P. 1
UNIT3[1]

UNIT3[1]

|Views: 2,800|Likes:
Published by muhamad yusof

More info:

Published by: muhamad yusof on Jul 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

3.

0

PENGENALAN KEPADA SISTEM BEKALAN DAN PEMASANGAN Merupakan proses bagi memenuhi keperluan pengguna secara berperingkatperingkat dan ia mengandungi tiga(3) peringkat utama iaitu; a) Sistem Penjanaan b) Sistem Penghantaran c) Sistem Pengagihan

3.1

SISTEM PENJANAAN

Suatu pengeluaran tenaga elektrik dengan kadar yang banyak dan diperolehi daripada stesen janakuasa elektrik hasil daripada pergerakan oleh air, gas, stim dan sebagainya. Rajah 3.1, adalah contoh proses-proses pertukaran tenaga yang berlaku di dalam sesebuah stesen janakuasaelektrik ;

Rajah 3.1 : Gambar Rajah Blok Proses Penghasilan Dge.

3.1.1

Teori Asas Penghasilan Tenaga Elektrik Di dalam penjana (janaelektrik) terdapat pengalir dan kutub magnet seperti Rajah 3.2 di bawah. Apabila pengalir (abcd) berpusing maka pemotongan uratdaya magnet (flux magnet) akan berlaku. Hasil pemotongan uratdaya tersebut oleh pengalir, maka terhasillah daya gerak elektrik (dge).

a b a 360o pusingan d d 90o b 270o c arah 180o

c

Rajah 3.2 : Graf Penghasilan Dge.

3.1.2

Jenis-jenis Stesen Janakuasa Elektrik v. Stesen Janakuasa Elektrik Hidro vi. Stesen Janakuasa Elektrik Stim vii. Stesen Janakuasa Elektrik Gas viii.Stesen Janakuasa Elektrik Disel ix. Stesen Janakuasa Elektrik Nuklear x. Stesen Janakuasa Elektrik Solar Di Malaysia tenaga elektrik dijanakan oleh ; a) Stesen Janakuasa Elektrik Hidro (*14.5%)

b) Stesen Janakuasa Elektrik Stim (*24%) c) Stesen Janakuasa Elektrik Gas (*14.2%) d) Stesen Janakuasa Elektrik Disel (*0.1%) e) Lain-lain (*47.2%)

3.1.3

Faktor-faktor pemilihan pembinaan sebuah stesen janakuasa ; a). b). c). d). e). f). g). Kurang penjagaan Ringkas Keluaran tenaga maksimum Murah Saiz kecil Tiada pencemaran Voltan tinggi

Biasanya (Rajah 3.3) , loji stesen kuasa mengandungi ;

Rajah 3.3 : Carta Alir Proses Di Dalam Loji Janakuasa

3.1.4 STESEN JANAKUASA HIDRO

Janaelektrik Pintu empangan

Kawasan air Saluran masuk

Empangan Injap pintu air Saluran keluar Rajah 3.4 : Gambar Rajah Stesen Janakuasa Hidro Prinsip kendalian : xi. Air ditakung pada suatu paras yang tinggi dan luas supaya dapat menghasilkan suatu tenaga yang kuat bagi menggerakkan kipas turbin. xii. Air disalurkan menerusi saluran masuk ke turbin dengan suatu tekanan yang kuat dan deras. Injap air berfungsi untuk mengawal kelajuan air. xiii.Tekanan air yang kuat deras ini akan menggerakkan kipas turbin. xiv.Apabila kipas turbin berputar maka pengalir rotor dalam penjana akan bergerak dan urat daya akan dipotong, seterusnya daya gerak elektrik (dge) akan terhasil. xv. Air yang keluar dari turbin akan disalurkan ke sungai Kipas turbin

3.1.5

STESEN JANAKUASA STIM

Stim tekanan tinggi Lawas

Kipas turbin Bahan api

Aci

Air penyejuk Pam Kondenser Air
Rajah 3.5 : Gambar Rajah Stesen Janakuasa Stim

Prinsip kendalian : xvi.Bahan api seperti arang batu dibakar supaya dapat memanaskan air yang telah disalurkan ke dandang. xvii.Hasil daripada pemanasan air, ia akan mengeluarkan stim yang bertekanan tinggi. xviii.Stim tersebut disalurkan ke turbin dan seterusnya memutarkan kipas turbin. xix.Pemotongan uratdaya akan berlaku dan menghasilkan dge. Tekanan stim yang keluar daripada turbin akan menjadi rendah dan disalurkan ke kondenser supaya ditukar kepada air. Air tersebut disalurkan ke kawasan takungan air dan

akhirnya pam akan mengepam semula air ke dandang. xx. Proses berulang.

3.1.6

SISTEM JANAKUASA GAS

Gas tekanan tinggi Ruang pembakaran

Turbin Janaelektrik Pemampat Aci Udara masuk Lawas Aci

Rajah 3.6 : Gambar Rajah Stesen Janakuasa Gas

Prinsip kendalian : xxi.Udara disedut dan dimampatkan oleh pemampat dari luar dan disalurkan ke ruang pembakaran. xxii.Bahan api dimasukkan ke dalam ruang pembakaran dan dibakar bersama aliran udara.

xxiii.Hasil daripada pembakaran , gas bertekanan tinggi dihasilkan. xxiv.Gas tersebut disalurkan ke turbin. Sebahagian gas tersebut akan berfungsi untuk menggerakkan kipas turbin dan sebahagian lagi menggerakkan pemampat. xxv.Oleh kerana kipas turbin berputar, maka pengalir rotor juga berputar dan seterusnya menghasilkan dge. xxvi.Gas yang keluar dari turbin disalurkan keluar melalui saluran gas lawas.

AKTIVITI 3A

3.1 3.2 3.3 dibina. 3.4

Berikan takrifan bagi sistem penjanaan di dalam sistem bekalan . Senaraikan lima (5) jenis stesen janakuasa elektrik yang anda ketahui. Berikan lima (5) faktor yang diambil kira sebelum sesebuah stesen janakuasa Terangkan secara ringkas teori penghasilan tenaga elektrik.

MAKLUM BALAS 3A
3.1 Sistem penjanaan ialah Suatu pengeluaran tenaga elektrik dengan kadar yang banyak dan diperolehi daripada stesen janakuasa elektrik hasil daripada pergerakan oleh air, gas, stim dan sebagainya. Jenis-jenis Stesen Janakuasa Elektrik : xxvii.Stesen Janakuasa Elektrik Hidro xxviii.Stesen Janakuasa Elektrik Stim xxix.Stesen Janakuasa Elektrik Gas xxx.Stesen Janakuasa Elektrik Disel xxxi.Stesen Janakuasa Elektrik Nuklear Faktor-faktor pemilihan pembinaan sebuah stesen janakuasa : xxxii. Kurang penjagaan xxxiii. Ringkas xxxiv. Keluaran tenaga maksimum xxxv. Murah xxxvi. Saiz kecil Teori Asas Penghasilan Tenaga Elektrik Di dalam penjana (janaelektrik) terdapat pengalir dan kutub magnet. Apabila pengalir (pemutar) berpusing maka pemotongan uratdaya magnet (flux magnet) akan berlaku. Hasil pemotongan uratdaya tersebut oleh pengalir, maka terhasillah daya gerak elektrik (dge).

3.2

3.3

3.4

3.2

SISTEM PENGHANTARAN Merupakan proses penyebaran tenaga elektrik yang bermula dari janakuasa elektrik hinggalah ke punca pencawang voltan tinggi.Sesebuah stesen janakuasa elektrik akan menghasilkan voltan janaan 11kV. Kemudian voltan janaan ini ditingkatkan dengan menggunakan penggubah peninggi ke nilai 66kV, 132kV, 275kV dan 400kV. Tujuan meninggikan voltan janaan adalah ; xxxvii.Untuk mendapatkan nilai voltan bekalan yang stabil kepada pengguna, walaupun telah berlaku susut voltan yang banyak . xxxviii.Untuk mengurangkan kos perbelanjaan (saiz pengalir yang kecil).

3.3

Kaedah sambungan dalam sistem penghantaran 3.3.1 Sistem Jejari
Dengan menyambungkan pengubah (Transformer) peninggi secara jejari seperti Rajah 3.7. Lazimnya digunakan pada suatu kawasan yang memerlukan bekalan tenaga elektrik yang rendah.
Ke Pengubah Penurun

Pengubah

Peninggi

S - Lilitan sekunder P - Lilitan Primer

Rajah 3.7 : Gambar Rajah Blok Sistem Jejari

3.3.2

Sistem Gelang Dengan menyambungkan semua pengubah peninggi dalam bentuk gelang, seperti Rajah 3.8. Sambungan gelang hanya dibuat pada bahagian lilitan primer pengubah, manakala lilitan sekunder disambungkan ke pengubah penurun.
Ke Pengubah Penurun

Pengubah Peninggi

Pengubah

Peninggi

Ke Pengubah Penurun Rajah 3.8 : Gambar Rajah Blok Sistem Gelang

3.3.3

Sistem Bus Ties
Ke Pengubah Penurun

Dengan menyambungkan lilitan primer dan sekunder secara gelang Rajah 3.9.

Pengubah Peninggi

Pengubah

Peninggi

Ke Pengubah Penurun Rajah 3.9 : Gambar rajah Blok Sistem Bus Ties

3.3.4 Sistem Rangkaian Dengan menyambungkan lilitan primer secara jejari dan lilitan sekunder secara gelang, Rajah 3.10. Kedua-dua lilitan adalah dari pengubah peninggi.

Ke Pengubah Penurun

Pengubah Peninggi

Pengubah Peninggi

Ke Pengubah Penurun

Rajah 3.10 : Gambar Rajah Blok Sistem Rangkaian

3.3.5

Sistem Grid Nasional Digunakan untuk menyambungkan janakuasa-janakuasa elektrik yang besar seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 3.11.

Rajah 3.11 : Gambar Rajah Blok Sistem Grid Nasional

3.5.1

Kebaikan dan Keburukan Sistem Grid a). Kebaikan xxxix.Bekalan sentiasa mencukupi walaupun salah satu janakuasa elektrik yang lain menghadapi masalah. xl. Perubahan frekuensi sentiasa stabil. xli. Stesen janakuasa elekrik yang kecil dapat dikurangkan. b). Keburukan xlii.Memerlukan kos perbelanjaan yang banyak. xliii.Memerlukan penjagaan yang rapi. xliv.Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

Tenaga elektrik dibawa secara pukal melalui kabel-kabel bawah tanah atau melalui talian-talian atas di sepanjang jarak yang jauh. Talian penghantaran ini mempunyai ciri-ciri mekanikal : xlv.Kekuatan penyokong xlvi.Lendutan xlvii.Tegangan Keupayaan penghantaran pada masa kini adalah 66kV, 132kV dan 275kV. Stesenstesen yang menggunakan sistem grid kebangsaan adalah ; xlviii.Stesen diesel xlix.Stesen Tempatan l. Luar bandar li. Stesen Hidro. 3.4 SISTEM PENGAGIHAN Adalah merupakah proses pengagihan tenaga elektrik yang bermula dari pencawang voltan tinggi hingga ke punca pemasangan pengguna dan ia merupakan peringkat terakhir di dalam sistem bekalan.

Sistem Penghantaran

Sistem Pengagihan

Rumah (240V)

Industri kecil / sekolah (415V)

Industri berat (11kV)

Rajah 3.12 : Gambar Rajah Blok Proses Penghantaran dan Pengagihan

Berdasarkan Rajah 3.12 di atas, voltan dari pencawang tinggi diagihkan kepada pengguna mengikut keperluan. Bagi industri berat voltan maksimum ialah 11kV. Industri kecil, sekolah dan pejabat memerlukan voltan bekalan 415V dan bagi rumah kediaman pula, kebiasaannya menggunakan voltan bekalan 240V.

AKTIVITI 3B

3.5 Berikan takrifan bagi sistem penghantaran dan sistem pengagihan. 3.6 Nyatakan kaedah sambungan yang terdapat di dalam sistem penghantaran bekalan elektrik. 3.7 Dengan bantuan gambar rajah, berikan definisi bagi kaedah sambungan jejari di

dalam sistem penghantaran.

MAKLUM BALAS 3B
3.5(a). Sistem penghantaran merupakan proses penyebaran tenaga elektrik yang bermula dari janakuasa elektrik hinggalah ke punca pencawang voltan tinggi. 3.5(b). Sistem pengagihan Adalah merupakah proses pengagihan tenaga elektrik yang bermula dari pencawang voltan tinggi hingga ke punca pemasangan pengguna dan ia merupakan peringkat terakhir di dalam sistem bekalan. 3.6 i. ii. iii. iv. v. Sambungan jejari Sambungan gelang Sambungan bus-ties Sambungan rangkaian Sambungan grid nasional

3.7 Sistem Jejari ialah dengan menyambungkan pengubah (Transformer) peninggi secara jejari. Lazimnya digunakan pada suatu kawasan yang memerlukan bekalan tenaga elektrik yang rendah. Ke Pengubah Penurun

Pengubah Peninggi

Gambar rajah Blok Sistem Jejari S – Lilitan sekunder

P- Lilitan Primer

Penilaian Kendiri

1. Berikan tiga(3) peringkat utama yang terdapat di dalam sistem bekalan dan pemasangan elektrik. 2. Di dalam sistem penghantaran, sistem gelang adalah salah satu daripada kaedah sambungan untuk menghantar tenaga elektrik kepada pencawang voltan tinggi. Berikan definisi bagi sistem gelang dengan bantuan gambar rajah. 3. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan prinsip kendalian Stesen Janakuasa Stim. 4. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan proses penghantaran dan pengagihan bekalan tenaga elektrik kepada pengguna.

MAKLUM BALAS KENDIRI
1. Tiga(3) peringkat utama yang terdapat di dalam sistem bekalan dan pemasangan
elektrik ialah ; i. Sistem penjanaan ii. Sistem penghantaran iii. Sistem pengagihan 2. Sistem Gelang Dengan menyambungkan semua pengubah peninggi dalam bentuk gelang, seperti Rajah di bawah sambungan gelang hanya dibuat pada bahagian lilitan primer pengubah, manakala lilitan sekunder disambungkan ke pengubah penurun.
Ke Pengubah Penurun

Pengubah Peninggi

Pengubah Peninggi

Ke Pengubah Penurun

Gambar rajah Blok Sistem Gelang 2. Rajah di bawah, adalah gambar rajah blok bagi stesen janakuasa stim ;

Stim tekanan tinggi
Lawas

Kipas turbin Bahan api

Aci

Air penyejuk Pam Kondenser Air Gambar rajah Stesen Janakuasa Stim Prinsip kendalian : lii. Bahan api seperti arang batu dibakar supaya dapat memanaskan air yang telah disalurkan ke dandang. liii. Hasil daripada pemanasan air, ia akan mengeluarkan stim yang bertekanan tinggi.

liv. Stim tersebut disalurkan ke turbin dan seterusnya memutarkan kipas turbin. lv. Pemotongan uratdaya akan berlaku dan menghasilkan dge. Tekanan stim yang keluar daripada turbin akan menjadi rendah dan disalurkan ke kondenser supaya ditukar kepada air. Air tersebut disalurkan ke kawasan takungan air dan akhirnya pam akan mengepam semula air ke dandang. lvi. Proses berulang.

4. Rajah di bawah menunjukkan proses penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik kepada pengguna.

Sistem Penghantaran

Sistem Pengagihan

Rumah (240V)

Industri kecil / sekolah (415V)

Industri berat (11kV)

Gambar rajah Blok Proses Penghantaran dan Pengagihan Berdasarkan Rajah di atas, voltan dari pencawang tinggi diagihkan kepada pengguna mengikut keperluan. Bagi industri berat voltan maksimum ialah 11kV. Industri kecil, sekolah dan pejabat memerlukan voltan bekalan 415V dan bagi rumah kediaman pula, kebiasaannya menggunakan voltan bekalan 240V.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->