Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

” HINDARI BAHAYA SKIM CEPAT KAYA ”
(5 Disember 2008M / 7 Zulhijjah 1429H)
` · ± ´ ( ± ` ´ ´
´ · ` ´ ' ` f ´
( · ( ´ ` ·

ُه ُدْبَ ع اًدّمَ حُم اَ نَدّيَ س ّنَأ ُدَهْ شَأَو .ُه َل َكْيِرَ ش َل ُه َدْحَو ُلا ّلِإ َه َلِإ ل ْنَ أ ُدَهْ شَ أ
ِهِ بْ حَ صصَو ِ صهِ لآ ىَلَعَ و ٍدّمَ حُم اَ نِدّيَ صس ىَلَع ْ صكِ راَبَو ْمّلَ صسَو ّلَ صص ّمُهّ للَا .ُهُ لْوُ صسَرَ و
ْ صمُتْ نَ أَو ّلِإ ّنُتوُمَ تَلَ و ِ صهِ تاَ قُ ت ّقَح َ ل اوُقّ تا ،ِ لا َداَبِ ع اَ يَ ف ،ُدْعَ ب صاّمَ أ .َ صنْيِ عَ مْ جَ أ
.َ نوُمِ لْسّ م
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama berusaha untuk meningkatkan takwa kita kepada Allah
SWT dalam setiap waktu dan keadaan, dengan sentiasa melakukan segala
suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan
demikian kita akan beroleh kejayaan di dunia dan mendapat keredaan Allah
SWT di akhirat. Mimbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah
bertajuk "HINDARI BAHAYA SKIM CEPAT KAYA".
Keinginan untuk cepat kaya dengan jalan mudah telah menghilangkan
pertimbangan waras di kalangan segelintir masyarakat kita hingga sanggup
1
mengeluarkan duit simpanan mereka untuk melabur di dalam skim ini. Mereka
bernafsu besar untuk menjadi kaya dan mendapat kemewahan dengan cara yang
cepat tanpa perlu bekerja keras, tetapi akhirnya mengalami kerugian berpuluh
ribu ringgit hanya dalam sekelip mata.
Keadaan ini sangat bertentangan dengan firman Allah SWT dalam surah
al-Baqarah ayat 168 yang melarang kita daripada terjebak dengan perangkap
syaitan dan nafsu jahat:
´ ` ( ` .
´ · ´
± ´ · . (
Maksudnya: " Wahai sekalian manusia makanlah dari apa yang ada dibumi
yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu".
Ketika mengulas perkara yang sama, Nabi SAW dalam hadithnya
mengingatkan kita bahawa Allah SWT akan menjadikan jasad yang memakan
makanan dari sumber yang haram sebagai bahan bakaran api neraka. Sabda
baginda:
ِهِ ب ْىَ لْوَ أ ُراّنلاَف ٍتْ حُس ْنِم َتَبَ ن ٍدَسَ ج ّلُ ك
Mafhumnya: "Setiap jasad yang tumbuh dari sesuatu sumber yang haram,
maka neraka lebih baik baginya".
(Kitab Sh'ubul Iman)
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Skim Cepat Kaya yang seringkali dijalankan di Malaysia terdiri daripada dua
jenis aktiviti iaitu, Pengambilan Deposit Secara Haram dan Urusniaga
Matawang Asing Secara Haram. Ada di antaranya beroperasi melalui internet
seperti FOREX, E-GOLD, SWISS CASH dan lain-lain lagi.
2
Skim Pengambilan Deposit Secara Haram dapat dipastikan melalui
ciri-ciri berikut:
Pertama: Penganjur skim cepat kaya tidak mempunyai lesen di bawah seksyen
6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;
Kedua: Penganjur skim cepat kaya biasanya menjanjikan pemulangan semula
wang deposit berserta dengan faedah yang jauh lebih tinggai berbanding dengan
tawaran institusi kewangan berlesen; dan

Ketiga: Penganjur skim cepat kaya tidak melabur deposit yang diterima dalam
sebarang perusahaan yang menguntungkan. Keuntungan yang di dakwa dibayar
kepada para peserta sebenarnya adalah wang para pendeposit.
Bagi Skim Urusniaga Matawang Asing Haram pula, boleh dipastikan
melalui ciri-ciri seperti:
Pertama: Pengendali tersebut menawarkan kepada pelabur atau orang awam
peluang untuk berurus niaga matawang asing dengan syarikat induk yang
kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga matawang asing di luar
negara;
Kedua: Memudahkan urus niaga matawang asing dengan menyediakan akses
kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet;
Ketiga: Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan
mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga membuat pelaburan;
Keempat: Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan
sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan
3
Kelima: Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan
atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Mimbar yang mulia ini ingin menasihatkan bahawa amalan skim cepat kaya
memberi kesan buruk sebagaimana berikut:
(1) Kepada penganjur pengambilan deposit haram mereka boleh dihukum
maksima penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda sebanyak RM10 juta
ringgit dan denda sebanyak RM100, 000 bagi setiap hari kesalahan itu
berterusan. Bagi kesalahan urusniaga matawang asing haram pula ialah
hukuman maksima denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak
melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan mahkamah boleh merampas
mana-mana matawang atau hartabenda yang digunakan dalam melakukan
kesalahan tersebut.
(2) Bagi pelabur pula, mereka akan mengalami kerugian besar dengan
kehilangan wang simpanan yang telah dikumpul sekian lama dan yang lebih
menyedihkan ada yang menanggung ratusan ribu hutang bank yang dipinjam
kerana semata-mata ingin melabur dalam skim yang kononnya cepat kaya
itu. Kerugian yang mereka alami ini bukan sahaja dilihat dengan kehilangan
wang simpanan yang telah dikumpul selama hayat tetapi juga kehilangan
sahabat-handai, saudara mara dan juga anak isteri. Apabila wang yang
disimpan selama ini adalah untuk masa depan anak-anak, atau untuk
kegunaan di hari tua, ahkirnya hilang begitu sahaja hanya kerana gara-gara
kerana ingin menjadi kaya dengan cepat, malah ada yang lebih menyedihkan
adalah apabila ada yang sanggup membuat pinjaman bank semata-mata ingin
melabur di dalam skim ini dan akhirnya terpaksa menanggung hutang
sepanjang hayat sehinggakan terpaksa menjual segala benda untuk membayar
4
balik hutang. Begitulah sebahagian daripada kisah-kisah benar yang berlaku
akibat gara-gara terpengaruh dengan skim cepat kaya ini.
(3) Manusia menjadi malas berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh kerana
terlalu yakin dengan skim cepat kaya ini.
(4) Penganjur dan para pelabur skim cepat kaya dilaknat dan mendapat
kemurkaan Allah SWT disebabkan amalan yang bertentangan dengan syariat
Islam kerana ada unsur penipuan (gharar).
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah, mimbar ini menyeru seluruh umat Islam di negara ini, agar
tidak tertipu dan terpedaya dengan pelaburan-pelaburan yang melanggar hukum
syarak dan undang-undang negara khususnya SKIM CEPAT KAYA dengan
mengambil langkah lebih berhati-hati seperti menyemak dengan pihak berwajib
pelaburan yang sah dan selamat.
5

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful