P. 1
Laluan Kerjaya Dalam Profesion Keguruan

Laluan Kerjaya Dalam Profesion Keguruan

|Views: 34|Likes:
Published by Zubir Osman
Berkenaan kerjaya dalam bidang perguruan dan capaian mereka dalam menjalankan rutin seharian
Berkenaan kerjaya dalam bidang perguruan dan capaian mereka dalam menjalankan rutin seharian

More info:

Published by: Zubir Osman on Oct 17, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/30/2014

pdf

text

original

LALUAN KERJAYA DALAM PROFESION KEGURUAN 1.

0 Pendahuluan

Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru, dengan pelaksanaan berbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar. Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan profesion keguruan dewasa ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan profesion keguruan yang menarik. Malah tidak dinafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga( Abdul Shukor, 1996). Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan agak pasti suasana pengajaran-pembelajaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan akan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Persepsi seperti ini sudah tentulah akan menjejaskan reputasi profesion keguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia. 2.0 Keguruan Sebagai Satu Profesion

“Mengajar ialah pekerjaan profesional. Tugas yang dilakukan oleh guru adalah bersifat intelektual, memerlukan amalan pertimbangan yang konsisten, tidak boleh disamarata atau dirutinkan, dan menuntut persediaan yang berpanjangan melalui pendidikan.” Janet A. Weiss (1989,2) Penyataan seperti yang dikemukakan oleh Weiss (1989) di atas memperlihatkan antara ciri profesion keguruan. Ciri utama sebuah profesion ialah yang melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan pengetahuan formal yang diperoleh daripada pendidikan dan amalan yang menyeluruh. Secara ringkasnya, ciri utama sebuah profesion ialah 1

mempunyai asas pengetahuan yang kukuh berkaitan dengan tugas (Bowman,1989). Berdasarkan asas pengetahuan ini, individu profesional adalah seorang pakar dalam bidang yang khusus dan terhad serta melaksanakan tugas berdasarkan kompleksiti dan penyesuaian. Golongan profesional turut mempunyai kebebasan untuk melaksanakan tugas berlandaskan pertimbangan bijak (educated judgment) yang tidak dimiliki oleh individu lain yang tidak mempunyai pengetahuan atau kelayakan berkaitan (Freidson, 1986, 141). Seorang profesional ialah individu yang bersifat objektif, adil dan tidak mementingkan diri sendiri. Perhubungan dengan klien adalah dibatasi oleh tugas secara teknikal dan mengelakkan penglibatan secara emosi. Ciri ini membolehkan seorang profesional membuat keputusan yang munasabah dan rasional bagi pihak klien. Ciri seterusnya bagi seorang profesional ialah berkenaan dengan tahap perkhidmatan yang diberikan kepada klien. Individu profesional diharapkan sentiasa memberikan keutamaan kepada klien dan melakukan tindakan yang sewajarnya demi kepentingan klien. Hal ini demikian kerana klien menaruh keyakinan yang tinggi terhadap individu profesional tersebut untuk membantunya. Orientasi berasaskan kumpulan (reference-group orientation) merupakan salah satu ciri yang penting bagi individu profesional. Kumpulan yang penting bagi golongan ini ialah teridiri daripada rakan sejawat yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang yang sama dan berguna dalam proses membuat keputusan. Golongan profesional ini menitikberatkan integriti profesion dan perkhidmatan yang diberikan kepada klien mereka. Ciri lain bagi profesion ialah mempunyai struktur kawalan yang jelas (distinctive control structure) di mana kepakaran mereka adalah berdasarkan pengetahuan teoritikal dan kemahiran yang diperoleh melalui latihan yang panjang. Dalam hal ini, golongan profesional mengharapkan autonomi dalam melaksanakan kepakaran mereka dan berpandangan bahawa mereka layak untuk membuat sebarang keputusan dalam ruang lingkup bidang kepakaran mereka. Danisiewicz (1985) menyatakan terdapat dua bentuk autonomi – klien dan organisasi. Golongan profesional mengawal klien mereka dan responsif terhadap keperluan klien mereka. Dalam masa yang sama juga, prestasi

2

golongan profesional ini tertakluk kepada kawalan dan kehendak organisasi mereka yang mengurangkan tahap profesional mereka. Kesimpulannya. Tugas guru yang berbentuk “meningkatkan tahap pembelajaran. Kod etika ini digubal untuk melindungi profesion dan klien atau kepentingan awam (Benvineste. tidak mementingkan diri dan tidak berat sebelah. ciri sesuatu profesion merangkumi pengetahuan teknikal yang diperoleh daripada latihan berjangka panjang. dan mempunyai kod etika tersendiri berdasarkan pengetahuan. Matlamat kerjaya seorang guru yang profesional ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan (continuous development) (Wan Mohd Zahid Noordin. tanda aras dan pendapat rakan sejawat. pengetahuan dan pencapaian” melayakkan guru digelar sebagai seorang profesional dengan kemahiran dan kompetensi yang dimiliki untuk melaksanakan tugas tersebut. Impak daripada tugas profesional yang dilaksanakan oleh guru ternyata memberikan sumbangan yang amat signifikan terhadap ekonomi dan masa depan negara khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. 40). 3 . Guru yang profesional sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya dengan profesional lain dalm bidang keguruan. 2003). 3. mempunyai autonomi dalam membuat keputusan profesional. Ciri terakhir profesional ialah golongan ini mempunyai suatu kod etika yang memandu aktiviti mereka. Ciri-ciri yang disenaraikan di atas merupakan ciri-ciri yang melayakkan bidang keguruan sebagai satu profesion. Guru yang profesional sentiasa terbuka untuk belajar tentang cara meningkatkan mutu amalannya serta sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. 1987. berorientasi berasaskan kumpulan. akur kepada norma profesional yang meliputi keobjektifan profesion.0 Ciri Profesionalisme Guru Guru yang profesional ditakrifkan sebagai seorang guru yang tahu cara menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dalam bidangnya.

Namun. Model perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai “satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan” (Sani dan Norzaini. dan 4. kemahiran mengajar masih lagi kaku dan tidak fleksibel. guru menjadi lebih peka terhadap perkara yang penting atau remeh. 4.4 Peringkat 4 – Peringkat mahir atau proficient Terdiri daripada guru yang berpengalaman mengajar selama lima tahun.2 Peringkat 2 – Peringkat lebih maju atau advanced beginner Guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama dua atau tiga tahun.4. 218). seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum ia dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan.5 Peringkat 5 – Peringkat pakar atau expert Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini. Menurut model ini. membuat keutamaan dan membuat perancangan. Peringkat perkembangan dalam Model Berliner adalah seperti berikut: 4. 4. 4 . Berdasarkan pengalaman yang diperoleh. Guru boleh mengesan maklumat yang wujud dalam semua konteks dan situasi serta mampu membuat ramalan tentang sesuatu kejadian dengan cepat.3 Peringkat 3 – Peringkat cekap atau competent Guru mampu membuat pilihan secara sedar tentang tindakan. Pengalaman dan konteks masalah mula membimbangi dan mempengaruhi tingkah laku guru. 2007. 4. Pengajaran guru adalah lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah.1 Peringkat 1 – Peringkat permulaan atau novice Guru novis mempelajari fakta dan menimba pengalaman serta diajar peraturan umum yang dikatakan sesuai untuk semua konteks.0 Teori Perkembangan Guru Berliner (1988) telah mengemukakan model lima peringkat perkembangan guru yang memberi fokus terhadap pemikiran guru berdasarkan tingkah laku guru dalam bilik darjah.

Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru sandaran atau sementara dan ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada. iaitu untuk mengajar. kini dan selamanya adalah sama. tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celif huruf.0 Sorotan Isu Dalam Profesion Perguruan Pada awal tahun 60an. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu. Guru mengajar masyarakat Melayu berorganisasi dalam bidang sosial dan arena politik. Dahulu masyarakat memandang mulia kepada guru tetapi kini profesion keguruan seakan-akan terpinggir dan sudah berada dalam kategori terakhir 5 . Ini kerana masyarakat kini adalah masyarakat yang bersifat dinamik dan progresif serta mula menyedari bahawa pendidikan adalah alat yang penting untuk menjamin kesejahteraan hidup di masa hadapan. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Tetapi persoalannya kenapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya telah berubah. suara guru dibaca sehingga menimbulkan kesedaran tentang untung nasib dan ‘survival’ bangsanya yang ketinggalan dalam bidang ekonomi dan politik. Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar. berilmu pengetahuan dan berdaya saing. tentang kesedaran betapa pentingnya pendidikan sebagai satu jaminan masa depan yang lebih cerah. Guru-guru sekolah Melayu juga meniup. peguam dan arkitek.5. Pada masa ini. jurutera. bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya (Shuib & Johari. 2001). Melalui tulisan yang banyak diterbitkan dalam majalah-majalah yang terhad bilangannya. guru bukan sahaja memberikan ilmu kepada masyarakat malah menjadi panduan dan rujukan. Kini profesion keguruan dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion profesional yang lain seperti doktor. guru dianggap insan yang terpilih yang didatangkan untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat. menanam dan menyemarakkan semangat nasionalisme. mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.

Bakhtiar Mansor (1993) mengambil beberapa statistik mengenai perbandingan peluang kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama antaranya.5 Wujud profesion lain yang lebih baik hasil dari sistem pendidikan dan kerja keras guru yang mengajar. Adakalanya juga seringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku kepincangan dalam masyarakat.3 Pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru sehingga ada cadangan meletakkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di bahagian pengurusan samada di sekolah.3 5. Masyarakat melihat kerja guru mudah.5 5. peringkat umur dan masalah disiplin yang perlu ditangani. Kerja lebih 6 .1.pemilihan kerja. mendapati bahawa ada beberapa sebab mengapa bidang keguruan ini kurang mendapat tempat pada pandangan masyarakat dan remaja yang memilih kerjaya seperti berikut: 5. 5.6% 13. Pejabat Pelajaran Daerah ataupun di Jabatan Pelajaran Negeri. adat resam.2 5.1. 5. kurang masa dan peluang terlalu kecil.1.4 5. dan Beban kerja dan kurang insentif yang diterima oleh para guru. Malah guru juga perlu melayani karenah ibu bapa. kerajaan. Dapatan yang dibuat oleh Shuib dan Johari (2001) melalui pemerhatian.4 5.2 Pendidikan Jurutera Awam (Kerja Raya) Pegawai Perubatan Polis Pegawai Pertanian Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 3.1 5.6 5.1% 18.1.4% Berhadapan dengan berbagai karenah pelajar yang begitu ramai yang datang dari pelbagai keturunan.1 Profesion keguruan adalah profesion yang statik. masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula merasa beban kerja terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. sosioekonomi. masyarakat.1% 15.1.5% 7. 5.4% 38. pertubuhan dan masalah peribadi. temubual dan pengalaman. pihak atasan.1.

Selain daripada itu.0 Cabaran Dalam Profesion Keguruan Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik masa kini menuntut guru membuat anjakan paradigma yang menyeluruh. tugas guru adalah melangkaui waktu persekolahan. guru turut berperanan melaksanakan tugas berdasarkan arahan dan keperluan tugas yang lain. guru turut berhadapan dengan masalah yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan tugas hakiki sebagai 7 . 6. Pelaksanaan tugas tambahan ini menuntut guru untuk datang ke sekolah selepas waktu persekolahan termasuklah pada hujung minggu dan semasa cuti persekolahan. permasalahan yang diutarakan ini perlu ditangani agar profesion keguruan akan kekal relevan dan dapat mengembalikan reputasi profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia dan amat dihormati oleh semua pihak. Pada hakikatnya.masanya (overtime) tidak dihargai. Justeru. mengendalikan rekod murid. menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) (Faridah dan Zubaidah 1999). jurulatih permainan dan sukan. memeriksa kerja murid. Pergolakan dalam bidang pendidikan memerlukan guru meneliti setiap aspek pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan perubahan yang dilakukan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap ahli masyarakat dalam sesebuah institusi pendidikan. Bebanan kerja guru bukan sahaja mengajar tetapi juga melaksanakan kerja perkeranian dan pentadbiran. Di samping melaksanakan tanggungjawab mengajar murid. guru juga turut menjalankan tugas tambahan seperti menjadi guru penasihat persatuan. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini. menyedia persediaan mengajar serta kertas soalan dan menanda kertas peperiksaan. Noriah (1994) menyatakan bahawa profesion keguruan merupakan profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas. Kompleksiti tugas dalam profesion keguruan sering disalahtafsir oleh ahli masyarakat yang beranggapan bahawa jadual tugas guru amat mudah dan guru hanya perlu bekerja setengah hari sahaja dan mempunyai cuti yang banyak. Pandangan dan persepsi yang berbeza menyebabkan segelintir guru kecewa.

menghadapi konflik dengan pihak pentadbiran. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan melihat kejayaan sekolah berdasarkan prestasi peperiksaan yang dicapai oleh muridnya. Selain daripada itu.1 Cabaran Daripada Pihak Sekolah Cabaran daripada pihak sekolah merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh guru. Cabaran yang dihadapi guru pada masa kini bukan sahaja datang daripada pihak sekolah. Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan boleh dikategorikan seperti berikut: 6. Kekurangan tenaga guru menyebabkan guru sedia ada 8 . Sekiranya peratusan kelulusan yang disasarkan tidak dicapai maka guru akan dianggap sebagai guru yang tidak komited dan kurang berjaya. Justeru. bilik darjah atau murid tetapi merangkumi harapan dan ekspektasi daripada masyarakat dan negara. Fenomena ini mencetuskan persaingan akademik dalam kalangan pentadbir sekolah untuk mendapatkan pengiktirafan umum dengan mengarahkan guru mengadakan program akademik seperti kelas tambahan termasuk dalam masa cuti dan menambah bilangan buku rujukan serta menjalankan aktiviti bercorak motivasi untuk menjana kecemerlangan murid dalam peperiksaan. masyarakat dan negara agar murid akan dapat mengharungi cabaran era globalisasi dengan penuh yakin dan menyumbang kepada pembangunan negara. kekangan sumber dan sebagainya. Hal ini memberikan tekanan kepada guru serta menambahkan lagi beban tugas mereka. kritikan masyarakat. Perkembangan dunia tanpa sempadan menuntut guru untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran dalam konteks yang lebih luas dan bukannya dalam konteks tradisional lagi. Guru perlu mengendalikan murid bermasalah. Guru masa kini perlu menjalankan tugas yang diamanahkan untuk mendidik generasi muda menjadi warganegara seperti yang diaspirasikan oleh masyarakat dan negara.pendidik. masalah kekurangan guru. kekurangan prasarana dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh sesetengah sekolah turut memberikan tekanan kepada guru. profesion keguruan yang semakin mencabar dalam era globalisasi ini menuntut guru untuk mempersiapkan diri secara fizikal dan emosi untuk memastikan proses mendidik anak bangsa berjalan lancar di samping memenuhi tuntutan dan harapan ibu bapa.

