You are on page 1of 8

HIKAYAT HIDUP SULTAN MUDA RAJA AHMAD

Disediakan oleh : Tengku Ali Bin Tengku Mahat – HP 016-3823837 Shah Alam
Tarikh : 1hb.Jul.2009

1)Petikan maklumat daripada website rasmi Sultan Perak


Hakcipta 2005 Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan.
Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi
pejsultan@sultan.perak.gov.my
SULTAN MUDA RAJA AHMAD

Makam Almarhum Raja Ahmad Wali Allah


Sultan Muda Raja Ahmad Shah adalah putera Sultan Abdul Malik, Sultan Perak yang ke
19. Sultan Abdul Malik mempunyai dua orang putera yang sulung bernama Sultan
Muhammad Shah 1. Pada mulanya Raja Ahmad bergelar Raja Kecil Tengah dan
beristerikan Raja Che Puan Busu, seorang anak Raja Bugis bernama Daing Masoh. Raja
Ahmad kemudian bergelar Raja di Hilir, diikuti dengan gelaran Sultan Muda. Nama
sebenar Raja Puan Busu ialah Che Long.

Sultan Ahmad Muda Shah mempunyai tiga orang anak iaiatu Raja Che Puan Muda, Raja
Ngah Jaafar, Sultan Ja'far Mua'azzam Shah - Sultan Perak yang ke-23 dan Raja Alang
Iskandar - Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja).

Makam Baginda Almarhum tidak wujud kerana baginda dikatakan ghaib begitu sahaja.
Yang ada hanyalah Batu Peringatan Marhum Sultan Muda Raja Ahmad Shah Waliullah dan
bukan bergelar "Marhum Waliullah", kerana Makam Marhum Waliullah (Sultan Jaa'far
Mua'azzam Shah Ibni Almarhum Sultan Muda Ahmad Shah cucu Almarhum Sultan Abdul
Malik Mansur Shah) terletak di Pulau Juar.

Raja Ahmad Shah dipercayai merupakan seorang Pawang di-Raja, sebab itu Baginda
bergelar Sultan Muda. Baginda memainkan peranan penting di dalam Istiadat
Pertabalan Sultan-Sultan Perak, seperti menjaga Jin Kerajaan Perak di Beting Beras
Basah dan sepanjang Tebing Batang Air Sungai Perak.

Telah menjadi adat setiap raja yang telah ditabalkan menjadi Sultan Perak dan
tiap-tiap Sultan yang telah mengadakan Istiadat Tabal Pusaka dan Bersiram Tabal
mesti menziarahi makan-makam marhum yang dahulu.

Makam Raja Kechil Tengah, Almarhum Raja Ahmad terletak di Kuala Sungai Terus,
Mukim Pasir Panjang Laut. Asalnya Cuma sebuah nisan, tetapi sekarang telah dipinda
oleh Persatuan Sejarah Daerah Hilir Perak dan digantikan dengan batu peringatan.
Makam ini telah dibaiki oleh Muzium Negara dengan membuat baru berpagar
sekeliling.

PENAFIAN:
Jabatan ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
© Hakcipta 2005 Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan.
Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi
pejsultan@sultan.perak.gov.my
2) Susur Galur Waris Keturunan

3) Latarbelakang Daerah Kerian


Lokasi
Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan
dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri
Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan
dengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat
Melaka.
Sungai Kerian
Keunikan daerah ini ialah kerana terletak bersempadan dengan 3 buah negeri yang
mana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga - tiga negeri Pulau Pinang, Kedah
dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala Kuala Sungai Kerian
terletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan.
Cara ke sana
Untuk sampai ke daerah Kerian, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza Tol
Taiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza Tol
Bandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit Buntar atau Bandar Bagan Serai).
Asal-usul nama
Dalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar
pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar.
Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri
sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut
"KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah
pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi
bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin
menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN".
Muka bumi
Daerah Kerian berhampiran dengan Selat Melaka.Daerah ini mempunyai pantai
sepanjang kira-kira 32 km. Keluasan Daerah ini lebih kurang 918.83 km persegi.
Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini adalah rata dan bergambut di
kawasan berhampiran pantai . Ketinggian kawasan ini kurang dari 50 meter dari aras
laut.
Sementara kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah.Ketinggian
Gunung Semanggol lebih kurang 150 m dari atas laut. Terdapat 2 sungai penting
dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai Kurau , Kuala Kurau,
Tanjung Piandang , Bagan Tiang, Kampung Gula asalnya kawasan paya. Tetapi kini
telah ditebusguna untuk penanaman padi dan kawasan petempatan.
Terdapat beberapa kawasan paya bakau yang telah diwartakan sebagai kawasan di mana
terdapat burung - burung yang berhijrah dari negara atas angin.
Pentadbiran daerah
Daerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar, Bagan
Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan
Selinsing, tetapi ia terletak di bawah tujuh (7) pentadbiran Penghulu Mukim dan 90
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan
bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung.
Daerah Kerian mempunyai 7 mukim utama iaitu Mukim Parit Buntar, Mukim Tanjung
Piandang, Mukim Bagan Tiang, Mukim Kuala Kurau, Mukim Bagan Serai, Mukim
Semanggol, Mukim Beriah dan Mukim Selinsing.
Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Parit Buntar.Daerah ini ditadbir oleh
Majlis Daerah Kerian (MDK) yang mana pejabatnya terletak di Parit Buntar.
Bandar-bandar utama lain ialah Bandar Bagan Serai, Pekan Gunung Semanggol dan
Pekan Kuala Kurau.
Ekonomi
Daerah ini dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan -
kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah dibina di kawasan ini bagi
tebusguna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan kawalan air masuk
dan keluar dari sawah. Beberapa bahagian mengalami masalah banjir pada musim-musim
tertentu.
Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutama di Sungai Acheh, Bagan
Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.
Penduduk
Mengikut laporan 'Banci Penduduk dan Perumahan 1991', jumlah penduduk Daerah
Kerian ialah 148,575 orang. Pecahan mengikut jantina, 72,666 orang lelaki (48.09%)
dan 75,909 orang perempuan (51.01%). Kepadatan penduduk Daerah Kerian dan kawasan
yang menjadi tumpuan ialah Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau dan Tanjung
Piandang. Mukim Selinsing merupakan kawasan yang paling kurang penduduk. Purata
kadar pertumbuhan penduduk Daerah Kerian ialah 1.4 setahun.
Masyarakat Banjar
Daerah ini terkenal dengan petempatan masyarakat Melayu berketurunan Banjar di
sekitar Bagan Serai, Gunung Semanggol dan Alor Pongsu yang mempunyai keunikan
budaya dan amalan hidup.
Ikhwanul Muslimin
Disinilah tempat di mana penubuhan Persatuan Ikhwanul Muslimin yang disifatkan
oleh Penjajah British sebagai Penderhaka kerana tindakan kesatuan berkenaan
menentang dasar penjajah British. Kumpulan berkenaan dianggap oleh British sebagai
Musuh dari Gunung yang merujuk kepada penubuhan Persatuan berkenaan di Gunung
Semanggol, akan tetapi persatuan ini akhirnya telah diharamkan oleh pihak
Inggeris.
• 1950 Persidangan alim ulama seluruh Tanah Melayu di bawah anjuran UMNO .
Telah timbul pandangan yang berlainan antara anggota UMNO.
• 1951 Persidangan alim ulama kali kedua , orang Melayu telah berpecah kepada
dua parti iaitu UMNO dan PAS. Golongan ulama dalam UMNO yang telah keluar dari
parti ialah Haji Ahmad Fuad , Haji Maliki dan Haji Ahmad Badawi.
Walaupun mereka dianggap sebagai tokoh yang telah mengambil peranan awal untuk
menubuhkan PAS, tetapi yang berusaha mengadakan perjumpaan menubuhkan PAS ialah
bekas pemimpin Hizbul Muslimin dari Gunung Semanggol, Perak. Antaranya ialah Ustaz
Abu Bakar Al Baqir . Paling mutakhir pemimpin PAS yang berjaya memenangi kerusi
Dewan Undangan Negeri N9 kawasan Gunung Semanggol adalah Sabran bin Haji Asmawi
yang memenangi kerusi DUN pada pilihanraya umum tahun 1999M.
Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah
telah menamakan sekolah sedia ada sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar al
Baqir sempena nama Ustaz Abu Bakar Al Baqir , seorang negarawan yang terkenal
khususnya di kawasan Perak Utara. Beliau merupakan seorang ulama dan nasionalis
yang banyak menyumbang jasa kepada agama, bangsa dan negara khususnya melalui
penubuhan Maahad Al-Ehya Al Shariff , Gunung Semanggol.

4) Peninggalan Alat Kebesaran Diraja

Bonda Rokiah bersama selaras meriam Bugis di hadapan Balai Polis Daerah
Kerian.Bagan Serai
Meriam buatan Portugis zaman sebelum Melaka diserang. Pada masa itu orang Portugis
berniaga dengan orang Bugis Sulawesi.Logam emas,suasa dan tembaga
tulen. Tok Mat Ali digelar lanun oleh penjajah padahal beliau adalah anak Raja.
Bukti nya dengan memiliki meriam Bugis 3 laras tanda alat kebesaran Diraja.

Tempat Raja Muda Ahmad berkubu menentang tentera Siam&Kedah

Rumah Perak Di Bandar Baru Kedah. Bukit Tunggal Batu


Nisan Pejuang

Gua Sulong,Bukit Tunggal


.

5) Perang Kedah ( Siam) dan Perak 1822-1825


Sekitar 1800-1820, Negeri Kedah adalah dibawah pengaruh Siam. Siam sedang
berperang dengan Burma.

Jadi Raja Siam (Thai) menyuruh Kedah menyerang dan menguasai Perak yang kaya
dengan hasil bijih timah untuk sumber kewangan peperangan di Wilayah Ayuthia.
Sempadan Perak-Kedah tidak jelas...Daerah Kerian menyaksikan pertempuran yang
hebat di antara tentera Kedah-Siam lawan tentera Perak-Selangor yang diketuai Raja
Ahmad Johan Berdaulat.

Raja Ahmad ditawarkan jawatan Sultan Muda jika berjaya mengusir musuh daripada
jajahan Perak. Bala tentera Perak-Selangor masuk melalui jalan laut menyusur
Sungai Kerian..mendarat suatu kawasan di sempadan Parit Buntar-Bandar Baharu. Kubu
mereka di sana.

Pertempuran hebat berlaku di sebuah padang (bendang). Pada 1820, Perak akhirnya
menang di Kerian... tetapi alangkah sedihnya apabila sesama rumpun melayu dan
beragama Islam berbunuhan kerana tunduk pada kafirin Siam dan berebut jajahan.
Menurut riwayat orang lama (yang ni Inggeris tidak mencatitkan sebagai sejarah),
jajahan Perak adalah sehingga ke Nibong Tebal.

Orang Inggeris mengambil kesempatan didalam pertelingkahan tersebut untuk membantu


Kedah, Perak dan Selangor agar berdamai. ..Siam kena keluar dari Kedah dan Perak,
Perak pula kena terima penasihat Inggeris. Pemerintah di Perak, Kedah dan Selangor
semuanya disusun oleh Inggeris. mana-mana raja dan keturunan yang menentang cara
Inggeris akan diburu dan dibunuh oleh pakatan mereka..

Lantaran itu, Raja Ahmad berasa amat sedih dan meninggalkan segala gelaran dan
seterusnya bertariqat, hidup sebagai orang biasa. Sejarah Perak kata baginda
ghaib..padahal baginda tidak mahu lagi balik Istana, berhubung kait dengan Istana
yang penuh kacau-bilau dan perebutan takhta. benda ni sengaja tak diadakan dalam
catatan orang putih. Baginda memang mengamalkan ilmu agama Islam peringkat tinggi
sehingga terkenal dengan gelaran Sultan Waliyullah oleh orang Perak.

Nak tahu lagi? Baginda ada waris di Kerian. Namanya raja Ali

Raja Ali ibni Raja Ahmad pula terkenal dan digeruni di perairan Kerian khususya di
Bagan Serai..Ilmu kepahlawanan Bugis dengan pusaran air sungai dan buaya ganas
sentiasa mengancam polis dan askar Inggeris. Baginda digelar Tok Mat Ali oleh
penduduk tempatan.. Buktinya, meriam keramat baginda masih ada di Kerian. boleh
lihat di IPD Polis Kerian di Bagan Serai dan ada sebuah pulau di Bagan Serai iaitu
Pulau Tok Mat Ali..

Inggeris dan pemerintah pada masa itu melabel Raja Ali ni ketua lanun...baginda
ditipu Inggeris dengan menawarkan jawatan raja di Perak, akhirnya baginda dan
panglima-panglimanya ditangkap..

Dengan ilmu yang ada, baginda berjaya melepaskan diri dari penjajah dan sekutunya.
Baginda pun menyamar sebagai orang biasa sehinggalah keturunan yang ada sekarang
di Bagan Serai tidak memakai lagi gelaran Raja. Keris Raja Ahmad masih disimpan
waris baginda (waris yang menyertai Perang Kerian) di Bagan Serai, Perak.

Mana mungkin orang tahu melainkan waris yang ada tahu sejarah sebenar bangsa dan
keturunannya.
MALANGNYA SEMUA INI TIDAK DIREKODKAN DALAM SEJARAH NEGARA KITA DENGAN JELAS ATAU
MUNGKIN TIDAK AMBIL TAHU...

5) Syair Hikayat Raja Ahmad

Pendahuluan.
Tajuk buku PENSEJARAHAN MELAYU 1800-1960
Penulis Yusof Ibrahim DBP 959.5
PENSEJARAHAN NEGERI DAN RIWAYAT HIDUP TOKOH DALAM BENTUK SYAIR –
-Sebenarnya masyarakat Melayu secara amnya memang kaya dengan karya pensejarahan
yang berbentuk syair.Pakar sejarah Melayu Prof.Koo Kay Kim menganggarkan ada kira-
kira 60 buah karya yang berbentuk syair

Syair yang diwarisi turun temurun dan boleh disyair dengan baik oleh insan yang
bernama Bonda Rokiah yang mencecah usia 65 tahun. Kebolehan Bonda mendendangkan
syair dihadapan Dekan dan Pelajar Pusat Bahasa UPM pada March.2009 lalu telah
dirakam dan akan menjadi simpanan untuk generasi akan datang.

Kisah sejarah silam dibongkar dan menjadi tauladan untuk semua.Tahap pendidikan
yang rendah bukan menjadi halangan Bonda untuk menceritakan kisah silam yang
terpendam didalam lipatan sejarah, malahan syair tersebut memang ada asasnya
apabila penyelidikan yang dilakukan secara terperinci mempunyai persamaan dengan
catatan sejarah negara.

Itulah kelebihan yang Allah berikan. Walaupuin penjajah cuba memadamkan sejarah
sebenar tetapi dengan izin Allah, Jadi maka jadilah ia.

Syair ini lebih mencerikan kisah Raja Muda Ahmad pergi berperang ke Kerian untuk
menentang Kedah/Siam pada tahun 1825 yang berbunyi :

Hikayat Raja Ahmad


Kelana Sakti isterinya Cik Long dipanggil Melati
Kelana Sakti dan Melati nama diberi
Raja berdaulat setia pada janji
Nama mahsyur zaman kezaman
Harum semerbak mewangi
Semerata negeri
Jejak bertapak dihati
Terpahat dihati
Terpahat disanubari
Mempertahan setiap negeri
Kesempadan membawa diri
Dibarisan hadapan bersama isteri
Mempertahankan kedaulatan Raja
Raja Melayu tanah air negeri sendiri
Tanah Melayu diserang Siam
Serangan demi serangan
Musuh mendatang menceroboh
Mengacau bilau
Menganggu keamanan
Ketegasan Raja Ahmad,
Kelantasan, kepantasan
Kekuatan semangat
Kekuatan yang unggul
Musuh dapat dipalam
Musuh dipalam diri menjadi galang
Nyawa dibadan menjadi taruhan
Keselamatan diutamakan
Mengatur langkah dibumi nyata
Ke Bukit Tunggal membina istana
Di Gua Sulong tempat pengabdian
Hikmah diletakkan ke tujuh gunung
Menghimpun doa kelembah
Ketujuh lautan menghimpun doa
Lautan diselami jua
Permata cahaya sudah didapati
Bersinar cahaya menerangi dunia
Keseluruhannya keangkasa tinggi
Kealam dewata hikmah payung yang ada
Angin bertiup membawa salam
Angin bertiup menyampaikan salam
Assalammualaikum
Waalaikummus Salam
Membawa berita perkhabaran disampaikan
Disamudera luas ombak beralun
Menuju pantai mengirim pasir
Menghubungkan kedaratan
Dewata dewa sakti wali Allah
Ada di sini
Berbekalkan turus pengenalan diri
Pemberian penganugerahan
Yang Mulia Sultan Abdul Malik di atas tahta
Janji diberikan pada Raja Ahamad
Raja Kecil Sultan Muda
Janji tersurat tersirat dilipatan
Masih tersimpan
Sampai masanya minta janji
Dihuraikan ditunaikan
Tiba waktunya
Minta peti besi dibukakan
Hulu keris badan keris mata keris
Sarung keris minta ditemukan
Keris disarungkan hikmah dimasukkan
Umpama hayat dikandung badan
Keris alat kebesaran penunjuk jalan
Memandu arah tujuan
Membawa kebaikkan keselamatan
Keris ditangan ketinggian
Sireh pulang keganggang
Raja berdaulat
Pulang memegang tampuk pemerintahan

6) HIKAYAT HIDUP RAJA ALI BIN RAJA AHMAD (GELARAN PANGLIMA MAT ALI PENDEKAR ALAM)

1935 Waktu Raja Ali Haji ditugaskan menjadi Panglima Ali di Kerian Bagan Serai
Perak untuk mengawal disungai-sungai,sampai ke muara sungai laut Kuala Kurau pun
diawasi sama. Pulau Mat Ali nama tempat Raja Ali Haji tinggal berkampung halaman
berkeluarga.Tugas tetap tugas, Panglima Raja Ali Haji seorang yang gagah berani
luar biasa dari manusia biasa. Hendak turun kesungai kelaut ada empat orang
pembantu diberi tugas mendayung perahu.Raja Ali Haji beri arahan mendayung perahu
mesti melawan arus,menongkah air.Raja Ali Haji ditengah perahu berpakaian
hitam,Adakalanya Raja Ali Haji pakai seluar panjang hitam.Pakaian begini dengan
tidak berbaju adalah pekara biasa asalkan tengkuluk dipakai.
Itulah sebalik kelainan panglima jaguhan,menrentasi gelap,tumpuan musuh
menyembunyikan diri untuk masuk menceroboh.
Arahan Raja Ali Haji dipatuhi,setiap yang menerima arahan,pelajaran agama,Ilmu
Tauhid yang 4 seterusnya dilakukan.Kebatinan pun cekap,kunci utama.Kegunaan
merentangi musuh jangan masuk kedarat.

Gagah perkasa kuat tegap tubuh badan, kacak hebat tampan menawan.
Pegangan hidup agama islam,
Tarikat hahikat syariat makrifat amalan,
Keturunan Bugis bangsawan,pahlawan sanjungan, usahawan, hartawan, dermawan,
budiman.
Tugas dijalankan pengawal keselamatan,di pantai-pantai tempat bersantai mengawasi
setipa yang datang,
Samaada kawan,teman bersia-siar ataupun musuh bertualang menjaga keselamatan,
Samada nelayan penangkap ikan,taupun lanun perampas barangan,samada peniaga
tempatan mencari makan.
Ataupun pedangang dari luar mengaut keuntungan.
Panglima Mat Ali pendekar alam,menjalankan tugas dari pagi sampai malam , tak kira
masa siang atau malam.Ditanah pamah bercucuk tanam,bersawah padi bendang,padi
dijadikan beras pemakanan mengelakkan kelaparan.Ketanah bukit kegunung mencari
pohon yang rendang yang besar, ditebang dipotong-potong dibuat perahu rakit
menerajui sungai.Sungai tempat padang permainan, permainan persilatan bertujuan
menghalang musuh jangan sampai jangan datang menceruboh.
Perahu rakit di arah menongkah air , melawan arus , begitulah cara melemahkan
musuh, perahu didayung dua orang dikanan,dua orang dikiri.
Panglima Mat Ali pendekar Alam, ditengah-tengah, samada berdiri ataupun
duduk,mamakai pakaian seluar panjang hitam bertengkolok hitam,tidak
menghairankanlah tidak berbaju asalkan tengkolok dipakai , begitulah cara
merentang jaring,pukat sungai dalam, air pasang, badan ditunjukkan.

Ayat doa Nabi Musa sebagai bekalan dilaut. Lautan menjadi hutan, musuh tidak
tentu arah.

7) Ilmu 40K Raja Ali

I
1 kesabaran
2 kebijaksanaan
3 keyakinan
4 kekuatan
5 kerajinan
6 ketabahan
7 kemuafakatan
8 kemasyarakatan
9 kepimpinan
10 kesenangan
11 kemakmuran
12 keamanan
13 kesejahteraan
14 ke arah tujuan
15 kemenangan
16 kekebalan
17 kekujuran
18 keikhlasan
19 keimanan
20 keislaman
21 ketakwaan
22 kemanusiaan
23 keturunan
24 kemuliaan
25 kesucian
26 kebersihan
27 kesopanan
28 kerohanian
29 kemelayuan
30 kebangsawanan
31 ketangkasan
32 kecekapan
33 kepantasan
34 keilmuan
35 keperubatan
36 kependidikan
37 kesihatan
38 kemertabatan
39 kebesaran
40 ketaatan