You are on page 1of 19

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT MODEN/ PROGRESIF

Disediakan oleh: Yek Rong Ing Eugenia Lee

PROGRESIVISME
Berasas daripada falsafah naturalisme dan pragmatisme Mengikut Rousseau, kelahiran manusia adalah suci dan semula jadi Teori Pembelajaran Semula Jadi: menekankan hasil pembelajaran seseorang dipengaruhi oleh alam sekelilingnya. Menekankan keberkesanan pembelajaran bergantung kepada kesediaan pembelajaran seseorang.

Naturalisme- teras falsafah pendidikan Rosseau Rosseau menegaskan, untuk membentuk manusia yang ideal, kita harus melaksanakan pendidikan bercorak naturalisme. Kedudukan orang dewasa dengan kanak-kanak berlainan.

Pragmatisme- dipelopori oleh John Dewey Ilmu pengetahuan dapat diperoleh melalui perhubungan manusia dengan alam sekitarnya. Sesuatu idea, prinsip atau fakta hanya boleh dikatakan benar apabila fakta itu diuji secara objektif serta saintifik. Cara yang paling berkesan untuk memperoleh ilmu pengetahuan ialah menggunakan kaedah penyelesaian masalah.

Kemunculan aliran progresivisme pada tahun 1930-an adalah untuk menentang pendidikan tradisional yang disifatkan pasif dalam pembelajaran. Menentang aliran perenialisme dengan mengkritik autoriti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu dirancang berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan murid.

Mengikut Dewey, sekolah bukan sahaja tempat untuk memperoleh ilmu pengetahuan, malah merupakan tempat untuk murid bekerja dan hidup secara bermasyarakat. Beliau menyarankan Kemahiran Hidup diperkenalkan dan dipelajari secara praktik di bengkel sekolah- memupuk kemahiran daya cipta Sekolah berperanan mendorong kerjasama dalam kalangan anggota serta mengamalkan kepimpinan demokratik dalam hal pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ahli-ahli progresivisme menyokong penggunaan strategi kolaboratif dan koperatif dalam aktivi pendidikan. Kaedah sains merupakan kaedah koperatif.

Kurikulum
berdasarkan minat murid. melibatkan aplikasi masalah manusia. menggalakkan pelbagai alternatif seperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah,kaedah projek. menekankan pengalaman langsung. pembelajaran aktif.

Peranan Guru: sebagai pembimbing. pengajaran berpusatkan murid. Peranan sekolah: menggalakkan kolaborasi antara pelajar. kurang menekankan pembelajaran persaingan individu.

Tokoh-Tokoh Progresivisme
1. John Dewey 2. William Kilpatrick 3. George Count 4. Harold Rugg 5. Jean J. Rosseau 6. Heinrich Pestalozzi 7. Freidrich Froebel

Tujuan Progresivisme
melahirkan manusia yang mempunyai orientasi dan cita-cita perubahan ke depan lebih baik dan lebih maju. memberi kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah secara konstan Menyelesaikan masalah di dalam perkaraperkara berkaitan dengan peribadi atau personal dan juga sosial. Proses pembelajaran berfokus kepada
kerjasama dan disiplin diri

REKONSTRUKTIVISME
Falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme Hanya sesuai digunakan dalam masyarakat yang stabil Menyelamat kebudayaan masyarakat yang kian diancam dan mengalami masalah keruntuhan. Tugas utama pendidikan mengandungi objektif eksplisit, iaitu membentuk Order Baru Masyarakat.

Theodore Burghard Hurt Brameld menggabungkan teori progresivisme dengan behavorial sains sebagai asas rekonstruktivisme. Pengalaman ialah hasil interaksi manusia dengan elemen-elemen dalam alam persekitaran dan alam sosial. Nilai tertinggi dapat dicapai apabila individu dan masyarakat memperoleh kepuasan dalam peringkat penyempurnaan.

Menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial manusia. Sekolah boleh memainkan peranan membentuk semula masyarakat yang harmoni dan sempurna. Guru perlu membawa isu-isu sosial yang penting untuk dibincang secara usahasama. Menekankan teknik perbincangan dan penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah.

Kurikulum
menekankan kajian sains sosial. menggalakan mata pelajaran yang boleh digunakan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah

Tokoh-tokoh Rekonstruksionisme

1. 2. 3. 4.

George S. Counts Harold O. Rugg John Dewey Caroline Pratt

Tujuan Rekonstruktivisme
Memberikan penekanan terhadap melahirkan masyarakat yang demokratik dan berfikiran kritis. Guru berperanan penting untuk mendidik masyarakat agar dapat menerima, mengaplikasikan dan berfikiran demokrasi. Guru haruslah mendidik masyarakat agar menjadi masyarakat yang kreatif untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Soalan
Jelaskan tentang Teori Pembelajaran Semula Jadi. Terangkan konsep Progresivisme. Nyatakan sumbangan Theodore Burghard Hurt Brameld. Jelaskan matlamat pendidikan Eksistensialisme. Jelaskan implikasi falsafah pendidikan Barat moden terhadap pendidikan di Malaysia.