You are on page 1of 3

REFLEKSI JAWATANKUASA AJK KEBERSIHAN

Pada 10 Oktober 2013 yang lalu, satu pameran moral telah dianjur dan dijalankan oleh pelajar semester 6 minor Pendidikan Moral. Sebelum pameran ini dijalankan satu perjumpaan telah dijalankan pada 8 Julai 2013 untuk memilih ahli jawatankuasa induk dan ajk bagi pameran ini. Pada perjumpaan ini, saya Tharani selaku ketua AJK Kebersihan bagi pameran ini dan beberapa orang ajk daripada kelas lain seperti Mohanasundari, Kelly Ho, Kok Sia Jia, Tukah Ping, Tan Yi Lan juga turut dilantik sebagai AJK Kebersihan. Melalui pameran ini, pertama sekali kami dapat berkenalan dengan satu sama lain dapat bertugas dalam satu kumpulan. Kami diberi tugasan sebagai AJK Kebersihan. Tugas kami hanya bermula hari sebelum pameran dan juga pada hari pameran sahaja. Kami telah berjumpa dan berbincang apakah kami perlu lakukan sebelum pameran dan selepas pameran. Tugas kami merupakan tugas yang paling mudah jadi kami memberi bantuan untuk AJK Peralatan dan Tempat untuk menyusun meja dan kerusi sebelum hari pameran. Dengan ini, kami dapat berkerjasama dalam kumpulan dan juga bersama kumpulan lain. Kami tidak mengalami sebarang masalah kerana ahli ahli kumpulan memberi sokongan dan bantuan tanpa sebarang rungutan.

Pengalaman kami pelajari melalui tugas ini ialah mengagihkan tugas dengan teliti untuk memudahkan pengurusan. Kami mempelajari untuk mengagihkan

tugas dalam kumpulan dan juga bersama Ajk lain untuk memudahkan proses membersihkan kawasan ruang legar. Seperti dikatakan diatas kami tidak mengalami sebarang masalah atau halangan dalam menjalankan tugas kami kerana mendapat sokongan daripada semua ajk lain. Namun, selepas pameran ada kumpulan tidak membersihkan kawasan mereka seperti diarahkan maka kami AJK Kebersihan telah membersihkan kawasan kawasan yang tidak bersih. Melalui pameran dan juga tugas ini, kami mengetahui bahawa untuk melaksnakan sesuatu tugas kita perlu bersikap tanggungjawab dan

berkerjasama untuk memudahkan pengurusan kita. Walaupun, terdapat beberapa pihak yang tidak berkerjasama maka kita tidak boleh merasa marah atau tidak puas sebaliknya, kita harus melaksanakan tugas kita dengan sempurna. Kita juga perlu bertolak ansur sesame ahli kumpulan untuk menjadi kumpulan yang Berjaya. Oleh itu, pada akhir program ini dapat mempercayai kebolehan diri dan mampu mengetuai 5 orang kawan dari kelas yang berlainan dan berjaya menjalinkan hubungan yang baik , mengarahkan mereka dengan baik dan hormat serta menyelesaikan tugasan yang diamanahkan dengan

sepenuhnya.Kami AJK Persiapan Tempat dan Peralatan dapat bertindak sebagai satu kumpulan yang melaksanakan tugasan kami secara sistematik.

Sebelum mengakhiri refleksi ini, saya berterima kasih kepada PN. Allimalai untuk memberikan peluang ini kepada setiap orang yang menganggotai pameran isu pendidikan moral ini. Demikianlah, bagi kita yang akan menjadi seorang guru pada masa akan datang nanti, ia akan menjadi satu pengajaran dan pengalaman.

You might also like