You are on page 1of 8

Teks Pengacara Majlis Pertandingan Bercerita Peringkat IPG Kampus Perlis Tahun 2012

1. *semua audiens berada di tempat masing-masing

Dari raub pergi ke pontian, Terus pula ke kuala perlis, Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan majlis. Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang , Awal Bismillah pembuka bicara. Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh, Salam perpaduan,Salam Satu Malaysia.

2. Kata- kata aluan

Yang Dihormati ,Para Hakim Yang Adil Lagi Bijaksana, Pensyarah Penasihat , Guru-guru pengiring, Ajk Pelaksana, Para Peserta Serta Warga dewan Yang Di Kasihi Sekalian.

3. Rasa Syukur

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizin-Nya dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini iaitu Pertandingan Bercerita Peringkat IPG Kampus Perlis tahun 2012

4. Pemberitahuan

Dengan kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian di Dewan Pulai A.

Untuk makluman hadirin, Pertandingan Bercerita Peringkat IPG Kampus Perlis Tahun 2012, Merupakan sebahagian daripada aktiviti bersempena bulan kemerdekaan yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Pengajian Sosial & mahasiswa Pendidik PISMP Semester 4 Bahasa Melayu B

Pada malam ini, seramai 11 orang peserta yang akan bertanding dalam Pertandingan Bercerita Peringkat IPG Kampus Perlis Tahun 2012.

5. Bacaan doa

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh saudara Muhd. Afif Hafifi B. Mohd. Saad dari PISMP Semester 4 Pengajian Melayu (B) Dipersilakan.

6. Setelah selesai bacaan doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

7. Perkenalkan hakim

Hadirin yang dihormati sekalian, sebentar lagi kita akan memulakan pertandingan bercerita Peringkat IPG Kampus Perlis Tahun 2012.

Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya memperkenalkan barisan panel hakim pertandingan.

Yang pertama, Puan Jaizah Bt. Mahamud Selaku ketua Hakim.

Panel hakim yang kedua ialah En. Taufiq B. Mohd Desa Dan panel hakim yang ketiga ialah En. Mohd. Hafiz Irsyad Syafiq B. Osman

Adalah dimaklumkan bahawa, keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak dibenarkan.

8. Syarat-syarat pertandingan.

Seterusnya, saya akan membaca syarat-syarat pertandingan. Mohon para peserta mengambil perhatian.

Mula pertandingan Peserta pertama

Hadirin yang dihormati sekalian, Pertandingan Bercerita Peringkat IPG Kampus Perlis Tahun 2012 dimulakan dengan peserta pertama iaitu Adik.................................................... Dari sekolah.......................................................... Dipersilakan.

Peserta kedua

Demikian sudah persembahan yang penuh semangat disampaikan oleh peserta pertama.

Seterusnya, majlis mempersilakan peserta kedua iaitu Adik................................................. Dari sekolah................................................. Dipersilakan.

Peserta ketiga

Satu penyampaian persembahan yang mengkagumkan.

Kini tiba giliran peserta ketiga dari Sekolah ....................... Dipersilakan adik.......................................

Peserta keempat

Nampaknya saingan kian hangat. hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa

kita mempersilakan peserta keempat iaitu Adik......................... dari sekolah............................ dipersilakan Peserta kelima Amboi-amboi hebat sungguh adik kita bercerita Kita teruskan pertandingan kita dengan perserta yang ke-5

Dengan ceritanya yang bertajuk........................ Dipersilakan adik........................... Dari sekolah................................

REHAT

Majlis berhenti rehat seketika Majlis akan bersambung pada jam 10.15 pagi Para peserta diingatkan untuk menepati masa

Peserta Keenam Harian sekalian, Pertandingan disambung dengan peserta yang keenam yang mewakili sekolah.............................. Untuk itu majlis mempersilakan adik......................

Peserta ketujuh Persembahan yang mengagumkan sekali. Kini tiba giliran peserta ketujuh iaitu adik.................... Dari sekolah.................. Dipersilakan

Peserta Kelapan Demikian sudah persembahan bersemangat yang disampaikan oleh peserta sebentar tadi Seterusnya, majlis mempersilakan peserta kelapaan yang mewakili sekolah.............................. Terimalah adik............................ Dengan pesembahan yang bertajuk.......................

Peserta Kesembilan Kecil-kecil cili padi.Hebat sungguh persembahan peserta kelapan sebentar tadi Kita teruskan pertandingan kita dengan peserta yang ke9 Dengan ceritanya yang bertajuk..................... Terimalah adik .................... Dari sekolah..........................

Peserta Kesepuluh

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan dengan peserta yang kesepuluh dari sekolah.................. Dengan ceritanya yang bertajuk....................... Dipersilakan adik........................

Peserta Kesebelas mari kita tumpukan perhatian terhadap peserta terakhir pada hari ini. Dengan itu, dipersilakan Adik...................................................... dari sekolah.................................................... dipersilakan.

Selepas berpidato

Dengan berakhirnya persembahan daripada peserta kesebelas, maka selesai sudah pertandingan ini. Peserta manakah yang akan menyandang gelaran johan pertandingan bercerita sempena bulan kemerdekaan peringkat IPG Kampus Perlis ini?

Beri masa kepada hakim

Hadirin yang dikasihi sekalian, Sekarang, majlis kita akan berhenti rehat seketika bagi memberi ruang kepada para hakim untuk mengira markah para peserta.

Ucapan ketua juri

Terbang di awan burung jentayu, Kerana penat gugur ke bumi; Tampillah Puan kami merayu, Bersama amanat bekalan kami

Seterusnya, pihak majlis menjemput .............................. selaku ketua hakim untuk menyampaikan pesanan

sepatah dua kata berkaitan pidato pada malam ini.

Selepas habis ucapan.....

Terima kasih diucapkan atas pesanan yang disampaikan sebentar tadi.

Penyampaian cendrahati

Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak dapat diadili dan berjalan dengan lancar.

Sebagai menghargai kesudian mereka melaungkan masa untuk mengadili pertandingan pidato pada malam ini. Dengan itu, pihak majlis suka citanya menjemput .............................. selaku pensyarah Penasihat pertandingan bercerita ini diiringi oleh saudara Mohd. Rizuan B. Mohd. Razali untuk menyampaikan cendrahati kepada panel hakim.

Dijemput panel hakim pertama ............................... untuk menerima cenderahati sebagai tanda kenangkenangan

Seterusnya dijemput ................................... dan

Dijemput .................................. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ................................... atas kesudian menyampaikan cendrahati kepada para hakim.

Penutup

Untuk maklumam hadirin sekalian, Kita telah pun berada dipenghujung majlis. Keputusan pertandingan bercerita peringkat IPG Kampus Perlis tahun 2012 akan diumumkan dalam Perhimpunan .....................................................

Dikesempatan ini, saya mewakili jawatankuasa pelaksana pertandingan bercerita peringkat IPG kampus Perlis Tahun 2012 memohon maaf seandainya terdapat kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Saya akhir majlis ini dengan serangkap pantun. Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara; Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara

Sekian, terima kasih

You might also like