You are on page 1of 7

TEKS PENGERUSI MAJLIS, MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH DAN HARI KUALITI SEKOLAH KEBANGSAAN TEBONG 2011 Mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia Encik Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tebong, merangkap Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Kampung Kuala Sungga, Tebong. [Perarakan masuk] Sireh berlipat sireh pinang Sireh dari Negeri Melaka Pemanis kata Selamat Datang Awal Bismillah pembuka bicara Yang Berbahagia Encik Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Tebong, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SK Tebong Pihak Pentadbir dan Guru-guru SK Tebong Tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau. Selamat datang ke Majlis Konvokesyen Prasekolah kali ke ____ dan Hari Kualiti SK Tebong kali ke _____ bagi tahun 2011. Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Encik Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Yang Dipertua PIBG SK Tebong dan para hadirin sekalian bagi memeriahkan majlis ini. Langit biru indahnya buana Hijau rumput menutup bumi Hadir Tuan seindah suasana Menambah seri majlis kami Para hadirin semua ceria Datang mera-i bersama-sama Doa yang di pohon pada Yang Esa Mohon diberkati majlis kita Dengan ini majlis menjemput Ustaz Helmirizal bin Che Long untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan [Bacaan Doa]

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Helmirizal bin Che Long atas bacaan doa itu tadi. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dikasihi, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Tebong, Pn. Nurul Azizah Binti Abdullah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. [Ucapan GPK1] Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dikasihi Pn. Nurul Azizah Binti Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Tebong atas ucapan tadi. Tangan ditadah penuh kesyukuran Kehadiran Tuan kami raikan Mohon Tuan Memberikan ucapan Sepenuh penghargaan kami alukan Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Encik Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Yang Dipertua PIBG SK Tebong untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen dan Hari Kualiti SK Tebong tahun 2011. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. [Ucapan YDP PIBG] Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Yang Dipertua PIBG SK Tebong atas kesudian ucapan perasmian sebentar tadi. Hadirin dan hadirat sekalian, bagi memeriahkan majlis pada petang ini, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan Nama persembahan:________________________________________________________ Daripada murid-murid tahun; __________________________________________________ Di bawah bimbingan: ________________________________________________________ Dengan tajuknya: ___________________________________________________________ Dipersilakan. [Persembahan 1] Majlis mengucapkan terma kasih atas persembahan menarik daripada murid-murid ______________________ sebentar tadi.

Sedari kecil sabar dituntun Membaca Menulis serta Mengira Ini terbukti usaha bertahun Permata hati kini berjaya Majlis Konvokesyen Prasekolah..

Dengan ini, majlis dengan hormat takzimnya dan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Encik Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Yang Dipertua PIBG SK Tebong untuk menyampaikan Ijazah Tamat Persekolahan Prasekolah bagi tahun 2011. Dengan hormatnya dipersilakan. Dimulakan dengan adik Dan . adik [Konvokesyen] Tahniah diucapkan kepada para Graduan Murid Prasekolah Gemilang SK Tebong bagi tahun 2011. Majlis Hari Kualiti diteruskan lagi dengan acara Penyampaian Hadiah Kedudukan dalam kelas Tahap 1 [Penyampaian Hadiah Kedudukan dalam Kelas Tahap 1] Tahniah diucapkan kepada semua penerima Hadiah Kedudukan dalam Kelas Tahap 1 sebentar. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Encik Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Yang Dipertua PIBG SK Tebong atas kesudian menyampaikan hadiah kepada murid-murid SK Tebong. Seterunya, majlis diserikan lagi dengan persembahan Nama persembahan:________________________________________________________ Daripada murid-murid tahun; __________________________________________________ Di bawah bimbingan: ________________________________________________________ Dengan tajuknya: ___________________________________________________________ Dipersilakan. [Persembahan 2] Majlis mengucapkan terma kasih atas persembahan menarik daripada murid-murid ______________________ sebentar tadi. Baru ditajak tanah sebidang Pergi memanjat pokok kelapa Anak bijak di semua bidang Tertunai hajat ibu dan bapa Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, majlis diteruskan lagi dengan acara Penyampaian Hadiah Kedudukan dalam Kelas Tahap 2. Majlis dengan ini menjemput Yang dihormati / dikasihi Nama: ___________________________________________________________________ Jawatan: _________________________________________________________________, Bagi menyampaikan hadiah.

[Penyampaian Hadiah Kedudukan Dalam Kelas Tahap 2 ] Tahniah kepada murid-murid Tahap 2 yang meraih kedudukan tebaik mengikut kelas sebentar tadi dan Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada Yang dihormati / dikasihi Nama: ___________________________________________________________________ Jawatan: _________________________________________________________________, atas kesudian menyampaikan hadiah. Majlis berehat sebentar untuk memberi laluan kepada persembahan daripada Nama persembahan:________________________________________________________ Daripada murid-murid tahun; __________________________________________________ Majlis mempersilakan. [Persembahan 3] Demikian tadi persembahan:__________________________________________________ yang dibimbing oleh: ________________________________________________________ Dengan tajuknya: ___________________________________________________________ Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan yang sangat menarik itu tadi. Sidang hadirin yang kami kasihi, Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Hadiah Matapelajaran Terbaik. Dengan ini majlis menjemput Yang dihormati / dikasihi Nama: ___________________________________________________________________ Jawatan: _________________________________________________________________, Untuk menyampaikan hadiah. [Penyampaian Hadiah Matapelajaran Terbaik ] Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang dihormati / dikasihi Nama: ___________________________________________________________________ Jawatan: _________________________________________________________________, Di ataskesudiannya menyampaikan hadiah sebentar tadi. Sebelum kita ke acara Penyampaian Hadiah Matapelajaran yang seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan sebuah lagi persembahan:________________________________________________________ Daripada murid-murid tahun; __________________________________________________ Di bawah bimbingan: ________________________________________________________ Dengan tajuknya: ___________________________________________________________ Dipersilakan. [Persembahan 4] Begitulah tadi _________________________________________________________ yang ditujukan oleh murid-murid SK Tebong yang dipancarkan melalui _____________________. Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan menarik itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Hadiah Mata Pelajaran Terbaik. Dengan ini, majlis sukacita menjemput Yang dihormati / dikasihi Nama: ___________________________________________________________________ Jawatan: _________________________________________________________________, Majlis dengan ini mempersilakan. [Penyampaian Hadiah Matapelajaran Terbaik] Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang dihormati / dikasihi Nama: ___________________________________________________________________ Jawatan: _________________________________________________________________, Kerana sudi menyampaikan hadiah sebentar tadi. Bagi menghangatkan lagi Majlis Hari Kualiti Tebong SK Tebong kali ke __________ bagi tahun 2011. Terimalah persembahan:___________________________________________ Daripada murid-murid tahun; __________________________________________________ Di bawah bimbingan: ________________________________________________________ Dengan tajuknya: ___________________________________________________________ Dipersilakan. [Persembahan 5] Begitulah persembahan yang menarik untuk tontonan kita semua, syabas dan tahniah diucapkan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, kini tibalah acara Penyampaian sijil dan hadiah bagi beberapa kategori khas. Dengan ini majlis dengan hormat dan rasa bangganya menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Norddin Maaruf, Guru Besar SK Tebong untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan ini mempersilakan. [Penyampaian Sijil dan Hadiah Kategori Khas]

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Sijil Penghargaan Ketua dan Penolong Kelas : 14 orang Sijil Penghargaan Pengawas Sekolah : __ orang Sijil Penghargaan Pengawas Pusat Sumber : __ orang Sijil Penghargaan Pengawas SPBT : __ orang Sijil Penghargaan Pengawas BOSS : __ orang Kehadiran Terbaik 2011 : 2 orang : 1 orang (Murid Pra) 7. Tokoh Nilam 2011 : 22 orang 8. Pelajar Terbaik Pemulihan : 2 orang 9. Pelajar Terbaik Prasekolah : 6 orang 10. Kebersihan & Keceriaan Kelas : 1 Kelas 11. Tokoh Murid J-QAF L/P : 2 orang 12. Tokoh Murid 2011 : 2 orang

Tahniah kepada semua penerima hadiah dan ucapan terima kasih tak terhinggga buat Tuan Guru Besar SK Tebong yang amat kami kasihi, Tuan Haji Norddin Maaruf atas kesudian menyampaikan hadiah. Sebagai mengakhiri majlis, marilah kita sama-sama memberi tepukan gemuruh untuk persembaahan terakhir petang ini, Terimalahpersembahan:_____________________________________________________ Daripada murid-murid tahun; __________________________________________________ Di bawah bimbingan: ________________________________________________________ Dengan tajuknya: ___________________________________________________________ Dipersilakan. [Persembahan 6] Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dikasihi sekalian. Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Konvokesyen Prasekolah kali ke ____ dan Hari Kualiti SK Tebong kali ke _____ bagi tahun 2011. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada dif-dif jemputan atas kesudian menyampaikan hadiah-hadiah. Sebagai tanda kenang-kenangan moga jadi ingatan, Pihak Majlis mempersilakan Tuan Haji Nordin bin Maaruf, Guru Besar SK Tebong untuk menyampaikan cendera hati kepada Yang Berbahagia Encik Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Yang Dipertua PIBG SK Tebong, atas kesudian menyampaikan hadiah dalam Majlis Konvokesyen Prasekolah dan Hari Kualiti SK Tebong. Dipersilakan. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua penerima hadiah. Kepada yang tidak berjaya, berusahalah dengan lebih tekun lagi kerana Usaha dan Tawakal itulah Kunci Kejayaan. Manis betik empuk keledek Sedap jeruk buah kedondong Anak cerdik baik terdidik Sejuk perut ibu mengandung Gemerlap bintang bersinar cahaya Sinar Gemilang memancara buana Moga berterusan kejayaan dicipta Jadi panduan hidup berguna. Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Encik Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Yang Dipertua PIBG SK Tebong, dengan diiringi Tuan Haji Norrdin Bin Maaruf, Guru Besar SK Tebong serta ahli-ahli jawatankuasa PIBG SK Tebong untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan. Majlis mempersilakan. [Jamuan Ringan]

Kalau ada jarum yang patah Jangan di simpan di dalam peti Kalo ada silap dan salah Jangan di simpan di dalam hati Kalau ada sumur di ladang Izinkan kami menumpang mandi Kalo ada umur yang panjang Kita akan berjumpa lagi Akhir kata, kami memohon maaf atas segala kekurangan majlis kami. Diharapkan kita akan ketemu lagi dalam majlis seperti ini pada hari dan waktu yang lain. Insyaallah Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia.