TEKNOLOGI BARU MEMPERKASAKAN BIDANG PERUBATAN Izzati Ibrahim Siti Fatimah Nor Mokhtar Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak Otak manusia merupakan anugerah yang tidak dapat dinilai harganya. Ekoran itu, otak manusia telah dimanipulasi dalam penghasilan pelbagai teknologi baru yang pastinya lebih memudahkan kehidupan seharian manusia. Merentas abad, teknologi dalam bidang perubatan telah pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita. Justeru, artikel ini membincangkan mengenai teknologi-teknologi baru dan terkini dalam bidang perubatan seperti teknologi MRI, Computed Tomography, mata bionik, teknologi Ilizarov serta implikasi-implikasi yang terlibat samada dari aspek positif mahupun negatif. 1.0 Pendahuluan

Rajah 1: Otak manusia terbahagi kepada otak kanan dan otak kiri Otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak Neocartex,Otak Mamalian dan otak reptilian. Impuls saraf dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke 100m sesaat(rujukan:Heimler dan Lockard). Otak Neocartex terbahagi kepada 2 serebrum iaitu otak kanan dan otak kiri. Secara umumnya bahagian serebrum berfungsi

menerima, menafsir dan mengawal aktiviti terkawal seperti berfikir, bercakap dan mengingat. Otak kanan adalah otak artistik manakala otak kiri adalah otak logik. Seperti yang kita ketahui, otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu otak kanan dan otak kiri. Dua bahagian otak tersebut memiliki fungsi yang berbeza. Otak kanan diidentifikasikan tentang kreativiti, dan memang benar fungsi dari otak kanan ini adalah untuk mengurus proses berfikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan komunikasi (lingusitik). Mereka juga suka kepada bayangan atau gambaran berbanding dalam bentuk perkataan. Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu kompleks. Contoh orang yang cenderung menggunakan otak kanannya berbanding otak kirinya adalah seniman. Otak kiri biasa sinonim dengan kecerdasan analitik. Maksudnya otak kiri kita ini terkait dengan kemampuan matematik dan kemampuan berfikir sistematik seseorang. Contohnya kemampuan menyelesaikan soalan matematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, berstruktur dan sistematik. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat saat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mendalam. Orang yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang peneliti atau saintis. Secara umumnya, otak kanan dan otak kiri mempunyai pertindihan kemahiran dan perbezaan cara berfikir. Memahami perbezaan ini akan menambah rasa menghargai diri dan orang lain. Masing-masing mempunyai kecenderungan semula jadi berbanding satu sama lain. Yang mana mengubah proses kedua belah otak. Matlamat utama adalah untuk memproses menggunakan seluruh otak. Dalam mencipta teknologi baru, otak kiri mengikut logik akal dan memanipulasi fakta-fakta dan pengetahuan sains manakala otak kanan pula menggunakan imaginasi dan gambaran mengenai penciptaan sesuatu yang baru yang memberi manfaat kepada manusia. Mereka melengkapi antara satu sama lain. Jadi, integrasi antara kedua-dua belah otak melahirkan penerokaan penghasilan teknologi-teknologi moden yang canggih dan dapat dimanfaatkan dengan berkesan dalam pelbagai bidang, termasuklah dalam bidang perubatan 2.0 Teknologi Baru Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Secara generalnya, teknologi ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi). Justeru, daripada perspektif perubatan saintis

dan pakar-pakar inovasi telah memainkan peranan mereka dalam memperkasakan bidang ini dengan mencipta pelbagai alat teknologi moden yang canggih. Kini, terdapat pelbagai kemudahan teknologi yang dapat membantu para doktor dalam memberi rawatan kepada pesakit serta pesakit juga dapat membuat pilihan mengenai rawatan yang akan mereka jalani.. 2.1 MRI

MRI atau Magnetic Resonance Imaging merupakan kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup melalui penggunaan daya magnet yang kuat mengelilingi anggota badan. Selain digunakan untuk mengesan jumlah kandungan air dalam struktur geologi, teknologi ini juga diaplikasikan untuk mengenalpasti perubahan psikologi dalam tisu hidup. Berbeza dengan teknik Computed Tomography (CT) scan, MRI tidak mendedahkan pesakitnya kepada sebarang bentuk radiasi kerana proses tersebut tidak menggunakan x-ray. Antara kelebihan perubatan MRI ialah ia digunakan untuk membezakan tisu patologi seperti tumor otak dan juga tisu normal. Malah kualiti imej yang dihasilkan melalui MRI juga kebiasaannya mempunyai revolusi yang lebih baik berbanding CT scan terutama utuk pengimbasan otak dan dan tulang belakang.

2.2 Computed Tomography

Computed Tomography atau CT adalah kaedah pengimejan menggunakan tomography. Pemprosesan geometri digital digunakan bagi menghasilkan imej tiga dimensi (3D) dalam sesuatu objek daripada satu siri luas imej x-ray dua dimensi (2D) yang diambil sekeliling pergerakan paksi tunggal. CT dahulunya dikenali sebagai imbasan EMI kerana dibangunkan dalam cabang penyelidikan EMI, syarikat yang terkenal dalam bdang muzik da rakaman. Ia kemudian dikenali sebagai computed axis tomography (CAT atau imbasan CT). CT menghasilkan banyak data yang boleh dimaniplasikan menerusi proses windowing bagi mempamerkan beberapa struktur berdasarkan keupayaannya menghalang sinar-X. Semasa permulaannya, imej yang dihasilkan dalam bentuk keratan melintang, pengimbas moden membenarkan data-data diubah dalam bentuk berlainan termasuk 3D. 2.3 Mata Bionik

Rod dan Kon: Sel Penterjemah Cahaya Daripada Solar Kepada Impuls Elektrik. Teknologi mata bionik merupakan harapan baru untuk golongan buta. Di dalam otak manusia terdapat dua sel penting yang dipanggil rod dan kon. Rod dan kod ini juga dikenali sebagai sel solar biologi yang menukarkan cahaya kepada impuls elektrik. Impuls-impuls elektrik ini akan dihantar ke otak menerusi saraf optik untuk membentuk imej. Tanpa rod dan kon, manusia tidak akan dapat melihat. Rod dan kon telah memberi idea kepada para saintis untuk mencipta mata bionik. Penyelidikan mengenai mata bionik ini telah dikaji di Space Vacuum Epitaxy Center (SVEC) dengan tajaan NASA. Sementara itu, sekumpulan saintis dari Universiti Johns Hopkin, MIT dan di beberapa tempat lain telah menggunakan silikon dalam proses pembuatan rod dan kon tiruan. Namun begitu, silikon adalah bahan yang toksik yang membahayakan badan manusia dan akan memberi reaksi negatif terhadap cecair di dalam mata. Masalah ini walau bagaimana pun, tidak wujud pada pengesan seramik SVEC.

Menerusi eksperimen yang dijalankan di Wake Shield Facility (WSF), iaitu sebuah platform berbentuk cakera dengan diameter 12 kaki yang telah dilancarkan dari sebuah anak torak angkasa, para saintis telah menemui kaedah mencipta filem oksida nipis dengan menggunakan atom oksigen yang diperolehi di persekitaran orbit bumi. Eksperimen ini telah membantu para saintis untuk membina pengesan oksida atau seramik untuk Projek Mata Bionik. Percubaan merealisasikan mata bionik bermula seawal tahun 2002. Pada ketika itu, seorang doktor dari Universiti Sekolah Perubatan Texas, Houston, Dr. Charles Garcia telah diamanatkan untuk menjalankan pembedahan ini. Pada ketika itu, retina buatan yang dibuat di SVEC mengandungi 100,000 pengesan seramik mini yang setiap satunya adalah 1 per 20 daripada saiz rambut manusia. Para saintis pada ketika itu belum dapat memastikan bagaimanakah caranya otak akan menterjemahkan voltan-voltan asing yang datang daripada rod dan kon yang dibuat. Saintis-saintis percaya, otak akan dapat mempelajari dan menerima input-input tersebut perlahan-lahan secara semulajadi.

2.3.1 Struktur Mata Bionik: Bagaimana Mata Bionik Berfungsi? Mata bionik terdiri daripada tiga elemen utama. Mula-mula, satu kamera miniatur yang dipasang pada cermin mata gelap, akan menghantar imej ke sebuah radio penerima yang diimplan berdekatan mata pengguna. Kemudian, satu signal akan dihantar pada silikon kecil dan cip platinum, sekitar 4mm persegi yang terletak di retina. Elektrod yang terdapat pada cip ini akan merangsangkan sel-sel ganglion supaya maklumat visual akan dapat dihantar menerusi saraf optik terus ke otak dan pada akhirnya membentuk imej visual. Menurut Profesor Humayun lagi, imej akan terbentuk seakan-akan mesin cetak dotmatriks, atau susunan piksels pada skrin komputer. Teknologi ini walau bagaimana pun tidak akan dapat mengembalikan penglhatan pesakit yang buta akibat kerosakan saraf optik yang disebabkan oleh glaukoma atau stroke. Pesakit-pesakit biasanya akan mengambil masa sekitar satu atau dua bulan untuk membiasakan diri dengan peralatan mata bionik Argus ini, sebelum otak mereka dapat menterjemahkan imej-imej. Sebelum ini, pembedahan untuk memasang peralatan mata bionik ini adalah sekitar tujuh jam, namun sekarang hanya memerlukan 90 minit.

Percubaan mata bionik ini akan diadakan di lima pusat sekitar Amerika Syarikat ke atas warganegara berusia melebihi 50 tahun. Pihak US Food and Drug Administration telah mengizinkan hanya subjek-subjek yang telah berusia sahaja layak untuk menyertai eksperimen ini kerana bimbang kesan-kesan buruk yang mungkin dihadapi pada kemudian hari. Setakat ini, beribu-ribu orang buta telah menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan bagi percubaan mata bionik.

Teknologi Mata Bionik - Fantasi Star Trek Menjadi Nyata Geordi LaForge berpangkat ketua jurutera di atas kapal angkasa U.S.S Enterprise dan dia dilahirkan buta. Geordi menggunakan VISOR untuk membolehkan dia melihat menerusi input visual yang dihantar secara terus ke otaknya. Jika diperhatikan pada peralatan mata bionik Argus II, dapat dilihat bagaimana pada suatu masa nanti teknologi VISOR boleh menjadi kenyataan. (http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/04/teknologi-mata-bionik-harapan-baru.html) 2.4 Teknologi Ilizarov

Teknik Ilizarov merupakan teknik bagi pemanjangan tulang. Di awal tahun 1950an, Profesor Ilizaroy dari daerah terpencil Kugan, Siberia, memperkenalkan konsep baru. Konsep tersebut adalah konsep formasi tulang lokal dengan tindakan invasif yang paling minimum. Pesakit yang mengalami rekonstruksi cacat tulang post trauma yang menyebabkan pemendekan dan tulang tidak membentuk merupakan golongan yang mengaplikasikan teknik ini. Transport tulang digunakan untuk menyelamatkan anggota badan yang telah kehilangan segmen tulang yang luas. Setelah itu, Illizarov menggunakan kaedah ini bagi membantu golongan kerdil dan sebanyak 15 – 30 % daripada pesakitnya telah berjaya dipulihkan. Selama procedure pemanjangan, jaringan urat-urat saraf otot dan pembuluh darah juga berkembang sebagai response dari pemanjangan tulang. Regenerasi tulang ini adalah normal dan pesakit pada akhirnya dapat berjalan dan berlari seperti semula.

3.0 Implikasi teknologi dalam bidang perubatan 3.1 Rawatan yang lebih efektif dan cekap Dewasa ini pelbagai teknologi moden telah berjaya dicipta. Umum mengetahui bahawa teknologi moden membawa begitu banyak manfaat kepada pengguna. Dalam konteks bidang perubatan, teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada para pesakit. Teknologi moden dilihat mampu memberi harapan yang cerah kepada pesakit untuk sembuh. Penyakit-penyakit yang serius seperti tubercolosis, polio, leprosy dan lain-lain telah dapat diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring dengan perkembangan teknologi, sesetengah penyakit kanser juga dapat diubati, contohnya dengan melalui sesi kemoterapi yang ternyata menggunakan teknologi moden. Penyakit yang mungkin tidak dapat diubati pada zaman nenek moyang kita suatu ketika dahulu juga telah dapat diubati dengan efektif dengan mengunakan kepakaran teknologi perubatan yang semakin berkembang. Lihat sahaja penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain yang memerlukan rawatan yang mengambil tempoh masa yang panjang untuk dirawat. Dengan kemajuan teknologi, pemindahan jantung dan juga organ-organ lain dapat dijalankan dengan jayanya. Pesakit juga mengambil masa yang singkat untuk sembuh. Selain itu, teknologi moden juga mengurangkan kesan negatif yang mungkin dihadapi oleh individu, sebagai contoh, teknik sinar x-ray yang digunakan sebelum ini menghasilkan radiasi yang dapat meningkatkan risiko mereka yang menggunakannya untuk menghidap barah. Tambahan pula, ia membunuh beribu-ribu sel darah putih setiap kali sinar X tersebut menembusi tubuh manusia. Dengan menggantikannya denga MRI, masalah ini telah dapat diatasi. Jadi, tidak dapat dinafikan lagi dengan bantuan teknologi, manusia dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan kondusif. 3.2 Jana ekonomi negara Perkembangan pesat dalam kemajuan teknologi perubatan memberi peluang yang baik dalam menjana ekonomi negara yang lebih mapan. Industri perubatan dilihat sebagai industri alternatif yang dapat memberi pulangan ekonomi yang tidak ternilai terhadap ekonomi negara. Zaman global, iaitu dunia tanpa sempadan ini memperlihatkan bidang perubatan sebagai industri yang memberi peluang cerah untuk

meraih pendapatan yang lumayan. Dewasa ini, ramai individu yang sanggup menghabiskan wang untuk menerima rawatan yang paling intensif dan terbaik bagi merawat penyakit yang dihidapi. Tidak kurang juga ramai yang sanggup membelanjakan sejumlah besar wang untuk menjalankan rawatan kosmetik sama ada untuk mnghilangkan parut, mencantikkan wajah, membuang lemak di badan, membuang bulu di badan dan memanjangkan tulang agar ketinggian bertambah. Jika negara kita mengambil peluang memanfaatkan teknologi perubatan yang ada sekarang, tidak mustahil ia dapat meningkatkan sumber pendapatan negara dengan menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan yang intensif, selesa dan efektif. Mungkin suatu masa nanti ramai warga asing dan pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia akan tertarik untuk mendapatkan rawatan perubatan di sini. Dengan ini, Malaysia dapat melebarkan sayap untuk memanfaatkan teknologi perubatan untuk dikomersialkan bagi menjana ekonomi negara. Bagi negara-negara Islam pula, mereka tidak akan teragakagak untuk menerima rawatan di sini jika projek pembuatan darah tiruan berhasil hasil daripada integrasi dengan teknologi perubatan. kemungkinan Malaysia menjadi pengeluar darah tiruan untuk manusia yang pertama di dunia jika rundingan kerajaan dengan sebuah syarikat yang masih dirahsiakan namanya menjadi kenyataan.(Utusan Malaysia, Mei 11,2007). Jika terbukti dari segi klinikalnya, ia dijangka menjadi satu bahan yang amat besar kesannya kepada manusia dan dunia. Tambahan pula, agama Islam tidak mengharamkan penggunaan darah tiruan asalkan proses pembuatannya tidak melanggar syarak dan mendatangkan kebaikan kepada manusia. Justeru, Malaysia dapat membantu negara-negara Islam demi agama disamping meningkatkan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik. 4.0 Kesimpulan Dunia perubatan banyak mengalami revolusi dengan penciptaan teknologi baru yang serba canggih. Teknologi baru khususnya dalam bidang perubatan membawa pelbagai manfaat dalam menangani cabaran menghadapi pelbagai halangan dalam rawatan penyakit. Dengan peningkatan taraf hidup manusia, penyakit menjadi semakin kompleks, seterusnya menjadikan kaedah penyembuhan penyakit itu sesuatu yang sofistikated. Tambahan pula, orang ramai kini berfikiran lebih terbuka dan lebih menghargai kesihatan. Dengan inovasi dan revolusi yang tercetus dalam bidang perubatan yang lahir daripada integrasi teknologi moden, diharapkan dapat memberi

manfaat dan kesejahteraan kepada semua pihak, bermula daripada doktor, pesakit, agama, dan negara.

Bibliografi

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful