TAJUK 2

TERMOKIMIA

SINOPSIS Topik ini adalah mengenai muatan haba, muatan haba tentu dan muatan haba molar bagi sesuatu bahan. Alat yang digunakan untuk menentukan muatan haba ini adalah kalorimeter serta contoh bagaimana mengira muatan haba bahan juga dibincangkan. akan

HASIL PEMBELAJARAN 1. Mendefinisikan muatan haba 2. Mendefinisikan muatan haba tentu dan muatan haba molar 3. MengenaI pasti cara untuk menggunakan aktiviti PCK untuk mengajar bidang kurikulum yang sesuai.

KERANGKA TAJUK

2.1 Kalorimeter

2.2 Muatan Haba Definisi dan contoh Activities Exercises Termokimia
2.3 Muatan Haba tentu dan Muatan Haba Molar Definisi dan contoh

2.4 Contoh Pengiraan

Kalorimeter ini sesuai untuk mengukur haba daripada tindakbalas yang menggunakan larutan.2. Adakah anda tahu bagaimana haba yang dipindahkan dalam sesuatu tindakbalas itu diukur dengan tepat? Alat yang digunakan untuk tujuan ini ialah kalorimeter.1 Kalorimeter Anda telah mempelajari dalam tajuk lepas bahawa dalam sesuatu tindakbalas berkemungkinan haba dibebaskan ke persekitaran atau diserap dari persekitaran. Ia ditetapkan pada tekanan atmosfera. Termometer Penutup Bekas Penebat Pengacau Rajah 1: Kalorimeter Mudah Kalorimeter yang lebih kompleks ialah kalorimeter bom. kalorimeter pada tekanan tetap atau kalorimeter cawan dan kalorimeter pada isipadu tetap atau kalorimeter bom. Ia digunakan untuk mengukur haba yang dibebaskan dari tindakbalas yang melibatkan pembakaran. Terdapat dua jenis kalorimeter. termometer dan penutup. Kalorimeter yang paling mudah adalah kalorimeter cawan yang terdiri daripada sebuah bekas yang ditebat dengan sebatang pengacau. Tindakbalas dijalankan di dalam bekas dan haba yang diserap atau dibebaskan diukur melalui perubahan suhu. Sampel dimasukkan ke dalam cawan kecil yang diletakkan dalam ruang beroksigen di dalam .

Bahan tindakbalas dibakar menggunakan arus elektrik dan haba yang terlibat diukur melalui perubahan suhu air. Termometer Air Sampel yang dibakar Penebat Cawan sampel Bom keluli Rajah 2: Kalorimeter Bom Rajah 3: Keratan Rentas Kalorimeter Bom .bekas keluli yang dikenali sebagai bom keluli. Bom keluli ini dimasukkan ke dalam bekas bertebat yang diisi air.

suhu yang meningkat adalah bergantung kepada muatan haba kalorimeter tersebut dan kandungannya. Contohnya satu baldi penuh dengan air mempunyai muatan haba yang lebih besar daripada satu cawan penuh air disebabkan saiznya yang lebih besar. Melayari Internet (1 jam) Layari internet untuk mengumpulkan maklumat tentang pelbagai jenis termometer dan fungsi setiap satu 2.Prinsip asas dalam penggunaan kalorimeter ialah: Haba yang dibebaskan dari tindakbalas = haba yang diserap oleh persekitaran Haba yang diserap oleh bahan tindakbalas = haba yang dibebaskan oleh persekitaran *Persekitaran adalah merujuk kepada kalorimeter atau kalorimeter dan air. Muatan haba (C) ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak 1o C. lebih besar dan nilai muatan haba ini bergantung kepada saiz objek atau bekas dan kandungannya. .2 Muatan Haba Apabila kalorimeter dan kandungannya menyerap kuantiti haba tentu. C : Muatan haba q : Kuantiti haba yang dipindahkan ∆T: Perubahan suhu C=q ∆T Berdasarkan formula ini dapat dilihat bahawa muatan haba bahan akan menjadi lebih besar jika kuantiti haba yang diperlukan untuk perubahan suhu itu.

01 0.4 Contoh Pengiraan Semasa membuat pengukuran haba yang terlibat dalam sesuatu tindakbalas menggunakan kalorimeter. kita harus membuat beberapa andaian.864 2.1 24.4 24.3 Haba tentu dan Muatan Haba Molar Bagi membandingkan sifat sesuatu bahan muatan haba tidak boleh digunakan kerana ia bergantung kepada saiz bekas dan bahan tersebut.902 0.5 36. Tiada haba yang hilang ke persekitaran semasa tindakbalas berlaku. Perbandingan sifat bahan boleh dibuat menggunakan haba tentu dan muatan haba molar ini kerana jisim dan mol telah ditetapkan bai kedua-dua kuantiti ini. Haba yang dibebaskan oleh bahan tindakbalas semuanya diserap oleh air kalorimeter dalam .03 4. Nilai haba tertentu dan muatan haba molar bagi beberapa bahan adalah seperti Jadual 1 di bawah.4 25.3 Jadual 1: Haba Tentu dan Muatan Haba Molar Beberapa Bahan 2.6 75. Bahan Udara (kering) Aluminium Kuprum Emas NaCl Air (Pepejal) Air (cecair) Haba Tertentu (Jg -1 C -1 ) 1. Berkait rapat dengan haba tentu ialah muatan haba molar ( Cm ) iaitu kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu bagi 1 mol bahan sebanyak 10C.4 50. 1.179 Muatan Haba Molar (Jmol -1 C -1 ) 29. Haba tentu boleh digunakan untuk tujuan ini.385 0. Haba tentu ialah ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu bagi 1 g bahan sebanyak 1 o C .129 0.2.

Haba tentu larutan adalah sama dengan haba tentu air 3.6 oC = 6. (Haba tertentu larutan: 4.4 x 102 J Contoh 2 Anggapkan Coca Cola mempunyai haba tentu yang sama dengan air iaitu 4.6 – 25 = 7. mendakan putih terbentuk dan suhu berubah dari 25 o C kepada 32. 4.18Jg-1 oC-1) Penyelesaian: Jisim larutan = 10 ml + 10 ml = 20 ml = 20 g Haba tentu = 4.18Jg-1 oC-1 Perubahan suhu = 32. Hitung kuantiti haba yang dibebaskan dalam tindakbalas ini.2.18Jg-1 oC-1 Hitungkan kuantiti haba yang dibebaskan apabila 350 g Coca Cola disejukkan dari 25 C kepada 3o C o .18Jg-1 oC-1 x 7. Kalorimeter menyerap kuantiti haba yang boleh diabaikan Jadi kuantiti haba yang terlibat dalam sesuatu tindakbalas boleh dikira seperti berikut: Kuantiti haba (J) = Jisim Bahan (g) x Haba Tentu (Jg -1 C -1 ) x Perubahan suhu (o C) q = m x c x ∆T Contoh 1 Apabila 10.0 ml larutan Argentum Nitrat 1M ditambah kepada larutan natrium klorida 1 M di dalam kalorimeter.6 oC. Jadi jisim bagi 1 ml larutan ialah 1 g.6 oC Kuantiti haba yang dibebaskan = 20 g x 4. Ketumpatan larutan sama dengan ketumpatan air iaitu 1g/ml.

18Jg-1 oC x 22 o C = 32186 J = 32.Penyelesaian: Kuantiti haba yang dibebaskan = 350 g x 4.4 Jg-1 oC = 186 J 10 g x 4 o C Perbincangan (2 jam) Tenaga haba boleh dihasilkan dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.186 kJ Contoh 3 Tentukan haba tentu bahan X jika sebanyak 186 J haba diperlukan untuk menaikkan suhu 10 gram sampel tersebut dari 25 o C menjadi 29 o C Penyelesaian: Kuantiti haba = Jisim x Haba tentu x Perubahan suhu Haba tentu = Kuantiti haba Jisim x perubahan suhu = 4. . Bandingkan tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui dengan menggunakan gambarajah pengurusan grafik yang sesuai.

. Sama ada kita sedar atau tidak proses elektrokimia ini yang terjadi secara semula jadi atau hasil ciptaan manusia. Bagaimanapun kakisan besi adalah proses elektrokimia yang berlaku secara semulajadi dan telah menjejaskan kehidupan manusia. Proses elektrokimia pula ialah tindakbalas redoks di mana tenaga telah dibebaskan dan ditukarkan kepada tenaga elektrik atau sebaliknya. Kedua-dua aplikasi elektrokimia ini akan dibincangkan dalam tajuk ini. Menyatakan apliksasi elektrokimia dalam kehidupan harian Menerangkan kakisan besi dan cara mengelaknya . 2.TAJUK 10 ELEKTROKIMIA SINOPSIS Elektrokimia adalah satu bidang kimia yang berkaitan dengan perhubungan antara tenaga elektrik dan tenaga kimia. telah terlibat dan mempengaruhi kehidupan seharian kita. HASIL PEMBELAJARAN 1.

1 Bateri Bateri primer .Bateri zink klorida . Ini bermakna bateri jenis ini boleh melalui beratus-ratus proses discas ketika menggunakannya dan proses cas apabila dilalukan elektrik kepadanya. Apabila semua bahan tindakbalas bertukar kepada hasil tindakbalas.Bateri alkali Bateri sekunder . arus elektrik tidak akan dihasilkan lagi.Bateri kering .1 Bateri Satu daripada aplikasi elektrokimia dalam kehidupan harian ialah bateri.Bateri nikel ion Bateri bahan api Aplikasi Elektrokimia 10. Bateri ialah alat yang dapat mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik.Bateri plumbum asid . Bateri terbahagi kepada tiga jenis iaitu: Bateri primer atau sel primer: Tindakbalas dalam bateri ini tidak boleh berbalik. Terdapat juga bateri yang mengandungi dua atau lebih sel voltan yang disambung secara bersiri untuk meningkatkan jumlah voltan yang dapat dibekalkan.KERANGKA TAJUK 10. Bateri sekunder atau sel sekunder: Tindakbalas dalam sel ini boleh berbalik di mana hasil tindakbalas boleh membentuk bahan tindakbalas semula apabila arus dilalukan kepadanya (proses mengecas). Ada bateri yang mengandungi satu sel voltan (voltaic cell) dengan dua elektrod dan elektrolit yang sesuai.2 Kakisan besi Proses elektrokimia dalam kakisan besi Cara mengelak kakisan besi 10. .

Istilah ini diberikan berdasarkan teori yang menyatakan bahawa anod adalah terminal di mana elektron dibebaskan oleh sesuatu bahan dan katod adalah terminal di mana elektron diterima oleh sesuatu bahan. Semua jenis bateri ini melibatkan tindakbalas redoks yang kemudiannya menghasilkan tenaga elektrik.5 V tenaga elektrik akibat daripada tindak balas redoks yang berlaku di dalamnya. tindakbalas pengoksidaan akan berlaku di terminal negatif (anod) dan tindakbalas penurunan akan berlaku di terminal positif. Penutup Bekas zink (Anod) Pasta MnO2 (katod) Rod karbon Pasta NH4 Cl + ZnCl2 (elektrolit) Rajah 1: Bateri Kering . (katod). a) Bateri Primer: Bateri kering/ sel kering Bateri kering adalah sel kimia yang paling biasa digunakan dan membekalkan 1.Bateri bahan api: Bateri ini ialah bateri yang hanya akan berfungsi apabila bahan api di bekalkan secara berterusan atau secara tetap ke dalamnya dan hasil tindakbalas juga dikeluarkan secara tetap darinya. Anda boleh melihat dalam semua tindakbalas dalam bateri.

Sebab itu bateri ini disebut juga bateri zink-karbon. Ia terdiri daripada zink yang bertindak sebagai bekas dan juga elektrod negatif bagi bateri ini dan karbon yang disaluti dengan campuran manganum dioksida dan serbuk karbon sebagai elektrod positif. alat kawalan jauh (remote control). kalkulator.dan lain-lain. radio transistor. Elektrod sel ini menggunakan bahan kimia yang lebih tulen. dan memberikan voltan yang yang lebih tetap dalam tempoh masa yang lebih lama. jam. pencukur elektrik.→ H2(g) + 2NH3(ak) 2MnO2(p) + H2(g)→ Mn2O3(p) + H2O(c) Gas ammonia akan bergabung dengan ion zink membentuk ion komplek Zn(NH 3)22+. Sementara elektrolitnya ialah pasta zink klorida dan ammonium klorida.Bateri ini biasanya dilabelkan sebagai bateri kegunaan umum. Biasanya ia dilabelkan sebagai “Heavy Duty” seperti juga sel alkali dan dapat membekalkan tenaga elektrik 50 % lebih tinggi . Boleh digunakan pada semua alat mudah alih yang berkuasa rendah seperti lampu suluh. Ia hanya berfungsi untuk meningkatkan kekonduksian elektrik dalam sel. Tindakbalas kimia yang berlaku dalam bateri ini adalah seperti berikut: Elektrod negatif: Zink akan dioksidakan kepada ion zink Zn(p) → Zn2+(ak) + 2 eElektrod positif: Ion ammonium dalam elektrolit akan menerima elektron di terminal ini dan berlaku tindakbalas seperti berikut: 2NH4+(ak) + 2 e. Bateri zink klorida Bateri zink klorida adalah hasil penambahbaikan dari bateri kering. Tindakbalas keseluruhannya adalah: Zn(p) + 2MnO2(p) + 2NH4+(ak) → Mn2O3(p) + Zn(NH3)22+(ak) + H2O(c) Serbuk karbon yang dicampurkan dengan manganum dioksida tidak mengambil bahagian dalam tindakbalas ini.

Tindakbalas redoks yang berlaku dalam bateri ini adalah seperti berikut: Anod (-) Katod (+) Zn (p) + 2 OH.(ak) Serbuk zink (Anod) + Kalium hidroksida. Tindakbalas keseluruhan dalam bateri zink klorida ialah Zn(p) + 2 MnO2(p) + ZnCl2(ak) + 2 H2O(c) → 2 MnO(OH)(p) + 2 Zn(OH)Cl(ak) Cuba fikirkan apakan bahan yang dioksidakan dan bahan yang diturunkan dalam sel zink klorida ini. ammonium klorida digantikan dengan kalium hidroksida atau natrium hidroksida. Anod dan katod bagi bateri ini sama dengan bateri zinkkarbon. Bateri alkali tahan lebih lama kerana logam zink sebagai anodnya mengkakis kurang cepat dalam keadaan bes berbanding dalam keadaan asid. KOH (elektrolit) Rajah 2: Bateri Alkali . Bateri alkali Konsep pembinaan bateri ini adalah sama dengan bateri zink-karbon cuma dalam bateri alkali.dari bateri kering zink-karbon. pencukur elektrik. Ia digunakan dalam alat elektrik seperti jam. KOH (elektrolit) Penutup anod Gasket Bekas Pemisah MnO2 (Katod) + Kalium hidroksida. Ia dapat membekalkan tenaga elektrik 500 % lebih tinggi dari bateri kering dan dilabelkan sebagai „heavy duty”.(ak) -------> ZnO (p) + H2O (c) + 2e- 2 MnO2 (p) + 2e. Yang berbezanya ialah elektrolitnya yang diperbuat daripad zink klorida sahaja. dan alat permainan.+ H2O ( c) -------> Mn2O3 (p) + 2 OH. lampu suluh. radio.

Anod bagi bateri ini ialah logam plumbum dan katod pula ialah plumbum (II) oksida yang disalut pada logam plumbum. . Plumbum (II) sulfat akan terurai kepada Plumbum (II) oksida semula. Bateri ini terdiri daripada enam sel asid-plumbum yang disambung secara bersiri dan disebut juga bateri basah kerana elektrolitnya dalam bentuk cecair iaitu asid sulfurik cair. Tetapi apabila bateri ini disambungkan kepada sumber elektrik ia akan dicas semula. Semasa digunakan mendakan Plumbum (II) sulfat akan terbentuk dan menyaluti elektrod. Ia membekalkan tenaga elektrik 12V dan biasanya digunakan sebagai sumber tenaga elektrik bagi kenderaan.b) Bateri Sekunder Bateri Plumbum Asid Bateri ini adalah salah satu bateri bolehcas yang diguna secara meluas di seluruh dunia. Ini menjadikan kuasa bateri semakin berkurang. PbO2 ditampal dalam jaringan Pb (katod) Pb ditampal dalam jaringan Pb (anod) Pemisah Rajah 3: Bateri Plumbum Asid Tindakbalas redoks yang berlaku di dalam bateri semasa digunakan (discas) dan semasa mengecas ditunjukkan pada Rajah 3. jentera berat. kapal selam dan alat kecemasan di hospital.

Fikirkan Teliti Rajah 4 dan kenal pasti bahan yang dioksidakan dan diturunkan dalam bateri plumbum asid semasa mendiscas dan semasa mengecas. Rajah 4: Tindakbalas Redoks Dalam Bateri Plumbum Asid .

