CIRI-CIRI TAMADUN SUMERIA Latar Belakang Tamadun Sumeria merupakan salah satu tamadun terawal di dunia.

Tamadun ini juga dikenali sebagai Tamadun Mesopotamia. Tamadun ini terletak di Teluk Parsi. Ia dipercayai bermula kira-kira tahun 6,000 SM. Perkataan Mesopotamia bererti tanah di antara dua sungai, di mana tamadun ini berkembang di antara Lembah Sungai Tigris dan Lembah Sungai Eupharates. Pada tahun kira-kira 4,500 SM, orang-orang Sumer menetap di Dataran Shinar. Mereka melakukan kegiatan pertanian. Pada tahun 3,000 SM pula, perkampungan Sumer di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates berkembang menjadi beberapa buah negara kota yang makmur. Ciri-ciri Pemebntukan Bandar Kira-kira pada tahun 4,500 SM, orang-orang Sumer menetap di Dataran Shinar. Tanah di dataran ini amat sesuai untuk kegiatan pertanian. Dengan adanya kegiatan pertanian, satu perkampungan Sumer di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates mula wujud. Beberapa buah negara kota yang makmur dibina, antaranya Ur, Urech dan Kish. Setiap negara kota mempunyai sebuah bandaraya dan tanah yang luas di sekelilingnya. Setiap negara kota diperintah oleh seseorang pemerintahnya sendiri atau seorang paderi yang dikenali sebagai patesi. Katanya terletak di tebing terusan dan sungai berhadapan dengan hutan yang mempunyai banyak hasil hutan. Setiap negara kota ini juga mempunyai peraturan dan undang-undangnya yang tersendiri. Pemerintahnya juga membina dan memelihara terusan dan benteng untuk menjaga ladang-ladang di sekelilingnya. Pemerintah ini juga membina tembok pertahanan untuk mencegah pencerobohan musuh luar dan untuk memberi perlindungan kepada penduduknya. Pembentukan Kerajaan Peperangan sering berlaku di antara negara kota menyebabkan sentiasa berlakunya penukaran pemerintah, kemusnahan negara kota dan keruntuhan Tamadun Sumeria. Kira-kira pada tahun 2,750 SM, Raja Sargon dan Akadia menguasai tamadun ini. Baginda meluaskan wilayahnya sehingga Elam di Timur dan Laut Mediterranean. Kira-kira tahun 2,200 SM, sekumpulan orang Amorotes menyerang Mesopotamia dan menawan Babylon. Babylon ini kemudian berkembang menjadi sebuah negara kota yang indah, kuat dan termasyhur di bawah pemerintahan Hammurabi. Selepas kemangkatan Hammurabi, kerajaan ini diserang oleh Kerajaan Assyria. Nebuchadnezzar dari puak Chaldea menjadi raja Babylon (625 SM) dan Babylon dibina semula menjadi sebuah negara kota yang kuat dan pusat empayar yang baru. Selepas itu, orang Parsi (Raja Cyprus) menyerang dan menawan negara-negara kota Mesopotamia. Organisasi Sosial Golongan pendeta dan raja mempunyai kedudukan yang tertinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai Amelu. Golongan saudagar dan peniaga atau dikenali sebagai Mushkinu pula mewakili kelas pertengahan. Seterusnya, golongan petani dan artisan pula menduduki lapisan yang ketiga di mana amalan pengkhususan kerja paling jelas dilihat. Golongan yang dibawah sekali ialah golongan hamba. Golongan ini terdiri daripada tawanan perang serta orang tempatan yang dijual sebagai hamba. Mereka

boleh menjadi bebas jika mereka patuh dan setia kepada tuannya tetapi mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam pentadbiran. Kadang-kala, hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka juga lebih berat iaitu dua kali ganda daripada hukuman biasa atas bangsawan. Perkembangan Teknologi Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Sistem pengairan yang maju dibina untuk mengelakkan banjir dan kemarau. Pokok-pokok pula ditanam sebagai penghalang angin. Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan, kincir dalam sistem pengairan dan membuat tembikar dengan peroda. Dalam bidang pertanian, penciptaan bajak dan alat menabur mempercepatkan kerja pertanian. Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Seperti orang Mesir, mereka tahu mengira keluasan sesuatu kawasan dan isipadu. Pengkhususan Kerja Kewujudan organisasi sosial mendorong kepada kewujudan pengkhususan kerja. Raja berperanan sebagai ketua kerajaan. Baginda berkuasa mutlak dalam pengurusan segala hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga merupakan ketua tentera dan sebagainya. Golongan pendeta pula bertugas menguruskan hal-ehwal agama. Beliau secara tidak langsung terlibat dalam penciptaan kalendar. Golongan petani bertugas melakukan aktiviti bercucuk tanam, penternakan binatang dan sebagainya. Golongan artisan pula bertugas membuat roda, tembikar, mengukir dan sebagainya. Yang akhir sekali, iaitu hamba abdi bertugas untuk melakukan kerja-kerja berat tanpa menerima gaji. Kepercayaan Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan. Mereka menyembah Tuhan yang turun ke bumi dari langit untuk melindungi negara kota mereka. Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhut ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini. Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin). Orang Sumeria menganggap dewa-dewi menentukan kejadian bencana alam dan melapetaka. Apabila berlaku bencana ini, berertilah dewa-dewi telah menjatuhkan hukuman ke atas rakyat. Walau bagaimanapun, orang Sumeria tidak percaya kepada konsep kehidupan selepas mati. Bahasa dan Tulisan Orang Sumeria mula-mula menggunakan tulisan yang berbentuk gambar untuk merekodkan urusan perdagangan dan pentadbiran. Kemudian, tulisan ini dipermudahkan ke dalam bentuk simbol. Simbol-simbol ini ditulis si atas tanah liat.

Orang Sumeria kemudian membentuk sistem penulisan berbentuk pepaku. Bentuk tulisan pepaku ini dipanggil cuneiform atau tulisan berbaji. Dengan menggunakan tulisan cuneiform, orang Sumeria telah membuat rekod-rekod di atas tanah liat yang menjadi sumber sejarah Tamadun Sumeria.

CIRI-CIRI TAMADUN MESIR Latar Belakang Mengikut Herodotus, negeri Mesir ialah anugerah dari Sungai Nil. Sungai ini mengalir di kawasan tandus yang berbatu-bata membawa bersama-samanya lumpurlumpur yang mendak di tebingnya. Kejadian banjir telah menyuburkan kedua-dua tebing sungai. Selain itu, Sungai Nil telah membekalkan air untuk tanaman yang ditanam dan bekalan makanan laut serta menjadi alat pengangkutan bagi penduduk. Adalah dipercayai orang Mesir datang ke kawasan Sungai Nil dari Timur melalui Aden pada kira-kira 5000 SM. Apabila mereka mendapati delta Sungai Nil ini sangat subur, mereka mula membentuk perkampungan di sini. Adalah dipercayai juga, kewujudan kerajaan di Lembah Nil ini bermula sebelum tahun 3100 SM. Ciri-ciri Pembentukan Bandar Dipercayai orang Mesir datang ke kawasan Sungai Nil pada kira-kira 5000 SM. Orang ini bergerak merata-rata di kawasan ini pada permulaan. Apabila mereka sedar betapa suburnya delta di sebelah Utara Sungai Nil, mereka pun menetap di sini. Di sini, mereka menjalankan aktiviti pertanian. Suatu perkampungan kecil dibentuk. Perkampungan ini kemudian mengalami urbanisasi dan membentuk negara kota yang mempunyai ramai penduduk, merupakan pusat perdagangan dan sebagainya. Memphis dan Thebes merupakan contoh negara kota yang terkenal di Tamadun Mesir ini. Pembentukan Kerajaan Di sepanjang zaman lampau ini, perkelahian sering berlaku di antara penduduk yang tinggal di sepanjang Lembah Sungai Nil. Setelah mereka menjadi lebih mahir membuat senjata, mereka ini dapat mengatasi jiran-jiran mereka. Apabila satu-satu puak berjaya mengatasi puak lain, puak-puak yang dikalahkan itu akan dipaksa mengiktiraf totem (simbol) puak pemenang itu sebagai tuhan yang maha berkuasa. Lebih kurang dalam 4300 SM, dua puak telah menghapus puak-puak yang lain dan masing-masing membentuk kerajaan di sebelah Utara dan Selatan Lembah Nil. Lamakelamaan, Kerajaan Hulu dan Hilir bercantum menjadi satu dan diperintah oleh seorang raja. Organisasi Sosial Kedudukan sosial seseorang individu dalam organisasi sosial Tamadun Mesir tidak berubah beribu-ribu tahun lamanya. Firaun atau Pharoah dianggap sebagai anak tuhan matahari Amon-Re. Baginda mempunyai kedudukan yang tertinggi. Selepas Firaun, golongan pemerintah yang terdiri daripada pendeta dan bangsawan menduduki tempat kedua. Mereka berkuasa sebagai pentadbir di negara kota. Seterusnya, peniaga, artisan dan tabib menduduki tempat yang ketiga. Mereka merupakan kelas pertengahan yang mempunyai bilangan yang amat terhad. Selepas kelas pertengahan ialah golongan

petani yang hidup secara sederhana. Hamba berada di tempat yang paling bawah yang terdiri daripada orang tawanan perang. Mereka hidup dengan amat menderita. Golongan wanita juga mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat Mesir sekiranya dia melahirkan banyak orang anak. Perkembangan Teknologi Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim (kalendar) dan matematik. Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain. Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai. Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid. Dalam bidang kejuruteraan, kebolehan mereka dapat dilihat melalui pembinaan piramid. Alat-alat mudah seperti pahat, tembaga, baji dan tukul batu digunakan. Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai pembedahan. Pengkhususan Kerja Kewujudan organisasi sosial telah mewujudkan pengkhususan kerja bagi setiap lapisan masyarakat. Firaun bertugas memerintah negara Mesir dan berkuasa mutlak serta mempunyai kuasa penuh ke atas tanah air di Mesir. Baginda memerintah dengan dasar kuku besi. Dasar kuku besi bermaksud rakyat dipaksa patuh kepada Firaun dan rakyat dipaksa membayar cukai. Golongan pendeta bertanggungjawab menjalankan upacara untuk mententeramkan tuhan mereka. Golongan bangsawan pula menjadi gabenor daerah, pegawai istana atau pemungut cukai. Kelas pertengahan pula menjadi peniaga, tabib ataupun artisan. Golongan petani bertugas untuk menanam tanaman seperti gandum dan barli. Mereka dikehendaki menyerahkan 2/3 daripada hasil tanaman kepada kerajaan sebagai cukai. Hamba pula bekerja sebagai petani atau bekerja di kuil atau di projek pengairan. Kepercayaan Agama dan kepercayaan memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Mesir. Masyarakat di Mesir percaya bahawa alam semesta dikuasai oleh tuhan atau dewadewi yang menentukan hidup atau mati segala-gala benda dalam alam semesta. Mereka memuja semangat tanaman dan binatang seperti kucing untuk mendapatkan kebahagiaan kepada mereka. Tuhan yang disembah oleh orang Mesir termasuk AmonRe (matahari), Osiris (Sungai Nil), Isis (Bulan), Nut (langit), dan Shu (udara). Orang Mesir juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Mereka percaya orang yang mati akan hidup dengan penuh kebahagiaan di akhirat, maka roh mesti dibekalkan dengan segala keperluan dan barang kemas. Mereka memumiakan mayat dan mayat itu disemadikan bersama-sama dengan segala keperluan dan barang kemas. Dalam proses memumiakan mayat, mayat disumbat dengan garam dan kemudiannya dibalut dengan kain. Golongan pemerintah pula membina piramid untuk menyimpan mumia dan dijadikan sebagai tempat roh bersemadi. Piramid juga digunakan untuk menyimpan

harta Firaun yang mati. Piramid yang terkenal ialah Piramid Agung yang dibina di Giza untuk Firaun Khufu. bahasa dan Tulisan Pada tamadun awal Mesir, tulisan digunakan untuk menyimpan rekod tentang upacara keagamaan dan harta yang ada di kuil-kuil. Bentuk tulisan yang dicipta oleh para pendeta ini dikenali sebagai hieroglif. Tulisan hieroglif berbentuk gambar dan diukir pada batu atau kayu. Setelah membuat kertas daripada pokok papyrus, orang Mesir menulis dengan menggunakan dakwat dan berus.

CIRI-CIRI TAMADUN HWANG-HO Latar Belakang Tamadun awal China telah wujud di Lembah Sungai Hwang-Ho atau Lembah Sungai Kuning pada tahun kira-kira 5000 SM. Lembah Sungai Hwang-Ho ini mempunyai tanah loes yang subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Bukti yang menunjukkan kewujudan Tamadun Hwang-Ho ini ialah perjumpaan manusia homo sapien Cina di Sze-Chuan dan Yang-Tze. Selain itu, manusia Peking juga ditemui dan dipercayai bahawa manusia ini hidup hampir 500,000 tahun dahulu. Kerajaan Shang wujud pada zaman ini tetapi asal-usulnya kabur. Namun begitu, Kerajaan Shang ini dipercayai bermula antara tahun 1700-1600 SM dan berakhir pada tahun 1122-1100 SM. Ciri-ciri Pembentukan Bandar Penduduk Cina mendapati Lembah Sungai Hwang-Ho sesuai untuk pertanian. Mereka mendirikan perkampungan tetap di sana. Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan mengalami urbanisasi dan seterusnya menjadi bandar. Bandar ini mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Contoh bandar atau negara kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang (1800 SM), Loyang, Changgan dan sebagainya. Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan tembok telah dibina untuk melindungi bandar tersebut. Pembentukan Kerajaan Pada permulaan, setiap negara kota itu merupakan satu kerajaan. Terdapat satu daripada negara kota itu telah berjaya memperluaskan wilayahnya dengan menawan negara kota yang lain. Negara kota itu ialah Shang. Juga dipercayai bahawa sebelum Shang, terdapat satu dinasti yang bernama Hsia. Raja Shang ini kemudian memperkuatkan kekuatan tenteranya dan negara kota yang lemah pun secara sukarela menunduk terhadap kekuasaan Shang. Maka akhirnya Kerajaan Shang pun ditubuhkan. Kerajaan Shang ini diketuai oleh seorang raja dan setiap orang bangsawan pula akan diberikan sesuatu wilayah untuk ditadbir secara turun-temurun. Kerajaan Shang ini beribu kota di Anyang. Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Wu Wang dari Kerajaan Chou kerana kezaliman raja Shang yang bernama Zhou Hsin. Wujudnya Organisasi Sosial

Dalam organisasi sosial Tamadun Hwang-Ho, Raja menduduki hierarki yang tertinggi dalam masyarakat Cina. Di bawahnya, terdapat golongan bangsawan, mereka merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. Selepas bangsawan, golongan petani menjadi golongan yang penting. Namun begitu, ramai daripada mereka menjadi hamba berhutang pada zaman Dinasti Chou kerana tidak dapat mengeluarkan hasil yang mencukupi. Artisan, peniaga dan askar menduduki tempat yang paling rendah dalam hierarki masyarakat China. Selain itu, terdapat ahli-ahli sihir yang mentafsirkan mimpi raja dan pawang yang menjalankan upacara-upacara di istana Shang. Perkembangan Teknologi Sains dan teknologi di Tamadun Hwang-Ho maju sejak Dinasti Shang dan bertambah maju pada zaman Dinasti Chou. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem kalendar dan perpuluhan diperkenalkan. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan. Pengkhususan Kerja Raja dianggap sebagai anak tuhan iaitu Tian Zhi, maka baginda berkuasa memerintah negara dengan penuh berkuasa. Baginda juga merupakan "Tuan Tanah" dan bangsawan pula merupakan "Penyewa Tanah". Golongan bangsawan akan dianugerahkan sebuah wilayah untuk ditadbir secara mutlak dan sebahagian hasil yang diperolehi akan diserah kepada raja. Golongan bangsawan ini juga mewujudkan sistem pemerintahan birokrasi di bahagian pusat di mana jabatan-jabatan seperti kewangan, pasukan bersenjata, undang-undnag diwujudkan. Di antara kurun ke-8-3 SM, golongan ini menjadi terlalu kuat dan kerajaan pusat tidak lagi berupaya mengawal kuasa mereka. Golongan petani pula bekerja sebagai pencucuk tanam ataupun penternak binatang. Hasil yang diperolehi akan diserahkan sebahagian kepada bangsawan sebagai cukai. Seterusnya, artisan, peniaga dan askar masingmasing menjalankan kewajipan mereka mengikut kemahirannya. Kepercayaan Mengenai Tamadun Hwang-Ho, mereka mengamalkan pemujaan terhadap nenek moyang. Mereka percaya nenek moyang mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka. Apabila mereka hendak mendapat mertolongan daripada nenek moyang, mereka akan menggunakan tulang nujum. Tulang nujum ini akan diukir dengan beberapa soalan dan kemudian dihempaskan. Berdasarkan retak-retak atas tulang, mereka akan membuat ramalan. Selain daripada pemujaan nenek moyang, mereka juga menyembah Tuhan Shang Ti, tuhan matahari, tuhan bulan, tuhan angin dan sebagainya. Bahasa dan Tulisan Sejak zaman Dinasti Shang, sistem tulisan dalam bentuk gambar yang melambangkan sesuatu perkara atau benda telah wujud. Tulisan ini menggunakan idea abstrak. Terdapat lebih kurang 3,000 simbol ini kekal selama 3,500 tahun sehingga masa kini. Bentuk tulisan ini dipanggil ideogram. Ia ditulis secara menegak dalam lajur-lajur kecil. Jurutulis yang mahir menulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk menulis atas tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu dan sebagainya. Contoh bentuk tulisan ideogram ialah 山 yang mewakili bukit dan 日 yang mewakili matahari.

CIRI-CIRI TAMADUN MOHENJO-DARO DAN HARAPPA Latar Belakang Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa juga dikenali sebagai Tamadun Indus. Tamadun ini wujud kira-kira dari tahun 2500-500 SM di sekitar Sungai Indus. Tamadun ini terdiri daripada 70 buah bandar di dataran-dataran yang direntasi oleh Sungai Indus dan Sungai Ganges di Barat Laut India. Walau bagaimanapun, hanya dua tempat sahaja mempunyai kebudayaan rumit dan jelas iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa. Kedua-dua bandar ini juga merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah manusia. Ciri-ciri Pembentukan Bandar Seperti dengan tamadun yang lain, bandar negara kota ini terbentuk apabila satu perkampungan ini mengalami urbanisasi. Pembentukan ini menunjukkan corak kehidupan manusia yang semakin berorganisasi dan berkebijaksanaan. Antara negara kota ini, Harappa dan Mohenjo-Daro mempunyai struktur yang teratur.Kedua-dua bandaraya terbahagi kepada petak-petak perumahan berdasarkan corak checker-board. Jalan raya utama amat luas dan terbentang dari Utara ke Selatan dan dari Barat ke Timur. Rumah-rumah dibina dengan batu-bata dan terletak di kedua-dua belah jalan raya. Setiap rumah ini mempunyai bilik mandi, tandas, dapur dan telaga. Selain itu, bandaraya ini mempunyai jelapang-jelapang, dewan orang ramai, kedai-kedai, sistem saluran najis di bawah tanah dan citadel yang dibina untuk didiami oleh golongan pemerintah. Seterusnya, kubu-kubu telah dibina untuk melindungi bandar-bandar ini daripada serangan musuh. Pembentukan Kerajaan Secara amnya, setiap negara kota ini merupakan satu kerajaan. Ia diperintah oleh pendeta atau paderi dengan kuasa mutlak. sistem pemerintahannya adalah teratur dan bersistematik. Tamadun ini telah mengalami kemerosotan dan terus lenyap kira-kira 1500 SM. Organisasi Sosial Organisasi sosial bagi tamadun ini tidak berapa jelas. Tapi, apa yang dapat dilihat ialah para pendeta menjadi ketua kerajaan dan selepasnya terdapat satu golongan petani yang bilangannya agak ramai. Selain itu, terdapat juga golongan peniaga yang dipercayai menjalankan kegiatan perdagangan dengan bandar Ur di Mesopotamia. Perkembangan Teknologi Perkembangan teknologi tamadun ini tidak berapa jelas juga. Tetapi apa yang diketahui ialah roda telah dicipta dan digunakan sebagai alat pengangkutan. Pengkhususan Kerja Para pendeta bertanggungjawab mengawal pembinaan bangunan baru, menetapkan piawai timbangan dan ukuran dan mengawal ketat sistem tulisan, bentuk bangunan,

pelan jalan dan saiz batu-bata yang digunakan dalam pembinaan. Golongan petani pula bertanggungjawab menanam tanaman seperti gandum, barli, padi dan kapas dan menternak binatang seperti lembu, biri-biri, kambing, babi dan ayam. Selain itu, terdapat orang yang mengamalkan pekerjaan berniaga, pengukir batu, pembuat barang kemas, tukang besi dan pembuat tembikar. Wujudnya Kepercayaan Menurut sumber arkeologi, masyarakat Indus mengamalkan kepercayaan animisme. Oleh itu, penduduknya menyembah binatang, pokok dan batu. Berdasarkan kepercayaan ini juga, lembu jantan dianggap sebagai binatang suci. Masyarakat Indus juga menyembah Dewa Siva dan Dewi Shakti yang bermuka tiga. Namun demikian, kuil-kuil tidak dibina untuk tuhan-tuhan ini. Masyarakat rakyat Indus mengamalkan upacara pengebumian dan pembakaran mayat. Habuk mayat biasanya dibuang ke dalam sungai. Kira-kira pada tahun 1500 SM, orang Aryan menyebarkan agama polytheistic, hasilnya mereka mula menyembah tuhan matahari, langit, petir dan api. Walaupun begitu, orang Aryan ini sebenarnya menyembah kepada satu tuhan sahaja (monotheistic) dan percaya kepada konsep hidup semula dalam jasad lain. Wujudnya Bahasa dan Tulisan Sistem tulisan yang wujud di Tamadun Indus adalah berbentuk gambar. Terdapat hampir 400 simbol keseluruhannya. Arah tulisannya bermula dari kiri dan menuju ke arah kanan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful