P. 1
Kaedah Mengumpul Data.pptx

Kaedah Mengumpul Data.pptx

|Views: 16|Likes:
Published by Asraf Hadzwan
Kaedah Mengumpul Data.pptx
Kaedah Mengumpul Data.pptx

More info:

Published by: Asraf Hadzwan on Oct 07, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/14/2014

pdf

text

original

Sections

  • (1) Kaedah Soal Selidik Dan Ujian
  • (2) SENARAI SEMAK
  • (3) SKALA PEMERINGKATAN
  • (4) Pemerhatian
  • (5) Meninjau dan Mengutip Bahan-bahan Dokumen
  • (6) Membuat Rakaman Pita Video Dan Transkrip
  • (7) Menulis Diari
  • (8) Temubual
  • (9) Penilaian Kendiri Secara Mendalam
  • (10) Membuat Rakaman Pita Video Dan Transkrip

7 Kaedah Pengumpulan Data

ALAT-ALAT MENGUMPUL DATA
Terdapat beberapa alat yang boleh digunakan untuk mengumpul data. Antara alat-alat itu ialah: A. Borang siasatan ◦ Soal selidik ◦ Senarai semak ◦ Skala pemeringkatan ◦ Kad markat ◦ Soal pendapat atau skala sikap B. Pemerhatian C. Temu bual

D. Ujian psikologi ◦ Ujian pencapaian ◦ Ujian bakat ◦ Ujian kecerdasan ◦ Inventori minat ◦ Ukuran sahsiah

Data kuantitatif dikutip melalui. Data kualitatif boleh dikutip melalui pemerhatian. sama ada kualitatif atau kuantitatif. soalselidik. .ALAT KAJIAN  Pengutipan data kajian. soal selidik. ujian atau inventori. penelitian dokumen dan sebagainya. memerlukan alat-alat kajian untuk menjawab soalan-soalan kajian. misalnya.

sebelum kajian sebenar dijalankan. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah. Sekiranya kajian menggunakan ujian. Proses pembinaan alat kajian boleh dibahagikan kepada dua (2) bahagian. Sesuatu ujian yang dibina dengan baik akan memberi ukuran variable dengan tepat/sah. Justeru. ketepatan data kajian amatlah penting disebabkan penakrifan yang betul bergantung kepada data yang tepat. ia perlu dirancang dan dibina supaya bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian. dan (b) menentukan kandungan alat kajian. . Data yang dikutip ini akhirnya akan dianalisis dan hasilnya akan ditafsir oleh pengkaji. iaitu (a) menentukan objektif alat kajian.Pembinaan Alat Kajian      Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu.

• PEMBINAAN ALAT KAJIAN • Menentukan Objektif • Menentukan Kandungan .

. Objektif tingkah laku yang ingin diukur hendaklah dinyatakan dengan jelas dan ia hendaklah boleh dicapai (realistic). Ujian juga boleh digunakan untuk mengukur kecerdasan murid-murid. iaitu apakah yang kita ingin tahu tentang responden kajian kita.Menentukan Objektif Ujian   Sesuatu ujian perlu dibina mengikut objektifnya. Contoh objektif ujian ialah "Murid dapat menjelaskan bentuk muka bumi kampung/taman perumahannya".

jantina dan sebagainya. .). Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan responden yang setara dengan responden kajian sebenar. iaitu dari segi lokasi. soal selidik perlu dimurnikan mengikut maklum balas yang diperoleh. seting dan profit responden (contohnya. umur. Selepas ujian rintis dijalankan.Kajian Rintis  Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan yang bertujuan untuk memestikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang munkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan.

fungsi kajian rintis ke atas soal selidik (questionnaire) adalah seperti berikut:  Menyemak kejelasan item-item.  Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.Menurut Cohen. arahan dan dan susun atur (layout) soal selidik.  Mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal selidik.  Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan format jawapan. .  Mengenal pasti item-item yang tidak berkaitan dalam soal selidik.  Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup.  Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik. Manion dan Morrison (2000).

 .  Mempunyai keesahan alat ukur (validity)  Mermpunyai kebolehpercayaan (reliability)  Praktikal (boleh dilaksanakan). Kaedah ini sering digunakan untuk mengutip data dalam Kajian Tindakan secara formal dan sistematik. Sebaiknya alat-alat itu dapat memenuhi ciri-ciri berikut:  Memenuhi objektif dan persoalan kajian.(1) Kaedah Soal Selidik Dan Ujian Kedua-dua kaedah di atas memerlukan alat. iaitu kertas soalselidik dan ujian.

 . Soal selidik mempunyai beberapa kebaikan dibandingkan dengan cara-cara lain dalam usaha penyelidik mendapatkan maklumatmaklumat kualitatif dan kuantitatif.  Menyediakan satu soal selidik yang baik memerlukan masa dan pemikiran yang mendalam.Soal selidik merupakan satu cara yang paling mudah untuk memperoleh maklumat. Soal selidik yang dibuat tanpa penelitian akan mendapat sambutan yang kurang memuaskan. Maklumat yang diterima mungkin tidak cukup untuk membolehkan penyelidik membuat satusatu perumusan.

.Kesilapan yang biasa berlaku dalam membina suatu soal selidik ialah:  Soal selidik terlalu panjang  Isi yang disoal tidak penting  Butiran tidak dinyatakan dengan jelas  Bentuknya tidak teratur atau tidak menarik.

Ciri-ciri penting bagi sesuatu soal selidik yang baik ialah: Soal selidik tersebut mempersoalkan isu yang penting.  Soal selidik mengandungi butiran yang ditulis dengan ringkas dan jelas.  Soal selidik mempunyai bentuk dan susunan yang menarik dan ditaip dengan  .  Soal selidik cuba mendapatkan maklumat yang tidak boleh diperoleh daripada sumber-sumber lain seperti daripada laporan sekolah dan sebagainya. Surat pendahuluan disediakan untuk menerang pentingnya soal selidik itu.

 Hasil jawapan boleh ditafsirkan dengan mudah.  Butiran disusun mengikut kategori yang boleh mendapat sambutan dengan mudah dan tepat.  Satu soalan menyoal satu idea sahaja.  Soalan disusun daripada bentuk umum kepada bentuk khusus.  Tidak mengandungi soalan yang menyinggung peribadi atau yang memalukan.  .  Soal selidik mengandungi soalan berbentuk objektif iaitu responden tidak diminta memberi cadangan-cadangan.Soal selidik mengandungi arahan yang lengkap dan jelas. daripada yang mudah kepada lebih kompleks dan daripada yang bersifat `memihak' kepada yang lebih 'teliti' dan 'mendalam'.

mudah difahami dan tidak mengelirukan responden atau mempunyai maksud yang pelbagai. ◦ Alat ukur juga perlu. Oleh sebab kaedah ini memerlukan kepakaran yang tertentu dalarn bidang penilaian dan pengukuran pendidikan. guru pengkaji seharusnya  .  Untuk memastikan alat ukur dapat memenuhi kehendak kajian. kesahan muka (face validity) terhadap alat ukur harus dilakukan. Ini bermakna ◦ alat ukur perlu benar-benar dapat menggambarkan pendirian atau pandangan sebenar responden.Soal selidik atau instrumen alat ukur mestilah memenuhi objektif atau persoalan kajian yang telah dikenal pasti.  Alat ukuran yang telah dibina mestilah mengukur fakta-fakta yang diperlukan supaya maklumat yang diperolehi memenuhi kehendak kajian.  Kebolehpercayaan alat ukur mesti juga diberi perhatian.  Soalan-soalan soal selidik boleh dinilai secara kritikal (critically examined) oleh rakan sejawat atau oleh pakar-pakar dalam pembinaan soal selidik.

.Dua jenis soal selidik yang biasa digunakan ialah: yang biasa digunakan ialah:  Butiran bentuk tertutup:  Butiran bentuk terbuka.

Butiran jenis ini biasanya sesuai untuk memperoleh maklumat tertentu sahaja.Butiran bentuk tertutup: Butiran bentuk tertutup ialah butiran yang berkehendakkan jawapan pendek seperti `Ya' atau `tidak'.    . atau memilih pilihan-pilihan yang disediakan. Kebaikan menggunakan butiran bentuk tertutup ialah: Boleh dijawab dengan mudah Mengambil masa yang pendek Tidak mengalih pandangan responden daripada tajuk yang disoalkan  Berbentuk objektif  Mudah disusun dan dianalisis.

 . Tidak ada `petunjuk' dibekalkan. `kecenderungan' dan cadangan-cadangan responden. Walau bagaimanapun jawapan ini mempunyai kebaikan sendiri bergantung pada jenis maklumat yang diperlukan.Butiran bentuk terbuka. Butiran bentuk terbuka berkehendakkan jawapan bebas daripada responden.  Jawapan-jawapan seperti ini agak sukar sedikit untuk ditafsirkan.  Butiran ini yang bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang lebih mendalam termasuk motif-motif yang tersembunyi di belakang sikap. disusun dan dijadualkan dalam laporan. minat.

'kadang-kadang'.. " dan sebagainya boleh digunakan.  . Perkataan-perkataan seperti `biasanya'.  Elakkan penggunaan adjektif dan adverb yang mengelirukan.Panduan membina butiran soal selidik Beri takrifan kepada sebutan-sebutan yang boleh disalah ertikan. Frasa seperti "berapa kali dalam sehari .. `jarang-jarang' memberi pengertian yang berbeza antara seorang dengan seorang lain.

Pilihan Ya. tidak kepada soalan "Adakah anda berkahwin?" Tidak lengkap sebab mungkin ada penjawab yang berstatus "duda" atau "janda". Misalnya.  Bariskan perkataan yang hendak ditekankan. tidak. "Adakah anda tidak bersetuju supaya pelajar tidak disebat di khalayak ramai?" Ya.  Pilihan-pilihan yang diberi mestilah lengkap.Elakkan soalan yang menidakkan perkara yang tidak benar.  .

Elakkan soalan yang mempunyai dua maksud. “ Apakah pendapat anda tentang pengajaran guru A?” – Baik. guru berpengalaman atau guru yang dianggap unggul?  . adakah dengan guru pelatih . Soalan seperti. lemah dianggap tidak jelas. "Adakah anda bersetuju supaya pelajar yang cerdas diletakkan dalam satu kumpulan dan dihantar ke sekolah yang khas?” sepatutnya dipecahkan kepada dua bahagian. sederhana. Soalan seperti.  Jika responden diperlukan memberi “pemeringkatan” atau bandingan satu poin rujukan harus diberikan . Responden harus diberitahu dengan siapa guru A harus dibandingkan.

.................... 5 poin Pilihan II .. 3 poin Pilihan IV .       Soalan mestilah sesuai denga "Berapa harikah dalam semingggu pihak kolej menghantar guru pelatih ke sekolah?" dianggap tidak sebab kebanyakan kolej mengendalikan latihan mengajajar secara berterusan Bekalkan poin tertentu bagi setiap pilihan jika responden membuat pilihan mengikut darjah pilihan mereka......... 2 poin Pilihan V ........................................ 1 poin ... 4 poin Pilihan III ....... Misalnya: Pilihan I .

Misalnya. Kategori-kategori jawapan hendaklah dibuat oleh penyelidik sendiri. ◦ Di manakah anda bekerja? ◦ Apakah jenis kerja yang anda lakukan? . adalah tidak wajar meminta responden menentukan kerja mereka mengikut kategori seperti: ◦ ◦ ◦ ◦ ◦ buruh kasar buruh berkemahiran perkeranian pengurusan profesyen dan sebagainya  Soalan seperti berikut adalah lebih baik dikemukakan.

beri penerangan tentang tujuan penyelidikan dengan jelas dan menjanjikan satu salinan dan sebagai laporan akan dihantar kepada jabatan penjawab. Baiki butiran yang didapati kurang jelas supaya butiran tersebut benar-benar dapat memperoleh maklumat yang dihajatkan.  Untuk memastikan soal selidik dijawab dan dikembalikan kepada penyelidik.Cara Mengendalikan Soal Selidik Pilih responden daripada mereka yang benarbenar berminat untuk menjawab dan yang mempunyai ciri-ciri responden yang dihajati.  Untuk mendapatkan kerjasama daripada responden. beri soal selidik melalui ketua jabatan responden.  Uji soal selidik kepada responden daripada sampel yang hendak dikaji.  .

Bagi data kuantitatif. umur. data tersebut harus diringkaskan dan dikategorikan dalam jadual tertentu. beberapa nilai statistik harus dihitung diberikan. pertimbangan harus diberikan kepada peratus responden yang kecil. Bagi data kualitatif atau naratif. Perbandingan antara satu data kuantitatif dengan data kuantitatif yang lain harus dilakukan.Menganalisis Jawapan Soal Selidik      Kira pekali korelasi untuk mendapatkan pertalian antara data Sediakan jadual kekerapan untuk mengumpul jawapan pendek seperti masa. Semasa membuat perumusan. Peratus yang kecil membawa kepada . kumpulan. jantina. amalan dan sebagainya.

Responden tidak perlu memberi pertimbangan. Senarai semak mengandungi satu senarai butiran untuk diperiksa oleh responden.(2) SENARAI SEMAK  Senarai semak merupakan satu lagi contoh borang siasatan. . Mereka hanya perlu memberi fakta sebenar.

Empat cara menyusun butiran senarai semak ialah: ◦ Menyenaraikan semua butiran yang terdapat dalam satusatu. ______________ sukan ______________ kebun ______________ pementasan ______________ muzik . Susun butiran itu mengikut kategori yang dikelaskan berdasarkan struktur logikal atau psikologikal. Butiran yang berkaitan dikelaskan bersama.panduan membina senarai semak Kaji beberapa senarai semak yang telah dirancang oleh a) b) c) penyelidik yang lepas dan tentukan butiran yang diperlukan dalam kajian. ◦ Misalnya: ◦ Tandakan (^) di ruang kosong bagi aktiviti yang terdapat di sekolah tuan.

tidak tentu masa". Misalnya: "Sebahagian pelajar wanita di sekolah ini beragama Islam .(ii) Minta responden memberi jawapan ya/tidak. ( )" (iv) Bulatkan atau gariskan jawapan yang sesuai bagi kenyataan yang diberikan... . Misalnya: "Adakah sekolah anda mempunyai Persatuan Pelajar? Ya! Tidak" (iii) Minta responden memberi tanda (^) bagi kenyataan positif. Misalnya: "Persatuan muzik mengadakan perjumpaan: setiap minggu. dua minggu sekali. setiap bulan..

misalnya: "Adakah sekolah anda mempunyai perpustakaan?"  Diperbaiki menjadi:  "Adakah sekolah anda mempunyai perpustakaan yang mengandungi sekurang-kurangnya sebuah buku bagi seorang pelajar?" (d) Senarai semak mestilah lengkap dan komprehensif. .(c) Butiran yang mempunyai ciri pengasingan (diskriminasi).

(3) SKALA PEMERINGKATAN Skala pemeringkatan merupakan alat untuk mengukur suatu kuantiti yang sukar diukur secara objektif.  . mengukur perlakuan seseorang pelajar. Misalnya.  Skala pemeringkatan biasanya diletakkan di atas satu baris dari rendah ke tinggi atau sebaliknya.  Skala pemeringkatan memberi peluang kepada responden merekodkan pendapatnya tentang darjah perlakuan itu.

(ii) Pemeringkatan sahsiah.Misalnya: Terlalu lemah Lemah Cemerlang Bawah sederhana Sederhana Terlalu Baik baik Skala pemeringkatan digunakan untuk: (i) Pemeringkatan guru. . (iii) Ujian dan kesahan beberapa alat objektif. amalan dan program. (iv) Menilai kursus.

. Biasanya terdapat lima atau tujuh kategori. (iii) Responden atau pentaksir yang memberi pemeringkatan. (ii) Satu baris skala pemeringkatan untuk responden membuat pemeringkatan.Beberapa panduan membina skala pemeringkatan adalah seperti yang berikut: (a) Skala pemeringkatan mengandungi tiga perkara penting (i) Fenomena yang hendak diberi pemeringkatan. Kategori pemeringkatan diletakkan di atas satu baris. (b) Fenomena yang hendak diberi pemeringkatan terdiri daripada ciri-ciri penting dan bersabit dengan kajian.

Bagaimana anda menerangkan sifat keyakinan anda? Amat Bawah Melebihi Amat rendah sederhana Sederhana sederhana tinggi I I I I I Adakah anda suka mengusik pelajarbaru? Tidak pernah I Jarang I Kadangkadang I I Kerap Sentiasa I .

Saya sukakan sains Benar-benar tidak bersetuju bersetuju Tidak Ragu bersetuju ragu Benar-benar Bersetuju II I I  Apakah keputusan anda dalam sains? Amat lemah Cemerlang Lemah Sederhana Baik .

Responden sepatutnya dapat merasakan perbezaan antara satu kategori dengan kategori yang lain.(c) Tujuan setiap kategori pemeringkatan mestilah jelas. Jumlah kategori angka ganjil digunakan dengan kategori `sederhana' atau 'purata' di tengah-tengah. . (d) Susunan kategori pemeringkatan boleh dibuat sama ada secara meningkat atau menurun dari kiri ke kanan.

Paling banyak kategori yang digunakan ialah tujuh. Dengan memberi nilai yang sesuai kepada setiap kategori pemeringkatan. (f) Terdapat empat cara menyusun skala pemeringkatan.(e) Sekurang-kurangnya tiga kategori pemeringkatan digunakan. . dan yang biasa digunakan ialah lima. (kategori pemeringkatan merupakan senarai semak). skala itu boleh ditukar kepada nilai aritmetik dan boleh dikira minnya.

Ia memerlukan pengkaji yang mempunyai kecekapan mengesani peristiwa yang signifikan.  Lazimnya. pemerhatian melibatkan bukan sahaja aktiviti meneliti situasi atau kejadian tetapi juga aktiviti berfikir secara original dan kritikal. Kaedah itu memerlukan pengkaji mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang luas untuk membuat pemerhatian situasi yang sebenar.(4) Pemerhatian Pemerhatian adalah suatu kaedah penyelidikan yang penting. ia adalah satu aktiviti di mana kemahiran tinggi pengkaji sangat diperlukan. Maka.  .

. taksiran. ukuran. (b) Aspek-aspek fizikal sesebuah bangunan. (d) Pemerhatian bilik darjah boleh digunakan oleh penyelidik untuk membuat analisis terhadap keberkesanan sesuatu pengajaran dan cara memperbaikinya. atau seseorang guru biasanya dapat dikaji dengan membuat pemeriksaan. dan kerja amali. seseorang pelajar. (c) Pemerhatian secara langsung diperlukan bagi mengkaji aktiviti-aktiviti fizikal seperti permainan. dan bandingan dengan satu-satu piawai melalui pemerhatian langsung.Kebaikan Menjalankan Pemerhatian (a) Aspek-aspek sahsiah yang penting biasanya dapat ditentukan dengan lebih berkesan melalui pemerhatian setiap tingkah laku seseorang secara langsung dibandingkan kajian melalui soal selidik atau temu bual. sukan.

Misalnya. Bahan sokongan atau bantuan pemerhatian itu boleh digunakan sebagai sumber yang berguna untuk menganalisis data selepas pemerhatian. mencatatkan nota tentang pergerakan guru dan pelajar. ataupun merakamkan pemerhatian dengan menggunakan alat instrumen seperti borang pemerhatian. kamera atau pita rakaman audio.Pemerhatian secara langsung (direct observation)      boleh dilakukan tanpa atau dengan bantuan alatan teknikal. . alatan electronik seperti perakam video.

aspek-aspek yang perlu sebelum melakukan pemerhatian  Tumpuan pemerhatian ◦ Siapakah yang akan membuat pemerhatian? ◦ Siapa atau apa yang akan diperhatikan? ◦ Di tempat-tempat manakah pemerhatian akan dilaksanakan? (elok adakan pemerhatian di beberapa tempat dan situasi untuk mendapatkan kepelbagaian .

Masa pemerhatian  Bilakah pemerhatian akan dijalankan? (elok adakan pemerhatian pada masamasa yang berlainan untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat) .

Cara Pemerhatian    Bagaimanakah pemerhatian itu akan dicatatkan atau dirakamkan? Apakah prosedur yang patut diikut untuk memastikan pemerhatian itu boleh dipercayai (reliable) dan ada keesahan (valid)? Apakah teknik pemerhatian yang paling sesuai untuk keadaan bilik darjah yang dikaji? (Eloklah data-data penting yang dikutip semasa pemerhatian mesti dicatat dengan serta merta sekurangkurangnya dalam bentuk nota) .

Panduan Untuk Melaksanakan Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas. Tambahan nota mungkin tentang perasaan akan sesuatu peristiwa atau sesuatu idea baru. .      Terangkan dengan tepat perkara-perkara berikut: ◦ Apa yang dikatakan oleh guru atau pelajar? ◦ Apa yang dilakukan oleh guru atau pelajar? ◦ Apakah tugas-tugas yang diberikan kepada pelajar-pelajar dan muka surat buku teks yang diguna? Gunakan singkatan untuk perkataan yang sentiasa digunakan (contohnya: P untuk pelajar. Adalah dicadangkan muka surat catatan dibahagikan kepada dua untuk catatan yang berlainan. G untuk guru). Semak nota-nota yang dibuat selepas pemerhatian untuk membetulkan kesilapan yang dibuat atau untuk membuat komen. Bezakan catatan yang menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku dan tafsiran yang dibuat mengenai sesuatu situasi.

rational dan sejarah sesuatu program atau dasar. Dokumen boleh membekalkan maklumat yang berkaitan dengan isu atau masalah yang diselidiki. Dalam pelaksanaan analisis.(5) Meninjau dan Mengutip Bahan-bahan Dokumen    Tujuan meninjau dokumen adalah untuk mengutip data atau makiurnat yang berguna dari dokumen-dokumen yang dikaji. kita dapat tahu tentang data yang sudah ada dan . Ia merupakan bahan yang penting untuk memahami tujuan.

dan  Bab-bab dalam buku teks yang dikaji.  Kertas peperiksaan dan ujian.  Minit mesyuarat panitia.Dokumen-dokumen yang boleh digunakan.  Laporan kurikulum.  Bahan-bahan dokumen bergambar/foto  . Sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran.  Contoh kerja pelajar.

Contohnya: ◦ Adakah pelajar-pelajar bekerja dalam kumpulan atau berseorangan ? Kedudukan guru dan sikapnya semasa bercakap atau bekerja dengan pelajarpelajar.  Corak organisasi sosial dalam bilik darjah. ◦ Sesetengah daripada bukti bergambar hanya boleh dikutip dengan bantuan seorang pemerhati tetapi .  Susunan meja kerusi di bilik darjah.Gambar-gambar dapat memberi gambaran sesuatu situasi dengan jelas. Contohnya gambar-gambar dapat menunjukkan:  Gambar/foto cara-cara pelajar-pelajar menjalankan sesuatu tugasan dalam bilik darjah. Apa yang berlaku di bilik darjah tanpa pengetahuan atau mendapat perhatian dari guru.

 Penggambaran video dapat mengesan data-data yang berupa perlakuan guru.  .  Rakaman Pita juga berguna untuk mengukur dan menilai kegiatan seseorang individu atau kumpulan dalam sesuatu aktiviti.  Transkrip perbualan pelajar-pelajar merupakan petunjuk yang berkesan untuk menilai kefahaman pelajar-pelajar mengenai pemahaman sesuatu konsep.(6) Membuat Rakaman Pita Video Dan Transkrip Penggambaran video untuk Kajian Tindakan memerlukan bantuan seorang rakan kajian (research partner) untuk melaksanakan sesi penggambaran. perlakuan pelajar atau fakta-fakta lain yang gagal dikesan oleh guru.

 . pilih bahagian yang penting kepada persoalan kajian dan membuat transkrip yang lengkap.  Daripada nota ringkas.Cadangan Untuk Membuat Transkrip Dengar segala rakaman untuk mendapatkan gambaran menyeluruh.  Dengar rakaman untuk kali kedua dan buat nota ringkas dan catatkan nombor pada kaunter tape/pita supaya mudah membuat rujukan sernula.

(7) Menulis Diari   Catatan diari adalah satu cara yang penting untuk mengutip data dalam Kajian Tindakan. Terdapat dua jenis catatan dairi: diari guru dan diari pelajar. Contohnya. ◦ Dalam amalan catatan diari. Kita boleh menggunakan cara tersendiri untuk catatan diari. tinggalkan margin yang leas untuk merekodkan segala perubahan. perasaan. selepas sesuatu pengajaran yang satu strategi khas telah digunakan atau selepas bermesyuarat dengan kelas yang bermasalah. tindakan. Berikut adalah panduan untuk menulis diari: ◦ Catatan diari hares sentiasa dilakukan. hipotesis dan penyelesaian sesuatu situasi boleh dibuat. Catatan mengenai pemerhatian. tambahan nota atau .

tajuk kecil dan gariskan bahagian-bahagian penting untuk menyenangkan silang rujukan. Analisis catatan yang dilakukan akan membantu dalam rancangan tindakan susulan Perbincangan catatan diari dengan seorang rakan . salinan dokumen. lokasi. responden. Catatan diari harus ada tajuk besar. kerja pelajar dan lain-lain boleh dilekat dalam diari untuk rujukan. Maklumat tentang masa.Setiap catatan diari mesti ada:        Tarikh peristiwa berlaku dan tarikh catatan dibuat. Dari semasa ke semasa analisis catatan diari hares dilakukan untuk mengetahui sama ada isu kajian itu dapat dijawab melalui data yang dikutip dan apakah data yang masih perlu dikutip. Bahan-bahan penting seperti gambar. fokus kajian dan lain-lain yang penting kepada kajian.

Catatan pelajar akan memberi pandangan yang berbeza daripada pandangan guru mengenai isu yang sama. Catatan diari pelajar juga membekalkan guru dengan maklum balas yang ikhlas untuk mengetahui tentang suasana bilik darjah dan kemajuan pelajar-pelajar. pelajar-pelajar akan menulis tentang guru-guru secara bebas sekiranya mereka percaya pada .Catatan Diari Pelajar     Catatan diari pelajar merupakan sumber yang menarik sebagai data atau makiumat. Walau bagaimanapun.

ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian. dokumentasi ataupun catatan dairi seseorang. Pengkaji perlu berhubung melakukan hubungan "face-to-face"  .  Seringkala dalam kajian.(8) Temubual Temubual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana is membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam.

peserta-peserta yang penting ditemubual adalah 1. 3. pemerhati yang turut serta dalam kajian. Misalnya.Dalam Kajian Tindakan. rakan sejawat yang sesekolah. murid-murid sekolah.  Mereka perlu ditemubual untuk mengetahui perasaan dan pendapat serta sikap mereka terhadap kajian dan tindakan yang diambil. apabila pengkaji ingin mengetahui perasaan pelajar-pelajar secara mendalam . penolong kanan) dan 5. pihak pentabir sekolah (contohnya: guru besar. 4. guru-guru yang mengajar matapelajaran yang sama. 2.

(b) Seseorang itu biasanya lebih suka bercakap daripada menulis. . (e) Responden tidak dapat membetulkan semula jawapan yang telah diberikan terdahulu jika soalan yang berikutnya boleh mendorong responden mengubahsuai jawapan yang telah diberikan. (c) Mudah bagi penyelidik menerangkan tujuan sesuatu soalan untuk mendapat jawapan yang tepat daripada responden. (d) Keikhlasan seseorang responden memberi jawapan dapat dilihat daripada perbincangan berdepan.Kebaikan Menjalankan Temu bual (a) Sesuai bagi responden yang tidak boleh membaca atau yang mempunyai kecerdasan yang terhad.

(b) Sediakan rangka soalan dengan teratur dan komen-komen yang boleh meransang responden mengeluarkan maklumat (c) Tentukan cara mencatat jawapan yang diberikan. .Perancangan untuk Menemu Bual (a) Tentukan tujuan dan maklumat yang hendak diperolehi daripada responden.

Perkara yang Dititikberatkan Semasa membuat Temubual (a) Mendapatkan kerjasama daripada kumpulan atau orang perseorangan yang ditemubual. (b) Mengemukakan soalan-soalan yang menarik dan yang boleh meransang responden member komen dan penerangan (c) Alat yang digunakan merakam jawapan sepatutnya tidak mengalih perhatian responden. . Oleh itu penyelidik perlu memupuk hubungan baik dengan responden. Ini memerlukan kemahiran dan kesenian seseorang.

Walau apa cara pun. . penyelidik harus membuat berapa latihan. adalah baik jika penilaian dibuat selepas temubual dijalankan atau seIepas mendengar semula rakaman yang dibuat. (c) Penemu bual mungkin tidak perlu mencatat jawapanjawapan yang diberikan oleh responden tetapi membuat penilaian terhadap pendapat mereka. Cara pertama boleh member catatan yang lengkap tetapi boleh mengganggu responder sementara cara kedua boleh memberi kesan sebaliknya. (b) Catatan jawapan boleh dibuat secara serentak atau selepas temubual dilakukan. Kedua-dua cara mempunyai kebaikan dan kelemahan. Dalam hal ini.CARA MENCATAT ATAU MERAKAM JAWAPAN (a) Menggunakan alat rakaman yang boleh mengekalkan keaslian jawapan responden seperti memperdengarkan nada suara seseorang samada beremosi atau tidak.

Jenis-jenis Teknik Temubual
Lazimnya, terdapat dua teknik temubual iaitu temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur.  Teknik Temubual Berstruktur  Teknik Temubual Tidak Berstruktur

Teknik Temubual Berstruktur
Temubual berstruktur adalah aktiviti perbualan dan soaljawab di mana bentuk dan kandungan soalansoalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu sahaja. Misalnya, satu sin soalan yang bertujuan mendapatkan maklumat tentang cara guru membetulkan kesilapan ejaan pelajar dibentuk atau gubah terlebih dahulu agar pengkaji dapat menyoal peserta atau respondan secara sistematik. Contohnya:  adakah anda membetulkan semua kesilapan ejan pelajar  adakah anda pernah mendenda pelajar yang membuat kesilapan ejaan ?  jika ada, apakah denda yang anda gunakan ?  siapakah pelajar yang selalu didenda ?

Teknik Temubual Tidak Berstruktur
Temubual tidak berstruktur merupakan aktiviti perbualan dan soaljawab yang mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapatkan faktafakta tertentu. Soalan-soalan terbuka (openended questions) dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperolehi dan peserta atau respondan. Contohnya:  adakafi apa-apa yang anda hendak beritahu kepada kami  apakah perasaan anda pada masa itu ?  mengapa anda rasa begitu ?  apakah pandangan atau pendapat anda ?

Adakalanya.  . berbual-bual dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri. Pada masa temubual itu. pengkaji boleh juga melakukan pemerhatian tentang tingkahlaku peserta dan memberi komen serta menyoal secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah disediakan terlebih dahulu.  Temubual tidak berstruktur itu lazimnya diadakan dalam situasi yang tidak formal. peserta boleh meminta penjelasan dan pengkaji ataupun menyoal pengkaji.Kelebihan teknik temubual tidak berstruktur ini adalah is memberi peluang pengkaji meneroka secara mendalam dan memberi kesempatan kepada peserta mengambil masa berfikir.

 Rekod-rekod mengenai tarikh.  Pengkaji boleh juga mengambil masa membuat catatan rengkas kata-kata atau jawapan peserta dan jika perlu transkrip temubual boleh diperolehi kemudian sebagai bahan sokongan kajian temubual yang lebih teliti.  Pengkaji boleh menggunakan rakaman audio kalau pita rakaman itu tidak mengganggu aktiviti atau situasi temubual.Cara Merekod Temubual Semasa mengadakan temubual adalah penting pengkaji mengambil tindakan merekod dialog atau perbualan melalui cara-cara tertentu.  . situasi dan kandungan soalan dan jawapan dalam temubual itu eloklah disimpan dalam diari pengkaji.

(9) Penilaian Kendiri Secara Mendalam Penilaian kendiri secara mendalam penting untuk memberi penjelasan kepada guru tentang kelebihan atau kekurangan yang ada pada guru itu sendiri. lazimnya. Contohnya:  Situasi yang sentiasa berlaku yang tidak boleh difahami.  Situasi yang sentiasa menjadi masalah atau konflik. Proses ini berguna untuk memperolehi isu-isu bermasalah yang sentiasa berlaku. konflik dan sukar difahanii) atau bersifat tafsiran (memberi interpretasi yang tersendiri tenhadap situasi . penilaian kendiri secara mendalam boleh bercorak deskriptif (memberi gambaran tentang situasi yang bermasalah. contohnya dilema. Maka.  Situasi yang anda rasa kurang senang.  Masalah dengan pelajar.

Contoh Penilaian Kendiri Secara Mendalam:         Permasalahan mengajar: Adakah kaedah pengajaran saya dapat rneningkatkan prestasi pelajar? Adakah kaedah saya sesuai? Adakah persediaan yang dibuat mencukupi? Adakah pelajar saya memberi perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran? Adakah pelajar saya melibatkan din i secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Adakah objektif pengajaran saya tercapai? Bagaimana saya boleh mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran?. .

Penggambaran video dapat mengesan data-data yang berupa perlakuan guru. Rakaman Pita juga berguna untuk mengukur dan menilai kegiatan seseorang individu atau kumpulan dalam sesuatu aktiviti. Transkrip perbualan pelajar-pelajar merupakan petunjuk yang berkesan untuk menilai kefahaman pelajarpelajar mengenai pemahaman sesuatu konsep. perlakuan pelajar atau fakta-fakta lain yang gagal dikesan oleh guru.(10) Membuat Rakaman Pita Video Dan Transkrip  Penggambaran video untuk Kajian Tindakan memerlukan bantuan seorang rakan kajian (research partner) untuk melaksanakan sesi penggambaran. .

Cadangan Untuk Membuat Transkrip Dengar segala rakaman untuk mendapatkan gambaran menyeluruh.  . pilih bahagian yang penting kepada persoalan kajian dan membuat transkrip yang lengkap.  Daripada nota ringkas.  Dengar rakaman untuk kali kedua dan buat nota ringkas dan catatkan nombor pada kaunter tape/pita supaya mudah membuat rujukan sernula.

.UKURAN SAHSIAH  Terdapat dua jenis ukuran sahsiah: ukuran langsung yang menggunakan inventori dan ukuran tak langsung yang menggunakan teknik projektif.

Inventori ini digunakan oleh pelajar untuk melaporkan masalah penyesuaian. dan kecenderungan tidak  . Satu contoh inventori sahsiah ialah senarai semak masalah kewangan. inventori ini mempunyai kelemahan dan segi memberi kemudahan kepada pelajar melaporkan reaksi mereka secara objektif dan tepat.Ukuran langsung Ukuran langsung merupakan laporan yang diberi secara langsung oleh seseorang terhadap corak sahsiahnya.  Jawapan yang diberikan bukan sahaja dapat menggambarkan masalah penyesuaian yang mereka hadapi tetapi juga memberi markah yang menunjukkan tahap kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam penyesuaian itu. Kelemahan pelajar dalam mengenal diri sendiri.  Walau bagaimanapun. pengaruh emosi.  Setiap individu akan menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Inventori ini juga terdiri daripada beberapa kemungkinan masalah yang dikelaskan kepada beberapa kategori dan pelajar dikehendaki memilih kategori yang menjadi masalah mereka.

Dengan cara ini seseorang responden akan menjawab secara jujur terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.Teknik projektif Teknik projektif cuba merahsiakan tujuan soalan yang dikemukakan.  .  Ujian-ujian seperti Rorschach's inkblot dan Rosenzeweig's Picture-Frustration merupakan contoh-contoh teknik projektif.  Dalam kedua-dua ujian itu reaksi individu terhadap gambar dan simbol akan menunjukkan sahsiah mereka.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->