You are on page 1of 1

REFLEKSI ( KELAS TAMBAHAN) Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya telah berjaya melaksanakan Program Bina Insan

Guru (BIG) ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga buat -------------------- selaku penyelia kumpulan saya di atas panduan dan bimbingan yang diberikan sepanjang proses melaksanakan program ini Program ini telah saya laksanakan bersama-sama dengan rakan sekelas

bagi memenuhi tuntutan kursus pengajian saya sekarang.Kami dikehendaki mengadakan kelas tambahan kepada murid-murid . Sebenarnya aktiviti kelas tambahan adalah tidak asing bagi guru yang telah lama berkhidmat seperti saya. Tambahan pula, saya memang seorang guru Tahun 6.Bagi program kelas tambahan, kami telah memilih murid-murid daripada SJK(T) Ladang Batang Kali sebagai tempat pelaksaannya. Aktiviti ini melibatkan muridmurid Tahun 6 Malligai. Aktiviti ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 30 September 2013. Melalui program ini, kita akan tahu bahawa seorang guru sememangnya sentiasa berusaha untuk pencapaian terbaik murid-muridnya. Walaupun kelas yang diadakan adalah diluar waktu rasmi pengajaran tetapi cikgu akan sentiasa memberikan pengajaran yang terbaik untuk anak didiknya. Sebagai seorang guru , kita mestilah sentiasa bersedia untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang bertujuan untuk kecemerlangan sekolah. Apalagi kelas tambahan biasanya merupakan aktiviti wajib yang dijalankan di mana-mana sekolah sama ada di bandar atau luar bandar. Kesimpulannya, program kelas tambahan ini, sedikit sebanyak memberikan maklumat baru kerana cara pelaksanaannya agak berbeza dengan kelas yang biasanya diadakan di sekolah saya. Semua maklumat yang saya dapat sudah tentu berguna untuk diaplikasikan kelak.

You might also like