P. 1
Banner

Banner

|Views: 0|Likes:
Published by Norzuraidah Jaafar

More info:

Published by: Norzuraidah Jaafar on Oct 05, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/28/2015

pdf

text

original

Umang-umang ( Hermit Crab ) Umang-umang hidup secara liar atau berkumpulan 100 ekor atau lebih

. kebanyakkannya tinggal dalam air masin dari secetek terubu karang dan pesisir pantai hingga sedalam dasar laut. Terdapat 1100 spesies umang-umang di seluruh dunia. Umang-umang menjadikan cangkerang siput yang kosong sebagai perlindungan daripada pemangsa. Ia akan menukar cangkerang yang baru apabila saiznya bertambah besar.

Ikan belacak / Tembakul / Belodok Ikan belacak di kategorikan sebagai ikan amfibia kerana ia berupaya bernafas melalui kulit, lapisan mulut (mukos) dan kerongkong ( pharynx ). Ia banyak terdapat di kawasan tropika dan separa tropika. Agak aktif semasa di luar air, ketika makan dan berinteraksi sesama sendiri.

Siput Belitung Siput sedut atau dikenali juga dengan nama siput sedut merupakan sejenis karangkarangan siput air tawar yang boleh dimakan. Pokok bakau minyak. Kurap dan Api-api memainkan peranan penting untuk habitat siput ini. Sumber makanannya merupakan bahan organik yang dibawa oleh air sungai atau air laut.

Helang Merah Burung ini banyak didapati di kawasan persisir pantai dan berupaya hidup secara sendirian atau berpasangan. Merupakan haiwan karnivor dan makanan utamanya terdiri daripada tikus, ayam serta tupai. Burung helang merah juga menangkap ikan di sungai dan laut. Burung helang merah merupakan spesies burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia.

Ketam Nipah Kawasan paya bakau merupakan salah satu habitat bagi ketam nipah. Secara semulajadinya ketam nipah merupakan haiwan karnivor dan akan memakan ketam nipah lain yang sedang menyalin kulit. Ketam nipah diternak secara komersial oleh penduduk-penduduk sekitar kawasan hutan paya bakau untuk menjana ekonomi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->