You are on page 1of 7

Tajuk : Budaya sekolah dan sikap guru 2. 2.

1 Pendahuluan Senario Pendidikan di Malaysia

Sejak merdeka sistem pendidikan negara telah mengalami beberapa perubahan yang pesat, sama ada dari segi fizikal mahupun kandungannya, sama ada dari segi makro mahupun mikronya, sama ada di peringkat rendah mahupun tinggi. Dengan kata lain, sistem pendidikan kita sering mengalami proses ubah ansur yang dinamik. Pendidikan sebelum pemerintahan British, iaitu sebelum abad ke- 19, adalah bercorak tidak formal. Pendidikan tiidak formal berupa Pengajian Agama Islam di seklah-sekolah pondok, masjid dan surau untuk masyarakat Islam. Kedatangan dan seterusnya campurtangan British dari abad ke- 19 sehingga pertengahan abad ke 20 dalam pemerintahan Tanah Melayu telah membawa perubahan yang besar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial pada masyarakat peribumi dan masyarakat kosmopolitan yang terbentuk kemudiannya. Fenomena ini telah

menimbulkan kerencaman masalah dan mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan sehinga hari ini. Usaha awal mengadakan sistem pendidikan formal yang sistematik dan moden bukannya dijalankan oleh pemerintahan British tetapi persatuan pendakwah Kristian yang menggagaskan penubuhan free school. Dasar laissez-faire pemerintah British dalam urusan pendidikan di tanah Melayu berakar umbi pada dasar dan trend pendidikan di England apabila kerajaan pusat tidak bertanggungjawab memajukan pendidikan dalam sesuatu daerah.

Laporan Barnes (1951) merupakan satu laporan yang kontroversial tetapi telah memulakan usul pembentukan satu sistem persekolahan yang bercorak kebangsaan dan bersepadu. Laporan Lazak (1956 ) dan laporan Rahman Talib (1960) telah dijadikan asas penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar yang penting dikemukakan oleh kedua-dua laporan tersebut telah termaktub ke dalam Akta Pendidiakan 1961. Tahun-tahun selepas kemerdekaan Tanah Melayu sehingga tahun1970 boleh dianggap era penyusunan semula pendidikan bukan sahaja di Semenanjung Malaysia tetapi juga di Sabah dan Sarawak. Tahun 1970 sehingga 1990 boleh dianggap sebagai era pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikn bagi mencapai hasrat pendidikan yang berkualiti dan kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial. Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran telah mengeluarkan laporan menyeluruh yang menyetuh pelbagai aspek pendidikan negara, termasuk kurikulumnya. Beradasarkan perakuan Jawatankuasa tersebut mengenai kurikulum sekolah rendah dan menegah Kementerian Pelajaran telah mengkaji semula kurikulum di kedua-dua peringkat tersebut. Hasilnya lahirlah KBSR ( Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ) dan KBSM ( Kurikulum Bsrepadu Sekolah Menengah ). Kurikulum ini bermatlamatkan perkembangan murid secara menyeluruh yang meliputi aspek-aspek intelek, jasmani, emosi bakat, sosial, nilai moral dan nilai estetika. Bagi mencapai matlamat tersebut, kutikulum ini memberi penekanan yang lebih kepada kenahiran asas membaca, menulis dan mengira

FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan ) yang berbunyi : Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertangunjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara adalah teras kepada sistem pendidikan di Malaysia dan ia digubal atas kesedaran negara mesti mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas dan tepat dalam sistem dan rancangan pendidikan. Selaras dengan rukun negara,FPK ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhannya adalah berpaksi kepada ketuhanan. FPK ini merupakan satu menifestasi yang terkandung dalam diri insan yang memiliki cirri-ciri yang baik, seimbang dan harmonis. Dalam kontek yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis melambangkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Jelaslah FPK telah mencerminkan cita-cita untuk melahirkan insane yang bukan sahaja cemerlang dalam akedemik tetapi juga cemerlang dalam sahsiah mereka. Ini juga selaras dengan hasrat Wawasan 2020 agar tercerna dalam kenyataan yang sebenarnya.

Hal ini dapat dijelaskan bahawa : Melalui KBSM, Falsafah Pendidikan kebangsaan menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan kebangsaan kita supaya semua program dan aktiviti pendidikan merupakan pancaran prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam falsafah tersebut ( Wan Mohd Zahid,1991) Tahun 1991 sehingga 2010 merupa era globalisasi dan liberalisasi pendidikan, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ). Begitu juga peringkat pendidikan tinggi, dengan disokong oleh kelulusan Akta pendidikan Tinggi 1996, selain dari IPTA, IPTS juga tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Ertinya negara kita telah mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia. Kesimpulannya, sistem pendidikan di negara ini telah mengalami perkembangan selaras dengan peredaran zaman. Secara umumnya ia bermula daripada pendidikan secara tradisional yang berlangsung di dalam keluarga dan masyarakat tempatan diikuti dengan sekolah pondok dan madrasah. Semasa penjajahan Inggeris, sekolah vernakular diwujudkan di samping sekolah-sekolah oleh mubaligh Kristian. Semasa penjajahan Jepun pula, tentera Jepun memberi penekanan kepada taat setia terhadap maharaja Jepun melalui sistem pendidikan yang disediakan. Setelah Perang Dunia Kedua tamat, beberapa kajian dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat kemerdekaan, Akta

Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Kelansungan ini berterusan walaupun KBSR dan KBSM telah diperkenalkan. 4. 4.1. Isi Perbincangan Definisi Budaya Sekolah

Budaya merupa elemen yang dinamik dalam pembentukan tamadun dan mencerminkan pencapaian manusia atau sesuatu bangsa, idealisme mereka, konflik dan survival mereka terhadap perubahan dan kemajuan. Budaya terbentuk disebabkan ideology, pemikiran, fahaman, kepercayaan, pendidikan serta perjuangan untuk membina kekuatan dan identiti sesuatu bangsa atau sekolah. Justeru itu budaya mempunyai ciri-ciri berikut : Budaya merupakan suatu unsur yang dinamik serta boleh berubah mengikut tekanan perubahan seperti idea baru, inovasi teknologi, pemikiran nrasional dan sebagainya. Budaya mencorakkan kehidupan manusia. Elemen-elemen positif dalam budaya mempengaruhi pandangan, world-view, perubahan sikap, nilai dan sebagainya. Budaya mempunyai unsur-unsur inovatif dan kreatif. Budaya mencorakkan nilai hidup dan pengangan hidup sesuatu bangsa, kaum, kelompok dan individu. Budaya terhasil dan dimajukan melalui penghasilan kebendaan atau reka cipta. Budaya juga terhasil dalam bentuk bukan kebendaan seperti pemikiran, ideology, fahaman, falsafah dan sebagainya. Budaya melambangkan pencapaian dan kemajuan hidup sesuatu masyarakat. Budaya mengalami proses asimilasi, difusi, enkultrasi dan sosialisasi.

Budaya mencorakkan identity keliompok, kaum, etnik dan bangsa.

Budaya sekolah terbentuk hasil daripada perancang, pembahagian tugas dan peranan, kepimpinan, matlamat, nilai yang dikongsi bersama serta etika kerja yang mengawal dan membentuk tingkah laku dalam organisasi tempat kerja. Hubungan yang mesra, corak kerjasama, kecekapan menjalankan tanggungjawab, produktiviti, morality dan caring dalam organisasi tempat kerja merupakan elemen penting dalam mempengaruhi sumber manusia dan perkembangan kerjaya budaya sekolah. Schein (1985) mendefinisikan budaya sesebuah organisasi (sekolah) sebagai tanggapan dan kepercayaan yang dikongsi bersama oleh ahli-ahli organisasi, berlaku secara tidak disedari, dan dalam bentuk taken-for-granted sesebuah organisasi itu melihat persekitaran dan dirinya sendiri. Manakala Holly san Southworth (1989) mentakrifkan budaya sekolah sebagai konteks dan setting sekolah, proses dalamannya dan makna dimana ahli-ahli organisasi menyatakan dunia pekerjaan mereka. Ringkasnya kedua-dua definisi menunjukkan suatu proses yang berterusan dan bersifat evolusi, dan digerakkan oleh tekanan luaran, potensi dalaman, respon kepada hal-hal kritikal dan faktor-faktor peluang, peranan penting pemimpin dalam membangunkan budaya sekolah. Mewujudkan budaya sekolah yang kondusif, mesra, fleksibel, dorongan tinggi, selamat, kompetitif dan berdaya maju amat penting kepada pembangunan sumber manusia dan pembangunan kerjaya di sesebuah sekolah. Antara contoh budaya yang terdapat di sekolah ialah seperti : Budaya Penyayang Budaya Ilmu

Budaya Saing Budaya Hormat Menghormati Budaya Kepimpinan Cemerlang Budaya Sekolah Kondusif Budaya Sosial Sekolah Budaya Kurikulum Cemerlang dan sebagainya. Membangunkan suatu budaya sekolah yang sihat berkait rapat dengan amalan-

amalan kepemimpinan yang berkesan di pihak Guru Besar. Budaya sekolah harus boleh mengadaptasi permintaaan dan konflik . Budaya ialah nadi yang menggerak dan menggarahkan serta menggambarkan segala komitmen yang ditunjukkan oleh komuniti sesebuah sekolah itu. Di satu segi, sekolah akan mempersembahkan suatu imej yang menggambarkan budaya sekolah itu kepada seluruh warga iaitu murid-murid, ibu-bapa mereka dan masyarakat umum.