You are on page 1of 44

TOKOH-TOKOH TAMADUN INDIA

TOKOH INDIA 1 : MAHATMA GANHDI

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri dipekan tersebut.

Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.

Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Disekolah beliau dianggap sebagai

seorang pelajar yang "mediocre" atau sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang oleh gurunya. Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.

Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton,England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula

menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islamtelah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam. Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguambela tetapi gagal. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan. Lantas beliaupun pergi ke negara yang asing ini. Disana, beliau menyaksikandiskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".

Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeriNatal. Sewaktu didalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut. Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivispolitik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.

Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya. Rakyat dari agamadan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun, Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kiraagama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

Pada 1947,

India

mencapai

kemerdekaan

dan

berpisah

menjadi

dua

negara,India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi. Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran", telah menjadi sumber inspirasi berbagai generasi aktivis-aktivisdemokrasi dan anti-

rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan

Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).

Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslimdiberikan hak yang sama.

Begitu juga dengan Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."

Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya,Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukankekerasan di seluruh dunia.

TOKOH INDIA 2 : SIDHAHARTA GAUTMA BUDDHA Sidhaharta Gautma Buddha nama aslinya ialah pangeran Siddhartha. Beliau merupakan pendiri Agama Buddha (563 SM - 483 SM), dilahir di Lumbini.Putra raja Kapilavastu, timur laut India. Beliau mengelarkan dirinya sebagaiBUDDHA bererti orang yang diberi penerangan Guatama Buddha adalah seorang ahli fikir dari India dan juga pengasas agama Buddha. Beliau adalah anak kepada ketua kasta pahlawan sakya dan dikenali sebagai Siddartha pada masa mudanya dan kemudiannya sebagai sakyamuni, iaitu orang bijaksana sakya. Panggilan Gautama Buddha sebenarnya merupakan kombinasi nama keluarganya, gautama dengan perkataan Buddha iaitu orang yang telah diberi pengajaran. Pokok ajaran Buddha yang menurut istilah penganutnya Empat kebajikan kebenaran: Kehidupan manusia itu pada dasarnya tidak bahagia Sebab musabab ketidakbahagiaan ini adalah memikirkan kepentingan diri sendiri serta terbelenggu oleh nafsu Pemikiran kepentingan diri sendiri dan nafsu dapat ditekan habis apabila segala nafsu dan hasrat dapat ditiadakan (nirvana) Menimbang benar, berfikir benar, berbicara benar, berbuat benar, cari nafkah benar, berusaha benar, mengingat benar, meditasi benar.

Apakah sumbangan terpenting Mahatma Gandhi hingga nama beliau terus diingati hingga ke hari ini?
1.0 PENGENALAN

Mahatma Gandhi atau nama sebenarnya ialah Mohandas Karamchand Gandhi dilahirkan pada 2 Oktober 1869 di Ponbandar, India. Nama Mahatma merupakan nama gelaran baginya dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud jiwa yang besar. [1]Beliau merupakan keturunan bangsawan India yang berasal daripada keluarga kelas pertengahan kasta Ban.[2] Ayah beliau, Karamchandiaituseorang yang pernah menjawat jawatan Diwan atau Perdana Menteri di Ponbandardan Rajkot meninggal dunia ketika beliau berumur 16 tahun manakala ibunya yang bernama Putlibai pula merupakan seorang yang taat kepada agama. Semasa berumur 13 tahun dan masih berada di sekolah menengah, beliau di kahwinkan dengan Kasturba yang sebaya dengan beliau di mana beliau telah dikurniakan dengan empat orang anak lelaki. Pada 4 September 1888, Gandhi melanjutkan pelajarannya di University London College dan menamatkan pengajiannya untuk ditauliahkan sebagai seorang peguam pada 10 Jun 1891.[3]Keadaan seumpama ini telah memperlihatkan bahawa Mahatma Gandhi terdedah kepada perkembangan pemikiran daripada British. Mahatma Gandhi juga digelar sebagai seorang yang bersifat sederhana kerana dari segi penampilannya telah menunjukkan beliau seorang fakir yang hanya berpakaian kain putih yang dililit di badannya yang dikenalisebagai dhoti danhanyamemakaicapalsepertigolongankastarendah.[4]Beliau menenunkainnya sendiri kerana beliau tidak ingin masyarakat India terlalu bergantung terhadap tekstil Barat.[5]Beliau juga seorang amat patuh kepada agama di mana beliau akan berdoa kepada Tuhan setiap hari agar perpaduan antara masyarakat Hindu dan Muslim akan tercapai.[6]Hal ini memperlihatkan prinsip yang dipegangnya ialah Satyagraha iaitu perjuangan berdasarkan kebenaran dengan tidak menggunakan kekerasan. Gandhi juga merupakan seorang yang menentang tentang sistem kasta di India [7] yang menindas golongan untouchable.[8]

2.0

PEMIKIRAN MAHATMA GANDHI

Pemikiran dan idea-idea beliau sangat membuka mata masyarakat. Satyagraha dan Ahimsa pula merupakan prinsip yang dipegang olehnya sehingga kematiannya. Dalam pergerakan Satyagraha pelbagai cara yang digunakan seperti gerakan penyucian iaitu sembahyang dan berpuasa, tindakan tidak melakukan kerjasama seperti memboikot. Selain itu juga beliau turut melakukan tindakan melanggar undang sivil seperti berpiket dan tidak membayar cukai. Gandhi juga menjalankan program seperti berkempen untuk menyatukan masyarakat.[9]Pemikiran seperti ini telah memberi kesan kepada masyarakat setempat sehingga beliau terus dikenang sehingga ke hari ini. Beliau telah ke Afrika Selatan pada tahun 1893 dan di Afrika telah berlaku dasar diskriminasi yang teruk iaitu dasar apartheid yang membezakan golongan kulit putih dan juga golongan kulit hitam.[10] Peristiwa yang telah membawa Gandhi berjuang di sana ekoran daripada tindakan pegawai kereta apai yang mempertikaikan kereta api kelas pertama yang dinaiki oleh beliau. Seterusnya, Mahatma Ghandi telah terlibat secara tidak langsung dalam politik di India. Keadaan ini dapat dilihat semasa Ghandi di Afrika Selatan yang cuba untuk menghalang diskriminasi dalam pentadbiran yang dibuat oleh Parlimen Natal. Beliau menggiatkan diri dalam politik menerusi regular comment dalam Indian Opinian dan merangka petisyen untuk Kerajaan Natal, India dan Britain.[11] Beliau telah menubuhkan Natal Indian Congress (NIC) pada tahun 1894 berdasarkan model Indian National Congress di India[12] dan parti tersebut terdiri daripada golongan orang India di Afrika Selatan. Gandhi telah memperjuangkan isu cukai kepala yang dikenakan terhadap orang India sebanyak tiga Pound Sterling yang bersamaan dengan enam bulan gaji mereka. Perkara ini hanya dapat diselesaikan selepas dua puluh tahun kemudian.[13]

3.0

PERANAN GANDHI DI AFRIKA SELATAN

Setelah menamatkan pengajian di London pada tahun 1891, Mahatma Gandhi pulang ke India dengan harapan memperoleh pekerjaan sebagai peguam di negara sendiri. Namun, beliau mendapati sukar untuk bekerja di India kerana terdapat banyak persaingan dan tiada pengetahuan dalam bidang guaman India. Pada tahun 1893,

beliau

menerima

tawaran

daripada

sebuah

firma

iaitu Dada

Abdullah

&

Company[14] yang berpangkalan di Afrika Selatan yang ingin menawarkan pekerjaan kepada Mahatma Gandhi bagi menangani kes-kes yang berkaitan dengan imigran India yang bekerja di Afrika Selatan.[15]Semasa berada di Afrika Selatan, beliau telah menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk antara kaum kulit putih dan kaum kulit berwarna iaitu orang kulit hitam yang dikenali sebagai dasar apartheid. Beliau juga menentang The Asiatic Registration Bill di Transvaal yang memperlihatkan beliau kemudiannya membangunkan gerakan Satyagraha yang bertujuan melindungi

keselamatan masyarakat India dan menghalang komuniti Afrika Selatan menerima penghinaan. Di bawah Asiatic Law Agreement yang dibuat pada tahun 1905, semua orang India yang berumur lapan tahun keatas dikehendaki membawa kad pendaftaran. Gandhi menentang peraturan yang dilaksanakan oleh pihak penjajah dengan melakukan satu kempen penentangan yang dikenali sebagai Truth Force. Beribu -ribu orang India menyokong bantahan yang dilakukan oleh Gandhi dengan menyifatkan undang-undang berkenaan sebagai Undang-undang Hitam dan akhirnya membawa kepada penahanan Gandhi yang gagal membawa kad berkenaan. Selepas dibebaskan pada tahun 1909, beliau menyambung semula perjuangan untuk menuntut keadilan bagi masyarakat India dan juga Afrika Selatan. Beliau mengambil keputusan untuk pergi ke London untuk memperjuangkan hak orang kulit hitam dan memperkenalkan suatu pamplet yang dikenali sebagai Home Rule. Home Rule merupakan suatu usaha agar pihak British memberikan

kemerdekaan kepada India. Pengalaman beliau semasa di Afrika telah memperlihatkan penglibatan beliau dalam Natal Kongres India (NIC) yang bertujuan untuk membantah diskriminasi terhadap kaum India di Afrika Selatan. Natal Kongres India (NIC) telah memperkenalkan banyak petisyen awal misalnya petisyen yang ditandatanganioleh 10 ribu orang India di Afrika Selatan dihantar ke Colonial Secretary di London. Selepas itu NIC telah bersekutu dengan Kongres Kebangsaan Afrika untuk bersama-sama menuntut hak orang-orang India di Afrika Selatan. Isu yang diperjuangkan oleh beliau termasuk membantah percubaan kerajaan Natal untukmemperkenalkan rang undangundanguntukmenyekathak orang-orang India memilih ahli dewan undangan[16]dan isu

cukai kepala yang dikenakan keatas orang India sebanyak 3. Pada Jun 1914, suatu perjanjian di antara Mahatma Gandhi dankerajaan British telah termeterai di mana Undang-undang Hitam telah dihapuskan dan semua hak sivil bagi orang India dikembalikan.

4.0

EKONOMI

Umumnya, perjuangan Mahatma Ghandi adalah bermula di Afrika Selatan, dan kemudiannya diteruskan apabila beliau pulang ke India. Mahatma Ghandi dilihat bukan sahaja memperjuangkan hak kemanusiaan di India dari segi politik, dan sosial, tetapi juga ekonomi.[17]Salah satu sumbangan Ghandi dalam ekonomi adalah beliau telah menyarankan agar bangsa India terutamanya membuat sendiri keperluan kehidupan mereka. Saranan ini telah dilakukan melalui Gerakan Swadesi. Swa beerti sendiri, manakala desi dari perkataan desa yang bermaksud negeri sendiri, maka konsep swadesi yang diperkenalkan ini beerti desa sendiri.[18] Melalui gerakan ini, masyarakat India perlu bergantung pada usaha untuk menghasilkan produk sendiri bagi memenuhi keperluan hidup, tanpa bergantung kepada barangan British. Keadaan ini secara tidak langsung mampu untuk menentang imperialisme British yang sedang berlaku. Gerakan Swadesi secara langsung telah mempengaruhi kehidupan masyarakat India, di mana mereka telah mula menanan kapas, memintal benang, dan menenun sendiri.[19] Keadaan ini amat bersesuaian dengan peribadi Ghandi di mana beliau juga menenun kainnya sendiri kerana beliau tidak ingin masyarakat India terlalu bergantung kepada tekstil dari barat.[20] Penghasilan produk oleh masyarakat India sendiri menyebabkan mereka sangat menghargai hasil karya tersebut, dan langsung tidak membeli produk-produk British sebagai tindakan memulaukan barangan British. Ghandi dilihat begitu tegas dalam hal yang berkaitan dengan hasil-hasil daripada pihak British. Buktinya, larangan telah dikeluarkan supaya rakyat terutamanya anggota-anggota daripada Indian National Congress tidak memberi barang-barang British, malah ada barangan British yang diserbu, dibawa keluar, dibuang, ditanam, dan dibakar, seperti yang terjadi di Chouri Chora.[21] Tindakan pemulauan ini telah menyebabkan imperialisme British menjadi lumpuh ekoran rakyat langsung tidak memberi barangan

buatan British, sebaliknya kegiatan ekonomi masyarakat India semakin menampakkan perkembangan. Selain itu, Ghandi juga telah membantu menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi golongan kasta rendah seperti petani, penyewa, dan rakyat biasa. Sebagai contoh, beliau telah membantu para petani di daerah Kheda iaitu berhampiran dengan Ahmedabad, dari segi pengecualian cukai kepada petani dan memberi kesedaran kepada bahawa golongan tuan tanah telah menindas mereka.[22]Walau

bagaimanapun, golongan atasan terutamanya tuan tanah tidak dapat menerima perubahan yang dilakukan oleh Ghandi ini kerana kadar sewa yang menjadi semakin menurun. Kesannya, golongan petani telah bangkit bagi memperjuangkan hak-hak mereka. Di samping isu cukai golongan petani, Ghandi juga telah berusaha memperjuangkan isu cukai kepala yang dikenakan ke atas orang India sebanyak tiga dollar. Isu ini telah berjaya diselesaikan selepas dua tahun kemudian. Tambahan lagi, pada tahun 1917, Ghandi telah berhasil memperjuangkan nasib para penyewa India yang telah menjadi mangsa penindasan penindasan pengusaha-pengusaha

perkebunan berbangsa Eropah di Distrik Champaran, Bihar.[23] Mahatma Gandi juga telah menentang undang-undang garam yang dimonopoli golongan pemerintah.[24] Melalui undang-undang ini, rakyat India telah dikenakan cukai ke atas garam, dan indakan ini sememangnya membebankan masyarakat. Menyedari perkara ini, Gandhi bertindak mengajak rakyat untuk pergi ke laut dan membuat garam sendiri.[25]Tindakan beliau mendatangkan hasil di mana ketika dalam perjalanan dari Sabarmati ke laut bersama 78 orang pengikut, mereka kemudiannya telah disertai oleh beribu-ribu penduduk kampung. Perbarisan ini diadakan sebenarnya bertujuan untuk memalukan dan menyedarkan kerajaan bahawa pemerintah tidak patut mengenakan cukai sewenang-wenangnya kerana ia akan membebankan rakyat terutamanya gologan miskin. Saranan Ghandi untuk melanggar undang-undang garam ini begitu menyentuh perasaan rakyat, dan segera mempengaruhi mereka. Buktinya,

penentangan berlaku hampir di kesemua wilayah. Orang miskin di seluruh India pada ketika itu telah mula mengambil garam daripada laut. Penentangan ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya 60 000 orang ditangkap, dan Ghandi sendiri ditahan dan dipenjarakan.

5.0

SUMBANGAN BELIAU DALAM KONGRES KEBANGSAAN INDIA

Seterusnya, beliau telah terlibat secara langsung dalam Kongres Kebangsaan India dan kongres ini merupakan satu landasan bagi golongan pertengahan menyuarakan pandangan mereka. Kongres ini telah ditubuhkan pada tahun 1885 di Bombay dan Mahatma mula memimpin kongres ini bermula tahun 1920 hingga tahun 1939. Bermula tahun beliau dilantik sebagai ketua, kempen sagtyargraha telah dilancarkan dan meletakkan beliau sebgai pemimpin politik yang terunggul.[26] Sepanjang pimpinannya, beliau telah berjaya mengubah kongres ini daripada parti bersifat elit kepada gerakan massa yang terpenting mewakili kelompok lapisan masyarakat.[27] Beliau telah

menarik perhatian golongan Harijan sebagai satu diskriminasi sosial yang perlu dihapuskan. Alat menenun kain telah dijadikan sebagai simbol perjuangannya. Keadaan ini memperlihatkan tindakan Gandhi mendekatkan golongan atasan kepada golongan petani dan sekaligus dapat meningkatkan maruah golongan bawahan atau Harijan.Selain itu juga, beliau sangat berani untuk menyatakan sebarang bantahan dan mendesak kerajaan British bagi menjaga keamanan India.[28] Pada Mac 1930, Mahatma bertindak melakukan perarakan garam ekoran daripada tekanan yang diberikan oleh British. Gandhi telah mendesak Wizurai Lord Irwin membuat beberapa peraturan yang boleh menjaga ekonomi India. Seperti yang diketahui, British telah meningkatkan cukai dan ini telah membebankan mereka tambahan pula mereka yang menghasilkan garam.[29] Dibawah gerakan Swaraj, barang-barang British telah diboikot, manakala untuk mengatasi masalah ekonomi, Gandhi telah menghidupkan semula industri tanaman kapas di kampung-

kampung.[30] Keadaan ini menunjukkan bahawa Gandhi menggunakan pendekaran untuk tidak melakukan kekerasan terhadap sebarang tindakan. Mahatma juga. Beliau telah menghantar surat kepada wizurai Inggeris supaya tidak menguatkuasakan rang Undang-undang iaitu Akta Rowlatt yang memberi kuasa kepada kerajaan melakukan tindasan dalam keganasan.[31] Namun rayuannya tidak dilayan dan beliau mengambil langkah lain dengan membuat satu bantahan yang dikenali sebagai tentangan pasif. Satyagraha telah merebak dan mendapat sokongan daripada orang ramai. Tindakan British enggan meminda undang-undang tersebut telah

menyebabkan Gandhi mengistiharkan kempen tersusun Tidak Bekerjasama namun beliau ditahan dan dibebaskan semula. Sejarawan barat, Aldous Huxley menyatakan mengenai pendekatan yang digunakan Mahatma Gandhi praktikal.[32] ini sangat efektif dan

6.0

GERAKAN KHILAFAT Gandhi juga terlibat dalam gerakan Khilafat iaitu gerakan sokongan kepada

kepada Sultan Ottoman yang berhadapan dengan ancaman dari Barat. Keadaan ini sangat merisaukan kuasa British kerana terpaksa berhadapan dengan ramai masyarakat Islam di India. Penglibatan Gandhi dalam gerakan ini adalah bertujuan untuk memperoleh sokongan masyarakat Islam untuk tujuan politik di India.[33]Pada Disember 1917, Gandhi telah memberi jaminan kepada perwakilan Muslim League dan menyatakan sokongan masyarakat Hindu dalam pembebasan Ali bersaudara daripada tahanan British. Januari 1918 pula, Gandhi meminta supaya Viceroy melepaskan mereka tetapi tidak dilayan olehnya. Oleh yang demikian, beliau mengambil keputusan untuk menentang kerajaan dalam isu berkenaan.[34] Di samping itu juga, Gandhi sangat menghargai persahabatan dengan pejuang Islam seperti Abdul Bari dan Ansari atas kepentingan swaraj. Beliau juga berpendapat bahawa pemerintahan sendiri hanya dapat dicapai menerusi gabungan antara golongan Islam dan juga Hindu. Perkara ini secara tidak langsung telah memberi gambaran kepada masyarakat bahawa berpaduan dan sikap toleransi mampu untuk

meningkatkan hubungan yang baik antara dua negara yang berbeza.

7.0

KOMUNALISME

Istilah komunal atau komunalisme berasal daripada Barat, tetapi dikaitkan dengan India kerana komunalisme banyak berlaku di India. Komunalisme di India dapat dijejaki hampir seratus tahun sebelum India mencapai kemerdekaan. Komunalisme adalah istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris yang mempunyai maksud satu prinsip organisasi politik berdasarkan persekutuan masyarakat, atau amalan hidup bersama secara bermasyarakat, atau kesetiaan terhadap kum pulan etnik sendiri lebih besar

daripada masyarakat lain.[35]Pemikiran dan perasaan manusia lazimnya dipengaruhi oleh peristiwa yang berlaku ke atas diri mereka pada masa lalu. Dalam konteks masa silam India, pemikiran dan perasaan juga mempunyai kaitan dengan komunalisme. Perbezaan agama dan budaya antara Hindu dan Islam menunjukkan suatu hubungan yang unik. Hal ini demikian kerana sebahagian besar penganut Hindu pada zaman pemerintahan Mughal telah memeluk agama Islam. Keadaan ini memperlihatkan suatu keadaan di mana pihak penjajah yang ingin menguasai India telah menimbulkan pertentangan antara masyarakat Hindu-Muslim. Dalam keadaan orang Islam yang semakin lemah dan kuasa Hindu yang terumbang-ambing menyebabkan lahirnya perasaan prasangka dalam kalangan masyarakat. Di india, komunalisme adalah berdasarkan idea fundamental iaitu Hindu dan Muslim merupakan dua golongan masyarakat yang amat ketara perbezaannya yang saling bertentangan antara satu sama lain. Namun dalam peperangan Dahagi 1957, orang India dan Muslim pernah bersatu untuk menentang British dan perkara ini telah memberi peringatan kepada British tentang ancaman sekiranya orang India dan Muslim bersatu padu.[36] Mahatma Gandhi merupakan seorang tokoh pejuang kemerdekaan India yang mula melibatkan diri dalam politik di Afrika Selatan bermula tahun

1893.Satyagraha dan Ahimsa adalah antara falsafah perjuangan Gandhi yang ditentang oleh masyarakat Hindu dan Islam, namun beliau tidak berputus asa dalam menyatupadukan masyarakat di India. Disebabkan usaha beliau yang gigih untuk melihat penyatuan Hindu dan Islam, maka beliau telah dituduh lebih berpihak kepada masyarakat Islam dan tidak konsisten dalam usaha menyatupadukan masyarakat Hindu-Islam. Sumbangan beliau yang ingin memperjuangkan kemerdekaan selaras penyatuan masyarakat Hindu-Islam tidak dapat dicapai. Hal ini demikian kerana budaya baru yang diterap dalam masyarakat India menyebabkan India berhadapan dengan masalah yang sukar untuk pembentukan masyarakat yang bersepadu. Gandhi telah menolak konsep Komunalisme kerana beliau mempunyai pandangan iaitu perbezaan agama bukan masalah utama yang membawa perbezaan nasionalisme. Hal ini demikian kerana beliau percaya bahawa semua Indians tidak kira kaum apa mesti akan memperjuangkan kemerdekaan peranan India.[37]Gandhi yang penting juga dalam

mengatakan

bahawa

semua Indiansmempunyai

memperjuangkan kemerdekaan India tanpa mengira sama ada seseorang itu Hindu atau Muslim.[38]Gandhi juga menyatakan bahawa konsep Komunalisme ini perlu dihapuskan dengan kadar segera.[39]

8.0

KEBEBASAN PENDIDIKAN

Gandhi bersekolah rendah di Porbandar dan pada usia tujuh tahun, beliau menyambung persekolahannya di Rajkot. Pada tahun 1887, sebaik sahaja lulus peperiksaan matrikulasi, beliau memasuki kolej Samaldas di Bhavnagar, Ahmedabad. Seterusnya, Gandhi telah melanjutkan pelajarannya di Inner Temple, College of London untuk belajar undang-undang dan ilmu-ilmu seperti bahasa Inggeris dan Perancis.[40] Disebabkan mempunyai latar belakang yang begitu hebat dalam aspek pendidikan, kebebasan pendidikan telah dilahirkan dalam diri Gandhi. Bagi beliau, kebebasan pendidikan merupakan sesuatu cabaran yang paling penting dalam membangkitkan semula pemikiran penduduk di India.[41] Penduduk India yang memegang kuat terhadap sistem kasta menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk memperkembang pemikiran. Empat kasta utama dalam masyarakat India adalah Brahmin, Ksytria, Vaisya dan Sudra. Kelas yang tinggi merasa megah dengan ketinggian serta keistimewaan seperti yang disebutkan oleh

kitab Manusehingga melihat kasta yang di bawahnya sebagai rendah, menjijikkan serta tidak boleh disentuh.[42]Mengikut pandangan kasta juga, agama Hindu melarang penduduk India keluar dari India kerana risau akan orang India membelakangkan agama sendiri.[43] Namun, Gandhi bertekad tidak berganjak lagi daripada pendiriannya untuk melanjutkan pendidikan di England. Konsep Kebebasan pendidikan yang diperkenalkan oleh Gandhi mempunyai visi yang bermoral dan rohani untuk membebaskan masyarakat India. Beliau juga menawarkan pandangan yang berharga mengenai pendidikan. Kebebasan pendidikan boleh mengajar kita proses membangkitkan kemerdekaan yang lebih aman. Hal ini dapat diselaraskan dengan prinsip Satyagraha iaitu perjuangan berdasarkan kebenaran dengan cara tidak menggunakan kekerasan (non-violent).

9.0

REAKSI GANDHI TERHADAP KEMUNCULAN PAKISTAN

Mahatma Gandhi ternyata kecewa dengan konsep two nations yang dibawa oleh Muhammad Ali Jinnah yang turut memberi kesan kepada kemunculan Pakistan. Melihat kepada komitmen Gandhi terhadap penyatuan Muslim dan Hindu, perkara ini bertentangan dengan perjuangannya. Seawal kariernya Muhammad Ali Jinnah cuba untuk menyatukan Hindu dan Muslim. Sekembalinya dari London beliau menubuhkan Liga Muslim pada tahun 1917 yang bertujuan untuk menyatukan muslim dan Hindu di India. Namun semasa Persidangan Meja Bulat pada tahun 1931, Mohammad Ali Jinnah berpendapat perjuangannya untuk menyatukan muslim dan hindu adalah sia-sia. Beliau mendakwa Gandhi tidak merestui penyatuan tersebut [44] kerana Gandhi dan Nehru tidak mahu menentang British dan tidak mahu menuntut kemerdekaan bagi India. Muhammad Ali Jinnah berpendapat orang muslim tidak mempunyai keupayaan untuk menguasai politik India maka beliau menyarankan agar Hindu dan Muslim perlu dipisahkan dan membiarkan muslim membentuk sebuah negara sendiri. Bagi mengelakkan daripada penubuhan Pakistan, Gandhi pernah berjumpa dengan Jinnah di Bombay ada Septemer 1944. Walaubagaimanapun, kesudahannya tidak seperti yang diharapkannya.[45] Gandhi yang sebelum ini berusaha untuk memperjuangkan untuk menyatukan Hindu-Muslim di India tetapi niatnya tiadak tercapai. Usaha Gandi dalam menyatukan muslim dan Hindu dengan menwujudkan kerjasama Kongres Kebangsaan India dengan Liga Muslim.[46] Gandhi berpendapat penubuhan Kongres seharusnya melibatkan semua kaum di India bagi

memperjuangkan kemerdekaan India. Gandhi juga berperanan sebagai orang tengah di antara Kongres dengan Liga Muslim dalam usaha menwujudkan perpaduan antara Hindu dan Muslim di India.[47] Gandhi turut berpendapat bahawa dalam politik harus ada tolak ansur di antara semua kaum dan tidak harus dimonopoli oleh suatu kaum sahaja.[48] Disini jells dapat dilihat bahawa Gandhi secara tidak langsung juga menjaga kebajikan orang-orang muslim di India. Pada bulan Jun 1947, telah diadakan satu jawatan kuasa khas untuk merangka rancangan penbahagian India walaupun mendapat reaksi penentangan dari Gandhi, namun ianya terus dilaksanakan. Ekoran daripada itu, lahirlah sebuah negara merdeka yang digelar Pakistan pada 14 Ogos 1947.[49] Walaubagaimanpun, selepas

penubuhan Pakistan, Gandhi tetap berusaha untuk mendamaikan pertengkaran antara Hindu dan Muslim di India. Buktinya pada September 1947 Gandhi tiba di Dehli untuk mendamaikan suasana huru-hara di sana dan memantu golongan Muslim yang diserang oleh masyarakat Hindu.[50] Maka dengan ini jelas kelihatan begitu bersungguh-sungguh menentang kemunculan Pakistan, kerana dia sedar masalah golongan Hindu dan Muslim tidak akan selesai sehinggalah mereka bersatu. GANDHI MEMPERJUANGKAN GOLONGAN UNTOUCHABLE

10.0

Golongan untouchable merupakan golongan terendah dalam sistem kasta di India. Golongan ini melakukan tugas-tugas yang ditolak oleh kasta Hindu lain seperti kerjakerja pembersihan jalan, mengangkat najis dan sebagainya, malah disesetangah kawasan mereka yang berkerja sebagai penarik kereta roda, penenun dan pembuat tembikar turut di anggap sebahagian sebagai golongan untouchable. [51]Bagi mengelak dari dimalukan dan didiscrimanasikan, golongan ini memilih untuk memeluk Islam atau Kristian. Di kampung, golongan untouchable tinggal di kawasan yang kotor dan tidak boleh bercampur dengan kasta-kasta Hindu yang lain. Gandhi yang menyedari akan hal ini bangkit untuk memperjuangkan hak-hak

golongan untouchable dan golongan terbuang. Namun dalam memperjuangkan hal ini, Gandhi berdepan dengan pelbagai kritikan dn kebencian dari kasta-kasta Hindu yang lain. Pada Mei 1918, Gandhi mengadakan satu mesyuarat di Bombay bagi membicarakan langkah mempertingkatkan kehidupan golongan untouchable. Gandhi nekad mengambil Lakshmi seorang kanak-kanak perempuan untouchable menjadi anak angkatnya. Gandhi mengubah gelaran untouchable, pariahs, kelas bawahan kepada Harijans yang bermaksud anak-anak Tuhan. Beliau turut menamakan

majalahnya Harijans. Lama-kelamaan golongan untouchable semakin diterima umum di India. Golongan untouchable bebas bergerak di mana-mana di India. Di bandar, golongan untouchable dan golongan berkasta duduk bersama-sama di dalam kereta api, golongan untouchable berpeluang memasuki bidang perniagaan dan sebagainya.

11.0

KESIMPULAN

Konklusinya, dapatlah dikatakan bahawa sumbangan Mahatma Gandhi dalam sejarah India amat penting dalam memastikan Negara beliau tidak tunduk dengan mudah terhadap kuasa-kuasa luar. Pelbagai usaha serta prinsip dijalankan walau pun terpaksa berdepan dengan masalah sama ada dengan pihak Barat atau masyarakat tempatan sendiri yang menentang prinsip yang diperjuangkan oleh beliau. Dasar perjuangan Mahatma Gandhi yang paling menonjol adalah Ahimsa, Satyagraha, HartaldanSwadesi yang memperlihatkan kekuatan beliau dalam menegakkan hak-hak masyarakat India daripada pihak British. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1948 akibat daripada tembakan yang dilakukan oleh NathuramGodse. [52]Insiden tersebut berlaku semasa beliau menghadiri suatu perjumpaan di mana orang Hindu danorang Islam di Delhi telah bersatu hati .Beliau berasa amat gembira mendengar berita tersebut dan membuat keputusan untuk menghadiri perjumpaan tersebut tetapi malangnya beliau ditimpa kecelakaan yang menamatkan riwayatnya sebagai seorang tokoh yang disanjungi.

PERBEZAAN ANTARA TAMADUN Perbezaan Antara Tamadun Islam Dan Tamadun Barat Semua orang tahu tamadun Islam dan tamadun barat ada banyak perbezaannya. Di sini kami akan memberi beberapa perbezaan yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan pengunjung sekalian. Terdapat 4 perkara yang secara ringkasnya menunjukkan perbezaan antara tamadun Islam dan tamadun barat. Antaranya : Kedudukan Agama Tamadun Islam: - Islam menjadi cara hidup yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia samada keduniaan / keagamaan. - Pembaharuan dalam Islam adalah mengikut agama bukan agama mengikut pembaharuan. Walaupun begitu ia tetap 'flexible' dan tidak rigid.

Tamadun Barat: - Bagi tamadun Barat agama adalah sebahagian daripada kebudayaan. Kebudayaan sentiasa mengalami perubahan dan akhirnya agama juga dicorak oleh perubahan.

Konsep Kesepaduan Dan Pengawalan Tamadun Islam: - Terdapat konsep kesepaduan dan pengawalan dalam Islam. Segala bentuk pembangunan kebendaan berkait rapat dengan kerohanian. Segala urusan tidak terlepas daripada mengikut prinsip-prinsip akidah, syariah dan akhlak. Tamadun Barat: - Tamadun Barat melihat perkara-perkara keduniaan hanya untuk kehidupan di dunia semata-mata. - Segala urusan yang dilakukan tidak ada kaitan dengan agama - Terikat dengan undang-undang tapi pengawalannya terlalu longgar. - Bentuk pengawalan tidak didasarkan kepada iman yang kukuh.

Konsep Kemajuan Tamadun Islam: - Islam juga mengambil kira aspek kemajuan dan perubahan tapi dengan menegaskan bagaimana cara ia dicapai dan apakah matlamatnya. - Islam menolak konsep 'matlamat menghalalkan cara'.

Tamadun Barat: - Kemajuan berdasarkan keuntungan semata-mata. - Berpegang dengan konsep 'matlamat menghalalkan cara'.

Penekanan Sudut Kemajuan Tamadun Islam: - Islam menekankan kedua-dua aspek kerohanian dan kebendaan. Kemajuan dalam Islam bersifat lengkap. - Pembangunan dan kemajuan dalam Islam adalah alat untuk mencapai kesempurnaan zaman.

- Fokus utama pembangunan dalam Islam adalah dalaman manusia itu sendiri.

Tamadun Barat: - Menitikberatkan aspek kebendaan dengan mengenepikan aspek kerohanian. - Mereka menghadapi krisis nilai yang teruk akibat mengabaikan aspek kemajuan dari sudut kerohanian / spiritual.

Tamadun Islam Tamadun Barat Kedudukan Agama - Islam menjadi cara hidup yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia, samada keduniaan atau keagamaan. Pembaharuan dalam Islam adalah mengikutagama bukan agama mengik ut pembaharuan.Walaupun begitu ia tetap flexible dan tidak rigid. Kedudukan Agama Agama adalah sebahagian daripadakebudayaan. Keb udayaan sentiasa mengalamiperubahan dan akhirnya agama juga dicorak olehperubahan.

Konsep Kesepaduan Dan Pengawalan Terdapat konsep kesepaduan danpengawalan dalam Islam . Segala bentukpembangunan kebendaan berkait rapatdengan k erohanian. Segala urusan tidakterlepas daripada mengikut prins ip-prinsip akidah, syariah dan akhlak. -

Konsep Kesepaduan Dan Pengawalan Tamadun Barat melihat perkaraperkarakeduniaan hanya untuk kehidupan duniasemata-mata. Segala urusan tidak ada kaitan denga nagama. Terikat dengan undangundang tetapipengwalannya terlalu longga r. Bentuk pengawalan tidak didasarkan kepada iman yang kukuh.

Konsep Kemajuan Islam juga menganbil kira aspekkemajuan dan perubahan tetapai denganmenegaskan bagaimana cara ia dicapaidan apaka h matlamatnya. Islam menolak konsep matlamatmenghalalkan cara . -

Konsep Kemajuan

Kamajuan berdasarkan keuntunganse mata-mata. Berpegang dengan konsep matlam atmenghalalkan cara .

Penekanan Sudut Kemajuan Islam menekankan keduadua aspekkerohanian dan kebendaan. Kemajuandalam Islam be rsifat lengkap. Pembangunan dan kemajuan dalam Islamadalah alat untu k mencapaikesempurnaan zaman. Fokus utama pembangunan dalam Islamadalah manusia it u sendiri. -

Penekanan Sudut Kemajuan

Menitikberatkan aspek kebendaande ngan mengenepikan aspek kerohanian. Mereka menghadapi krisis nilai yang teruk akibat mengabaikan aspekkemajuan dari sudut kerohanian atauspiritual.

Perbandingan konsep dan perspektif tamadun Islam dan barat


PreviousNext PERBANDINGAN KONSEP DAN PERSPEKTIF TAMADUN ISLAM DENGAN BARAT Bagi memahami konsep dan perspektif tamadun Islam dan Barat, kita akan mengkaji dari sudut pandangan pelbagai sarjana Islam dan sarjana Barat. Walaupun keduadua tamadun Islam dan Barat mempunyai beberapa persamaan dari segi pencapaian material, namun satu perbezaan di antara kedua-duanya ialah tamadun Islam menekankan aspek agama khususnya dari segi spiritual dan akhlak. Cuba fahami dan baca dengan teliti perbezaan antara tamadun Islam dengan tamadun Barat.

Tamadun Islam Takrifan tamadun Islam dapat difahami dengan jelas jika kita tinjau pelbagai jurus pandang tokoh-tokoh sarjana Islam dalam ilmu ketamadunan. Antara pandangan ilmiah tentang konsep tamadun Islam adalah seperti berikut:

1. Ibn Khaldun (732H 808H) Tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan pengajian Islam.

2. Jurji Zaidan (1861 1941) Tamadun ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termasuk bandarbandar Islam serta terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu pencapaian yang meliputi bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina dan seni muzik serta nyanyian.

3. Ismail al-Faruqi (1921 1986) Tamadun adalah diasaskan atas tauhid iaitu pengiktirafan kepada dua realiti yang menciptakan iaitu Allah s.w.t. dan realiti yang dicipta iaitu makhluk. Tauhid ialah identiti tamadun Islam yang mengaitkan segala unsurnya lalu mewujudkan satu wadah yang kukuh yang bergelar tamadun.

4. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1931 ) Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun sendiri berasal dari istilah din yang bermaksud satu cara hidup atau kehidupan beragama.

Tamadun barat Bagaimana pula konsep tamadun Barat? Tamadun barat juga ada pandangan yang tersendiri menurut tokoh-tokoh Barat. Ikutlah pendapat mereka dengan teliti agar kita dapat menghargai dan membandingkannya dengan konsep tamadun Islam.

1. Arnold Toynbee (1852 1883) Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang bertanggugjawab dalam pembentukan institusi politik, kesusasteraan, moral dan agama.

2. Dr. Haas dan Lecky Tamadun Eropah adalah berakar umbikan tamadun Yunani dan tamadun Rom yang bermatlamatkan kebendaan semata-mata.

3. J.K Fiebleman Tamadun ialah kepandaian mengekploitasi material oleh masyarakat iaitu proses masyarakat terhadap material dengan sendiri menjadikan barang baru bagi keperluan tertentu. Berdasarkan definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh daripada kedua-dua tradisi pemikiran ini, maka terdapat perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu tamadun Islam berpaksikan agama sebagai asas pembinaan tamadun, sebaliknya tamadun Barat walaupun ada unsur agama dan moral sebagai elemen kebudayaan, namun paksinya adalah kebendaan atau material.

Interaksi tamadun Islam dan barat Dalam sejarah perkembangan tamadun manusia, setiap tamadun saling berinteraksi antara satu sama lain. Hasil interaksi tersebut telah banyak menyumbang ke arah kemajuan pesat peradaban manusia. Namun setiap tamadun mempunyai pencapaianpencapaian serta keunikan yang tersendiri. Interaksi yang berlaku antara tamadun sepanjang sejarah manusia pasti akan menerima kesan-kesan yang positif dan negatif.

1. Interaksi positif Interaksi positif antara tamadun Islam dan tamadun lain telah berlaku seawal abad pertama dalam sejarah Islam lagi. Berikut merupakan impak positif pertembungan tamadun Islam dengan tamadun yang lain.

Rumusan interaksi positif tamadun Islam dengan tamadun Barat telah diungkapkan dengan begitu menarik oleh sejarawan Barat, Robert Briffault: For although not a single aspect of European growth in with the decisive influence of Islamic civilization is not traceable, nowhere is it so clear and momentous as in the genesis of that power with constitute the permanent distinctive force of the modern world and the supreme source of its victory natural science and scientific spirit. Science is the momentous contribution of Arab Civilization to the modern world It was not science only which brought Europe back to life. Other and manifold influences from the civilization of Islam communicated its first glow to European life. Jadi, kalau tiada interaksi positif sudah pasti Barat moden yang serba maju tidak akan mencapai kemajuan pesat. Sikap keterbukaan yang dianjurkan oleh tamadun Islam telah ditegaskan dengan kata-kata yang begitu indah oleh Hassan Langgulung:

Tamadun Islam tegak dicetus atas dialog yang membina dan prinsip memberi dan mengambil. Dengan itu ia dapat menghadamkan pencapaian sains yang mekar pada tamadun-tamadun lain, malah ia menambah dan memperkayakannya sehingga ia mengeluarkan tamadun gemilang dan cemerlang dalam segala bidang ilmu dan pengetahuan.

2. Interaksi negatif Lumrah kehidupan manusia ada yang baik dan ada yang buruk. Begitu juga interaksi antara tamadun, khususnya tamadun Islam dan tamadun Eropah ada yang positif dan negatif.

Kesimpulannya, interaksi antara sesebuah tamadun berlaku kerana terdapat sikap terbuka dalam menerima dan menilai apa yang baik dan buruk. Interaksi yang positif memberi pengukuhan kepada sesebuah tamadun. Sebaliknya, interaksi yang negatif menimbulkan konflik dan perang yang akan merugikan tamadun tersebut. Oleh itu, semua tamadun harus menilai semula kelemahan mereka dan cuba membina tamadun manusia atas dasar persaudaraan dan semangat kekitaan serta saling menghormati bahawa kita manusia tidak boleh hidup bersendirian.

Konsep Tamadun Islam/Barat Definisi. Perbezaan. Asas-asas Tamadun. Sumber Tamadun. Matlamat Tamadun. Keistimewaan Tamadun. Pendahuluan Tamadun awal seperti Mesopotamia, Mesir, Greek, Cina, India dll. Muhammad Asad, Al-Quran adalah sumber ideologi tamadun Islam. Prof. Ismail Al-Faruqi, tauhid sebagai intidasar, penggerak dan pembentuk identiti tamadun Islam. Prof. M.A.J. Beg, hanya ada 2 tamadun: Islam @ barat. Definisi Tamadun Islam 4 istilah: Umran, Hadharah, Madaniyah dan Tamadun. Umran: Ibn Khaldun (Al-Muqadimah,abad ke 14M) mgunakannya untuk menerangkan sifat-sifat tamadun. Umran amara, kawasan tanah yg didiami, tinggal menetap dan berkembang subur. Ciri umran: pegangan agama, sistem kenegaraan, hidup cara bandar, penulisan, senilukis dan senireka. Hadharah; Ibn Khaldun, iaitu suatu wilayah, daerah, kota atau bandar lwn kpd. Badawah. Malik Bennabi (Algeria) Hadarah; berada di tahap maju industri & pniagaan lwn Badawah; pertanian dan penternakan. Dapat menggunakan sumber alam dan mengambil nilai kerohanian. Fenomena kemajuan kesusasteraan,keilmuan & undang2. Madaniyah; Muhammad Farid Wajdi & Syeikh Muhammad Abduh (abad ke 20M, Al-Madaniyah wa al-Islam). Kaitan dgn kebudayaan bandar; madinah @ bandar. Tamadun; Jurji Zaidan (abad ke 20M), membina, mendirikan bandar, menaikan taraf hidup beradab, budi pekerti, sifat keinsanan, kebudayaan luhur. Civilization; civitas @ bandar. Mula abad ke 18M; kait rapat urbanization. Perbezaan Tamadun Islam & Barat Mengenal Pencipta Aristotle; Tuhan tidak ada keinginan, kehendak dan matlamat. Materialistik

Metafizik Sekularisme Maksud Sekularisme Sejarah kemunculan di barat. Kedudukan Agama Islam: Islam mengatur setiap aspek kehidupan manusia merangkumi aqidah, syariah dan akhlak. Ia juga meliputi sistem politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Barat: Agama adalah sebahagian dari kebudayaan. Peranan agama hanya dalam perkahwinan, kematian dan upacara ibadat yang khusus sahaja. Konsep Kesepaduan Islam: ada kaitan antara aqidah, syariah dan akhlak. Juga kaitan antara jasmani dan ruhani. O/itu segala aktiviti seharian adalah ibadah. Barat: tiada kesepaduan kerana ia adalah sistem sekular yang mengasingkan persoalan ibadah dengan aktiviti keduniaan. Konsep Kemajuan Islam: Matlamat tidak menghalalkan cara. Sains dan teknologi bukan untuk kemusnahan. Barat: Bertujuan untuk memaksimum keuntungan tanpa mempersoalkan akhlak dan batasan hukum agama sehingga menzalimi dan melakukan maksiat. Pelaksanaan Kemajuan Islam: Kemajuan hanya sebagai alat bukan matlamat untuk kesenangan dunia dan akhirat. Barat: Kemajuan menjadi matlamat sehingga mengenepikan persoalan agama dan akhlak. Pembangunan hanya berasaskan kebendaan (material). Roh Tamadun Moden Spt manusia, tamadun juga ada roh dan jasad. Jasad adalah spt. kemajuan material, pembangunan, industri, peralatan, kesenangan hidup dll. Roh pula adalah kumpulan ideologi (akidah), konsep, nilai, adab, budaya dan tradisi Tamadun yg memberi kebebasan tanpa had. Mencipta bom nuklear, melanggar alam tabie, membelah angkasa hingga ke bulan dan planet, revolusi biologi,teknologi maklumat (internet) dan mencabar agama (Da Vinci Code) Penciptaan alat

Komputer, alat penghawa dingin, alat pemanas, radio, tv, telefon, remote control dll. Kesenangan hidup Orang biasa dpt hidup mewah spt. Raja. Namun, bagi Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi ia ibarat gajah yang memiliki roh seekor tikus. Kejatuhan gergasi korporat dunia spt. Enron, WorldCom dll. Sedar pengurusan tamadun bukan shj soal teknikal dan kemahiran, tetapi juga soal iman, akhlak dan unsur-unsur rohani. Timbul trend baru untuk kembali ke akar umbi dan peranan agama. Teori Max Weber (Protestant Ethics), kapitalisme barat adalah berpangkal dari etika Protestan. The Toynbee-Ikeda Dialogue, peranan agama dalam jatuh bangun tamadun dunia. Kesan Tamadun Barat Kesan buruk Keruntuhan akhlak Keruntuhan institusi keluarga/masyarakat Kegelisahan jiwa Peningkatan kadar jenayah Kejatuhan ekonomi Kesan baik Teknologi maklumat Penciptaan alat/mesin Kemajuan ilmu/pendidikan Kesenangan hidup Asas Tamadun Islam Aqidah Keimanan dan kepercayaan kpd Allah yg diikat oleh ucapan 2 x syahadah. Syariah Peraturan dan undang-undang yg telah ditetapkan Allah utk diikuti o manusia. Akhlak Praktikal kpd iman, setiap perlakuan dan tindakan manusia bteras aqidah. Sumber Tamadun Islam Al-Quran Kalamullah yg diwahyukan kpd Nabi Muhammad utk seluruh manusia. Al-Sunnah

Setiap apa yg dinisbahkan kpd Rasulullah; perkataan, perbuatan @ tindakan. Ijtihad Usaha bersungguh2 para mujtahid utk menentukan hukum dari dalil2 syarak. Tamadun-tamadun lain Bersikap terbuka menerima selagi tidak bercanggah dgn hukum syarak. Matlamat Tamadun Islam Hubungan manusia dgn Allah. Tujuan penciptaan manusia. Melahirkan jiwa tenteram dan bersih Menjalan tugas khalifah Allah. Hubungan sesama manusia. Bersifat universal; tiada perbezaan kulit, bahasa, bangsa dan jenis. Persaudaraan sejagat. Hubungan dgn alam Amanah memakmurkan bumi Mengasihani dan belas thp makhluk Tidak melakukan fasad fil ard. Keistimewaan Tamadun Islam Bersumberkan wahyu Bentuk tetap dan tidak dipengaruhi hawa nafsu Sesuai dgn fitrah manusia Bersikap terbuka kpd semua tamadun Bersifat universal.

Penjelasan Prinsip Islam Hadhari kelapan.

1.

PENDAHULUAN

Usaha negara-negara moden pada abad ke-20 untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan modenisasi masyarakat secara menyeluruh telah berjaya menjadikan negaranegara tersebut terkenal sebagai developed (maju), advanced (terkehadapan) atau fully industrialised countries (negeri-negeri yang telah mencapai kemajuan perindustrian sepenuhnya). Tetapi kemajuan dan modernisasi yang dicapai khususnya oleh negara-negara Barat itu juga telah menghasilkan, pada umumnya, kelunturan nilai-nilai budaya, kelonggaran nilai-nilai moral dan keterasingan nilainilai agama. Banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara ala Barat dan natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan. Modernisasi sekular yang digembar-gemburkan sebagai agenda perubahan yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akarakar budaya asing atau westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam atau orang Timur. Apabila budaya tempatan sudah tidak berdaya lagi menahan arus westernisasi dan sistem moral keagamaan pun menjadi lemah di bawah tekanan dan asakan sistem moral yang liberal, relatif dan agresif, maka negara dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neo-kolonialisme budaya. Pada waktu itu identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat kita tidak akan bererti lagi.

Cabaran daripada Penyalahgunaan Dadah, Minuman Keras dan HIV/AIDS

Ancaman penyalahgunaan dadah sudah lama menjadi Musuh Negara Nombor Satu dan peperangan menentang ancaman ini masih terus dilakukan. Tetapi statistik dan data menunjukkan bahawa gejala ini tetap berada pada tahap yang serius meskipun pelbagai cara telah dilakukan untuk mencegah atau mengurangkannya. Tiap tahun ribuan pemuda, kebanyakkannya orang Melayu, menjadi mangsa najis dadah yang kemudiannya mendorong mereka ke arah gaya hidup yang tidak bermoral dan tidak bertamadun. Banyak kegiatan jenayah dan anti-sosial yang lain berpunca daripada atau berkaitan dengan budaya penagihan dadah. Di samping itu amalan

minuman keras yang jelas diharamkan oleh Islam didapati mulai menjangkiti golongan remaja Melayu sewaktu mereka berparti dan berpesta di tempat-tempat hiburan di kotakota besar.

Peningkatan gejala HIV/AIDS yang rapat kaitannya dengan penyalahgunaan dadah juga semakin serius dewasa ini sehingga pihak yang berkuasa menganggapnya sudah sampai ke tahap darurat. Sebahagian besar pengidap-pengidap penyakit HIV/AIDS ialah orang Melayu yang terlibat dengan gejala penagihan dadah, termasuk mereka yang berada di dalam Pusat-pusat Serenti. Ini menunjukkan bahawa aktiviti hubungan seks sejenis (homoseks) semakin merebak di kalangan orang Melayu walaupun masyarakat Melayu, sebagai masyarakat beragama Islam tahu bahawa dadah itu haram dan hubungan homoseksual itu satu dosa besar yang dikutuk sekeraskerasnya oleh agama Islam. Keadaan darurat ini telah mendorong pihak kerajaan untuk mengambil langkah-langkah yang drastik bagi mengurangkan penyakit sosial yang merbahaya ini. Langkah-langkah drastik yang dicadangkan ini termasuk a) memberikan suntikan methadone sebagai ganti kepada dadah merbahaya, b) memberikan jarum-jarum suntikan secara percuma, dan c) memberikan kondom percuma supaya penyakit AIDS tidak merebak. Langkah-langkah ini apabila dilaksanakan kelak akan dijalankan di bawah pengawasan rapi pihak berkuasa kementerian berkenaan supaya ia mencapai matlamat yang positif. Walau bagaimanapun pengaruh budaya gay yang m enggalakkan dan menghalalkan hubungan seks sejenis semakin berkembang di negara-negara Barat dan perkahwinan sejenis sudahpun diiktiraf sebagai sah dari segi undang-undang negara di Belanda, Belgium dan Sepanyol. Negara Kanada dijangka akan mengikut jejak langkah negaranegara Eropah itu. Sikap yang tegas menentang dan mengharamkan gaya hidup gay ini di Malaysia perlu mendapat sokongan semua kaum supaya wabak HIV/AIDS dapat dibendung dan keutuhan institusi keluarga dan perkahwinan yang dihormati oleh agama dapat dipertahankan.
6. PENGETAHUAN TENTANG KEUTAMAAN AKHLAK YANG MULIA

Satu daripada punca berlakunya keruntuhan nilai-nilai murni dalam masyarakat Islam di Malaysia masa kini ialah kurangnya atau lemahnya pengetahuan umat Islam sendiri tentang kedudukan akhlak dalam agama Islam. Islam difahami dan ditanggapi oleh sebahagian umat sebagai sistem ibadah khusus sahaja merangkumi kelima-lima Rukun Islam. Kesempurnaan beragama dirasakan sudah memadai dengan menunaikan sembahyang lima waktu, zakat, puasa dan haji. Isi al-Quran dan hadith tentang nilai-nilai akhlak tidak diketahui dan ketinggian akhlak atau budi pekerti pemimpin-pemimpin Islam zaman silam tidak dipelajari. Oleh itu ilmu tentang keutamaan akhlak yang mulia dalam Islam

dititikberatkan, perlu diketengahkah dan disebarluaskan dalam masyarakat Islam khususnya dan masyarakat bukan Islam amnya. Kejahilan orang-orang Islam tentang peri pentingnya akhlak yang mulia sebagai matlamat beragama ditambah dengan kejahilan tentang ciri-ciri serta tanggungjawab orang-orang yang beriman (mukmin) membuka jalan-jalan bagi mereka untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran-ajaran moral yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w.). Apabila dorongan dan asakan hawa nafsu menjadi kuat dan fikiran dikalahkan oleh emosi, mereka tidak berupaya mengawal dorongan-dorongan itu, lalu berlakulah tindak tanduk dan perbuatan yang dilarang oleh agama. Kajian-kajian yang telah dibuat di Malaysia tentang beberapa gejala sosial di Malaysia masa kini seperti sumbang mahram, penyalahgunaan dadah dan HIV/AIDS menunjukkan bahawa kejahilan ilmu agama di kalangan belia dan orang dewasa juga merupakan salah satu faktor pendorong ke arah perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral itu.

8. Keutuhan budaya dan moral i. Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama ii. Membangunkan nilai moral masyarakat berdasarkan nilai murni iii. Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat

8. KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL


Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mukminin: 1-2. Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu dalam sembahyangnya. Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan berjalan selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari. Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai selagi

kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara. Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arah kebudayaan tinggi (high culture).

(8) Keutuhan Budaya dan Moral Islam Hadhari seperti yang telah dijelaskan sebelum ini merupakan satu bentuk perubahan atau anjakan paradigma ke arah ketamadunan yang dikehendaki oleh Islam. Namun ia bersifat menurut acuan Malaysia agar ia lebih dinamik. Ini tidaklah bermaksud menerima pakai dialog peradaban secara total, bahkan ia menjadi titik tolak ke arah ketamadunan yang bersesuaian dengan budaya dan akhlak rakyat Malaysia sendiri. Tambahan pula, acuan yang dibina adalah hasil gabung-jalin antara kaum dan budaya rakyat Malaysia. Dalam menetapkan budaya menurut acuan tersendiri, Malaysia menerusi Islam Hadhari terus menekankan prinsip raja berperlembagaan sebagai sumber budaya dan moral pentadbiran dalam sistem pemerintahannya. Berbeza dengan sistem barat apabila faktor tanah dianggap sebagai unsur asasi dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Namun begitu ada perubahan dari sebuah kerajaan tetapi banyak didahului dengan pertukaran pemerintah, bukannya sistem dana budaya (Mohd Taib Othman dan A. Aziz Deraman, 2000: 69-70). Kedatangan ajaran Islam turut memainkan peranan utama keutuhan budaya dan moral masyarakat Melayu di peringkat awal lebih terserlah. Hal ini sejajar dengan Islam sebagai 'ad-Din'. Pendewaan dan kepercayaan animisme terhakis akibat pembudayaan ilmu dan pengamalan ajaran Islam yang membentuk sistem budaya masyarakat, turut menambah nilai budaya persekitaran dan diasimilasi secara perlahan-Iahan dalam masyarakat (Mohd Taib Othman dan A. Aziz Deraman, 2000 : 69-71). Sebagai contoh, semangat perkauman berjaya diubah kepada semangat 'Malaysia Boleh' melalui ajaran Islam yang sebenar. Kedatangan Islam ke Alam Melayu memberi impak yang besar sehingga mengubah masyarakatnya menjadi bertamadun. Perubahan ini dilihat sebagai 'Melayu Baru' melibatkan perubahan dalaman dan rupa bentuk luaran. Ia boleh diistilahkan sebagai perubahan jiwa dan rupa. Perubahan jiwa ini berpunca dari perubahan dalaman dari kepercayaan kepada animisme, Hindu-Buddha dan yang bersifat khayalan, kepada kepercayaan akidah tauhid terhadap Tuhan yang selaras dengan akal rasional dan dalil nyata (pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM, 2005 : 77). Maka Islam Hadhari adalah hasil manifestasi bersifat global menurut acuan negara agar Islamisasi terus disemadi ke dalam jiwa dan diserlahkan dengan perbuatan dan amalan yang bersesuaian dengan tuntutan agama sebenar.

Dalam meneruskan agenda budaya dan moral, Islam Hadhari berusaha menekankan semangat jati diri Malaysia untuk menepis segala amalan dan budaya Barat yang mula menular ke dalam jiwa masyarakatnya. Manakala segala perkara baru yang bersesuaian
dan menepati matlamat budaya dan moral masyarakat Malaysia adalah diterima dengan berhati-hati.

PENGENALAN Islam Hadhari bukanlah suatu ajaran baru di dalam Islam. Ia adalah suatu pendekatan yang cuba menterjemahkan dan merealisasikan Islam dari sudut pelaksanaan dan pendekatan yang dituntut untuk diikuti oleh umat Islam sendiri berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam sebenar dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, modal pembangunan Insan, pembangunan kesihatan dan pembangunan fizikal. Kesannya, sekaligus dapat memantapkan keseluruhan cara hidup sarna ada dari aspek jasmani dan rohani. Penjenamaan Islam Hadhari diharap dapat meningkatkan pelbagai kesedaran kesatuan di kalangan ummah dan membuka minda segar masyarakat non-muslim agar dapat memahami agama Islam sebenar serta menghapuskan perasaan prejudis dan negatif di kalangan masyarakat non-muslim terhadap Islam.

1. TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan kepada ketuaketua agensi mengenai Pendekatan Islam Hadhari, iaitu dari segi konsep, struktur dan pelan tindakan bagi melaksanakannya dalam Perkhidmatan Awam. Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari diharap akan dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju berdasarkan perspektif ketamadunan Islam yang telah terbukti mampu membawa kepada kegemilangan.

Prinsip 8 : Keutuhan Budaya dan Moral

Dalam usaha meningkatkan kemajuan Negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan moral perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat. Dengan demikian, kemajuan ekonomi dan teknologi akan berkembang seiring dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Cabarancabaran semasa berkaitan dengan kepincangan moral hendaklah diatasi secara bersepadu dan bijaksana oleh setiap anggota masyarakat. Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan; Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilainilai murni dan prinsip Rukunegara.

HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI : REALITI DAN CABARAN PENDAHULUAN Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala kecanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bencana dan kemelut yang hampir semua bidang kehidupan sosial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunca dari kecanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia . Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media cetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia . Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam secara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.

1.0 PENGERTIAN / DEFINISI TAMADUN ISLAM Sesungguhnya pembicaraan pengertian/definisi sesuatu perkataan atau istilah biasanya menimbulkan kekeliruan. Hal ini bertitik tolak tentang wujudnya berbagai bagai pendapat yang dikemukakan oleh sarjana dalam bidang yang berkaitan. Kelainan ini merupakan fitrah semula jadi manusia yang sentiasa berbeza dalarn cara berfikir di antara satu dengan yang lain, yang timbul akibat daripada perbezaan latar belakang pendidikan, alam persekitaran, minat, sikap dan sebagainya. Demikian juga haInya dalam memberikan pengertian/definisi tentang tamadun. Untuk memudahkan perbincangan dan kefahaman, maka di sini dinyatakan beberapa pengertian/definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh atau sarjana-sarjana Islam dan juga pandangan tokoh-tokoh barat berkaitan dengan pengertian atau definisi tamadun. 1.1.1 Pengertian / Definisi Tamadun Mengikut Pandangan Tokoh / Sarjana Islam : Teuku Iskandar di dalam Kamus Dewan mencatatkan pengertian tamadun sebagai kebudayaan, peradaban, kemajuan, sopan santun dan sebagainya.1 Abu Bakar Hamzah di dalam bukunya Sejarab Kebudayaan Islam menjelaskan bahawa perkataan tamadun adalah berasal daripada kata Arab yang telah diterima sebagai sebahagian daripada perbendaharaan perkataan bahasa Malaysia. Tamadun itu lahir serentak, seiring dan sejalan dengan perkembangan kehidupan manusia dari masa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.2 Istilah peradaban pernah juga digunakan oleh beberapa orang sarjana Islam seperti Muhammad Uthman El Muhammady yang menulis buku Peradaban Islam, Profesor Madya Dr. Ismail Hamid yang menulis buku Peradaban Melayu dan Islam dan lain lain. Mereka pada keseluruhannya bersependapat bahawa peradaban itu ialah pencapaian manusia dalam kedua dua bidang, iaitu kerohanian dan kebendaan.3 Mahmood Mohd Taib al Najmi di dalam bukunya Sejarah Tamadun Islam mendefinisikan tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluarannya sama ada dari segi pemikiran atau kebendaan.4 Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas yakni salah seorang sarjana Islam kontemporari telah memberikan takrif tamadun Islam sebagai "keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya" (1972:10). Bagaimanapun Ibnu Khaldun sebelum ini menghuraikan maksud tamadun Islam atau peradaban sebagai "pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai nilai seni" (Ibn Khaldun,t.t.:52). Daripada huraian yang tersebut di atas, nyatalah di sini bahawa ketiga-tiga istilah pernah digunakan untuk menghuraikan tamadun iaitu perkataan-perkataan kebudayaan, peradaban dan tamadun. Walaupun perkataan-perkataan itu berbeza dari segi sebutannya tetapi membawa satu maksud iaitu pencapaian manusia di dalam segala aspek kehidupan manusia sama ada dari aspek pemikiran, kerohanian, abstrak atau kebendaan.

Secara lebih sempurna tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan lain lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji seterusnya membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

PANDANGAN TOKOH ISLAM MENGENAI TAMADUN Tamadun itu ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkannilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian,politik, kesusasteraan dan sebagainya. (dr. muhammad al-bahly) Proses perubahan tamadun umpama roda, dgn pusingan yg digerakkan olehmasyarakatnya. kebangkitan, kemajuan, kedewasaan, kemunduran & kejatuhansesuatu bangsa, negara/peradaban (Muhd Yusof Ibrahim) Tamadun ialah pencapaian tatasusila manusia yang tinggi serta kebudayaanmasyarakat yang luhur. (Syed Naquib al-Attas) suatu yang lahir dan berkembang bersama kehidupan manusia sama ada berupaskalaabstrak, mahupun berupa skala-material. (Abu Bakar Hamzah 1972) merupakan peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia untukmenambahkan hasil pengeluaran sama ada dari segi atau kebendaan.(Mahmood Taib anNajmi 1971) tamadun atau peradaban sebagai pencapaian manusia yang melebihi keperluanasasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilandaya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. (Ibnu Khaldun 1967

BAB 1: PENGENALAN TAMADUN. Definisi Tamadun: Kamus dewan kebudayaan, peradaban, kemajuan (rohani dan jasmani) Bahasa melayu Indonesia- peradaban(beradab sopan,terhormat,hdp diatur hukum,tingkat kebudayaan yg tinggi) Bahasa Inggeris- Civilization(civitas-kota@city) Tamadun asalnya daripada bahasa arab iaitu tamaddana atau madana yg bererti:

-ada lokasi tmpt tggl yang membangun jadi perbandaran dan masyarakatnya berubah daripada hidup nomad kepada kehidupan yg maju dan diwarnai dengan kehalusan adat. Terminologi Tamadun: Istilah tamadun yg lain adalah umran, hadarah, tamadun & madaniyah. Sejarawan pertama yg membincangkan isu tamdun adalah ibn khaldun(al-muqaddimah) Beliau menggunakan istilah umran dan hadarah dlm membincangkan ilmu tamadun.

Konsep Tamadun: M.A.J BEG- beliau berpendapat hanya ada 2 konsep tamadun iaitu Tamadun Islam & Tamadun Barat. Muhammad Asad: nyatakan Tamadun Islam bersifat ideology(Al-Quran dan Syariah) Ali Shariati: teori beliau ialah migrasi(perpindahan atau hijrah dan teori peranan manusia dlm menempa kemajuan) Muhammad Uthman El-Muhammady- teori beliau berteraskan ajaran Islam sbg ad Din. Prof Ismail Faruqi- Teori beliau adalah Tauhid yang menjadi dasar tamadun. Prof Richard E.Sullivan- Teori beliau adalah peranan agama dlm pembentukan tamadun Islam. Kesimpulannya: Tamadun adalah hasil drpd ajaran Islam. Konsep Tamadun drpd perspektif Islam & Barat: Perspektif Islam: - Berasaskan aqidah, tauhid dan nilai2 kemanusiaan. Pendapat tokoh: Ibn Khaldun- Kemuncak pembangunan yg berkait rapat dgn peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat pelbagai aspek industri bg meningkatkan kualitinya. Saiyid Qutb- Tamadun adalah segala bentuk kemajuan yg dihasilkan oleh sekumpulan msyrkt sprt sistem sosial, pemerintahan, politik ekonomi &kebudayaan yg berteraskan syariat ALLAH. Said Hawa- Tamadun umumnya terdiri drpd 2 kategori iaitu tamadun Islam dan Tamadun Jahiliyyah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yg tertegak diats kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dgn kebudayaan itu. Tamadun jahiliah ialah segala kemajuan yg dijelmakan dlm bntk kebendaan tak ambil kira aspek rohani.& moral. Dr. Muhammad Al-Baki- Segala usaha dan daya cipta yg membayangkan secara khusus manusia dgn menggunakan akal, perasaan &tingkahlaku. Prof.Syed Muhammad Naquib al-Attas- keadaan khdpn insan yg bermasyarakat yg telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yg luhur bg masyarakatnya. Abu Bakar Hamzah- Tamadun Islam menitik beratkan soal pbgnn yg sepadu antara 2 unsur iaitu kerohanian dan unsur kebendaan.

Perspektif Barat: - Kebendaan dan material sebagai ukuran masyarakat yg bertamadun. Pendapat Tokoh: Arnold Toynbee: Tamadun ialah system msyrkt yg dpt membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti ,4 elemen(bhn2 ekonomi,sistem politik,pengetahuan dan seni) Darey Ribeiro : msyrkt yg bertamadun adalah berakhir cara hdp nomad, pembahagian kerja berasaskan kump, pertumbuhan kota & negara, wujudnya status sosial,sistem pengairan,penggunaan logam,tulisan dan kalendar,revolusi perdagangan,penternakan,teknologi,industri. J.K.Febleman: Kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat.

Perbezaan di antara Tamadun Islam & Tamadun Barat: Tamadun Islam Tamadun Barat 1.Kedudukan agama adalah meliputi 1. Kedudukan agama adalah seperti seluruh aspek kehidupan samada kebudayaan yg sentiasa mengalami keagamaan dan keduniaan. pembaharuan.(dicorakkan oleh manusia). 2. Konsep kesepaduan dan pengawalan 2. Konsep kesepaduan dan pengawalan. tiada iaitu segala aspek dunia tiada kaitan Segala aktiviti duniawi ada kesepaduan dengan Tuhan & agama. dengan ukhrawi. 3. Konsep kemajuan berdasarkan keuntungan dan mengenepikan etika dan 3. Konsep kemajuan diukur berdasarkan nilai keamanan sejagat. etika dan kebenaran yg ditentukan pencipta. 4. Penekanan sudut kemajuan adalah dari aspek kebendaan dan mengenepikan 4. Penekanan sudut kemajuan adalah kerohanian. bersifat komprehensif danmultidimensionaliaitu kerohanian dan kebendaan seiring. Sumber Tamadun Islam: 1. Sumber Asas- Al-Quran & As-Sunnah. 2. Sumber Tambahan- Akal pemikiran(ijtihad),Pengalaman, Tamadun2 lain. Matlamat Tamadun Islam: 3 matlamat utama Tamadun Islam : 1. Hubungan Manusia dgn Allah 2. Hubungan Manusia dgn Manusia.

3. Hubungan Manusia dgn Alam. Dasar-dasar Tamadun Islam: 1. Memelihara Keselamatan Akidah. 2. memelihara Jiwa dan Nyawa. 3. Memelihara Akal dan Fikiran. 4. Memelihara Maruah dan Keturunan. 5. Memelihara Harta benda. 6. Memelihara Hak dan Kebebasan.

Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu...


TEORI KEDATANGAN ISLAM KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM 3.1 TEORI KEDATANGAN ISLAM Terdapat sarjana yang melihat teori kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui 3 peringkat utama iaitu; i. melalui kedatangan pedagang melalui India ii. melalui kedatangan pedagang melalui China iii. Islam datang secara langsung dari Semenanjung Tanah Arab Namun ketetapan telah dibuat iaitu Islam telah datang ke Alam Melayu sejak zaman Khalifah Ar-rasyidin lagi tetapi melalui perantara. Perantara yang dimaksudkan ialah pedagangpedagang dari China dan India yang datang berdagang ke Alam Melayu.

3.2 PENYEBARAN ISLAM DI ALAM MELAYU Apabila membincangkan penyebaran Islam di Alam Melayu, ianya tidak dapat lari daripada membincangkan 2 faktor penting yang membawa kepada perkembangan Islam di Alam Melayu iaitu; i- Peranan golongan-golongan penyebar Islam yang terdiri daripada; golongan bangsawan peranan kerajaan-kerajaan Islam golongan mubaligh

ulama dan ahli sufi pedagang asing ii- Ciri-ciri istimewa yang ada dalam agama Islam itu sendiri seperti; Islam tidak memaksa masyarakat Alam Melayu supaya menerima ajarannya, sebaliknya menyerahkan kepada setiap individu sama ada mahu menerimanya atau tidak agama baru ini boleh mengasimilasikan ajarannya dengan budaya masyarakat Melayu yang telah sebati dalam diri mereka Islam merupakan agama yang sederhana dan sifatnya ini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu.

3.3 PUSAT-PUSAT TAMADUN ISLAM DI ASIA TENGGARA (a) Kerajaan Perlak dan Samudera Pasai

(b) Melaka dan Aceh (c) Brunei, Sulu, Mindanao dan Pattani (d) Kerajaan Islam lain : Demak, Pajam dan Mataram di Jawa, : Banjar di Borneo dan : Campa di Indo China 3.3.1 PASAI (1250-1524 M) Kerajaan Pasai lebih dikenali sebagai Kerajaan Melayu pertama yang memeluk agama Islam berikutan dengan peristiwa pemelukan Islam oleh pemerintahnya Merah Silu (Sultan Malik alSalih). Pasai merupakan zaman kegemilangan Kesusasteraan Melayu memandangkan sistem tulisan BM (tulisan Jawi) telah bertindak sebagai medium penyebaran agama dan kesusasteraan Melayu-Islam ketika itu. Ketinggian daya penciptaan yang mencerminkan ketinggian pemikiran bangsa Melayu dapat dikesan melalui penghasilan pelbagai hasil kesusasteraan agama seperti; i. Hikayat Nur Muhammad

ii. Hikayat Bulan Berbelah iii. Hikayat Nabi Bercukur iv. Hikayat Nabi Wafat dan sebagainya. Hikayat Raja Pasai (HRP) pula merupakan hasil kesusasteraan sejarah yang menjadi sumber pemikiran Tamadun Melayu melalui bebarapa dimensi iaitu; i. Sistem Kepercayaan Agama Islam telah menjadi teras kepercayaan masyarakat Melayu. ii. Politik dan Pentadbiran Sistem Feudal (bangsawan) merupakan bentuk sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kebanyakan kerajaan Melayu tradisi. iii. Sosial dan budaya Masyarakat Melayu mempunyai hierarki sosialnya yang mana Raja mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan dan diikuti oleh golongan pegawai, pemimpin-pemimpin tempatan dan seterusnya rakyat biasa. Dari aspek kebudayaan ditonjolkan adat istiadat Melayu seperti adat menyambut kelahiran putera raja, adat pertabalan raja dan sebagainya. iv. Sumber Ekonomi Hikayat Raja Pasai menunjukkan kegiatan ekonomi tradisi masyarakat Melayu tradisi seperti memungut hasil hutan, memburu dan menternak binatang serta bertani (padi huma). Masyarakat Melayu juga pada ketika itu telah ada aktiviti perdagangan dan perlombongan emas. Kesimpulannya, Pasai sebagai pusat intelektual Melayu-Islam terus berkembang walaupun Melaka kemudiannya mengambil alih sebagai pusat Tamadun Melayu. Pasai terus menjadi sumber rujukan kepada Melaka khususnya yang berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Umpamanya Kitab Durr al-Mandhum telah dihantar ke Pasai untuk diterjemahkan ke dalam BM atas perintah Sultan Mansur Syah.

3.3.2 MELAKA (1400-1511 M) Melaka muncul sebagai sebuah kuasa atau empayar yang terpenting di Alam Melayu khususnya sebagai; i. pusat penyebaran agama Islam

ii. pusat perdagangan iii. pusat perkembangan Bahasa Melayu Melalui dimensi (i), Melaka muncul sebagai pusat agama Islam terpenting di Aia Tenggara menjelang pertengahan abad ke-15. Pemerintah pertama yang memeluk Islam ialah Megat Iskandar Syah manakala Sultan Muzaffar Syah pula telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Melaka. Antara cara-cara penyebaran agama Islam di Melaka ialah melalui perkahwinan, penaklukan wilayah, perdagangan dan kegiatan mubaligh/pendakwah. Melalui dimensi (ii) pula, Melaka muncul sebagai pelabuhan entreport antarabangsa yang sibuk dan maju disebabkan oleh keudukannya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan perdagangan Timur-Barat. Empat orang Syahbandar telah ditugaskan untuk menyediakan kemudahan bagi aktiviti perdagangan dan juga memungut cukai. Dengan erti kata lainnya, Melaka ketika itu telah mempunyai sistem ekonomi yang sistematik dan teratur. Manakala melalui dimensi (iii), ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan peranan Melaka menerusi dimensi (i) dan (ii) sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. BM telah menjadi bahasa pendakwah yang mana ia telah digunakan bagi menyebarkan agama Islam. BM juga telah menjadi bahasa 'lingua franca' melalui kegiatan perdagangan. BM telah dituturkan oleh pedagang-pedagang asing untuk berkomunikasi sama ada dengan pihak pemerintah mahupun sesama mereka. Kesimpulannya, BM telah mencapai martabat yang tinggi pada zaman Melaka ekoran daripada peranan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat kegiatan perdagangan. Melaka muncul sebagai pusat perkembangan BM yang terulung dan ini jelas mencerminkan ketinggian ketamadunan masyarakat Melayu pada ketika itu.

Contoh Interaksi Tamadun China Dalam Tamadun Melayu


Bahasa Dan Kesusasteraan Pengaruh Tamadun China ke dalam Tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut (Za'ba, 1962 : 275) : (a) Makanan dan buah-buahan Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu. (b) Pakaian dan barang-barang dagangan Budaya dan Kesenian Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Kini ramai di kalangan komuniti Baba telah berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap kembali ciri-ciri budaya Cina (Hashim Hj. Musa, 2005: 146-147).15

Contoh Interaksi Tamadun Melayu Dengan Tamadun India


Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja-Raja Melayu serta ad at resam dan hiburan. Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu seperti contoh di bawah (Hashim Hj. Musa, 2005: 142-143). (a) Pinjaman daripada Sanskrit: Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat: Bhumi-bumi Bheda-beda/beza Bhasa-bahasa Arthah-harta Bhakti-bakti Bhudi-budi arghah-harga .(b) Pinjaman daripada Bahasa Tamil. Ciri-ciri penyesuaian juga berlaku ke atas kata pinjaman Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan, contohnya: Kendii-kendi Kappal kapal