Bateri litium-ion lebih mahal tetapi ia boleh digunakan pada julat suhu yang lebih luas dan boleh dicas semula. Anod Katod Rajah 5: Bateri Ion Litium Semasa digunakan (discas). kamera. Semasa mengecasnya semula di mana arus dari luar dibekalkan. . PDA dan iPod Anod bagi bateri ini ialah grafit dan katod pula samada lapisan nipis oksida (seperti litium atau kobalt oksida). Ia digunakan sebagai bateri kepada alat-alat elektronik seperti komputer riba. MP3. telefon bimbit. polianion (seperti litium ferum posfat) atau litium manganese oksida. ion litium akan bergerak dari katod ke nod semula.Bateri Litium Ion Penggunaan teknologi terkini dalam bidang komunikasi dan elektronik menjadikan bateri litium ion amat berguna.Elektrolitnya terdiri daripada campuran karbonat organik seperti ethylene karbonat atau dietil karbonat yang mengandungi ion kompleks litium. Ia mempunyai ketumpatan tenaga yang tinggi dan perlu masa yang lebih lama untuk dicas semula walaupun saiznya lebih kecil dan lebih ringan. elektron dibebaskan di anod dan ion litium bergerak dari elektrod negatif (anod) ke elektrod positif (katod) melalui elektrolit dan pemisah.

. agen pengoksidaan dibekalkan bagi mengoksidakan bahanapi tersebut. juga jenis logam lengai. Hanya 40 % daripada tenaga kimia hasil pembakaran bahanapi dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik. Di katod pula.Anod Discas Katod Cas Rajah 6 : Proses Dalam bateri Ion Litium Anod: 6C (p) + xLi+ (ak) + xecas Lix C6 (ak) discas Katod: LiCoO2 – (ak) + xecas discas c. Ia terdiri daripada anod lengai (inert anodes) di mana agen penurunan atau bahanapi dibekalkan dan kemudiannya dioksidakan. Oleh kerana pembakaran adalah sejenis tindakbalas redoks maka pertukaran tenaga kimia dalam bahanapi kepada tenaga elektrik boleh dibuat secara elektrokimia. Bateri bahan api Bahan api fosil adalah sumber utama tenaga tetapi pertukaran bahanapi fosil ini kepada tenaga elektrik adalah satu proses yang tidak efisien. Elektrolit biasanya adalah larutan kalium hidroksida panas. Bahanapi yang digunakan boleh dalam bentuk gas dan cecair. Li1-xCoO2 (ak) + xLi+ (ak) Bateri bahan api ialah sel elektrokimia yang memerlukan bahanapi dibekalkan secara berterusan di anod untuk dapat berfungsi.

Sel ini biasanya digunakan dalam kapal angkasa dan kapal selam.. Ia terdiri daripada karbon poros yang mengandungi nikel sebagai anod.(ak) 2H2O (c) (Penurunan) Tindakbalas kimia yang berlaku ini akan ditukarkan kepada tenaga elektrik selagi bahan api terus dibekalkan secara tetap di anod dan hasilnya iaitu air sentiasa dikeluarkan secara tetap dari sel. Tindakbalas redoks dalam sel ini adalah seperti berikut: 2H2 (g) + 4OH. Nikel dan nikel oksida yang digunakan ini bertindak sebagai mangkin kepada tindakbalas.Satu contoh bateri bahan api yang paling mudah ialah sel bahan api hydrogen-oksigen.(ak) O2 (g) + 2H2O (c ) + 4e 2H2 (g) + O2 (g) Anod: Katod: 4H2O (c) + 4e (Pengoksidaan) 4OH. Rajah 7: Bateri Bahan api Hidrogen-Oksigen . karbon poros yang mengandungi nikel dan nikel oksida sebagai katod serta larutan kalium hidroksida panas sebagai elektrolit.

Kumpulkan maklumat tentang jenis bateri yang lain dan lengkapkan maklumat dalam jadual seperti di bawah Sel kimia Sel merkuri Berbentuk butang Membekalkan arus 1.Mengumpul Maklumat Membuat Nota Jadual berikut menunjukkan komponen dan kegunaan dua jenis bateri. tetapi menggunakan bahan kimia yang berlainan. Di sini akan dibincangkan asas elektrokimia dalam proses kakisan dan seterusnya kita akan melihat bagaimana prinsip elektrokimia digunakan untuk mencegah besi dari mengalami kakisan.2 Kakisan Besi a) Proses Elektokimia dalam Kakisan Besi Tindakbalas yang berlaku di dalam bateri adalah sumber penting kepada penghasilan arus elektrik. . Terminal (-) Zink Terminal (+) Merkuri (II) oksida Elektrolit Campuran zink hidroksida dan larutan kalium hidroksida Larutan kalium hidroksida Kegunaan Digunakan dalam jam tangan dan kamera Digunakan dalam alat-alat elektrik seperti gerudi. Kadmium Nikel (IV) oksida 10. peralatan di taman.2V Sel nikel-kadmium Beroperasi dengan prinsip yang sama seperti akumulator asid-plumbum. dan alatalat mudah alih yang lain serta lampu kecemasan. Tindakbalas yang sama terjadi semasa kakisan besi tetapi ia boleh menyebabkan satu fenomena yang sangat tidak diingini.

Cu. Kakisan sesuatu logam boleh dipercepatkan dengan kehadiran elektrolit seperti asid dan larutan garam.Kakisan bagi sesuatu logam berlaku apabila logam kehilangan elektron secara spontan dan dioksidakan untuk membentuk ion logam. Mg. Logam ini akan bertindak sebagai elektrod negatif. Ini bermaksud logam magnesium lebih cepat terkakis jika bersentuhan dengan argentum berbanding jika ia bersentuhan dengan logam zink dengan kehadiran elektrolit yang sama. Logam yang lebih elektropositif akan menderma elektron (mengalami pengoksidaan) dan terkakis. adalah lebih elektropositif daripada kuprum. Logam itu dikatakan terkakis dan terhakis sedikit demi sedikit. magnesium dikatakan terkakis dan menipis sedikit demi sedikit. manakala logam yang kurang elektropositif akan menjadi elektrod positif di mana berlakunya tindakbalas penurunan padanya. Ini adalah kerana logam tersebut adalah lebih cenderung untuk melepaskan elektron untuk membentuk ion logam. Kakisan logam secara elektrokimia merupakan satu tindak balas redoks yang berlaku apabila dua logam yang berlainan keelektropositifan bersentuhan dalam satu elektrolit. . kehilangan elektron untuk membentuk ion magnesium. aluminium. M (p) Mn+ (ak) + ne.(pengoksidaan) Sebagai contoh jika magnesium. Mg2+. Kedudukan logam dalam siri elektrokimia adalah seperti Jadual 1di bawah. Ini kerana aluminium. Cu. Al. Kadar kakisan sesuatu logam juga boleh dipercepatkan jika keduadua logam yang bersentuhan itu berada pada kedudukan yang lebih jauh antara satu sama lain dalam siri elektrokimia. Al . adalah lebih mudah terhakis berbanding dengan kuprum. Sebagai contoh. Mg (p) Mg2+ (ak) + 2e- Logam yang terletak di atas siri elekrokimia (lebih elektropositif) lebih mudah terkakis.

Siri elektrokimia / Siri redoks K Na Ca Mg Al Zn Semakin kurang elektropositif (Semakin sukar mengkakis) Fe Sn Pb (H) Cu Hg Ag Au Jadual 1: Siri Elektrokimia Kakisan besi yang lebih dikenali sebagai pengaratan besi amat penting untuk dipelajari kerana besi digunakan secara meluas di dunia ini dan kesan dari proses pengaratan ini akan menyebabkan kerugian yang besar. . Proses pengaratan besi berlaku dengan adanya air dan oksigen dan berlaku mengikut lima peringkat seperti yang diterangkan dalam Rajah di bawah.

Titisan air OH - Fe 2+ OH - Katod O2+ 2H2O+ 4e - Katod 4OH - Anod Fe Fe + 2e 2+ - O2+ 2H2O+ 4e - 4OH - Besi Di pusat titisan air (anod/terminal negatif). mengalir Peringkat [Type a2 ke pinggir titisan air melalui besi. besi. elekton diterima oleh oksigen terlarut dan air. Anod: Fe Fe2+ + 2e- Elektron yang terbebas oleh besi. Fe. Fe2+. OH-. kehilangan elektron dan dioksidakan kepada Peringkat 1 ion ferum (II). Besi terkakis. Peringkat 3 Di pinggir titisan air (katod/terminal positif). Fe. Ion ferum(II). Fe2+ terlarut dalam air. Katod: O2(g)+ 2H2O(ce)+ 4e4OH-(ak) (penurunan) . dan diturunkan kepada ion hidroksida.

Ion ferum(II). . Peringkat 4 bergabung membentuk pepejal hijau ferum(II) hidroksida. Fe(OH)2 Fe2+(ak) + 2OH-(ak) Fe(OH)2 (p) Ferum(II) hidroksida. Fe(OH)2 . dan zink. bersentuhan dengan suatu logam lain yang lebih elektropositif seperti magnesium. kemudian dioksidakan oleh oksigen dalam udara kepada pepejal perang Peringkat 5 ferum(III) oksida terhidrat. aluminium. OH-. dan ion hidroksida. Fe. Fe2O3. Al.xH2 O (p) karat Rajah 8: Proses dan Peringkat Pengaratan Besi) Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini.xH2 O (karat) 2Fe(OH)2 (p) oksigen di udara Fe2O3. besi tidak terkakis walaupun lapisan pelindungi logam lain itu telah tercalar. Jika besi. Fe2+. Mg. Ini adalah kerana logam yang lebih elektropositif ini lebih mudah membebaskan elektron dan akan terkakis dengan lebih cepat. logam berlainan yang bersentuhan dengan besi dapat mempercepatkan atau memperlambatkan pengaratan (kakisan) besi. manakala logam yang kurang elektropositif akan dilindungi daripada terkakis. Zn.

Kaedah mencegah pengaratan besi Pengaratan besi akan berlaku berterusan selagi besi bersentuhan dengan air/wap air dan oksigen. Tetapi jika saduran itu rosak dan cat telah terkeluar. besi akan mula berkarat semula. Besi tidak akan berkarat selagi saduran logam atau cat itu masih elok. b. Besi di kawasan perindustrian terkakis (berkarat) dengan lebih cepat kerana kilang mengeluarkan gas berasid seperti sulfur dioksida . besi boleh disadur dengan logam lain yang lebih tahan kakisan seperti timah. SO2. yang larut dalam air hujan membentuk hujan asid. nitrogen dioksida. dan hidrogen sulfida. NO2. Hujan asid bertindak sebagai elektrolit untuk mempercepatkan pengaratan besi. Lapisan air Stanum Besi Fe Fe 2+ O2 + 2 H2O 4OH- 2e 2e Fe Fe 2+ Rajah 9: Penyaduran Besi dengan Stanum . perak dan lain-lain mengikut kegunaan. H2S.Kakisan besi dapat dipercepatkan dengan kehadiran elektrolit seperti asid atau larutan garam. Besi juga boleh dicat atau disapu dengan minyak. Pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi mengelakkan besi dari berkarat dan asas kepada kaedah-kaedah ini adalah seperti berikut: Mengelakkan permukaan besi dari bersentuhan dengan air/wap air dan oksigen Menyadurkan besi dengan logam yang lebih aktif dari besi dalaam Siri Elektrokimia Perlindungan katod (Cathodic protection) Mengelakkan permukaan besi dari bersentuhan dengan air/wap air dan oksigen Bagi tujuan ini. emas. Contohnya penyaduran besi dengan satu lapisan stanum.

Fe melepaskan elektron dan dioksidakan kepada ion ferum(II). Dalam kes ini: a) Logam ferum. bertindak sebagai anod (terminal negatif). logam zink digunakan sebab ia murah dan dapat melekat dengan kuat pada permukaan besi. elektron-elektron diterima oleh oksigen terlarut dan air dan diturunkan kepada ion-ion hidroksida. Ini kerana besi adalah lebih elektropositif daripada stanum. Menyadurkan besi dengan logam yang lebih elektropositif dari besi dalam Siri Elektrokimia Proses ini disebut juga penggalvanian. Fe2+. Selain dari itu. OH-. Tetapi besi akan terkakis (berkarat) dengan lebih cepat jika lapisan pelindung stanumnya telah tercalar. O2(g)+ 2H2O(c)+ 4e4OH-(ak) (penurunan) d) Logam ferum terkakis dengan lebih cepat. Atom ferum.Fe. Melalui kaedah ini besi biasanya disadurkan dengan satu lapisan logam zink yang merupakan sejenis logam yang terletak di atas dari besi dalam Siri Elektrokimia.Besi akan dilindungi oleh stanum dari bersentuhan dengan air/wap air dan oksigen di udara menyebabkan besi tidak berkarat. Kaedah ini menggunakan prinsip elektrokimia yang menyatakan logam yang lebih elektropositif lebih mudah terkakis dan boleh melindungi logam yang kurang elektropositif daripadanya dari terkakis. c) Di katod.(pengoksidaan) b) Elektron-elektron yang terbebas mengalir ke bahagian lain logam yang bertindak sebagai katod. Satu lapisan zink pada permukaan besi dapat mengelakkan besi dari bersentuhan dengan air/wap air dan oksigen di udara dan ini dapat mencegah besi dari berkarat. Jadi kaedah ini hanya dianggap sebagai perlindungan sementara sahaja. Fe (p) Fe2+ (ak) + 2e. .

yang bertindak sebagai katod (terminal positif). OH-. bergabung membentuk pepejal putih zink Perlindungan katod (Cathodic protection) Kaedah ini ialah satu kaedah di mana sesuatu logam dilindungi dari kakisan dengan menyambungkannya kepada suatu logam lain yang lebih mudah dioksidakan (lebih elektropositif dalam Siri Elektrokimia). c) Di katod. logam yang kedua ini tidak semestinya menutupi keseluruhan permukaan logam yang hendak dilindungi itu.(pengoksidaan) b) Elektron yang terbebas dari anod diterima oleh logam ferum. Zn2+. elektron yang diterima oleh oksigen terlarut dan air dan diturunkan kepada ion hidroksida. Zn2+. Atom zink. e) Logam zink terhakis. Zn (p) Zn2+ (ak) + 2e. besi masih dilindungi daripada terkakis. OH-. dan ion hidroksida. Fe. Dawai . Zn melepaskan elektron dan dioksidakan kepada ion zink. zink tercalar. Contohnya paip besi bawah tanah dilindungi dari berkarat dengan menyambungkan nya dengan dawai magnesium bertebat. tetapi ia masih boleh melindungi besi dari berkarat. O2(g)+ 2H2O(ce)+ 4ehidroksida. Melalui kaedah ini. Dawai magnesium hanya bersentuh sedikit sahaja dengan paip besi ini. bertindak sebagai anod (terminal negatif). Zn. 4OH-(ak) (penurunan) d) Ion zink. Ini adalah kerana zink adalah lebih elektropositif daripada besi. Dalam kes ini: a) Logam zink.Lapisan air Zink Besi Zn O2 + 2 H2O Zn2+ 2e 4OH- 2e Zn Zn2+ Rajah 10: Penggalvanian Besi: Penyaduran Besi dengan Zink Walaupun lapisan pelindung. Zn(OH)2. Logam ferum dilindungi daripada terkakis.

Rajah 11: Perlindungan Katod ke atas Besi Mengumpul Maklumat Merujuk kepada buku rujukan dan laman web yang sesuai kumpulkan maklumat berkaitan tajuk berikut: a) Lain-lain aplikasi proses elektrokimia dalam kehidupan harian b) Lain-lain cara mencegah pengaratan besi. keseluruhan besi tidak akan berkarat.magnesium bertindak sebagai anod dan akan terkakis kerana magnesium lebih elektropositif dari besi. O2 (g) + 4H+ (ak) + 4e Selagi terdapat sedikit logam magnesium menyentuh besi. . Magnesium dikenali juga sebagai logam/anod Manakala besi akan bertindak sebagai katod yang dilindungi dari terkakis Anod: Katod: Mg (p) Mg2+ (ak) + 2e 2H2O (c) korban.

08 x 104 J o C 1. Kakisan logam tidak hanya berlaku kepada besi tetapi kepada logam-logam lain juga. Hitung kuantiti haba yang dibebaskan semasa tindakbalas antara H2 dan O2 bagi membentuk 1 mol H2O. Terangkan komponen-komponen sel tersebut dan tindakbalas redoks yang berlaku di dalamnya. 9.SOALAN LATIHAN 1. 3. Dalam satu eksperimen 0. Sel elektrokimia boleh terbentuk di dalam mulut kita jika terdapat gigi yang ditampal.155 oC. . Terangkan mengapakan kakisan ke atas logam-logam lain tidak menjadi masalah utama kepada kehidupan manusia di dunia ini. (Andaikan semua haba yang dibebaskan diserap oleh kalorimeter).000 oC dan selepas tindakbalas suhu akhir kalorimeter 2.100 g gas hidrogen dan 0.800 g gas oksigen telah dimampatkan ke dalam bekas 1 L yang kemudiannya diletakkan ke dalam kalorimeter yang mempunyai haba tentu menjadi 25. Suhu awal kalorimeter adalah 25. Malah terdapat banyak lagi logam lain yang lebih mudah mengkakis berbanding besi.

C. Brown. (8th ed.J. (2000). Lemay. H..).. Raymond (1994).E. General Chemistry. New Jersey: Prentice Hall. Chemistry: The Central Science. Chemistry. (2001). & Bursten. Chemistry Form 4. Principal & Modern Applications (Seventh Edition) . Toronto: Mc Graw Hill Ryerson Limited Brown. T.L. New Jersey: Prentice Hall Chang. McCowan (1981). (3rd ed. New Jersey: Mc Graw Hill McMurry. Fifth Edition).Rujukan Breck.). & Fay. Harwood (1997). Selangor: Pearson Malaysia Sdn Bhd . Petrucci.Chemistry ( International edition.E.R. Chemistry for science and engineering . New Jersey: Prentice Hall Yeap (2009). B.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful