SINARAN TELUPID Peti surat 143 89300 Telupid Sandakan Sabah.

MBSB Wisma MBSB 48, Jln Dungun Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur (U/p: En.Ismail ) 04.Disember.2012

PER: PEMBAYARAN PINJAMAN OLEH SINARAN TELUPID BAGI BULAN OKTOBER DAN NOVEMBER 2012 Merujuk perkara diatas. Melalui perbincangan telefon dengan pihak tuan pada 4hb Disember 2012. Pihak kami telah pun menerima pembayaran dari pihak sekolah SMK Telupid, Sandakan. Ini adalah pembayaran perkhidmatan membekal makanan ke asrama bagi bulan Oktober dan November 2012. Atas persetujuan bersama dengan pihak tuan, kami bersetuju untuk membayar pinjaman kami semua kepada MBSB.Kami memohon pula agar dikembalikan kepada Sinaran Telupid sebanyak RM 30,000.00 untuk meneruskan perkhidmatan membekal makanan ke asrama SMK Telupid. Dengan itu, kami amat berharap kerjasama dari pihak tuan untuk mempercepatkan urusan ini memandangkan musim persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Sebelum itu, kami ingin mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan berhubung perkara ini. Kami amat komited untuk melangsaikan pinjaman tersebut dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan. Segala pertimbangan serta kelulusan tuan ke atas perkara ini, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian

Yang benar, Kamsiah Binti Ilan

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful