You are on page 1of 2

LAPORAN AJK MAKANAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6 Penanda Aras Guru Cemerlang

Pada 23 September 2013 yang lalu, seramai 20 orang guru pelatih PISMP Pengajian Melayu IPG Kampus Perlis telah mengadakan program Bina Insan Guru Penanda Aras Guru Cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Lawatan kali ini melihat proses-proses dalam perkhidmatan bagi mencapai status guru cemerlang di sekolah tersebut iaitu Puan Badariah binti Ahmad.

AJK Makanan yang dianggotai seramai dua orang iaitu Mohd Safwan bin Alias dan juga Nurzawani binti Mhd Fakhruddin telah menjalankan tugas sebelum hari program lagi dalam penyediaan menu dan juga makanan seharian kepada guru cemerlang dan juga guru-guru pelatih yang terlibat dalam program BIG pada kali ini. Setelah perbincangan bersama ajk makanan yang terlibat, kami memutuskan memilih kantin sekolah berkenaan sebagai premis yang bertanggungjawab menyediakan

makanan seharian kami sepanjang program terbabit. Beberapa sesi perbincangan antara pihak guru pelatih dan juga pengusaha kantin telah dijalankan yang melibatkan penyediaan menu, harga dan juga pembayaran makanan.

Pada pagi hari program tersebut, kami telah dijamu makanan berupa nasi goreng, kuih sagu dan air teh panas. Oleh sebab kekangan masalah yang tidak dapat dielakkan, kumpulan kami tiba lewat di SMK Permatang Pasir. Justeru, sarapan kami dibawa ke waktu makan tengah hari.

Kesimpulannya, kami AJK Makanan telah menimba banyak pengalaman dalam mengendalikan makanan pada program BIG bagi semester ini. Semuanya menjadi panduan kami dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru dalam menerima pelbagai jenis tugasan bagi menguruskan organisasi kelak.

Yang menjalankan tugas, (NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN) Ketua AJK Makanan, BIG Fasa 6, Kumpulan Pengajian Melayu C, IPG Perlis.

24 September 2013