Faktor-faktor yang Mempegaruhi Cuaca dan Iklim di Malaysia Kedudukan kawasan yang terletak di Garisan Khatulistiwa atau

yang berhampiran dengannya mempunyai suhu yang tinggi sepanjang tahun. Di kawasan ini pancaran matahari adalah tegak di atas kepala. Itulah sebabnya Malaysia yang terletak berhampiran Garisan Khatulistiwa mengalami suhu yang tinggi sepanjang tahun. Semua negara di kawasan kahtulistiwa menerima hujan perolakkan. Hujan ini terbentuk akibat sejatan yang tinggi pada waktu siang. Malaysia banyak menerima hujan daripada jenis hujan ini. Kedudukan Malaysia dilaluan tiupan Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut juga menyebabkan jumlah hujan tahunan yang tinggi.

Angin Monsun Angin Monsun Barat Laut dan Angin Monsun Timur Laut mempegaruhi jumlah hujan yang diterima pada bulan Mei hingga September dan November hingga Mac. Hujan yang dibawa oleh kedua-dua angin monsun ini menambahkan jumlah hujan tahunan Malaysia. Hampir seluruh kawasan di Malaysia mengalami suhu terendah antara bulan Disember hingga Februari. Hujan lebat daripada angin monsun timur laut ini juga merendahkan suhu terutamanya di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.

Ketinggian Kawasan tinggi mengalami suhu yang rendah. Manakala, kawasan yang lebih rendah mengalami suhu yang lebih tinggi. Keadaan ini berlaku kerana lapisan udara di kawasan rendah dan dekat dengan bumi lebih banyak dipanaskan oleh haba dari bumi. Selain itu, suhu akan menurun dengan kadar 1oC bagi setiap tambahan ketinggian 165 meter. Oleh itu, purata suhu tahunan di Tanah Rata di Tanah Tinggi Camern (1 545 m) ialah kira-kira 18.6oC.

Kepulauan Kawasan pinggir laut dan pulau dipengaruhi oleh laut yang berhampiran. Pada waktu siang, air laut lambat menyerap haba. Oleh itu suhu adalah rendah di kawasan pinggir pantai. Pada waktu malam, air laut lambat kehilangan haba. Oleh itu, kawasan pinggir laut dan kepulauan adalah kurang panas pada waktu siang. Manakala, pada malamnya suhu tidak begitu rendah. Laut menyederhanakan suhu kawasan yang terletak berhampirannya. Bayu laut yang bertiup pada waktu siang ke kawasan-kawasan pinggir laut juga merendahkan suhu

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful