You are on page 1of 9

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN

3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, berkuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua,Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir

Petikan surat pekeliling ikhtisas

DEFINISI RPT
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Rancangan Tahunan/Semester adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan.

Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester ini perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum sesi persekolahan bermula yang mana ianya berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi satu-satu mata pelajaran.

Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester merangkumi hal-hal yang berikut


Skop kemahiran bagi setahun Senarai kemahiran-kemahiran Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. Rujukan sukatan pelajaran.

KEPENTINGAN RPT
Sebagai medium panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
Turut bertujuan untuk mencegah daripada berlakunya pemesongan topik dalam sesuatu pengajaran demi mencapai matlamat mata pelajaran tertentu.

Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik agar teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid-murid. Selain itu, penyediaan RPT ini adalah untuk memudahkan guru pengganti menggambil alih tugas guru yang sebelumnya tanpa teraba-teraba untuk meneruskan pengajaran.

Dalam masa yang sama, Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga berperanan sebagai penyelaras bagi penyediaan soalan untuk ujian bulanan dan peperiksaan. Terakhir ialah Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester ini dapat membantu guru untuk menyemak topik yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN


RPT Tahun 1 RPT Tahun 2 RPT Tahun 3 RPT Tahun 4 RPT Tahun 5 RPT Tahun 6

You might also like