You are on page 1of 11

ISI KANDUNGAN MUKA BIL 1 PENGENALAN TAJUK SURAT 2

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME - TEORI PERLAZIMAN KLASIK PAVLOV - TEORI PELAZIMAN KLASIK JOHN B. WATSON - TEORI PERLAZIMAN OPERAN THORNDIKE - TEORI PERLAZIMAN OPERAN SKINNER

2 3 3 3 4

APLIKASI PRINSIP ASAS TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME DALAM BILIK DARJAH - PRINSIP PENEGUHAN OLEH SKINNER - PRINSIP CUBA OLEH THORNDIKE - PRINSIP PELAZIMAN KLASIK PAVLOV 5 5-6 6

CONTOH SPESIFIK PRINSIP PEMBELAJARAN BEHAVIORISME - PRINSIP PENEGUHAN OLEH SKINNER - PRINSIP CUBA JAYA OLEH THORNDIKE - PRINSIP RANGSANGAN-GERAK BALAS OLEH PAVLOV 7-8 8-9 9-10 10 11

5 6 7

KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN

PENGENALAN

Teori pembelajaran membawa maksud yang berbeza berdasarkan beberapa orang tokoh. Berdasarkan tokoh ( Slavin, 1997 ; Mazur, 1990, Rocklin, 1987 ), mereka mendifinisikan pembelajaran sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman. Tokoh seterusnya iaitu Stalling (1973 ) pula berpendapat bahawa pembelajaran berlaku berdasarkan kepada tiga kriteria yang penting iaitu pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku, pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran serta pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. Seterusnya, Crow dan Crow ( 1983 ) pula mendefinisikan pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan definisi-definisi pembelajaran daripada beberapa orang tokoh di atas ialah, pembelajaran merupakan perubahan dari aspek tingkah laku, pemikiran atau kognitif dan emosi. Perubahan kesemua aspek ini melibatkan pendedahan kepada pengalaman dan persekitaran yang dilalui oleh seseorang individu contohnya pelajar.. TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIOURISME Teori pembelajaran behaviourisme adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang dipengaruhi oleh pengalaman. Teori ini juga menekankan kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur sebagai contoh tingkah laku pelajar dapat diubah dari tingkah laku negetif kepada tingkah laku positif serta berterusan positif melalui pelbagai rangsangan dan seterusnya mampu menghasilkan gerak balas sehingga berlakunya proses pembelajaran. Terdapat beberapa orang ahli psikologi yang terkenal dengan teori pembelajaran behaviourisme. Antaranya ialah Pavlov, Watson, Thorndike dan Skinner.

TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Teori pelaziman klasik yang diperkenalkan oleh Pavlov iaitu seorang ahli behaviourisme yang pernah memenangi hadiah Nobel pada tahun 1904 menyatakan bahawa tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang berlaku dengan wujudnya ransangan. Rangsangan ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang boleh menimbulkan gerak balas. Manakala gerak balas pula bermakna apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Kaitan antara rangsangan dan gerak balas ini akan mewujudkan tingkah laku yang terlazim dan menghapuskan tingkah laku yang negetif. TEORI PELAZIMAN KLASIK WATSON J. B. Watson ( 1878-1958) , seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat iaitu orang pertama yang mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia. Watson telah membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Mengikut Watson terdapat tiga jenis emosi semula jadi yang mempengaruhi pembelajaran iaitu takut, marah, dan kasih sayang. Semua emosi ini dipelajari melalui proses pelaziman. TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE Ahli behavioris yang pertama mengemukakan konsep pelaziman operan ialah E. L. Thorndike. Thorndike telah memperkenalkan pembelajaran secara kaedah cuba jaya . Di dalam proses cuba jaya ini, latihan dilakukan secara berulang-ulang. Walupun gerak balas yang salah dihasilkan pada peringkat permulaan tetapi akan semakin berkurangan dan perhubungan di antara rangsangan dengan gerak balasnya akan semakin bertambah kukuh. Mengikut Thorndike, hubungan antara rangsangan dan tindak balas bergantung kepada bilangan latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

Seorang ahli psikologi yang mendapat ijazah kedoktoran PHD dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard iaitu B. F Skinner ( 1904 ) telah mengkaji teori-teori behaviorisme yang diperkenalkan oleh ahli-ahli behavioris yang terdahulu. Menurut beliau apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang untuk mengulang tingkah laku ini akan bertambah. Menurut Skinner juga, gerak balas boleh diperkuatkan atau dihapuskan jika diberi peneguhan sebaik sahaja gerak balas ditunjukkan. Peneguhan yang boleh diberi adalah peneguhan positif atau peneguhan negetif. Manakala cara untuk melemahkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini adalah melalui kaedah dendaan. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak akan membuat tugasan yang diberi jika disertakan ganjaran, maka kanak-kanak itu akan mengulangi lagi tingkah laku tersebut. Sebaliknya, jika kanak-kanak tersebut tidak diberi apa-apa ganjaran, maka kemungkinan kanak-kanak tersebut mengulang tingkah laku tersebut adalah rendah.

APLIKASI 3 PRINSIP ASAS TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME DALAM BILIK DARJAH.

PRINSIP PENEGUHAN OLEH SKINNER Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan diulangi. Menurut Skinner peneguhan boleh berupa positif atau negetif. Peneguhan positif berperanan sebagai ganjaran yang mendorongkan individu melakukan gerak balas yang dikehendaki secara berulang-ulang. Peneguhan positif juga boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu lingkah laku operan seperti pujian, penghargaan dan hadiah. Manakala peneguhan negetif pula berfungsi sebagai sesuatu yang dipindahkan atau dihapuskan dengan bertujuan untuk menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Selain itu, peneguhan negetif juga boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tindakan operannya kurang sesuai. Contohnya bapa memarahi anaknya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Tindakan membuat kerja sekolah tersebut dapat mengelakkan dari rangsangan yang tidak diingini iaitu dimarahi bapa. Jika anak tersebut tidak diberi peneguhan negetif iaitu dimarahi oleh bapanya, anak tersebut tidak akan menyiapkan kerja sekolah dan begitulah sebaliknya. PRINSIP CUBA JAYA OLEH THORNDIKE Melalui prinsip cuba jaya yang diperkenalkan oleh Thorndike ini, kita sebagai guru boleh memberi latihan yang dilakukan secara berulang-ulang kepada pelajar. Reaksi awal yang diterima oleh guru pada peringkat awal mungkin salah, tetapi lama kelamaan akan semakin berkurangan dan hubungan di antara rangsangan dengan gerak balasnya akan semakin bertambah kukuh. Gerak balas yang ditunjukkan oleh pelajar boleh dikuatkan atau dihapuskan jika pemberian ganjaran yang sesuai dengan kehendak pelajar diberikan bagi mendorong pelajar lebih bersedia bagi menjalankan proses pembelajaran pada masa akan datang. Prinsip ini boleh digunakan untuk mata pelajaran yang memerlukan banyak latihan seperti matematik dan sains.

Melalui prinsip ini juga, Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang dikenali sebagai hukum pembelajaran. Hukum tersebut ialah hukum kesediaan yang merangkumi kesediaan psikomotor, efektif dan kognitif. Seterusnya ialah hukum latihan iaitu pengunaan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan yang terakhir ialah hukum kesan iaitu kesan yang dapat memberikan sesuatu yang positif untuk menggalakkan proses antara rangsangan dan gerak balas. PRINSIP PELAZIMAN KLASIK PAVLOV Pembelajaran melalui prinsip pelaziman klasik ini mempunyai kaitan antara rangsangan dan gerak balas. Rangsangan ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan antara rangsangan dan gerak balas dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Di dalam bilik darjah, pelajar boleh menghasilkan pelbagai tindak balas. Antaranya, pelajar boleh menghasilkan tindak balas berdasarkan rangsangan yang sama iaitu generalisasi, bertindak balas pada rangsangan yang tertentu sahaja iaitu diskriminasi atau pun menghasilkan rangsangan terlazim yang tidak disertai rangsangan tidak terlazim iaitu penghapusan.

CONTOH SPESIFIK PRINSIP PEMBELAJARAN BEHAVIORISME DALAM BILIK DARJAH

PRINSIP PENEGUHAN OLEH SKINNER Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tumpuan dan reaksi yang baik dari pelajar adalah amat penting untuk memastikan segala yang dirancang akan berjalan lancar. Sebagai guru kita boleh memberikan peneguhan kepada pelajar. Semasa mengajar mata pelajaran matematik untuk tajuk wang. Saya akan memulakan pengajaran dengan set induksi bagi mengorientasikan fikiran dan perhatian pelajar kepada apa yang hendak diajar. Seterusnya, saya akan menyampaikan isi pelajaran iaitu wang. Saya telah membawa bahan bantu belajar iaitu contoh wang kertas dan syiling yang besar daripada saiz biasa agar pelajar dapat melihat dengan lebih jelas. Di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar diajar untuk mengetahui nilai-nilai bagi setiap wang iaitu wang mana yang mempunyai nilai yang besar dan kecil serta kegunaan wang dalam kehidupan seharian. Untuk memberi lebih kefahaman kepada para pelajar, saya melakukan aktiviti dengan membahagikan pelajar kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan sejumlah nilai wang dan pelajar diminta mengambil wang yang secukupnya berdasarkan jumlah yang diberikan. Kumpulan yang dapat melakukannya dengan betul akan diberikan peneguhan positif iaitu tepukan dari semua pelajar dan hadiah oleh saya. Sebagai contoh, apabila kumpulan pertama berjaya menyiapkan tugasan yang saya berikan, saya akan berkata Bagus kumpulan kamu, berikan tepukan pada kumpulan mereka. Seterusnya saya akan memberikan hadiah. Cara ini akan mendorong setiap kumpulan untuk melakukan tugasan dengan sebaik mungkin pada masa akan datang. Dalam masa yang sama semasa aktiviti dijalankan, terdapat seorang pelajar lain yang telah membuat bising dan mengganggu pelajar lain. Saya telah menyoal pelajar berkenaan Abu apakah warna wang kertas yang bernilai 5 ringgit? Abu menjawab, Saya tak tahu cikgu. Saya terus membalas, Kamu mungkin tidak melihat semasa saya memberikan penerangan sebentar tadi.

Cara yang saya cuba gunakan untuk mengatasi masalah pelajar tersebut ialah melalui peneguhan negetif. Peneguhan yang diberikan oleh saya tadi mungkin akan mengubah sikap Abu di masa akan datang. PRINSIP CUBA JAYA OLEH THORNDIKE Saya memilih mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk mengaplikasikan prinsip cuba jaya kepada pelajar. Saya akan mengajar kemahiran menyambut dan membaling bola dengan betul. Bagi melihat cara setiap pelajar membaling dan menyambut bola, saya telah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan meminta mereka membuat balingan dan menyambut bola secara cuba jaya. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar. Untuk pusingan yang pertama, 2 orang akan membaling bola dan 2 orang lagi menyambut bola. Pada pusingan yang kedua pula, 2 orang akan menyambut bola dan 2 orang lagi akan membaling bola. Bola mestilah di paling pada aras kepala, dada, sisi kanan dan sisi kiri. Manakala meyambut pula adalah menggunakan kedua-dua belah tangan dan sebelah tangan. Saya akan memberi kebebasan kepada pelajar untuk membaling dan menyambut mengikut kemahiran mereka yang sedia ada. Melalui cara ini, saya telah menggunakan kaedah cuba jaya. Kaedah ini menggalakkan setiap pelajar untuk menghasilkan reaksi dan teknik yang pelbagai untuk membaling dan menyambut bola dengan betul dan cekap. Apabila setiap kumpulan habis melakukan balingan dan menyambut bola, barulah giliran saya menunjukkan cara-cara atau teknik untuk membaling dan menyambut bola dengan betul. Di samping itu, saya meminta semua pelajar agar melihat bagaimana saya membuat balingan dan menyambut bola. Saya telah membuat demonstrasi membaling bola dari aras kepala, kaki, sisi kiri dan sisi kanan. Seterusnya, saya juga telah menunjukkan cara-cara untuk menyambut bola dengan menggunakan sebelah dan kedua-dua belah tangan. Setelah saya selesai melakukan demonstrasi, saya telah mengajukan beberapa soalan kepada pelajar. Adakah cara saya membaling bola sama

dengan cara kamu membaling bola? Melalui soalan itu, pelajar dapat melakukan penilaian tentang kemahiran atau teknik manakah adalah teknik yang betul. Setelah mereka melakukan banyak kali percubaan dalam menyambut dan membaling bola, mereka dapat mengetahui teknik-teknik yang betul. Setiap kali percubaan dilakukan, pelajar akan cuba meningkatkan cara yang dilakukan agar lebih baik dan betul dari cubaan yang sebelumnya. Melalui kaedah cuba jaya yang dilakukan untuk mempelajari kemahiran membaling dan menyambut bola, setiap pelajar akan berpeluang untuk melakukan teknik yang betul. Selepas ini, para pelajar akan mengaplikasikan teknik membaling dan menyambut bola dengan betul apabila terlibat dalam permainan seperti bola baling dan bola jaring. PRINSIP RANGSANGAN DAN GERAK BALAS OLEH PAVLOV Kaedah rangsangan dan gerak balas menurut Teori Pelaziman Klasik Pavlov amat sesuai untuk diaplikasikan untuk mengajar mata pelajaran matematik. Subjek matematik memerlukan latihan secara berterusan agar tahap kefahaman pelajar akan sentiasa baik. Untuk mengajar subjek matematik, saya telah menggunakan prinsip rangsangan dan gerak balas. Saya cuba mewujudkan rangsangan kepada pelajar melalui pendekatan pengajaran yang saya gunakan, iaitu menghafal sifir secara beramai-ramai. Bagi memudahkan pelajar mengingati sifir dengan cepat dan mudah, saya telah menyuruh semua pelajar membaca satu sifir semasa beratur untuk masuk ke kelas. Contohya, Kamu semua sila baca sifir 4 semua pelajar terus membaca sifir 4. Selepas bunyi loceng yang menandakan masuk kelas, pelajar-pelajar akan terus beratur dan membaca sifir. Ini bermakna telah berlaku satu gerak balas berdasarkan satu rangsangan. Gerak balas yang dimaksudkan ialah membaca sifir, manakala rangsangan yang terlibat ialah loceng. Setiap hari pelajar akan membaca sifir apabila mendengar bunyi loceng untuk masuk ke kelas sambil beratur. Saya akan memastikan setiap pelajar

dapat mengingati sifir yang di baca melalui soalan. Saya akan mengajukan soalan mengenai sifir yang di baca kepada pelajar dengan mengedarkan kertas soalan yang mengandungi soalan-soalan mengenai sifir yang di baca pada hari tersebut agar apa yang telah diingati akan terus berkekalan, Soalan-soalan latihan yang diberikan dapat mengukuhkan lagi pelaziman yang dilakukan. Secara tidak langsung tingkah laku ini akan menjadi tingkah laku yang terlazim kepada para pelajar. Setiap kali mendengar bunyi loceng, mereka akan membaca sifir. Pelajar juga dapat mengingati sifir dengan cepat. mudah dan

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, teori pembelajaran Behaviourisme menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata dan dapat diukur. Proses pembelajaran yang dilalaui oleh seseorang bermula sejak dari dilahirkan sehingga akhir hayat. Pemebelajaran adlah seiring dengan tumbesaran. Prinsip peneguhan oleh Skinner, prinsip cuba jaya oleh Thorndike dan gerak balas terhadap rangsangan oleh Palov merupakan prinsip-prinsip yang dapat diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar proses tersebut akan lebih berkesan dan berjaya.

RUJUKAN

10

Ee. A.M. ( 2003 ). Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas Semester 1. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamaruddin Haji Husin. ( 1993 ). Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi Dalam Bilik Darjah. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Mok, S.S. ( 2002 ). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Omardin Ashaari. ( 1999 ). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2006). Psikologi Pendidikan. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

http://cogsci.bandungfe.net/csfp/art/010302.htm. Dilayari pada 29 Mac 2006.

11