You are on page 1of 8

KESANTUNAN BERBAHASA,VERBAL DAN NON VERBAL

Kesantunan, kesopansantunan, atau etiket adalah tatacara, adat, atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa atau verbal semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek non-verbal seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara. Oleh itu, Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Namun demikian, dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar. Kesantunan berbahasa daripada segi verbal adalah suatu kegiatan percakapan atau penyampaian informasi yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain,. Antara contoh komunikasi verbal adalah berbicara dengan seseorang atau kelompok orang, mendengar radio, membaca buku, majalah dan novel, Berpidato dan lain-lain. Selain itu juga, komunikasi verbal melalui lisan dapat dilakukan dengan menggunakan media, contoh seseorang yang bercakap-cakap melalui telepon. Proses penyampaian informasi dilakukan dengan menggunakan radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan. Semua proses penyampaian maklumat di atas menuntut percakapan dan pertuturan yang menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa maklumat. Oleh yang demikian, bahasa yang digunakan memainkan peranan penting dalam kesantunan berbahasa dari segi verbal kerana ia melambangkan siapa diri kita yang sebenar. Selain itu, kesantunan berbahasa dari segi non verbal adalah proses komunikasi atau penyampaian maklumat dimana ia disampaikan tidak menggunakan kata-kata. Bentuk komunikasi ini adalah menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan kontak mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, kualitas

suara, gaya emosi, dan gaya berbicara. Namun, dalam menyampaikan informasi melalui non-verbal, kita haruslah memperhatikan lawan bicara atau penerima informasi, baik dari segi usia, pengetahuan, situasi dan kondisi waktu penyampaiannya supaya pesanan atau informasi yang kita sampaikan mendapat balasan yang positif dan mudah difahami. Justeru, penggunaan gaya bahasa tubuh yang betul perlu ada dalam konsep kesantunan non-verbal kerana kesalahan dalam menggunakannya boleh membawa maksud yang lain dan menyebabkan salah faham. Kesimpulannya, tidak kira sama ada melalui verbal atau non verbal, konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini. Konsep ini perlu dipupuk dan disemaikan terhadap dari semasa ke semasa. Prosesnya sangat panjang dan tidak ada jalan yang pintas. Oleh itu, sebagai ibu bapa, guru dan masyarakat perlu memperkukuh iltizam setiap masa untuk menyemai dan memupuk kesantunan berbahasa dalam diri masing-masing. Hal yang sama perlu di ketengahkan kepada golongan remaja kerana mereka merupakan golongan yang mudah terikut dengan peredaran semasa dan rakan sebaya.

REFLEKSI Setelah berjaya menyiapkan kerja kursus Bahasa Melayu Komunikatif 1 ini, saya telah menimba pelbagai pengalaman, kemahiran, dan pengetahuan baru yang lebih mendalam mengenai tajuk yang difokuskan dalam kerja kursus ini, iaitu kesantunan berbahasa, penggunaan gaya bahasa dan sistem sapaan di dalam subjek ini. Selain itu, saya juga dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Hal yang demikian amat penting dalam menyiapkan sesuatu kerja. Saya dan rakan-rakan saling bertukar pendapat dan pandangan tentang tajuk yang dipilih. Kami sering ke perpustakaan untuk mencari maklumat tambahan selain mancari maklumat melalui internet. Disamping itu, melalui kerja kursus ini saya dapat menyedari tentang fenomena kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar mutakhir ini. Dalam zaman moden ini, banyak pengaruh luar yang menyebabkan kebanyakkan pelajar tidak menitikberat akan kesantunan bahasa. Mereka menggunakan bahasa dengan sesuka hati tanpa menghiraukan adab dan tatasusila yang diterapkan kepada mereka semenjak dari kecil. Sebagai contoh, masalah ini dapat dilihat daripada perbualan seharian mereka terutama bersama rakan sebaya. Mereka sering menggunakan bahasa rojak dan menggunakan bahasa singkatan dalam penghataran sistem pesanan ringkas (SMS). Apabila gejala ini dijadikan sebagai amalan seharian mereka, keadaan ini akan menjejaskan keputusan peperiksaan bagi seseorang pelajar, sekolah mahupun negeri. Hal ini demikian kerana, mereka tiada kemahiran dalam menulis karangan dengan menggunakan bahasa yang betul. Mereka telah biasa menggunakan bahasa rojak dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan itu, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menulis tanpa menggunakan bahasa rojak. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa bukan sahaja kesantunan bahasa yang telah tercemar malah perbelajaran di peringkat sekolah turut terjejas disebabkan oleh bahasa rojak dan bahasa singkatan.

Selain itu, saya juga dapat menanam keyakinan dalam diri terhadap penguasaan tatabahasa, penerangan dan gaya sewaktu mengarang dan mengulas kerja kursus ini. Bahkan, saya juga dapat melatih minda untuk berfikir semasa mengarang esei. Penulisan esei ini dapat melatih minda berfungsi dengan baik kerana kita perlu berfikir tentang idea dan cara penyusunan isi dengan betul supaya ia dapat menarik minat pemeriksa dan orang lain untuk membaca. Oleh itu, kerja kursus ini banyak membantu saya meningkatkan kemahiran berfikir dan mengarang dan kemahiran tersebut sangat penting bagi seorang pelajar seperti saya. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya sedar akan kepentingan kesantunan berbahasa terutama dalam kemahiran bertutur dan mendengar semasa berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain dalam kehidupan. Setiap penyakit mesti ada penawarnya, begitu juga dengan kesantunan berbahasa yang semakin tercemar ini. Gejala ini dapat ditangani dengan menyarankan kesedaran terhadap penggunaan bahasa yang betul di semua peringkat rasmi dalam masyarakat. Selaku bakal guru, saya seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada para pelajar. Sebagai contoh, saya harus mengawal diri dalam menggunakan bahasa supaya mereka sentiasa menggunakan bahasa yang betul, baik semasa menggunakan bahasa Melayu. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa yang betul oleh guru adalah penting dalam mengatasi masalah ini. Hal yang demikian dapat menonjolkan adab kita sebagai seorang yang berbudi bahasa, menghormati orang lain dan sebagainya. Kesimpulannya, kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda sudah semakin pudar dibawa arus kemodenan pada masa ini. Hal ini yang harus dirunsingkan oleh semua pihak kerana generasi muda merupakan tunjang negara yang akan menaikkan martabat bahasa Melayu ke peringkat global. Tidak salah jika kita ingin menggunakan bahasa asing dalam pertuturan seharian, tetapi biar bertempat dan tidak dicampuradukkan. Sebagai contoh, jika ingin bercakap bahasa Inggeris, cakaplah bahasa Inggeris sepenuhnya dan jika ingin bertutur dalam bahasa Melayu, bercakaplah dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Fenomena ini dapat diatasi dengan mudah jika kita tahu cara yang betul untuk mengatasinya.

JELASKAN FENOMENA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN GENERASI MUDA DAN NYATAKAN FAKTOR- FAKTORNYA

Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar tentang fenomena kesantunan berbahasa khususnya dalam kalangan generasi muda. Antara contoh fenomena kesantunan berbahasa yang semakin menular adalah bahasa rojak dan bahasa singkatan. Definisi amalan pengunaan bahasa rojak adalah tabiat suka mencampuradukkan perkataan bahasa Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu. Manakala, definisi amalan penggunaan bahasa singkatan adalah tabiat suka meringkaskan dan memendekkan ejaan sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu. Gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat sehingga mencemari martabat bahasa Melayu. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda. Ibubapa merupakan faktor utama yang menyumbang kepada fenomena kesantunan bahasa dalam generasi muda. Semasa proses pembesaran remaja, cara didikan keluarga yang tidak mementingkan penggunaan bahasa yang baik boleh menyumbang kepada fenomena ini. Ibu bapa yang tidak berlemah lembut dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai apabila bercakap dengan anak-anak mereka boleh mendidik anak-anak mereka menjadi begitu. Sebagai contoh, ibu bapa yang bergaduh di hadapan anak-anak juga cenderung untuk menggunakan bahasa dan nada yang kurang baik dan ini meninggalkan kesan yang tidak baik kepada anak-anak. Disamping itu, ibu bapa juga boleh mengeluarkan perkataan yang tidak elok sewaktu sedang melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran. Natijahnya, ibu bapa seharusnya menjaga pertuturan mereka terutamanya di hadapan anak-anak. Hal ini kerana mereka merupakan idola dan contoh kepada anak-anak mereka. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga turut menyumbang kepada fenomena ini. Sesetengah remaja cenderung menggunakan bahasa singkatan dalam pergaulan seharian terutama sewaktu SMS. Hal ini amat jelas terutamanya apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Namun, terdapat juga sesetengah remaja yang

gemar menggunakan bahasa kesat dalam percakapan. Sebagai contoh, perkataan seperti sial sering diungkapkan oleh sesetengah remaja kita bagi mengungkapkan rasa tidak puas hati atau memberi kritikan terhadap sesuatu. Namun sebenarnya perkataan sedemikian dan banyak lagi perkataan lain yang berbaur kesat serta mencarut adalah tidak manis didengar walaupun diungkapkan antara sesama rakan sebaya. Setiap perkataan yang keluar dari mulut dapat melambangkan jati diri dan sikap seseorang. Oleh itu, seseorang yang mempunyai kesantunan berbahasa yang tinggi tidak akan menggunakan bahasa yang tidak elok. Peranan media massa juga penting bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan digunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh media massa terutamanya bagi golongan remaja. Program television, filem dan drama yang menggunakan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan dipelajari oleh remaja. Keadaan ini disebabkan mereka mempunyai naluri untuk mencuba sesuatu yang amat tinggi. Seharusnya, program-program television yang mengandungi penggunaan bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar. Sebagai contoh, program seperti Gengstarz, One In A Million yang menggunakan bahasa rojak harus ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Oleh yang demikian, gejala ini dapat diatasi melalui peranan yang dimainkan oleh pihak media massa itu sendiri. Namun yang demikian, diri remaja itu sendiri turut memainkan peranan penting dalam fenomena dalam kesantunan berbahasa. Hal yang demikian kerana mereka mempunyai pilihan untuk memilih cara pergaulan mereka sendiri. Sebenarnya, apa yang kita tidak sedar adalah ia merupakan kehendak seseorang itu sendiri sama ada ingin dirinya dipengaruhi, ataupun tidak. Bagi faktor rakan sebaya, betapa mudahnya seseorang remaja mempengaruhi remaja yang lain kerana mereka sendiri tidak pasti akan identiti mereka. Maka, mereka lebih mudah menerima dan mengulang kembali apa yang dilakukan oleh kebanyakan rakan mereka. Kebanyakan sebab yang diberi oleh remaja apabila disoal tentang fenomena ini adalah ingin mengikut arus semasa atau trend supaya tidak dikatakan kuno. Oleh itu, remaja itu sendiri harus mengubah pendirian mereka dan berfikir secara matang dalam melakukan sesuatu tindakan agar tidak menusahkan diri sendiri dan orang lain.

Oleh

yang

demikian,

kesantunan

berbahasa

sangat

penting

dalam

memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa yang melambangkan identiti dan kewibawaan bahasa kita. Semua pihak harus mengambil berat terhadap pengaruh luar yang boleh merosakkan bahasa Melayu. Selain itu, kita juga harus saling bekerjasama bak kata berat sama dipikut, ringan sama dijinjing untuk menangani gejala ini. Justeru itu, diharapkan selepas usaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dijalankan, martabat bahasa Melayu dapat dinaikkan sampai ke peringkat antarabangsa.

RUJUKAN Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-esei Lain. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Dr. Abdul Sukor Shaari, Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Rahman Shaari. (1993). Memahami Gaya Bahasa. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like