You are on page 1of 33

Pendahuluan Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu

sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan. Bahasa berasal daripada bunyibunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Bahasa bertindak melalui dua bentuk iaitu melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. A. Definisi dan konsep Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini juga disebut sebagai bidang fonetik namun ia terdapat sedikit perbezaan. Mari kita menelusuri lagi makna fonetik dan fonologi. Definisi Fonetik Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics. Penyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang bermaksud pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik.

Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan pula, menyatakan bahawa fonetik ialah merupakan kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Selain itu, menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli linguistik saya dapati bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud tersendiri. Bagi fonetik pula, bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan (artikulari), sifat bunyi bahasa (akuistik), dan pendengaran (auditori). i. Fonetik Artikulasi

Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagianbahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya. ii. Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

iii.

Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar

melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad. Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006). Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran. Definisi Fonologi Kajian tentang sistem bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa, dan ciriciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Selain itu, ia juga mengkaji bentuk-bentuk bunyi yang terdapat dalam sesuatu bahasa, turut melihat cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan serta mendapat satu cara yang tepat untuk menyebut sesuatu bahasa. Menurut linguistik, fonologi merupakan cabang linguistik yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dalam satu sistem bezaan kemudian dianalisis dari segi fonem dan fitutir distintif atau unit fonologi yang lain. Bertujuan menunjukkan pola bunyi distingtif dalam sesuatu bahasa. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham juga, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology.

Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula melalui mulut manusia.

menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Kesimpulanya, fonologi dapat didefinisikan sebagai satu bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan khususnya bagi sesuatu bahasa. B. Perbezaan di antara Fonetik dan Fonologi Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia yang direalisasikan melalui lambang-lambang tertentu. Manakala fonologi pula, bertugas untuk merumus, menghurai dan menjelaskan segala bentuk bunyi sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula, bidang fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut. Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini. Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon) serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Manakala Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi bahasa. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tubuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa, manakala fonologi pula, ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Fonem merupakan istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam

sesuatu bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem adalah berbentuk bunyi. Contohnya seperti bunyi [k] dan [g] adalah merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar". PERBEZAAN FONETIK & FONOLOGI Fonetik Fonologi

Kajian tentang bunyi sebagai fenomena Mengkaji bunyi bahasa iaitu tentang dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, fungsi, perilaku dan organisasi bunyi neurologi, dan psikologi manusia yang sebagai item linguistik. menghasilkannya. Kajian tentang sifat-sifat semula jadi, Kajian produksi dan persepsi bahasa yang dihasilkan. berkaitan dengan hubungan

bunyi-bunyi antara butir-butir leksikal dengan butirbutir leksikal lain yang membentuk ayat.

Terbahagi kepada 3 iaitu fonetik akustik, Kajian tentang sistem bunyi sesuatu fonetik artikulator, dan fonetik auditori bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu opasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya. Mengkaji unsur setiap bunyi. Kajian berkaitan dengan penelitian polapola intonasi. Menghasilkan transkripsi fonetik untuk Menghasilkan semua bunyi dari semua bahasa. bahasa. sistem ejaan sesuatu

Sebagai rumusan, didapati kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai bidang fonetik, baharulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna. Dengan demikian dapat dilihat bahawa fonetik dan fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Garis pemisah antara kedua-duanya adalah kurang jelas walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya. C. Matlamat sebutan baku bahasa Melayu

Bahasa Melayu Baku Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), baku bermaksud sesuatu yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya dan lain-lain) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk yang lain (bahasa, sebutan, ejaan dan sebagainya) dan standard. Jadi, istilah bahasa baku, bahasa piawai atau bahasa standard adalah merujuk kepada konsep yang sama. Terdapat beberapa pendapat telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh bahasa berkaitan dengan bahasa Melayu baku. Menurut Abdullah Hassan (1983), bahasa baku adalah bahasa standard satu norma yang agak seragam atau satu dialek bahasa yang digunakan oleh sekumpulan penutur untuk berhubung. Sulaiman Masri M.A (1988) pula berpendapat, bahasa baku adalah bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, tatabahasa (nahu), perkataan, ayat, tanda baca dan laras penggunaan. Manakala, Nik Safiah Karim (1978) menyatakan bahawa bahasa baku merupakan satu bentuk bahasa yang telah dikodifikasikan, diterima dan dijadikan sebagai model oleh sekumpulan besar komuniti bahasa. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa bahasa Melayu baku merupakan bahasa yang telah diterima oleh masyarakat penutur bahasa Melayu itu sendiri sebagai satu alat komunikasi yang seragam dan diguna pakai dalam pelbagai konteks terutamanya dalam situasi formal. Bahasa baku juga digunakan dalam situasi atau upacara rasmi dalam majlis-majlis umum atau di persidangan di sekolah-sekolah atau institut pengajian tinggi sebagai bahasa pengantar. Negara meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana bahasa ini telah mempunyai sistemnya yang tersendiri seperti yang ditulis Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, 2008 : Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh. Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan hanya dalam majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana

penggunaannya yang meluas dalam bidang pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai, khususnya di negeri Johor, Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga berdasarkan faktor sejarah, sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu Baku. Akan tetapi, bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang sebenarnya. Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk imejnya tersendiri. Kini Bahasa Melayu Baku adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi dan seragam sifatnya. Menurut Profesor Nik Safiah Karim (petikan daripada matskai.blogspot) : Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah mempunyai sifatnya tersendiri. Namun, sebagai bahasa yang hidup dan berkembang, bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Kini, bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

i.

Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.

ii.

Untuk

meningkatkan

kecekapan

berbahasa

Melayu

dalam

kalangan

pengguna bahasa. iii. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, supaya sistem sebutannya menjadi mantap, dan baku sejajar dengan pemantapan, dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa. Selain itu, matlamat sebutan baku dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. Selain itu juga, sebutan baku dilihat bertujuan untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu agar sistem sebutannya menjadi mantap sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata yang merangkumi perbendaharaan kata umum dan istilah, sistem ejaan serta laras bahasa. Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan menghindarkan penggunaan penggunaan pelbagai dialek variasi setempat dan di gaya dalam sebutan pengajaran serta dan

pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Penggunaan Sebutan Baku Merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu 1996: 46 telah mentakrifkan sebutan baku sebagai sebutan yang digunakan dalam situasi rasmi. Segala urusan yang ditakrifkan sebagai rasmi termasuklah: i. Siaran melalui media elektronik seperti pembacaan berita, ulasan, dan pengacaraan sesuatu majlis. ii. Ucapan pada khalayak ramai seperti pidato, ceramah, perbahasan, kuliah dan pengumuman. iii. Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan oleh (pegawai pensyarah, pelajar dan guru).

iv.

Komunikasi rasmi dan perbincangan di sector awam, seperti mesyuarat rasmi, temu duga ucapan dalam upacara rasmi dan wawancara.

Dasar Sebutan Baku Penetapan dasar umum sebutan baku bagi kata bahasa Melayu perlulah berdasarkan ejaan, iaitu penyukuan kata dan sebutan menurut pelambangan huruf, serta fungsinya dalam ayat. Sebagai garis panduan umum tentang sebutan baku bahasa Melayu, perhatian perlu diberikan kepada ciri-ciri sebutan yang berikut: i. Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara

keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata, sama ada kata dasar atau kata terbitan. ii. Sebutan Huruf: Pada asasnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi hendaklah dilafazkan dengan jelas menurut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya (e, ). iii. Intonansi: Ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendahnya sewaktu berbicara, dan hendaklah berdasarkan bentuk ayat atau kalimat dan jenis dalam bahasa Melayu serta keprihatinan keadaan yang berkenaan. D. Perlaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu Sebutan baku bahasa Melayu telah lama diperkenalkan namun untuk melaksanakan sebutan baku ini memerlukan masa. Namun, beberapa langkah yang telah dilaksanakan bagi mencapai penggunaan sebutan baku. Hal ini dapat dilihat apabila siri bengkel sebutan baku telah diadakan sejak tahun 1980-an sehingga akhir tahun 1987 yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Linguistik Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Pelajaran Malaysia serta pakarpakar bahasa. Selain daripada itu, Jawatankuasa Teknikal antara DBP dengan kerjasama Pusat Perkembangan Kurikulum, Persatuan Linguistik Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia serta pakar-pakar bahasa telah membuat perumusan mengenai pedoman sebutan baku bahasa Melayu sekitar tahun 1987.Sebutan bahasa baku juga telah diintegrasikan dalam sukatan pelajaran baharu mata pelajaran Bahasa

Melayu bersempena dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah pada tahun 1988. Hal ini sejajar dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu Pekeliling Ikhtisas Bil II/ 1988: Pelaksanaan Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di Sekolah-Sekolah yang bertarikh pada 2 April 1988. Selain itu juga, sebutan baku juga telah mula diperkenalkan oleh Kementerian Kesenian dan Kebudayaan dalam siaran radio Klasik Nasional dalam slot khas mengenai sebutan baku. Dalam slot ini, pendengar radio di ajar cara sebutan baku yang betul. Selain itu, penganjuran pelbagai aktiviti oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Malam Santai Puisi, Pidato dan sebagainya memberikan satu medan yang berkesan kepada peserta dan orang ramai mempraktikkan penyebutan sebutan baku. Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli- ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu, Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut: Sebutan Huruf Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Sebutan Kata Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan.

Intonasi Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Ada beberapa fungsi intonasi. Antaranya: i. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, seperti kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, keakraban, kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain. ii. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya. iii. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. iv. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. v. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan.

vi.

Fungsi indexical: Untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera.

E. Sistem Bunyi Bahasa Melayu Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Alat Pertuturan dan Bunyinya 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

Fungsi Alat Pertuturan

Rajah Alat Pertuturan Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

Rajah alat-alat Artikulasi

Jenis-Jenis Bunyi

Bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal dalam bahasa Melayu iaitu empat vokal depan dalam bahasa Melayu. [i], [e], [] dan [a]; tiga vokal belakang, [u] ,[o] dan [ ] dan satu vokal tengah, iaitu [ ].

i.

Vokal Depan [i], [e], [ ] dan [a] Vokal depan merupakan bunyi yang terhasil dimana lidah diletakkan di

hadapan sekali dalam mulut. Vokal depan terbahagi kepada empat bahagian iaitu vokal depan sempit [i], vokal depan separuh sempit [e], vokal depan luas [a], dan vokal depan separuh luas [ ]. a) Vokal Depan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan,

halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari.

b) Vokal Depan Separuh Sempit (e) Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). Contoh: kole, tauge, bendi, elok.

c) Vokal Depan Separuh Luas Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari

kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek. d) Vokal Depan Luas (a) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendahrendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat.

ii.

Vokal Belakang [u], [o] dan [ ] Vokal belakang adalah bunyi vokal yang terhasil di bahagian belakang mulut

yang melibatkan lidah belakang dan lelangit lembut. Vokal belakang terbahagi kepada empat bahagian iaitu vokal belakang luas [D]. Vokal belakang separuh luas [ ], vokal belakang sempit [u] dan vokal belakang separuh sempit [O].

a) Vokal Belakang Sempit (u) Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang.

b) Vokal Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang.

c) Vokal Belakang Separuh Luas Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. iii. Vokal Tengah [] Vokal tengah merupakan vokal yang dihasilkan di bahagian tengah lidah. Vokal ini merupakan satu-satunya vokal tengah yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, kenduri, gerai.

iv.

DIFTONG Diftong terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. Hal ini

bermaksud, sebutan sebuah vokal itu digabungkan dengan sebuah vokal yang lain. Hal Ini dapat dilihat dalam contoh diftong [ai]. Bunyi vokal itu bermula dengan vokal [a] dan sebutannya diteruskan menggeluncurkan kepada vokal [i], menyebabkan vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai] sebagai satu bunyi. Ini ialah diftong. Dalam bahasa Melayu ada tiga buah diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong ini adalah berbeza daripada rentetan vokal. Diftong membentuk satu suku kata seperti dalam perkataan pandai [pan-dai], tetapi rentetan vokal membentuk suku kata yang berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i].

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong: 1. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai. 2. (au):lampau, silau, garau, surau, pukau. 3. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

Lambang Bunyi Vokal

Lambang Bunyi [a] [e] [E] [] [i] [o] [O] [u] [~]

Huruf a saya leher e i o beg segera gigi tolong kos u ~ guru

Contoh

bunyi sengau

iv.

Vokal Rangkap

Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap-tiap vokal merupakan vokal penuh yang tersendiri. Misalnya, daun dan lain. Dalam perkataan daun, misalnya, a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata iaitu da dan un. Dalam perkataan lain, 2 vokal berturut-turut dalam satu perkataan.

Vokal Rangkap Ai Au Oi Ia Io Iu Ua Ui Ea Eo Eu Aiskrim, cair, ghaib, sains.

Contoh

Taun, maung, kedaung, pepauh. Koir, heroin, eksploit, eksploitasi. Biara, piagam, sia-sia, piano. Ion, biola, antibiotik, Zionis. Cium, kiub, siuman, piutang. Buai, buapak, dualisma, kuarantin. Juita, puisi, tuil, suis. Bea, gear, teater, reaktor. Neon, video, geometri, ideologi. Neurologi, neutral, neutron, reumatik.

Dengan mengenal bentuk huruf ini maka dapatlah kita membunyikan perkataan itu dengan betul lagi tepat.

Bunyi Konsonan Konsonan Bahasa Melayu juga meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran, malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau

pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.

a) Bunyi Letupan Fon [p] [b] [t] [d] [k] [g] [??] Awal [pulau] [bumi] [talam] [datu?] [kata] [garau] ** Akhir [atap] [rbab] [liat] [kad] * [beg] [ana??]

*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. **bunyi [?] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu.

b) Bunyi Letusan Fon [] [j] Awal [cawan] [jam] Akhir [ma] [caj]

Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh

paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [] untuk menghasilkan bunyi [], manakala bunyi [d] pula, digabungkan dengan bunyi [] untuk mendapatkan bunyi [j].

c) Bunyi Sengauan Fon [m] [n] Awal [muda] [niat] Akhir [cium] [jalan]

Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [N], dan [J].

d) Bunyi Sisian Fon [l] Awal [lalu] Akhir [awal]

Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].

Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y]. e) Bunyi Geseran Fon [f] [v] [s] [z] [] [h] Awal [faseh] [ven] [sarat] [zat] [arat] [harta] Akhir [alaf] * [awas] [lafaz] [skua] [sah]

Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [], dan [h]. f) Bunyi Getaran Fon [r] Awal [rasa] Akhir [siar]

Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r]. F. Simbol Fonetik Di dalam Bahasa Melayu Simbol Vokal Bahasa Melayu

Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [] [i] [i] [u]

Jadual 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu

Simbol Konsonan Bahasa Melayu Huruf b c d g h j k Simbol bunyi [b] [] [d] [g] [h] [j] [k], [/], [Q]

l m n p q r s t v w x y z

[l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [] [t] [v] [w] [z] [Y] [z]

Jadual 5.2: Simbol Konsonan Simbol diftong Huruf Gabungan Vokal ai au oi [ai] [au] [oi] Simbol bunyi

Jadual 5.3: Simbol Diftong

Berdasarkan senarai dalam jadual 1, 2, dan 3, kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu.

Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap Konsonan Rangkap Simbol Bunyi

gh ny ng sy th dz akh

[7] [] [] [] [] [] [x]

Rajah 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap

KESIMPULAN Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan

yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara. Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Hal ini adalah kerana otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu.

Sub Tugasan i. Lima contoh perkataan yang mempunyai diftong: ii. Tupai Sidai Langkau Pukau Boikot

Sepuluh contoh perkataan yang mempunyai diftong dialek Melayu:

iii.

Betoi betul (Kedah & Pulau Pinang) Ulau ular (Melaka) Tau Tahu (Kedah & Pulau Pinang) Koi saya (Pahang) Langgau Langgar (Melaka) Makai Makan (Iban) Penggai Penggal Gatai Gatal (Kedah & Pulau Pinang) Akai Akal (Kedah & Pulau Pinang) Mai Mari (Kedah & Pulau Pinang)

Jenis bunyi konsonan dan diftong: Ghairah diftong [ai] Cabar bunyi letusan [c] Masyhur konsonan rangkap [] Dekad bunyi letupan [d] Pulau diftong [au] Balai diftong [ai] Laut diftong [au] Sepoi diftong [oi] Tekukur bunyi letupan [k] Sarat bunyi geseran [s]

Rujukan Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala Lumpur Syarikat Percetakan Bintang Baru. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, 1987, Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain, 2006, Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.bhd.

Abdullah Hassan, 1987. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2000, Teori dan Teknik Terjemahan , Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Arbak Othman.

(1983).

Permulaan ilmu linguistik:

Suatu pengenalan

konsep dan bidang kajian secara toritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Asmah Haji Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Awang Sariyan, 2002, Ceritera tentang Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka (1988). Pedoman umum sebutan baku Bahasa Melayu. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Ahmad, 1994, Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. James T.Collins, 2005, Bahasa Melayu,Bahasa Dunia:Sejarah Singkat , Jakarta: Yayasan Obor Indonesia. Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007, Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi? , Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Rasdi bin Saamah. Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. Kamus Dewan dan Kamus Besar: PerbandinganAspek Kandungan Medan Maklumat.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. terhadap pengajaran tatabahasa. Pendidikan Sultan Idris.

(2005).

Teori bahasa:

Implikasinya

Tanjong Malim:

Penerbit Universiti

Nik Safiah Karim, 2003, Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita, Selangor Darul Ehsan: K Publishing Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Teks bahasa Melayu STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain. (1980). Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu.

Kaedah dan teknik

mengajar bahasa: Dengan rujukan khas kepada pengajaran bahasa Melayu .

Sheikh Roslam Sheikh Abdullah & Aminuddin Bin Mamat (2011). Modul PGSR: WAJ3104 Literasi bahasa. IPG Kampus Kota Bharu.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sistem bunyi bahasa Melayu. Diperoleh pada januari 12, 2011 dipetik daripada: http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp? e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&t=&r=m&i=NOTA.

Sistem Fonologi. Diperoleh pada januari 12, 2011 dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu.

Zaharani Ahmad ( 1993 ). Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka