1

DIFTONG BAHASA MELAYU

ANALISIS FONEM DIFTONG Teknik pasangan minimal boleh digunakan untuk menunjukkan rentetan dua unit vokal dalam bahasa Melayu ialah diftong. Contohnya: urat - aurat asing - aising baka - bakau bela - bela bala - balai
LATIHAN 1
Bagi soalan 1 hingga 3, pilih perkataan yang mengandungi diftong.

PENGERTIAN DIFTONG 1. Ab. Rahman, Yap, dan Ab. Rahim (1997: 52): “Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong bertindak sebagai satu fonem dan dilambangkan dengan dua lambang vokal.” 2. Kamus Linguistik (1997: 63): “diftong (diphthong) Gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Contohnya [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau.” (Tanda
titik di bawah i dan u tidak dapat ditunjukkan.)

1.

(A) (B) (C) (D) (A) (B) (C) (D) (A) (B) (C) (D)

air rai tua wau lai lain pais main berbau berpaut bersuara berpulau

2.

3.

4.

3. Nor Hashimah (1998: 41): “Bunyi diftong melibatkan dua rentetan vokal yang hadir serentak. Bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mulamula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja. Lambang [ˆ] boleh digunakan untuk menggambarkan diftong.” Ketiga-tiga pengertian di atas hampir sama dengan pengertian yang diberikan oleh Daniel Jones dalam bukunya An Outline of English Phonetics (1972: 58). Dalam bahasa Inggeris, diftong mungkin ditandai oleh satu huruf seperti dalam perkataan my atau rentetan huruf seperti dalam perkataan tie. SENARAI DIFTONG BAHASA MELAYU [ai] [au] [oi] hairan, pakai, gemalai aurat, taulan, kerbau amboi, sekoi, sepoi

Perkataan yang berikut mengandungi diftong kecuali (A) mulai (B) pantai (C) landai (D) lambai Perkataan yang tidak mengandungi diftong ialah (A) mainan (B) andaian (C) dodoian (D) pakaian Dalam bahasa Melayu diftong (A) berupa rentetan dua vokal (B) bertindak sebagai dua fonem (C) terhasil dengan dua hembusan nafas (D) mempunyai dua puncak kelantangan

5.

6.

LATIHAN 2 Lukiskan keratan rentas lidah (linguagram) yang menunjukkan penghasilan diftong [ai].

TUGASAN Tuliskan tiga pasangan minimal bagi setiap fonem diftong. Mohd. Isa bin Abd. Razak 16 November 2001

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful