P. 1
Khitbah. Pertunangan/Peminangan dalam Islam

Khitbah. Pertunangan/Peminangan dalam Islam

5.0

|Views: 4,516|Likes:
Published by Azzaro Delpiero
Khitbah. Pertunangan/Peminangan dalam Islam
Khitbah. Pertunangan/Peminangan dalam Islam

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Azzaro Delpiero on Jul 19, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

"Khitbah" bererti "peminangan".

Tafsiran lafaz atau perkataan "peminangan" ini juga dapat di kaitkan dalam adat istilah melayu iaitu “pertunangan”. Pertunangan berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara-negara di semenanjung Asia Tenggara. Pertunangan dimaksudkan untuk membuka ruang antara pasangan untuk saling mengenal sebelum menikah, baik dari segi lahiriah maupun batiniah sebelum bernikah atau berkahwin Dari Mughirah bin Syu’bah baerkata “Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW bersabda, ‘Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih sayang antara kalian berdua.” (HR Nasa’I, Ibn Majah dan Tirmidzi). 1. Jumhur Ulama’ berpandangan: boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu. 2. Ibnu Daud mengatakan: boleh melihat seluruh anggota. 3. Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak tangan Dalam adat resam orang Melayu, pihak lelaki akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak. Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut. Cincin yang disarungkan di jari manis di sebelah kanan tangan si gadis itu menandakan bahawa dia sudah dipinang atau bertunang. Dapat dikaitkan dengan hadith Rasulullah SAW: " Tidak boleh bagi seorang lelaki melamar tunangan orang lain sehingga ia menikahinya atau meninggalkannya ". (HR Bukhari dan An-Nasai) Islam tidak mengharamkan cincin pertunang atau perkahwinan akan tetapi hendaklah kita memperbetulkan niat kita sebagai seorang Muslim. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.(4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.(5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.(6) (Al-Kafirun, 109:4-6) Rasulullah melarang umatnya mengikut cara-cara orang-orang kafir, baik dari segi ibadah, adat resam, mahupun dari segi pemakaian.

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (HR. Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah) Demikian juga sabdanya SAW, ”Dihalalkan (mengenakan) sutera dan emas bagi kaum wanita dari umatku dan diharamkan bagi kaum laki-lakinya.” (HR. Ahmad) Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama. Tempoh ini juga ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat. Pada hakikatnya Islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan, ianya bagi mengelakkam daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai. Dibimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh petunangan dengan kerapnya mengadakan pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat ditemani oleh Muhram.
Wallahu'alam.. Yang baik dari Allah SWT.. Yang salah dari hambaNya yang bodoh dan dhaif ni Tolong di perbetulkan jika terdapat kesalahan dan cacat cela..

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->