You are on page 1of 1

Profesor Mohd Tajuddin Abdullah Dekan Pusat Pengajian Pra Universiti Universiti Malaysia Sarawak 94300 Kota Samarahan

Tuan, Permohonan untuk Mendapat Bayaran Saguhati bagi Demonstrator Makmal Semester 1, Sesi 2010/2011 Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk. Merujuk kepada surat lantikan (no. rujukan UNIMAS/TNC(AA)-13/10-01(34)) bertarikh 13 Mei 2010, tiada bayaran yang akan diberikan kerana kami masih menerima biasiswa. Walaubagaimanapun, kami difahamkan bahawa demonstrator yang masih dibiayai biasiswa Zamalah UNIMAS boleh menuntut bayaran saguhati selepas 5 jam berkhidmat tanpa bayaran bagi setiap kursus yang diajar. Oleh itu, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk meluluskan permohonan kami. Kerjasama, perhatian, pertimbangan dan kelulusan dari pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, Nur Sara Shahira Binti Abdullah (08021369) Jasmina Binti Majit (09021437)