You are on page 1of 46

AIDS - FAKTA MENGENAI PENYAKIT

Oleh :
Dr Ahamad bin Jusoh,
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

PENDAHULUAN

Manusia mendapat penyakit sebab dijangkiti oleh kuman yang menyebabkan penyakit. Manusia
mendapat penyakit AIDS sebab dijangkiti oleh kuman yang menyebabkan penyakit AIDS iaitu
HIV.

AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh kuman HIV. HIV adalah sejenis virus.

Acquired Immuno Deficiency Syndrome (AIDS) adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus
yang dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus (HIV). Virus HIV digolongkan didalam
kumpulan virus retrovirus. Ini bermakna virus ini sangat lemah dan tidak dapat membiak dengan sendiri.
Semua virus jenis retrovirus perlu masuk didalam sel perumah (didalam hal kes AIDS ialah manusia) dan
mencuri bahan genetik perumah berkenan untuk membiak.

Maklumat yang ada menunjukkan virus HIV mengambil masa 8 hingga 10 tahun untuk menyebabkan
penyakit AIDS. Maklumat yang ada juga menunjukkan hampir semua jangkitan HIV akan berakhir
dengan AIDS. Walaupun begitu bukan semua tularan HIV menyebabkan jangkitan HIV. Ini bermakna
didalam keadaan tertentu (ahli sains dan pakar perubatan masih tidak pasti apa kah keadaan "tertuntu"
berkenaan), virus HIV masuk kedalam badan manusia tetapi tidak menyebabkan penyakit.

Laporan ada menunjukkan terdapat pesakit HIV kanak-kanak yang "sembuh" selepas 5 tahun dijangkiti
HIV. Kanak-kanak berkenaan yang disahkan dijangkiti oleh kuman HIV selepas dilahirkan oleh ibunya
yang juga dijangkiti HIV tidak menunjukkan tanda-tanda yang biasanya dialami oleh pesakit HIV kanak-
kanak. Pemeriksaan lanjut menunjukkan kuman HIV tidak ditemui lagi didalam tubuh kanak-kanak
berkenaan (Ref :saya akan memberikan rujukan kemudian, masa sekarang lupa!).

Laporan juga ada menunjukkan terdapat kes HIV dewasa yang telah dijangkiti selama melebihi 10 tahun
tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda AIDS. Didalam satu kes yang melibatkan seorang dewasa wanita di
Afrika. Kes satu lagi melibatkan penderma darah dan penerima darahnya. Jumlah sel CD4+ (yang
biasanya dijadikan petunjuk keadaan kes-kes AIDS) juga berada di dalam keadaan normal.

SEJARAH

AIDS bermula daripada akhir tahun 1970. Pada awal 1980 dimana pakar-pakar perubatan di beberapa
bandar besar Amerika Syarikat telah mula menemui suatu keadaan yang ganjil. Ianya ditunjukkan oleh
gejala kurang daya tahan melawan penyakit. Ia ditemui di kalangan lelaki yang dahulunya sihat.

Keadaan baru ini ditunjukkan oleh bengkak kelenjar linfa seluruh tubuh, infeksi opportunistik (selalunya
radang paru-paru yang disebabkan oleh Pneumocystic carinii, mucosal candidiasis dan disseminated
cytomegalovirus infection) dan Karposi sarcoma.

Pada bulan Jun 1981, penyakit ini telah menarik perhatian ramai pakar perubatan apabila Centers for
Disease Control (CDC) melaporkan lima pesakit lelaki dari Los Angeles di dalam Morbidity and
Mortality Weekly Report (MMWR). Selepas itu terdapat beberapa laporan dimana penyakit yang sama
ditemui di kalangan lelaki homoseksual dan penagih dadah secara suntikan. Mereka-mereka ini
menunjukkan sel T limfosit yang tidak bertindak balas dengan ransangan antigen dan mitogen (Sebagai
pertahan utama tubuh, sel T limfosit akan menyerang semua bahan asing yang masuk kedalam tubuh
samada ianya antigen atau mitogen). Beberapa lama selepas itu keadaan menjadi lebih jelas. Penyakit
kurang daya tahan ini juga melibatkan beberapa kumpulan lain. Kumpulan berkenaan ialah pendatang
dari kepulauan Haiti, pesakit hemofilia (sejenis penyakit keturunan dimana tubuh secara semula jadi
1
memusnahkan sel darah. Oleh itu darah perlu diberikan kepada pesakit untuk terus hidup), penerima
darah dan pasangan seks atau anak-anak kumpulan ini juga didapati mengidap penyakit yang sama.

Oleh itu sehingga pada masa berkenaan kumpulan-kumpulan dibawah didapati mengidap penyakit ganjil
ini:
• homoseks lelaki
• pendatang daripada palau Haiti
• pesakit hemofilia
• penerima darah
• pasangan seks pesakit ganjil berkenaan
• anak pesakit ganjil tersebut

Kajian seterusnya menunjukkan, penyakit ini disebarkan atau diperolehi melalui hubungan seks dan
pemindahan darah dengan orang-orang yang dijangkiti dan disyakki disebabkan oleh agen mikrob.

Memandangkan keadaan ganjil ini adalah baru dan tidak pernah dilaporkan didalam sejarah ilmu
perubatan moden, ianya di gelar Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS)

Diantara tahun 1981 hingga 1983, beberapa agen mikrob telah ditemui dan dianggap penyebab penyakit
AIDS ini. Pada tahun 1983, ahli-ahli sains dari Institut Pasteur Peranchis menjumpai sejenis retrovirus
yang didapati daripada pesakit asimptomatik (tidak menunjukkan tanda atau simptom) yang mengalami
lymphadenopathy (bengkak kelenjar linfa) seluruh badan dan tidak diketahui asal usulnya. Virus baru ini
dinamakan LAV ( Lympadenopathy Associated Virus). Berlainan dengan retrovirus lain, virus ini
didapati membunuh sel CD4 limfosit didalam kultur tisu. Pakar-pakar sains lain juga mengasingkan virus
yang sama didalam pesakit AIDS dalam tahun 1984. Adalah jelas selepas itu bahawa virus ini adalah agen
etiologi penyakit AIDS yang semasa itu ditemui di Amerika Syarikat, Eropah dan Afrika Tengah. Virus
tersebut seterusnya dinamakan Human Immunodefeciency Virus (HIV).

Pada tahun 1986, satu lagi virus ditemui yang hampir bersamaan dengan virus HIV yang ditemui pada
tahun 1984. Ianya ditemui dikalangan penduduk Afrika Barat dan juga menyebabkan AIDS. Virus ini
dinamakan HIV-2 dan virus yang ditemui pada tahun 1984 dinamakan HIV-1.

Sehingga sekarang AIDS didapati disebabkan oleh dua jenis virus yang hampir sama iaitu HIV-1 dan
HIV-2.

AIDS : AGEN PENYEBAB( Virus HIV-1 dan HIV-2)


- Maaf, bahagian ini sangat teknikal.

Banyak hal-hal berkenaan penyakit AIDS yang masih kurang jelas. Diantaranya ialah sel apakah yang
yang mula-mula diserang oleh virus HIV yang menyebabkan genjala seperti selsema diawal jangkitan?.
Dibahagian manakah didalam badan yang mula-mula diserang oleh virus ini ( sel darah periferal, tisu
limfa, tisu sel dendrit atau sumsung tulang)?. Apakah sel monoklonal CD4 yang diserang oleh virus
berada didalam keadaan rihat atau tidak aktif?. Apakah faktor (faktor-faktor) yang menyebabkan keadaan
klinikal pesakit menjadi AIDS?. Apakah kehilangan CD4 sahaja dapat menerangkan semua keadaan ini?.

Maklumat lanjut tentang virus juga menjadi masaalah kerana keadaan yang seakan-akan kelenjar limfa
secara mikro sukar atau tidak boleh diadakan didalam kelalang kultur tisu. Walaupun begitu maklumat
tentang virus HIV yang ada sekarang didapati dari kultur tisu atau dikiaskan berlaku didalam tubuh
manusia dari analisa klinikal spesimen yang diperolehi dari pesakit yang seropisitif.

Virus HIV seperti retrovirus lain adalah virus RNA. Ianya memerlukan sejenis enzim yang dinamakan
reverse transcriptase untuk menukar bentuk kepada DNA dan seterusnya membiak didalam sel tubuh
manusia. Seperti retrovirus lain juga, virus HIV mempunyai bahan genetik group specific antigen yang
dinamakan gag, polymerase (pol) dan envelope (env). Virus HIV-1 dan virus HIV-2 dibezakan oleh
2
sejenis bahan genetik yang menghubungan pol dan env. HIV-1 mempunyai bahan genetik vpu, sementara
HIV-2 mempunyai bahan genetik vpx.

Apabila virus HIV memasukki tubuh manusia, ia menyerang sel limfosit monoklonal CD4. Untuk
menjadikan ianya berjaya hidup didalam tubuh manusia, virus ini misti melakukan satu proses yang
dinamakan replication. Replication virus HIV hanya akan berjaya jika ianya dapat menghasilkan bahan
progeni yang mengandungi:
• dua salinan genon RNA 9.2 kilobase (kb) yang dirangkumi oleh nucleocapsid protin Gag;
• enzim (pretease, reverse transcriptase-RNase, dan integrase);
• membran lipoprotin luar dan kulit glikoprotin viral yang bersangkutan.

AIDS: RIWAYAT HIV SECARA IN VIVO


- Maaf, bahagian ini sangat teknikal

Sepanjang abad lalu, pengentahuan lanjut didalam virologi, biologi sel, immunologi dan biologi
molekular telah menyebabkan pemahaman lebih mendalam jangkitan HIV secara klinikal. HIV ditularkan
dari seorang keseorang melalui darah dan hasil darah, cairan faraj, air mani tetapi tidak melalui hasil
biologi yang telah diperoses seperti gamma globulin. Ianya juga boleh dijangkitkan dari ibu ke anak
didalam kandungan, berkemungkinan besar semasa bersalin dan proses bersalin. Partner studies
menunjukkan individu yang dijangkitan dan mempunyai tahap daya pertahanan tubuh yang teruk serta
mempunyai kadar virus didalam badan yang tinggi mempunyai kemungkinan yang lebih besar
menularkan jangkitan. Adalah dianggarkan kemungkinan jangkitan adalah 1 per 3 ke 4 untuk ibu ke anak,
1 per 100 ke 500 setiap hubungan seks secara liwat, 1 per 500 ke 1,000 untuk setiap hubungan seks
lelaki-perempuan melalui faraj, 3 ke 4 per 1,000 setiap tusukan percutaneous darah yang dicemari.

Jangkitan primer virus HIV ditunjukkan dengan genjala sementara selalunya beserta dengan demam,
bengkak kelanjar limfa, sakit tekak, ruam, sakit perut dan kadang-kadang genjala neulogi. Jika
pemeriksaan darah dilakukan semasa ini, partikel virus dapat dikultur dan diasingkan. Selepas itu
bilangan virus didalam tubuh berkurangkan dengan mendadak disertai oleh pembentukan antibodi kepada
protin Gag dan Env. Keadaan ini selalunya berlaku didalam masa 2 hingga 4 minggu selepas genjala
pertama. Bilangan virus semasa ini boleh menjadi begitu rendah sehingga tidak dapat di asingkan dari
pesakit. Jangka masa latent ini dianggarkan selama 8 hingga 10 tahun. Adalah tidak dapat dipastikan
kenapakah keadaan ini berlaku tetapi teori jangkitan virus herpes diketengahkan. Virus herpes simplex
yang menyebabkan penyakit kayap juga hidup secara dormant didalam sel ganglia saraf manusia
sehingga satu ketika dimana virus itu aktif dan menyebabkan penyakit. Virus herpes juga dikatakan akan
berada didalam tubuh seseorang seumur hidup apabila dijangkiti.

AIDS : PENGESANAN

Memandangkan masa inkubasi yang panjang ( 8 hingga 10 tahun ), adalah tidak praktikal menunggu
tanda-tanda klinikal penyakit untuk mengesahkan seseorang itu dijangkiti kuman HIV atau tidak. Secara
teori bila seseorang dijangkiti virus HIV, kesan tindakbalas tubuh terhadap penyakit berlaku. Tindakbalas
ini boleh dikesan dimakmal dengan melakukan pemeriksaan darah untuk mengesan antibodi terhadap
virus HIV. Suatu teknik yang dinamakan Enzyme Link Immuno Assay (ELISA) digunakan. Pemeriksaan
ini dijalankan dihampir seluruh dunia dan di semua pusat pengesanan HIV diseluruh Semenanjung
Malaysia. Teknik ini sangat sensitif. Dengan menggunakan kaedah yang betul tahapnya ialah 99.99
peratus (Bermakna kaedah ini hanya gagal mengesan 1 kes bagi setiap 10,000 pesakit yang mempunyai
kuman HIV).

Satu lagi ujian yang dijalankan dan juga mengesan kehadiran antibodi dinamakan Partical Agglutination
(PA) digunakan. Cara ini didapati kurang sensitif daripada ELISA tetapi lebih spesifik. Ianya digunakan
sebagai ujian kedua selepas sesuatu darah pesakit disahkan mempunyai antibodi dengan ujian ELISA.

3
Ujian Western Blot juga menggunakan kaedah pengesan kehadiran antibodi terhadap virus HIV. Ujian
Western Blot (WB) hanya dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IPP) di Malaysia. Ini kerana
ujian WB memerlukan peralatan yang khusus dan keputusan hanya boleh dibaca oleh orang yang mahir
sahaja. Ujian WB pada asasnya dijalankan dengan mengesan kehadiran env protin virus HIV didalam
darah. Ujian WB digunakan sebagai ujian pengesahan kehadiran virus HIV.

Satu lagi ujian yang dijalankan ialah Polimerase Chain Reaction (PCR). Ujian ini mengesan kehadiran
virus HIV dengan melihat virus berkenaan dan bukan antibodi terhadap virus seperti ketiga-tiga ujian
diatas. Ujian PCR dijalankan untuk kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti HIV untuk
mengesahkan kehadiran kuman HIV.

Secara umumnya seseorang pesakit akan menjalani:


• ujian ELISA sebagai saringan pertama
• ujian PA sebagai saringan kedua
• JIKA kedua-dua ujian diatas reaktif (menunjukkan tindakbalas positif), darah baru akan diminta
daripada pesakit. Ujian ELISA dan PA kali kedua akan dijalankan.
• ujian WB di IPP
• ujian PCR jika berumur kurang daripada 18 bulan

Selepas doktor berpuas hati dengan semua keputusan ujian-ujian diatas, pesakit akan disahkan samada
dijangkiti HIV atau TIDAK.

Memandangkan virus HIV sangat spesifik kepada manusia, ianya tidak dapat dibiakkan didalam tisu
haiwan lain. Oleh itu pengesanan virus dengan menggunakan kaedah haiwan yang disuntik oleh serum
pesakit yang mungkin dijangkiti virus tidak dijalankan. Walaunpun begitu kaedah kultur tisu ada
digunakan didalam penyelidikan. Sepasukan pakar dari Universiti Kyoto, Jepun dapat membiakan virus
HIV didalam monyet dengan melakukan sedikit perubahan struktur genetik virus berkenaan.

AIDS : TANDA KLINIKAL

Tanda-tanda klinikal AIDS bergantung kepada kriteria yang digunakan untuk mendiagnos AIDS.
Mengikut kriteria yang digunakan oleh Malaysia sekarang, tanda-tanda AIDS ialah :
i. Susut berat badan melebihi 1/3 dalam masa 1 bulan.
ii. Demam berpanjangan melebihi 1 bulan
iii. Cirit birit berpanjangan melebihi 1 bulan
iv. Batuk berpanjangan melebihi 1 bulan
v. Mendapat jangkitan kandidiasis oral
vi. Mendapat jangkitan 'Kaposi sarcoma'
vii. Mendapat jangkitan kayap yang kerap atau tidak sembuh

AIDS : RAWATAN

Tiada rawatan khusus untuk AIDS. Pengentahuan yang ada menunjukkan semua pesakit HIV akan
berakhir dengan kematian.

Terdapat beberapa ubat yang dapat mengelakkan jangkitan oputunistik AIDS. Ubat-ubat ini secara
teorinya dapat memanjangkan jangka hayat pesakit AIDS.

AZT adalah ubat yang mula-mula sekali dicuba terhadap pesakit AIDS. Secara teorinya AZT, sebagai
penghalang enzim transcriptase, dapat menghalang virus HIV (sejenis virus DNA) menukarkan bahan
genetik kepada DNA. Oleh itu ianya dapat menghalang pembiakan virus DNA. Maklumat yang ada
sekarang menunjukkan AZT hanya dapat diberikan kepada orang tertentu sahaja. Mereka-mereka ialah
yang mempunyai bilangan CD4+ kurang dari 400, ibu-ibu positif yang mengandung. Walaupun begitu
AZT hanya didapati mempunyai kesan jangka pendik sahaja. Kesannya berkurangan semakin lama
4
pesakit mengidap AIDS. Satu ujian klinikal mendapati pengambilan AZT dikalangan ibu mengandung
dapat menggurangkan jangkitan HIV dari 30% ke 7%.

AIDS : VAKSIN

Maklumat yang ada menunjukkan vaksin AIDS berada diperingkat 'clinical trial' ( maklumat terakhir
pada akhir 1995).

Beberapa masaalah besar berkenaan vaksin AIDS ialah:

i. Isu etikal. Adalah tidak etikal secara perubatan memberikan satu vaksin yang masih belum diketahui
kesan nya kepada seseorang dan seterusnya mendedahkan orang berkenaan kepada penyakit merbahaya
yang masih belum ada ubatnya (iaitu AIDS).

ii. Virus HIV. Adalah diketahui dengan jelas sekarang bahawa terdapat beberapa jenis virus HIV.
Disamping terdapat 2 kumpulan besar iatu HIV-1 dan HIV-2, terdapat perbezaan susunan struktur genetik
dikalangan HIV-1 sendiri (setiap ahli didalam kumpulan berbeza dinamakan clad ). Oleh itu virus HIV
yang menyebabkan AIDS di Amerika tidak serupa dengan di Asia yang juga tidak sama dengan di Afrika.
Oleh itu vaksin HIV hendaklah di bentuk untuk setiap clad yang berbeza ini.

iii. Calun. Sebagai sifat biologinya, vaksin digunakan untuk mencegah jangkitan. Oleh itu calun vaksin
HIV adalah mereka-mereka didalam gulungan beresiko tinggi seperti penagih dadah secara suntikan,
pelacur (dan pelanggannya) dan pengamal homoseks. Soalannya bilakan vaksin patut diberikan kepada
gulungan ini. Memandangkan gulungan ini dianggap sebagai antisosial di sesetengah negara (juga di
Malaysia), apakah pemberian vaksin kepada gulungan ini tidak disalah anggap sebagai menggalakkan
kejadian antisosial.

BAB 1
MANGSA YANG TIDAK BERDOSA
SEJAK kes pertama AIDS di Malaysia dikesan pada tahun 1986, kita telah mengetahui yang pengidap-
pengidap AIDS adalah terdiri daripada golongan yang mengamal gaya hidup yang tidak sihat seperti
penagihan dadah, tabiat seks rambang dan homoseksual.

Namun begitu, bagi kita yang tidak berada di dalam kumpulan berisiko tinggi ini, perlu juga sedar
bahawa ramai pengidap AIDS bukan terdiri daripada kumpulan tersebut. Kita telah menjadi mangsa
akibat kejahilan dan sikap sambil lewa serta sifat yang sengaja tidak mahu mengambil tahu. Ramai yang
berfikir jika kita tidak melakukan seks rambang, tidak menagih dadah, tentulah kita tidak akan terkena
AIDS.

Anggapan ini adalah salah. Jangan nanti apabila kita dijangkiti AIDS, kita menyalahkan orang lain,
tanyalah diri kita dahulu.

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti AIDS. Contohnya apabila kita mendirikan rumahtangga, kita tidak tahu
cara hidup pasangan kita di zaman remajanya. Adakah dia penagih dadah, pengamal seks rambang atau
homoseksual?

Mungkin dia berkelulusan tinggi, baru balik dari luar negeri atau ahli usahawan yang bergaya, politikus
yang sibuk, atau olahragawan cemerlang yang selalu ke luar negeri. Pokoknya apabila mereka berada di
seberang laut lagaknya berlainan. Tanyalah suami/isteri kita ini dengan bijaksana, bukan menuduh tetapi
cemburu sedikit, menandakan kita sayang kepadanya dan keluarga kita. Walaupun ketika mendirikan
rumahtangga, tabiat buruk itu telah dihentikannya, keadaan sekarang memerlukan sifat yang berterus

5
terang. Kita perlulah sedar bahawa virus HIV yang menyebabkan AIDS itu telah pun berada dalam tubuh,
cuma belum mula bersifat ganas sahaja, malah jangka masa inkubasinya boleh berterusan sehingga 10
tahun lamanya.

Mungkin pasangan kita, menantu kita atau ahli keluarga kita atau anak kita itu pernah ke seberang laut,
atau mempunyai tabiat yang dicurigai dan telah terdedah kepada virus HIV. Maka penting bagi kita
mengetahui untuk merawatnya dan menghalang virus itu daripada merebak.

Walaupun itu cerita lama, tetapi akibat daripada peristiwa yang berlaku bertahun-tahun itulah yang telah
menyebabkan virus HIV terus berada dalam tubuh seseorang itu dan mungkin ia telahpun menjangkiti
orang lain dan isteri-isteri mereka juga.

Kaum wanita dan para isteri menjadi mangsa kepada keadaan ini kerana mereka terdedah kepada
jangkitan virus HIV melalui suami mereka.

Ramai tidak tahu sama ada mereka dijangkiti oleh virus HIV atau tidak kerana selama ini mereka tidak
pernah meneliti tabiat suami dan riwayatnya di masa lalu. Kita tentu terperanjat dengan berita 30 orang
pemandu bas mini yang menagih dadah. 'I'idak hairan jika ujian HIV pada mereka juga akan didapati
positif.

Aspek yang perlu kita ketahui, jika anda seorang isteri yang malang dan telah dijangkiti virus HIV, ia
boleh pula menular kepada janin dalam kandungan anda. Adalah lebih baik jika si isteri jangan
mengandung kerana semasa mengandung keadaan akan menjadi lebih teruk dan penyakit AIDS itu
menjadi bertambah melarat. Bagi ibu ini, peluang baginya untuk hidup akan menjadi lebih singkat
mungkin hanya tinggal dua atau tiga tahun sahaja selepas melahirkan bayi tersebut.

Telitilah struktur keluarga anda sendiri. Adakah keadaan suami isteri selalu berjauhan, seperti keluarga
tentera, kelasi, pramugara dan pramugari atau ahli perniagaan? Walaupun jauh di mata, dekat di hati
tetapi virus HIV itu sentiasa mendampingi mereka yang selalu keseorangan ini.

AIDS bukan sahaja ditular daripada ibu ke anak tetapi risikonya termasuk mereka yang membantu proses
kelahiran itu. Tanpa disedari para doktor, bidan dan mereka yang berhubung rapat dengan najis-najis dan
darah-darah semasa bersalin juga mungkin dijangkiti virus HIV.

Para doktor, jururawat, atendan dan pembantu makmal yang menjalankan ujian terhadap darah pesakit
tanpa mereka ketahui darah itu mungkin mengandungi virus HIV. Mereka yang menjalankan tugas murni
membantu pesakit, terpaksa menerima risiko dijangkiti virus itu sendiri. Berhati-hatilah sentiasa kerana
AIDS ada di mana-mana.

Rawatan bagi pesakit AIDS tidak memerlukan isolasi. Pesakit AIDS boleh dirawat sebelah-menyebelah
dengan pesakit lain. Pesakit AIDS sertiasa mengalami penderitaan tekanan emosi daripada masyarakat,
mereka mungkin tidak bersalah. Bagi pesakit lain dan ahli-ahli masyarakat, mereka mestilah faham
bagaimana pesakit ini dijangkiti virus HIV. Cuma dengan memahami penyakit AIDS dan virus HIV maka
dapat kita kikis prasangka buruk terhadap pesakit AIDS dan rasa simpati dapat kita curahkan kepada
mereka tanpa merbahayakan diri sendiri, Rajah 1.0.

AIDS tidak mengenal mangsa, tiada belas atau ihsan. Pesakit yang menderita dengan kegagalan buah
pinggang boleh dibebani juga dengan jangkitan virus HIV melalui alat dialisis atau semasa pemindahan
buah pinggang. Berhati-hatilah semasa rnemilih tempat untuk mendapatkan rawatan, kenalilah peribadi
doktor yang merawat anda. Begitu juga dengan pemindahan-pemindahan organ lain seperti pemindahan
kornea, sum-sum tulang, jantung, paru-paru dan sebagainya, pastikan ia dijalankan di institusi yang boleh
dipercayai ; pastikan pagar itu tidak memakan padi.

Golongan yang paling teraniaya, ialah pesakit hemofilia. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Mereka tidak diberi
pilihan, penyakit mereka disebabkan oleh kelainan genetik yang telah diturun-temurunkan dari satu
6
generasi ke generasi yang lain. Jika dulu penemuan gen penyebab dan bahan pembeku Faktor VIII
merupakan penyelamat pada saat-saat pendarahan, kini faktor penyelamat ini menjadi punca penderitaan
dan kematian. Faktor pembekuan yang di import dari seberang laut telah dicemari oleh virus HIV dan
transfusi bahan-bahan yang diperolehi daripada darah yang telah dicemari ini pasti akan berakhir dengan
maut.

Sering kita dengar, setitik darah itu boleh merupakan menyambung nyawa di saat-saat kecemasan.
Tanyalah diri sendiri, mungkin anda pernah terdedah kepada virus HIV. Anda dinasihatkan supaya tidak
menderma darah. Walaupun darah yang diberi, akan disaring untuk virus HIV, tetapi ada baiknya anda
mengetahui status anda dahulu sebelum menderma darah. Bagi mereka yang bebas daripada virus HIV,
darah mereka masih diperlukan. Teruskan bakti suci anda itu.

Rajah 1.1 : Pembawa virus HIV menjangkiti ahli-ahli masyarakat, mereka yang berisiko tinggi dan yang
tidak tergolong di dalam kumpulan-kumpulan tersebut

Pesakit AIDS bukan sahaja menimbulkan masalah semasa hayat mereka tetapi mayat mereka juga boleh
menjadi agen penyebar virus HIV. Dari saat matinya sehingga dia dikebumikan semua cecair daripada
tubuh mayat tersebut mengandungi virus HIV. Perhatian dan perlindungan yang rapi harus diambil oleh
ahli-ahli keluarga dan mereka yang akan menyelenggarakan jenazah tersebut supaya virus ini tidak
menjangkiti orang lain.

Tidak hairanlah AIDS kini di bibir mulut setiap ahli masyarakat kerana bahaya yang dibawa bersama-
samanya adalah menggerunkan. Lebih malang lagi apabila virus ini menjangkiti para isteri, anak-anak,
pesakit dan orang awam yang tidak berdosa. Mereka akan bertanya apa dosaku sehingga aku dijangkiti
AIDS. Jawapannya AIDS tidak mengenal dosa atau pahala. Jika anda lalai dan daif tentang penyakit ini,
anda telah menzalimi diri anda sendiri dan mungkin itu sahaja dosa yang pernah anda lakukan untuk
menerima pembalasan yang sedemikian. Kenalilah AIDS sebelum AIDS mengenali anda.

Mangsa yang terdedah kepada HIV


• Ahli keluarga
• · Suami isteri
• · Kanak-kanak
• · Janin dalam kandungan
• Profesional
• · Doktor
• · Jururawat & bidan
• · Atendan
• · Pembantu makmal
• Pesakit
• · Hemofilia
• · Penerima organ
• - Buah pinggang
• - Kornea
• - Kulit
• - Sum-sum tulang
• · Penerima darah
• Ahli Masyarakat
• · Bilal, noja & imam
• · Penyelenggara mayat.

7
BAB 4
AIDS: MASALAH MANUSIA SEJAGAT
PENYAKIT AIDS tidak mengenal batasan ataupun sempadan sesebuah negara. la merupakan sejenis
penyakit yang terdapat di seluruh dunia merangkumi lima benua. Sehingga Julai 1988, 138 buah negara
telah terlibat mengakibatkan 100,401 kes pesakit AIDS berbanding dengan empat tahun sebelumnya,
hanya 11,995 pesakit AIDS yang dilaporkan. Tetapi sekarang gambarannya adalah lebih teruk daripada
tahun 1988. Menurut laporan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, jumlah pesakit AIDS adalah jauh lebih
banyak daripada angka yang dilaporkan. Jumlah yang dianggarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
sebenarnya adalah tiga kali ganda daripada jumlah yang dilaporkan secara rasmi. Pertubuhan Kesihatan
Sedunia menganggarkan di seluruh dunia terdapat 500,000 orang yang menghidap AIDS dan menjelang
tahun 2000 seramai 1 ½ juta manusia akan menghidap penyakit AIDS dan di antara 30 - 40 juta manusia
akan dijangkiti oleh virus HIV. Laporan terakhir sehingga September 1990 terdapat 8 - 10 juta pembawa
virus HIV di seluruh dunia. Anggaran kasar menunjukkan lima juta ialah lelaki dan tiga juta perempuan.
Taburannya mengikut negara-negara terlibat ialah seperti di dalam Rajah 4.1.
BAGAIMANA JANGKITAN HIV BOLEH MEREBAK?
Cara jangkitan virus HIV telahpun dikenalpasti. Virus ini tersebar melalui hubungan seks, daripada darah
manusia yang mengandungi virus HIV dan juga daripada bahan-bahan yang didapati daripada darah. la
juga boleh merebak di peringkat pranatal daripada ibu kepada janin ataupun kepada kanak-kanak melalui
susu ibu. Virus HIV mudah disebarkan di kalangan penagih dadah yang suka berkongsi jarum suntikan.

Cecair Tubuh Yang Mengandungi Virus HIV

Cecair badan manusia telah dikesan sebagai persekitaran yang sesuai untuk virus HIV hidup. Ini termasuk
air liur dan air mata. Kebanyakan virus ini didapati di dalam darah, air mani, cecair pada rahim wanita
dan berkemungkinan besar virus ini boleh didapati dalam susu ibu dan boleh mengakibatkan jangkitan.
Ini adalah kerana terdapat banyak limfosit dalam cecair ini. Limfosit merupakan bahan yang penting
untuk penghidupan virus HIV. Proses transmisi virus yang berkesan memerlukan dos kehadiran virus HIV
yang tinggi sebagai satu keperluan untuk menghasilkan jangkitan..
Rajah 4.1: Bilangan pesakit AIDS yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihalan Sedunia daripada tahun
1979 hingga Mac 1988

Di samping itu keadaan perumah atau pesakit juga penting untuk memastikan transmisi virus ini akan
menghasilkan jangkitan virus HIV, dan kemudiannya berterusan menjadi penyakit AIDS

Keadaan persekitaran perumah juga adalah penting untuk mengakibatkan jangkitan virus HIV.
Persekitaran pada sistem saluran darah termasuk kawasan luka pada kulit, kawasan kemaluan lelaki dan
kemaluan wanita dan juga anus adalah persekitaran yang mudah dijangkiti oleh virus HIV. Jika
dibandingkan dengan lapisan mukosa pada anus manusia, ia adalah lebih sesuai untuk virus HIV hidup
berbanding dengan lapisan mukosa mulut.

Sumber virus HIV


• Boleb mengakibatkan jangkitan
• · Air mani
• · Darah
• · Cecair faraj serviks
• · Susu ibu
• HIV boleh didapati pada jumlah yang sedikit
• · Air liur
• · Air mata
• · Air kencing
• · Sel mononuklear
8
• · Cecair serebrospinal
• · Sum-sum tulang
• · Otak
TRANSMISI VIRUS HIV MELALUI HUBUNGAN SEKS
Hubungan seks di antara manusia merupakan cara yang paling lumrah bagi transmisi virus ini. Biasanya
transmisi virus ini bermula daripada air mani ke saluran rahim wanita. Transmisi juga boleh berlaku di
antara hubungan seks sesama lelaki, ataupun daripada lelaki ke wanita atau sebaliknya iaitu wanita
kepada lelaki. Transmisi virus HIV di antara lelaki sesama lelaki ataupun daripada lelaki kepada wanita
boleh berlaku dengan lebih berkesan berbanding dengan transmisi daripada wanita kepada lelaki. Ada
juga kes-kes yang telah dilaporkan di mana transmisi berlaku di antara wanita dengan wanita iaitu di
kalangan mereka yang mengamalkan perhubungan lesbian tetapi bilangannya adalah kecil.

Kadar Transmisi Melaiui Seks Heteroseksual


• Lelaki Ke Perempuan
• · Pesakit hemofilia HIV kepada isterinya - 7-9%
• · Wanita rakan seks lelaki yang biseksual - 14%
• · Wanita rakan seks lelaki yang mengidap AIDS - 54%
• Perempuan Ke Lelaki
• · Lelaki rakan seks wanita yang mengidap AIDS - 65%

Transmisi virus HIV juga boleh berlaku melalui hubungan seks secara heteroseksual. Pada peringkat awal
epidemik AIDS yang berlaku di Afrika, ia adalah di antara golongan yang melakukan hubungan
heteroseksual. Adalah dipercayai jangkitan itu berlaku kerana hubungan seks yang dilakukan melalui
saluran anus tetapi kajian seterusnya membuktikan bahawa hubungan seks heteroseksual yang biasa
dilakukan iaitu menerusi saluran faraj adalah salah satu daripada cara transmisi virus di kalangan mereka
ini.

Pendedahan kepada virus HIV dan jangkitan daripada virus HIV adalah dua fenomena yang berbeza.
Seseorang itu boleh terdedah kepada virus HIV melalui hubungan seks tetapi virus tersebut tidak
menjangkiti rakan seks seseorang individu itu. Adalah sukar untuk ditentukan bilakah pendedahan
terhadap virus HIV berakhir dengan jangkitan oleh virus HIV. Perhubungan seks yang dilakukan dengan
seseorang yang mempunyai virus HIV mungkin tidak berkesudahan dengan jangkitan virus HIV
walaupun hubungan seks itu dilakukan berkali-kali. Sebaliknya jangkitan boleh berlaku pada seseorang
itu apabila dia mengadakan hubungan seks pada kali pertama dengan seseorang yang membawa virus
HIV. Risiko yang ditanggung oleh seseorang semasa melakukan hubungan seks buat pertama kali tidak
dapat ditentukan dengan pasti tetapi mengikut beberapa penyelidikan adalah dianggarkan seorang wanita
itu berkemungkinan dijangkiti virus HIV satu dalam setiap seribu kali ia melakukan hubungan seks
dengan lelaki yang mempunyai virus HIV.

Kajian saintifik menunjukkan kurang daripada 1 peratus masyarakat sekarang ini dijangkiti oleh virus
HIV. Ini bermakna kemungkinan untuk mendapat penyakit AIDS daripada hubungan seks adalah rendah.
Walau bagaimanapun dengan mempunyai hubungan seks yang kerap, dan dilakukan pula dengan ramai
rakan, maka ini akan meningkatkan lagi kemungkinan untuk dijangkiti oleh virus HIV. Faktor-faktor yang
akan meninggikan lagi kemungkinan jangkitan virus HIV kepada seseorang itu ialah :

Faktor-faktor yang meningkatkan kemungkinan transmisi virus HIV semasa hubungan seks :
• 1. Mempunyai ramai rakan seks.
• 2. Transmisi melalui hubungan seks yang berterusan dengan seseorang yang mempunyai virus
HIV.
• 3. Keadaan tertentu di kawasan kemaluan atau di kawasan anus seseorang pesakit :
• a. Apabila terdapat ulser atau luka di kawasan kemaluan ataupun terdapat penyakit-
penyakit kelamin yang lain.
9
• b. Apabila seseorang itu mengamalkan hubungan seks melalui lubang anus.
• c. Apabila amalan seks itu melibatkan benda-benda yang keras yang dimasukkan
melalui faraj ataupun saluran anus.
• 4. Bersangkutan dengan tahap penyakit seseorang itu.
• a. Kemungkinan transmisi adalah lebih besar apabila seseorang itu mengadakan
hubungan seks dengan seseorang pesakit yang sudah mempunyai AIDS pada peringkat
yang teruk.
• b. Ia lebih berkemungkinan apabila sistem pertahanan tubuhnya sangat lemah.
• 5. Transmisi melalui hubungan seks terutamanya di kawasan-kawasan yang terdapat pendarahan.

Kemungkinan penyebaran virus HIV melalui darah bergantung kepada jumlah virus yang terdapat di
dalam darah itu. Jika darah itu dicemari oleh virus dalam jumlah yang besar maka apabila darah itu
diterima oleh seseorang ia berkemungkinan besar dijangkiti oleh virus HIV. Namun apabila jumlah virus
yang didapati pada darah itu adalah kecil, contohnya seperti cucukan oleh jarum maka kemungkinan
mendapat jangkitan virus HIV adalah rendah.
Fakta Pendidikan

Jangkitan lebih mudah terjadi jika :


• · Kandungan virus tinggi.
• · Ada trauma.
• · Ada jangkitan sekunder pada permukaan mukosa.
• · Ada reseptor pada pernlukaan epiteliun.
• · Pendedahan yang acap kali.
• · Tahap penyakit yang teruk.
TRANSMISI VIRUS HIV MELALUI PEKERJAAN
Transmisi virus HIV di kalangan pekerja-pekerja yang berhubung rapat dengan penggunaan darah telah
banyak dilaporkan.

Pekerja-pekerja yang berkait rapat dengan penggunaan darah seperti doktor, jururawat dan mereka yang
berkerja di bidang perubatan mempunyai risiko tinggi kepada jangkitan virus HIV. Satu penyelidikan
yang dijalankan di kalangan 2,319 orang pekerja perubatan didapati 800 cucukan berlaku di kalangan
pekerja-pekerja ini. Di antara 800 cucukan yang terjadi ini cuma lima sahaja pesakit yang mendapat
jangkitan virus HIV. Ini bermakna kadar jangkitan adalah kurang daripada 1 peratus. Ini berbeza dengan
kadar jangkitan virus-virus lain seperti hepatitis B di mana cucukan jarum itu boleh mengakibatkan kadar
jangkitan yang lebih tinggi iaitu di antara 19-24 pcratus akan mengakibatkan penyakit hepatitis B.
Transmisi virus HIV melalui cucukan jarum adalah tidak begitu efisyen.
TRANSMISI VIRUS HIV MELALUI PENYALAHGUNAAN DADAH
Transmisi virus HIV di kalangan penyalahgunaan dadah adalah sangat tinggi. Adalah nienjadi amalan
penagih-penagih dadah untuk menyedut darah ke dalam siring yang mereka gunakan dan menyuntiknya
semula ke dalam pembuloh darah mereka. Siring dan jarum-jarum yang mereka gunakan ini pula
digunakan berkali-kali dan dikongsi bersama oleh beberapa penagih yang lain. Ini akan meninggikan lagi
risiko transmisi virus HIV di kalangan penagih-penagih dadah.

BAB 5

SPEKTRUM JANGKITAN VIRUS HIV DAN AIDS


AIDS adalah singkatan kepada perkataan Inggeris Acquired Immunodeficiency Syndrome atau Sindrom
Kekurangan Imun Perolehan. Ini bermakna penyakit ini diperolehi melalui jangkitan virus yang dipanggil
Human Immunodeficiency virus (HIV) dan ia bukan sejenis penyakit keturunan.

10
AIDS didefinisikan sebagai sejenis penyakit yang menunjukkan kekurangan daya keimunan pada
seseorang itu tanpa sebarang penyakit yang biasanya boleh menyebabkan keadaan yang sedemikian.
Dalam masa yang sama pesakit mendapat jangkitan virus HIV.

