You are on page 1of 6

Fax : 06-2810416

Kelab Reka Cipta SMK Tinggi St. David Bukit Baru, 75150 Melaka ______________________________________________________________________________ Tarikh Kepada, Pengetua SMK Tinggi St. David 75150 Melaka Tuan, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET PERINGKATAN SEKOLAH 2010 : 20 JUN 2010

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


2. Kelab Reka Cipta SMK Tinggi St David akan mengadakan satu pertandingan tersebut seperti di atas di peringkat sekolah seperti ketetapan berikut : 3. Tarikh Masa Tempat : 27 JUN 2010 (Sabtu) : 8.00 pagi 12.30 tgh : Padang Sekolah SMK Tinggi St. David

4. Tujuan mengadakan pertandingan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap pembinaan reka bentuk roket botol air , memupuk kreativiti dan sikap kerjasama antara pelajar. Dengan ini kami ingin menyampaikan 6 buah plak dan sijil sekolah kepada 6 orang pemenang (2 orang sekumpulan) . 5. Kami berharap permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan tuan/puan . Atas kerjasama dan jasa baik tuan/puan, kami merakamkan setinggi-tinggi terima kasih. Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, ___________________________ (KOK SEE MAI)

Guru Penasihat Kelab Reka Cipta

Panitia Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St. David Bukit Baru, 75150 Melaka ______________________________________________________________________________ Rujukan Kami : Tarikh : 30 Julai 2008 Kepada, Pengetua SMK Tinggi St. David 75150 Melaka Tuan, MEMOHON MENGADAKAN CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN BM SPM Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk. 2. Panitia BM ingin mengadakan Ceramah Teknik Menjawab Soalan SPM Bahasa Malaysia Kertas 1 kepada pelajar tingkatan 5. Antara objektif ceramah-ceramah tersebut adalah supaya pelajar: a) mengetahui cara-cara yang betul untuk menjawab soalan-soalan BM dalam SPM; b) meningkatkan keyakinan pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek BM; 3. Berikut ialah butir-butir berkaitan dengan ceramah tersebut: Tarikh Masa Tempat Sasaran Penceramah 31.11.08 (Khamis) 12.00 2.00 petang Dewan Sekolah 5S1 hingga 5A1* Pn. Noorulain bt Muhidin

* Pelajar 5A2 dan 5A3 akan diberi bimbingan dalam kumpulan kecil oleh guru-guru BM kita 4. Kami meminta sedikit sumbangan daripada pihak sekolah sebagai penghargaan kepada penceramah kami Pn. Noorulain bt Muhidin. Atas kerjasama dan timbang rasa yang diberikan, kami merakamkan setinggi-tinggi terima kasih. Sekian terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, _______________ Kelab Guru dan Staf Sokongan SMK Tinggi St. David

Bukit Baru, 75150 Melaka ______________________________________________________________________________ Rujukan Kami STSD/KG/08(2) Tarikh 2008 Kepada, Pn Puteh Shaharizan bt Shari Pengerusi PIBG SMK Tinggi St. David 75150 Melaka Puan, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK JAMUAN AKHIR TAHUN SEK. MEN. KEB. TINGGI ST. DAVID Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk. 2. Kelab Guru dan Staf Sokongan SMK Tinggi St David akan mengadakan Jamuan Akhir Tahun untuk Semua Guru dan Staf Sokongan SMK Tinggi St David pada 23 Oktober 2008 (Khamis) di Hotel Straits Meridian pada pukul 12.40 t/hari. 3. Atas usaha para guru, sekolah ini telah mencapai kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum. Sebagai tanda penghargaan kepada jasa guru-guru di sekolah ini, kami berharap PIBG boleh memberi sumbangan sebanyak RM 500.00 untuk menampung sebahagian perbelanjaan Jamuan Akhir Tahun yang akan berlangsung pada hari berkenaan. 4. Kami berharap permohonan kami akan diluluskan demi menaikkan lagi semangat guruguru dan staf sokongan di sekolah ini. Atas kerjasama dan timbang rasa yang diberikan, kami merakamkan setinggi-tinggi terima kasih. Sekian terima kasih. : 24 SEPTEMBER :

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas, ______________ (KOK SEE MAI) Setiausaha Kelab Guru dan Staf Sokongan SMK Tinggi St David.

Kelab Guru dan Staf Sokongan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St. David Bukit Baru, 75150 Melaka ______________________________________________________________________________ Rujukan Kami STSD/KG/08(1) Tarikh Kepada, Pn Puteh Shaharizan bt Shari Pengerusi PIBG SMK Tinggi St. David 75150 Melaka Puan, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK HARI GURU Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk. 2. Kelab Guru dan Staf Sokongan SMK Tinggi St David akan mengadakan perayaan Hari Guru pada 16 Mei 2008 (Jumaat). Atas usaha para guru, sekolah ini telah mencapai kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum. Sebagai tanda penghargaan kepada jasa guru-guru di sekolah ini, kami berharap PIBG boleh memberi sumbangan sebanyak RM 600.00 untuk menampung sebahagian perbelanjaan jamuan Hari Guru yang akan berlangsung pada pukul 11.00 pagi pada hari berkenaan. 3. Kami berharap permohonan kami akan diluluskan demi menaikkan lagi semangat guru guru di sekolah ini. Atas kerjasama dan timbang rasa yang diberikan, kami merakamkan setinggi-tinggi terima kasih. : 6 APRIL 2008 :

Sekian terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, _______________ (TAN CHEE TAT) Pengerusi Kelab Guru dan Staf Sokongan SMK Tinggi St David.

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St. David Bukit Baru, 75150 Melaka ______________________________________________________________________________ Rujukan Kami STSD/UBK/370/01(9) Tarikh Kepada, Pengetua SMK Tinggi St. David 75150 Melaka Tuan, MEMOHON MENGADAKAN CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN BM SPM Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk. 2. Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tinggi St David dengan kerjasama panitia BM ingin mengadakan Ceramah Teknik Menjawab Soalan SPM Bahasa Malaysia Kertas 1 dan Kertas 2 kepada pelajar tingkatan 5. Antara objektif ceramah-ceramah tersebut adalah supaya pelajar: c) mengetahui cara-cara yang betul untuk menjawab soalan-soalan BM dalam SPM (kertas 1 dan kertas 2); d) meningkatkan keyakinan pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek BM (kertas 1 dan 2). 3. Berikut ialah butir-butir berkaitan dengan ceramah tersebut: : 5 OKTOBER 2007 :

BM Kertas 1 BM Kertas 2 Tarikh 8.10.07 (Isnin) 9.10.07 (Selasa) Masa 12.40 2.30 petang 12.40 2.30 petang Tempat Dewan Sekolah Dewan Sekolah Sasaran 5S1 hingga 5A1* 5S1 hingga 5A1 Pencerama Pn. Aini bt. Hassan Tn. Hj. Samat bin Buang h (SMK Klebang Besar) (SMK Klebang Besar) * Pelajar 5A2 dan 5A3 akan diberi bimbingan dalam kumpulan kecil oleh guru-guru BM kita 4. Bayaran setiap penceramah ialah RM100.00 (2 penceramah = RM200.00). Kami berharap permohonan kami akan diluluskan demi kebaikan pelajar kita. Atas kerjasama dan timbang rasa yang diberikan, kami merakamkan setinggi-tinggi terima kasih. Sekian terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, _______________ (TAN CHEE TAT) Guru Kaunseling, SMK Tinggi St David.