Setelah mempelajari bab ini, anda harus dapat: memahami asas pembentukan sebatian mensintesiskan idea tentang pembentukan

ikatan ion mensintesiskan idea tentang pembentukan ikatan kovalen menganalisis sifat sebatian ion dan sebatian kovalen

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sering digunakan dalam siasatan forensik. Ujian ini juga digunakan untuk mengesahkan bapa kepada seseorang anak. Apakah DNA? Struktur DNA terdiri daripada dua bebenang polinukleotida yang berpilin untuk membentuk heliks ganda dua. Unit-unit asas dalam molekul DNA diikat melalui pelbagai ikatan kimia. Mari kita meninjau jenis ikatan kimia dalam bab ini.

Ikatan kimia Ikatan ion Ikatan kovalen Ikatan elektrovalen Ikatan tunggal Ikatan ganda dua Ikatan ganda tiga Pelarut

Mengapakah pelbagai sebatian dapat wujud secara semula jadi?

Ikatan kimia di dalam jirim, Pemegang setia atom-atom bersama, Bagaimanakah ikatannya terbentuk, ku persoalkan? Jom ke muka surat yang berikut untuk jawapannya.

82

BAB 5.indd 82

9/21/11 3:36 PM

NaCl Natrium klorida. Unsur klorin pula ialah gas berwarna kuning kehijauan yang beracun. Anda harus dapat: • menerangkan kestabilan gas adi • menerangkan syarat pembentukan ikatan kimia • menyatakan jenis ikatan kimia Logam natrium. kedua-duanya membentuk sebatian natrium klorida. gas adi wujud sebagai gas monoatom yang tidak reaktif secara kimia. unsur natrium ialah logam berwarna kelabu berkilat yang bertindak balas secara cergas dengan air. Apabila kedua-dua unsur ini diikat secara kimia.indd 83 9/21/11 3:36 PM . Sebagai contoh.1 Mengumpulkan dan mentafsirkan data Pelbagai sebatian semula jadi wujud disebabkan oleh ikatan kimia. Atom-atom unsur yang lain pula berkecenderungan untuk mencapai kestabilan susunan elektron oktet atau duplet melalui pembentukan ikatan kimia. Kumpulkan maklumat tambahan tentang sebatian-sebatian tersebut dari perpustakaan sekolah atau melayari Internet. Bagi setiap sebatian semula jadi. Oleh itu. Walau bagaimanapun. bilangan sebatian yang wujud adalah lebih banyak kerana atom-atom setiap unsur boleh membentuk pelbagai sebatian melalui ikatan kimia. NaCl 5. anda telah mempelajari bahawa gas adi mempunyai susunan elektron oktet atau duplet yang stabil.1 Pembentukan natrium klorida. dapatkan maklumat berkenaan yang berikut: (a) Unsur-unsur dalam sebatian tersebut (b) Perbezaan sifat antara sebatian dengan unsur-unsurnya Pembentukan ikatan kimia Dalam Bab 4. • Ikatan kimia 83 BAB 5. Cl2 Gambar foto 5. NaCl yang merupakan garam biasa yang kita makan setiap hari. Na Gas klorin. Gilbert Newton Lewis (1875 – 1946) ialah pengasas kepada teori ikatan kimia.A Pembentukan Sebatian Jadual Berkala Unsur terdiri daripada 113 unsur.

Pembentukan ion Apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron. Nyatakan dua jenis ikatan kimia.8.Ikatan kimia hanya melibatkan elektron valens. • Ikatan ion 84 • Ikatan kovalen BAB 5. Bagaimanakah atom ini dapat mencapai susunan elektron oktet? Adakah lebih mudah bagi atom ini menderma tiga elektron atau menerima lima elektron? Teliti Rajah 5.3. A 1. Atom logam menderma elektron manakala atom bukan logam menerima elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil.1 Atom neutral menjadi ion melalui pendermaan elektron atau penerimaan elektron. Ikatan ion terbentuk apabila atom logam berpadu dengan atom bukan logam melalui pemindahan elektron. Ikatan kimia terbentuk melalui pemindahan elektron atau perkongsian elektron. Nyatakan dua cara atom-atom lain selain gas adi mencapai susunan elektron yang stabil. Atom neutral Terima elektron Anion (–) Kation (+) Derma elektron Rajah 5. Atom logam yang menderma elektron untuk membentuk ion positif disebut sebagai kation. 3. Keadaan ini mewujudkan dua jenis ikatan kimia. Atom bukan logam yang menerima elektron untuk membentuk ion negatif disebut sebagai anion.indd 84 9/21/11 3:36 PM .2 untuk mendapatkan jawapannya. Ikatan kovalen terbentuk apabila atom-atom bukan logam berpadu melalui perkongsian elektron. Mengapakah gas adi tidak reaktif secara kimia? 2. Anda harus dapat: • menerangkan pembentukan ion • menulis susunan elektron bagi ion yang terbentuk • menerangkan pembentukan ikatan ion • menggambarkan susunan elektron bagi suatu ikatan ion • menggambarkan pembentukan ikatan ion B Ikatan Ion Ikatan ion terbentuk melalui pemindahan elektron antara atom logam dengan atom bukan logam. atom aluminium mempunyai susunan elektron 2. atom itu menjadi zarah bercas yang disebut sebagai ion. Sebagai contoh.

3+ Derma tiga elektron 2. Al3+ Cas bagi 13 proton Cas bagi 10 elektron Jumlah cas = +13 =—— –10 =—— +3 Rajah 5. • Magnesium • Natrium • Fluorin • Nitrogen 85 BAB 5.3 Atom aluminium. O2– Cas bagi 8 proton Cas bagi 10 elektron Jumlah cas = +8 =—— –10 =—— –2 Rajah 5.6 Atom oksigen. O Cas bagi 8 proton Cas bagi 8 elektron Jumlah cas = +8 =—— –8 =—— 0 2. O2–.6.3 Pembentukan ion oksida. pembentukan ion aluminium.8. O2– Persamaan yang berikut mewakili pembentukan ion oksida.2 Pembentukan ion aluminium.8 Ion aluminium. Atom ini menerima dua elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil dan menjadi ion oksida. 2– Terima dua elektron 2. 1 O + 2e– ⎯→ O2– — 2 2 5. Al Cas bagi 13 proton Cas bagi 13 elektron Jumlah cas = +13 =—— –13 =—— 0 2.3 menunjukkan atom oksigen yang mempunyai susunan elektron 2.8 Ion oksida.indd 85 9/21/11 3:36 PM . terangkan cara pembentukan ion bagi unsur yang berikut berdasarkan susunan elektron atomnya. Al3+ Oleh hal yang demikian. Selepas itu. O2–. Al3+ dapat diwakili oleh persamaan yang berikut: Al ⎯→ Al3+ + 3e– Rajah 5.2 Menonton simulasi komputer Tonton simulasi komputer tentang pembentukan ion dan susunan elektronnya.

MgF2 • Ikatan elektrovalen 86 BAB 5.8.7. Mari kita jalankan Aktiviti 5. MgF2.5 Pembentukan magnesium fluorida.7 Atom fluorin. mari kita kaji pembentukan ikatan ion dalam natrium klorida. F– 2. NaCl.indd 86 9/21/11 3:36 PM .8. Mg2+ 2. Na+ Rajah 5. Mg 2. NaCl.Pembentukan ikatan ion Sebatian ion ialah sebatian yang terbentuk melalui ikatan ion.1 menderma satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil. Na+ dan ion klorida.1.8. Keadaan ini disebabkan oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat wujud antara ion yang berlawanan cas. Daya tarikan ion-ion ini disebut sebagai ikatan ion atau ikatan elektrovalen.8 Atom klorin.8.5 tentang pembentukan ikatan ion dalam sebatian magnesium fluorida. muka surat 52 Sekarang. + – + 2. Mari kita kaji Rajah 5.absorblearning. Cl tertarik kepada satu sama lain untuk membentuk sebatian natrium klorida. F Rajah 5.2 Atom magnesium.8 Ion magnesium.1 untuk menyediakan sebatian-sebatian ini di dalam makmal. Na 2. Cl– Tonton animasi yang menunjukkan pembentukan sebatian natrium klorida melalui http://www. Cl Ion natrium. Ion natrium. • Aktiviti 5. F 2+ – 2.1 Atom natrium.8.8.8 Ion klorida.7 + Atom fluorin. com/media/item.7 2.4 Pembentukan natrium klorida. Atom natrium yang mempunyai susunan elektron 2. – 2. Elektron ini dipindahkan kepada atom klorin yang mempunyai susunan elektron 2. NaCl – 2. F– 2.action? quick=sn.8 Ion fluorida.8 Ion fluorida.

atom hidrogen mempunyai satu elektron valens. Perkongsian pasangan elektron ini membentuk satu ikatan tunggal di dalam molekul hidrogen.6 Pembentukan molekul hidrogen. 3. H 2 2 Molekul hidrogen. CaCl2. H2. 2.3 Menonton simulasi komputer Tonton simulasi komputer tentang pembentukan ikatan ion dalam sebatian ion dan kewujudan daya tarikan elektrostatik antara ion dengan ion yang lain. Anda harus dapat: • menyatakan maksud ikatan kovalen • menerangkan pembentukan ikatan kovalen • melukis gambar rajah susunan elektron untuk menggambarkan pembentukan ikatan kovalen • membuat gambaran mental bagi pembentukan ikatan kovalen • membandingkan dan membezakan pembentukan ikatan ion dan ikatan kovalen + 1 Atom hidrogen. Lukis susunan elektron bagi pembentukan kalium sulfida. tulis laporan ringkas yang mengandungi perkara yang berikut: (a) Gambar rajah yang menunjukkan pembentukan empat sebatian ion yang dinamakan (b) Penerangan tentang kewujudan daya elektrostatik dalam sebatian ion B 1. ikatan ganda dua. dua atom hidrogen masing-masing menyumbangkan satu elektron untuk dikongsi bersama.indd 87 9/21/11 3:36 PM . 7 3 14 7 C Ikatan Kovalen Ikatan kovalen terbentuk apabila atom-atom bukan logam berkongsi elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil. H2 • Ikatan tunggal 87 BAB 5. Sebagai contoh. (b) Tulis persamaan yang menunjukkan pembentukan ion-ion pada (a). Jenis ikatan kovalen ialah ikatan tunggal. Selepas itu. Oleh itu. Atom ini memerlukan satu elektron untuk mencapai susunan elektron duplet yang stabil. K2S.5. Ikatan tunggal Ikatan tunggal ialah ikatan kovalen yang terbentuk apabila sepasang elektron dikongsi antara dua atom. (a) Tulis formula ion-ion yang terbentuk daripada dua atom tersebut. H2 Rajah 5. Atom litium dan atom nitrogen masing-masing diwakili oleh Li dan N. Perihalkan pembentukan sebatian kalsium klorida. dan ikatan ganda tiga. H 1 Atom hidrogen.

O2. N2 diikat kuat melalui ikatan ganda tiga. atom-atom berkongsi tiga pasang elektron untuk membentuk satu molekul nitrogen. • Ikatan ganda dua 88 • Ikatan ganda tiga BAB 5. Ikatan ganda tiga terbentuk apabila tiga pasang elektron dikongsi antara atom dengan atom yang lain. Ikatan tunggal mengikat dua atom hidrogen bersama kerana pasangan elektron yang dikongsi tertarik kepada nukleus bagi setiap atom. O atau 2.8 2. Sesetengah atom dapat berkongsi beberapa pasang elektron. Satu atom oksigen yang mempunyai enam elektron valens memerlukan dua elektron untuk mencapai susunan elektron oktet. dua atom oksigen berkongsi dua pasang elektron untuk membentuk satu ikatan ganda dua di dalam molekul oksigen. misalnya pembentukan molekul oksigen.indd 88 9/21/11 3:36 PM .5. + 2. Pembentukan ikatan kovalen juga dapat digambarkan dengan menggunakan struktur Lewis.6 Atom oksigen.Titik dan silang dalam struktur Lewis menunjukkan taburan elektron valens bagi setiap atom. CO2 ialah molekul yang mempunyai ikatan ganda dua. H2 Ikatan ganda dua Karbon dioksida. N2. O2 O + O O O atau O O Ikatan ganda dua Rajah 5. H + H H H atau H H Ikatan tunggal Rajah 5. Sebagai contoh. Oleh hal yang demikian.8 Pembentukan ikatan di dalam molekul oksigen. Atom ini memerlukan tiga elektron untuk mencapai susunan elektron oktet.7 Struktur Lewis yang menunjukkan pembentukan ikatan di dalam molekul hidrogen.6 Atom oksigen. Oleh yang demikian. N2 dalam atmosfera secara langsung kerana atom dalam molekul nitrogen. Struktur Lewis hanya menunjukkan elektron valens bagi atom-atom yang terlibat dalam pembentukan ikatan. Setiap atom nitrogen mempunyai susunan elektron 2. satu ikatan ganda tiga terbentuk apabila dua atom nitrogen berpadu untuk membentuk satu molekul nitrogen.8 Molekul oksigen. O2 Ikatan ganda tiga Hanya sebahagian kecil daripada organisma dapat menggunakan gas nitrogen. O2. O 2. N2.

N atau 2. anda telah mempelajari pembentukan ikatan ion dan ikatan kovalen. N2 N + N N N atau N N Ikatan ganda tiga Rajah 5. • Aktiviti 5.4 Mengadakan perbincangan Dalam kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli. N2 Mari kita jalankan Aktiviti 5. Terangkan pembentukan ikatan kovalen di dalam molekul tetraklorometana.2 untuk menggambarkan pembentukan ikatan kovalen dengan menggunakan simulasi komputer dan model. CCl4. Apakah yang dimaksudkan dengan ikatan kovalen? Lukis susunan elektron bagi pembentukan hidrogen klorida. N 2.5 Atom nitrogen.2. 4. Apakah perbezaan antara kedua-dua ikatan tersebut? Layari laman sesawang http://www.html untuk mencuba kuiz tentang ikatan ion dan ikatan kovalen.8 2.5 Atom nitrogen. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas.indd 89 9/21/11 3:36 PM . C 1. 89 BAB 5. 5.+ 2. 2.9 Pembentukan ikatan di dalam molekul nitrogen. muka surat 54 Perbandingan antara ikatan ion dengan ikatan kovalen Setakat ini.8 Molekul nitrogen.quia.com/tq/ 258608. 3. bincangkan perbandingan antara ikatan ion dengan ikatan kovalen mengikut aspek yang berikut: (a) Jenis unsur yang biasanya terlibat dalam pembentukan setiap ikatan (b) Pembentukan setiap ikatan (c) Kekuatan setiap ikatan (d) Zarah-zarah di dalam sebatian yang terbentuk Bina peta minda atau jadual untuk merekodkan penemuan kumpulan anda. Nyatakan tiga perbezaan antara ikatan ion dengan ikatan kovalen. HCl.

braingle.3.html Sebatian ion tidak mengalirkan arus elektrik dalam keadaan pepejal. • Aktiviti 5. sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik. Oleh itu. Namun.3 untuk membandingkan sifat-sifat sebatian ion dan sebatian kovalen. cecair. ion-ion bebas bergerak dalam larutan akueus atau dalam keadaan lebur. Sebatian kovalen terdiri daripada molekul neutral. sebatian kovalen tidak mengalirkan arus elektrik dalam semua keadaan jirim. atau gas Rendah Mengalirkan arus Tidak mengalirkan arus elektrik elektrik dalam larutan akueus atau keadaan lebur Keterlarutan di dalam Larut Tidak larut air Keterlarutan di dalam Tidak larut Larut pelarut organik Mari kita jalankan Aktiviti 5.5 Mengumpulkan dan mentafsirkan data Dalam kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli. Hal ini demikian kerana ion-ion terikat oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat di dalam struktur kekisi hablur.1 Sifat-sifat sebatian ion dan sebatian kovalen Apakah sifat sebatian ion dan sebatian kovalen? Kaji Jadual 5. Maka. com/quiz/258608. Sebatian Sifat Keadaan pada suhu bilik Takat lebur dan takat didih Kekonduksian elektrik Ion Pepejal Tinggi Kovalen Pepejal.indd 90 9/21/11 3:36 PM . kumpulkan dan tafsirkan data tentang sebatian ion dan sebatian kovalen mengikut aspek yang berikut: (a) Sifat-sifat sebatian ion dan sebatian kovalen (b) Kegunaan sebatian kovalen dalam kehidupan harian Tunjukkan hasil kerja kumpulan anda dalam bentuk carta dengan menggunakan foto.Anda harus dapat: • menyenaraikan sifat-sifat sebatian ion • menyenaraikan sifat-sifat sebatian kovalen • menerangkan perbezaan kekonduksian elektrik sebatian ion dengan sebatian kovalen • menghuraikan perbezaan takat lebur dan takat didih sebatian ion dengan sebatian kovalen • membandingkan dan membezakan keterlarutan sebatian ion dan sebatian kovalen • menyatakan kegunaan sebatian kovalen sebagai pelarut D Sifat Sebatian Ion dan Sebatian Kovalen Jadual 5.1. muka surat 55 5.quia. 90 BAB 5.com/ trivia/9081/know-yourbonds.html http://www. Kekonduksian elektrik Jalankan kuiz tentang ikatan ion dan ikatan kovalen dengan melayari laman sesawang yang berikut: http://www.

Oleh hal yang demikian. Oleh itu. takat lebur dan takat didih sebatian ion adalah tinggi. dan heksana digunakan sebagai pelarut. sebatian ion biasanya wujud sebagai pepejal yang tidak meruap pada suhu bilik. 3.Takat lebur dan takat didih Ion-ion dalam sebatian ion diikat oleh ikatan ion yang kuat. Air ialah pelarut universal kerana air dapat melarutkan kebanyakan benda. Sebaliknya. Sebatian tersebut ialah pelarut yang baik dengan kemeruapan yang tinggi. Oleh itu. Kegunaan sebatian kovalen sebagai pelarut Kebanyakan sebatian kovalen seperti alkohol. 2.10 Daya yang lemah wujud antara molekul Keterlarutan Kebanyakan sebatian ion larut di dalam air tetapi tidak larut di dalam pelarut organik. Terangkan sebab sebatian ion mempunyai takat lebur yang lebih tinggi berbanding dengan sebatian kovalen. Maka. Oleh itu. kebanyakan sebatian kovalen tidak larut di dalam air tetapi larut di dalam pelarut organik. H H H N H H Daya antara molekul yang lemah N Ikatan kovalen yang kuat antara H atom di dalam setiap molekul Rajah 5. Maka. aseton. Oleh hal yang demikian. sebatian tersebut digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang dalam kehidupan harian kita. Molekul-molekul dalam sebatian kovalen pula ditarik oleh daya antara molekul yang lemah.indd 91 9/21/11 3:36 PM . kurang tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya ini. banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan elektrostatik yang kuat antara ion yang berlawanan cas. Kosmetik Perubatan P b Industri Gambar foto 5. eter. takat lebur dan takat didih sebatian kovalen adalah rendah.2 Kegunaan sebatian kovalen sebagai pelarut dalam pelbagai bidang D 1. sebatian kovalen biasanya wujud sebagai cecair mudah meruap pada suhu bilik. Apakah sifat-sifat etanol yang membolehkannya sesuai digunakan sebagai pelarut? • Pelarut 91 BAB 5. Nyatakan tiga perbezaan sifat antara sebatian ion dengan sebatian kovalen.

Dalam ion negatif. ✓ Ikatan ion terbentuk apabila ion-ion positif dan negatif diikat oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat. BAB 5. ✓ Struktur Lewis digunakan untuk menunjukkan elektron valens bagi atom yang terlibat dalam pembentukan ikatan kovalen.Pembentukan Sebatian ✓ Sebatian terbentuk melalui pembentukan ikatan kimia antara atom dengan atom yang lain. Atom bukan logam yang lain menerima elektron untuk membentuk ion negatif. ✓ Atom-atom membentuk ikatan ion melalui pemindahan elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil. Atom logam menderma elektron untuk membentuk ion positif. ✓ Ikatan ion terbentuk antara atom logam dengan atom bukan logam. ✓ Terdapat tiga jenis ikatan kovalen: (a) Ikatan tunggal – sepasang elektron dikongsi antara dua atom (b) Ikatan ganda dua – dua pasang elektron dikongsi antara dua atom (c) Ikatan ganda tiga – tiga pasang elektron dikongsi antara dua atom Sifat sebatian ion dan sebatian kovalen ✓ Sebatian ion wujud sebagai pepejal pada suhu bilik dan mempunyai sifat yang berikut: (a) Terdiri daripada ion (b) Mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau larutan akueus (c) Mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi (d) Biasanya larut di dalam air tetapi tidak larut di dalam pelarut organik ✓ Sebatian kovalen biasanya wujud sebagai cecair atau gas dan mempunyai sifat yang berikut: (a) Terdiri daripada molekul (b) Tidak mengalirkan arus elektrik (c) Mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah (d) Biasanya tidak larut di dalam air tetapi larut di dalam pelarut organik ✓ Kebanyakan sebatian kovalen digunakan sebagai pelarut dalam kehidupan harian kita. 92 Ikatan kovalen ✓ Ikatan kovalen terbentuk di antara atom bukan logam melalui perkongsian elektron. bilangan elektron adalah kurang daripada bilangan proton. ✓ Ion negatif atau anion terbentuk apabila atom bukan logam yang neutral menerima elektron. bilangan elektron adalah lebih banyak daripada bilangan proton. ✓ Atom-atom bagi unsur yang lain berkecenderungan untuk mencapai susunan elektron yang stabil melalui (a) pemindahan elektron (b) perkongsian elektron ✓ Terdapat dua jenis ikatan kimia: (a) Ikatan ion (b) Ikatan kovalen Ikatan ion ✓ Ion positif atau kation terbentuk apabila atom logam yang neutral menderma elektron.indd 92 9/21/11 3:36 PM . Dalam ion positif. ✓ Gas adi sangat stabil disebabkan oleh susunan elektron duplet atau oktet yang stabil.

Kemudian. (h) Nyatakan empat sifat sebatian kovalen. (f) Namakan jenis ikatan kovalen yang terbentuk apabila dua pasang elektron dikongsi antara dua atom. 93 BAB 5. (c) Namakan daya yang wujud di dalam sebatian ion yang disebabkan oleh ion berlawanan cas. lengkapkan peta ini berdasarkan panduan yang diberi. (d) Nyatakan empat sifat sebatian ion. (e) Namakan jenis ikatan kimia yang terbentuk melalui perkongsian elektron. Ikatan kimia Pemindahan elektron Perkongsian elektron Ikatan ion (e) (a) (c) (b) Ikatan tunggal (f ) Ikatan ganda tiga Sebatian ion (g) (d) (h) (a) Nyatakan nama lain bagi ion positif.Salin peta konsep di bawah. (g) Nyatakan jenis sebatian yang terbentuk oleh ikatan kovalen.indd 93 9/21/11 3:36 PM . (b) Nyatakan nama lain bagi ion negatif.

Mg. Na. Jadual 1 Apakah X yang membolehkan mentol menyala apabila suis dihidupkan? I Larutan natrium hidroksida II Etanol III Larutan kalium klorida IV Larutan gula A I dan III C I. Bagaimanakah pembentukan ikatan kimia berlaku? A Melalui penambahan tenaga B Melalui peneutralan cas C Melalui pencapaian susunan elektron yang stabil D Melalui pemindahan atau perkongsian elektron 2. 5. Apakah yang berlaku kepada atom-atom unsur semasa pembentukan ikatan kovalen? A Menerima elektron B Menderma elektron C Berkongsi elektron D Saling bertukar elektron 6. II dan III B III dan IV D II. 1. II. III dan IV 7. 12. 11. Apakah yang terbentuk apabila sesuatu atom menderma elektron? A Anion C Ikatan ion B Kation D Ikatan kovalen 3. Yang berikut yang manakah merupakan sifat sebatian kovalen? I Mempunyai takat didih yang rendah II Tidak mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur III Tidak wujud sebagai pepejal pada suhu bilik IV Larut di dalam air A I dan II C I. Rajah 1 menunjukkan susunan elektron atom X. 2. Bateri Suis Elektrod karbon Mentol Bikar X Rajah 2 Rajah 1 Yang berikut yang manakah mempunyai susunan elektron yang sama dengan atom X? [Nombor proton: He. Rajah 2 menunjukkan susunan radas untuk menentukan kekonduksian elektrik sesuatu bahan.indd 94 9/21/11 3:36 PM . II dan III B II dan IV D I. 17] A He C Na+ B Mg D Cl– 4. III dan IV 94 Atom P Q 8 R 11 S 6 Nombor proton 17 Yang berikut yang manakah akan membentuk sebatian ion? A P dan Q C Q dan R B P dan S D Q dan S BAB 5. Jadual 1 menunjukkan nombor proton bagi empat atom. Cl.5 Soalan Objektif Arahan: Pilih satu cadangan jawapan yang terbaik bagi setiap soalan.

indd 95 9/21/11 3:36 PM . 2. P dan Q. Kedua-duanya merupakan pepejal putih. (b) Tulis susunan elektron bagi atom gas adi yang terletak dalam kala yang sama dengan X dalam Jadual Berkala. (c) Atom unsur X membentuk ikatan kovalen dengan atom hidrogen. Satu sampel ialah natrium klorida dan satu sampel yang lain ialah naftalena. Sifat-sifat sebatian Y ditunjukkan seperti yang berikut: • Cecair tanpa warna • Mempunyai takat lebur –23°C dan takat didih 77°C • Tidak bercampur dengan air (a) Adakah Y sebatian ion atau sebatian kovalen? Terangkan jawapan anda. (i) Apakah jenis ikatan yang terbentuk dalam sebatian tersebut? (ii) Tulis formula bagi sebatian yang terbentuk.Soalan Subjektif Arahan: Jawab semua soalan. Soalan Esei Arahan: Jawab semua soalan. Terangkan jawapan anda. (b) Ramalkan sama ada Y mengalirkan arus elektrik. 1. 95 BAB 5. Terangkan pilihan anda. (d) Atom unsur X bertindak balas dengan atom natrium untuk membentuk sebatian. Rajah 1 menunjukkan susunan elektron bagi atom unsur X. Rancang satu aktiviti makmal untuk mengenal pasti kedua-dua sampel. Lukis susunan elektron bagi molekul yang terbentuk. (c) Cadangkan dua unsur juzuk sebatian Y. Anda perlu menyertakan ujian bagi mana-mana tiga sifat yang disebut pada 2(a). (b) Anda diberi dua sampel. Rajah 1 (a) Adakah unsur X logam atau bukan logam? Terangkan. 1. (a) Nyatakan dua perbezaan sifat antara sebatian ion dengan sebatian kovalen. (iii) Nyatakan tiga sifat sebatian tersebut.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful