle. Alat ini terdiri daripada suatu tiub logam yang diisikan dengan gas pada tekanan seperti argon. Zarah alfa dan beta boleh dikesan secara langsung menggunakan tiub Geiger-Muller.SCE3109 Tenaga dalam Kimia tekanan rendah. Apabila tiub Geiger-Muller digunakan untuk mengesan pancaran radioaktif.

manakala caj dengan polariti yang sama akan menolak kerajang emas dan menyebabkannya mencapah. Elektroskop juga boleh dicaj tanpa sentuhan dengan objek bercaj melalui induksi elektrostatik.com) Elektroskop kerajang-emas Elektroskop kerajang emas terdiri daripada sebatang logam tegak biasanya loyang dan pada hujungnya tergantung dua keping selari keranjang emas.5 Tiub Geiger-Muller (Sumber: http://images. Untuk melindungi kerajang emas daripada angin sejuk. Jika suatu objek bercaj di bawa berdekatan dengan terminal elektroskop. Rajah 15. kerajang emas akan mencapah dalam bentuk “V”. Caj dengan polariti yang bertentangan dengan objek bercaj akan tertarik kepada terminal. Suatu terminal logam diletakkan di atas di mana caj yang diuji digunakan.goggle. ia diletakkan dalam suatu botol gelas.6 menunjukkan proses dalam Elektroskop Kerajang Emas.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15. 14 . Apabila terminal logam disentuh dengan objek bercaj. kerajang emas juga mencapah kerana medan elektrik objek menyebabkan batang elektroskop untuk mencapah. Elektroskop digunakan untuk mengesan kehadiran caj. biasanya terbuka di bawah dan dipasangkan kepada suatu tapak.

6 Proses dalam Elektroskop Kerajang Emas (Sumber: http://images.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15.goggle.com) Kebuk Awan (Cloud Chamber) Kebuk awan Wilson ialah alat untuk memerhati laluan pergerakan zarah radioaktif.8 menunjukkan keratan rentas suatu kebuk awan. Rajah 15. 15 .7 menunjukkan suatu kebuk awan dan Rajah 15.

8 Keratan Rentas Kebuk Awan (Sumber: http://images.goggle.goggle.com) 16 .SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15.7 Kebuk Awan (Sumber: http://images.com) Rajah 15.

9 Pengira Spark (Sumber: http://images. Apabila omboh ditarik ke bawah dengan cepat.com) 17 . Maka. Zarah alfa akan menyebabkan pengionan udara dan menghasilkan suatu discaj percikan api yang dikesan oleh pengira. wap air akan mengkondensasi atas ion iaitu laluan caj. Rajah 15. Pengira Spark Pengira Spark ialah suatu alat khas untuk mengesan zarah alfa. Jika terdapat suatu zarah bercaj dalam keadaan tepu melampau ini. isipadu kebuk akan mengembang dan suhu akan menurun.goggle. Cahaya dicerahkan dari tepi untuk melihat jejak zarah dengan jelas.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Bahagian atas dan bawah kebuk ditutup oleh gelas yang bergaris pusat beberapa sentimeter. Ia mengandungi kasa logam dengan suatu wayar di bawahnya dan disambungkan kepada bekalan kuasa. Pada bawah kebuk terletak suatu omboh. Udara dalam kebuk ini ditepukan dengan wap air. menjadikan udara dalam kebuk tepu melampau dengan wap.. kita boleh lihat jejaknya. Sumber zarah alfa ialah plutonium-209 yang disimpan dalam bekas plumbum tertutup.

Di luar badan.2 Kesan biologi radiasi Kerosakan yang dihasilkan oleh radiasi begantung kepada tenaga radiasi. 15.3. sinaran gama adalah sangat merbahaya kerana ia dapat menembusi tisu manusia dengan berkesan.goggle. Kesan biologi radiasi boleh dikategorikan sebagai pendedahan masa panjang dan masa pendek.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15.10 Penggunaan Pengira Spark (Sumber: http://images.com) Memikir (1 jam) Banding bezakan berbagai alat pengesan sinaran radioaktiviti dengan menggunakan penyusun grafik. tempoh pendedahan radiasi dan sama ada sumber radiasi di dalam atau di luar badan. 18 .

perubahan ini mengakibatkan mutasi genetik atau kanser. (b) Pendedahan radiasi yang kuat masa pendek bercenderung memusnahkan tisu di tempat yang didedahkan dan mengakibatkan sindrom radiasi merisik seperti rasa mual. baca artikel dalam laman web berikut: http://hps. Membuat Nota (2 jam) Untuk mendapat kefahaman mendalam tentang kesan biologi radiasi. Radikal ini yang kekurangan elektron sangat reaktif dan boleh menyebabkan tindak balas dalam bahan stabil sel organisma hidup. Radiasi tenaga tinggi boleh membuangkan elektron daripada sebatian dan menghasilkan radikal atau radikal bebas dalam tisu yang dilaluinya. kekurangan sel darah putih.org/publicinformation/ate/faqs/consumerproducts. keletihan. (c) Pendedahan radiasi juga boleh menyebabkan kemandulan. muntah.SCE3109 Tenaga dalam Kimia (a) Pendedahan radiasi masa panjang menghasilkan pembinaan radikal bebas yang menyebabkan mutasi genetik atau kanser. 19 .ht mll Buat nota ringkas tentang bacaan anda dan kongsikan pengetahuan ini dengan rakan sekerja anda. cirit birit dan kekurusan sederhana. kehilangan selera. sakit tekak. kemusnahan sistem badan. penuaan awal. berdarah dalam dan akhirnya maut. Jika tindak balas ini melibatkan bahan genetik seperti gen dan kromosom. Kemusnahan cepat tisu menjadikan radiasi kuat sebagai suatu alat yang sesuai untuk rawatan setengah-tengah kanser.

SCE3109 Tenaga dalam Kimia 15. Tiroid yang reaktif menyerap lebih iodin dan membentuk suatu tompok panas manakala kelenjar yang tidak aktif menyerap sedikit iodin dan membentuk tompok sejuk. Laluan iodin-123 dalam badan atau penyetempatan dalam tiroid diekori. Cobalt-60 digunakan untuk rawatan kanser untuk memusnahkan sel kanser yang membahagi dengan sangat cepat.11 Rawatan Kanser Tiroid (Sumber: http://images. Iodin-123 digunakan sebagai penyurih radioaktif bagi rawatan kanser tiroid. Misalnya. Rajah 15.3.goggle.com) Juga. . Suatu skan tiroid yang dihasilkan selepas pentadbiran iodin-123 radioaktif akan menunjukkan tempat kanser. Iodin-123 radioaktif diserap oleh kelenjar tiroid dan digunakan untuk menghasilkan hormon tiroksin. Sinaran gama digunakan untuk mensterilkan alat pembedahan 20 .. Sedikit iodin-123 ditadbirkan dalam badan pesakit.4 Penggunaan kimia nuklear Kimia nuklear digunakan dalam berbagai bidang. (a) Rawatan Perubatan • Bahan radioaktif banyak digunakan dalam rawatan perubatan sebagai penyurih radioaktif diagnostik untuk mengenal pasti sesuatu penyakit.

Bahan radioaktif juga digunakan untuk mengawal ketebalan bahan seperti kertas dengan menggunakan pengira Geiger-Muller.12 Pengesanan Kebocoran Paip Bawah Tanah (Sumber: http://images. Karbon-14 digunakan untuk menentukan umur barang purba walaupun telah berumur beberapa ratus ribu tahun. Tumbuhan menggunakan karbon dioksida yang mengandungi karbon-14 untuk proses fotosintesis. Karbon-14 hadir di atmosfera dalam bentuk karbon dioksida. maka mengurangkan bahaya kepada organisma berdekatan paip itu. haiwan akan 21 .goggle. Misalnya. Rajah 15.SCE3109 Tenaga dalam Kimia (b) Industri Bahan radioaktif digunakan untuk mengenal pasti kebocoran paip bawah tanah. Suatu bahan radioaktif yang betindak sebagai penyurih dimasukkan ke dalam air paip. Selanjutnya. Bahan radioaktif haruslah bahan yang mengeluarkan sinaran gama kerana sinaran gama boleh menembusi paip logam dan tanah untuk dikesani oleh pengira Geiger-Muller.com) (c) Kaji Purba/Arkeologi Bahan radioaktif boleh digunakan untuk menetapkan tarikh bahan antik atau fosil. Sinaran gama juga mempunyai setengah hayat yang pendek. Sinaran alfa dan beta tidak sesuai digunakan untuk mengesan kebocoran paip kerana mempunyai kuasa penembusan yang rendah. maka mengenal pasti di mana tempat kebocoran paip itu.

Fosfor-32 digunakan sebaagi pengesan untuk mengkaji penyerapan dan penggunaan fosfat oleh tumbuh-tumbuhan. Pentarikhan karbon-14 hanya boleh digunakan bagi bahan yang mempunyai umur tidak melebihi 50 000 tahun sahaja. Karbon-14 digunakan untuk mengkaji laluan karbon dalam fotosintesis tumbuh-tumbuhan. (d) Pengawetan Makanan Bahan radioaktif juga digunakan untuk mensterilkan makanan untuk pengawetan supaya ia tahan lebih lama. 22 . nisbah karbon-14 dengan karbon-12 mulai berkurangan kerana pereputan karbon-14 yang berterusan dengan kadar yang kecil. Apabila hidupan tadi mati. pentarikhan dilakukan dengan menggunakan isotop uranium-238. Ia juga digunakan untuk menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baru. (g) Kuasa Nuklear Pembelahan nukleus secara berantai dengan kawalan terkawal dalam reaktor nuklear menghasilkan kuasa nuklear yang mampu memenuhi bekalan elektrik setiap sektor masyarakat. Nisbah keduadua karbon inilah yang menjadi kunci penentu tentang tarikh mati hidupan. maka padanya terdapat karbon-14. (e) Pertanian Sinaran gama digunakan untuk mensterilkan haiwan peliharaan. Ia juga digunakan untuk menghalang percambahan kentang dan sayur-sayuran supaya boleh disimpan lebih lama. (f) Senjata Nuklear Proses transmutasi nukleus bahan radioaktif secara pembelahan dan pelakuran digunakan untuk menyediakan bom atom dan bom hidrogen yang digunakan sebagai senjata nuclear. bagi yang lebih lama lagi daripada tempoh ini.SCE3109 Tenaga dalam Kimia memakan tumbuhan tadi.

Lemay.4 Rujukan Brown. (2000) Chemistry-The Central Science. Sediakan satu poster tentang kelebihan dan kelemahan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Malaysia. Tuliskan satu refleksi sebanyak 200 perkataan tentang pengalaman anda semasa menyediakan latihan ini.J.E. Bursten. http://hps.wikipedia. New Jersey:Prentice Hall.kenyon.com/topic/nuclear-reactor (Tenaga nuklear) http://en...E.wikipedia.org/publicinformation/ate/faqs/consumerproducts.R.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Mengumpul Maklumat (2 jam) Kumpulkan maklumat mengenai cara menguruskan bahan radioaktif. New Jersey: Prentice Hall. Latihan (2 jam) Kumpulkan maklumat mengenai penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif yang bermanfaat bagi umat manusia. Sebarkan maklumat yang disediakan kepada orang lain dengan mempamerkan poster ini di papan buletin sekolah anda.L. T. B.H. Third Edition. Senaraikan langkah keselamatan yang boleh diambil dalam pengurusan bahan radioaktif. Fay.org/wiki/Nuclear_reactor_technology (Tenaga nuklear) 23 . McMurry.answers.org/wiki/Geiger-M%C3%BCller_tube (Tiub Geiger-Muller) http://physics. (2001) Chemistry. Eighth Edition.. 15.edu/EarlyApparatus/Static_Electricity/Electroscope/Electros cope.html (Elektroskop Kerajang Emas) http://www.C.html (kesan biologi radiasi) http://en.

Tenaga dalam sesuatu system ialah (A) jumlah semua tenaga kinetik komponennya (B) jumlah semua tenaga ikatan komponennya (C) jumlah semua tenaga keupayaan komponenya (D) jumlah semua kinetik dan keupayaan komponenya 2.35 kJ (D) 3135 kJ 3. Tenaga dalam (E) sesuatu sistem bertambah Keadaan manakah yang berikut akan menghasilkan keputusan tersebut di atas? (A) (B) (C) (D) Haba yang dihilangkan oleh sistem Kerja dilakukan oleh sistem pada sekitar Kerja dilakukan pada sistem oleh sekitar Sistem menambahkan haba dan melakukan kerja pada sekitar 5.18 Jg-10C-1) (A) 31. Rajah 1 menunjukkan tenaga profil sesuatu tindak balas: 24 . Manakah yang berikut akan berlaku apabila sesuatu logam X berkarat? (A) Atom X diturunkan (B) Atom X menambahkan elektron (C) Logam X bertindak sebagai katod (D) Nombor pengoksidaan X bertambah 4.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Latihan 1 1. Tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 250 ml air daripada 28 0C kepada 58 0C ialah (Haba kapasiti khusus air ialah 4.35 J (B) 3135 J (C) 31.

Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan lain-lain 25 . (a) Nyatakan dua kegunaan radioaktiviti. pensterilan bahan pengawetan. (b) Bincangkan kepentingan pengurusan bahan radioaktif yang sesuai. 2. Semak jawapan anda. 4. Scan CAT. perubatan seperti rawatan penyakit tiroid. D C D C B Latihan 2 1. (a) penarikhan bahan radioaktif karbon. 3. (b) Bincangkan kesan biologi radiasi terhadap manusia.SCE3109 Tenaga dalam Kimia P+Q Tenaga X + Y P + Q ΔH X + Y haluan tindak balas Manakah pernyataan berikut yang benar? (A) (B) (C) (D) Tindak balas menyerap tenaga Tenaga dihilangkan kepada sekitar Kadar tindak balas adalah perlahan Tindak balas memerlukan mangkin Latihan 2 1. Latihan 1 1. 2. 5. pensterilan alatan pembedahan. pengesan asap. mengenal pasti kebocoran paip bawah tanah. (a) Bincangkan kegunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif yang bermanfaat manusia.

(a) Senjata Nuklear Proses transmutasi nukleus bahan radioaktif secara pembelahan dan pelakuran digunakan untuk menyediakan bom atom dan bom hidrogen yang digunakan sebagai senjata nuclear. Ini adalah untuk menentukan radiasi dalam had yang selamat.. • Makmal radiasi harus mempamerkan simbol radiasi untuk memberi amaran kepada orang awam tentang kehadiran sumber radioaktif. • Pekerja radiasi mesti memakai pakaian pelindungan khas dan sarung tangan untuk melindingi badan mereka daripada radiasi. melecur kulit badan dan maut. • Jagaan besar harus diambil dalam pembuangan sisa bahan radioaktif nuklear. kemusnahan system badan. penuaan awal. Bekas luar harus dilabel dengan jelas sebagai “Sumber Radioaktif”. • Forsep digunakan untuk mengambil sumber radioaktif yang lemah manakala sumber radioaktif yang kuat diuruskan dengan alat kawalan remot melalui skrin gelas-plumbum. maka sesesorang mesti berada pada jarak selamat apabila berurusan dengan bahan radioaktif. merosakan organ dalam. • Pengadang plumbum tebal mesti dipasang di antara sumber radioaktif kuat dan pekerja radiasi. • Pekerja yang menguruskan sumber radioaktif mesti memakai lencana filem untuk mengesan dos radiasi yang diterimanya. • Bekas plumbum dengan dinding beberapa sentimetre tebal biasanya digunakan untuk menyimpan sumber radioaktif. (iii) Pengadang – Bila sahaja. Sebagai contoh. (b) Pengurusan bahan radioaktif • Faktor yang perlu diambil kira: (i) Masa pendedahan kepada radiasi perlu dikurangkan terutama apabila menggunakan sumber bahan radioaktif. (ii) Jarak – Seseorang harus menjauhkan diri jika boleh daripada sumber radioaktif. kemandulan. 2. tembok plumbum.SCE3109 Tenaga dalam Kimia (b) Terangkan bagaimana mutasi sel mengakibatkan kanser. berdarah dalaman. Oleh kerana kesan sinaran bahan radioaktif pada umumnya membahayakan kesihatan. aluminium atau simen digunakan untuk mengadang sumber radioaktif. Kuasa Nuklear Pembelahan nukleus secara berantai dengan kawalan terkawal dalam reaktor nuklear menghasilkan kuasa nuklear yang mampu memenuhi bekalan elektrik setiap sektor masyarakat. semasa pembelahan nuclear dalam reactor 26 .

banyak sisa radioaktif nuklear dihasilkan. Penulenan berterusan air dalam nadi reactor dijalankan untuk mengurangkan radioaktivitinya. 27 .SCE3109 Tenaga dalam Kimia nuklear.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful