You are on page 1of 11

JURNAL

PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 5 MEMBINA SIRATAN MAKANAN MELALUI KAEDAH PETA MINDA Emiedilia Lidem akuikohkayan@gmail.com Zaliha binti Musa zytemys@yahoo.com Abstrak
Objektif kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 membina siratan makanan melalui kaedah peta minda. Kumpulan sasaran adalah seramai lima orang murid Tahun 5, terdiri daripada dua orang murid perempuan dan tiga orang murid lelaki. Strategi peta minda yang saya telah gunakan dimulakan dengan langkah demonstrasi membina peta minda dan siratan makanan oleh saya sendiri; diikuti dengan murid membina peta minda dan siratan makanan secara terbimbing; kemudian murid membina peta minda dan siratan makanan tanpa bimbingan saya dan diakhiri dengan murid membina peta minda dan siratan makanan secara latih tubi. Data telah dikumpulkan menggunakan tiga set lembaran kerja dan melalui pemerhatian yang dicatatkan dalam nota lapangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran murid dalam membina siratan makanan telah meningkat kecuali Safaruddin yang mendapat markah 10/12. Sungguhpun begitu, hasil kerja Safaruddin didapati lebih kemas berbanding sebelum tindakan dilaksanakan. Tingkah laku Zami juga telah berubah kepada berfikir sebelum membina siratan makanan dan menyemak semula hasil kerjanya berbanding sebelumnya Zami adalah murid yang gopoh. Maka, kaedah peta minda telah membantu mereka membina siratan makanan secara lebih sistematik. Dapatan kajian ini juga menunjukkan usaha saya untuk membaiki amalan pengajaran pembelajaran sendiri telah turut memperkembangkan kemahiran saya dalam mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sesuai untuk semua murid.

Hjh Rosidah binti Abdollah rosidah.abdollah@ipgmktar.edu.my

PENDAHULUAN Konteks Kajian Pada praktikum Fasa Tiga, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sukun, Serian. Bukit-bukau nan menghijau menyegarkan mata memandang menjadikan sekolah kelihatan ceria dan harmoni lantas mengingatkan saya kepada sekolah lama yang jauh di pedalaman dan telah ditenggelami oleh bah Empangan Hidroelektrik Bakun. Sekolah ini mempunyai seramai 21 orang guru dan 298 orang murid yang majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu dan Bidayuh. Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Sains Tahun 5. Bilangan murid Tahun 5 adalah seramai 41 orang iaitu terdiri daripada 24 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pada 24 Februari 2012, saya telah memperkenalkan tajuk Food Web dan mengajar tajuk ini menggunakan tayangan video. Murid dapat menceritakan tentang tabiat pemakanan haiwan lantas dapat mengelaskan haiwan kepada haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Justeru, saya meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan tajuk yang baharu iaitu rantai makanan melalui kaedah simulasi. Tujuannya adalah untuk membantu murid memahami dengan lebih baik bagaimana untuk membina rantai makanan. Menurut Shymansky, Kyle dan Allport (2007) di dalam Martin, Sexton, Franklin, Gerlovich dan Mc Elroy (2009), murid yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian mereka, kemahiran berkomunikasi dan mudah faham dengan apa yang dipelajari. Setelah memastikan bahawa murid dapat menguasai tajuk membina rantai makanan, saya yakin bahawa dalam tajuk seterusnya murid dapat membuat dengan lebih baik lagi. Namun demikian, saya mendapati bahawa murid mengalami masalah dalam membina siratan makanan yang lengkap. Murid sering kali melakukan kesilapan yang sama setiap kali membuat latihan membina siratan makanan seperti mengulang semula nama pengguna, menulis semula rantai makanan satu persatu ke dalam siratan makanan dan membina siratan makanan yang tidaklengkap. Pada 29 Februari 2012, saya mengulang semula pengajaran tajuk Siratan Makanan dengan menggunakan gambar yang berwarna. Gambar yang berwarna membantu murid memahami apa yang dipelajari dan

165

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

menarik perhatian mereka dalam mengekalkan tumpuan dan minat semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid mudah mengingati apa yang telah dipelajari dalam bentuk visual yang berwarna. Pernyataan ini disokong oleh Martin, Sexton, Franklin, Gerlovich dan Mc Elroy (2009) bahawa a picture really is worth a thousand words. It provides another mode for learning, and it is helpful for memory retention.... Walaupun saya telah merancang aktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan, saya berasa hairan mengapa kesilapan yang sama sentiasa berulang semasa membina siratan makanan. Contohnya, murid menulis semula rantai makanan satu persatu ke dalam siratan makanan. Hal ini terjadi kerana saya kurang menegaskan cara membina siratan makanan yang lengkap dan betul. Salah satu aspek yang saya kurang tekankan adalah penggunaan nama pengguna sepatutnya hanya ditulis sekali sahaja di dalam siratan makanan. Saya juga kurang menekankan bahawa siratan makanan berakhir dengan satu pengguna sahaja. Bertitik tolak daripada masalah tersebut, terdetik dalam minda saya untuk mengkaji masalah yang dialami murid Tahun 5 supaya mereka boleh membina siratan makanan yang lengkap dan betul. TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH Pada 24 Mac 2012, saya telah mengedarkan Lembaran Kerja 1 kepada lima buah kumpulan tentang membina siratan makanan. Setiap kumpulan perlu menggabungkan rantai makanan yang telah dibina untuk membentuk satu siratan makanan. Menurut Ward, Roden, Hewlett dan Foreman (2005), aktiviti berkumpulan memberi ruang kepada murid-murid untuk belajar bersama-sama dalam menguasai maklumat dan idea. Jadual 1 menunjukkan kumpulan Helium dan Oksigen dapat membina siratan makanan yang lengkap dan betul. Namun demikian, kumpulan Argon, Nitrogen dan Hidrogen mempunyai masalah semasa membina siratan makanan yang lengkap dan betul. Jadual 1: Kesalahan murid semasa membina siratan makanan secara berkumpulan dalam Lembaran Kerja 1
Kumpulan Argon Nitrogen Hidrogen Helium Oksigen Kesalahan Siratan makanan yang tidak lengkap Pengulangan nama pengguna dan siratan makanan yang tidak lengkap Susunan nama tumbuhan dan haiwan Tiada masalah Tiada masalah

Rajah 1 menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan Argon iaitu mengakhiri siratan makanan dengan dua pengguna seperti helang dan musang. Siratan makanan yang lengkap adalah berakhir dengan satu pengguna, iaitu pengguna yang terakhir bagi satu siratan makanan.

Rajah 1 : Jawapan siratan makanan oleh kumpulan Argon dalam Lembaran Kerja 1

Rajah 2 menunjukkan bahawa kumpulan Nitrogen membina siratan makanan dengan mengulang semula nama pengguna seperti tikus sebanyak dua kali dan mengakhiri siratan makanan dengan tiga pengguna iaitu musang, burung hantu dan helang.

166

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Rajah 2: Jawapan siratan makanan oleh kumpulan Nitrogen dalam Lembaran Kerja 1

Rajah 3 menunjukkan kumpulan Hidrogen mempunyai masalah dalam menyusun nama tumbuhan dan haiwan semasa membina siratan makanan.

Rajah 3 : Jawapan siratan makanan oleh kumpulan Hidrogen dalam Lembaran Kerja 1

Apabila mendapati murid mempunyai masalah membina siratan makanan secara berkumpulan, lantas saya telah mengedarkan latihan individu. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti murid yang mempunyai masalah dalam membina siratan yang lengkap. Pada 2 Mac 2012, saya telah mengedarkan Lembaran kerja 3 iaitu murid diminta untuk membina siratan makanan berdasarkan rantai makanan yang telah disenaraikan. Jadual 2 menunjukkan seramai 12 orang murid menulis semula rantai makanan satu persatu ke dalam siratan makanan. Manakala sembilan orang murid mengulang nama pengguna di dalam siratan makanan dan terdapat dua orang murid tidak dapat melengkapkan siratan makanan dengan betul. Jadual 2: Kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa membina siratan makanan secara individu
Kesalahan Jawapan Murid Jumlah murid (orang) Menulis semula rantai makanan satu persatu ke dalam siratan makanan 12 Pengulangan nama pengguna 9 Siratan makanan yang tidak lengkap 2 Nota: Seramai 18 orang murid yang dapat membina siratan makanan dengan lengkap dan betul

Rajah 4 menunjukkan murid menulis semula rantai makanan satu persatu ke dalam siratan makanan. Rajah 5 pula menunjukkan murid mengulang semula nama pengguna seperti tikus dan ular sebanyak dua kali di dalam siratan makanan. Selain itu, murid membina siratan makanan yang tidak lengkap iaitu tidak mengandungi semua nama tumbuhan dan haiwan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 6.

Rajah 4: Murid menulis semula rantai makanan satu persatu ke dalam siratan makanan

167

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Rajah 5 : Murid mengulang nama pengguna semasa membina siratan makanan

Rajah 6 : Murid membina siratan makanan yang tidak lengkap

Pada 3 Mac 2012, saya telah membuat Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti murid yang mempunyai masalah semasa membina siratan makanan. Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus (Jabatan Pendidikan Khas, 2008). Daripada 12 orang (Jadual 2) saya telah mengenal pasti seramai lima orang murid yang mempunyai masalah semasa membina siratan makanan yang lengkap dan betul. Cikgu, macam mana nak mula ni? Apa saya nak tulis cikgu. Ee...susahlah cikgu... Saya perhatikan murid sering kali mengeluh semasa membina siratan makanan. Ada sesetengahnya pula menjeritjerit untuk meminta saya tunjuk semula bagaimana membina siratan makanan. Laura, Safaruddin, Zami, Sorianie dan Henky merupakan murid yang sentiasa memerlukan bimbingan. Manakala murid yang lain dapat membina siratan makanan dengan baik selepas sesi perbincangan jawapan dijalankan. (OEL01/0303/2012/T5) Jadual 3: Markah Ujian Diagnostik dan Kesalahan murid
Nama murid Henky Markah 6/12 Kesalahan Pengulangan nama tumbuhan dan haiwan Siratan makanan tidak lengkap Susunan nama tumbuhan dan haiwan salah Pengulangan nama tumbuhan dan haiwan Siratan makanan tidak lengkap Susunan nama tumbuhan dan haiwan salah Penggunaan anak panah yang salah Susunan nama tumbuhan dan haiwan yang salah Siratan makanan yang tidak lengkap Penggunaan anak panah salah Pengulangan nama haiwan Pengulangan nama tumbuhan dan haiwan Siratan makanan tidak lengkap Susunan nama tumbuhan dan haiwan salah Penggunaan anak panah yang salah Membina siratan makanan dalam bentuk rantai makanan

Laura

4/12

Safaruddin

4/12

Zami

4/12

Sorianie

2/12

168

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Jadual 3 menunjukkan Sorianie mendapat dua markah sahaja dengan melakukan kesalahan membina siratan makanan dalam bentuk rantai makanan. Namun demikian, Sorianie dapat mengenal pasti tumbuhan sebagai pengeluar di dalam siratan makanan. Rajah 7 menunjukkan siratan makanan yang telah dibina oleh Sorianie.

Rajah 7: Siratan makanan dibina oleh Sorianie

Manakala empat murid yang lain dapat membina siratan makanan tetapi tidak lengkap dan betul. Kesalahan yang dilakukan adalah seperti mengulang nama tumbuhan dan haiwan, susunan nama tumbuhan dan haiwan salah, penggunaan anak panah salah dan siratan makanan yang tidak lengkap. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya membuat pemerhatian secara langsung ke atas perubahan yang ditunjukkan oleh murid. Saya juga telah membuat catatan di dalam nota lapangan setelah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Laura belum mula membina siratan makanan. Dia asyik menulis dan memadam semula tulisan tersebut. Apabila ditanya, Laura memberitahu bahawa dia tidak yakin dengan bentuk siratan makanan yang perlu dibinanya. Henky pula dapat mula membina siratan makanan dengan baik. Dia dapat mengenalpasti pengeluar dan pengguna. Namun demikian, dia tidak dapat mengaitkan pengguna tersebut dengan pengguna yang lain. Maka, siratan makanan yang dibina adalah tergantung dan tidak lengkap. (OEL02/0203/2012/T5) Saya sedar bahawa murid perlu menguasai tajuk membina siratan makanan dengan baik kerana ia akan membantu murid semasa menjawab soalan peperiksaan di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Jika siratan makanan yang dibina adalah lengkap dan betul, murid dapat mengenal pasti bilangan pengguna premier, sekunder dan tertier serta dapat menghitung jumlah rantai makanan. Maka,objektif kajian saya adalah untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 membina siratan makanan melalui kaedah peta minda. KUMPULAN SASARAN Semasa perlaksanaan strategi tindakan dijalankan, Gregory dan Mohd Azrin jarang menghadirkan diri iaitu sebanyak dua kali pada tarikh 18 dan 24 April 2012. Pada masa yang sama juga, Saiful sering kali tidak menghantar hasil kerjanya setelah sesi perbincangan dijalankan. Maka, saya hanya memilih Laura, Sorianie, Henky, Zami dan Safaruddin sebagai kumpulan sasaran, lantas mengekalkan data yang diperoleh untuk menunjukkan keberkesanan kaedah yang telah dipilih. Bagaimanapun, majoriti murid di dalam kumpulan saya terdiri daripada murid yang tidak memegang apa-apa jawatan di kelas mahupun sekolah, manakala Laura merupakan pengawas sekolah. Henky menunjukkan tingkah laku yang pendiam, manakala Safaruddin merupakan seorang murid yang nakal. Sorianie dan Laura suka bercakap, namun demikian mereka mempunyai motivasi yang rendah berbanding Laura. Tingkah laku yang gopoh dan tidak sabar dalam melakukan sesuatu perkara pula ditunjukkan oleh Zami. Saya telah memilih mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains berdasarkan Ujian Bulanan Mac 2012, adalah kerana saya menggunakan dwi-bahasa di dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Jadual 3 menunjukkan tahap pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.

169

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Jadual 4: Pencapaian akademik murid berdasarkan Ujian Bulanan Mac 2012 Nama murid Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pemahaman Penulisan Henky 60 75 40 Laura 80 83 61 Safaruddin 53 65 26 Zami 60 63 40 Sorianie 63 71 39
Bold hitam = Gagal

Sains 46 68 44 42 48

Nota:

Jadual 4 menunjukkan semua murid lulus dalam mata pelajaran Sains. Laura mendapat markah yang paling tinggi iaitu 68 markah dan Zami merupakan murid yang mendapat markah rendah dengan 42 markah. Seramai tiga orang murid yang telah lulus secara keseluruhan bagi ketiga-tiga mata pelajaran tersebut iaitu Henky, Laura dan Zami, manakala Safaruddin dan Sorianie telah gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. STRATEGI TINDAKAN Saya telah menggunakan kaedah peta minda dengan menggunakan warna yang berbeza untuk setiap peringkat. Tujuannya adalah untuk membantu murid merancang bagaimana membina siratan makanan yang lengkap dan betul. Menurut Tee Tze Kiong, Jailani bin Md Yunos, Baharom bin Mohamad, Widad bt. Othman dan Yee Mei Hong (2010), peta minda adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah, merancang sesuatu, mengingat sesuatu dengan mudah dan menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Peta minda juga membantu murid untuk mengurus maklumat yang diperolehi dengan lebih terancang dan mengelak murid menghafal siratan makanan yang telah dibina berdasarkan Teori Advanced Organizer Ausubel dalam Poh Swee Hiang (2008). Kajian Anas Amzar Ismail dan Ellyza Karim (2011) menunjukkan bahawa penggunaan peta minda adalah bertujuan untuk memperbaiki amalan pengajaran guru supaya murid sederhana lemah mendapat keputusan prestasi yang lebih baik dalam pembelajaran dan peperiksaan mata pelajaran Sains. Pada masa yang sama, peta minda membolehkan murid mengalami pengajaran dengan mudah serta menyeronokkan. Saya telah melaksanakan strategi tindakan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran iaitu selepas sesi persekolahan, bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 3 petang. Tempoh perlaksanaan adalah selama seminggu bermula pada 16 April 2012 dan berakhir pada 19 April 2012. Rajah 8 menunjukkan langkah-langkah pelaksanaan strategi untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 membina siratan makanan melalui kaedah peta minda.

Rajah 8: Proses pelaksanaan strategi tindakan Pelaksanaan Pertama (16 April 2012) Langkah 1: Demonstrasi membina peta minda dan siratan makanan oleh guru Sebagai permulaan, saya telah membina peta minda yang mudah dan ringkas dengan menggunakan nama daun, rusa, lembu dan harimau. Saya telah menggunakan papan tulis supaya murid dapat melihat dengan jelas bagaimana membina peta minda. Pada masa yang sama, saya menggunakan kapur yang pelbagai warna bagi menunjukkan peringkat pemakanan haiwan tersebut. Saya telah mengajar murid membina peta minda dengan menulis nama pengeluar (daun) di bahagian tengah papan tulis.

170

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Kemudian saya telah menulis nama haiwan yang hanya makan daun sahaja berdasarkan nama-nama pengguna yang telah diberikan iaitu rusa dan lembu. Perkataan rusa dan lembu telah ditandakan dengan menggunakan kapur berwarna kuning. Pada masa yang sama, saya telah menggunakan kapur berwarna merah untuk menunjukkan anak panah (dimakan oleh) di dalam peta minda tersebut. Perkataan dimakan oleh hanya ditulis pada anak panah yang pertama. Seterusnya, saya telah menulis nama pengguna kedua iaitu harimau dan ditandakan dengan kapur warna biru. Anak panah seterusnya tidak perlu lagi diletakkan dengan perkataan dimakan oleh. Rajah 9 menunjukkan bagaimana membina peta minda yang lengkap.

Rusa

Lembu

Harimau

Daun

Harimau

Rajah 9 : Cara membina Peta Minda Saya telah membina sebuah siratan makanan daripada peta minda tersebut dengan mula menulis perkataan daun pada bahagian tepi papan tulis. Anak panah telah dilukis sebanyak dua kali untuk menunjukkan bahawa terdapat dua pengguna pertama yang makan daun iaitu rusa dan lembu. Tiada perkataan dimakan oleh ditulis pada anak panah di dalam siratan makanan. Akhir sekali, saya telah menulis nama pengguna kedua iaitu harimau di dalam siratan makanan tersebut. Hanya sekali sahaja perkataan harimau perlu ditulis ke dalam siratan makanan. Sebagai peringatan, semua nama tumbuhan dan haiwan yang telah ditulis dalam peta minda perlu dipangkah bagi mengelakkan pengulangan nama tumbuhan dan haiwan di dalam siratan makanan. Rajah 10 menunjukkan bagaimana saya telah membina siratan makanan daripada peta minda yang telah disediakan.

Rusa

Daun

Harimau

Lembu

Rajah 10: Siratan Makanan di hutan Langkah 2: Murid membina peta minda dengan bimbingan guru Saya telah mengarah murid untuk membina peta minda dengan contoh yang telah digunakan. Murid telah menulis perkataan daun di bahagian tengah kertas dan ditandakan dengan warna pilihan murid. Anak panah pertama telah dilukis dan dituliskan dengan perkataan dimakan oleh. Kemudian anak panah menunjukkan rusa dan lembu makan daun. Kedua-dua perkataan tersebut telah ditandakan dengan menggunakan warna yang baru tetapi sama warna. Seterusnya warna yang baru digunakan untuk menandakan perkataan harimau makan rusa dan lembu. Setelah selesai membina peta minda tersebut, setiap murid telah diarahkan untuk melukis hasil kerja masing-masing di papan tulis. Kemudiannya, sesi semakan telah dijalankan bersamasama bagi mengenal pasti kesalahan yang telah dilakukan. Langkah 3: Murid membina siratan makanan dengan bimbingan guru Murid telah menulis perkataan daun di bahagian tepi kertas dan anak panah dilukis untuk menunjukkan daun dimakan oleh rusa dan lembu. Kemudian, murid menunjukkan bahawa rusa dan lembu dimakan oleh harimau. Murid telah dinasihati untuk memangkahkan nama tumbuhan dan haiwan yang telah ditulis dalam peta minda. Setiap murid telah menulis jawapan di papan tulis dan sesi perbincangan dijalankan. Langkah 4: Murid membina peta minda dan siratan makanan tanpa bantuan guru Murid telah membina peta minda dan siratan makanan dengan menggunakan contoh yang sama tanpa bantuan guru secara individu.

171

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Langkah 5: Murid membuat latih tubi membina peta minda dan siratan makanan. Pelaksanaan Kedua dan Ketiga Pada 17 dan 18 April 2012,saya telah mengulang langkah 1-5 dengan menggunakan contoh nama tumbuhan dan haiwan yang lain seperti padi, belalang, burung pipit, katak, ular dan ulat beluncas (sawah padi) dan pokok kelapa sawit, tupai, ulat beluncas, tikus, burung hantu dan ular (ladang kelapa sawit). Pada 23 hingga 25 April 2012 iaitu selepas pelaksanaan strategi tindakan, saya telah menguji murid untuk membina siratan makanan dengan menggunakan ketiga-tiga contoh nama tumbuhan dan haiwan dalam tiga lembaran kerja yang berlainan soalan. Lembaran Kerja 1 merupakan soalan yang berbantukan gambar tumbuhan dan haiwan, Lembaran Kerja 2 pula menggunakan perkataan untuk membina siratan makanan. Manakala Lembaran Kerja 3 memerlukan murid menggabungkan rantai makanan yang telah disenaraikan menjadi satu siratan makanan yang lengkap. DAPATAN Pada 23 hingga 25 April 2012, saya telah mengedarkan Lembaran Kerja 1, Lembaran Kerja 2 dan Lembaran Kerja 3 kepada murid. Didapati kemahiran murid dalam membina siratan makanan adalah meningkat. Jadual 3 menunjukkan skor yang diperolehi murid semasa membina siratan makanan di dalam ketiga-tiga lembaran kerja tersebut. Jadual 5: Tahap pencapaian dan skor murid Nama murid Laura Sorianie Henky Zami Safaruddin Lembaran Kerja 1 10/12 12/12 10/12 12/12 8/12 Markah Lembaran Kerja 2 10/12 10/12 10/12 8/12 8/12 Tahap Pencapaian Lembaran Kerja 3 12/12 12/12 12/12 12/12 10/12 Cemerlang Cemerlang Cemerlang Cemerlang Cemerlang

Merujuk kepada Jadual 5, seramai dua orang murid telah mendapat 12 markah, dua orang murid mendapat 10 markah manakala hanya seorang murid sahaja yang mendapat lapan markah untuk Lembaran Kerja 1. Murid telah dapat membina siratan makanan dengan bantuan gambar tumbuhan dan haiwan yang telah disediakan. Rajah 11 menunjukkan siratan makanan yang lengkap dibina oleh Zami dalam Lembaran Kerja 1.

Rajah 11: Siratan makanan yang dibina oleh Sorianie untuk Lembaran Kerja 1. Zami dapat membina siratan makanan dengan baik. Gambar yang disediakan menyenangkan untuk mengetahui siapa makan siapa. Gambar-gambar tumbuhan dan haiwan tersebut pernah dijumpai dalam kehidupan seharian mereka. Maka, senang untuk mereka menggambarkan bagaimana susunan tumbuhan dan haiwan di dalam siratan makanan. (FNL/23c/042012/T5)

172

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Jadual 5 menunjukkan bahawa Laura, Sorianie dan Henky telah mendapat 10 markah manakala Zami dan Safaruddin mendapat lapan markah di dalam Lembaran Kerja 2. Pencapaian ini telah membuktikan bahawa murid dapat membina siratan makanan dengan menggunakan perkataan. Rajah 12 menunjukkan contoh jawapan Laura semasa membina siratan makanan. Laura masih keliru dengan susunan nama haiwan tersebut dan memperolehi 10 markah dalam Lembaran Kerja 2.

Rajah 12: Jawapan siratan makanan yang dibina oleh Laura

Apabila ditanya tikus dimakan oleh siapa, Laura dapat menjawab bahawa tikus dimakan oleh ular secara lisan. Dia menjawab bahawa keliru dengan penggunaan anak panah tersebut. Kemudian, dia sedar juga bahawa ulat beluncas dimakan oleh ayam. (FNL/24b/042012/T5) Dengan merujuk Jadual 5, majoriti murid mendapat 12 markah dan hanya seorang murid yang mendapat 10 markah di dalam Lembaran Kerja 3. Rajah 13 menunjukkan murid telah mahir membina siratan makanan yang lengkap dan betul berdasarkan rantai makanan yang telah disediakan.

Rajah 13: Jawapan siratan makan oleh Sorianie untuk Lembaran Kerja 3

Murid menandakan rantai makanan yang telah dituliskan ke dalam siratan makanan. Mereka hanya menggunakan anak panah untuk menghubungkaitkan tumbuhan dan haiwan tersebut. Saya perhatikan murid dapat membuat soalan ini dengan baik tanpa bantuan saya. Saya hanya menerang sekali sahaja, mereka dapat buat dengan baik. Masa yang diperlukan pun hanya singkat iaitu dalam masa lima minit sahaja. (OEL08/2504/2012/T5) Selepas melaksanakan tindakan kajian ini, saya mendapati bahawa tingkah laku Zami juga telah berubah. Zami duduk dengan tenang dan berfikir dahulu sebelum membina siratan makanan. Selepas menyiapkan siratan makanan tersebut, dia akan menyemak semula hasil kerjanya. Sebaliknya sebelum melaksanakan tindakan kajian, Zami adalah murid yang suka menyendiri dan menghantar kerja tanpa membuat semakan terlebih dahulu.

173

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Dia tidak mahu diganggu dalam membuat latihan dan suka menyendiri. Dia juga tidak yakin dengan diri sendiri dan sering mengeluh jika tidak dapat melengkapkan latihan tersebut. Sikapnya yang cepat menyiapkan latihan dan tidak ingin membuat semakan menjadikan hasil kerjanya banyak salah. (FNL/24/022012/T5) Selain itu, saya dapat perhatikan bahawa hasil kerja Safaruddin lebih kemas berbanding sebelum tindakan diambil. Sebelum ini, tulisan Safaruddin tidak kemas dan terdapat banyak kesilapan ejaan. Rajah 14 dan 15 menunjukkan hasil kerjanya sebelum dan selepas perlaksanaan tindakan kajian dilakukan.

Rajah 14: Hasil kerja Safaruddin sebelum Rajah 15: Hasil kerja Safaruddin selepas perlaksanaan strategi tindakan perlaksanaan strategi tindakan

Secara keseluruhan, objektif saya untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 dalam membina siratan makanan melalui kaedah peta minda tercapai. Semua murid telah mendapat tahap pencapaian yang cemerlang iaitu mendapat markah di antara 8 hingga 12 markah. Walau bagaimanapun, Safaruddin masih memerlukan bantuan dalam membina siratan makanan. Ini adalah kerana masih terdapat beberapa kesalahan seperti penggunaan anak panah terbalik dalam siratan makanan yang dibina olehnya. Namun demikian, prestasi murid secara keseluruhan adalah meningkat setelah strategi tindakan kajian dilaksanakan. REFLEKSI Saya berasa bersyukur dan bangga kerana penambahbaikan yang saya lakukan terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran saya melalui penggunaan peta minda telah meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 dalam membina siratan makanan. Kaedah ini telah membantu murid mengurangkan kesalahan-kesalahan seperti menulis semula rantai makanan satu persatu ke dalam siratan makanan, susunan nama tumbuhan dan haiwan salah, pengulangan nama pengguna dan siratan makanan yang tidak lengkap. Pada masa yang sama, tingkah laku murid turut berubah setelah saya melaksanakan kajian tindakan tersebut. Ini adalah kerana saya memberi peneguhan secara positif dan dorongan motivasi dari masa ke semasa kepada murid. Saya juga dapat memerhati bahawa murid dapat belajar dengan tenang dan selesa dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada lima orang murid. Murid berpeluang untuk melibatkan diri secara keseluruhan semasa aktiviti dijalankan. Selain itu, melalui kajian tindakan ini, saya dapat menilai kelemahan dan kekuatan kaedah yang telah dipilih untuk membantu meningkatkan kemahiran murid dalam sesuatu tajuk secara berterusan. Situasi ini telah memupuk minat saya untuk berusaha memperbaiki amalan pengajaran pembelajaran dengan mencuba kaedah yang baru dari masa ke semasa sesuai dengan tajuk yang dipelajari. Saya juga belajar bagaimana untuk merancang, membuat persediaan dan melaksana kaedah yang telah dipilih lantas membantu memperkembangkan kemahiran profesionalisme saya untuk mengenal pasti kaedah pembelajaran yang berkesan dan sesuai untuk semua murid. Setelah melaksanakan kajian tindakan ini, saya sedar ia amat membantu dalam menambah baik pengetahuan saya dan memahami sesuatu teori dengan berkesan. Misalnya, Teori Kepelbagaian Kecerdasan oleh Howard Garner yang menyatakan bahawa murid yang terdapat di dalam sebuah bilik darjah terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasan. Maka, tugas saya adalah untuk mengenal pasti tahap kecerdasan murid tersebut dan kaedah yang dapat diterima pakai oleh semua murid. Akhir sekali, saya dapat memperkembangkan kemahiran diri dalam mengurus data-data dan maklumat yang diperolehi dengan membuat pendokumentasian dari masa ke semasa tentang perlaksanaan kajian tindakan saya.

174

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Saya akan mengatasi kelemahan kaedah saya dalam kajian seterusnya. Ini adalah kerana saya menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan papan tulis dan kapur berwarna dalam melaksanakan strategi tindakan saya. Jika diberi kesempatan, saya ingin memasukkan unsur-unsur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kaedah saya supaya dapat memudahkan murid saya meningkatkan kemahiran mereka dalam membina siratan makanan. Pada masa yang saya, saya telah merealisasikan salah satu objektif pembelajaran di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), lantas memberi ruang kepada murid saya menimba suatu pengalaman yang baru dan bermakna. Semasa melaksanakan kajian ini, soalan yang telah diedarkan adalah dalam tiga bentuk soalan yang berbeza iaitu membina siratan makanan berbantukan gambar, melalui perkataan dan menggabungkan rantai makanan. Saya seharusnya mengedarkan soalan yang terdiri daripada pelbagai contoh tumbuhan dan haiwan daripada pelbagai habitat yang terdapat di negara kita Malaysia, malah seluruh dunia. Maka murid tidaklah hanya tertumpu dan terikat dengan satu habitat sahaja, malah dapat mengetahui secara langsung tentang siratan makanan di habitat lain.Murid juga dapat menguasai dan memahami asas membina siratan makanan, lantas dapat menguasai tajuk yang lebih mendalam lagi bagi tajuk Food Chain and Food Web pada peringkat yang lebih tinggi seperti Energy Flow dan Energy in Biosphere (Biology). Setiap bentuk soalan pula perlulah bermula dengan konstruk yang rendah, sederhana dan tinggi. Di samping itu, saya juga ingin memperbaiki cara pengumpulan data dan maklumat sepanjang perlaksanaan kajian saya. Misalnya, pengumpulan data melalui pemerhatian tidak berstruktur. Saya perlulah merancang terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu tindakan seperti siapa yang ingin diperhatikan dan tingkah laku murid yang ditunjukkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, saya perlu mencatat secara berterusan tentang tingkah laku dan tahap pencapaian yang ditunjukkan oleh murid dari masa ke semasa di dalam nota lapangan. RUJUKAN Anas Amzar Ismail & Ellyza Karim (2011). Penambahbaikan Pengajaran Menggunakan Kaedah Peta Minda. Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, 2011, ms 114. Kuala Lumpur, Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas (2008). Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Edisi Percubaan). Kementerian Pelajaran Malaysia. Martin, R., Sexton, C., Franklin, T., Gerlovich, J., & Mc Elroy, D. (2009). Teaching Science for all Children: An Inquiry Approach (Fifth Edition). United States of America: Pearson Education. Poh Swee Hiang (2008). Pedagogy of Science Volume 1 for Post Graduate Diploma in Teaching (KPLI). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Tee Tze Kiong, Jailani Bin MdYunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman & Yee Mei Heong, (2010). Kepentingan Peta Minda sebagai Alat Berfikir dalam Mengambil Nota Kuliah. Dimuat turun: http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf Di akses pada: 18 Mac 2012 Ward, H., Roden, J., Hewlett, C., & Foreman, K. (2005). Teaching Science in the Primary Classroom: A practical guide. Great Britain: Paul Chapman Publishing.

175

You might also like