guru perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam aspek memahami keperluan murid serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kewujudan keperluan yang berbeza dalam kalangan murid merupakan cabaran kepada guru yang menuntut usaha yang lebih daripada pihak guru untuk memahami serta memenuhi kepelbagaian murid serta keperluan mereka. bilangan murid yang ramai dalam sebuah bilik darjah turut memberikan cabaran dan tekanan kepada guru. Selain itu. tahap pencapaian dan kebolehan merupakan situasi yang sering dihadapi oleh guru. Hal ini menyebabkan guru terpaksa mengorbankan masa rehatnya untuk membuat persediaan rapi dengan merujuk kepada bahan pembelajaran mata pelajaran yang bukan opsyennya.terpaksa memikul tanggungjawab tambahan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya. Dalam hal ini. Di samping itu. Keadaan yang sesak ditambah pula dengan pelbagai karenah murid memberikan cabaran kepada guru untuk memastikan pengajarannya benar-benar berkesan dan berkualiti. Guru juga terbeban dengan masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan murid. sikap dan tingkah laku pelajar. Dalam hal ini. Justeru. sebagai jalan pintas untuk menangani cabaran tersebut.2 Cabaran Daripada Murid Pengurusan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah merupakan cabaran kepada guru. implikasi terhadap murid bermasalah dan murid lain akan menjadi lebih serius. guru akan memilih kaedah tradisional untuk melaksanakan tugasnya. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan berkesan. Pelbagai karenah yang dijelmakan oleh murid daripada pelbagai latar belakang. masalah murid yang tidak mempunyai minat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang perlu ditangani oleh guru. Masyarakat dapat membantu dari aspek penyediaan prasarana sekolah manakala ibu bapa dapat membantu dari aspek pemantauan 9 . sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat adalah amat diperlukan bagi menangani masalah yang timbul ekoran daripada kekurangan prasarana sekolah. 6.

Kolaborasi antara pihak sekolah. Dalam konteks ini. guru perlu memahami aspirasi masyarakat dan negara terhadap golongan guru. jasmani. Dasar Pendidikan Kebangsaan. 6. matlamat dan aspirasi ibu bapa terhadap anak mereka bagi membolehkan guru menjalankan tugas mereka dengan lancar dan penuh keyakinan. Ibu bapa juga cepat mempersalah dan mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka. Sehubungan itu.4 Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Negara Guru ialah golongan yang menjadi harapan negara dalam proses pembentukan modal insan demi kemajuan negara di masa hadapan.3 Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Ibu bapa Profesion keguruan sentiasa terdedah kepada kritikan masyarakat. Kehendak ibu bapa yang mahukan guru mendidik anak mereka dan membentuk sahsiah dan keperibadian serta kebolehan intelektual anak mereka merupakan tanggungjawab dan cabaran yang amat berat bagi guru. adalah amat penting bagi guru untuk mengetahui latar belakang murid dan keluarga. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Negara merupakan antara dokumen yang perlu difahami dan dihayati oleh guru dalam usaha untuk merealisasikan hasrat negara melalui proses pembinaan modal insan. rohani dan emosi yang menjadi tunjang pendidikan di bawah Falsafah 10 . Penghasilan modal insan yang seimbang dari aspek intelek. Tanggungjawab mendidik seringkali diserahkan sepenuhnya oleh ibu bapa kepada guru. masyarakat dan ibu bapa sudah tentu akan dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh guru dalam memberikan pendidikan yang berkualiti. Selain itu.aktiviti anak-anak mereka di rumah. 6. Peranan guru dalam merealisasikan misi dan visi negara tertakluk kepada bentuk warga yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara. perkongsian dan jaringan pintar serta hubungan yang baik antara ibu bapa dan sekolah perlu dimantapkan supaya proses pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan kurang memberikan tekanan kepada guru.

Pendidikan Kebangsaan menjadi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dengan penuh tanggungjawab. Hargreaves (2003) menyenaraikan tiga cabaran utama guru dlam era k-ekonomi iaitu: 1) menjadi pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan (knowledge society) untuk merealisasikan peluang yang dibawa bersamanya. guru perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan psikologi serta meningkatkan pengetahuan mereka bagi melaksanakan perubahan yang diharapkan. bidang pendidikan dan guru adalah diharapkan berfungsi sebagai penyelamat masyarakat. guru perlu menunjukkan kewibawaan dan keterampilan yang boleh diteladani oleh muridnya. Justeru. Selaku role model kepada murid. Sehubungan itu. Perubahan secara mendadak boleh memberi tekanan kepada guru. Ciri dan nilai positif yang perlu ada pada setiap guru meliputi ketrampilan diri. 6. Hal ini menyebabkan masa hadapan dan kemakmuran negara bergantung kepada kemahiran tenaga kerjanya (k-worker) yang meliputi aspek menterjemahkan idea yang kompleks. guru harus mempunyai ciri dan nilai yang boleh diteladani oleh murid. Cabaran yang dihadapi oleh guru melalui perubahan kurikulum yang bersifat dinamik selaras dengan keperluan semasa menuntut guru untuk melakukan penyesuaian agar segala objektif yang disasarkan melalui perubahan kurikulum akan dapat dicapai.5 Cabaran Untuk Memenuhi Tuntutan Perubahan Semasa Masa kini. Dalam hal ini. Penyesuaian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik menuntut guru melakukan penyesuaian supaya selari dengan norma yang diamalkan oleh masyarakat setempat. dan 3) menjadi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memenuhi jangkaan dari segi pendidikan dengan menggunakan kos yang minima. pengetahuan. mengambil peluang daripada perkembangan sains dan teknologi serta menyelesaikan masalah yang belum pernah 11 . Masyarakat yang berpengetahuan merujuk kepada sistem ekonomi yang dijana melalui aspek kreativiti dan keaslian. akhlak dan keperibadian yang tinggi serta pengamalan nilai murni di dalam dan di luar bilik darjah. 2) menjadi pengimbang kepada masyarakat dari ancaman yang dibawa oleh era k-ekonomi. cabaran utama guru adalah berkaitan dengan keperluan masyarakat dan negara dalam menghadapi era globalisasi dan k-ekonomi.

guru dan sekolah adlah diharapkan akan dapat melahirkan modal insan yang berfungsi untuk kesejahteraan diri dan menyumbang ke arah pembangunan negara. telah wujud usaha oleh pihak kerajaan untuk menangani isu ini dengan mempelbagaikan peluang kenaikan pangkat dan penyediaan struktur gaji yang lebih menarik serta penyediaan persekitaran kerja yang lebih kondusif demi kebajikan guru di samping untuk menarik lebih ramai individu menyertai profesion keguruan. Tekanan beban kerja. imbuhan kerja yang kurang menarik dan kekurangan peluang kenaikan pangkat menjadi faktor penolak kepada guru untuk terus kekal dalam profesion yang mulia ini. sekolah dan guru adalah diharapkan dapat memainkan peranan penting dengan sebaiknya dalam menyediakan murid dengan kualiti tersebut dan memperkembangkan pengajaran tentang kreativiti dan keaslian. Namun demikian. Faktor bebanan tugas yang boleh menimbulkan fenomena burn out dalam kalangan guru. faktor pendorong. 6. masyarakat dan negara. penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan yang agak hambar serta imbuhan pendapatan yang tidak setanding dengan golongan profesional lain boleh dikaitkan dengan tahap motivasi dalaman guru. Justeru. golongan k-worker ini diharapkan akan dapat memberikan nilai tambah kepada sebarang bentuk produk dan perkhidmatan yang dihasilkan. faktor penggerak yang terdiri daripada keperluan atau needs. Tambahan pula. tekanan atau pressure yang menggerakkan dan meneruskan usaha di tempat kerja.6 Cabaran Dalam Diri Guru Terhadap Profesion Keguruan Cabaran terbesar yang dihadapi oleh guru ialah untuk memotivasikan diri menjadi pendidik selaras dengan harapan ibu bapa.dihadapi. Hal ini dapat dikesani menerusi pelbagai tingkah laku yang ditunjukkan 12 . Sehubungan itu. Hal ini turut dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP) di bawah teras strategik Memartabatkan Profesion Keguruan.0 Teori Motivasi Dan Keperluan Motivasi kerja merupakan aspek penting dalam bidang pentadbiran dan boleh didefinisikan sebagai kuasa. 7.

Antara faktor motivator tersebut adalah seperti berikut: i. Set faktor motivator pula berfungsi sebagai penggerak atau pendorong kepada pekerja untuk meningkatkan usaha dan menghasilkan kerja yang lebih baik. Kombinasi atau gabungan kedua-dua set faktor motivator dan hygiene akan menentukan motivasi dan kepuasan seseorang pekerja. cermat dan produktif. ii. dan pengawasan kerja. ii. v. Manusia bertindak membuat sesuatu kerana didorong oleh sesuatu kehendak. iii. cabaran dan kesan terhadap minat seseorang. v. iii. iv. Motivasi ialah penggerak bagi individu untuk bertindak. Apabila faktor motivator tiada atau tidak dipenuhi. seseorang pekerja memerlukan faktor tertentu untuk memotivasikannya bekerja dengan lebih baik. dan 13 . dan peluang kenaikan pangkat. Set faktor asas yang dikenali sebagai hygiene yang perlu ada bagi membolehkan seseorang pekerja untuk berfungsi adalah seperti berikut: i. iii. syarat-syarat kerja. iv. maka pekerja akan berasa kurang puas dan tidak berasa seronok untuk bekerja.dalam persekitaran organisasi. pengiktirafan yang diberikan. Teori ini berpegang kepada beberapa andaian seperti berikut: i. ii. Tindakan yang dibuat adalah berasaskan motif tertentu. Apabila kepuasan persekitaran kerja dicapai. iv. polisi dan peraturan pentadbiran. pencapaian yang diperolehi. Herzberg (1987) telah mengemukakan Teori Motivator Hygiene yang turut dikenali sebagai teori dua faktor atau dual-factor theory. pertalian antara ketua dengan orang bawahan. Herzberg (1987) menyatakan terdapat dua set faktor dalam pengurusan sesebuah organisasi. rajin. tanggungjawab yang dipegang. Pekerja memerlukan keadaan persekitaran yang sesuai dan selesa bagi mendatangkan rasa kepuasan bekerja. pertalian antara ketua dengan pihak atasan.

