You are on page 1of 5

POLISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) YANG MENYOKONG PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH ARUS PERDANA ________________________________________________________________

KOD KURSUS : HBEF3503 TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF SEMESTER : JANUARI 2013

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

SITI LORENA BINTI EDMUND 720917125282001 720917-12-5282 0198089621 sitilorenaedmund@yahoo.com

Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang Menyokong Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Arus Perdana

PENDAHULUAN Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Melalui Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) telah mentafsirkan sebagai merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Golongan ini dikenali sebagai golongan berkeperluan khas dan berhak untuk mendapat pendidikan mengikut keupayaan masing-masing. Di atas dasar pendidikan wajib maka Pendidikan Inklusif ini diwujudkan agar semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas diwujudkan untuk memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas yang telah dikenal pasti mempunyai kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, masalah pembelajaran, kurang upaya fizikal dan kurang upaya pelbagai di peringkat prasekolah, rendah, menengah dan lepas menengah.

Pendidikan bagi murid berkeperluan khas dilaksanakan di sekolah pendidikan khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif. Di peringkat menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan berasaskan akademik atau vokasional bagi murid berkeperluan khas.

PERNYATAAN DASAR 1. Memastikan murid berkeperluan khas diberi peluang untuk mendapat akses kepada pendidikan yang sesuai dan relevan. 2. Memastikan program pendidikan bagi murid berkeperluan khas sesuai dan relevan dengan kebolehan masing-masing agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti. 3. Memastikan murid berkeperluan khas yang berpotensi diberi peluang untuk ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua.

STRATEGI PELAKSANAAN 1. Menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti, relevan dan sesuai untuk murid berkeperluan khas. 2. 3. Menyediakan lebih banyak peluang dalam bidang kemahiran dan vokasional. Menyediakan peluang yang sama kepada murid berkeperluan khas berpotensi untuk cemerlang dalam kelas arus perdana. 4. Melaksanakan intervensi awal bagi kanak-kanak berkeperluan khas dari peringkat prasekolah atau perkhidmatan di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK).

Rujukan

Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Biasa Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.