PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG

)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

MODUL PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN MODUL

PKU3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
I

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Disember 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

i

vi . Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. 1. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. dan masa anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 4. sumber-sumber pembelajaran. Anda boleh berbincang dengan pensyarah. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 2. 3. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya.

7.5. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda. Teliti maklumat yang diterima. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. vi . 6.

Modul ini mengandungi tajuk-tajuk berikut: • • • Definisi dan Konsep Pendidikan Khas Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas Dalam setiap tajuk disertakan dengan soalan-soalan latihan. Anda digalakkan mendapatkan maklumat tambahan daaripada pelbagai sumber rujukan.Pengenalan Modul PKU 3101 : Pengenalan Kepada Pendidikan ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada anda yang sedang mengikuti Kursus Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Pada akhir modul ini akan diberi sekurang-kurangnya dua tajuk tugasan tutorial. Anda dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut untuk dibawa dalam perbincangan bersama tutor pada waktu tutorial nanti. . Modul ini memberi garis panduan skop tajuk yang perlu anda pelajari sebelum menghadiri jam interaksi dihujung minggu.

Sejarah pendidikan khas di luar negera. Interaksi 1 Definisi dan Konsep Pendidikan Khas Tajuk Tajuk/Topik Pendaftaran Dan Taklimat • • • • • Definisi Pendidikan Khas Definisi Kanak-kanak Berkeperluan Khas Istilah Handicap. Sejarah pendidikan khas di Malaysia 4 jam 5 jam Jam/Kredit Catatan 11/06/2011 25/06/2011 2 Sejaran Perkembangan Pendidikan Khas Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas • • A).AGIHAN TAJUK KOD DAN NAMA KURSUS PKU3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS KREDIT : (3 + 0) Bil. Mandat-mandat Asas PL142-94 • Pendidikan untuk semua • Persekitran yang paling tidak terhad • Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi • Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan • Hak ibu bapa untuk membantah • Pendidikan yang sesuai . dan Impairment Konsep dan kepentingan Pendidikan Khas Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan pelaksanaan pendidikan di Malaysia. Disability.

Ciriciri dan keperluan dalam pendidikan. Mandat-mandat Lain • Perkhidmatan intervensi awal dan prasekolah • program transisi • Pengubahsuaian kemudahan awam A). perinatal dan pascanatal Faktor persekitaran/teratogen Trauma Kerencatan Akal Masalah Penglihatan Masalah Pendengaran Jam/Kredit 4 jam Catatan 30/07/2011 Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas 5 jam Punca Masalah 4 Kategori Kanak-kanak Berkeperluan : Definisi. • • • 4 jam 20/08/2011 • • • Masalah Tingkahlaku/Emosi Masalah Attention Deficit Hyperactivy Disorder (ADHD) Masalah kesihatan 5 jam . Ciriciri dan keperluan dalam pendidikan. Interaksi 3 Tajuk Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas Tajuk/Topik B). Perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia • Akta Pendidikan • Dasar-dasar berkaitan Pendidikan Khas • • • • • Genetik/Baka Masalah metabolisme Jangkitan Pranatal. Rangka Tindakan dan Pernyataan Salamanca C). Kategori Kanak-kanak Berkeperluan : Definisi. Amalan Konsep PL142-94 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia B).Bil.

Interaksi 5 Tajuk Kategori Kanak-kanak Berkeperluan : Definisi. Kategori Kanak-kanak Berkeperluan : Definisi. Ciriciri dan keperluan dalam pendidikan.Bil. Tajuk/Topik Jam/Kredit 4 jam Catatan 24/09/2011 • • • Masalah fizikal Palsi Serebral Masalah Pembelajaran Spesifik • • • 5 jam Autisme Kecederaan Otak Traumatik Pintar Cerdas 6 Penyediaan Bantuan A) Kolaborasi Antara Pelbagai Pihak dan Agensi • Guru biasa • Agensi bukan kerajaan • Kementerian dan agensi kerajaan lain yang terlibat • Komuniti B) Pelaksanan Pelbagai Jenis Pengubahsuaian • Pengubahsuaian persekitaran • Pengubahsuaian dalam pengujian • Pengubahsuaian dalam pengajaran dan Pembelajaran C) Penyediaan Pelbagai Jenis Perkhidmatan Khas • Intervensi awal • Peralatan • Kepakaran • Prasarana • Kemudahan-kemudahan 5 jam 01/10/11 . Ciriciri dan keperluan dalam pendidikan.

7 Ibu Bapa dan Keluarga • • • Kesan kecacatan terhadap keluarga Peranan ibu bapa dalam membantu anak berkeperluan khas Sokongan sosial untuk keluarga Akses kepada teknologi Pendidikan inklusif Kurikulum yang berorientasikan kerjaya Penekanan terhadap peranan ibu bapa Advokasi dan tuntutan hak yang sama Kerjaya yang lebih adil 'Seif determination 4 jam 8 Trenda Semasa Dalam Pendidikan Khas • • • • • • • .

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS TAJUK 1 SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsepkonsep asas Pendidikan Khas. KERANGKA TAJUK-TAJUK DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS Definisi dan Konsep Pendidikan Khas Definisi dan Istilah Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan pelaksanaan . Definisi kanak-kanak berkeperluan khas. Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan pendidikan di Malaysia HASIL PEMBELAJARAN • • Menjelaskan definisi. istilah handicap. konsep dan istilah dalam Pendidikan Khas Menghuraikan sejarah perkembangan dan undang-undang yang berkaitan dengan pendidikan khas di dalam dan luar negara. disability dan impairment .

Definisi dan Konsep Pendidikan Khas 1. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran muridmurid khas. mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. di rumah. berdikari. di hospital atau institut lain. Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah. berupaya. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. berhaluan. . beriman. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.1 Definisi Pendidikan Khas Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran.KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 1.

2003) Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ini seperti kanak-kanak istimewa. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi.keupayaan deria (melihat dan mendengar). tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri) 1. Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri.KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 1. kanak-kanak luar biasa. Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanakkanak normal dari segi mental (pencapaian akademik). kanak-kanak cacat.1 Handicap Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan . kanak-kanak abnormal.2 Definisi kanak-kanak Berkeperluan Khas Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanakkanak yang mengalami kesukaran belajar. kanak-kanak bermasalah dan kanakkanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward.keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur).3 Istilah 1.3. kanak-kanak kurang upaya. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental.3. Sebaliknya kanak-kanak yang sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains. kestabilan emosi dan intergrasi sosial.3 Impairment Ketidaknormalan dari aspek psikologi. fisiologi dan anatomi. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri. Contohnya seorang pelajar pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. . Ia juga berkaitan ketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi. dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan.3. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. fisiologi dan anatomi. 1.2 Disability Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal 1. 1.4 Konsep Pendidikan Khas Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS sebagai seorang yang normal.

berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan negara. Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggung jawabnya sendiri seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. . berhaluan.KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 1. berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Negara. pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah. Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama status jabatan-jabatan lain. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran.5 Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan pendidikan khas di Malaysia Sebelum 1995. Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1 Oktober tahun 1995. Kementerian Pendidikan Malaysia. Jelaskan kaitan antara falsafah pendidikan khas dengan falsafah pendidikan Negara. Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara Latihan: 1.

Nyatakan peranan Jabatan Pendidikan Khas dalam Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia .KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 2.

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS TAJUK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia dan di luar negara. HASIL PEMBELAJARAN • • Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di luar negara KERANGKA TAJUK-TAJUK Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Sejarah di Malaysia Sejarah di Luar Negara .

1 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Pengenalan kaedah komunikasi dan . Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran.1 menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan Khas. Jadual 1. Jadual 1. Pusat Pertanian Temerloh (JKM) Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di Pulau Pinang Pembukaan Institut Taman Cahaya. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di 1953 1954 1958 1962 1963 1977 Johor Bahru Pembukaan Institut Taman Harapan. Nicholas di Melaka Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Pusat Pertanian Sandakan (JKM) Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu 1978 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya penglihatan.1 : Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas 1926 1931 1948 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St.Setapak.KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 2.

Kementerian Pendidikan Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille. Teliti maklumat yang diberikan untuk membantu anda membuat latihan yang disediakan. Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang .1 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di dalam negara Bagi meningkatkan lagi pengetahuan anda.KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam 1979 1983 1984 1987 1988 1994 1995 pelajaran Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional . di dalam modul ini juga disediakan sejarah tentang pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada keputusan perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987.2. Kementerian Pendidikan Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional. Berikut adalah rentetan perkembangan program masalah pembelajaran di Malaysia Tahun 1988 Peristiwa Pendidikan Wilayah Kelas Khas - Jabatan Persekutuan mula menubuhkan Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1. Shah Alam Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah Program Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan 2.

Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan 1995 1996 Khas. Shah Alam. Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah (KKBP) di seluruh negara secara menganalisis data dari ujian percubaan di Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff. Seksyen 4.Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. .Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK 1990 Jalan Raja Muda.Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji.Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas. . Cheras. Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul. Selangor. Manakala bilangan program di sekolah menengah . Kuala Lumpur. .Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran berperingkat.KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS guru terlatih). . . 1993 .Pendidikan Inklusif bermula.Mesyuarat Universiti 1991 1992 Malaya. . 2006 Kuala Lumpur .Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006.

Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanakkanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanakkanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan hingga ke hari ini. yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan. Akta ini juga mempunyai kesan yang mendalam dalam amalan penaksiran. pesekitaran tidak terhad. Undang-undang ini telah menekankan 6 prinsip iaitu penyisihan sifar. proses hak dan penglibatan ibu bapa Manakala di Britain Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas di luar negara. Kedua-dua negara tersebut telah mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. penilaian tanpa diskriminasi. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara- . Kesannya amat besar dari segi pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau ‘inklusif’’diperluaskan. program pendidikan individu. Undang-undang ini merupakan yang paling mempengaruhi bidang pendidikan khas.2. Public Law 92-142 (USA) menyatakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka. 2.KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.

1989) memperkukuhkan perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Keduanya. ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Children’s Act. Pertama. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas. .KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Apa yang jelas akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. . Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Umpamanya. amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.

linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan. Sounding the Alarm (Dari 1890 M hingga 1930 M) 6. autisme. The Awakening (Dari 1700 M hingga 1800 M) 3. a). Autisme Pada tahun 1919.KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 1. menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif. Early Optimism (Dari 1800 M hingga 1860 M) 4. Disillusionment (Dari 1860 M hingga 1890 M) 5. b). Center Stage (Dari 1960 M hingga 1970 M) 9. sindrom down dan masalah tingkah laku dan emosi seperti yang berikut. Aspeger telah membincangkan tentang kanak-kanak yang luar biasa daripada aspek masalah sosial. A State of Confusion (Dari awal hingga 1700 M) 2.2 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di luar negara Sejarah perkembangan masalah pembelajaran di luar negara dibahagi mengikut tiga kumpulan masalah pembelajaran yang terbesar iaitu terencat akal. Eugun Blueler memperkenalkan perkataan “Autism”. A Turning Point (Dari 1950 M hingga 1960 M 8. tidak mempunyai pemahaman interpersonal. On-Hold (Dari 1930 M hingga 1950 M) 7. • • Istilah Autism merujuk kepada “development disorder” atau masalah perkembangan. From Action to Introspection (Dari 1970 M hingga sekarang). . Terencat akal Ada 9 peringkat perkembangan sejarah terencat akal iaitu: 1.

d) • Masalah tingkah laku dan emosi Sejarah bagi masalah tingkah laku dan gangguan emosi bermula pada tahun 1547 di mana institusi pertama dibuka untuk orang yang mempunyai masalah mental di St. De Waardenburg berpendapat down syndrome mungkin disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom. John Langdon Down telah menghuraikan ‘ciri-ciri khusus’ sindrom down. . Dr Jerome Lejuene dan rakan-rakannya di Paris telah menemui bahawa Down Syndrome berlaku kerana kelebihan bilangan kromosom. Terangkan peranan Laporan Warnock dalam perkembangan pendidikan khas di Britain. Philippe Pinel. Pada tahun 1866 seorang doktor perubatan bernama Dr. seorang ahli psikiatri dari Perancis telah mengarahkan supaya orang ramai lebih berperikemanusiaan kepada golongan ini di Salpetriete. • Pada tahun 1792. Benjamin Rush yang dianggap sebagai “Father of American Psychiatrist” mencadangkan lebih kepada kaedah sayang untuk kanak-kanak ini. Paris iaitu tempat orang kurang siuman. Pada tahun 1959. • Dalam tahun 1745-1813. London.KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS c) • • • • Sindrom Down Sejarah awal bermula pada tahun 1505 apabila sebuah lukisan yang terukir di tempat pemujaan di Achen . kasih Latihan: 1. Mary Bethlehem. Pada tahun 1932. Jerman.

.KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 2. Nyatakan peranan Akta Pendidikan Malaysia 1995 dalam mempengaruhi perkembangan Pendidikan Khas.

3. 5. Seterusnya anda akan memperolehi beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasan pendek yang disediakan.KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS TAJUK 3 (PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS) SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki membincangkan tentang mandat-mandat asas dan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. 4. KERANGKA TAJUK-TAJUK perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas Mandat-mandat Asas PL94-142 Mandat-Mandat Lain Amalan Konsep PL 94-142 dalam Sistem pendidikan Malaysia Rangka Tindakan Dan Pernyataan Salamanca Perundangan dan dasar-dasar Pendidikan di Malaysia . Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain yang berkaitan dengan Pendidikan Khas Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamanca Menghuraikan Malaysia. HASIL PEMBELAJARAN 2.

Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All Handicapped Children Act). menghadapi masalah ini.0 Pengenalan Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak kanak-kanak biasa yang lain. Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia antara 3 hingga 21 tahun. pentaksiran yang tidak mendiskriminasi. Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988). Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan.KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 3. apabila Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act. penyediaan khidmat sokongan yang . Mandat-mandat tersebut telah memberi penekanan terhadap pendidikan untuk semua. biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti Oleh itu .1 Mandat-mandat Asas PL94-142 Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990 . persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment . guru Pendidikan Khas akan diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yang 3.

Kanak-kanak khas atau individu kurang upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas kanak-kanak biasa. Friend. 3. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai yang diperolehi kerajaan. Apabila peruntukan PL 99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk individu kurang upaya.M (2006). menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk semua. kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersamayang paling tidak mengehadkan ( least restrictive . Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga 18 tahun. Justeru.1. tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak (Jamila 2006).KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS berkaitan. Oleh itu. 3. hak ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu).1 Pendidikan untuk semua Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi.2 Persekitaran environment ) Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) bermaksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan bagi individu kurang upaya. setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanakkanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada peringkat awal lagi.1. kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak terkecuali dan mereka layak disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai di dalam kelas atau sekolah khas.

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai ' pendidikan inklusif '. Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila (2006), falsafah pendidikan uinkulusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program inklusif ini bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting pada awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapat diberi pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua. 3.1.3 Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka. (Yusuf,etal, 2006). Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus menilai kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidisciplinary Team (MDT) yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihakpihak lain untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut memerlukan penempatan di kelas khas tersebut .Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak tersebut tersebut akan dinilai dan satu perancangan pengajaran dan bentuk penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006). Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS kanak tersebut, lebih daripada satu penilaian dilakukan untuk sesuatu ketidakupayaan dan dilakukan secara menyeluruh dalam katogeri keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006) 3.1.4. Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanakkanak khas. Mereka memainkan peranan penting dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang penilaian dan perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini. 3.1.5 Hak ibu bapa yang membantah (due process) Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat mengenai keyidakupayaan seseorang individu adah sulit. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini. Rekod tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan boleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki, perlulah dimusnah. Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan anak mereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama dalam mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006)

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 3.1.6 Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu) Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut. (Kauffman dan Hallahan, 2005) . Oleh itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di beberapa buah negara termasuk di negara kita dan dijadikan sebahagian daripada cara untuk menilai murid-murid berkeperluan khas. Dalam melaksanakan program RPI yang disediakan untuk murid-murid khas, maka seharusnya ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti yang tercatat di dalam PL 94-142 (Strickland & Turnbull 1990) seperti berikut: a) Tahap pencapaian pendidikan murid yang terkini. b) Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun. c) Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan. d) Jenis pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid. e) Jenis perkhidmatan berkaitan (jika perlu) yang akan disediakan untuk murid. f) Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa. g) Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan. Kriteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian, dan jadual menentukan pencapaian dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali.RPI yang diperkenalkan ini dapat dimanfaatkan bersama di kalangan guru-guru khas dan seterusnya digunakan bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluan khas tetapi juga

LATIHAN HURAIKAN DENGAN JELAS ENAM MANDAT YANG TERKANDUNG DALAM PL 94-142 . 1995).KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS untuk murid-murid normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belum dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj.

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) TAJUK 3 SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki membincangkan tentang mandat-mandat asas dan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Seterusnya anda akan memperolehi beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasan pendek yang disediakan. HASIL PEMBELAJARAN a. Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain yang berkaitan dengan Pendidikan Khas b. Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas c. Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamanca d. Menghuraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia. KERANGKA TAJUK-TAJUK PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS

Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

Mandat-mandat Asas PL94-142

Mandat-Mandat Lain

Amalan Konsep PL 94-142 dalam Sistem pendidikan Malaysia

Rangka Tindakan Dan Pernyataan Salamanca

Perundangan dan dasar-dasar Pendidikan di Malaysia

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 3.2 Mandat-Mandat Lain

3.2.1 Perkhidmatan Intervensi awal dan prasekolah

Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat (Fatimah Bivi, 2002). Dunst (1996) menyifatkan intervensi awalan sebagai “to a range of services provided to children, parents and families during pregnancy, infancy and/or early childhood”. Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambil langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan mengurangkan keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi program pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang boleh diperolehi oleh seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa? a. Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanakkanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) b. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak- kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003). c. Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanakkanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. d. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa. e. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan

perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan

New Jersey : Pearson Education. 3. 3.2.L. Cadangan rujukan : Yell.2 Program Transisi 3. The Law and Special Education 2ed.4 Amalan konsep-konsep PL94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia Di Malaysia. bincangkan bagaimana program transisi dan pengubahsuaian kemudahan awam diberi penekanan dalam Pendidikan Khas.Inc. (2006). Melalui pendidikan untuk semua. pendidikan khas berkembang maju apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan. M. khidmat sokongan daripada pelbagai pihak dan juga penyediaan Rancangan Pengajaran Individu telah memantapkan lagi amalan PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. kelas inklusif.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan.3 Pengubahsuaian Kemudahan Awam LATIHAN Secara kumpulan. bincangkan amalan-amalan PL 94-142 dalam sistem Pendidikan Khas di Malaysia . pendidikan percuma.2. kesihatan dan pendidikan. kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas. peranan undang-undang dan polisi pemerintah berjaya menggerakkan program pendidikan khas di negara ini. Berteraskan kepada PL 94-142. LATIHAN Secara berkumpulan .

Rangka Tindakan Salamanca yang diperkenalkan pada tahun 1994 memberi tumpuan kepada dasar. pendidikan Di antara deklarasi yang menjadi dasar kepada khas di Malaysia adalah The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994. polisi dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang berkeperluan khas . Kerajaan setiap negara juga digesa supaya mewuud dan mengukuhkan mekanisme merancang. Negaranegara yang bersidang di Salamanca disarankan supaya memberi keutamaan terhadap polisi dan peruntukan kewangan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka. kementerian Pelajaran Malaysia telah mengabil inisiatif memperkenalkan pendidikan inklusif di Malaysia pada tahun 1995 walaupun amalan inklusif telah . Oleh kerana kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan. Rangka Tindakan memperakukan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk memasuki sekolah biasa melalui amalan inklusif.kemampuan dan keperluan pembelajaran. satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang bersesuaian dengan perbezaan minat individu. memantau dan menilai pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak khas.5 Rangka Tindakan Samalanca Negara-negara di dunia termasuk di Asia telah memulakan Program Pendidikan Khas yang bertitik tolak daripada saranan dan gesaan beberapa deklarasi di peringkat antarabangsa. program Salamanca pendidikan juga untuk murid berkeperluan khas perlu khas diimplementasi supaya sesuai dengan sistem pendidikan negara. Selain itu. Rangka Tindakan Salamanca ini memperakukan tentang hak dan peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Ekoran daripada persidangan ini.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 3. minat.

sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar. akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) lama dilaksanakan di Malaysia melalui rancangan pendidikan integrasi atau percantuman ((Norshidah. Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak. Dalam Akta Pendidikan. Akta Pendidikan Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. dan meliputi semua kategori sekolah. .etal 2009) Perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia a. Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan. konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolahsekolah. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita. Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika. iaitu sekolah kerajaan .

Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. iaitu secara berkembar. dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusiinstitusi pendidikan tinggi. Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil. Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan. termasuk program pertukaran.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut. manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi. perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan. Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi. Dalam pada itu. sama ada dalam negeri atau luar negeri. . Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.

pembelajaran ( terencat akal ) yang boleh didik. • Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kaank-kanak normal.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan.  Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal.mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan 1 titik tolak yang membawa kepada 1 penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan PK di Malaysia. b. • AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 ( tafsiran). • Tanggungjawab kementerian tertentu :  Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanakkanak yang bermasalah penglihatan. pendengaran.dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya. Dasar-dasar berkaitan Pendidikan Khas DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan ‘ keperluan –keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. • LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978). terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik . Kelaskelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996. Langkahlangkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam system pendidikan.

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)  Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko  Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996 .

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) TAJUK 4 PUNCA MASALAH SINOPSIS Tajuk ini akan memberi tumpuan kepada punca-punca masalah yang menyebabkan kecacatan kepada murid-murid pendidikan khas HASIL PEMBELAJARAN 1. Kerangka Tajuk-tajuk Genetik/Baka Masalah Metabolisme Punca Masalah Jangkitan Pranatal. Dapat mengetahu punca-punca masalah yang dihadapi oleh murid pembelajaran. pernatal dan pascanatal Faktor persekitaran/teratogen Trauma .

baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Gen adalah penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri biologi. Begitu juga punca masalah kecacatan yang dihadapi oleh kanak berkeperluan. iklim. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. rakan sebaya dan masyaraakat.1. Pengenalan Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. kecerdasan. Perkembangan manusia yang dipengaruhi oleh kesan baka adalah seperti berikut:4. 4. Eksperimeneksperimen beliau di dalam kebunnya di Broneo mengenai “swee peas” telah merintiskan jalan kepada ilmu genetik. Dalam setiap individu gen-gen ini adalah berpasangan dan di mana dua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya satu gen dominan menindasi yang lemah yang dipanggil gen resesif. faktor keluarga. Genetik/Baka Kesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang berasal dari Austria yang bernama Gregor Mendel (1857). Fizikal Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan. mental. Prinsip-prinsip kesan baka ke atas perkembangan yang dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi hasil daripada gen-gen yang diperturunkan tanpa pertukaran daripada satu generasi ke satu generasi. Manakala persekiran yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan saperti pemakanan. senaman dan juga pekerjaan.0.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 4. Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) mendapati kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalam .1. Kesan baka yang akan mempengaruhi dari segi fizikal. dan kerdil.1.

Theodore Simon (1873-1961). Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%.2. Mental /Kognitif (Kecerdasan) Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Pendapat mereka ini tidak dipersetujui oleh ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan dari tradisi revisionist seperti Howard Gardner (1983) dan Sternberg (1985) yang mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran . Kecerdasan tinggi atau rendah. namun begitu Anastasi (1958) dalam Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada gunanya kita berbahas yang mana faktor yang pentingnya lebih penting dalam proses perkembangan. dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan percaya bahawa kecerdasan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran. yang mana sebahagiannya diwarisi. Yang ialah kita mesti membincangkan bagaimana kedua-dua faktor persekitaran dan baka dalam proses perkembangan manusia. Walau bagaimanapun pengaruh persekitaran tidak kurang pentingnya. biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Setiap individu dilahirkan mewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa serta saudara sedarah sebelumnya.1. emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. (1997). Baka menentukan had kecerdasan seseorang. 4. . Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911). Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-ciri daripada ibu bapanya tetapi apabila dikesan. dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) tahap aktiviti. Borich dan Tombari. Begitu juga dengan aspek intelek.

misalnya ketololan (idiocy) kedua-dua ibu bapa terjadi apabila ibu dan bapa ini mempunyai tali persaudaraan yang rapat.4. Contohnya. Tay-Sachs adalah berkaitan dengan masalah kecelaruan enzim.1.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 4. PKU) Phenylketonuria adalah kecelaruan genetik yang dikaitkan dengan kehadiran baka ialah umur ibu atau bapa yang terlalu tua. Kajian juga mendapati sebahagian daripada kecacatan mental adalah diwarisi. Penyakit phenylkeyonuria oleh kekurangan enzim yang menyebabkan penghasilan kimia beracun di dalam badan yang akhirnya merosakkan mental kanak-kanak.3. dikaitkan dengan gen resesif yang diterima oleh anak daripada ibu atau bapa. Mental /Kognitif (Kecacatan mental) Kecacatan mental juga disebabkan oleh perwarisan genetik. penyakit Tay-Sachs. Mental /Kognitif (Phenylketonuria. Tapi pada hari ini. pendek dan otot-ototnya lembik. 4. Kebanyakan kanak-kanak sindrom ‘down’ adalah kecacatan terencat akal.5. Oleh kerana itulah wanita yang dua gen resesif. bayi-bayi yang menghidap PKU diberi pemakanan khas dan boleh mengatasi masalah kekurangan enzim tersebut (Ramlah Jantan dan Mahani Razali 2004:25) . Ini menyebabkan kerosakan pada sistem saraf dan kecacatan mental. Bila keadaan berterusan. menghalang pemindahan maklumat oleh saraf dan menyebabkan kerosakan sel otak Individu yang mengidap penyakit Tay–Sachs biasanya meninggal dunia sebelum umur 3 tahun. enzim di hatinya yang bertanggungjawab memecahkan ”phenylalanine” kepada bahan protein kegunaan tubuh tidak ada atau tidak aktif. Lefrancois (1999).1. Individu yang mengidap penyakit PKU. Tang Chee Yee (1990:34). Mental /Kognitif(Down Syndrome dan Sindrom anak menggoloid) Penyakit tersebut disebabkan oleh pembahagian dan percantuman sel yang tidak sempurna semasa meiosis. 4. menyebabkan otak tidak berupaya memecahkan lemak tertentu. Sindrom ini berlaku satu dalam setiap 680 kelahiran. Salah satu faktor telah melebihi umur 40 tahun tidak digalakkan hamil.1.

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 4. Rabun warna yang kerap dihidapi ialah merah dan hijau. Bayi akan terbantut pertumbuhan dan perkembangannya malah boleh membawa maut jika tidak dirawat. lesu serta tidak selera makan.9. hijau dan biru. Talasemia Talasemia ialah sejenis anemia yang diwarisi oleh sebilangan orang-orang keturunan Mediterranean dan timur. iaitu pada anak lelaki. Penyakit kebakaan (Hemophilia) Penyakit-penyakit kebakaan lebih banyak diturunkan melalui kromosom X.1. lemah. Kelainan dan kekurangan pigmen ini akan mengakibatkan rabun warna. Penyakit ini biasanya disedari apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan. iaitu AHG. 4. . 4.7.6.1. Tanda-tanda penyakit ini kekuningan kekuningan kulit dan mata putih. Pengidap penyakit ini merasa lemah otot-ototnya yang jelas kelihatan bila berjalan. Antaranya Hemophilia iaitu sejenis kelainan sel darah. Pertukaran darah diperlukan selalu oleh pesakit berpenyakit ini.Rabun warna Mata mengandungi pigmen-pigmen warna merah. Jenis kedua melibatkan kanak-kanak remaja dibahagian muka dan lengan. Pendarahan yang dialaminya tidak berhenti kerana pembekuan pada tempat luka tidak terjadi. demam.1. 4. dari kaum perempuan. Penyakit ini boleh berlaku lama pada peringkat Lelaki jauh lebih kerap mengalaminya kanak-kanak umur 4 hingga 10 tahun. Muscular Dystrophy Muscular dystrophy ialah keadaan otot-otot menjadi lemah dan kelamaan tidak boleh berfungsi.1. Mangsa hemophilia tidak mempunyai bahan pembeku di dalam sel darahnya.8.

Sindrom Edwards dan Sindrom Patau Lain-lain penyakit kebakaan ialah seperti Sindrom Edwards dan Sindrom Patau. kanak–kanak yang suka bergaul akan mencari kawan yang suka bergaul. (1990) dalam Shaffer. Maksudnya.10. 4. 1997). Plomin. di mana seseorang lebih selalu gembira.12. ’Cartilage’ yang biasanya terdapat pada tulang-tulang kaki dan tangan tidak lengkap kejadiannya. Kecacatan yang teruk berlaku dari segi mental dan fizikal. dan introvert di mana individu biasanya pemalu. suka bersosial dan Contohnya personaliti ekstrovert.1. Kajian Plomin. mereka yang suka bergaul pula akan mencari atau memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan (Newman dan Newman. telinganya cacat. terdapat tindak balas terhadap individu iaitu tindak balas dua hala. Pertumbuhan tulang yang sedang berlaku terbantut menyebabkan tangan dan kaki pengidapnya pendek.1. 1994 dalam (Shaffer. Sahsiah Kajian juga mendapati sahsiah juga adalah diwarisi daripada ibu melalu baka. 4. Helen Bee (1995).11. positif antara IQ dengan individu yang ada pertalian keluarga. suka menyendiri dan kurang selesa bergaul dengan ramai orang. Kepalanya lonjong dan kecil.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 4. Persamaan skor IQ di . (1990) mendapati korelasi kalangan individu kembar seuri yang tinggal bersama adalah paling tinggi berbanding lain–lain bentuk persaudaraan. Contohnya.Temperamen yang diwarisi akan mempengaruhi cara individu bertindak kepada persekitarannya turut mempengaruhi cara bagaimana orang lain dan persekitaran bertindak balas terhadap individu.1. Pengidap hanya boleh hidup 3 hingga 4 bulan. mengatakan atau bapa temperamen iaitu tret–tret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan kekal pada individu sepanjang hayatnya. Kajian Loehlin. Kerdil (Dwarfism) Kerdil berlaku pada kadar 1 :1000. dagu dan mulutnya kecil (Surina Sangari 1989:14). 1992. 1999) juga mendapati sebahagian besar dimensi personaliti adalah mewarisi baka.

Gesell percaya bahawa perkembangan kanak–kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka. mengatakan kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor dalaman. walaupun bersama dengan faktor lain.Menurut Gesell lagi. berdiri. Pertama. Walau bagaimanapun proses mekanisme ringkas di mana gen bekerja. perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman. Kamarulzaman (2003). Gen yang menentukan sekuens. mereka belajar duduk. kita dapat menganggap kematangan sebagai proses semasa gen mengarahkan perkembangan. Gesell menamakan proses ini sebagai kematangan. Kita tahu bahawa gen tidak bekerja secara berasingan dan mereka menerima isyarat daripada “ cytoplasm” ialah persekitaran gen. Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 4. terutama gen. Bagi Gesell. mereka melalui sekuens yang serupa. masih kabur. pada masa Gesell dan hari ini. Walau bagaimanapun. semasa perkembangan bayi. maka sukar bagi kita menentukan perbezaan antara faktor dalaman dan persekitaran. Tetapi secara khususnya. .1. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang dengan sendirinya ditentukan oleh gen. kanak–kanak itu adalah hasil daripada persekitaran sendiri. iaitu bahan kimia yang terkandung dalam nukleus setiap sel. berjalan dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Walau bagaimanapun. Kanak–kanak sudah tentunya berbeza dari segi kepantasan perkembangan.13. Kematangan Gesell (1952) memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanak– kanak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama.

2. sekali sehari. tabiat pemakanan dan 4. pencernaan dan penyerapan makanan. aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. . Kira-kira 10% daripada kalori harian digunakan untuk tugas ini. Namun pendapat ini bukan 100% tepat hidup. Jika anda tidak aktif. manakala individu gemuk sebaliknya.000 kalori sehari. Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi berlaku dengan cepat. sebaliknya ramai mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga kerna semuanya bergantung kepada gaya kekerapan bersenam. 3. Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga.530 kalori sehari. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti yang dilakukan. manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2. keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.1. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2. Masalah metabolisme Ada orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75% daripada tenaga daripada tenaga harian untuk tugas ini. 2. Metabolisme membabitkan tiga perkara asas: 1.2. kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 4.

Apabila usia meningkat.ini disebabkab didalam kromosom yang menyebabkan Sindrom Down ataupun Mongoloid. Peringkat Prenatal e. ( Istilah Sindrom merujuk kepada symptom atau cirri-ciri yang menentukan sesuatu penyakit ataupun keadaan ) f. atau siflis. rubella.Kecacatan di bahagian otak @ sisitem saraf yang berlaku sewaktu proses mengandung. Baka. Faktor-faktor yang akan memperlahankan metabolisme : UMUR : Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur kadar 5% selepas 40 tahun. pada juga merosot dan paras lemak badan meningkat. metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka lebih besar dan mempunyai kurang lemak. keanjalan otot lemak dan ini sebabnye apabila otot berkurang.3. Otot lebih aktif berbanding tisu metabolisme juga MASALAH HIPOTIROIDISME : Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Kanak-kanak DS ini mempunyai 42 kromosom berbanding kanak-kanak normal iaitu 46 kromosom. JANTINA : Secara umumnya.3. Jangkitan Pranatal. Jangkitan.1. GENETIK : Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme cepat 4. . perinatal dan pascanatal Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang boleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadi masalah. kadar menurun.2. 4.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 4.2. Ibu yang menghidap campak.

Bahan kimia/ sinaran X. Dadah dan alcohol.kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. i.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Jangkitan ini akan memnyebabkan kecacatan embrio. ( Rubella sejenis demam campak.Terdapat juga pelbagai masalah mikroorganisma yang menganggu perkembangan janin@ fetus dan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan mental 4. kekurangan. steroid. Cubaan menggugurkan kandungan k. pencegahan pembekuan. makanan. dan udara. dan logam berat plumbum. Mikroorganisma. ( contoh dadah dan ubatan yang berbahaya ialah rokok. alcohol. Pemakanan. Pnggunaan dan pengambilan barang ini oleh ibu mengandung mestilah mendapat nasihat dan persetujuan doctor. Peringkat Perinatal Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga menyebabkan ia dilahirkan cacat c.) h. kuinina.Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia memberi kesan kepada kesihatan. Alkohol boleh membantutkan perkembangan janin. antibodi dan autihistamin. d. hormon. Siflis sejenis penyakit berjangkit melalui hubungan sulit) g.3. Kelahiran pada usia kandungan 2134 minggu. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ dalaman janin yang sedang berkembang. Tiada pemakanan seimbang. vitamin dan protein. j. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang @ berat badan kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan. peluang bayi untuk hidup adalah tinggi.2. Bahan Kimia akan masuk kedalam tubuh melalui air. .Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahan pembekuan.

Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) e. Peringkat Posnatal/ pasca natal Bayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang upaya boleh mengalami kecacatan mungkin disebabkan penyakit. keadaan persekitaran dan kemalangan. Kebanyakkan saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam sekeliling. sakit mata dan muntah. Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran g. h.3. Persekitaran. Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks.3. • Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental. Tanda penyakit ini ialah demam. Penyakit• Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat menyebabkan kerencatan otak. 4. Punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang juga penggunaan dadah dan merokok oleh ibu. . g. f. f.kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan memperkembangkan fizikal dn mental. Jika tidak dirawat dengan segera kerencatan akal akan berlaku. sakit kepala. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat.

Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. tahap pendidikan. sosiobudaya. Faktor persekitaran/teratogen Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. rakan-rakan.4. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. contohnya ahli keluarga terutamanya ibu bapa kanak-kanak. Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan.Menurut Amran Schienfeld. Menurut Lee Shok Mee (1994). beliau mengatakan persekitaran ialah segala keadaan di sekeliling termasuk keadaan fizikal. Contoh keracunan plumbum ialah lead poisoning seperti cat rumah. Manakala Norman L. Hubungkait dengan persekitaran kanak-kanak ini bolehlah dimaksudkan dengan adanya pertalian rapat kanak-kanak tersebut dengan individu yang paling hampir dengannya. ibadat media dan persekitaran dunia.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kanakkanak ynag terdedah dengan logam berat seperti plumbum. masalh emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. . Perkaitan seterusnya pula mungkin disebabkan oleh faktor tempat tinggal kanak-kanak. cara hidup masyarakat sekeliling dan unsur rohaniah seperti penglibatan rumah ibadat. politik dan interaksi sesama manusia serta alam sekitarnya. Juga turut berkaitan dengan berlakunya pekembangan kanak-kanak ini disebabkan oleh objek atau peristiwa yang pernah berlaku dalam kehidupan kanak-kanak tersebut sekaligus memberi pengalaman bermakna terhadap kanak-kanak. gaya hidup dan kesihatan si ibu. persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan. 4. sosio ekonomi. Edger pula menerangkan bahawa persekitaran adalah kuasa ekstrinsik rumit yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. dan merkuri melalui makanan @ pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran. keluarga. iklim. W. paiap air dan petrol. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan.

Di antara beberapa teori utama mengenai peringkat perkembangan individu seperti teori perkembangan sosiobudaya Robert Havighurst. pusat ibadat.4. pemakanan. teori ekologikal Bronfenbrenner dan teori moral Lawrence Kohlberg. Menurut kajian ahli psikologi.1 Faktor Keluarga bu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. sosial dan rohani. penyalahgunaan dadah oleh ibu sewaktu hamil. Sebagai contoh kanakkanak daripada keluarga yang kecil biasanya akan mendapat perhatian dan layanan yang lebih sempurna daripada ibu bapanya. emosi ibu sewaktu hamil dan umur ibu ketika mengandung. kognitif. sumber teknologi. Persekitaran yang dimaksudkan itu berubah-ubah dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan seseorang sama ada sebelum dan selepas kelahiran. Ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Faktor-faktor pralahir ialah pemakanan bayi di dalam kandungan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Beberapa ahli psikologi telah menjalankan kajian berkaitan perkembangan individu dan mengemukakan pelbagai jenis teori. kebudayaan dan kepercayaan masyarakat. tempat tinggal. sosioekonomi keluarga. Kategori yang pertama ialah faktor pralahir dan kategori kedua ialah faktor selepas lahir. 4. emosi. asuhan ibu bapa. teori perkembangan emosi fizikal Erikson. teori pembelajaran social Albert Bandura. Kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak itu bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapanya. Kemungkinan segala permintaannya akan dipenuhi. kesan x-ray terhadap ibu mengandung. Terdapat dua kategori utama persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. teori perkembangan Sigmund Freud. perkembangan manusia berlaku dari segi perubahan jasmani. teori perkembangan kognitif-jasmani Jean Piaget. Manakala faktor-faktor persekitaran selepas lahir yang mempengaruhi perkembangan seseorang ialah rakan sebaya. guru dan sekolah. Ini sekaligus merencatkan pertumbuhan daya berfikir (kognitif) dan kreativiti kanak-kanak . masyarakat sekeliling. kesihatan ibu semasa mengandung.

Sebagai contoh. Faktor bentuk asuhan juga turut mempengaruhi perkembangan kognitif dan kreativiti kanak-kanak itu.situasi yang tertentu.kanak. Tahap yang pertama ialah awal kanak.Faktor asuhan keluarga ini berkaitan dengan teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg. Secara asasnya. seorang individu itu biasanya mengalami tiga tahap perkembangan moral yang utama. Ini bermakna faktor asuhan keluarga menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak itu. Ketigatiga tahap ini menyatakan bahawa kanak-kanak dan remaja mematuhi sesuatu peraturan kerana untuk mendapatkan ganjaran atau mengelakkan hukuman. Ibu bapa indulgent pula terlibat dengan anak-anak tetapi kurang mendisiplinkan anakanak. Kanak-kanak tersebut perlu mematuhi peraturan yang dibuat oleh ibu bapanya supaya mereka tidak dikenakan sebarang hukuman. Autoritarian ialah bentuk asuhan yang menggunakan peraturan dan hukuman dalam mendidik anak-anak. peraturan yang dibuat oleh ibu bapa authoritarian terhadap anak-anaknya adalah supaya mereka mematuhi peraturan tersebut. Ibu bapa authoritatif pula sentiasa menggalakkan anak-anak mereka berdikari di samping sedikit kawalanke atas tingkah laku mereka. abaikan dan indulgent. maka kanak-kanak khususnya tidak mempunyai pilihan lain selain mengikuti arahan tersebut dan ini sebenarnya jelas menghalang keupayaan kanak-kanak dari sudut kreativiti untuk cuba menghasilkan sesuatu idea yang berbeza mengikut situasi. Manakala ibu bapa yang abaikan anak-anak pula tidak terlibat dengan kehidupan aak-anak mereka. tahap kedua dan ketiga ialah semasa remaja. . autoritatif. Dengan adanya peraturan yang ditetapkan seperti itu. bentuk asuhan keluarga terbahagi kepada empat iaitu bentuk autoritarian. Menurut teori Kohlberg. Peraturan yang dibuat oleh ibu bapa mempengaruhi tindakan seseorang kanakkanak.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) apabila adanya nilai bergantungan atau berharap terhadap setiap pergerakan kanak-kanak itu sendiri.

ingin tahu. mula menjauhkan diri sedikit daripada anggota keluarga dan engalirkan perasaaan sentimen kepada orang lain.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 4. Guru yang bersifat penyayang dan mempunyai nilai kendiri yang positif. perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya. Pada peringkat latency. kreatif dalam mempelbagaikan bentuk P & . emosi dan sosial. sebab dan akibat sesuatu perkara itu mendorong kanak-kanak untuk berlumba-lumba sesama mereka untuk mengetahui sesuatu perkara. 4.4. Pengaruh guru dan persekitaran sekolah yang berterusan dalam membentuk dan meransang kreativiti pelajar melalui sikap guru.pengaruh rakan sebaya yang akan mempengaruhi tahap perkembangan seseorang itu samada positif atau negatif. persekitaran guru dan sekolah juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan kreativiti kanak-kanak. Menurut Freud.4. Sebaliknya. Sikap ingin menyiasat. Justeru itu. Kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. sahsiah. pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan budaya sekolah. Hal ini juga turut berkaitan dengan personaliti kanak-kanak pada waktu itu yang inginkan perhatian.2 Faktor Rakan Sebaya Rakan sebaya memainkan peranan dalam perkembangan seseorang individu itu. Perkembangan manusia terbahagi kepada lima peringkat pertambahan umur dan selari dengan perkembangan fizikal.3 Faktor Guru dan Sekolah Seperti yang kita ketahui kanak-kanak amat suka dengan sesuatu aktiviti yang mencabar dan lebih bersifat bebas. Faktor rakan sebaya berkait dengan teori perkembangan emosi-fizikal Sigmund Freud. Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan intelek. kanak-kanak akan mula mengambil tahu tentang rakan sebaya. seseorang yang terdedah kepada rakan sebaya yang kurang bertanggungjawab akan menyebabkan nilai negatif dalam dirinya terbina.

Mengikut Bronfenbenner juga. Misalnya sekolah dengan pasaraya. afektif dan psikomotor pelajar agar lebih kreatif. tingkah laku dan daya pemikiran di sekolah dan sebagainya.Faktor guru dan sekolah berkait rapat dengan teori ekologikal Brofrenbrenner (1979. kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Kaedah pengurusan.1989). Hal ini bermaksud bahawa satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. ekosistem.Makrosistem pula adalah perkembangan individu . kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang kekurangan peluang. Iklim sekolah yang kondusif dengan kemudahan-kemudahan P & P turut membantu perkembangan kognitif. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan yang bertanggungjawab memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Beliau melihat persekitaran ekologikal berdasarkan hbungan dengan konteks di mana individu itu berinteraksi. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap. hubungan interaksi secara langsung di antara kanak-kanak dengan ibu bapa.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) P mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis. Kumpulan individu dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam perkembangan kreativiti kanak-kanak.Mesosistem pula merujuk kepada kaitan di antara perhubungan dengan 2 mikrosistem.mesosistem. makrosistem dan kronosistem.Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak.Sebagai contoh. Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis ekologi iaitu mikrosistem. guru dan rakan-rakan. Teori ini menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organism.kelima-lima sistem ekologi ini amat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat di mana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Menurut Bronfenbrenner.

televisyen. Beliau menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif. kelakuan dan ejen penentu persekitaran. radio. kelima-lima aspek ini dilihat mempunyai perkaitan di antara satu sama lain. Secara tidak langsung. 4. buku. komputer dan internet. Ini bermakna kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. .kanak yang terdedah kepada sumber teknologi seperti televisyen. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu. peranan jantina dititikberatkan (Santrock. Kronosistem pula melibatkan perubahan pekembangan dalam suatu tempoh masa.4 Faktor Sumber Teknologi Sumber teknologi dan pengaruh media massa boleh mempengaruhi perkembangan kretiviti kanak-kanak secara positif tetapi ianya bergantung kepada bagaimana bentuk teknologi yang diterima. iklan dan media elektronik seperti filem.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) yang melibatkan norma-norma nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan penting. Di sesetengah negara. Pengaruh sumber teknologi terhadap perkembangan seseorang kanak-kanak itu ada kaitan dengan teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura. 2008). Adalah diketahui bahawa individu yang terdedah kepada sumber tekologi yang sihat akan mempengaruhi perkembangan kreativiti kanak-kanak berdasarkan nilai-nilai yang terkandung di dalam pengaruh sumber teknologi itu. internet dan sebagainya akan memberi kesan dalam menghasilkan kretiviti melalui idea-idea yang baru dari sudut pemikiran mereka. maka setiap individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza. Misalnya dalam sesetengah masyarakat. Sebagai contoh. situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak zaman terdahulu yang lebih bersosial dengan bermain di persekitaran rumah. Sumber teknologi tersebut adalah merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seperti media cetak.4. surat khabar. kanak. Secara keseluruhannya. majalah.

