P. 1
Folio Geografi(VIKNESH)

Folio Geografi(VIKNESH)

3.0

|Views: 2,500|Likes:
Published by viknesh the king

More info:

Published by: viknesh the king on Jul 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2009

Tajuk kajian: PETEMPATAN DI KAWASAN KG. SELAYANG BARU DAN PERBANDINGANNYA DENGAN KAWASAN LAIN (WOODLAND, SINGAPURA)

ISI KANDUNGAN
Tajuk Isi Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian 1. Jenis dan pola petempatan 2. Faktor yang mempengaruhi petempatan 3. Fungsi petempatan 4. Masalah petempatan 5. Langkah mengurangkan masalah petempatan Rumusan Rujukan Lampiran i ii 1 2 3 4-7 8-9

10-12 13-14 15 16-17 18-19 20-21 22 23

Penghargaan
Saya Mohamad Azmeer Bin Abdul Jabir ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru geografi saya iaitu, Puan Teo Gee Seow yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini. Sekalung penghargaan kepada ibu bapa saya iaitu Abdul Jabir bin Wazir Khan Fatahudin yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Tidak ketinggalan juga , kepada kawan-kawan saya iaitu Muhammad Sarifudin, Muhammad Firman Hadi, Muhammad Zulfikar, Muhammad Aris dan Ameirul Hafizi yang telah memberi tunjuk ajar dan tanpa mereka, folio ini mungkin tidak dapat di siapkan dengan sempurna. Mereka juga telah memberi banyak maklumat mengenai kerja kursus ini. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung terutamanya penduduk di Jalan 29, Selayang Baru yang telah pun memberikan kerjasama berkongsi maklumat dalam melengkapkan kajian ini.

Pendahuluan
Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk ‘Petempatan di kawasan Selayang Baru dan perbandingannya dengan kawasan lain (Woodland, Singapura)’ sebagai memenuhi keperluan kerja kursus Geografi PMR 2009 saya. Tempoh masa kajian yang telah diambil oleh saya untuk menyelesaikan tugasan ini ialah selama 2 bulan lebih. Saya telah memilih Selayang Baru, Selangor sebagai kawasan kajian kerana pemilihannya dilihat dapat memenuhi tema kajian yang saya jalankan. Di kawasan Selayang Baru terdapat pelbagai jenis petempatan yang menyumbang kepada kepelbagaian fungsi sebagai sesebuah kawasan petempatan. Selain itu, Selayang Baru juga terletak berhampiran dengan kawasan sekolah saya yang sekaligus memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini. Sementara itu, saya juga telah membuat perbandingan tentang petempatan di Selayang Baru dengan petempatan di Woodland, Singapura. Saya memilih Woodland, Singapura sebagai negara bandingan kerana saya ingin membandingkan petempatan di Malaysia dengan petempatan di sebuah negara yang lebih kecil seperti di Singapura.

Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini adalah untuk:  Mengkaji jenis dan pola petempatan Selayang Baru dan perbandingannya dengan Woodland, Singapura.  Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pola petempatan di kedua-dua buah kawasan.  Menghuraikan fungsi petempatan di Selayang Baru dengan perbandingannya di Woodland, Singapura.   Menghuraikan masalah-masalah petempatan di Selayang Baru. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan di Selayang Baru dan perbandingannya, Woodland, Singapura.  Menerapkan nilai-nilai dan unsur-unsur patriotisme terhadap kawasan Selayang Baru.

Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang telah saya pilih ialah Kg.Selayang Baru, Selangor. Kg.Selayang Baru bermula pada tahun 1965 dengan penempatan semula penduduk daripada beberapa buah kampung seperti Kg. Sg. Baru, Kg. Bharu, Kg. Keramat, Kg. Paintai, Kg. Kerinci, Kg. Konggo, dan Kg. Siam. Kg. Selayang Baru ini telah di pengerusikan oleh Hj, Mohammad bin Saadon dan mempunyai dua bahagan pentadbiran politik iaitu Parlimen Selayang dan Gombak. Berdasarkan hasil bancian penduduk pada tahun 2000, Kg. Selayang Baru ini memiliki jumlah penduduk seramai 164, 812 orang. Penduduk di Kg. Selayang Baru ini terdiri dari berbilang kaum dengan majoriti penduduknya ialah orang Melayu iaitu 60%, diikuti dengan kaum-kaum lain seperti Cina 25%, India 10% dan Lain-lain 5%. Bentuk muka bumi di sekitar Kg. Selayang Baru ialah kawasan tanah pamah. Hal ini kerana, Kg. Selayang Baru pada peringkat awalnya ialah sebuah tapak lombong bijih timah yang diliputi sebanyak 40% dan selebihnya adalah hutan pokok getah. Namun kini, Kg. Selayang Baru telah pesat membangun dengan bangunan kediaman dan rumah kedai selain dari tapak-tapak kerajaan dan kawasan perumahan baru. Lokasi Kg. Selayang Baru terletak tengah-tengah daerah Gombak, Selangor dan besempadan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sebelah selatannya. Pekan yang terdekat dengan kawasan kajian ialah Selayang Centre Point yang terletak lebih kurang 1 km dari kawasan kajian. Jarak relatif dari bandar Selayang Centre Point ke Kg. Selayang Baru dengan berjalan kaki ialah 15 minit sementara tempoh masa 5 minit diambil beserta kos sebanyak RM0.50 sekiranya menggunakan perkhidmatan bas Metro.

Kaedah Kajian
Bagi mendapat maklumat dan data yang diperlukan untuk kajian ini, beberapa kaedah telah saya gunakan iaitu: 1. Pemerhatian Saya dan beberapa orang rakan sekelas telah menjalankan permerhatian terhadap petempatan penduduk di Jalan 29, Selayang Baru pada 20 Jun, 2009. Antara aspek-aspek yang diperhatikan ialah jenis-jenis perumahan dan bangunan yang terdapat di kawasan tersebut beserta dengan bilangannya. 2. Temu bual Saya besama beberapa orang rakan sekelas telah menemubual 4 orang penduduk di Kg. Selayang Baru tentang sejarah dan jenis pekerjaan penduduk di Kg. Selayang Baru. Melalui maklumat lisan yang diperolehi, ia dapat menambahkan koleksi maklumat dan data yang dikumpul untuk tujuan kajian geografi tempatan ini serta menjimatkan masa. 3. Rujukan Saya telah membuat rujukan mengenai negara bandingan iaitu Singapura di perpustakaan sekolah. Saya juga telah banyak merujuk kepada buku rujukan serta buku teks Geografi Tingkatan 2 dan 3 untuk menulis dapatan kajian. Di samping itu, saya juga telah membuat rujukan pada nota yang telah diberi oleh guru tentang nama dan sejarah Kg. Selayang Baru

4. Melayari Internet Dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, saya telah melayari beberapa buah laman web untuk mendapatkan peta negara Singapura serta memperoleh maklumat tambahan berkaitan dengan Singapura.

Dapatan Kajian
1. Jenis dan pola petempatan a) Kg. Selayang Baru Jenis petempatan di Kg. Selayang Baru ialah bandar kerana ia terletak behampiran dengan Bandaraya Kuala Lumpur dan dapat dihubungkan dengan jalan-jalan raya utama seperti Jalan Kuching, Jalan Rawang dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Selain itu, Kg. Selayang Baru juga dikategorikan sebagai bandar kerana terdapat pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jaringan pengangkutan, sekolah, balai raya, kolam renang awam dan sebagainya. Bagi pola petempatan pula, Kg. Selayang Baru mempunyai pola petempatan yang berpusat tetapi tidak terancang. Kediaman penduduk dibina rapat dan padat dengan susun aturnya berlapis-lapis. Rumah dan bangunan dibina bertumpu di sekeliling bangunan penting seperti sekolah dan surau yang memudahkan akses penduduk untuk ke tempat tersebut. Oleh itu, saya sebagai salah seorang penduduk di Kg. Selayang Baru berasa bangga dan bersyukur kerana Kg. Selayang Baru mempunyai kawasan petempatan yang berpusat dan semakin membangun ini. Sementara itu, berdasarkan hasil pemerhatian yang dibuat di sepanjang Jalan 29, Kg. Selayang Baru, terdapat pelbagai jenis bangunan dan rumah yang telah dibina seperti rumah banglo setingkat dan dua tingkat, rumah kedai setingkat

dan dua tingkat, rumah kayu dan lain-lain jenis bangunan. Hasil pemerhatian yang lebih terperinci dapat dilihat pada jadual di muka surat seterusnya.

Jenis bangunan Banglo setingkat Banglo dua tingkat Rumah kedai setingkat Rumah kedai dua tingkat Rumah kayu Lain-lain Jumlah

Bilangan (buah) 5 15 12 30 5 2 69

Peratus (%) 7 22 17 44 7 3 100

Darjah (°) 25 79 61 158 25 12 360

Sumber : Pemerhatian sendiri Jadual 1 : Jenis bangunan di sepanjang Jalan 29, Selayang Baru

b) Woodland, Singapura Jenis petempatan di Woodland, Singapura juga ialah bandar kerana sama seperti di Kg. Selayang Baru, pelbagai jenis kemudahan awam turut terdapat di Woodland. Contoh yang terbaik ialah kemudahan jaringan pengangkutan seperti stesen MRT (Mass Rapid Transport) yang menghubungkan antara satu tempat ke satu tempat selain kemudahan-kemudahan seperti sekolah, pusat membeli-belah dan kawasan rekreasi. Bagi pola petempatan pula, Woodland mempunyai pola petempatan yang berpusat, yakni kediaman penduduk dibina rapat dan padat. Namun begitu, Woodland mempunyai pola petempatan berpusat yang terancang, berbeza dengan Kg. Selayang Baru. Pembangunan di Woodland ditumpukan pada bahagian tengah, selatan dan timur kawasan tersebut manakala kawasan perumahannya terdapat di bahagian utara. Di sini, kebanyakan rumah-rumah yang dibina adalah dari jenis rumah pangsa dan kondominium.

2. Faktor yang mempengaruhi petempatan a) Kg. Selayang Baru • Sejarah Petempatan di Kg. Selayang Baru dipengaruhi oleh faktor sejarah melalui aktiviti penempatan semula 38 buah keluarga dari beberapa buah kampung ke Kg. Selayang Baru pada 12 Julai, 1965. Dalam tempoh dua tahun awal pemindahan, Kg. Selayang Baru hanya dibekalkan dengan kemudahan awam seperti paip air awam, sebuah surau dan perkhidmatan bas. Kemudahan awam yang lain seperti sekolah, dewan orang ramai, bekalan air dan elektrik, jalan berturap, pasar harian dan klinik telah mula dibina secara berperingkat-peringkat. Oleh sebab itu, Kg. Selayang Baru memiliki petempatan yang berpusat namun tidak terancang. • Kegiatan ekonomi Kegiatan ekonomi penduduk di Kg. Selayang Baru turut mempengaruhi petempatan di kawasan ini.Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di Kg. Selayang Baru terutamanya kegiatan perniagaan Di samping itu, selain bidang perniagaan, sebahagian penduduk Kg. Selayang Baru juga turut terlibat dalam bidang perkhidmatan seperti menjadi guru di sekolah-sekolah yang terletak di dalam kawasan kajian ini.

b) Woodland, Singapura • Bentuk muka bumi Di Woodland, Singapura, petempatan penduduknya dipengaruhi oleh bentuk muka bumi yang terdiri daripada tanah pamah yang rata. Hal ini membolehkan Singapura untuk membina petempatan-petempatan yang tinggi seperti kondominium dan rumah pangsa serta bangunan-bangunan pencakar langit. • Dasar kerajaan Petempatan di Woodland, Singapura yang berpusat dan terancang juga turut dipengaruhi oleh dasar kerajaannya yang mengehadkan bilangan rumahrumah yang dibina. Hal ini kerana ketiadaan kawasan tanah yang mencukupi untuk membina lebih banyak rumah kepada penduduk-penduduk Singapura. Di samping itu, ia juga menyebabkan setiap petempatan di Singapura harus dirancang dengan lebih teliti terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang pembaziran terhadap penggunaan tanah di negara yang kecil itu. Selepas menjalankan kajian ini, saya mendapati bahawa penempatan dan pemilikan rumah di Malaysia adalah lebih mudah berbanding di Singapura. Oleh yang demikian, saya sebagai rakyat Malaysia berasa bersyukur kerana berpeluang menikmati kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan ini

3. Fungsi petempatan

a) Kg. Selayang Baru Fungsi utama petempatan di Kg. Selayang Baru adalah sebagai bandar perniagaan kerana rata-rata penduduknya terlibat dalam bidang perniagaan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan hasil pemerhatian yang diperolehi dengan jumlah rumah kedai dua tingkat yang mewakili peratusan tertinggi dalam jenis bangunan yang terdapat di sepanjang Jalan 29, Selayang Baru. Contoh-contoh premis perniagaan yang terdapat di kawasan ini adalah seperti bengkel membaiki kereta, kedai perabot, kedai alat-alat tulis dan lain-lain. Selain bidang perniagaan, sebahagian penduduk Kg. Selayang Baru juga turut terlibat dalam bidang perkhidmatan seperti menjadi guru di sekolah-sekolah yang terletak di dalam kawasan kajian ini. b) Woodland, Singapura Petempatan di Woodland, Singapura juga berfungsi sebagai bandar perniagaan. Namun ia lebih komersial kerana kawasan tersebut dibangunkan dengan mempunyai zon komersialnya tersendiri seperti di Woodland Square. Di Woodland Square terdapat sebuah tanah lapang yang menjadi lokasi sambutan pelbagai acara mega serta turut menempatkan sebuah pusat membeli-belah, Causeway Point yang merupakan antara yang terbesar di Singapura. Bangunan Causeway Point setinggi tujuh tingkat pastinya mampu menempatkan bilangan premis perniagaan yang banyak seterusnya telah membantu fungsi Woodland sebagai sebuah bandar perniagaan.

Selepas membandingkan fungsi petempatan di Kg. Selayang Baru dengan Woodland, Singapura, saya berasa lebih bangga dan bersemangat untuk berkhidmat membangunkan negara saya, Malaysia ke arah yang lebih maju dan moden. 4. Masalah petempatan a) Kg. Selayang Baru • Paip air utama yang lama dan pecah Bekalan air di Kg. Selayang Baru kerap kali terputus disebabkan oleh paip air utamanya yang pecah. Lebih memburukkan keadaan lagi, paip ini kadangkala akan pecah di tempat yang sama walaupun setelah dibaiki. • Keadaan longkang yang lama dan bersaiz kecil Longkang-longkang yang ada di Kg. Selayang Baru ini telah berusia lebih dari 40 tahun dan kebanyakan longkang Monsun yang ada bersaiz kecil dan tidak dalam. Akibatnya, longkang ini tidak dapat mengalirkan air hujan dengan sempurna apabila hujan lebat dan menyebabkan berlakunya banjir kilat. b) Woodland, Singapura • Kesesakkan lalulintas Singapura merupakan sebuah negara yang berpenduduk padat tetapi mempunyai saiz jalan raya yang kecil. Masalah yang sering dihadapi ialah kesesakkan lalulintas apabila penduduk menggunakan kenderaan masing-masing

di jalan raya. Saiz jalan rayanya yang kecil menyukarkan pergerakan lalulintas yang lancar di kawasan tersebut. • Kekurangan tempat tinggal Singapura juga turut menghadapi masalah kekurangan tempat tinggal. Kekurangan tanah untuk membina bangunan baru menyebabkan kesukaran kepada negara tersebut untuk menyediakan tempat tinggal bagi menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah. Oleh itu, saya amat bersyukur dilahirkan di Malaysia kerana walaupun mengahadapi beberapa masalah petempatan, tetapi saya masih lagi berpeluang mempunyai tempat tinggal yang luas dan selesa.

5. Langkah mengurangkan masalah petempatan a) Kg. Selayang Baru • Menukar paip air utama yang baru Bagi mengatasi masalah paip air utama yang lama dan pecah, saya mencadangkan agar saluran paip air utama di keseluruhan kawasan Kg. Selayang Baru ini ditukar dengan yang baru kerana paip air yang ada sekaranag telah berusia lebih 40 tahun. • Menukar longkang yang baru Bagi mengatasi masalah longkang yang lama dan kecil, saya mencadangkan agar semua longkang-longkang yang ada supaya ditukar dengan yang baru dan bersaiz besar. Longkang-longkang itu juga perlulah dibina dengan tembok konkrit agar tanah tidak roboh dan memecahkan longkang. b) Woodland, Singapura • Menggunakan pengangkutan awam Oleh kerana saiz jalan raya di Singapura, salah satu alternatif yang boleh diambil ialah dengan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti MRT (Mass Rapid Transport) dan perkhidmatan bas. Dengan langkah ini, jumlah kenderaan di jalan raya yang kecil dapat dikurangkan dan masalah kesesakan lalu lintas dapat diselesaikan. • Membina lebih banyak rumah pangsa berkos rendah

Punca utama kekurangan tempat tinggal adalah kerana kekurangan tanah untuk dibina penempatan. Oleh itu, lebih banyak rumah pangsa berkos rendah haruslah dibina kerana pembinaannya dapat menjimatkan kawasan tapak tanah di samping membolehkan lebih ramai penduduk memiliki kediaman mereka sendiri. Melalui perbandingan terhadap langkah penyelesaian masalah penempatan antara kawasan kajian saya, Kg. Selayang Baru dengan Woodland, Singapura, saya berasa lebih bertuah dan bersyukur kerana dapat tinggal di Kg. Selayang Baru. Hal ini kerana Kg. Selayang Baru tidak mengalami masalah yang serius yang sukar diatasi berbanding di Woodland, Singapura.

Rumusan
Di akhir kajian geografi tempatan yang saya jalankan, saya dapat merumuskan bahawa petempatan di Kg. Selayang Baru dan negara bandingannya iaitu Woodland, Singapura mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Kedua-dua lokasi kajian dikategorikan sebagai bandar namun mempunyai pola petempatan yang berbeza. Kg. Selayang Baru mempunyai pola petempatan yang berpusat tetapi tidak terancang manakala Woodland, Singapura pula mempunyai pola petempatan yang berpusat dan terancang. Petempatan di kedua-dua lokasi juga turut dipengaruhi oleh faktor-faktor yang tersendiri seperti faktor sejarah dan kegiatan ekonomi yang mempengaruhi petempatan di Kg. Selayang Baru manakala petempatan di Woodland, Singapura pula dipengaruhi oleh faktor bentuk muka bumi dan dasar kerajaannya. Sungguhpun begitu, kedua-dua petempatan ini mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai bandar perniagaan, dengan fungsi perniagaan yang lebih komersial terdapat di Woodland, Singapura. Akhir sekali, kedua-dua petempatan juga turut mempunyai masalah dan langkah penyelesaian masingmasing. Kg. Selayang Baru berdepan dengan masalah paip utama yang lama dan pecah serta masalah longkang yang lama dan kecil. Kedua-dua masalah ini dapat diselesaikan dengan menggantikan paip air dan longkang yang lama itu. Manakala di Woodland, Singapura pula, penduduknya berdepan dengan masalah yang lebih serius seperti kesesakkan lalu lintas dan kekurangan tempat tinggal. Galakan supaya menggunakan pengangkuan awam dan pembinaan lebih banyak rumah pangsa berkos rendah menjadi solusi terbaik kepada masalah-masalah tersebut.

Secara keseluruhannya, kerja kursus geografi ini telah memberikan saya pendedahan tentang petempatan dan perkembangan yang terdapat di Kg. Selayang Baru serta negara bandingannya, iaitu di Woodland, Singapura. Melalui kajian yang dijalankan, saya berasa amat bertuah dapat tinggal di Kg. Selayang Baru yang mempunyai kawasan yang luas dan selesa serta memiliki kemudahan infrastruktur yang mencukupi untuk dinikmati para penduduknya. Harapan saya, semoga kawasan ini lebih terus maju dan membangun di masa hadapan

Rujukan
Buku teks Abd. Rahim Mad Nor, (2004). Geografi Tingkatan 3. Buku rujukan Mohammad Ismail, Salbiah Ismail & Sofiya Sufiyan, (2009). Whizz thru Geografi PMR. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor. Internet http://en.wikipedia.org/wiki/Housing_and_Development_Board http://en.wikipedia.org/wiki/Woodlands,_Singapore http://maps.yahoo.com/#mvt=m&lat=1.435705&lon=103.78657&zoom=15&q1=woodla nd%252C%2520singapore http://maps.yahoo.com/#mvt=m&lat=1.29378&lon=103.853256&zoom=16&q1=singapo re Orang sumber Abdul Jabir bin Wazir Khan,penduduk Selayang Baru di Jalan 37 Fatahudin bin Hj. Imam, penduduk Selayang Baru di Lorong 11C. Norazam Victor bin Abdullah, penduduk Selayang Baru di Jalan 13 H Zaini bin Jelani, penduduk Selayang Baru di Jalan 39 A

Lampiran

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->