You are on page 1of 11

BBAP2103 : Management Accounting Chapter 1 : Management Accounting Environment 1.

1 Pengenalan Perakaunan Pengurusam menyediakan maklumat kewangan kepada pengurus iaitu individu yang berada dalam organisasi yang mengawal operasi syarikat. Akauntan berperanan menggunakan segala bentuk maklumat perakaunan pengurusan untuk memastikan kecekapan dala melaksanakan polisi2 syarikat. Peranan akauntan pengurusan :o Penasihat berkaitan dengan keadaan dan kedudukan kewangan syarika o Pegawai operasi memastikan operasi berfugnsi dgn baik khususnya yang melibatkan kos operasi syarikat. Peranan Perakaunan Pengurusan:o Menyediakan maklumat kewangan untuk tujuan perancangan dan pembuatan keputusan o Mengawal organisasi melibatkan kos operasi o Motivasi kepada pengurus dan kakitangan untuk mencapai matlamat organisasi o Menilai prestasi organisasi

1.2

Perbandingan Antara MA Dan FA Perakaunan Pengurusan Perakaunan Kewangan Pihak dalaman organisasi Pihak luar organisasi Bank, Pengurus, Penyelia, Kakitangan Pelabur dll Fokus kepada aktiviti yang aka Rumusan tentang aktiviti lepas mempengaruhi keputusan kos yang terlibat dalam aktiviti lepas Lebih bersesuaian dengan Kepelbagaian jenis data operasi semasa organisasi Laporan tidak perlu disediakan secara terperinci bergantung pada format sesuatu jabatan atau bahagian. Hanya maklumat yang mengandungi maklumat terperinci akan dilaporkan dalam Laporan Tahunan

Pengguna Penekanan / Fokus Data Perincian Maklumat

Peruntukan ndang2 (Legislation) 1.3

Tidak perlu mengikut format Laporan disediakan mengikut Generally Accepted Accounting format GAAP Principles (GAAP)

Ciri-Ciri Maklumat Perakaunan Pengurusan 1

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

BBAP2103 : Management Accounting Maklumat perakaunan pengurusan digunakan untuk melakukan aktiviti perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan aktiviti syarikat. Ciri-ciri maklumat perakaunan pengurusan:o Relevant : maklumat yang ingin digunakan perlu berkaitan dengan proses pembuatan keputusan. Cthnya dalam proses mengeluarkan tepung. Perlu mendapatkan maklumat lengkap tentang bahan mentah dan peralatan yang digunakan, kos setiap bahan dan kos seunit bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan 1 bungkus tepung. o Understandable (Boleh Difahami) : Maklumat senang difahami kerana kebanyakan pengurus tidak mempunyai pengetahuan tentang perakauna pengurusan. Contohnya maklumat mengenai proses pengeluaran produk baru perlu disediakan dalam format yang mudah untuk difahami. o Timely (Pada Waktunya) : Maklumat yang dimiliki perlulah terdiri daripada maklumat semasa. Cthnya kenaikan kos bahan mentah seperti minyak. Organisasi atau pengurus tidak boleh menggunakan harga minyak pada bulan Jun 2008 kerana harga semasa minyak telah meningkat pada Julai 2008. o Compareble (Boleh Dibandingkan) : Maklumat yang disediakan juga mesti dapat dibandingkan. Contohnya kecekapan antara jabatan, kos pengeluaran semasa dengan kos sebelumnya bagi produk yang sama dll. o Reliable (Dipercayai) and Complete (Sempurna) : Terdiri daripada maklumat semasa dan bukannya maklumat lepas. o With Cost-Benefit Featres : Penyediaan maklumat akan melibatkan kos seperti kos pengumpulan, penganalisisan dan penilaian. Oleh itu, maklumat yang diperolehi perlu memiliki nilai yang dapat digunakan oleh organisasi untuk meningkatkan keuntungan syarikat.

1.4

Kepentingan Maklumat Perakaunan Pengurusan Menentukan kos seunit produk / perkhidmatan Menilai fungsi perancangan, operasi, kawalan dan pencapaian

1.5

Konsep Kos Kos sebarang perbelanjaan (tunai/aset) yang terlibat dalam menghasilkan produk / perkhidmatan. Unexpires cost / aset barangan / perkhidmatan yang tidak digunakan pada masa skrg dan mempunyai nilai ekonomi utk digunakan pada masa akan datang. Kos Objek o Sebarang bentuk kos yang terlibat dalam bentuk pengeluaran

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

BBAP2103 : Management Accounting Kos Langsung kos yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran spt kos bahan mentah dan kos buruh o Kos tidak langsung kos yang tidak terlibat secara langsung dala proses pengeluaran spt gaji pengurus pengurus hanya terlibat dalam pengurusan kilang tapi tidak terlibat dalam memproses produk Kos Driver o Elemen yang menghasilkan kos overhead spt masa penggunaan mesin, komputer dll. o Apabila kos driver berubah, maka kos objek juga akan berubah. o

1.6

Klasifikasi Kos Klasifikasi Kos

Pelaku

Fungsi Perniagaan

Tempoh

Penyata Kewangan

1.6.1

Klasifikasi Kos Mengikut Pelaku (Behaviour) Kos Pelaku (Behaviour Cost) merujuk kepada kos yang wujud akibat daripada perubahan tahap/jumlah aktiviti pengeluaran. Apabila aktiviti pengeluaran meningkat atau menurun, kos juga mungkin meningkat atau menurun dan berkemungkinan tidak berubah. Utk tujuan perancangan, pengurus perlu mengetahui apa yg akan berlaku. Sekiranya pengurus menjangkakan kos akan berubah, maka pengurus tersebut perlu menganggar nilai kos yg akan berubah. Terdapat tiga jenis kos iaitu:a) Kos Tetap o Kos yang tidak akan berubah walaupun tahap pengeluaran berubah. Contohnya spt susut nilai kilang, gaji penyelia, sewa kilang dll.

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

BBAP2103 : Management Accounting Kos (RM000) 100 50

10

15

20 Kuantiti (Unit)

Rajah : Kos Tetap Bagi Keluaran Kereta o Persamaan garis lurus bagi kos tetap adalah seperti berikut:y = a

Di mana

y = jumlah kos a = jumlah kos tetap

b)

Kos Berubah o Kos yang sentiasa berubah apabila aktiviti pengeluaran berubah. o Perubahan kos aktiviti ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti jumlah keluaran, julah jualan, jumlah jam bekerja, jarak perjalanan kenderaan yang terlibat dll.

Kos (RM000) 150 100 50

10

15

Kuantiti (Unit)

Rajah : Kos Berubah Bagi Keluaran Kereta

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

BBAP2103 : Management Accounting o Persamaan garis lurus bagi kos berubah ialah:y = bx

Di mana

y = jumlah kos b = kos berubah seunit x = jumlah aktiviti / kuantiti

c)

Kos Keseluruhan (Mixed Cost) o Kos campuran terdiri daripada kos tetap dan kos berubah. Kos (RM000)

200 150 100 50 Kos Tetap 5 10 15 Kuantiti (Unit) Kos Berubah Jumlah Kos

Rajah : Jumlah Kos Keseluruhan Bagi Kereta o Persamaan garis lurus bagi kos keseluruhan ialah:y = bx + a

Di mana

y = jumlah kos b = kos berubah a = kos tetap x = jumlah kuantiti

1.6.2

Klasifikasi Kos Berdasarkan Fungsi Perniagaan Kos yang melibatkan fungsi perniagaan merujuk kepada aktiviti atau operasi utama perniagaan. Terdiri daripada o Fungsi Operasi Pengeluaran Operasi memproses bahan mentah menjadi barang siap.

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

BBAP2103 : Management Accounting o Fungsi Operasi Bukan Pengeluaran Terdiri daripada operasi dagangan spt membeli dan menjual barang siap dan operasi perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan. Kos Fungsian

Operasi Pengeluaran Memproses bahan mentah menjadi barang siap

Operasi Bukan Pengeluaran

Operasi Perdagangan Membeli dan menjual barang siap

Operasi Perkhidmata n Menyediakan perkhidmatan

a) Kos Pengeluaran Merupakan kos yang terlibat dalam proses pengeluaran produk atau barang siap. Terdiri daripada kos bahan mentah langsung, kos buruh langsung dan kos overhead kilang. Kos Pengeluaran Bahan Mentah Langsung Buruh Langsung Penerangan Kos bahan mentah yang digunakan secara langsung dalam proses pengeluaran produk sehingga menjadi barang siap. Buruh yang digunakan dalam proses pengeluaran produk barang siap spt pembayaran gaji, upah dan bonus. Segala kos yang terlibat dalam proses pengeluaran tetapi selain daripada kos bahan mentah dan kos buruh. Contohnya spt elektrik, pengangkutan, gaji pengurus dll.

Overhead Kilang

Klasifikasi kos pengeluaran o Kos Utama (Prime Cost) terdiri daripada kos bahan mentah dan buruh yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran produk barang siap.

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

BBAP2103 : Management Accounting o Kos Berubah (Conversion Cost) terdiri daripada kos buruh langsung dan kos overhead. Kos Utama = Kos Bahan Langsung + Kos Buruh Langsung Kos Berubah = Kos Buruh Langsung + Kos Overhead Kos Pengeluaran = Kos Utama + Kos Overhead b) Kos Bukan Pengeluaran Kos yang tidak terlibat dalam proses pengeluaran spt kos jualan barang, kos pemasaran, kos pentadbiran dll. Selalunya melibatkan kos yang wujud selepas barang siap diproses dan sedia untuk dijual.

1.6.3 a)

Klasifikasi Kos Berdasarkan Tempoh/Masa Kos juga boleh diklasifikasikan kepada kos produk dan kos masa. Kos Produk (Product Cost) Melibatkan semua kos yang terlibat dalam penghasilan produk. Produk yang dibeli atau telah dihasilkan akan disimpan sebagai inventori dan sedia untuk dijual. Oleh itu, kos produk ini akan direkodkan dalam akaun inventori dalam Kunci Kira-Kira (Balance Sheet) juga dikenali sebagai kos inventori. Contohnya seperti inventori atau stok Kos Tempoh / Masa (Period Cost) Semua kos yang tidak termasuk dalam kos produk dan direkodkan dalam penyata pendapatan (Income Statement). Contohnya spt gaji pegawai, komisyen jualan, perbelanjaan pentadbiran dan jualan, pengiklanan dll yang direkodkan sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan.

b)

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

BBAP2103 : Management Accounting

Kos Pengeluaran (Kos Produk)

Bahan Mentah Langsung Bahan mentah yang nampak atau dapat disentuh yang digunakan dalam proses membuat barang siap spt enjin, tayar, ekzos dll.

Buruh Langsung Buruh yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan barang siap spt pereka model kereta, pengendali mesin dll

Overhead Semua kos pengeluaran selain daripada kos bahan mentah dan kos buruh langsung spt air, elektrik, susut nilai mesin dll

Kos Utama Kos Berubah Rajah : Ringkasan Klasifikasi Kos Berdasarkan Tempoh Dan Contoh Kos Pengeluaran

Kos Bukan Pengeluaran (Kos Produk)

Kos Jualan dan Pemasaran Kos yang terlibat untuk memastikan barang atau produk sampai kepada pengguna apt komisen jurujual, belanja promosi dll

Kos Pengurusan Segala kos yang berkaitan dengan pengurusan operasi syarikat spt gaji kerani, gaji pengurus dll

Rajah : Ringkasan Klasifikasi Kos Berdasarkan Tempoh Dan Contoh Kos Bukan Pengeluaran

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

BBAP2103 : Management Accounting 1.6.4 Klasifikasi Kos Berdasarkan Penyata Kewangan / Kategori Perniagaan Penyata kewangan disediakan untuk kegunaan dalaman organisasi spt pihak pengurusan. Terdapat 3 kategori perniagaan yang utama iaitu Perniagaan Perkhidmatan, Perniagaan Perdaganga dan Perniagaan Pengeluaran. Perniagaan Perkhidmatan Produk utama menyediakan kemudahan perkhidmatan atau produk tidak nampak kepada pengguna. Penyediaan penyata kewangan adalah berbeza dengan perniagan perdagangan. Format penyata kewangan pada halaman 24
Syarikat ABC Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2007 Hasil (-) Kos Perkhidmatan Untung Kasar (+) Lain-Lain Pendapatan (-) Perbelanjaan Untung Bersih 10,000.00 5,000.00 5,000.00 1,500.00 6,500.00 3,000.00 3,500.00

a)

b)

Perniagaan Perdagangan Menjalankan aktiviti belian dan jualan barangan siap atau barang akhir. Nilai inventori, belian dan jualan akan direkodkan secara terperinci dalam penyediaan penyata pendapatan. Format penyata kewangan pada halaman 26.

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

BBAP2103 : Management Accounting

Syarikat ABC Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2007 Jualan / Hasil (-) Pulangan Jualan Jualan Bersih (-) Kos Barang DiJual Stok Awal (+) Kos Belian Kos Barang Untuk Dijual (-) Stok Akhir Untung Kasar (+) Lain-Lain Pendapatan (-) Perbelanjaan Untung Bersih 2,000.00 5,000.00 7,000.00 2,500.00 4,500.00 5,000.00 500.00 5,500.00 3,500.00 2,000.00 10,000.00 500.00 9,500.00

c)

Perniagaan Pengeluaran Perniagaa yang memproses bahan mentah menjadi barang siap. Penyediaan penyata kewangan lebih terperinci kerana segala maklumat yang dinyatakan dalam penyata kewangan ini diperlukan dalam proses membuat keputusan. Terdiri daripada tiga komponen utama iaitu kos bahan mentah langsung, kos buruh langsung dan kos overhead.

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

10

BBAP2103 : Management Accounting

Syarikat Perkilangan ABC Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2007 Jualan (-) Kos Pengeluaran Stok Awal Bahan Mentah (+) Kos Belian Bahan Mentah Kos Bahan Mentah (-) Kos Akhir bahan Mentah Bahan Mentah Digunakan (+) Buruh Langsung Overhead Kilang Kos Pengeluaran (+) Kerja Dalam Proses 1/1 (-) Kerja Dalam Proses 31/12 Untung Kasar 2,500.00 8,000.00 10,500.00 3,000.00 7,500.00 3,000.00 2,000.00 12,500.00 2,000.00 14,500.00 2,500.00 12,000.00 8,000.00 20,000.00

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

11