Beliau juga . Menurut jurnal The Pediatric Clinic of North America yan ditulis oleh Birch Lean Lipps dan Davidson Kirsten Krahnstoever. malahan dapat melindungi kanak-kanak daripada sebarang penyakit. Havinghurst adalah ahli psikologi yang memperkenalkan teori perkembangan yang bercorak sosio-budaya dan antropologi. Beliau menekankan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.5 Faktor Pemakanan Faktor persekitaran selepas kelahiran yang mempengaruhi perkembangan kreativiti kanak-kanak ialah pemakanan. Makanan yang seimbang dan berzat amat diperlukan bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak dari segi fizikal dan mental.4. Teori yang diperkenalkan berkaitan dengan faktor kebudayaan dan kepercayaan masyarakat. Amalan masyarakat yang menekankan soal kerohanian dan kejiwaan sebenarnya turut memberi mpak dalam melahirkan kanak-kanak yang kreatif. Begitu juga dengan perbezaan agama dan kebudayaan akan melahirkan cara hidup serta tingkah laku yang berbeza. 4.4. Masyarakat yang suka mengamalkan gaya hidup yang sihat akan melahirkan gaya hidup yang positif.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 4. Robert J. mereka menyatakan bahawa faktor pemakanan ibu bapa boleh mempengaruhi corak pemakanan anak-anak mereka.6 Faktor Kebudayaan dan kepercayaan Masyarakat Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat juga mempengaruhi perkembangan kretaiviti kanak-kanak. sebilangan ibu bapa yang gemar memilih makanan ringan dan makanan segera sedangkan kita mengetahui bahawa makanan tersebut boleh merencatkan tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak. Perbezaan nilai hidup membentuk falsafah hidup yang berbeza di kalangan masyarakat. Ini penting bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat. Pemakanan kanak-kanak perlu dijaga sejak peringkat awal lagi (peringkat pralahir). Perkara pokoknya di sini ialah bagaimana ketenangan itu amat penting bagi membentuk dan meransang pemikiran kanak-kanak supaya lebih kreatif dalam sesuatu hal. Sebagai contoh.

merupakan suatu hal yang wajar ketika seseorang mengalami shock baik secara fisik maupun emosional sebagai suatu reaksi stres atas kejadian traumatik tersebut. ianya boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan emosi dan kreativiti bayi tersebut. hari.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) menyatakan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh norma serta budaya masyarakat. Gejala dan simtom yang muncul tergantung pada seberapa parah kejadian tersebut. 4.5. Tauma Trauma berasal dari bahasa Yunani yang berarti luka (Cerney. Demikian pula cara individu menghadapi krisis tersebut akan tergantung pula pada pengalaman dan sejarah masa lalu mereka. Sebagai contoh. ini menjelaskan kepada kita bahawa dua faktor utama iaitu faktor genetik dan persekitaran sangat memberi kesan kepada perkembangan daya kreativiti kanak-kanak. Kadangkala efek aftershock ini baru terjadi setelah beberapa jam. tidak berdaya. Pengalaman traumatik adalah suatu kejadian yang dialami atau disaksikan oleh individu. Dua faktor tersebut memberi kesan kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak yang akan hanya dapat dilihat melalui pemerhatian yang dilakukan secara kualitatif. Oleh sebab itu. Kata trauma digunakan untuk menggambarkan kejadian atau situasi yang dialami oleh korban. yang mengancam keselamatan dirinya (Lonergan. atau bahkan berminggu-minggu. Respon individual yang terjadi umumnya adalah perasaan takut. atau merasa ngeri. dalam Pickett. 1999). Kejadian atau pengalaman traumatik akan dihayati secara berbeda-beda antara individu yang satu dengan lainnya. 1998). sehingga setiap orang akan memiliki reaksi yang berbeda pula pada saat menghadapi kejadian yang traumatik. Apabila bayi dalam keadaan tidak selesa. Berdasarkan faktor-faktor yang disenaraikan di atas. . budaya membedung bayi yang baru lahir bagi sesetengah kaum Melayu jika dinilai dari sudut saintifik sebenarnya menghalang pergerakan lokomotor kasar bayi tersebut.

Menurut Pickett (1998).(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Menurut Stamm (1999). Kondisi tersebut selanjutnya akan mempengaruhi fungsi adaptif individu dengan lingkungannya. Terangkan cara mengelakkan daripada punca masalah kecacatan kepada murid pendidikan khas Jelaskan implikasi terhadap pendidikan terhadap muridmurid yang menghadapi masalah yang berpunca daripada persekitaran. Kondisi tersebut disebut juga dengan stres pasca traumatik (atau Post Traumatic Stress Disorder/ PTSD). . Seringkali. pemerkosaan. deprivasi. dan bencana alam) atau kondisi dalam kehidupan yang mengerikan (seperti kemiskinan. stres traumatik merupakan suatu reaksi yang alamiah terhadap peristiwa yang mengandung kekerasan (seperti kekerasan kelompok. peristiwa yang traumatik akan sangat menyakitkan sehingga bantuan dari para ahli akan diperlukan dalam mengatasi trauma yang dialami. ada dua bentuk simtom yang dialami oleh individu yaitu : (1) adanya ingatan terus menerus tentang kejadian atau peristiwa tersebut. kecelakaan. dll). dan (2) mengalami mati rasa atau berkurangnya respon individu terhadap lingkungannya.

c. Attention KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Hyperactive (ADHD) dan masalah kesihatan. Menjelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas. HASIL PEMBELAJARAN a.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) TAJUK 5 SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan enam kategori kanak-kanak keperluan khas iaitu kerencatan akal. KERANGKA TAJUK-TAJUK Kerencatan Akal Masalah Penglihatan Kategori Kanakkanak Berkeperluan Khas Masalah Pendengaran Keperluan dalam pendidikan Masalah Tingkahlaku/Emosi Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) Masalah Kesihatan . masalah tingkahlaku/emosi. Menjelaskan keperluan yang bersesuaian dalampendidikan dengan kategori kanak-kanak berkeperluan khas. b. Mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas yang terdapat dalam pendidikan khas. masalah penglihatan. Deficit masalah Disorder pendengaran.

Bertunjangkan FPK. boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat". berhaluan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 5. dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara". malahan mereka juga wajar diberi pendidikan. "Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluankeperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran. maka pendidikan yang diberi kepada mereka agak berbeza yang mana ianya disebut sebagai Pendidikan Khas. berakhlak mulia. rohani. Pendidikan Khas juga merangkumi aspekaspek pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan / kurang upaya itu. Pengenalan Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya.0. mengurus kehidupan sendiri. Kanak-kanak ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja. boleh merancang. "Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan di negara kita yang boleh melahirkan pelajar yang seimbang. Tidak semua kanak-kanak dilahirkan sempurna. Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang hampir sama iaitu. berketrampilan. hospital dan institusi. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. bertanggungjawab. Walau bagaimanapun disebakan ciri-ciri istimewa mereka ini. berdikari. . terdapat juga kanakkanak istimewa.

Selain daripada itu. perkhidmatan khidmat sokongan kakitangan bukan guru. 1962. Latarbelakang Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran mulai bulan Julai. juruteknik audiologi pendidikan (educational speech therapist). (iv) bermasalah kerencatan akal (mental retardation). (vi) and Mobility Instructor) dan sebagainya merupakan psikologi objektif Psychologist) dan adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem . usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanakkanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawabnya persekolahan. (v) bermasalah tingkah laku atau emosi (behavioral disorders & emotional disturbance). (ii) bermasalah atau kurang upaya penglihatan (visual impairment). 2000). Mereka diajar oleh guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program Pendidikan Khas. Kategori individu berkeperluan khas adalah seperti (i) bermasalah atau kurang upaya pendengaran (hearing impairment). orientasi dan mobiliti pendidikan (Orientation pendidikan (Educational Pendidikan Khas. iaitu murid-murid yang bermasalah tersebut belajar bersama murid-murid normal di dalam kelas yang sama (Sang. peluang-peluang kenaikan pangkat. Di bawah rancangan percantuman dengan pendekatan Pendidikan Inklusif. Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid istimewa dengan murid-murid normal / biasa dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal. (iii) bermasalah pembelajaran (learning disabilities).(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa. pembelian peralatan khas.

kemahiran berdikari.1 Kerencatan Akal Pengenalan Perkembangan kemahiran motor halus dan motor kasar seseorang kanakkanak banyak bergantung kepada perkembangan otak. penguasaan membaca. otot.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) bermasalah pertuturan atau bahasa (speech or language impairment). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical deficit model). keupayaan deria. objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui prestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran. penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental skills). . ia menekankan kepada kebolehan. (vii) bermasalah pintar-cerdas (gifted & creativity). Namun kanak-kanak pendidikan khas berbeza daripada kanak-kanak biasa atupun sederhana dari segi mental. tingkahlaku sosial ataupun emosi. (viii) kurang upaya fizikal (physical disabilities). (ix) bermasalah kesihatan (health impairment) dan (x) pelbagai masalah (multi-problem) . kemahiran matematik. Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas. penguasaan bahasa lisan / pertuturan. perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial. Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif. kemahiran. 5. ciri-ciri saraf. kebolehan penglihatan dan yang terakhir kebolehan pendengaran. kefungsian. fizikal. keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan Oleh itu. keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi badan. perkembangan. kemahiran keusahawanan. kemahiran pertumbuhan asas manusia.

Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan. penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal. Individual with Disabilities Education Act (IDEA) mendefinisikan terencat akal sebagai fungsi intelek (IQ) y a n g r e n d a h s e r t a kekurangan dalam tingkah laku sosial sepanjang tempoh perkembangan yang memberik e s a n k e p a d a p e r k e m b a n g a n p e n d i d i k a n kanak-kanak. makan atau mengemas diri. Individu yang memperolehi skor bawah . Menurut American Association on Mental Retardation (AAMR) kerencatan akan didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi mental disamping kemahiran yang rendah dari aspek tingkah laku penyesuaian. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri. IQ lazimnya diukur melaluiUjian IQ di mana skor purata ialah 100. bercakap atau menjaga diri. K e r e n c a t a n a k a l i n i m e s t i d i k e s a n sebelum usia 18 tahun Seperti yang dinyatakan oleh . Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Gambar 1 : Kanak-kanak Terencat Akal Definisi Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. T i n g k a h l a k u p e n ye s u a i a n m e l i b a t k a n k e m a h i r a n p e n j a g a a n d i r i s eperti kebolehanmemakai pakaian.

Untuk m e n g u k u r t i n g k a h l a k u adaptif. Ini bermakna. Kerencatan akal yang berlaku pada individu bukan sahajamelibatkan batasan fungsi mental tetapi turut melibatkan masalah emosi. kanak-kanak i n i lambat unutk menerima sesuatu maklumat yang disampaikan kepada meraka dan sukar untuk memahami konsep-konsep yang komplek Kanak-kanak yang mengalami terencat akal adalah kanak-kanak yang mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial. t e r d a p a t d u a p e r k a r a penting yang dilihat sebelum memastikan kanak-kanak itu mengalami kerencatan akaliaitu: a)Kebolehan mental untuk belajar. Mengalami masalah dalam pembelajaran disebabkan tahap mental yang rendah dan kurang ataupun ataupun tiada keupayaan dalam menguruskan aktiviti seharian. Kemampuank o g n i t i f k a n a k .makan dansebagainya b ) K e m a h i r a n k o m u n i k a s i s e p e r t i m e m a h a m i a p a y a n g d i t u t u r k a n d a n berupaya memberi tindakbalas) K e m a h i r a n s o s i a l s e p e r t i h u b u n g a n d e n g a n r a k a n .Julia Jantan (2007) menyatakan bahawa kerencatan akal berlaku akibat masalahkegagalan otak berfungsi. k e l u a r g a .k a n a k terencat akal juga terganggu.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 70hingga 75 dikenal pasti mengalami kerencatan akal. R. o r a n g dewasa dan masyarakat. menyelesaikan dan fungsi intelek (IQ) . 1990). Ciri-ciri terencat akal Umumnya kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah yang ketara dalam m e n g u r u s d i r i . N a m u n m e n u r u t W a r r e n & A b b e d u t t o ( 1 9 9 2 ) . Kanak-kanak terencat akal memerlukan masa yang lama untuk mempelajari sesuatu kemahiran jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal (Deller. sesetengah kemahiran boleh dikenal pasti iaitu:a)Kemahiran aktiviti seharian seperti memakai pakaian. mandi. berfikir.

Kanak-kanak terencat akal juga m e n g h a d a p i m a s a l a h d a l a m memproses penyelesaian masalah dan untuk berfikir secara logik atau kritikal. Kesukaran untuk mengingat. Dalammenentukan kriteria psikologikal dan tingkah laku kanak-kanak terencat akal. 1992). namun kemajuan perkembangan bahasa merekaagak perlahan sekiranya kategori yang dialami kerencatan akal yang teruk.U m u m n ya .menyampaikan kehendak dan perasaan dalam s e s u a t u p e r s e k i t a r a n ( H u t t o n . Masalah pertuturan sepertimasalah artikulasi biasa boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal. Umumnya. m a n d i . 1988 Bahasa digunakan seawal usia kanak-kanak untuk keperluan komunikasi. tiadainstrumen yang tepat untuk memastikan seseorang individu itu terencat akal. kanak-kanak terencat akal menunjukkan beberapa tanda t e r t e n t u seperti menghadapi kesukaran untuk pertuturan. sukar memahami peraturan-peraturan sosial dan tidak dapat mengingat atau membezakan kesan dan akibat.Terdapat pelbagai variasi tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak terencata k a l y a n g m e n j a d i k a n s e t i a p s e o r a n g d a r i a p a d a m e r u p a k a n i n d i v i d u y a n g u n i k . Kelewatan dalam perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat dilihat pada kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbeduto. . menguruskan diri dan sebagainya. bagikanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan. perkembangan bahasa merekayang mengalami kerencatan normal. 1 9 9 8 ) . Kebanyakan kanak-kanak t e r e n c a t a k a l j u g a s u k a r u n t u k m e n u m p u k a n p e r h a t i a n terhadap sesuatu atau sukar untuk berfikir secara logik (Wehman.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) b)Kebolehan sosial yang dimiliki untuk membolehkan hidup berdikari ataulebihd i k e n a l i s e b a g a i t i n g k a h l a k u a d a p t i f s e p e r t i m e m a k a i p a k a i a n .

Terdapat pelbagai takrifan yang digunakan untuk menentukan keterukan gangguan penglihatan. Masalah Penglihatan Pengenalan Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya sukar atau tidak dapat melakuka tugasan seperti membaca atau menulis tanpa menggunakan alat bantuan khas. serta masalah kongenital ataupun keturunan. Gangguan penglihatan boleh disebabkan oleh penyakit yang dialami. . Antara takrif yang lazim digunakan di Malaysia ialah penglihatan terhad yang ditakrifkan sebagai “akuiti visual lebih teruk dari 6/18 sehinggalah lebih baik dari 3/60 manakala buta ditakrifkan sebagai akuitivi visual yang lebih teruk daripada 3/60 (WHO 1997). trauma. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 5.2. Gangguan penglihatan berlaku apabila penglihatan seseorang individu tidak dapat dibantu untuk mencapai tahap penglihatan normal. Gambar 2 : Kanak-kanak masalah penglihatan Definisi Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan.

di mana murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. kon itu seperti segitiga) . Ciri-ciri Masalah Penglihatan Ciri-ciri kanak-kanak masalah penglihatan dari segi kognitif: 1. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi) Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut: • Tidak dapat melihat langsung. • Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Murid-murid diikuti oleh di program ini juga Yang mengikuti pelajaran yang sama seperti murid normal. • Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.Tidak memahami konsep bentuk (cth .Pengamatan dan daya anggaran sesuatu jisim amat lemah kerana terbatas ( kecuali melalui pengalaman) 3. Cth : berkenaan warna 2.Tidak memahami benda-benda abstrak. pyramid itu seperti kon. berbeza adalah kaedahnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 250 juta penduduk dunia mengalami masalah pendengaran (World Health Organisation. tiada data rasmi yang diterbitkan mengenai insiden sebenar masalah pendengaran di kalangan kanak-kanak. China pada 1988 menunjukkan terdapat 24 juta daripada 1. enam kali ganda lebih tinggi daripada penyakit spina bifida dan lebih 50 kali lebih tinggi daripada masalah 2005). Cth : menyentuh sesuatu. 2000)..(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Ciri-ciri kanak-kanak masalah dari segi psikomotor Kanak-kanak ini amat takut kepada persekitaran.8 juta orang pada tahun 2002.2 bilion penduduk negara itu mengalami masalah pendengaran (Prasansuk.5 juta kanak-kanak sekolah pendidikan khas di China. Laporan “Asia-Pasific Congress on phenylketonuria (Richard et al. Disamping itu. kira-kira 50 peratus adalah dilahirkan pekak secara kongenital. Masalah Pendengaran Pengenalan Masalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap berlaku di dalam suatu populasi manusia. 1999). Berdasarkan jumlah penduduk Malaysia seramai 23. 2002) . masalah pendengaran kongenital terjadi 3 kali ganda lebih kerap daripada Sindrom Down. Kira-kira 50 peratus daripada kes berkenaan disebabkan oleh faktor genetik atau pendedahan kepada faktor persekitaran yang lain (Morton. anggaran menunjukkan 840 bayi yang bermasalah pendengaran akan dilahirkan pada setiap tahun (ESCAP. Deafness” di Beijing. Mereka amat memerlukan bimbingan orang dewasa. 1991). daripada 1. Tahap keyakinan mereka amat kurang. Kejadian masalah pendengaran kongenital dianggarkan seramai 1 hingga 3 orang di dalam setiap 1000 kelahiran. Di Malaysia. Daya untuk membuat keputusan terhadap satu permasalahan amat lemah. Di Amerika Syarikat. 5.3.

masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain. sentuhan. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pendengaran sebagai golongan manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak pendengaran.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Gambar 3 : Kanak-kanak Masalah pendengaran Definisi Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu. cacat pendengaran dibahagikan kepada dua jenis iaitu: . Rajah 1 : Bahagian dalam telinga Mohd. Masalah pendegaran bermaksud Ia adalah masalah. Salleh (1999). cita rasa dan sebagainya namun deria pendegaran memudahkan dan meyempurnakan proses pembelajaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Walaupun manusia masih boleh belajar melalui deria lihat.masalah yang menjejaskan komunikasi . bau.

luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga. 2000 Hz dan sebagainya. 2000). Walau bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran. 5. seseorang individu dikatakan mempunyai pendengaran yang normal jika keupayaannya untuk mengesan bunyi adalah diantara 0 dan 15 ke 20 dB tahap masalah pendengaran (dB HL) (Grundfast et al. Klasifikasi Masalah Pendengaran a. Hilang pendengaran jenis konduktif Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. .Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness) Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ dalam telinga. Amnya. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan. seperti 500 Hz. 1000 Hz.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 4.Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness) Kecacatan disebabkan telinga tersumbat.. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. b. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. American National Standards Institute mentakrifkan masalah pendengaran sebagai perbezaan keupayaan individu untuk mengesan suatu bunyi berbanding dengan piawai yang ditetapkan. Nilai audiometrik desibel sifar (0 dB) adalah nilai tahap pendengaran yang merujuk kepada pengesanan purata bunyi dalam nilai isyarat suatu frekuensi. Hilang Pendengaran jenis sensori neural Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak.

Masalah Pendengaran Sensorineural. Ciri-ciri masalah pendengaran JENIS MASALAH PENDENGARAN • • • Masalah Pendengaran Konduktif. MASALAH PENDENGARAN KONDUKTIF • Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah. • Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatanfizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secaramenyeluruh.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) c. • Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengarankonduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia). Masalah Pendengaran Campuran. cuping telinga kecil atau tiadacuping telinga (mikrotia / anotia). tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada. jangkitankuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah MASALAH PENDENGARAN SENSORI NUERAL • Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah ataujangkitan pada telinga dalam. • Masalah ini tidak dapat dirawat. tidak seperti masalah pendengaran konduktif yangboleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan. . Hilang pendengaran jenis campuran Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural. sumbatan tahi telinga di salur telinga.

4. 5. . senyum. Masalah Tingkahlaku/Emosi Pengenalan Dalam perkembangan mental kanak kanak. naik angin. Tingkahlaku emosi dan perasaan kanak kanak boleh diklasifikasikan dalam dua cara yang paling umum iaitu: 1. Segala situasi yang berlaku dikeliling dan juga perubahan biologi yang mereka lalui akan bertindak untuk mewujudkan tingkahlaku emosi seperti meradang. 2. Emosi adalah penggerak pada tingkahlaku kanak kanak dan merupakan cara yang termudah untuk kanak kanak melahirkan apa yang mereka fikirkan dan apa yang mereka rasa. • Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telingadalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran. Faktor luaran iaitu kanak kanak sering menunjukkan reaksi emosi melalui riak muka seperti ketawa. tidak berkata kata dan sebagainya.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) MASALAH PENDENGARAN CAMPURAN • Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran keduaduamasalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dansensorineural hadir bersama. aspek perasaan dan tingkahlaku emosi juga penting. Faktor dalaman iaitu perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan rakan sebaya. seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural jugamempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalahpendengaran campuran. takut. • Contohnya. marah. bermasam muka. selain daripada perkembangan kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak. menangis. benci dan sebagainya.

pada darjat yang ketara dan keadaan ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak tersebut.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri. Gambar 4 : Kanak-kanak masalah tingkahlaku dan emosi Definisi Menurut Jamilah (2005). Sandra (2008) menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang tumuan dengan hiperaktif. .ciri seperti bertingkahlaku ganas mahu pun pasif akan berlaku pada tempoh yang lama. Menurut Sandra lagi masalah ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Bagi Sheila & Samsilah (2006). hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. ADHD adalah satu keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif.

Tingkah laku bolehlah didefinisikan sebagai apa yang dilakukan ataudiperkatakan oleh seseorang individu. diukur dan dinilai dan sebarangperbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak. Conduct Disorder (Kecelaruan Tingkah laku) .(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku akanmengganggu proses pembelajarannya. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder ) 2. Setelah meneliti definisi bagi tingkah laku dan masalah emosi. tingkah laku merupakan sebarangperbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak. Menurut Lewis M. kognitif. Selain itu. secara sedar atau separa sedar. marah. berikutmerupakan ciri kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku. dan afektif.Beaker (2001). tingkah laku juga merupakansemua tindakan manusia yangg boleh diperhati. Aspek Psikomotor Aspek pertama ialah aspek psikomotor. Oppositional Defiant Disorder (Kecelaruan menentang dan beringkar) 3. Impaknya ialah mereka akan mundur didalam pelajaran. Ciri bagi kanak-kanak bermasalahemosi dan tingkah laku bagi aspek ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui 3 jenismasalah tingkah laku bagi kanak-kanak yang disenaraikan dalam masalah psikologi iaitu:1. masalah emosi pula bermaksud masalah yang berkaitandengan perasaan atau jiwa seperti sedih. dan lain -lain. 1. Manakala. Ciri-ciri masalah tingkahlaku dan emosi Ciri bagi kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku ini dapat dilihat melalui tiga aspek iaitu aspek psikomotor. secara sedar atausepara sedar.

Misalnya.Kebiasaannya. Selain itu. Mereka juga selalu meninggalkan tempat duduk ketikaberada di dalam kelas. mereka juga menghadapi masalah dalamtumpuan iaitu mempunyai tumpuan mata (eye contact ) yang lemah. Seterusnya. ciri dari aspek psikomotor yang dapat dilihat pada kanak-kanak hiperaktif ialah mereka kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk. melibatkan pencabulan peraturandan tidak mengendahkan hak orang lain secara berterusan dan berulangkali.mereka tidak ada hubungan mata dengan ibu bapa.Kanak -kanak yang berkecelaruan tingkahlaku menunjukkan defisit dalam tingkahlaku sosial. Selain itu. Secara umumnya mereka menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:• • • • • Sikap menentang secara terbuka atau berselindung Keingkaran Agresif secara lisan atau fizikal Suka berkelahi Pendendam .laku yang terlampau aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive). ciri bagi kanak-kanak yang mengalami ADHD pula ialah merekakerap bercakap dan sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah³digerakkan oleh motor´. Kanak-kanak hiperaktif ini selalunya terlalu aktif sehinggakan mengganggu tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh kanak – kanak yang lain. mereka juga selalu berlari ke sana ke mari atausuka memanjat. kanak-kanak yang mempunyai masalah hiperaktif ini mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau mempunyai tumpuan yang singkat. kanak-kanak yang menghadapi masalah Oppositional Defiant Disorder (ODD) Kecelaruan ini melibatkan tingkahlaku negative. guru dan rakan sebaya apabila meminta sesuatu.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Hiperaktif ialah istilah yang digunakan bagi kanak -kanak yang mempunyaitingkah. Manakala. Hiperaktif lazimnya dapat dilihat dengan ketara dalam kalangan kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Maka.

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) • • • • Suka merosak harta benda. Pertuturan arah kendiri ini digunakanoleh pelajar untuk membuat refleksi tetntang perkembangan tugasan. dan membentuk semula. mereka ini tidak dapat mengingati arahan daripada guru. 2. Ciri kanak-kanak bermasalah emosidan tingkah laku dari aspek kognitif dapat dilihat melalui kanak -kanak dengan ADHD. terdapat segelintir daripada kanak-kanak ADHD ini masih tidak dapat mengatasi masalah emosi dan tugasan lalu keluar dari kelas. Mengikut Marilyn Friend (2005). pertuturan arah kendiri. Ciri ketiga pula ialah kawalan emosi dan motivasi. mereka ini lemah dan tidak dapat menguasai kemahiran ini. Ciri pertama ialah ingatan kerja. Contohnya ialah mereka ini bermasalah dalam menyelesaikan tugasan yang kompleks. kawalan emosi dan motivasi. Namaun begitu. dan mengikut arahan.vandalism Berbohong dan Mencuri Mudah panas baran Bercenderung bebas dan berbagai-bagai sifat negatif. terdapat empat ciri yang menunjukkankanak-kanak itu bermasalah emosi dan tingkah laku dari aspek kognitif iaitu ingatan kerja. Namun begitu. Aktiviti mental yang melibatkan keupayaan perkara yang diperhatikan dan menyatukan bahagian -bahagian untukmelaksanakan tindakan baru. Ciri yang terakhir ialah membentuk semula.menyelesaikan masalah.Namun begitu. Bagi ciri ini. . Aspek Kognitif Aspek yang kedua ialah dari aspek kognitif. Kanak-kanak inisebenarnya mempunyai keupayaan untuk mengasingkan kekecewaan dan masalahemosi bagi menyiapkan tugasan. Ciri kedua bagi kanak-kanak yang bermasalah emosi dan tingkah laku dariaspek kognitif ialah pertuturan arah kendiri. kanak-kanak boleh mengingait tugasan dan beberapa banyak masa yang mereka ada untuk menyiapkan tugasan.

ciri kognitif bagi kanak-kanak autisme pula ialah mempunyai tumpuan yang singkat atau terhad. . Maka. kebolehan dalam bidang pengamatan dan perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. 3. marilah kita lihat apakah yangdimaksudkan dengan afektif. Aspek Afektif Terdapat beberapa ciri yang dimanifestasikan oleh kanak-kanak yang bermasalah emosi dan tingkah laku melalui tingkah laku mereka dari aspek yang ketiga iaitu aspek afektif. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Baru. Contohnya. mereka lebih suka menyendiri dan melakukan kerja sendiri tanpa menghiraukan orang di sekitar mereka.Mengikut sumber yang lain pula. Terlebih dahulu. maklumat awal yang mereka adaakan dikekalkan dalam bentuk yang asal. kanak-kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk melihat kepentingan yangada. Berdasarkan istilah yang dikemukan dapatlah kita membezakan kanak-kanaknormal dengan kanak-kanak yang bermasalah emosi serta tingkah laku melalui reaksi dan perlakuan yang ditonjolkan oleh mereka seperti menunjukkan rasa malu yang melampau apabila berhadapan dengan orang lain di sekitar mereka terutamanya apabila dikelilingi oleh orang-orang yang tidak dikenali. kanak-kanak yang bermasalah emosi dan tingkah laku kebiasaannya akan menunjukkan ciri seperti terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangannya di sekolah. Kanakkanak autisme juga berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka tidakberupaya memilih maklumat yang penting. Di samping itu.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Seterusnya . mereka mempunyai rendah daya ingatan. afektif didefinisikan sebagai keadaan yang berkaitan dengan perasaan dan emosi. Jika keadaan ini berlaku. namun begitu mereka boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara yang mereka minati atau sukai.

cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan. mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana kurang yakin pada kebolehan yang ada pada mereka lantas lebih suka mendiamkan diri dan hanya akan memberi perhatian terhadap sesuatu yang menarik perhatian mereka. Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain. Mereka juga sering mempamerkan emosi yang negatif seperti moody dan juga tertekan. Oleh sebab itu.Biasanya ADHD ini lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.5. mereka mempunyai nilai keyakinan yang rendah terhadap keupayaan diri mereka sendiri serta berasa rendah diri untuk melakukan sesuatu. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh mereka ini sudah tentunya akan membawa kesan yang lain iaitu mewujudkan kesukaran untuk berinteraksi dengan guru –guru didalam kelas serta rakan-rakan kerana pasif di kala menjalani aktiviti berpasangan atau berkumpulan. Sebenarnya. Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga. emosi mereka lebih banyak dipengaruhi oleh pengalaman dan juga layanan yang diterima oleh orang sekeliling mereka terutamanya daripada orang terdekat mereka seperti ibubapa mereka. Attention Deficit Disorder Hyperactive (ADHD) Pengenalan Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . . 5. Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD Attention deficit disorder).(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Di samping itu juga.

.kurang tumpuan ADHD – hiperaktif impulsif ADHD . takrif bagi "hyper-active' adalah pengambilan gula yang berlebihan. 2005). Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) merupakan satu corak tidak memberi tumpuan. gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang diproses melalui proses pengeringan dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak. Namun.Impulasif yang lebih kerap atau teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya. Sememangnya gula amat penting untuk pembekalan tenaga tetapi gula yang di perlukan untuk perkembangan otak adalah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayuran.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Gambar 5 : Kanak-kanak ADHD Definisi Persatuan Psikologi Amerika (APA) – mendefiniskan Attention Dificit Disorder Hyperactive (ADHD) sebagai kecelaruan psikologi dengan petandapetandanya dapat dikesan sebelum umur 7 tahun. ubi kentang. Kanak-kanak adalah lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan rapu.iaitu:ADD . Terdapat 3 kategori ADHD berdasarkan definisi oleh Persatuan Psikologi Amerika (Marilyn Friend. gula-gula dan makanan ruji. Secara biologikal. Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya.gabungan ADHD (Attention-Deficit Hyperactive Disorder). impulasi dan/ atau hiperaktiviti. ikan dan sumber lain.

Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi ii. Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan. Sukar mendengar dan mematuhi arahan. .(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu. Tidak terurus. hiperaktif dan impulsive Ciri-ciri Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) Sandra (2008) menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti berikut: • • • • • • Mudah terganggu oleh rangsangan luaran .kerap pelupa dan kerja tidak teratur • ADHD Hiperaktif-impulsif i. Keupayaan membuat kerja sekolah yang tidak lengkap. Sukar memberi tumpuan dan perhatian. Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir • ADHD Gabungan Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan. • ADHD Kurang Tumpuan Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas.

gagal menyiapkan kerja sekolah. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan. iv.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) • • Kemahiran belajar yang lemah. iii. vi. Manakala ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif (ADHD) menurut Sandra (2008) adalah seperti berikut: i. Tahap aktiviti tinggi ii. Tidak matang dari segi sosial. Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa. Tingkah laku yang agresif dan terlampau mudah terangsang. Sukar untuk berdikari. Kanak-kanak adalah adalah normal pada zaman kanak-kanak sehingga ke tahap tertentu pada tahap perkembangan yang berbeza. v. Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri. Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive. Walau bagaimanapun. kerap membuat kesalahan akibat kecuaian. kanak-kanak bermasalah ADD atau ADHD apabila kanak-kanak itu menunjukkan pelbagai tingkah laku yang bermasalah yang tidak sesuai dengan perkembangannya berbanding kanak-kanak lain pada usia yag sama (Sandra 2008). tidak mahu mendengar . Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan.

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) apabila bercakap dengannya. Tempoh tumpuan yang singkat • Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain . sukar mengatur tugasan. Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan ciri-ciri tingkah laku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti: • di rumah. Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial (Jamila 2005). • Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas • Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok • Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap • Banyak bercakap • Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor. 2. • di sekolah dan sebagainya 1. Hiperaktiviti • Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk.tidak suka dan enggan melakukan tugasan.

• Yang kedua terlalu agresif. • Faktor ketiga ialah cepat terpengaruh. kerja harian atau tugas • Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti • Kerap mengelak. Kebiasaannya pada usia 9 tahun sikap "hyper-active" mulai kurang kerana pada peringkat ini mereka sudah mulai berfikir dan ada sesetengahnya sudah mencapai akal baligh (dewasa). 3. tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) • Selalu kehilangan barang (misalnya pensil. Kadangkala . biasanya ianya berlaku pada peringkat usia 2 tahun keatas. dimana mereka kelihatan tidak berdisplin. Mereka lebih suka meniru gaya atau perwatakan orang yang lebih besar. tidak memberi perhatian dan mengabaikan tugasan yang di berikan serta lebih suka kepada bermain dan mengusik rakan-rakan lain.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) • Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah. mainan dan sebagainya) • Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain • Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan. Tingkah laku impulsif • Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan • Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran • Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain • Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan Ciri-ciri kanak-kanak "hyper-active" juga ialah kurang penumpuan iaitu: • tidak dapat memfokus kepada pelajaran atau tidak berminat kepada sesuatu perkara yang penting. pemadam. buku atau tugasan sekolah. Namun jika masalah ini masih berterusan kemungkinan mereka menghadapi sindrom ADHD atau ADD.

memukul haiwan. 2. Berikan definisi kanak-kanak masalah kesihatan Huraikan ciri-ciri kanak-kanak masalah kesihatan .(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) sindrom ini sukar di kesan di peringkat awal dan guru atau ibu bapa mengambil langkah mudah sekiranya masalah seperti menumbuk kawan. Latihan Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki membuat esei dan hantarkan kepada pensyarah 1. mengusik rakan dan perangai yang pelik di lakukan.

cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus kepada kanak-kanak. “ Adakah anak anda mahu aiskrim?”. Keperluan dalam pendidikan Masalah Penglihatan kesihatan yang Malaysia dapat menghasilkan digunakan buku ‘Manual On The Kementerian cadangan rangsangan Management of Children With Visual Impairement’ yang antara lain memberi kaedah semasa menjalankan aktiviti terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu: Sentuh Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda.1.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 6. 6. Misalnya jika ada orang yang bertanya . Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain. . Galakkan kana-kanak bercakap. Pendengaran Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. menyertai keluarga di dapur ataupun di taman. bentuk dan saiz. misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali. Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan. mengurus diri. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

bau kiosk petrol. dan teleskop. gamba rajah timbul. Antaranya adalah tongkat putih. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya. Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki penglihatan dengan optimum. stand magnifier. model tiga dimensi. Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. minyak wangi. Rasa Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. mesin braille. alat sentuh seperti peta. Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi. Penilaian ini mungkin . duplicator braille. mereka mesti dinilai dari segi fungsi visual bagi menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada dengan bantuan alat khas ataupun tidak. bedak dan lain-lain. spectacle magnifier. bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille. bilik low vision. bilik penyelenggaraan braille. bau pasar. Bagi setiap kanak-kanak low vision. misalnya makanan yang dimakannya. hand held magnifier. alat rakaman audio. buku Braille. minumannya. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Bau Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda. sabun yang digunakan untuk mandi. Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu.

latihan perlu diberi di samping memberi motivasi kepada murid-murid dalam menggunakan peralatan itu. sudah pasti mereka bersedia melangkah ke hadapan. Namun begitu. 4. Keadaan murid low vision yang tidak dibantu dengan peralatan khas menyekat perkembangan murid itu bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang perkembangan yang lain seperti emosi dan sosial. Peralatan yang ada hilang. Tidak tahu menggunakan peralatan itu. . Kajian Rokiah Omar dan Zainora Mohammed (2004) di sekolah khas menunjukkan kebanyakkan murid low vision mempunyai akuiti visual dekat yang lebih baik berbanding akuiti visual jauh. Walau bagaimanapun. Penggunaan peralatan khas ini perlu dilatih supaya murid bermasalah penglihatan yang masih mempunyai baki penglihatan dapat memanfaatkan penglihatan mereka. Tidak suka menggunakan peralatan itu. Alasan yang diberikan oleh murid low vision di sekolah khas yang dikaji oleh Rokiah dan Zainora adalah seperti berikut: 1. Memang diakui ramai murid low vision yang malu hendak menggunakan peralatan khas atas alasan tersendiri. Tidak mampu membeli peralatan itu.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) melibatkan preskripsi dan latihan penggunaan alat-alat untuk kanak-kanak kategori ini. 3. kajian mereka turut mendedahkan ramai murid yang tidak menggunakan peralatan khusus dan ini menyokong kajian Leat dan Karadsheh (1991) serta Kalloniatis dan Johnston (1990) yang memang mendapati ramai kanak-kanak low vision tidak dilengkapi dengan peralatan khusus yang sesuai dengan kecacatan mereka. Namun dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang faedah yang diperoleh. 2.

1. terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria lihat dan dengar. mental. Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan . fizikal. Anda dikehendaki membuat esei pendek dan hantarkan kepada pensyarah melalui emeil. c. Jelaskan keperluan yang perlu disediakan atau dijalankan dalam pendidikan yang bersesuaian dengan kategori kanakkanak keperluan berikut: a. Masalah Pendengaran Masalah tingkahlaku/Emosi Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) 7.0. emosi dan sosial. Penutup Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Sharani 2004). pertuturan. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi fizikal. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal. b. mental dan emosi.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Latihan Buatkan kumpulan kecil dan cari bahan dengan melayari internet serta berbincang dan jawab soalan-soalan di bawah. ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial. Justeru.

Masalah penglihatan IV.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat. Masalah Tingkahlaku/Emosi V. Aktiviti Bentuk kumpulan kecil (5/6 orang) dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Oleh itu. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas. Jelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluas khas di bawah: I. Kerencatan Akal II. Masalah pendengaran III. pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) .

dan kecederaan otak trumatik. palsi serebral. Mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas yang terdapat dalam pendidikan khas. anda akan didedahkan lagi dengan enam kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu masalah fizikal. Menjelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak keperluan khas.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) TAJUK 5 SINOPSIS Tajuk ini adalah sambungan dari modul 3. autisme. b. pintar cerdas. c. KERANGKA TAJUK-TAJUK Masalah Fizikal KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Palsi Serebral Kategori Kanakkanak Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran Spesifik Autisme Pintar Cerdas Keperluan dalam pendidikan Kecederaan Otak Traumatik . Masalah pembelajaran spesifik. HASIL PEMBELAJARAN a. Menjelaskan keperluan yang bersesuaian dalam pendidikan untuk kategori kanak-kanak keperluan khas.

terencat akal h. masalah tingkahlaku e. masalah pendengaran b. cacat anggota . otak dan emosi mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa.0. supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Di samping itu tingkahlaku mereka juga adalah tersendiri dan berbeza mengikut jenis kecacatan atau masalah yang dialami. keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal. Pada amnya kecacatan atau masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas boleh dikategorikan seperti berikut: a. masalah pembelajaran d. Pendahuluan Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciriciri mental. Contohnya tingkahlaku kanak-kanak autisme tidak sama dengan kanak-kanak Down Sindrom. Justeru pertumbuhan dan perkembangan diri mereka. atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas. masalah penglihatan c. Kanak-kanak autisme berada dalam dunianya sendiri dan tidak pedulikan orang.fizikal. otak emosi dan sosial-tidak menyamai kanak-kanak biasa.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 5. masalah pertuturan f. Dan juga dalam tingkahlaku sosial atau emosi serta keupayaan komunikasi atau pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai. Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal. spastik (cerebral palsy) g. sementara kanak-kanak Down Sindrom sukakan orang. Lazimnya keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanak biasa.

cacat pendengaran. Antara mereka yang dikategorikan sebagai kurang upaya secara kekal ialah golongan cacat anggota. . Noor Laily Dato’ Abu Bakar (2006) menyatakan kanak-kanak keperluan khas atau “Orang Kurang Upaya” ialah orang yang mengalami satu kecederaan otak dan sistem saraf yang mungkin bermula di dalam kandungan atau waktu kelahiran serta kadang-kadang selepas demam panas hasil dari serangan bakteria atau virus yang menyebabkan demam melarat ke dalam otak ataupun selepas berlaku sesuatu kemalangan.7 Masalah Fizikal Pengenalan Kanak-kanak keperluan khas secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Dato’ Dr.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 5. Gambar 1 : Murid-murid masalah fizikal. cacat penglihatan dan warga tua. Manakala individu yang cedera. sakit dan mengandung dikategorikan sebagai kurang upaya secara sementara. Menurut pengerusi Institut Pembangunan Keluarga Dan Kanak-kanak Nury.

Akta Pendidikan Kurang Upaya (IDEA) menyatakan masalah fizikal ialah masalah ortopedik iaitu masalah sistem tulang rangka manusia.kudung atau terbakar Masalah Fizikal ialah ketidakupayaan anggota badan samada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia. retakan. respiratori. .dan masalah lain seperti cerebral palsy. tetraplegia. imunologi. paraplegia. kehilangan anggota. kardiovaskular. kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri. ginekologi dan lain-lain. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf. hepatobiliari. urologi. penyakit. pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. muskuloskeletal.Ia terjadi disebabkan keganjilan sejak lahir.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Definisi Kurang Upaya Fizikal ialah keadaaan di mana bahagian tubuh badan tidak dapat bergerak atau dikawal serta gagal berfungsi. hematologi.

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Ciri-ciri Masalah Fizikal Masalah Fizikal boleh di bahagikan kepada beberapa jenis dan ia mempunyai ciri-ciri tertentu. tulang dan saraf. Acquired Brain dan Spina Injuries Masalah Fizikal jenis acquired brain dan spina injuries berlaku disebabkan kecederaan yang kekal dalam otak. Gambar 3 : Kanak-kanak bermasalah Kanak-kanak bermasalah . Kebanyakannya berlaku pada kanakkanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. i. Muscular Dystrophies Kana-kanak yang mengalami muscular Dystrophies akan mengalami masalah urat saraf yang lemah sepanjang masa. Gambar 2 : Kanak-kanak bermasalah Muscular Dystrophies ii.

biasanya ia berlaku semasa dalam kandungan. Jika berlaku semasa kelahiran.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) iii. meningitis dan kecederaan di otak Kanak-kanak yang mengamali masalah ini akan merasi kesukaran dibahagian postur badan. Gambar 4 : Kanak-kanak bermasalah kanak-kanak Spina Bifida iv. Gambar 5 : Kanak-kanak bermasalah kanak-kanak Cerebral Palsy . Cerebral Palsy Cerebral Palsy berlaku disebabkan kerosakan pada bahagian otak yang mengawal pergerakan semasa awal pertumbuhan. adalah kerana kekurangan oksigen. Ia juga mengalami kesukaran untuk makan dan bercakap. Spina Bifida Spina Bifida berlaku disebabkan tulang belakang bayi tidak mengalami pertumbuhan semasa dalam kandungan. otot-otot yang lemah serta keseimbangan dan koordinasi tubuh. pergerakan tubuh. Jika ia berterusan akan menyebabkan lumpuh sepenuhnya atau separa di kaki serta kesukaran mengawal usus dan pundi kencing.

Kebanyakkan masalah Cerebral Palsy terdiri daripada kategori Spastik. Palsi Serebral (Cerebral Palsy) Pengenalan Perkembangan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak. Definisi palsi selebral adalah kecacatan anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia. merangkak dan memegang barang. keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan mereka. Gambar 6 : Kanak-kanak Palsi Serebral Definisi ‘CELEBRAL’ bermaksud OTAK. Kanak-kanak palsi selebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang . Manakala ‘PALSY’ membawa erti KURANG atau TIDAK BERUPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTAK’. Ini berbeza dengan mereka yang menghadapi masalah Cerebral Palsy kerana pergerakan otot-otot mereka gagal berfungsi secara normal dan juga akan menyukarkan kanakkanak terbabit melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan.8.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 5.

imbangan badan mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi. palsi selebral athetiod. 2005). Contohnya jika pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal. Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak palsi selebral spastic pada ialah otot-otot masalah tertentu ketegangan seperti tangan dan kaki. mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan tidak terkawal. Ciri-ciri Palsi Serebral Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik. Bagi palsio selebral athetiod pula. Cerebral Palsy atau dikenali sebagai CP dikatakan satu keadaan dimana berlakunya kecederaan pada otak seperti mana yang kita ketahui.semasa dan di peringkat awal bayi iaitu ketika bahagian otak kanak-kanak pesat berkembang.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecederaan ini boleh berlaku semasa kandungan masih berada dalam rahim. otak mengawal segala pergerakan dalam badan kita. selepas kelahiran ataupun pada bilabila tahap asalkan berlaku kecederaan dalam otak. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Cerebral bermaksud sebahagian dalam otak manusia manakala Palsy bermaksud kelemahan atau masalah menggunakan otot-otot (Winnick. . Kecacatan otak dan saraf ini lazimnya berlaku sebelum.

5. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik. Empat peratus dari populasi dunia adalah signifikan memiliki simptom-simptom disleksia (Musa 2002).mereka berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran. Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa yang terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanak-kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi penjagaan diri sendiri. Gambar 7 : Kanak-kanak masalah pembelajaran spesifik . Kanak-kanak berkeperluan khas termasuk kanak-kanak disleksia juga memerlukan pendidikan yang sempurna dan berkesan dalam memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna.000 murid sekolah dari 4. Masalah yang dihadpi olehnya adalah otot-ototnya kejang. Masalah Pembelajaran Spesifik Kementerian Pendidikan Malaysia menggangarkan berdasarkan Pengenalan perangkaan 2001 bahawa seramai 290.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa.9. (KPM 2000).9 juta murid berkemungkinan memiliki cirri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik (SPLD). Disleksia. tidak berkodinasi dan juga meliuk. Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat.

Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Definisi Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain. . merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges. sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. diantaranya ialah. menulis. mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. bacaan. kesukaran menggunakan perkataan. 1996:3) “Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak. selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. membaca. 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. tidak memperolehi kemahiran bahasa. menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology. • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi moto-mata-tangan Disleksia adalah satu masalah pembelajaran spesifik iaitu kesukaran mengenal huruf.

. Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999). Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya kerapkali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas. menulis dan mengira. lambat dalam tindakan berlisan. kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya.kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan. Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Ciri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik Drake (1989) menyatakan bahawa masalah pembelajaran spesifik atau disleksia dirujuk kepada beberapa ciri. antaranya: kesukaran belajar berbahasa. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca. Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. lemah dalam menyusun isi barangan. tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku). ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual. Selain itu. tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak. mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan. faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi merosot dalam ujian. dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya. tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang.

Kanak-kanak Sekolah Rendah 6 hingga 9 tahun • Kemahiran membaca. menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan. mengeja dan lemah dalam kefahaman • Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan • Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks • Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang • Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah • Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa iii. pra-sekolah • Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan • Suka mengganti perkataan dan hiperaktif • Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah • Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari • Tidak merangkak semasa bayi • Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri • Sifat ingin tahu tinggi.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Ciri-ciri mengikut tanda bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia) I. Sekolah Menengah • Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten • Kesukaran menulis karangan • Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral . berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan ii. huruf dan nombor • Menggunakan jari untuk mengira dan membaca • Keliru dengan kiri dan kanan • Tulisan cermin atau terbalik 9 hingga 12 tahun • Kesilapan membaca.

mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran. Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. kecuali diri sendiri. Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka. tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik. ada masalah berinteraksi. emosi. kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat. degil. berkelakuan pelik.10. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui. khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’. anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri. sama ada tidak mengendahkan orang lain. biasanya berkaitan minat. Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47. aktiviti dan perangai.Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh. Daripada jumlah ini.000 penduduk negara kita menghidap autisme. asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal.Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial. Autisme Pengenalan Guru dan ibubapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ murid atau anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. . malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal.000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling. komunikasi. empat atau lima orang bagi 10.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) • Kesukaran mempelajari bahasa lain • Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan • Jenis orang yang suka senyap • Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten • Kurang kemahiran bersosial 5.

faham Kekurangan perasaan dialami orang kanak-kanak lain. Dalam situasi ini. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi .(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) berkomunikasi menyebabkan dan tingkah tidak laku. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Gambar 8 : Kanak-kanak Autisme Definisi Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk “Pencegahan Autis Pada Anak”. Menurut Dr. Bela Bartok dan Bill Gates. malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi. bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein. Mereka berkongsi masalah sama. autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme. kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara. tiada ini mereka usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara. penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. kebiasaanya. Pun begitu. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri.

sikap. pengasingngan diri. sosial. Hasil kajian.& Nodir Adilov. emosi. Sean Nicholson.Contohnya kanak-kanak sebelas tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk sepertikanak-kanak tiga tahun ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainandan menguis permainan tersebut sehingga hancur atau rosak. Maka. gerakan tubuh badan. dapat disimpulkan di sini. autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) dengan orang lain. (Michael Waldman. Autisma merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku. keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. di dalam jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme. and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern. 2005) mendefinisikan Autisme sebagai ketidakmampuan untukberinteraksi dengan orang lain. Autistik atau autisme merupakan kecacatan seumur hidup yang berlaku terhadap kanak-kanak sejak kecil lagi. . Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in which a person is unable to communicate or form relationships with other. reaction to stimuli. interpretation of the world. dan sentuhan. 2006). Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a disturbance in phycological development in which use of language. Kanner (dalam Safaria.Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak autisma akan menunjukkan tingkah laku yang tidaksesuai dengan peringkat umur mereka malah melakukan pekara diluar jangkaan kita. Cohen dan Bolton (1999) mendefinisikan Autisme sebagai keadaan yang mempengaruhi anakmembuat mereka tidak dapat membentuk hubungan sosial atau mengembangkan komunikasisecara normal.

seperti memukulkan kepalanya sendiri. Autisme berat Pada tahap ini. c). anak autisme menunjukkan tindakan-tindakan yang sangat tidak terkendali. Ia respon dan tetap setelah melakukannya. bahkan dalam kondisi berada dipelukan orangtuanya. Autisme sedang Pada tahap ini. Autisme ringan Pada tahap ini. menunjukkan ekspresi-ekspresi muka. dan dalam berkomunikasi pun masih bisadilakukan secara dua arah meskipun terjadinya hanya sesekali. anak autisme masih menunjukkan sedikit kontak mata. Ketika orang tua berusaha autisme mencegah. Tindakan agresif atau hiperaktif.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Peringkat autisme a). dan gangguan motorik yang stereotipik cenderung agak sulit untuk dikendalikantetapi masih bisa dikendalikan. namun ia tidakmemberikan respon ketika namanya dipanggil. . anak autisme masih menunjukkan adanya kontak mata walaupun tidakberlangsung lama. gerakan tangan yangsterotipik dan sebagainya. anak memukul-mukulkan baru berhenti merasakelelahan kemudian langsung tertidur. tetap namun anak tidakmemberikan kepalanya. mengigit kuku. Anak autisme ini dapat memberikan sedikit respon ketika dipanggilnamanya. acuh. masih boleh dikendalikan dan dikawal dengan mudah. b). Tindakan-tindakan yangdilakukan.Biasanya anak autisme memukul-mukulkan kepalanya ke tembok secara berulang-ulang danterus-menerus tanpa henti. menyakiti dirisendiri.

Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap. 5. 4. menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti: 1. 7. 5. berkongsi atau menunggu giliran. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi. autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang Lebih suka bermain sendiri. 6. Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi atau bercakap macam robot. . perasaan dan pemikiran orang lain. 2. Kanak-kanak dewasa. Lambat bercakap. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap). 7. Kelihatan tidak sensitif pada keperluan. Tidak boleh berkomunikasi dengan baik. 2 3. Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang). b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi 1. tetapi tidak faham maksudnya. Mungkin mengulang perkataan sama. 4. Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang. 3. Susah bekerjasama. 6. Sukar memulakan percakapan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Ciri-ciri autisme Ciri-ciri kanak-kanak autisme ialah: a) Tidak mampu bersosial Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan. Tidak menghiraukan orang lain.

Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa d. agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.“Kanak- . 2. Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan. bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan. ia sangat mudah dikesan. peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek. ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh. Lebih mengecewakan. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Tidak boleh duduk diam. Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. 3. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain. Masalah tingkah laku 1. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan. contohnya terhadap peta. Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk. Sangat sensitif terhadap rasa. 4. marah-marah.Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati. Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulangulang.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) c. Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain. Menunjukkan minat pelik.

Katanya. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan.Walaupun autisme belum ada penawarnya.Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh. termasuk menguruskan diri sendiri. banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik. terutama kemahiran sosial dan pengurusan. cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Stephen Underwood. biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun. pemikiran dan tidak pandai bersosial. kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan. malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik. Berdasarkan kajian. masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi.” kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom). Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi. boleh belajar di sekolah biasa. Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah. “Bagaimanapun melalui pendidikan betul. Bagaimanapun. lebih awal masalah anak dikesan lebih baik. individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. bermain dengan kanakkanak lain. .

Pelaksanaan sistem ini telah dihentikan pada awal tahun 1970-an. satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-Kanak Bergeliga telah diadakan. Pada tahun 1985. pada tahun 1996. Namun demikian.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 5. Universiti Malaya. Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan khusus untuk pelajar pintar cerdas di negara ini. Ekoran daripada simposium tersebut isu kanak-kanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan. pada awal tahun 1980-an. Pintar Cerdas Pengenalan Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. tanpa perlu mengikuti persekolahan . bertujuan untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. Persatuan MENSA Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1983. yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS). Penilaian ini dilaksanakan kepada pelajar-pelajar Tahun Tiga sekolah rendah. Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah ditubuhkan pada tahun 1990.11. Hasil daripada seminar tersebut. Dalam sistem ini. kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperoleh pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun sahaja. satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti pelajar pintar cerdas telah dilaksanakan. Pelajar yang berjaya memperoleh tahap maksimum dibenarkan meneruskan persekolahan ke Tahun 5. di Fakulti Pendidikan. pihak Universiti Malaya pula telah mengorak langkah memulakan Program BAKA khusus untuk pelajar pintar cerdas. Manakala Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987. Ekoran itu. didapati bahawa perancangan dan pelaksanaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang pintar cerdas serta berbakat.

Alfread Binet (1916). Konsep pintar cerdas ini penting difahami kerana hal ini dapat membantu dan mempengaruhi khidmat (services) akan diberi untuk memenuhi keperluan khas pelajar ini. Beberapa istilah telah digunakan berkaitan dengan ‘giftedness’ dan kreativiti. berbakat dan kreatif.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Tahun 4. Gambar 9 : Kanak-kanak Pentar Cerdas Definisi Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat tentang konsep pelajar pintar cerdas ini.5 – 2 sisihan piawai atas min). pintar cerdas (gifted) (skor IQ lebih daripada 130) kreatif. membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik . IQ yang tinggi (1. Walau bagaimanapun. Istilah seperti kecerdasan (intellegence) yang tinggi. Ada pihak yang mendefinisikannya sebagai golongan pelajar yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi. penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja. berfikiran konvergen. berfikiran divergen sering digunakan untuk memerihalkan ‘giftedness’. orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test ” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan memahami.

3. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru. telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Lewis Terman (1916). These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society. kepimpinan. 5. mendefinisikan ‘gifted’ ini sebagai kanak-kanak atau belia (youth) yang telah dikenal pasti pada peringkat prasekolah. Children capable of high performance include those with demonstrated achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in combination: 1. seni lakonan atau lukisan yang memerlukan khidmat atau aktiviti yang tidak terdapat di sekolah.277) iaitu: “Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. 2. akademik. Definisi Marland. sekolah rendah atau menengah sebagai berkebolehan yang tinggi dari beberapa aspek intelektual. Amerika Syarikat pada tahun 1972. Menurut Jamila (2005). dalam S. (1972). Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang menunjukkan atau potensi kebolehan dalaman: . 4. pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam akademik. General intellectual aptitude Specific academic aptitude Creative or productive thinking Leadership ability Visual and performing arts Purcell (1978). Marland (1972). kreativiti. Deborah. (1998:hal.

Mereka juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek. Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan perkembangan dalam domain yang luas. Konsep ‘multiple intelligence’ yang diperkenalkan olehnya membuka ruang kepada pengiktirafan pelbagai kebolehan dan bakat sebagai penting dan perlu diasah. • Bakat-bakat drama. kemahiran lisan. Mereka memperoleh maklumat dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula maklumat. Gardner (1983) memberi nafas yang baru kepada konsep-konsep kecerdasan (intelligence) yang selama ini berfokus kepada kebolehan logik dan matematik. Menurut Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia. pemikiran abstrak. mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain. definisi kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa prasekolah. seni lukis. mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) • Kegiatan intelek seperti kreativiti. muzik. memantau dan menilai menggunakan pemikiran advance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain. Dari segi emosi. kepimpinan perhubungan manusia. matematik. Gardner menyarankan tujuh jenis kecerdasan yang membolehkan pelajar mengukuhkan kebolehan khusus mereka dan memupuk beberapa bakat khas dalam bidang-bidang seperti sains. seni dan mempunyai kepimpinan yang luar biasa Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan ciri-ciri luar biasa pada umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa. sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. pemikiran logik dan ingatan baik. penulisan dan . Kanak-kanak ini boleh merancang.

Sternberg (1997) dalam D. Kualiti cemerlang (Excellence).M. Kebolehan ini boleh diukur melalui ujian kecerdasan yang konvensional. bermaksud seseorang individu itu mestilah memiliki kebolehan lebih daripada rakan-rakan sebayanya atau dengan kata lain dimensi persembahannya. Luar biasa (Rarity). Pintar cerdas sintetik melibatkan kebolehan pemahaman mendalam (insight).(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) yang ada pada mereka. seni.P Hallahan dan J. bermaksud hanya segelintir daripada sekumpulan manusia yang memiliki watak atau perwatakan yang berbakat. Sternberg dan Zhang (1995) dalam D. sintetik. dan praktikal. Kauffman (2000) memperkenalkan teori kecerdasan yang menyatakan tiga jenis pintar cerdas iaitu analitis. Para pelajar diberi peluang memperluas minat.P Hallahan dan J. bahasa. intuisi. bersukan dan spatial sebagai sama pentingnya dan perlu diiktiraf. . kemahiran yang bersangkut paut dengan seni dan sains. Berketerampilan (Demonstrability). bermaksud seseorang itu mestilah boleh menunjukkan apa-apa keluarbiasaan bakat atau kebolehan mereka melalui ujian-ujian tertentu yang sah instrumennya. dipupuk dan diperkembangkan di kalangan kanak-kanak. kebolehan dan kemahiran mengikut kekuatan mereka masing-masing dalam matematik. inter dan intra personel. jenis kemahiran yang dimiliki oleh mereka yang berjaya dalam kerjaya mereka. Kauffman (2000) mencadangkan lima kriteria untuk menentukan sama ada seseorang itu memiliki bakat. iaitu : I.M. ii. kreativiti atau kebolehan mengadaptasi dan menangani sesuatu situasi yang berbeza. Manakala pintar cerdas praktikal melibatkan kebolehan mengaplikasikan kebolehan analitis dan sintetik untuk menyelesaikan masalah harian. Pintar cerdas analitis ialah melibatkan kebolehan pelajar pintar cerdas menangani sesuatu masalah – memahami setiap tahap dan bahagian masalah serta bagaimana masalah itu berhubung kait.

gaya diri yang luar biasa. tidak semestinya di hadapan pelawat yang datang melawat ke rumah atau penonton. Mula berjalan dan bercakap lebih awal daripada kanak-kanak biasa. kalendar dan jam. waktu itu dan waktu ini. hari ini. iv. Produktiviti (Productivity) bermaksud kanak-kanak pintar cerdas itu mampu menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing sehingga menghasilkan kejayaan ataupun melalui produk yang dapat dihasilkan. disaingi oleh sifat ingin tahu dari segi intelek yang luas dan kian berkembang. Nilai (Value) bermakna bahawa seseorang kanak-kanak pintar cerdas itu mempersembahkan kebolehan yang boleh dinilai dan dihargai oleh sesebuah masyarakat mereka. Mempunyai pelbagai minat dan bersikap spontan. Semasa kecil lagi. kekuatan otot dan perkembangan paruparu. Bercakap tentang semalam. telah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna. dan lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya dan dalam ukuran perkara tertentu mereka adalah luar biasa seperti ukuran dada. Dapat menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan. Mungkin lebih tinggi. Ciri-ciri Pintar Cerdas Kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan perkembangan yang lebih cepat daripada kanak-kanak normal dari kognitif. Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki sekolah dan boleh dikatakan mempunyai keinginan yang awal untuk membaca. lebih besar. pada peringkat umur yang awal Ini menunjukkan kesedaran terhadap masa dan kaitannya dengan dirinya. hari-hari dalam seminggu.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Iii. Mempunyai . Menunjukkan minat terhadap masa agak awal. esok. afektif dan fizikal.

tidak sistematik dan tidak teratur). Mungkin kurang sabar daripada orang lain dengan latih tubi yang tidak bermakna atau tugasan yang diberikan semata-mata untuk mengisi masa. Memberikan gerak balas kepada komen dengan cara yang menunjukkan pemikiran yang mendalam. perbendaharaan kata dan kandungannya mungkin agak berbeza dan luar biasa. Mungkin mempunyai kecenderungan pada permainan dan kerja yang dilakukan bersendirian. . Interpretasinya tentang kejadian semasa. kreatif dan kritis. Memilih permainan yang melibatkan peraturan dan sistem. bahan kimia atau gambar-gambar (gambar bintang filem misalnya). permainan catur. misalnya. Ia cepat memberikan respon. Pengumpulan jika dibuat mungkin termasuk burung. sering merasakan bahawa masa boleh digunakan dengan lebih berfaedah. Menunjukkan kebolehan yang matang dalam melahirkan dirinya dan perasaannya melalui penulisan kreatif dan pernyataan oral dan melalui lukisan untuk menyampaikan idea. Biasanya koleksi ini ialah daripada jenis yang canggih atau saintifik. Mempunyai hobi yang lebih banyak dan memerlukan ketekunan dan penumpuan berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) kebolehan membaca yang lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang seumur dengannya. Mempelajari sesuatu dengan mudah. Kanak-kanak pintar cerdas yang masih kecil mungkin mempunyai kawan bermain yang direka-rekanya dan perbualannya dengan rakan yang direka-reka ini amat berharga dan menakjubkan. Mungkin mempunyai antara tiga hingga enam hobi yang berbeza. memerlukan sedikit penerangan dan kurang pengulangan oleh guru jika dibandingkan dengan kebanyakan pelajar. setem. perkembangan antarabangsa dan politik menunjukkan kebolehan memikir secara abstrak.Mempunyai minat terhadap permainan yang agak mendahului kanak-kanak yang sebaya dengannya. Mengumpul benda-benda dengan teratur ( tetapi kualiti ini tidak semestinya ada – mungkin juga ia tidak teliti. Sering menunjukkan pemahaman tentang makna yang kelihatan agak terlalu awal untuk umurnya.

Mungkin agak sukar dalam masyarakat kita yang sering tersuai dengan kanak-kanak yang sederhana. Mempunyai jangka masa perhatian dan penumpuan yang lebih lama daripada yang kita jangkakan.Mungkin tidak sabar dan memberontak sikap pasif orang lain. Melibatkan diri dan kelihatan mempunyai lebih masa untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah dan aktiviti kokurikulum tanpa menjejaskan pencapaian akademiknya. Menanyakan soalan kerana dia benar-benar ingin tahu dan kemudian menggunakan maklumat yang diperoleh melalui percakapannya. tidak mencabar. Oleh sebab tidak menyedari punca perseteruan atau antagonisme ini. Menunjukkan sifat original pada tahap yang tinggi dalam permainan. Boleh menilai kekuatan dan kekurangan dirinya secara objektif. tidak menarik. dan dia tidak boleh terima. Pemindahan idea datang dengan agak mudah. termasuk orang dewasa di rumah dan di sekolah.Sering memilih mata pelajaran sekolah yang lebih sukar semata-mata kerana ia menyukainya.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Boleh menyesuaikan dan menggunakan apa yang ia telah pelajari dengan situasi lain. Ini mungkin juga dapat dilihat daripada cara dia memotong rumput atau membasuh kereta. Biasanya sukakan sekolah dan menunjukkan keinginan untuk belajar tanpa desakan atau tekanan. tidak bersemangat.Mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas daripada kanak-kanak lain pada peringkat umur dan darjah yang sama. dalam keadaan begini dia mungkin mencabar atau mengancam guru. . Mempunyai kesedaran akan dirinya dan ini mungkin menyebabkan dia tidak disukai oleh pelajar lain yang tidak sebijaknya. rancangan dan situasi. dia mungkin rasa perlu mengasingkan diri dan tidak bergaul dengan pelajar lain yang sebaya dengannya dan bergaul dengan orang dewasa atau orang yang lebih tua dengannya. lembap. menggunakan dan memahami perkataan dalam bacaan. kerja. Biasanya menunjukkan keupayaan dan kebolehan dengan pencapaian dan penguasaan mata pelajaran sekolah yang lebih tinggi. penulisan dan percakapan. Tetapi pencapaian mungkin lebih rendah daripada yang diharapkan apabila dalam kelas yang membosankan.

Minat mendalam • Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut d. tidak gugup.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Boleh berjenaka dan ketawa mendengar jenaka yang orang lain pada peringkat umurnya tidak dapat memahami. mempunyai deria yang luar biasa terhadap irama. keadaan situasi atau sesuatu acara c. sering kelucuan atau jenaka yang abstrak dan berasaskan imaginasi yang memerlukan kematangan dan lebih tinggi daripada peringkat umurnya untuk memahaminya. tenang dan tidak mudah terganggu emosinya.menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak . Mungkin menunjukkan kemahiran luar biasa atau kreativiti dalam seni dan muzik. atau menunjukkan deria warna yang terang. Selalunya dapat mengawal diri.Suka bergaul dengan kanak-kanak yang lebih tua daripadanya walaupun mereka mungkin tidak menggemarinya. Menerima infomasi dengan pantas • Selalu diandaikan seperti span. stabil baik dari segi emosi dan tidak bercakap besar walaupun dia mempunyai kelebihan berbanding kanak-kanak lain. idea. boleh mengikuti nada dengan baik pada umur yang masih awal lagi. Secara ringkasnya ciri-ciri pintar cerdas adalah: a. mempunyai keinginan yang mendesak untuk mempelajari muzik. Pengamatan tinggi • Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang b. Keinginan untuk tahu tinggi • Ingin mengetahui semua hal seperti objek.

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) e. Ingatan yang tinggi • Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat f. Mungkin dapat membaca lebih awal • Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun g. Kerap membaca serta meluas • Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas h. Tatabahasa yang tinggi • Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik i. Tahap penumpuan yang lama • Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran j. Kebolehan menyelesaikan masalah • Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi k. Suka bertanya dengan lebih teliti • Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku k. Keupayaan imaginasi yang tinggi • Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya l. Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial • Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) m. Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku • Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan n. Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan • Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain o. Bersemangat dan bertenaga • Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian p. Pandai berjenaka • Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami q. Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan • Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Latihan Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki membuat esei dan hantarkan kepada pensyarah 1.Berikan definisi kanak-kanak Kecederaan Otak Traumatik 2.Huraikan ciri-ciri kanak-kanak Kecederaan Otak Traumatik

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 6.0. 6.1. Keperluan dalam pendidikan Pintar cerdas

Kanak-kanak pintas cerdas memerlukan pendekatan dan strategik yang berbeza untuk mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah Pengayaan – kajian bebas, peluang menghabiskan sukatan pelajaran dgn lebih awal dan ambil peperiksaan lebih cepat, penggunaan proses pemikiran tinggi, program ceramah, program mentor, bahan peringkat tinggi, program guru penasihat, sumber tahap universiti, pendidikan berasaskan komuniti, program pertukaran, dan program pendidikan antarabangsa. Program Pendidikan Kanak-Kanak Pintar Cerdas yang boleh dilaksana saperti Kaedah Pengelompokan – kelas khusus, program bawa keluar, kursus pengelompokan rumpun, sekolah khas, penjadualan rumpun bagi

tertentu, seminar, kelas khas di luar waktu sekolah, kelas masa cuti, ekspedisi masa cuti, pusat sumber, program luar Menggunakan Model-Model Pengayaan yang bersesuaian saperti Model Renzulli – penerokaan, latihan berkelompok, dan kajian bebas. Berasaskan minat pelajar. Diguna pakai oleh MRSM dgn nama SEM (schoolwide Enrichment Model ) Corak Pembelajaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas perlu berbeza dengan kanak-kanak normal supaya dapat menarik minat mereka untuk belajar. “The classroom will expend its walls via the information and communication links to other parts of the community and world made possible by the Information Highway. Teachers will remain centrally important but will probably spend more time with small groups of students working together using a personal computer that is connected to the network. This form of interactive, engaging learning will mean students can access a wealth information’s, proceed at their own pace and collaborate with other students.” (Gates, 1996)

teachers will use text. This information appliance will be centrally located in the classroom and will be used by students and teachers alike for presentations to the group ” (Gates. all available through the ‘Information Highway’. You will be able to draw or make lists by writing on it. Sering kali mereka diberi kerja yang sama dan belajar perkara yang mereka sudah tahu. 1996) Masalah yang biasa berlaku di Kelas Biasa menurut Smith (1998) bahawa dalam banyak hal. so will the ability of teachers and students to create presentations with multimedia content that rivals the production values of today’s high budget films and television” (Gates. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang . images.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) “A large wall-mounted screen. video and animation as part of their curriculum. will replaced today’s black board and movie projectors in the classroom. Tetapi. Mereka juga sering digunakan untuk membantu guru menunjuk ajar pelajar lain. It will displays pictures.2. Walaupun kerjasama mereka diperlukan. perhaps an inch thick. merekalah yang membuatnya. 1996) “In the future. keperluan khusus mereka tidak sepatutnya diabaikan. And as the power and ease of use of software increases. Palsi Serebaral (Cerebral Paalsy) Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Jika ada kerja berkumpulan. keperluan individu mereka tidak dapat dipenuhi dan minat mereka sering diabaikan. movies and other visual materials as well as written notes and outlines. sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. The computer controlling the white board will recognize your handwriting and will convert it into a more readable typeface. kadang kala perkara yang mereka lebih tahu daripada guru mereka. sound. Program / aktiviti khas untuk pelajar ini perlu difikirkan oleh pihak sekolah jika kita tidak mahu bakat istimewa mereka ini hilang disebabkan sekolah dan pihak bertanggungjawab tidak mampu memberi khidmat yang sewajarnya kepada mereka 6.

emosi dan sosial. Jelaskan keperluan yang perlu disediakan atau dijalankan dalam pendidikan yang bersesuaian dengan kategori kanakkanak keperluan berikut: a. Justeru. Oleh kerana itu. Oleh itu. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi fizikal. c. Latihan Buatkan kumpulan kecil dan cari bahan dengan melayari internet serta berbincang dan jawab soalan-soalan di bawah. Autisme Masalah Fizikal 7. kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiaptiap hari oleh Fisio Terapist.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) berfungsi. 1. Anda dikehendaki membuat esei pendek dan hantarkan kepada pensyarah melalui emeil.0. Penutup Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya. namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. b. terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan . sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. mental. mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka. Masalah Pembelajaran Spesifikasi. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist. kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga. Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama. Jikalau.

Aktiviti Bentuk kumpulan kecil (5/6 orang) dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Oleh itu. Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. fizikal. masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat. Jelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak keperluas khas di bawah: I. Pintar Cerdas V. Masalah Fizikal II. ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) khas kerana cacat deria lihat dan dengar. pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna. mental dan emosi. Palsi Serebral . pertuturan. Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. Sharani 2004). Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial. Masalah Pembelajaran Spesifik III. Autisme IV. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

Kuala Lumpur: OUM Jamila K. Self Care Issues for Clinicians. Researchers & Educators.New Jersey : Pearson Education . Selangor : PTS Yell. Inc Lonergan.Rujukan Norshidah Salleh. Secondary Traumatic Stress.Safani Bani dan Mohd Mokhtar Taha (2006) Pengenalan Kepada Pendidikan Khas. B. Pickett. Therapist in Distress : An Integrative Look at Burnout.A Mohamed (2006). The Development of Trauma Therapist : A Qualitative Studi of the Therapist&rsquo. Secondary Traumatic Stress and Vicarious Traumatization. Dan Hallahan D.P.Inc. New Jersey : Pearson Education. Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas (2009) Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan . Inc. Colorado : Counselling Psychology. M. Dissertation.L. (2006). Fakulti Pendidikan UKM Yusuf Abdullah.Y. Stamm.A. M (2006). (1999). IDEA 2004 Update Edition: Special Education. (2005) Special Education . Kauffman J. (1998). The Law and Special Education 2ed.M.G. New Jersey : Pearson Education . Bangi. MD : Sidran Press. B. Friend. .s Perspectives and Experiences. (1999).H. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa . Louis. University of Missouri-St.

Ed. RADZI PENSYARAH IPG KAMPUS IPOH kamar62003@yahoo.edu.edu.Sejarah) Pensyarah Pendidikan Khas IPG Kampus Ipoh Guru Akademik HJH SATARIAH BT KAMIS PENSYARAH IPG KAMPUS IPOH satariah@ipip. Khas PPD Kuala Kangsar (6 thn) Penyelaras Pendidikan Khas (4 thn) Guru Pendidikan Khas (2 thn) Guru Pemulihan Khas (10 thn) M.Khas Pend.Ed.PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (XXX PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KAMARUL BAHRIN BIN MOHD.my HJH SAFIAH BT HARUN PENSYARAH IPG KAMPUS IPOH safiah@ipip. (Psikologi) Diploma Pendidikan (Bahasa Melayu.com kamarulbahrin@ipip.Ed.Ed.Ed.edu. Perguruan Khas (Pemulihan Khas) Sijil Perguruan Khas (Pemulihan Khas) Pensyarah IPG Kampus Ipoh Peg.my M.Ed.my KELAYAKAN M.(Pendidikan Khas) B.(Pendidikan Khas) B.(Pendidikan Khas) B. (Kesusasteraan Melayu) Diploma Pendidikan Pensyarah Pendidikan Khas IPG Kampus Ipoh Guru Akademik . (Pendidikan Khas) Dip.

IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat .

5. 8. Agihan topik-topik yang dimodulkan ditunjuk dengan jelas dalam “08 Agihan Tajuk” (cara penulisan rujuk contoh “08 Agihan Tajuk” yang dilampirkan) 7. Format modul mesti mengikut format yang diselaraskan oleh Pusat Pembangunan Akademik. Modul pembelajaran ini adalah untuk menggantikan jam interaksi bersemuka. 4. 9. Pusat Pembangunan Akademik Kementerian Pelajaran Malaysia 20-05-2011 . Bahasa yang digunakan mesti interaktif dan mesra pengguna. Modul yang dihasilkan harus menjurus ke arah menggalakkan pelajar PPG melakukan pembelajaran kendiri dengan membuat rujukan-rujukan tambahan pelbagai sumber. Dua latihan disediakan pada akhir modul ini sebagai latihan. 3. Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul pembelajaran akan digunakan oleh pelajar PPG ketika mereka berada di sekolah sebagai bahan pembelajaran kendiri. Aktiviti-aktiviti yang sesuai yang dapat menggalakkan pembelajaran kendiri disediakan.PANDUAN PENULISAN MODUL PPG 1. Panel penulis modul perlu memilih topik-topik yang sesuai daripada pro forma kursus untuk dimodulkan. Topik-topik yang dipilih mesti mudah difahami oleh pelajar program melalui pembelajaran kendiri. Institut Pendidikan Guru. 6. 2.