You are on page 1of 4

2.1 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896.

Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Geneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi. Pada pandangan Jean Piaget, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan ialah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak Piaget telah mengemukakan satu teori untuk menghuraikan bagaimana proses pemikiran berkembang dari masa kecil sehingga ke dewasa. Teori perkembangan kognitif Jean Piaget adalah salah satu teori yang menjelaskan bagaimana kanak-kanak menginterpretasikan objek dan kejadiankejadian sekitarnya. Bagaimana kanak-kanak mempelajari ciri-ciri dan fungsi dari objek-objek seperti mainan, perabot, dan makanan serta objek-objek sosial seperti diri, orang tua dan teman. Bagaimana cara kanak-kanak mengelompokkan objek-objek untuk mengetahui persamaan-persamaan dan perbezaan-perbezaannya, untuk memahami penyebab terjadinya perubahan dalam objek-objek dan perisiwa-peristiwa dan untuk membentuk perkiraan tentang objek dan peristiwa tersebut. Jean Piaget percaya fungsi kecerdasan adalah untuk membantu menyesuaikan diri iaitu adaptasi kanak-kanak terhadap persekitaran. Fokus penyesuaian adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang dilihat bersama-

sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap persekitaran. Dengan meningkatnya kecerdasan pembelajaran dan kematangan menjadi kanak-kanak, kedua-dua percaya dan manifestasinya berbeza-beza. Piaget

perkembangan berlaku dalam tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui equilibration iaitu penyeimbangan, keadaan yang menyebabkan kanak-kanak mencari suatu keseimbangan di antara apa yang dialami dalam persekitaran dengan proses dan struktur kognitif yang dihadapinya. Menurut Jean Piaget, proses keseimbangan iaitu asimilasi dan akomodasi berkaitan antara perubahan dengan perkembangan kognitif. Asimilasi dari sudut biologi adalah integrasi antara elemen-elemen eksternal (dari luar) terhadap struktur yang sudah lengkap pada organisme. Asimilasi kognitif meliputi objek eksternal menjadi struktur pengetahuan internal. Proses asimilasi ini didasarkan atas kenyataan bahawa setiap saat manusia selalu mengasimilasikan informasiinformasi yang sampai kepadanya, kemudian informasi-informasi tersebut dikelompokkan ke dalam istilah-istilah yang sebelumnya telah mereka ketahui. Manakala akomodasi adalah menciptakan langkah baru atau memperbaharui atau menggabung-gabungkan istilah lama untuk menghadapi cabaran baru. Akomodasi kognitif bermaksud mengubah struktur kognitif yang telah dimiliki sebelumnya untuk disesuaikan dengan objek stimulus eksternal. Jika pada asimilasi berlaku perubahan pada objeknya, maka pada akomodasi perubahan terjadi pada subjeknya, sehingga ia dapat menyesuaiakan diri dengan objek yang ada di luar dirinya. Struktur kognitif yang sudah ada dalam diri seseorang mengalami perubahan supaya sesuai dengan rangsanganrangsangan objeknya. Jean Piaget membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap iaitu sensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Tahap sensori motor bermula sejak lahir hingga kanak-kanak berumur dua tahun. Menurut Piaget, kanak-kanak pada tahap ini lebih berfokus terhadap apa yang dipersepsikan melalui deria. Bayi tidak mempunyai deria terhadap pengekalan objek, iaitu suatu keadaan di mana objek-objek memang wujud walaupun tidak dapat dipersepsikan oleh bayi. Pada akhir tahap ini, iaitu dalam

lingkungan 18 hingga 24 bulan, kanak-kanak mula menunjukkan tanda-tanda representasi iaitu representasi dalaman terhadap rangsangan luaran. Pada masa ini, kanak-kanak mula memikirkan tentang orang dan benda tetapi tidak semestinya dapat mempersepsi pada masa tersebut. Ini adalah masa peralihan kepada tahap praoperasi seseorang kanak-kanak. Pada tahap praoperasi, iaitu umur dalam lingkungan dua tahun hingga lebih kurang enam atau tujuh tahun kanak-kanak mula membina representasi mental secara dalaman dengan aktif yang telah mula beroperasi pada akhir tahap sensori motor. Dengan adanya pemikiran representasi maka muncul komunikasi verbal. Namun, komunikasi tersebut lebih egosentrik. Pada tahap ini kanak-kanak akan bercakap mengikut mindanya dengan tidak mempedulikan apa yang disebut oleh orang lain. Pada tahap ini juga, keupayaan kanak-kanak untuk memanipulasikan konsep masih terhad. Kanak-kanak memberi tumpuan pada satu aspek yang dapat dilihat daripada objek atau situasi yang disebut centration. Pada tahap ini banyak perubahan perkembangan berlaku. Kanakkanak semakin aktif dan mengalami pelbagai ujian, bereksperimen dengan menggunakan bahasa dan objek atau benda di persekitarannya. Tahap operasi konkrit bermula pada umur tujuh atau lapan dan sehingga 11 tahun atau 12 tahun. Kanak-kanak dapat memanipulasi dan membentuk representasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti komputer, perabot dan sebagainya. Dalam eksperimen konservasi kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanak-kanak dapat mengabadikan dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek atau benda-benda lain. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera seperti rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-lahan mereka membentuk peraturan dan skema dalaman tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku. Seterusnya, mereka akan menggunakan skema dalaman untuk memberi panduan tentang penakulannya daripada bentuk luaran sahaja. Kanak-kanak pada tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit

untuk mengesan dan mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Tahap yang terakhir ialah tahap operasi formal yang bermula pada umur 11 tahun atau 12 tahun dan seterusnya. Tahap ini melibatkan operasi mental pada tahap yang abstrak dan simbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit. Kanak-kanak memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Selain itu, kanak-kanak ini dapat membentuk dan mencari untuk mewujudkan representasi mental pada situasi yang dihadapinya dengan logik. Oleh itu, perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap demi tahap. Bagi Piaget, tahap-tahap ini berlaku pada usia yang sama bagi kanak-kanak. Setiap tahap berlaku dalam bentuk yang sama dan tidak berubah-ubah. Apabila kanak-kanak memasuki tahap baru, kanakkanak memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang dikenal pasti dalam tahap berkenaan dengan nyata dan berkesan.