You are on page 1of 55

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH


NAMA AHLI : MUHAMAD NURUL HAFIZ BIN KAMARUDDIN MEGAT LOKMAN BIN MEGAT KAMARUZZAMAN SITI NOR SYAHIRAH BT KAUZI WAN NUR AIDA SAKINAH BT WAN JUSOH

PENGENALAN
Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000. Tujuannya ialah untuk memastikan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk kontekstual. Ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan Four Pillars of Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live Together and Learning to Be.

PENGERTIAN PLBD
Menurut Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian PLBD seperti berikut: Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum

sekolah.
Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.

OBJEKTIF PLBD
Merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu
DOMAIN PENGETAHUAN DOMAIN SIKAP

DOMAIN KEMAHIRAN

Antaranya ialah: Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyenorokkan Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui

pengalaman kontekstual
Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat menerapkan nilai-nilai murni.

MODEL PLBD
Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) (Lawatan terancang & integrasi ilmu)

Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah

Berhampiran kawasan sekolah

PERANCANGAN PLBD
Sebelum PLBD Semasa PLBD Selepas PLBD

PERANCANGAN PLBD GURU & MURID PLBD


SEBELUM PLBD
Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan, sikap dan kemahiran). Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD. Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan ibu bapa. Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD. Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi.

Membuat tempahan tempat dan pengangkutan.


Memastikan bas mempunyai insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang pemandu. Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk

sekumpulan sepuluh orang murid & bahagikan murid


kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli

kumpulan di sepanjang lawatan


Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti

Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-masing membahagikan tugas & tanggungjawab kepada murid Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-

alat seperti kamera, perakam audio dll)


Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan

Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat Mengetahui dan memahami tanggungjawab diri dan

kumpulan
Memahami peraturan dan aturcara lawatan Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan Memahami keperluan-keperluan keselamatan

SEMASA PLBD
Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga Menggalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat Membuat pemerhatian secara langsung Mengumpul dan merekod maklumat serta mematuhi peraturan-peraturan lawatan Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan Memahami keperluan-keperluan keselamatan Semasa PLBD Memberi bantuan bila diperlukan Bekerjasama dalam kumpulan selepas PLBD

SELEPAS PLBD
Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid Membimbing murid membuat rumusan Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan & pengelolaan aktiviti). Menyusun maklumat yang dikumpul Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain

Menyediakan laporan Menghantar / membentang hasil / laporan Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada)

PENGELOLAAN & PENGURUSAN (PERKHEMAHAN)


oPengenalan: oAmali Luar Bilik Darjah (Perkhemahan) merupakan satu aktiviti di mana setiap peserta yang mengikuti program ini akan didedahkan dengan ilmu berkaitan perkhemahan, kemahiran tali, kajian empirikal, ikhtiar hidup dan pendidikan konservasi.

oIa merupakan satu kegiatan yang sihat disamping memerlukan kecergasan


fizikal, emosi dan daya tahan diri yang mantap. oIa bertujuan supaya pelajar dapat menggunakan sumber alam bagi tujuan sukan dan rekreasi. oAktiviti perkhemahan ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan serta mengamalkan ilmu sukan dan rekreasi sewaktu menjalankan aktiviti.

OBJEKTIF
Selepas mengikuti perkhemahan ini, para pelajar diharapkan dapat:
Menyatakan jenis-jenis sukan rekreasi serta faedah-faedahnya. Mengaplikasikan prosedur pengelolaan dan pengurusan sukan dan rekreasi. Memahami keperluan pendidikan konservasi dalam sukan dan rekreasi. Mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari pada aktiviti yang akan datang seperti pendidikan luar.

MATLAMAT
Amali ini mempunyai beberapa matlamat yang besar. Antaranya ialah:

Memberikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran


khusus dalam bidang rekreasi dan pendidikan luar. Melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan luar dengan menggunakan alam semula jadi sebagai medium utama. Memberikan pengalaman kepada para pelajar untuk

mengorganisasi sesuatu aktiviti.


Mengeratkan silaturahim antara pelajar.

PERINGKAT PROSEDUR TETAP Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada tiga kategori:

Sebelum

Semasa

Selepas

PROSEDUR TETAP SEBELUM PERKHEMAHAN


Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan mengemukakan permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut:

o Dalam kawasan sekolah { kelulusan Pengetua }


o Dalam daerah di luar kawasan sekolah { kelulusan Pegawai

Pendidikan}
o Dalam negeri tetapi di luar daerah / luar negeri { kelulusan Pengarah Pendidikan }

Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen


dokumen sokongan yang berikut : Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan Senarai nama pelajar dan guru pengiring Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia

perkhemahan.
Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan. Jadual aktiviti perkhemahan. Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta pelaksanaan.( Rujuk SP Bil 24/1998 )

Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah dikemukakan kepada:


Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan. Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.

Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi


perkhemahan Pejabat Pentadbiran/Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan

Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-

masing.
Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta. Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada semua peserta.

Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah diperoleh terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa. Semua keperluan logistik ( peralatan perkhemahan ) hendaklah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.

ORGANISASI PERKHEMAHAN

Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru, organisasi tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara di bawah:

1.0 PENGANJUR
Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu dicatatkan sama ada penganjuran utama atau penganjuran bersama.

2.0 PESERTA
Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan.

3.0 SAIZ KUMPULAN


Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap kumpulan.

4.0 SYARAT
Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan seperti jantina, had umur, keadaan tubuh badan, kelulusan akademik, kemahiran tertentu dan lain-lain.

6.0 JAWATANKUASA
Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi melaksanakan perkhemahan.

JAWATANKUASA PENGELOLAAN PERKHEMAHAN DAN TUGASANNYA

Kem Komanden
Pengarah Perkhemahan Memastikan perjalanan perkhemahan berjalan lancar.

Pen. Kem Komanden


Membantu Kem Komanden

Penyelaras Program
Menyelaras sepanjang program perkhemahan

Jawantankuasa kerja Urusetia


Melantik AJK Menguruskan surat pelantikan jawatankuasa pengelola dan ahli-ahli Bekerjasama dengan jawatankuasa jemputan, penyambut tamu, dan protokol untuk urusan surat jemputan Membuat tempahan sijil dan cenderamata peserta Bekerjasama dengan JK perasmian penutup Menyelaraskan tugasan di antara semua JK kerja Menghadiri semua mesyuarat JK dan membentangkan laporan Memaklumkan kelulusan kepada pihak-pihak berkuasa seperti polis, Sentiasa ada kakitangan di bilik operasi dan berfungsi setiap masa. Menyediakan borang penilaian akhir perkhemahan. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan

Jawatankuasa Pengangkutan
Melantik AJK

Menyediakan pengangkutan pergi dan balik .


Menyediakan pengangkutan untuk mengambil atau memulangkan alatan perkhemahan

Memastikan semua aktiviti di luar tapak perkhemahan berjalan seperti yang dijadualkan

Menyediakan pengangkutan untuk pergerakan ke tempat aktiviti di luar tapak perkhemahan utama

Bekerjasama dengan bahagian Jawatankuasa Aktiviti dan yang berkaitan Menyediakan Anggaran Perbelanjaan

Jawatankuasa Alatan
Melantik AJK Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang diperlukan Menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan Memastikan alatan selamat digunakan Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan cukup Menentukan Kawasan Perkhemahan Menyediakan peralatan perkhemahan Membantu peserta membina khemah. Menentukan tempat penginapan pelajar dan memastikan tempat tersebut sesuai.

Jawatankuasa Persiapan Tempat


Melantik AJK Menyediakan/ Menanda tapak perkhemahan mengikut platun dan jantina Memastikan peraturan di tapak perkhemahan dipatuhi setiap masa Memastikan tapak perkhemahan bersih Menyediakan tapak pelupusan sampah bagi lelaki dan perempuan Menentukan Kawasan Perkhemahan Menyediakan peralatan perkhemahan Membantu peserta membina khemah. Menentukan tempat penginapan pelajar dan memastikan tempat tersebut sesuai.

Jawatankuasa Teknikal Pertandingan


Menyediakan borang teknikal pertandingan Menentukan peraturan pertandingan Mencari hakim untuk menjadi hakim pertandingan. Menentukan pemenang

Jawatankuasa Makanan
Menyelaras makan dan minum peserta. Memastikan semua peserta makan dengan adab dan sopan. Memastikan waktu makan dan minum peserta tepat pada

masa.
Membancuh air teh untuk sarapan / minum pagi Memastikan air masak suam sentiasa ada sepanjang perkhemahan.

JawatankuasaRiadah / Permainan
Menentukan jenis permainan dan riadah yang akan dijalankan. Mengendalikan riadah untuk peserta.

Jawatankuasa Keselamatan dan Pertolongan Cemas


Melantik AJK Memaklumkan kepada hospital/pusat kesihatan Memohon pihak kesihatan membuat fogging kawasan Menyediakan kenderaan yang bertindak sebagai ambulans sekiranya berlaku kecemasan Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap aktiviti yang dijalankan. Memastikan petugas mahir dalam Pertolongan Cemas Merekod rawatan pesakit Membantu peserta yang cedera Memberikan rawatan kecemasan kepada peserta (bawa ke hospital jika perlu)

Jawatankuasa Kerohanian / Moral


Mengendalikan program kerohanian peserta Islam dan bukan Islam (Kuliah subuh / maghrib) Melantik Imam Solat Fardu Memastikan peserta bersolat jemaah

Jawatankuasa Fotografi dan Dokumentasi


Merakam Video dan mengambil gambar sepanjang program. Menyediakan dokumentasi program

Jawatankuasa Siaraya
Memastikan alat siaraya baik dan sempurna untuk taklimat pembukaan, pertandingan kebudayaan dan majlis penutupan rasmi.

Hadiah / Cenderamata
Menyediakan hadiah (Piala Pusingan) Menyediakan Cenderamata untuk hakim kawad kaki.

Pendaftaran Peserta / Sijil penyertaan


Mendaftar nama peserta mengikut pasukan uniform. Menyediakan sijil kepada peserta

Jawatankuasa Perasmian Penutup dan Juruacara


Melantik AJK Menyediakan backdrop Mengadakan raptai perasmian penutup Menyusun aturcara penutup Menyusun peralatan di khemah VIP dan tetamu Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa Bekerjasama dengan jawatankuasa siaraya Menentukan tempat Mengemas semula selepas upacara Menyediakan Anggaran Perbelanjaan Menyelaras majlis penutupan rasmi

JADUAL TENTATIF PERKHEMAHAN KOKURIKULUM (Jumaat)


MASA 3.00 pm 4.00 pm 5.30 pm 7.00 pm 9.00 pm 11.00 pm 1.00 am 4.00 pm 5.30 pm 7.00 pm 9.00 pm 11.00 pm 1.00 am PROGRAM Pendaftaran Solat Asar Pertandingan 1/ Bina Khemah / Gajet dan Ikatan Persiapan Diri / Makan Malam / Solat Maghrib / Isyak Pertandingan 2 / Kebudayaan Pertandingan 3 / Ikhtiar Hidup Tidur

(Sabtu)
MASA 5.00 am 6.30 am 6.30 am 8.00 am PROGRAM Bangun Tidur / Solat Subuh / Kuliah Subuh Senaman / Persiapan Diri / Sarapan pagi

8.00 am 10.00 am
10.30 am 12.30 pm 2.00 pm 4.00 pm 5.00 pm

10.00 am 10.30 am
12.30 pm 2.00 pm 4.00 pm 5.00 pm 6.00 pm

Pertandingan 4 / Kawad Kaki Minum pagi


Pertandingan 5 / Memasak Persiapan Diri/ Solat/ Makan Pertandingan 6 / Pertolongan Cemas Anugerah Kokurikulum 2008 / Penyampaian Hadiah / Perasmian Penutup Bersih kawasan / Bersurai

8.0 Keperluan
8.1 Pengangkutan - Bas ( apabila aktiviti dilakukan di luar kawasan sekolah)

8.2 Peralatan -Perkakasan perkhemahan Khemah, tiang, pacak khemah, tali pengikat Plastik alas atas khemah (persediaan menghadapi kebocoran) Tikar tidur Selimut Lampu picit dan bateri ganti Plastik sampah Tali Pengepit baju Kit pertolongan cermas

Perkakasan am Parang Kompas Tukul Gunting Pisau perkhemahan, pisau askar Pemetik api

Memasak Dapur perkhemahan Bahan api dapur perkhemahan dan corong (jika menggunakan minyak) Jaring bagi unggun api Periuk perkhemahan dengan penutup Cerek teh atau kopi Kuali menggoreng Pembuka tin Pembuka bottol Sudu, pisau, garpu Cawan plastik, kertas atau besi Pinggan plastik/kertas Mangkuk Tuala pengesat Span Bekas plastik bagi menyimpan makanan

Makanan Roti Koko, teh dan kopi (serbuk bancuhan minuman) Makanan tin Air Garam, lada hitam, perasa Minyak masak Sos tomato

PROSEDUR TETAP SEMASA PERKHEMAHAN


Semasa perkhemahan perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah: Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal dan terjamin, khususnya berkaitan perkaraperkara berikut: Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan. Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi menilai dan membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki pada hai berikut/masa hadapan. Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa.

PROSEDUR TETAP SELEPAS PERKHEMAHAN

Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas perkhemahan:


Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan bersih dan baik. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti sebelumnya. Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk meninggalkan kawasan perkhemahan.

Mengadakan analisa bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya. Membentang dan membuat laporan: 5.1 Kewangan. 5.2 Aktiviti. Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta penyertaan kepada peserta perkhemahan. Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa hadapan.