keperluan untuk dikasihi dan dipunyai. Boleh dihargai oleh orang lain – diberi pangkat. Apabila individu memenuhi keperluan fisiologi. kehendak yang diasaskan oleh personaliti sendiri atau self-actualization merupakan tahap tertinggi dalam hirarki tersebut. ketiga. penghargaan dan penghayatan Perhubungan yang memuaskan dengan yang lain. dan kelima. Menganggotai kumpulan tertentu. seterusnya keperluan untuk disayangi. ia mempunyai keperluan di tahap keselamatan. keempat. Memberi dan menerima kasih sayang. sempadan dan kekukuhan. berbentuk keperluan keselamatan dan ketenteraman. Keperluan asas fisiologi seperti makan dan minum adalah tahap keperluan yang terendah manakala keperluan untuk memenuhi kehendak seumur hidup. keperluan untuk dihargai. kebebasan dari perasaan takut. keperluan untuk memperoleh kebebasan mengembangkan diri mengikut acuan dan dorongan sendiri. Memenuhi keperluan fisiologi seperti berikut: Rasa dahaga Rasa tidur Rasa lapar Bau yang selesa Keperluan seks Sentuhan Menurut Maslow (1954) lagi. Abraham Maslow (1954) telah cuba menerangkan tingkah laku manusia berasaskan keperluan individu yang berbentuk konsep hirarki seperti Jadual 1 berikut: Jadual 1 Hirarki Keperluan Manusia Keperluan dan Tahap Tahap 5: Pencapaian kendiri/Self actualization Keperluan di tahap tinggi Tahap 4: Keperluan untuk dihargai Tahap 3: Keperluan keanggitaan. Manusia didorong bertindak jika ia berpendapat tindakannya akan menghasilkan sesuatu yang diingini. terdapat lima tahap keperluan dalam diri manusia apabila bekerja. dihargai dan akhirnya 14 .v. Tahap kreativiti dan perasaan sendiri. kecekapan dan keyakinan. runsing dan kacau bilau. Pertama. peraturan undang-undang. keperluan berbentuk fisiologi. Keperluan terhadap struktur. kedua. dikasihi dan aktiviti sosial Tahap 2: Keperluan keselamatan dan ketenteraman Keperluan di tahap rendah Tahap 1: Berbentuk fisiologi Petunjuk jenis fisiologi dan psikologi Pencapaian perkembangan individu yang tertinggi. Perlindungan dari bahaya dan ancaman. Harga diri – bukti pencapaian.

Jika keperluan di tahap yang rendah itu tidak dipenuhi dan ditinggalkan. ia akan timbul semula dan mengawal tingkah laku individu. Gabungan faktor hygiene dan motivator mengikut teori dua faktor Herzberg dan tahap keperluan yang dipenuhi mengikut teori keperluan Maslow akan mendorong guru untuk memajukan dirinya dalam profesion serta dapat menghasilkan murid yang cemerlang. penghargaan yang diterima mengikut teori dua faktor Herzberg) Rajah 1 Model Analisis Input – Output 8. keperluan di tiga tahap pertama memang selalu dicapai dan tidak dianggap sebagai penggerak (motivator) manakala keperluan di tahap keempat dan kelima adalah jarang-jarang dipenuhi. Mengikut Maslow lagi. kedua-dua teori yang dinyatakan mempunyai hubungkait dalam menentukan tahap kualiti guru. Guru yang bermotivasi akan dapat melaksanakan tugas dengan lancar dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri dan pengetahuannya untuk menjadi guru yang berkualiti. bagi kebanyakan manusia.0 Memartabatkan Profesion Keguruan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP) 15 . berakhlak mulia tahap teori keperluan berkualiti dan berkesan dan berkemahiran selaras Maslow dan persekitaran. Dalam konteks profesion keguruan. Model analisis input-output mengenai tahap motivasi guru dan pencapaian murid boleh digambarkan seperti Rajah 1 berikut: Input Proses Output Guru yang bermotivasi Pelaksaanaan pengajaran Pencapaian murid yang (hasil daripada pemenuhan dan pembelajaran yang cemerlang. pengiktirafan dan penghargaan yang diterima akan mendatangkan kepuasan kepada guru. dengan Falsafah Pendidikan hubungan serta Kebangsaan. persekitaran kerja yang selesa dan kondusif. Motivasi yang lahir daripada hubungan yang baik dengan pentadbir dan rakan sejawat.keperluan untuk mencapai self-actualization. Usaha untuk memenuhi keperluan di tahap yang lebih tinggi adalah agak sukar untuk dicapai sekiranya keperluan di tahap yang rendah tidak dipenuhi sepenuhnya.

kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM turut berhasrat untuk memastikan guru yang berkualiti akan kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Selain daripada meneruskan usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti. iii. KPM telah menggubal dasar untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru. v. ii. telah menggariskan teras strategik khas berkaitan dengan profesion keguruan iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan. fokus untuk memartabatkan profesion keguruan adalah: i. 16 . Bagi mencapai matlamat dan dasar tersebut. Menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru. Kementerian Pelajaran melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP). dan d) memperluas dan meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). memantapkan kerjaya guru. menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru.Dalam usaha untuk memotivasikan guru serta meletakkan profesion keguruan setanding dengan golongan profesional lain. b) mereka bentuk serta menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. Di bawah teras ini. c) meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan. Bagi merealisasikan hasrat tersebut. iv. menambah baik sistem pemilihan calon guru. Memantapkan latihan perguruan dengan: a) menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. ii. memantapkan latihan perguruan. dan memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. KPM telah menggariskan beberapa strategi berdasarkan fokus yang ditetapkan seperti berikut: i.

di iv. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif serta menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.iii. Memantapkan kerjaya guru dengan menambah baik perjawatan guru dan menambah perjawatan dan peluasan kenaikan pangkat untuk PPPS KPM/JPN/PPD/G. Namun demikian. guru di bawah skim PPPLD akan ditugaskan untuk mengajar di sekolah rendah manakala guru di bawah skim PPPS akan ditugaskan di sekolah menengah. di bawah inisiatif dan dasar pensiswazahan guru 17 . 9.0 Skim Perkhidmatan Profesion Keguruan Terdapat dua kategori skim perkhidmatan profesion keguruan iaitu skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dan skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). v. Gred perkhidmatan di bawah skim PPPBS dan PPPS adalah seperti dalam rajah 2 berikut: PPP Lepasan Diploma DGA29 DGA32 DGA34 DGA38 PPP Siswazah DG41 DG44 DG48 DG52 DG54 JUSA C Rajah 2 Gred Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Menurut amalan sebelum ini. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia dengan penyediaan mekanisme bekalan guru.

621 buah sekolah rendah manakala terdapat seramai 140.dan selaras dengan hasrat KPM untuk menempatkan 50% guru siswazah di sekolah rendah dan 100% guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2010. Begitu juga dengan guru yang berada pada gred DG41 dan telah berkhidmat selama 10 tahun akan menerima kenaikan pangkat secara timebased pada gred DG44. dan bukan hanya berdasarkan kekananan semata-mata.894 orang guru yang berkhidmat di 7. Sehingga 31 Januari 2007.055 buah sekolah menengah. guru akan diberi kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka. Amalan yang diguna pakai tentang peluang kenaikan pangkat adalah berdasarkan kekananan atau seniority dalam perkhidmatan.988 orang guru yang berkhidmat di 2. amalan tersebut telah diubah bagi meningkatkan lagi kualiti guru dan kualiti pendidikan yang diberikan kepada murid. Sehubungan itu beberapa insentif dan perjawatan baru telah diperkenalkan bagi memperluas peluang guru untuk menikmati kenaikan pangkat berdasarkan prestasi dan merit.1 Kenaikan pangkat secara time-based Khas Untuk Penyandang (KUP) Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa pada tahun 2002.0 Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion Keguruan Kementerian Pelajaran menyedari akan keluhan dan rintihan yang disuarakan oleh golongan guru mengenai peluang kenaikan pangkat yang amat terhad dalam profesion keguruan. Antara insentif dan peluang kenaikan pangkat adalah seperti berikut: 9. terdapat seramai 198. Seorang guru yang berada pada gred DGA29 akan menikmati kenaikan pangkat ke gred DGA32 setelah berkhidmat bagi tempoh 10 tahun. 18 . 9.

Guru Besar dan Pegawai Pendidikan merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam profesion keguruan. Penolong Pengetua. Sehingga bulan Jun 2007. Secara tidak langsung. 9. dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. 200 jawatan untuk gred DG54 dan 400 jawatan untuk gred DG52. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.3 Memperluas Konsep Guru Cemerlang Gred Khas C di Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi Serta Menambah Kuota Guru Cemerlang DGA32 dan DGA34 “Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan.9. Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah meluluskan lapisan gred baru DGA38 bagi jawatan Guru Besar Cemerlang. Kenaikan pangkat dalam profesion keguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah. kemahiran. Dalam tempoh lima tahun disasarkan sebanyak 1700 jawatan DGA38 akan diisi.” (Petikan daripada Buku Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang) Jawatan Pengetua. kuota yang diluluskan bagi jawatan Pengetua Cemerlang ialah sebanyak 10 jawatan diperuntukkan untuk gred JUSA C. profesion keguruan akan kehilangan guru pakar yang berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka 19 .2 Memperluas Konsep Pengetua Kanan Gred DG52 (KUP) dan Pengetua Cemerlang Gred DG54(KUP) serta Pengetua Cemerlang Gred Jusa C Jawatan Pengetua Kanan Gred DG52(KUP) dan Pengetua Cemerlang DG54(KUP) serta Pengetua Cemerlang Gred Jusa C diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada pengetua sekolah yang menunjukkan prestasi yang tinggi dalam aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Pemilihan dilakukan oleh Panel Penilai di peringkat KPM berdasarkan pencalonan dan perakuan yang dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track) Khas Untuk Penyandang (KUP). Menetapkan sekurang-kurang seorang Guru Cemerlang bagi setiap sekolah menengah pada gred DG44. vii. v. Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelan tindakan KPM di bawah fokus memantapkan kerjaya guru turut mengandungi perancangan berikut: i. Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang. Menjadikan Guru Cemerlang sebagai role model kepada guru lain. peruntukan kuota bagi guru cemerlang ialah sebanyak 24 jawatan untuk gred Khas C. vi. Menyedari hakikat tersebut. 100 jawatan untuk gred DG54. iii. Mewujudkan gred kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia/Jabatan Pelajaran Negeri. Mewujudkan pelan pembangunan staf. bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang adalah seperti berikut: i.dinaikkan pangkat. 250 jawatan untuk gred DG52. Manakala bagi Guru Lepasan Diploma pula 800 jawatan untuk gred DGA34 dan 3200 jawatan untuk gred DGA32. guru cemerlang dan staf sokongan. iii. Meningkatkan motivasi guru. dan viii. Sehingga bulan Jun 2007. ii. Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran. Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing. 1000 jawatan untuk gred DG48 dan 4000 jawatan untuk gred DG44. ii. kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik. Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran. 20 . iv.

pemantapan kebajikan dan kerjaya harus terus diberi penekanan oleh pihak kerajaan. bukan hanya menggunakan kekananan sebagai asas utama. keterampilan. Perancangan yang komprehensif yang digariskan oleh KPM dalam usaha memartabatkan profesion keguruan melalui pewujudan jawatan. Mewujudkan gred baru Guru Besar Cemerlang DG41. vii. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi. dan xi.7 menjelang tahun 2010. peluang kenaikan pangkat serta insentif lain merupakan satu inisiatif mulia yang mengambilkira keperluan profesion serta pembelaan hak dan nasib guru yang sudah sekian lama dipinggirkan jika dibandingkan dengan golongan profesional lain. Menyediakan kaedah kenaikan pangkat untuk mempercepatkan KUP pegawai di KPM/JPN memegang jawatan hakiki (dalam tempoh 2 tahun). ix. Skim perkhidmatan keguruan perlu terus diperbaiki bermula daripada aspek pengambilan. v. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Menyediakan laluan fast track untuk guru berasaskan merit dan prestasi. kewibawaan. Mewujudkan dasar yang lebih jelas bagi program pensiswazahan. vi. Pendekatan yang 21 . Hanya mereka yang mempunyai kualiti. Menyediakan unjuran jangka panjang bagi program sarjana dan PhD. iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. minat.iv. kelayakan. viii. Menambah baik norma perjawatan guru iaitu norma baru 1:1. Mengkaji cuti rehat dan waktu bekerja guru. latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan profesional yang lain. Adalah diyakini. 10. x. golongan guru akan beroleh kepuasan bekerja dan bermotivasi tinggi apabila segala perancangan ini dapat direalisasikan melalui PIPP. Menetapkan pemberian elaun kepada guru tugas-tugas khas.0 Penutup Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan.

mewujudkan laluan kerjaya profesion keguruan yang lebih menarik akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan. menarik minat individu lain untuk menyertai profesion ini serta akan dapat melahir dan mengekalkan guru-guru berkualiti dan sekali gus memartabatkan profesion keguruan yang mulia ini. RUJUKAN 22 .

Educational Administration: Theory. Norzaini Azman & Mohammed Sani Ibrahim. Pendidikan Di Malaysia. 23 . Teori Pentadbiran Pendidikan:Satu Pengenalan. G. Profesyen Keguruan Di Malaysia: Sejauh Manakah Martabatnya Kini? dalam Bestari Koleksi Guru Johor. K.(ed. 2003. 2007. Kuala Lumpur: Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia.W. Robiah Sidin. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010. 2006. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. Hoy.C. Profesion Perguruan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Research & Practice. & Miskel. 4) New York: McGraw Hill Inc. hlm 40 – 48. Yazid Abdul Manap. 1991.Bakhtiar Mansor. JPN Johor. 1993. Shuib Dirwan & Johari Seman. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. “Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama” dalam Bestari Koleksi Guru Johor. 2001. hlm 15 – 33. 2005. “Perguruan: Satu Perspektif Perkembangan Kerjaya” dalam Jurnal Pengurusan Pendidikan. Risalah Maklumat Asas Pendidikan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. JPN Johor.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->