FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU 1) Pegangan peluru 2) Lakuan sedia 3) Lungsuran PEGANGAN PELURU Teknik asas memegang peluru

secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu: i. Teknik memegang peluru dengan tiga jari Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru. ii. Teknik memegang peluru dengan lima jari Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. TEKNIK MELONTAR PELURU Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah: a) Gaya berdiri dan melontar tanpa lungsuran b) Gaya melungsur selangkah c) Gaya Parry O’ Brien 4) Kilasan badan 5) Lontaran 6) Pulihan

a Gaya Berdiri dan Melontar tanpa lungsuran Lakuan sedia   Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala kearah lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai lebih kurang dibawah telinga,peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan.  Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.

Kilasan badan    dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.

Lontaran     Pulihan  Pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan badan pula tidak begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini. b Gaya Melungsur Selangkah Lakuan sedia     Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan selesa bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki. Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit. Lungsuran   Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. dilakukan secara pantas dan licin. Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang kaki kanan diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan keatas. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan peluru sehingga peluru itu mendarat.

Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok jangan tegakkan badan semasa melungsur. Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.

Kilasan badan   Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan yang memegang peluru masih menghala ke belakang.

Lontaran  Apabila kilasan badan itu selesai badan menghadap ke arah lontaran, kaki yang melungsur kaki kanan yang di belakang menolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik.    Pulihan   Untuk mengelakkan pelontar kehilangan imbangan dan terjatuh di kawasan Peluru ditolak ke depan menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.

hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan . Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan belakang papan penahan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan. c Gaya Parry O’ Brien Lakuan sedia   Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri

membelakangkan arah lontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga selari dengan tanah.

Lungsuran    Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan lutut dibiarkan bengkok ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong. Kilasan badan  Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas kaki kiri telah bertapak di belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini. Lontaran, ikut lajak dan pulihan  Gaya ini sama dan boleh rujuk kepada lontaran dan pulihan dalam gaya melungsur selangkah. Sebenarnya teknik kesemua fasa ini adalah hampir sama. LAKUAN MENGIMBANG SEMULA  Setelah peluru dilepaskan, kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar lingkaran.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful