KKS 2013 – Psikologi Sosial

Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________ _

PENDAHULUAN

Dalam kehidupan kita seharian sebagai manusia biasa, kita mudah untuk memberi persepsi atau tanggapan yang berbagai-bagai terhadap seseorang, sesuatu benda atau kejadian. Persepsi yang diberikan adalah merupakan gambaran daripada proses pemerhatian dan pengalaman yang telah kita lalui. Pepatah Inggeris ada mengatakan “Don’t jugde the book by its cover”, kata-kata ini cukup signifikan untuk dikaitkan dengan persepsi dan pembentukan impresi seseorang. Sesuatu yang cantik dan indah di luar tidak semestinya melambangkan isi yang terdapat di dalamnya begitulah juga sebaliknya. Ini adalah untuk menggambarkan betapa persepsi kita jika tidak diberikan makna dengan teliti ianya akan memberi sesuatu yang berbeza daripada yang sebenarnya. Justeru itu, persepsi yang kita berikan kadangkala boleh jadi salah, tersasar dan sebagainya.

Adalah sering menjadi masalah dalam perhubungan antara seorang individu dengan individu yang lain iaitu kesukaran untuk memahami dan mengenal pasti siapakah dan bagaimanakah sikap individu itu yang sebenarnya. Bentuk rupa luaran seseorang seringkali tidak dapat menjelaskan realiti dalamannya seperti sikap, perasaan, kehendak, kepercayaan dan sebagainya. Kadangkala kita membuat penilaian yang salah pada seseorang sekadar hanya berdasarkan bentuk paras rupa dan tindakan-tindakan luaran sahaja. Kita perlu sedar bahawa manusia sangat unik sifatnya dan mempunyai unsurunsur dalaman yang kaya, terdiri daripada kepercayaan, nilai, harapan, niat, emosi dan sebagainya.

1

KKS 2013 – Psikologi Sosial

Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________ _

DEFINISI KONSEP

Menurut kamus dewan, persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu, pandangan menerusi pancaindera dan tanggapan. Menurut Devito (1978), persepsi adalah satu proses yang memberi kesedaran kepada individu tentang objek atau peristiwa melalui sistem deria mata, telinga, sentuhan, rasa dan hidung. Persepsi adalah proses pengumpulan maklumat dan pemberian makna terhadap maklumat tersebut. Terdapat tiga langkah asas dalam proses persepsi yang berlaku serentak dan cepat. Mereka adalah pemilihan, penyusunan dan interpretasi. Dalam proses ini kita akan memilih apa yang kita amati iaitu kita akan menghadkan kuantiti

rangsangan yang diterima untuk diberi makna. Kita membuat pilihan itu kerana kita terdedah kepada terlalu banyak rangsangan setiap hari. Kita juga selalunya memilih untuk memfokuskan kepada mesej-mesej yang bermakna kepada kita. Dan apa yang kita amati adalah berdasarkan pengalaman kita sendiri.

PERBINCANGAN

Persepsi

Berdasarkan definisi yang telah dikumpul, berikut akan membincangkan bagaimana pengetahuan dalam lingkungan persepsi dan pembentukan impresi ini dapat membantu menjadi seorang kaunselor sekolah yang berkesan. Sepertimana yang telah diketahui persepsi adalah satu proses asas yang penting dalam kehidupan kita seharian

2

KKS 2013 – Psikologi Sosial

Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________ _

untuk mengetahui dan memahami orang lain atau sesuatu kejadian. Dalam konteks kita sebagai seorang kaunselor, ilmu pengetahuan dalam bidang ini amat penting dan berguna sekali dalam mempraktikkan kerjaya di sekolah nanti. Untuk menjadi seorang kaunselor yang berkesan, seseorang individu itu perlulah peka dalam membuat persepsi. Dalam seseorang membentuk persepsi, petanda yang awal yang dapat dilihat adalah petanda non-verbal. Ini dapat dilihat melalui ekspresi muka, kontak mata, gerak geri badan dan sebagainya.

Ekspresi Muka

Perlakuan non-verbal ini biasanya menggambarkan perasaan, mood atau emosi semasa seseorang. Ekspresi wajah yang timbul dari penglahiran rasa hati, emosi, fikiran, penilaian dan keadaan diri individu perlu diambil kira dan diberi perhatian oleh kaunselor. Contohnya apabila seorang pelajar kelihatan sugul dan tidak bermaya. Ini dapat dilihat melalui air mukanya yang suram dan muram. Sekurang-kurangnya seorang kaunselor yang bijak dapat membaca apa yang sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Kemungkinan pelajar tersebut baru dimarahi guru, diugut rakan sekelas atau mempunyai masalah-masalah yang lain. Dalam bab ini ada menerangkan ekspresi muka seseorang individu itu adalah bersifat universal iaitu berdasarkan banyak kajian hampir sama berlaku kepada semua budaya di dunia ini. Contohnya ekspresi muka seperti menunjukkan rasa takut, terkejut, marah, kecewa, sedih dan gembira adalah bersifat sejagat tidak kira bangsa atau budaya seseorang itu. Jadi sebagai seorang kaunselor terlatih tidaklah menjadi suatu masalah untuk mengenal pasti gambaran dari

3

KKS 2013 – Psikologi Sosial

Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________ _

apa yang ditunjukkan oleh klien walaupun klien yang datang itu dari bangsa dan budaya yang berlainan.

Kaunselor perlulah menunjukkan muka yang manis apabila berhadapan dengan orang ramai tambahan lagi kepada klien yang datang untuk meminta khidmat darinya. Senyuman merupakan unsur penting dalam sesi kaunseling terutama sekali di peringkat awal sesi tersebut. Ini adalah kerana senyuman bertindak sebagai penjalin hubungan yang baik antara kaunselor dan klien. Lazimnya, senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi klien. Apa yang penting diingat oleh kaunselor ialah ia perlu mengikut kesesuaian situasi. Sekiranya senyuman tidak bersesuaian akan mengakibatkan kesilapan interpretasi di kalangan klien. Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin tersenyum untuk menutup rasa takut, risau, keliru atau keadaan serba salah. Terdapat juga klien yang tersenyum untuk mengejek, sedih atau betul-betul gembira. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai dan menepati matlamatnya.

Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu amat penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka yang dapat meyakinkan klien. Ini adalah kerana tanggapan pertama klien itu akan menentukan perjalanan sesi kaunseling. Impresi pertama ini dianggap sangat penting dalam hubungan sosial kerana ia dapat menentukan hubungan seterusnya. Ia juga sukar untuk diubah kerana apabila kita membuat ‘first impression’ ia akan memberi kesan dan mempengaruhi pemikiran dan perlakuan sosial kita. Oleh sebab klien juga akan

4

KKS 2013 – Psikologi Sosial

Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________ _

membuat persepsi terhadap kaunselor samada positif atau negatif. Jika persepsi yang diberikan bersifat positif, maka sesi kaunseling akan berjalan dengan lancar dan mungkin tiada gangguan yang berlaku. Tetapi apabila berlaku sebaliknya, klien akan membuat kesimpulan bahawa kaunselor tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil berat terhadapnya. Ini akan menyebabkan rasa kecewa kerana pertemuannya dengan kaunselor untuk mendapatkan sesuatu berakhir dengan kehampaan. Oleh itu, kaunselor haruslah peka terhadap keadaan klien dari segi ekspresi muka dan perlakuan non-verbal yang lain.

Kontak Mata

Kaunselor yang berkesan juga pandai mengekalkan kontak mata dengan klien semasa sesi kaunseling. Kontak mata dalam konteks kaunseling membantu dalam membina perhubungan peribadi antara kaunselor dan klien, menunjukkan bahawa kaunselor bersedia dan tidak takut untuk mendekati persoalan yang dihadapi oleh klien serta membolehkan kaunselor memerhatikan tingkah laku non-verbal klien. Namun, kontak mata yang lama akan menyebabkan klien merasa tidak selesa. Klien merasa seolah-olah dirinya diperhatikan oleh kaunselor. Oleh itu, kaunselor haruslah mengekalkan kontak mata untuk beberapa saat sahaja pada masa yang tertentu supaya klien berasa selesa sepanjang sesi kaunseling dijalankan.

Kaunselor juga perlu peka kepada kontak mata yang ditunjukkan oleh klien. Adakah klien memandang tepat padanya atau mengelak dari bertembung pandangan. Jika ini berlaku kemungkinan klien tidak suka atau merasa malu terhadap kaunselor. Jika

5

KKS 2013 – Psikologi Sosial

Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________ _

gerak-geri mata klien sentiasa beralih-alih ia ingin memperlihatkan bahawa seolah-olah ia ingin mencari jalan keluar dari bercakap hal yang sedang dibincangkan. Jika matanya kerap terbuka-tertutup, ia seolah-olah menggambarkan perasaan tidak tenteram dan tidak dapat membuat keputusan.

Bahasa Badan

Tingkah laku non-verbal yang berikutnya adalah bahasa badan – ia adalah isyarat (gesture), kedudukan (posture) dan pergerakan badan ini memperlihatkan perasaan dan emosi seseorang. Bahasa badan ini merangkumi gerak-geri tangan, cara duduk, kedudukan kaki dan sebagainya. Bahasa badan ini tidak dapat dibuat-buat kerana ia berlaku secara semula jadi. Emosi biasanya dilahirkan dengan sebebas-bebasnya sehingga kita dapat membaca dan melihatnya dengan jelas. Di tempat-tempat pertemuan sosial seperti di lapangan terbang kita dapat lihat pelbagai gelagat dan gerak-geri badan manusia yang mempamirkan emosi ketika itu. Kerana di sinilah tanpa berselindung manusia menunjukkan keghairahan, ketidaksabaran dan banyak lagi emosi yang lain melalui gerak-geri mereka.

Gerak-geri menutup mulut, mengangkat bahu, menunjukkan ibu jari ke atas dan sebagainya semuanya menunjukkan maksud yang tersendiri. Oleh itu sebagai seorang kaunselor yang bijak haruslah peka kepada maksud yang ingin disampaikan oleh klien melalui bahasa badan ini. Tingkah laku mencekak pinggang menunjukkan seseorang itu merasa lebih berkuasa, lebih hebat atau lebih marah. Memasukkan tangan ke dalam saku

6

KKS 2013 – Psikologi Sosial

Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________ _

seluar menandakan orang yang suka memendam perasaan dan memencilkan diri, yang suka mengkritik orang lain tetapi hanya sedikit atau tidak langsung memperlihatkan halhal peribadinya. Jika disertakan pula dengan cara berjalan yang perlahan dan tidak menentu serta kepala tertunduk, lagak ini menunjukkan kerunsingan. Sekiranya pula kerunsingan itu disebabkan oleh perasaan marah, ia akan menyepak objek yang kecil malah ada kalanya objek yang hanya wujud dalam khayalannya semasa berjalan.

Berjalan sambil berpeluk tubuh menunjukkan rasa hati yang defensif dan kerap kali dilakukan oleh wanita yang berjalan berseorangan di jalan yang penuh sesak. Tangan yang didakap ke badan memberi keyakinan jasmani yang menandakan ketidakpuasan dan kurang yakin pada diri sendiri. Berjalan mundar-mandir seperti pengawal yang sedang bertugas, sambil mengelamun, kepala tertunduk dan kerap kali mata melihat ke bawah, tetapi berjalan perlahan-lahan untuk berfikir dengan lebih jelas kerana mindanya berserabut dengan proses pemikiran dan oleh itu ia hendak membuat suatu keputusan. Di samping itu, kegiatan seperti ini boleh membantu membakar adrenalin dan merupakan cara yang amat berkesan untuk membebaskan ketegangan yang dialaminya akibat menganalisa masalah tersebut.

Sentuhan

7

KKS 2013 – Psikologi Sosial

Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________ _

Tingkah laku sentuhan menunjukkan tanda kemesraan yang intim dan dapat menenangkan emosi orang yang disentuh. Banyak faktor yang mempengaruhi tingkah laku sentuhan ini antaranya siapa yang melakukan sentuhan itu iaitu adakah rakan karib, orang yang tidak dikenali, jantina yang sama atau berlainan dan lain-lain lagi. Bentuk sentuhan juga perlu diambil kira, sebentar atau lama, kasar atau lembut. Bahagian badan yang disentuh seperti tangan, bahu, kepala, pipi dan lain-lain lagi. Walau apa pun bentuk dan bahagian badan yang disentuh, sentuhan mungkin membawa pelbagai pengertian seperti kemesraan, penguasaan, agresi, ketenangan dan sebagainya.

Sentuhan seorang kaunselor mestilah memberi ketenangan emosi kepada klien. Tetapi kaunselor mestilah pandai menggunakan teknik ini kerana tidak semua klien boleh diaplikasikan teknik seumpama ini. Contohnya seorang kaunselor lelaki tidak seharusnya menyentuh klien wanita kerana ini telah menyalahi batas-batas agama dan adat. Teknik sentuhan ini hanya boleh diamalkan oleh kaunselor terhadap klien yang sama jantina. Bagi kaunselor yang sama jantina juga tidak boleh menyentuh klien dalam jangkamasa yang panjang. Untuk menggunakan teknik sentuhan ini juga seorang kaunselor perlulah melihat situasi dan keadaan diri klien itu. Adakah klien menerima sentuhan itu dan berasa tenang apabila disentuh atau sebaliknya. Jika klien berada dalam kesedihan ada setengahnya ingin disentuh untuk mendapatkan sokongan dan empati kaunselor tetapi ada juga sesetengah klien yang tidak suka disentuh apabila berada dalam keadaan tersebut. Oleh itu, kaunselor haruslah bijak dan peka untuk membaca bahasa badan klien yang lain.

8

KKS 2013 – Psikologi Sosial

Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________ _

Pembentukan Impresi

Pembentukan impresi adalah satu proses seseorang itu menyatupadukan pelbagai maklumat dari banyak sumber dan membentuk tanggapan, penilaian dan pentafsiran keseluruhan mengenai orang lain. Impresi pertama sangat penting dalam menentukan hubungan seterusnya. Sebagai seorang kaunselor adalah penting untuk memberi impresi yang baik terhadap semua klien yang datang kepadanya. Ini sejajar dengan perintah Allah menyuruh hamba-Nya mempunyai sangkaan yang baik terhadap saudaranya. Dalam membentuk impresi, seorang kaunselor perlulah menerima seadanya diri klien itu selaras dengan etika kaunseling iaitu penerimaan tanpa syarat. Impresi yang dibuat juga tidak boleh bias hanya dengan mendengar cerita atau khabar angin tentang diri seseorang individu itu. Contohnya apabila seorang murid yang bermasalah dirujuk oleh guru kelasnya kepada kaunselor. Seorang kaunselor yang bijak dan berkesan tidak hanya meletak atau mengambil keseluruhan cerita guru tersebut sebagai batu penilaian untuk menilai pelajar itu sendiri. Beliau seharusnya meneroka sendiri apa permasalahan dan punca kepada berlakunya masalah itu sendiri.

Seorang kaunselor haruslah mempunyai imej diri yang bersih dan baik dari segi penampilan dan tingkah lakunya. Kaunselor juga haruslah menjaga cara berpakaian, stail rambut, gaya bercakap dan lain-lain lagi. Nada suara seorang kaunselor penting apabila membuat tindakbalas. Nada suaranya perlulah menunjukkan titik beratnya (show concern) kepada mesej klien. Seorang kaunselor yang berkesan akan selalu memberikan

9

KKS 2013 – Psikologi Sosial

Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________ _

reaksi dan mood yang positif kepada orang lain terutama sekali kepada kliennya. Kadang-kala dengan memberi pujian dan bersetuju dengan pandangannya akan membuatkan dirinya lebih dihargai dan secara tidak langsung akan memberikan satu reaksi yang positif ke atas dirinya.

PENUTUP DAN KESIMPULAN

Dalam membuat persepsi dan membentuk impresi seorang kaunselor harus sedar siapa dirinya yang sebenar. Sebagai seorang manusia biasa kaunselor yang mempunyai banyak ilmu dan menerima latihan yang cukup haruslah mengaplikasikan dalam tugasnya seorang kaunselor. Beliau haruslah mengetepikan persoalan emosi dan haruslah bertindak secara professional dan rasional. Seorang kaunselor yang berkesan haruslah menjadi ‘role-model’ yang baik kepada masyarakat umum dalam mempamerkan tingkah laku yang baik. Pada asasnya seorang kaunselor yang berkesan adalah seorang manusia yang berkesan – yang peka kepada ciri-ciri kemanusiaan yang pelbagai ragam serta menyedari sifat-sifat kemanusiaannya sendiri, tabah, berani dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Walaupun manusia bertanggungjawab kepada dirinya sendiri tetapi sebagai seorang kaunselor bertanggungjawab untuk menolong kliennya membantu dirinya sendiri, iaitu dengan mengenalpasti tanggungjawab klien supaya dapat mengambil tindakan yang berkesan dan wajar. Bibliografi

1

KKS 2013 – Psikologi Sosial

Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________ _

Ishammudin Hj Ismail. 2002. Panduan Asas Kaunselor Muslim. Midmodal Industries Sdn Bhd. Ma’rof Redzuan. 2001 . Psikologi Sosial. Universiti Putra Malaysia Serdang Mohd Fauzi Jaafar. ( ). Memahami Gerak-Geri. Laser Press Sdn Bhd

Saporan Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh, Hapsah Md Yusof. 2002. Kaunseling Individu. Prentice Hall.

11

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful