You are on page 1of 2

REFLEKSI (Muhamad Farhan bin Abdul Halim)

Sepanjang proses menyiapkan tugasan bagi menghasilkan Big Book, saya telah memperolehi pelbagai maklumat mengenai kaedah dan strategi untuk mengajar matematik melalui pembacaan di perpustakaan dan melayari laman-laman sesawang. Kaedah mengajar seperti bercerita, menggunakan bahan-bahan konkrit serta penggunaan strategi yang berkesan sememangnya mampu memberikan impak yang ketara dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pada pandangan saya, mengajar sama ada menggunakan Big Book atau Puppet adalah kaedah yang sangat baik di mana guru dapat memupuk rasa minat dalam diri murid-murid untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih tekun dan gembira. Semasa menyiapkan Big Book, saya juga belajar bagaimana untuk menyediakan sesuatu pengajaran yang bermanfaat kepada murid-murid. Banyak perkara yang perlu diambil kira seperti perbezaan aras pemahaman dan kemahiran, kepelbagaian kecerdasan murid dan juga gaya belajar murid. Hal ini amat penting bagi seorang guru bagi menyediakan diri sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Jadi semua ini perlu diterapkan dalam penghasilan Big Book supaya buku ini boleh diguna pakai oleh semua murid-murid yang berkenaan dimana terdapat pelbagai aras kesukaran pembelajaran di dalam buku tersebut. Selain itu saya dan rakan juga telah meneroka bagaimana untuk mengintegrasikan Big Book ini di dalam kelas untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan. Selain pemerolehan ilmu pengetahuan baharu, saya dapat mengenalpasti nilai-nilai positif yang diperolehi semasa menyiapkan tugasan ini iaitu sikap kerjasama antara ahli kumpulan serta sikap ingin tahu yang ditonjolkan oleh setiap ahli kumpulan. Hal ini amat penting bagi memastikan sesuatu kerja yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar serta segala masalah yang mendatang dapat diatasi dengan baik. Namun begitu terdapat juga beberapa nilai-nilai negatif yang dikenalpasti iaitu melakukan sesuatu kerja pada saat akhir. Bagi saya perkara ini perlu dielakkan kerana terpaksa melakukan kerja sehingga lewat dan hasil kerja yang diperolehi tidak memenuhi kriteria sepenuhnya.

Akhir sekali, harapan saya agar kaedah mengajar matematik menggunakan Big Book ini dapat diperluaskan di semua sekolah-sekolah di Malaysia sebagai salah satu kaedah baru yang boleh digunakan oleh guru-guru Matematik supaya pembelajaran Matematik lebih menyeronokkan.

You might also like