You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT PENTAKSIRAN KERJA KURSUS - PROJEK

Mata Pelajaran/ Kursus :

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3117

Tempoh Pelaksanaan: Tarikh Mula : 2 Ogos 2013 Tarikh Serahan :12 Oktober 2013 4 / 2013

Program : Kumpulan yang terlibat: Disediakan oleh: Disahkan oleh: Nama & Tandatangan

Program Pensiswazahan Guru 1. PPG

Semester /Tahun:

Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kent, Tuaran, Sabah Penyelaras Mata pelajaran/Kursus Ketua Jabatan

................................................ AZMI BIN JALI Tarikh: 5 JULAI 2013

................................. EN. JOHN GITOM 5 JULAI 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK JABATAN MATA PELAJARAN KUMPULAN SEMESTER HASIL PEMBELAJARAN : : : : : PENGAJIAN MELAYU BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PPG KEEMPAT

i. ii. iii. iv. v.

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membanding bezakan konsep: strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan tepat; Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah; Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini, selaras dengan kontekstual dalam pengajaranpembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah; Menyediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerapkan elemen-elemen bestari; Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah supaya dapat memupuk potensi semula jadi murid.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, 5 OBJEKTIF : Pada akhir tugasan ini, pelajar dapat: i. Mengenalpasti dan menghuraikan konsep kaedah, teknik dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu ii. Membincangkan empat kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu serta menghuraikan kelebihan dan kelemahan kaedah dan teknik yang dipilih iii. Menggunakan teknik temuramah /temubual dalam kerja lapangan (sekurang-kurangnya melibatkan dua orang guru bahasa Melayu semasa PBS) iv. Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian dengan mengaplikasikan kaedah, teknik, kemahiran bernilai tambah serta menyerapkan element bestari hasil dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Perancangan hendaklah mengambilkira maklumat yang diperolehi daripada temubual guru Bahasa Melayu di Sekolah. v. Membuat refleksi dan penilaian pelaksanaan kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Melayu 2

TUGASAN PROJEK Institut: Mata Pelajaran: Tarikh Mula: IPGM Kampus Kent BMM 3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2 Ogos 2013 Nama Guru Pelatih: Unit: Tarikh Hantar: PPG 12 Oktober 2013

Seseorang guru bahasa Melayu mestilah dapat menguasai dan melaksanakan kaedah dan teknik, bijak menyerapkan kemahiran bernilai tambah serta elemen bestari bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Sebagai guru pembacaan daripada pelbagai sumber merupakan salah satu cara mendapatkan maklumat mengenai kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran. Selain itu makluma t dan aplikasi kaedah dan teknik dapat diperolehi melalui temuramah/temubual dengan guru sekolah secara langsung bagi mendalami aspek-aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat diaplikasikan dengan berkesan ketika berinteraksi dengan murid. Bagi melaksanakan tugasan ini , anda dikehendaki: i. ii. iii. iv. Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang kaedah, teknik dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu dan menghuraikan konsep-konsep tersebut. Membincangkan empat kaedah dan teknik dalam pengajaran bahasa melayu serta menghuraikan kelebihan dan kelemahan kaedah dan teknik yang dipilih Melaksanakan teknik temuramah / temubual dengan beberapa orang guru bahasa Melayu di sekolah anda bagi mendapat maklumat tentang kaedah dan teknik yang digunakan. Merancang dan menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap dengan memasukkan kaedah, teknik dan kemahiran bernilai tambah serta menyerapkan elemen bestari, dengan mengambil kira maklumat yang diperolehi daripada temu bual terhadap guru-guru BM di sekolah. Menulis refleksi kekuatan dan kelemahan pelaksanaan tugasan. Menghantar hasil tugasan projek pada tarikh yang telah ditetapkan.

v. vi.

PANDUAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu . Hasil tugasan hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial , saiz 11 dan langkau satu setengah baris. Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format penulisan bibliografi yang betul ( APA format). Pengurusan grafik (rajah, jadual dan gambar) hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (lampiran). Panjang tugasan tidak kurang daripada 20 halaman kertas bersaiz A4 (Tidak termasuk lampiran) dan dijilidkan. Bahagian kulit luar dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:

(a) Nama Pelajar: (b) Angka Giliran (c) No. Kad Pengenalan: (d) Kumpulan/Unit: (e) Kod dan Mata Pelajaran: (f)
7 Nama Pensyarah Pembimbing:

(g) Tarikh Mula dan Tarikh Serahan:


Tugas ini membawa markah 100% dan wajaran 50 %

Tugasan yang baik harus harus menunjukkan kriteria yang berikut : 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci 2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan. 3.Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan sokongan ilmiah. 4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahan maklumat secara kritikal dan analitikal.

Kriteria Pentaksiraan Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan

Tugasan disediakan oleh,

Disemak oleh

(AZMI BIN JALI) Penyelaras Kursus Jabatan Pengajian Melayu IPG Kent, Tuaran, Sabah.

Pakar Bidang (SME) Jabatan Pengajian Melayu IPG Kent, Tuaran, Sabah.

Disahkan oleh

(JOHN GITOM ) Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kent, Tuaran, Sabah.

You might also like