You are on page 1of 17

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan


Objektif
Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat: 1. 2. 3. memahami peranan dan tugas kaunselor memahami cara kaunselor mengurus klien secara klinikal mengenalpasti masalah yang sering dihadapi pelajar

7.1

Pengenalan

Kaunselor mengikut Akta Kaunselor 1998 merupakan mana-mana individu yang mengamalkan kaunseling dan memperolehi bayaran atau fee atau apa-apa balasan yang berkaitan dengannya. Bagi setting persekolahan di Malaysia, kaunselor ditakrifkan sebagai seorang individu atau guru yang dilantik oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri melalui Pengetua sekolah masing-masing yang bertugas sebagai Kaunselor Pelajar. Dalam menjalankan peranan mereka sebagai seorang kaunselor, terdapat banyak tugas yang perlu dilakukan oleh mereka bagi mencapai objektif organisasi sekolah dan keperluan pelajar itu sendiri. Untuk kita bersama meninjau dan meneroka bidang tugas dan peranan secara mendalam seorang kaunselor di sekolah di Malaysia (dalam institusi pendidikan) maka adalah amat baik kita mengikuti sesi temubual dan tinjauan yang telah dijalankan oleh salah seorang pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) kaedah pembelajaran Jarak Jauh Ideal UPM bersama salah seorang kaunselor di salah sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak. Adalah diharapkan isi temu bual ini akan dapat membawa kita kepada matlamat untuk memahami dengan jelas akan peranan seorang kaunselor dalam setting pendidikan itu sendiri.

7.2

Temubual bersama Guru Kaunseling atau Kaunselor Pelajar

Saya telah bertemuduga dengan seorang guru kaunseling sekolah menengah untuk tugasan ini. Saya telah menyediakan satu borang temuduga untuk guru itu mengisinya. (contoh borong ini dibahagian lampiran). Hasil yang diperolehi daripada temuduga adalah seperti berikut.

80

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

Kaunselor merupakan seorang Melayu yang sudah berumahtangga dan berusia 37 tahun serta beragama Islam. Kini beliau bertugas di salah sebuah sekolah menengah Kebangsaan di Ipoh, Perak. Pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Subjek yang diajarnya ialah mata pelajaran perdagangan dan mempunyai pengalaman mengajar selama 10 tahun. Kelayakan akademiknya ialah Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) yang diperolehi dari Universiti Putra Malaysia. Kelayakan ikhtisasnya ialah Sijil Perguruan Asas dari salah sebuah maktab perguruan di Malaysia. Setakat ini kaunselor hanya mengamalkan amalannya di setting sekolah menengah sahaja dan mempunyai pengalaman hanya dua tahun sahaja dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang saya temui tidak mendaftarkan diri sebagai seorang ahli Persatuan Kaunseling Malaysia ( PERKAMA ) dan belum lagi mendaftarkan dirinya sebagai Kaunselor Berdaftar bersama Lembaga Kaunselor. Tugasan yang biasa dilaksanakan olehnya sebagai seorang kaunselor sekolah ialah menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod, inventori pelajar dan aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling individu dan kelompok serta tunjukajar ( instructional ) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum dan secara profesional dan beretika. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT. Menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol. Menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada pelung melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Melaksanakan program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah. Merancang program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. Dia juga menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Dia menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disekolah. Beliau telah memberikan khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya dan menjadi personel perhubungan / seranta. Menjadi ahli jawatankuasa ex oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah dan ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga / Badan pengawas sekolah. Dia juga bertugas menjadi

81

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

penyelaras dalam program program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan. Tanggungjawabnya sebagai seorang kaunselor di sekolah itu ialah berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati mertabat diri, nilai dan keupayaannya. Dia bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok. Kaunselor hendakalah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang orang di persekitarannya. Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri.Dia juga hendaklah membimbing klien ke arah pembentukkan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien. Dia juga mestilah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. Dia hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsian. Dalam menjalankan satu sesi kaunseling, pertemuan sesi kaunseling dengan klien akan ditentukan oleh kaunselor dan klien melalui temu janji.Melalui temu janji kaunselor dapat memberi khidmat dengan mudah dan teratur kepada klien. Borang temujanji boleh didapati dari bilik kaunseling di sekolah itu. Pihak sekolah juga telah menyediakan satu bilik khas untuk menjalankan sesi kaunseling. Keadaan bilik kaunseling adalah selesa, kemas dan private klien juga terjaga untuk menjalankan sesi kaunseling. Biasanya satu sesi kaunseling dengan klien akan mengambil masa sekurang kurang 40 minit. Mengikut kaunselor itu, pelajar yang biasa mnghadapi masalah di sekolahnya adalah pada tahap umur antara 15 17 tahun. Pada pendapatnya, pada tahap umur ini mereka akan masuk ke alam remaja dan mula mengalami perkembangan diri serta tidak tahu sama sesuatu perbuatan itu betul atau salah. Dalam kaunseling, dia biasa menggunakan Pendekatan Adlerian kerana ia sesuai dengan remaja pada masa kini. Kaunselor ini biasa menjalankan sesi kaunseling individu. Sesinya dijalankan adalah mengikut peringkat peringkat yang terdapat dalam kaunseling. Dia juga menemui klien yang tidak akan mendedahkan masalahnya walaupun telah mnejalankan beberapa sesi dengannya. Dalam keadaan begini kaunselor biasanya akan memberikan masa kepada klien untuk memahami diri, menwujudkan kepercayaan terhadap kaunselor dan membina hubungan kefahaman dengan kaunselor. Selepas ada satu ikat yang baik barulah klien akan meluangkan masalah kepada kaunselor. Ada juga sesi yang hanya menjadi sesi perbincangan atau sesi bercakap dengan klien. Contoh masalah yang sering dihadapi oleh kaunselor ini ialah rakan sebaya dan teman lelaki.

82

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

Sesi kaunseling kelompok juga dijalankan oleh kaunselor. Ahli yang terdiri dalam sesi kaunseling kelompok adalah kaunselor sendiri dan pelajar pelajar atau rakan yang menghadapi masalah yang sama. Mereka akan membincangkan masalah dan memahani antara satu sama lain. Isu yang biasa ialah masalah pembelajaran dan kerjaya. Bilangan ahli dalam satu kelompok adalah tidak melebihi 10 orang. Dalam menjalankan sesi kaunseling krisis, dia biasanya memberikan masa kepada klien bercakap dan mendengarnya. Dia akan menerangkan dan mengawal klien dalam sesuai keadaan. Dia tidak menanyakan soalan yang banyak seperti kaunseling yang lain. Masalah ialah membunuh diri, tekanan fizikal dan emosi. Kaunseling kerjaya diadakan oleh kaunselor ini untuk membantu pelajar dalam meneroka bidang pendidikan lebih tinggi selepas Sijil Pendidikan Malaysia (SPM).Kaunseling ini juga adalah memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada pelajar supaya memilih aliran yang perlu masuk selepas Peperiksaan Malaysia Rendah (PMR). Pelajar di sekolah didedahkan kepada penerokakan ke alam pendidikan dan pekerjaan dan perkembangan akademik dan pekerjaan. Biasanya sesi ini diadakan secara kelompok dan menfokuskan kepada apa yang yang diperlukan oleh pelajar. Dia juga pernah merancangkan Program Perkembangan Kerjaya kepada pelajar di sekolahnya. Jenis - jenis program yang terdapatnya ialah Hari kerjaya, Pemilihan Aliran oleh pelajar PMR dan Taklimat kepada pelajar SPM tentang sijil terbuka serta bimbingan dalam bilik darjah. Sekolah kaunselor ini juga menyediakan satu pusat kerjaya yang diselaraskan oleh kaunselor ini.Ramai pelajar sekolah yang datang untuk mendapat maklumat tentang kerjaya. Ia berfungsi sebagai tempat perjumpaan dengan pelajar dalam kelompok kecil berbincang isu perkembangan kerjaya, mendapat maklumat pendidikan terkini dan menyediakan papan kenyataan pekerjan untuk dipamir di tempat yang strategik atau laluan pelajar. Kaunselor ini juga menjalankan khimat rujukan disekolah dengan pertolongan daripada guru dan personalia lain yang berada disekolah untuk mengenalipasti pelajar yang bermasalah dan membantunya. Pihak pentadbir sekolah, guru dan kakitangan lain di sekolah akan merujuk klien kepadanya. Satu borong rujukan perkhidmatan kaunseling telah disediakan oleh kaunselor itu dan perlu diisi oleh pihak yang merujuknya kepada kaunselor ini. Kaunselor juga akan mendapatkan maklumat pelajar itu sebelum ia dipanggil untuk mendapatkan khidmat kaunseling. Isu yang biasa ialah pelajar yang kerap tidak hadiri kesekolah, masalah belajar dan seksual. Sesi yang dijalankan dalam kes rujukan ialah kaunseling individu di mana kaunselor akan membiarkan klien menerangkan masalah dengan mendalam, perasaan dan kedudukan walaupun kaunselor mengenali masalahnya. Ini adalah supaya klien akan mengenali dirinya dan keadaan yang sedang lalu. Kaunselor juga menjadi konsultan atau pakar runding kepada guru sekolah, pentabdir sekolah dan ibu bapa pelajar. Perundingan dengan pentadbir sekolah yang membantu

83

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

dalam membina alam persekolahan yang sihat untuk bukan sahaja pelajar tetapi juga personalia lain seperti guru dan pakar lain yang terlibat dalam membentuk alam sekolah. Di samping perundingan dengan ibu bapa dan kaunselor jugamungkin meliputi masalah salahlaku anaknya yang bukanlah hanya hasli kegagalan sekolah tetapi mempunyai kaitan besar dengan suasana rumah tangga. Oleh itu perundingan dengan ibu bapa mengenai perkara ini juga adalah penting dan perlu dilaksanakan.Kaunselor berunding dengan guru untuk memberikan maklumat tambahan tentang kaedah yang baik dan berkesan yang dapat memaksimakan pembelajaran dalam bilik darjah dan mengatasi masalah pelajar yang tidak ke bilik darjah. Kaunselor ini juga menjalankam bimbingan dalam bilik darjah dengan pelajar . Tajuk perbincangan yang biasa dibincangkan dengan pelajar ialah pendidikan dan kerjaya, penbangunan diri, kaedah pengurusan dan bahaya menggunakan dadah serta kaedah jangkitan HIV / AID. Di sekolah kaunselor juga mempunyai Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ). PRS juga membantu kaunselor dalam mengatasi masalah . Ahli ahli PRS akan memberi latihan asas seperti kemahiran asas komunikasi, komunikasi interpersonal, kemahiran asas psikologi manusia dan kemahiran khusus untuk melaksanakan projek yang dirancang. Aktiviti yang dijalankan ialah lawatan sambil belajar oleh ahli PRS, kemahiran kemahiran kaunseling dan permainan kaunseling yang memfokus kepada kemahiran mendengar dan celik akal. Dalam merancang satu program perkhimatan bimbingan dan kaunseling, kaunselor akan member keutamaan kepada banyak perkara dan yang sangat dipentingkan ialah visi, matlamat dan objektif program ini. Keutamaan juga diberikan kepada perkara yang sangat diperlukan oleh pelajar di sekolah itu. Bentuk perancangan yang dibuat oleh kaunselor ialah untuk jangka panjang. Antara program perkhimatan yang dibuat di sekolah ialah pendidikan , kerjaya, perkembangan diri dan aliran yang dimasuki selepas SPM.Program yang biasa direncanakan untuk sekolah ialah progam minggunan seperti Hari Kerjaya. Masalah yang biasa kaunselor berkerjasama dengan guru disiplin di sekolah ialah masalah ponteng sekolah, masalah seksual dan merokok. Kaunselor akan memberi jalan yang betul dan penyelesaian kepada masalah. Dia juga akan membuat satu perjanjian dengan klien secara lisan dalam sesi kaunseling jika klien melanggar perjanjian ini maka kaunselor akan menyerahkan kes ini kepada guru disiplin sekolah untuk mengambil tindakan disiplin yang sepatutnya. Melalui temubual bersama kaunselor sekolah ini, saya juga telah dapat mengenalpasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar di sekolah ini. Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar di sekolah ini adalah seperti berikut : 1. Seksual 2. Rakan Sebaya 3. Kerjaya 4. Ponteng Sekolah 5. Peperiksaan

84

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

Perancangan Program Bimbingan dan Kaunseling untuk 14 Minggu Program Bulanan Perkhimatan Bimbingan Dan Kaunseling Bagi Tahun 2002 Bulan Mac Aktiviti 1.Ujian Personaliti ( SDS ) Tujuan 1.Membantu pelajar mengaitkan minat kerjaya dengan personalitinya 2. Agar guru pelajar dan ibu bapa dapat meluahkan perasaan masing masing. Personalia Sasaran Pelajar Tingkatan 4&5 Catatan Ceramah

Guru Bimbingan dan Kaunseling

2.Dengarlah Sayang

Unit Bimbingan dan Kaunseling

Semua pelajar

Keratan Borang

Unit Bimbingan 3.Motivasi 3.Memberi Awal PMR dan motivasi awal dan SPM kepada pelajar Kaunseling yang akan menduduki Unit peeriksaan. Bimbingan dan 4.Meningkatkan Kaunseling 4.Ceramah Konsep kendiri Pengingkatan pelajar Kendiri April 1.Latihan Bermula PRS 1.Menanamkan sikap membantu dikalangan ahli PRS Unit Bimbingan dan Kaunseling Unit Bimbingan dan Kaunseling

Pelajar Tingkatan 3&5

Ceramah

Semua pelajar

Ceramah

Semua pelajar

Bengkel

2. Taklimat tentang 2.Membezakan persijilan SPM sijil terbuka terbuka dengan SPM dahulu 3.Ceramah Kerjaya 3.mendedahkan pelajar kepada

Pelajar Tingkatan 5

Taklimat

Unit Bimbingan

Pelajar Tingkatan

Latihan dalam

85

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

peluang dan melanjutkan Kaunseling pelajaran yang diminati serta sesuai dengan kemampuan yang ada 4. Minggu Anti 4.Mendedahkan Dadah pelajar tentang Peringkat bahaya dadah Sekolah kepada kesihatan fizikal dan mental. 5.Mendedahkan kepada pelajar bahawa penggunaan dadah satu perbuatan yang dilarang oleh agama. Mei 1.Minggu Kerjaya Unit Bimbingan dan Kaunseling Unit Bimbingan dan Kaunseling

Kumpulan

Semua pelajar

Kelompok Bimbingan

1. Mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya. 2.Memberi pendedahan cara menangani isu remaja masa kini

Pelajar yang berminat

Kaunseling Kelompok

2.Ceramah Keremajaan

JK HEM / Unit Bimbingan dan Kaunseling

Pelajar Tingkatan 5

Ceramah oleh LPPKN

3.Melatih pelajar 3.Bengkal dapat Pengurusan Diri agar mengurus masa / Masa dan diri dengan sebaik mungkin 4.Bengkal 4.Mendedahkan

JK HEM / Unit Bimbingan dan Kaunseling Unit

Pelajar Tingkatan 4

Ceramah

Pelajar

Inventori

86

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

Kemahiran Belajar

pelajar tentang Bimbingan cara cara belajar dan yang berkesan Kaunseling

Kelas Harapan dan Pelajar yang berminat

minat

Jun

1.Taklimat Penjagaan Diri

1.Mendedahkan JK HEM / Semua Pelajar pelajar kepada cara Guru sesi Pagi cara menjaga diri Disiplin Sekolah / Unit Bimbingan dan Kaunseling

Taklimat dari guru

2.Lawatan Kerjaya

2.Membuka pemikiran pelajar Unit dan memberi Bimbingan semangat dan Kaunseling

Pelajar yang berminat (Fokus Tingkatan 5)

Kelompok Kerjaya

87

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

7.3

Tugas Kaunselor Dalam Membantu Pelajar Dalam Setting Pendidikan (Peranan Klinikal)

Dengan mengemuduga kaunselor sekolah ini, saya telah mengenalpasti masalah masalah yang sering dihadapi oleh pelajar di sekolah ini. Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar di sekolah ini adalah seperti berikut : 1. Seksual 2. Rakan Sebaya 3. Kerjaya 7.3.1 4. Ponteng Sekolah 5. Peperiksaan

Masalah Pertama: Seksual

Masalah yang paling utama di sekolah itu ialah masalah seksual di mana pelajar perempuan mempunyai hubungan dengan teman lelaki di luar kawasan sekolah yang menyebabkan banyak masalah lain yang timbul daripadanya. Masalah ini telah dikenali pasti oleh kaunselor sekolah ini apabila dia mengadakan sesi kaunseling individu dengan pelajar yang terlibat. Ini telah menyebabkan pelajaran pelajar itu merosat dan sering pontong sekolah. Tingkah laku pelajar telah mula berubah di mana kurang perhatian dalam bilik darjah dan tidak menyiapkan kerja rumah dan tugasan yang diberikan serta selalunya gagal dalam peperiksaan. Semasa sesi kaunseling dijalankan telah mendapat tahu bahawa pelajar ini akan keluar dengan teman lelakinya pada waktu ibu bapa tidak ada di rumah . Apabila ibu bapa hantar dia ke sekolah, dia tidak masuk ke sekolah tetapi mengikut teman lelakinya.Dia juga telah mengadakan hubungan seksual dengan teman lelakinya. Rakan sebaya merupakan penyebab utama dalam masalah sebegini. Sekolah merupakan terkumpulnya pelbagai budaya dan ragam . Ini memudahkan pengaruh sosial dipengaruhi penghuni sekolah. Pelajar terikut dengan ragam rakannya tanpa berfikir kesannya kerana ia akan membawa keseronakkan kepada dan tidak mempunyai daya fikiran yang mendalam kepada pelajar. Mengikut mereka dengan adanya hubungan baru ini, mereka akan hormati oleh kawannya dan sudah sempurna untuk membina hubungan ini. Ibubapa juga yang tidak memberikan perhatian kepada anak anaknya dan membiarkan dengan kehidupannya. Tanggungjawab telah diberikan kepada pihak sekolah untuk bertindak sebagai ibubapa. Anak anak ini juga kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa tetapi ia didapati daripada hubungan barunya. Maka mereka lebih mementingkan hubungan itu dan bertindak tanpa berfikir. Ibu bapa yang tidak memberi pelajaran keremajaan kepada anak anaknya apabila mereka sudah sampai pada satu tahap umur untuk mengetahui. Sistem pendidikan yang tidak memberi pendedahkan awal kepada remaja tentang masalah seksual dan kesan yang akan dihadapi daripadanya. Remaja ini belum cukup

88

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

matang untuk menguruskan hal seperti maka dengan adanya pendidikan awal mereka dapat mengetahui cara cara menguruskan dirinya sebagai remaja. Cara-cara masalah ini diselesaikan Selepas mengenalpasti masalah klien dan puncanya. Langkah pertama berunding dengan ibu bapa tentang masalah ini dan mengatakan bahawa klien telah mnegadakan hubungan dengan teman lelakinya. Klien membawa jumpa dengan doktor untuk mendapatkan memeriksaan kesihatan. Ia di bawa dengan keizian ibubapa klien dan sangat penting ialah kebenaran klien itu sendiri . Keputusan kesihatan mestilah berbincang dengan ibu bapa mereka dan kaunselor akan mengikuti sesi kaunseling yang berikut. Kaunselor akan memberitahu pihak sekolah tentang masalah ini tanpa mendedahkan indentiti pelajar ini. Ini membolehkan guru disiplin sekolah menguatkuasakan peraturan sekolah supaya pelajar tidak dapat keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran pengetua sekolah dan setiap pelajar akan di awasi oleh guru sekolah di kawasan sekolah dan diluar kawasan sekolah. Dengan adanya undang undang ketat, masalah seksual dikalangan pelajar dapat di kawal daripada dipengaruhi pelajar lain di sekolah. Tahap berikut dalam sesi kaunseling adalah memberikan satu gambaran kepada klien sama ada perbuatan itu betul atau tidak . Ini adalah untuk menilai pandangan klien terhadap masalah yang dihadapi. Ia juga membolehkan klien berfikir dengan sendiri tentang hal ini.Kaunselor juga boleh mewujudkan kesedaran, hala tujuan dan matlamat kehidupan dan pendidikan. Memberikan kesedaran bahawa dia mempunyai keupayaan positaf untuk bergerak sebagai remaja yang biasa tanpa mengfikirkan masalah lama ini. Klien juga diberikan kesedaran supaya sentiasa sedar daripada perbuatan dahulu. Kaunselor juga menggalakkan klien membina semula kehidupan baru dan menerimanya sebagai pelajar biasa. Kaunselor memastikan klien tidak mengubah tingkah laku dan fikiran di mana kaunselor akan membuat perjanjian dengan klien supaya tidak berubah. Kaunselor mestilah membawa klien kepada satu pendekatan bahawa dia mementingkan pendidikan dan keluarganya tanpa mengirakan perkara seperti ini.Dengan adanya seperti ini klien tidak dapat mengfikirkan masalh lain dalam kehidupannya. Kaunselor juga mestilah berunding dengan ibu bapa mereka agar mereka dapat memberikanperhatian yang lebih kepada anaknya dan tidak menyerahkan tanggungjawab kepada pihak sekolah. Mereka mestilah memberi kasih sayang yang lebih kepada anak kerana melalui kasih sayang sesorang itu tidak akan mengpengaruhi masalah sosial. Mereka juga mestilah selalu mengawasi tingkah laku anaknya supaya boleh mengetahui masalah anaknya lebih awal. Pihak sekolah juga mestilah merancang satu program kepada pelajarnya dalam menguruskan hal seksual. Dengan kematangan seksual dan fizikal, remaja perlu

89

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

menggadungkan identiti dengan sikap yang diperlukan untuk menjadi perempuan . Imej diri mereka perlu di sesuaikan dengan rasa kewanitaan mereka. Selain itu mereka perlu tanam nilai- nilai murni berhubung kelakukan seksual mereka. Di samping cara cara ini kaunselor akan dapat mengatasi masalah di sekolahnya.

7.3.2

Masalah Kedua: Rakan Sebaya

Isu yang berikut yang dapat dicari dalam sekolah kaunselor ini ialah masalah rakan sebaya. Ia adalah masalah yang disering hadapi oleh pelajar sekolah. Satu sesi kaunseling kelompok telah dijalankan oleh kaunselor sekolah dengan klien yang terdiri daripada pelajar tingkatan dan rakannya. Daripada masalah ini timbul dua lagi masalah utama iaitu pelajar yang tidak boleh bekerjasama dengan rakannya dan pelajar yang tidak dapat menerima pandangan dan pendapatn rakan lain. Disebabkan dua perkara utama ini wujud masalah antara rakan sekolah. Pada pendapat saya masalah ini berpunca daripada rakan yang tidak mempercayai rakan mereka sendiri iaitu dari segi kemampuan dan kebolehan rakannya. Maka dia akan bertindak sendiri dan wujud satu hubungan persahabatan tidah faham memahami antara mereka. Ada juga yang mementingkan diri sendiri yang tidak mahu mengongsi maklumat dan pengetahuaannya. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka memperolehi daripada hasli usahanya sendiri dan ingin mendapat markah tinggi serta perhatian daripada guru. Sebab lain ialah mereka yang telah dibesarkan dalam keluarga yang tidak ada bekerjasama maka mereka tidak boleh bekerjasama dengan rakannya. Daripada ini timbulnya masalah tidak bekerjasama dengan rakannya. Masalah pelajar tidak boleh menerima pandangan dan pendapat rakan lain adalah berpunca tidak ada perasaan menghormati pandanagn rakan walaupun ianya salah. Rakan yang bersaing antara satu sama lain yang mengatakan bahawa pendapat mereka adalah betul walaupun salah tanpa menilai pendapat mereka. Maka di sini tidak ada kefahaman yang medalam dalam hubungan mereka. Mereka juga mempunyai perasaan ego dalan hati yang fikirkan mereka sahaja betul dan lain adalah salah. Semua individu mempunyai personaliti dan keindividuan yang tersendiri dan tidak semua individu mempunyai empati atau mempunyai kefahaman untuk memahami. Ad.a juga pelajar yang takfirkan pandangan dan pendapat rakannya dan berlaku bertentangan pendapat. Cara-cara masalah ini diselesaikan Mendedahkan klien kepada konsep diri di mana pelajar mestilah memahami dan mengenai diri sendiri dahulu. Dia juga mestilah mengenali kekuatan dan kelemahan dirinya supaya tidah timbul masalah dalam diri dan dapat menyesuaikan dirinya dalam apa apa keadaaan. Sesuatu hubungan baik hanya dapat dijalin dengan adanya memahami diri dahulu.Kalau sudah memahami diri maka boleh memahami orang lain

90

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

dengan mudah. Mengetahui kelemahan dan kekuatan rakannya supaya bertindak mengikut kemampuannya dan tidak akan merendahkan rakannya Memberi kesedaran kepada klien tentang hubungan persahabatan itu penting dan tidak hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Oleh itu, dalam hubungan persahabatan mesti ada aspek penting iaitu kepercayaan antara satu sama lain. Dengan adanya kepercayaan boleh mewujudkan suasana kerjasama dengan rakannya dan tidak dapat menyoalkan kemampuan lain dan percayai setiap insan mempunyai kebolehan dan kemampuan yang tersendiri. Klien mesti menyedari hal ini dari sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor. Pendedahkan perlu diberikan oleh kaunselor supaya menghormati rakan dan mendengar pandangannya walaupun salah supaya tidak merasakan rendahkan diri. Memberi kesedaran kepada klien tidak perlu ada persaingan dalam hubungan persahabatan kerana ia tidak membawa keuntungan. Perlulah membawa satu gambaran kepada klien bahawa setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza dan tidak sama dengan orang lain. Tidak semua mepunyai aspek empati di mana kebolehan merasai dengan betul apa yang dirasai oleh orang lain. Melalui gambaran itu, klien boleh memahami dan bertindak mengikut personaliti. Rakan yang bermasalah tentang latarbelakang tidak diasingkan, perlulah diterima dengan ikhlas dan memberikan masa untuk untuk berubah dan berkerjasama denganrakan lain. Memberi kesedaran kepada rakan bahawa dia mepunyai keupayaan positif dan mempunyai kekuatan supaya dia boleh bertindak mengikutnya. Klien juga perlu menyelesaikan sesuatu masalah dengan rakan melalui berbincang dengan rakannya dan tidak melihatkan pihak ketiga dalam masalah. Penyelesaian masalah ini akan menyedadkan mereka lebih memahami antara satu sama lain. Akhirnya perlu kaunselor perlu menekankan kepada klien untuk membina hubungan stabil dan produktif kerana rakan sebaya menjadi kemuncuk yang penting sewaktu awal dan pertengahan remaja. Melalui rakan sebaya atau kelompok kawan mengambarkan sebaik mana mereka dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat sosial dan psikologi.

7.3.3 Masalah Ketiga: Kerjaya


Masalah kerjaya merupakan isu yang dihadapi oleh pelajar di sekolah ini. Kaunseling Kerjaya telah kepada klien untuk mengenalpasti masalah dan punca masalah secara dalam. Klien tidak dapat menentukan kerjaya yang sesuai untuk dirinya dan masa depan. Ini menyebabkan dia keliru dalam membuat keputusan muktamad dalam kehidupannya. Punca masalah ini timbul kepada klien mempunyai minat dalam banyak bidang kerjaya sehinggatidak dapat menentukan kerjaya yang sesuai kepadanya selepas

91

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

tamatnya pendidikan. Ini menyebabkan dia tidak tahu apa hendak buat dan bagaimana hendak memilih satu kerjaya yang sangat sesuai dan diminati. Selain itu, desakan ibu bapa yang bercita cita berlainan dan klien tidak menyukai kerjaya itu. Dia mempunyai cita cita yang tersendiri tetapi dia tidak boleh menentukan samaada cita cita itu menjadi kerjaya pada masa depan. Cara cara masalah ini diselesaikan Kaunselor perlu mendedahkan klien kepada kesedaran diri. Dia perlu menyedari diri sendiri kehendak kehendaknya dalam hidupnya. Dia mestilah mengenai kekuatan, kegemaran dan kebencian peribadinya. Ini membolehkan pembinana pengetahuan diri dan mempunyai identiti keperibadian yang positif yang akan membantunya mebuat keputusan kerjaya seumur hidupnya. Membantu klien memahami konsep kendiri dan profil diri supaya memilih kerjaya yang sesuai dengan profilnya. Penerangan secara mendalam perlu diberikan kepada klien tentang dunia pekerjaan supaya dia boleh mnemahaminya sebelum memasuki. Klien juga diberitahu oleh kaunselor tentang kemahiran asas yang diperlukan untuk memasuki ke alam pekerjaan. Antaranya kemahiarannya ialah Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Kebolehan membaca dengan baik, Kebolehan menulis dengan terang dan jelas, Kemahiran berkomunikasi secara lisan, Kebolehan menimbang dan menyelesaika masalah, Kemahiran perorangan ( Interpersonal Skill ) yang baik, Memahami matematik asas, Pengetahuan sains dan teknologi asas, Pengetahuan dalam pengajian sosial dan ekonomi dan Etika kerja dan sikap positif . Pendedahkan ini akan memudahkan klien mengenali kemahiran yang perlu dalam alam pekerjaan. Klien boleh menyediakan dirinya dengan kemahiran mengikut alam pekerjaan yang diingin. Pencapaian klien dalam pendidikan juga penting kerana ia akan menentukan kelayakan yang perlukan dalam pekerjaan. Ia juga akan membantu klien untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan kelulusan akdemik. Selain itu, majikan juga akan menitikberatkan keputusan akdemik dan diikut yang lain.Oleh itu klien perlu mencapai keputusan akdemik yang cemerlang. Klien yang mempunyai minat dalam banyak bidang kerjaya dan tidak dapat menentukan kerjaya sesuai. Ujian minat kerjaya boleh digunakan oleh kaunselor untuk membantu klien mengetahui bidang kerjaya minat utama individu. Alat pengukuran Self Directed Search ( SDS ) digunakan untuk mengukur minat klien. Minat itu sangat penting kepada seseorang yang hendak bekerja kerana dengan minat dia akan berusaha bersungguh sungguh untuk mencapainya.Dengan keputusan yang diperolehi daripada ujian yang dijalankan ke atas klien maka bidang minat utama klien boleh diketahui. Ia akan memudahkan klien menunjukkna minat dalam bidang itu.

92

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

Ujian personaliti boleh dijalankan ke atas klien oleh kaunselor untuk mengenali ciri ciri personaliti klien dan ia juga adalah untuk mengetahui samaada ciri cirinya dimiliki bersesuaian dengan bidang kerjaya minat utama klien. Ini adalah untuk mewujudkan keselarasan individu di mana kelarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitran di mana individu tersebut bekerja. Stabiliti klien juga tidak akan ke arah pertukuran kerjaya dan merasakan stabilan jika masalah wujud. Kaunselor juga perlu membekalkan maklumat kerjaya yang sesuai dan tepat untuk klien. Ia boleh dibahagiakan kepada 2 bahagian iaitu maklumat mengenai kerjaya dan maklumat dalam pekerjaan. Dengan ini klien boleh mengenali kerjaya secara dalam.Klien juga perlu mengetahui samaada kerjaya yang dipilih itu mempunyai peluang pekerjaan yang baik dan bersesuaian dengan kelayakan akdemiknya. Klien perlu disedarkan bahawa diaperlu dimiliki kerjaya mengikut minatnya sendiri , kelayakan dan personaliti dan bukan dipilih oleh orang lain. Ini akan mewujudkan tidak puas hati dengan pekerjaan , tidak minat untuk bekerja dan mewujudkan banyak masalah yang menjelaskan majikan dan imej sendiri. Sekolah perlulah menyediakan satu pusat kerjaya di sekolah untuk memudahkan pelajar mengetahui dan mengenali dunia pekerjaan sebelum menceburi. Maklumat yang diperolehi memudahkan pelajar mengenali minat yang dimiliki dan boleh membuat persediaan yang awal dari segi personaliti dan kelayakan akdemiknya.

7.3.4

Masalah Keempat: Ponteng Sekolah

Salah satu masalah yang dihadapi oleh sekolah ialah ponteng sekolah. Mereka tidak ke hadiri ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan. Pelajar perempuan ini biasanya berkelompok di luar kawasan sekolah dan keluar teman lelakinya atau kawan kawannya tanpa diketahui oleh sesiapa. Dengan berkelompok mereka melakukan banyak aktiviti sepanjang tempoh ponteng dengan bersama. Faktor kepada gejala ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya. Pelajar biasanya dipengaruhi oleh rakan rakan yang lain untuk ponteng sekolah di mna rakannya merupakan kaki ponteng. Ini telah menyerahkan lagi peluangnya untuk mengikut rakannya. Kegiatan yang dilakukan ketika ponteng telah mempengaruhi rakan yang mendengarnya dan menggalakkan rakan lain untuk mengikut. Ibu bapa juga memainkan peranan dalam ini. Kesibukan bekerja dan mengejar kemewahan membuatkan ibubapa tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya kepada anaknya. Daripada kemewahan yang dibolehi menyebabkan merekan tidak bersungguh sungguh dalam menuntut ilmu disekolah. Mereka beranggapan kemewahan ibubapa sudah cukupi untuk mereka. Ibu bapa yang langsung tidak menyedari anak anak mereka tidak menyedari tidak ke sekolah dan melakukan kegiatan ponteng ini. Ibu bapa pula hanya mengambil sikap lepas tangan dan menyerah anaknya kepada pihak sekolah untuk memberi nasihat dan kaunseling.

93

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

Kurang minat pada pelajaran oleh pelajar walaupun Kementerian Pendidikan telah memasuki matapelajaran yang baru dalam sukatan pelajaran.Ia telah telah gagal menarik perhatian pelajar untuk mepelajarinya.Tindakan ponteng banyak membawa keburukan kepadanya di mana menyebabkan mereka ketinggalan dalam topik topik utama dalam menghadapi peperiksaan awam. Seterusnya mereka menjamun masa depan yang lebih baik hanya kerana mencari keseronokan sementara. Kewujudan pusat hiburan harian elektronik dan berkomputer telah m,enyebabkan pelajar mengambil kesempatan untuk menghabiskan masa ponteng sekolah. Pihak pengusaha pusat permaianan juga mengambil peluang mengaut keuntangan daripada pelajar seperti ini. Cara cara masalah ini diselesaikan Bagi menarik minat para pelajar ponteng sekolah, beberapa program yang lebih menarik dan berkesinambungan serta mempunyai matlamat yang lebih jelas masa hadapan perlu dibentuk. Program sperti Pra Rakan Muda yang diusahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan menarik pelajar yang bermasalah. Kaunselor sekolah perlu menggunakan pendekatan yang lebih praktikal untuk mengatasi masalah pelajar. Berbincang dengan pelajar bukan pelajar yang bermasalah tetapi secara umum dan membertahu keburukan yang akan dihadapi daripada masalah ini. Berunding dengan ibu bapa pelajar supaya mereka akan memberi lebih perhatian kepada anaknya Anaknya juga akan mendapat kata kata perangsang dari ibu bapa bagi membakar semula semangat mereka untuk terus belajar dan terus berusaha.Ini menyebabkan mereka melupakan kegiatan ponteng sekolah apabila mereka tahu bahawa ibu bapa mereka ada bersama mereka yang memperhatikan dan memberikan sokongan .

7.3.5 Masalah Kelima: Peperiksaan


Masalah klien telah dikenalpasti iaitu menghadapi peperiksaan . Klien akan menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dalam masa 6 bulan akan datang . klien sangat gelisah,takut dan bimbang menghadapi peperiksaan ini.Dia belum sedia menghadapi peperiksaan ini. Klien sudahpun membuat kesimpulan bahawa dia akan gagal dalam peperiksaan ini. Puncanya ialah klien tidak boleh membaca dan memahami pelajaran dengan betul dan mudah. Ini menyebabkan dia risau dalam pemahamannya dalam pelajaran walaupundia membaca beberapa kali dia tidak dapat memahaminya dengan betul. Dalam membuat sesuatu karangnya dia tidak dapat menulis mengikut tajuk dan selalu terkeluar tajuk dan gagal dalam peperikssan sekolah. Klien juga tidak tahu teknik menjawab soalan - soalan peperiksaan dengan jaeapan berkesan. Dalam peperiksaan sekolah dia mendapat markah rendah kerana ini. Dia

94

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

juaga tidak dapat membahagikan masa untuk setiap mata pelajaran dengan baik. Ini menyebabkn dia ketinggalan salah satu subjek kerana masanya. Dia juga tidak dapat membuat nota ringkas denga mudah. Cara cara masalah ini diselesaikan Selepas penerokaan kepada masalah dan mengenai punca masalahnya. Cara yang digunakan ialah menerangkan klien tentang fikiran kerana dia tidak terlambat dan masa untuk membaiki. Klien gelisah, takut dan risau akan melaemahkan semangat sebagai pelajr. Bersemangatkan klien supaya dia dapat menguatkan perasaan dan lahirnya perasaan postif. Keputusan tidak boleh dibuat sebelum menduduki peperiksaan dan mestilah mempunyai satu matlamat baik sebelum menduduki peperiksaan supaya mendapat keputusan cemerlang. Klien mestilah digalakan membuat banyak nota ringkas dengan sendiri. Klien mestilah membaca beberapa sehingga dia memahami dan kemudian dia membuat nota ringkas dengan cara sendiri. Ini akan memudahkan pemahamannya setiap kali dia membaca nota ringkasnya. Nota ringkas mestilah dibuat mengikut caranya kerana dia akan membacanya.Nota ringkas ialah fakta yang difahami daripada bacaannya dan membuat nota ringkas daripada fahamannya sertaia mestilah betul. Klien mestilah mengetahui teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul kerana ia sangat penting. Dia boleh mengetahui daripada guru sekolah , buku buku soalan peperiksaan lepas dan mendapat bantuan daripada kawan sekolah cemerlang dalam peperiksaan. Kaunselor perlulah mendedahkan kepda klien bahawa kaedah yang paling baik perlu diamalkan. Seperti menggunakan soalan peperiksaan adalah baik kerana mempunyai teknik jawab yang diperlukan oleh pelajar dan cara menjawab dengan berkesan serta markah yang akan diperolehi. Kaunselor juga menyedarkan klien untuk membaca soalan peperiksaan beberapa kali dan memahaminya kehendak soalan dan barulah menjawab solan dengan menggunakan jawapan yang betul dan berkesan. Kaunselor juga perlu memberikan cara cara klien boleh membahagikan masa untuk setiap subjek dan memdisiplinkan diri untuk mematuhinya setiap kali. Klien membahagikan masa dengan membuat jadual sendiri di rumah. Klien mestilah mengulangkaji semua mata pelajaran dan bukan memilih matapelajaran yang diminati sahaja. Klien juga boleh mengulangkaji dengan kawan secara berkumpul kerana ia akan menambahkan mamahami dengan menanyakan dan diikut dengan penerangan. Kaunselor boleh berunding dengan guru guru untuk membantu pelajar yang bermasalah dalam pelajaran untuk membuat ulangkaji dengan pelajar. Ini akan menambahkan ilmu pengetahuan dengan perbincangan.

95

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan UPM

ideal -

Kaunselor boleh bekerjasama dengan pihak sekolah mengadakan program motivasi kepada pelajar- pelajar sebelum menghadapi peperiksaan.ia akan menambahkan semangat kepada pelajar. Kesimpulannya, mengenalpasti masalah di sekolah dan menggunakan cara cara ini untuk menyelesaikan masalah akan mengatasi masalah darpada menjadi masalah besar. Kaunselor boleh mengunakan jalan penyelesaian ini untuk membantu pelajar kepada jalan betul dan menyedarikannya daripada masalah yang dihadapi.

7.4
1. 2. 3.

Aktiviti
Berdasarkan temubual bersama kaunselor dalam unit ini, berikan pandangan anda mengenai peranan kaunselor. Pada pandangan anda, bagaimanakah anda akan menyelesaikan masalahmasalah utama para pelajar yang disebutkan dalam unit ini. Selain daripada permasalahan utama pelajar yang disebut dalam unit ini, pada pandangan anda apakah permasalahan-permasalahan lain yang sering dihadapi oleh pelajar. Bincangkan cara anda mengatasi permasalahanpermasalahan tersebut.

96

You might also like