Jangkitan virus HIV menyebabkan spektrum penyakit yang luas. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
telah membahagikan penyakit AIDS kepada beberapa kumpulan.
• · Kumpulan I
• jangkitan yang akut.
• · Kumpulan II
• Pembawa virus HIV yang tidak mengalami sebarang gejala klinikal (asimtomatik).
• · Kumpulan III
• Pesakit yang mempunyai limfadenopati menyeluruh yang berterusan (PGL- Progressive
generalised lymphadenopathy).
• · Kumpulan IV
• Pesakit AIDS yang menderita berbagai-bagai jenis penyakit yang berkait rapat dengan
kekurangan sistem pertahanan tubuh :
• a. Penyakit konstitusi.
• b. Penyakit sistem saraf.
• c. Penyakit infeksi sekunder.
• d. Penyakit kanser.
• e. Penyakit-penyakit lain.

Pembawa virus HIV dan pembawa AIDS boleh mengalami berbagai-bagai manifestasi klinikal. Ini
bergantung kepada tahap jangkitan, jenis jangkitan opotunis dan sistem-sistem yang terganggu. Pesakit
juga boleh datang dengan masalah kanser atau tumor pada mana-mana anggota tubuh.
JANGKITAN AKUT AIDS
Jangkitan akut virus yang menyebabkan AIDS berlaku apabila seseorang terdedah kepada virus HIV yang
biasanya berlaku secara asimtomatik dan boleh berterusan selama 6 minggu hingga 6 bulan. Gejala-gejala
klinikal yang awal biasanya kurang spesifik dan pesakit merasakan seperti infeksi-infeksi virus yang lain
juga, terutamanya apabila virus ini menjalani serokonversi akut. Pesakit berasa letih lesu, deman, sengal-
sengal otot dan tulang, sakit tekak dan mungkin terjadi pembengkakkan kelenjar. Pada peringkat ini ujian
antibodi HIV masih negatif.

Virus ini boleh juga melibatkan sistem saraf dan pesakit akan hilang ingatan, kurang daya konsentrasi
(tidak boleh menggunakan tenaga mental dengan lama), pertukaran personaliti (muram dan mudah
meradang) dan disorientasi. Pesakit boleh mendapat meningitis iaitu pembengkakkan otak dan selaput
otak.

Tidak semua pesakit yang telah menjalani serokonversi akan menderita infeksi yang kronik. Pada kes-kes
yang tidak menjadi kronik pesakit akan mengalami fasa infeksi yang tidak ketara tetapi pesakit-pesakit ini
masih boleh menjangkiti orang lain.

Apabila seseorang itu dikatakan mempunyai antibodi positif untuk virus HIV, ini bermakna dia telah
terdedah kepada virus HIV. Ini tidak bermakna dia mempunyai kuasa kekebalan terhadap virus HIV,
walaupun tubuhnya telah ada antibodi terhadap virus HIV. Antibodi yang positif untuk HIV juga bukan
bermakna pesakit sudah menderita penyakit AIDS.

Infeksi kronik virus HIV boleh berlaku secara asimtomatik. Pesakit-pesakit ini mudah dijangkiti kuman-
kuman lain yang menyebabkan penyakit kulit, paru-paru, otak, gastrousus dan mereka mempunyai
pembengkakkan kelenjar.

11
PERHATIAN:
Ujian yang positif untuk virus HIV bermakna:
• · Pendedaban kepada virus HIV.
• · Infeksi yang berterusan.
• · Mungkin mudah berjangkit.

Ini TIDAK bermakna pesakit mengalami penyakit AIDS.

Melihat kepada spektrum yang luas ini pesakit yang dijangkiti virus HIV, kebanyakan mereka adalah
asimtomatik. Sebahagian daripada kumpulan ini akan mendapat pembengkakan kelenjar yang dipanggil
limfadenopati menyeluruh yang berterusan (PGL : Progressive generalised lymphadenopathy). Daripada
kumpulan ini sebahagian kecil akan bertambah teruk menjadi komplek berkaitan AIDS. (ARC : AIDS
related complex) dan seterusnya menderita penyakit AIDS, Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Fenomena 'Hujung tungkul air batu' di mana sebahagian besar daripada pembawa virus HIV
tidak kita ketahui

Bergantung pada fungsi sistem keimunan, seseorang pesakit pembawa virus HIV akan mengalami
beberapa tahap penyakit bergantung kepada fungsi daya pertahanan tubuhnya yang akhirnya akan
menjadi AIDS. Fungsi sistem keimunan seseorang itu dapat dilihat daripada gejala-gejala klinikal dan
jenis-jenis jangkitan opotunis atau kanser yang dialami oleh pesakit, Rajah 5.2.
LIMFADENOPATI MENYELURUH YANG BERTERUSAN (PGL)
Pembengkakkan kelenjar boleh didapati pada infeksi yang kronik. Jika terdapat kelenjar yang bengkak
melebihi 1 cm selain daripada kumpulan kelenjar di kawasan inguinal dan ia berterusan melebihi tiga
bulan tanpa sebarang sebab pesakit, mungkin akan menghidap sindrom PGL, Rajah 5.3 dan Rajah 5.4.

Pesakit dalam kumpulan PGL 10 - 30 peratus akan melarat menjadi AIDS dalam beberapa tahun dan
peratus ini meningkat lebih tinggi jika pesakit diikuti lebih lama.

Rajah 5.2 : Spektrum jangkitan HIV dilihat dari aspek pertahan tubuh yang berbeza-beza
Rajah 5.3 : Gambar pesakit yang mempunyai pembengkakan kelenjar pada leher
Rajah 5.4 : Gambar pembengkakan kelenjar inguinal pada pesakit PGL
KOMPLEKS BERKAITAN AIDS (ARC)
Pesakit ini mengalami simptom konstitusi dan tanda-tanda AIDS tetapi tidak mengalami sebarang infeksi
opotunis atau tumor.

Kebanyakan pesakit mula sedar akan masalah kesihatan mereka pada peringkat ini dan mula berjumpa
doktor. Pesakit boleh mengalami gejala-gejala berikut :
• Tanda Klinikal
• · Demam melebihi 38 degree Celsius.
• · Kurang berat badan melebihi 10 peratus.
• · Pembengkakan kelenjar.
• · Cirit-birit.
• · Keletihan dan kekurangan daya fizikal.
• · Berpeluh malam.
• Tanda makmal
• · Kurang sel darah putih.
• · Kurang sel darah merah (pucat).
• · Tanda kelemahan sistem keimunan lain.

12
Pada peringkat ini sistem keimunan pesakit sangatlah terjejas. Pesakit akan terus menderita dan
penyakitnya akan berlarutan menjadi penyakit AIDS. Pada peringkat penyakit AIDS inilah segala tumor
dan jangkitan oportunis akan terjadi dan boleh menyebabkan kematian.
APA AKAN TERJADI PADA PESAKIT AIDS?
Tidak semua pesakit yang dijangkiti virus HIV akan mendapat AIDS tetapi mereka pasti berakhir dengan
maut. Pesakit yang mempunyai virus HIV yang berterusan menjadi AIDS berlaku mengikut kadar yang
berlainan. Contohnya terdapat 8 peratus pesakit homoseksual di Denmark berbanding dengan 34 peratus
pesakit homoseksual di New York yang akan mendapat AIDS. Penagih dadah biasanya menderita
penyakit AIDS lebih teruk dan akan mati lebih cepat. Jangka masa inkubasi virus HIV untuk bertukar
daripada saat pendedahan kepada virus, sehingga menjadi penyakit AIDS adalah berbeza-beza mungkin
mengambil masa 2 - 10 tahun.

Mempelajari daripada kes-kes homoseksual di Amerika Utara dan Eropah secara am, 15 - 20 peratus
melarat menjadi AIDS dalam masa tiga tahun dan 20 - 30 peratus selepas lima tahun. Kebanyakan
pembawa virus HIV tidak mempunyai sebarang gejala atau cuma mempunyai pembengkakkan
limfadenopathi menyeluruh yang berterusan.
JENIS-JENIS JANGKITAN DAN TUMOR PADA PESAKIT AIDS
• Pesakit AIDS mudah mendapat jangkitan dan ketumbuhan berikut:
• · Jangkitan paru-paru (pneumonia).
• · Tibi (batuk kering).
• · Kandidiasis.
• · Cacing.
• · Gastroenteritis.
• · Encefalitis.
• Tumor atau kanser yang mudah didapati:
• · Sarkoma Kaposi.
• · Kanser Kulit.
• · Kanser mukosa mulut.
• · Kanser pada anorektum (kawasan anus).
• · Limfoma.

Pesakit AIDS yang mendapat sarkoma Kaposi boleh hidup lebih kurang dua setengah tahun. Manakala
pesakit AIDS yang dijangkiti pneumonia kerana Pneumocystis carinii boleh hidup lebih kurang sembilan
bulan. Gejala-gejala klinikal ini akan mencerminkan tahap ketahanan tubuh pesakit dan berapa lama lagi
pesakit boleh hidup.
Prevalan jangkitan opotunis pada 12,000 pesakit AIDS

Data daripada Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat.


Penyakit Prevalen (%)
Jangkitan opotunis
· Pneumocystis carinii 63
· Kandida pada esofagus 14
· Diseminasi sitomegalovirus 7
· Kriptoskokosis 7
· Mikobakteria atipikal 5
· Herpes Simplex Persistent 4
· Kriptosporidiosis 4
· Toksoplasmosis 4
· ‘Progressive multifocal leukencephalopthy’ 0.7
Penyakit maligna yang opotunis
13
· Sarkoma Kapos 26
· Limfoma otak 0.7
Seorang pesakit boleh mempunyai lebih daripada satu penyakit dalam satu masa.

AIDS BERBEZA DENGAN PENYAKIT LAIN


Mengapa penyakit AIDS itu berbeza dengan penyakit-penyakit lain? Kita tahu yang AIDS itu ialah
penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus HIV. Ia sama juga seperti penyakit berjangkit lain yang
disebabkan oleh virus seperti influenza, campak (measles) dan penyakit cacar (chicken pox). Perbezaanya
di sini ialah penyakit cacar, campak dan influenza ini kebanyakanya terjadi jika berlaku pendedahan
kepada pesakit-pesakit yang mempunyai virus ini dan jangkitannya bukan melalui hubungan seks. Jika
seseorang itu secara kebetulan terdedah kepada pesakit yang mempunyai campak atau cacar dan secara
kebetulan juga individu itu belum pernah dijangkiti oleh penyakit tersebut maka besar kemungkinan dia
akan dijangkiti oleh virus ini dan akan mengalami campak atau cacar. Pendedahan ini boleh berlaku
apabila seseorang individu itu berada dalam satu kawasan yang sama dengan pesakit campak ataupun
cacar, seperti berada dalam sebuah rumah atau dalam satu bilik bersama dengan pesakit tersebut.
Pendedahan yang begini sahaja sudah cukup untuk mengakibatkan jangkitan kepada seseorang individu.

Keadaan ini berbeza dengan penyakit AIDS. Penyakit AIDS tidak boleh dijangkiti dengan cara yang
sama. Penyakit AIDS hanya boleh berjangkit jika terdapat jangkitan melalui pembuluh darah, luka-luka
atau penerimaan darah dari bahan-bahan yang mengandungi virus tersebut. Tidak mungkin seseorang
individu itu dijangkiti oleh virus HIV jika dia berada di dalam satu bilik dengan pesakit AIDS, berbual-
bual atau pun bersalaman dengan pesakit AIDS.

Penyakit AIDS juga berbeza dengan penyakit tibi. Kita boleh mendapat tibi jika kita terdedah kepada
seorang pesakit yang mempunyai tibi dalam suatu ruang yang sama seperti berada berhampiran dengan
pesakit tibi semasa dia batuk ataupun kalau kita berbual-bual dengan pesakit tibi pada jarak yang dekat.
Keadaan ini berbeza daripada penyakit AIDS. Seseorang tidak boleh dijangkiti oleh virus HIV cuma
dengan berbual-bual dengan pesakit tersebut, sekalipun mereka batuk atau bersin di hadapan kita.

AIDS juga berbeza dengan penyakit malaria. Penyakit malaria ditularkan oleh parasit yang menjangkiti
nyamuk dan kemudian dibawa oleh nyamuk ke dalam tubuh badan manusia apabila nyamuk tersebut
menghisap darah manusia. Walaupun secara teorinya virus yang berada di dalam tubuh badan manusia
boleh menjangkiti nyamuk dan nyamuk yang sama boleh menggigit individu lain tetapi setakat ini tiada
bukti yang menunjukkan virus HIV boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk. Perbezaan penyakit AIDS
daripada penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung adalah jelas kerana
penyakit ini bukanlah tergolong dalam kumpulan penyakit berjangkit. Penyakit-penyakit ini disebabkan
oleb kegagalan organ-organ yang tertentu tetapi kegagalan ini bukanlah disebabkan oleh agen-agen
bakteria, parasit ataupun virus. Jika kita bandingkan penyakit AIDS dengan penyakit-penyakit campak,
tibi, darah tinggi dan kencing manis maka kita akan dapat membuat satu kesimpulan bahawa penyakit
AIDS adalah disebabkan oleh cara hidup yang tertentu di mana seorang pesakit itu sendiri yang mencari
penyakitnya. Penyakit ini tidak timbul secara spontan atau tiba-tiba, ia tidak didapati dengan duduk
berhampiran dengan pesakit-pesakit lain, penyakit ini tidak berjangkit dengan gigitan nyamuk tetapi
penyakit ini terjadi melalui cara hidup seseorang yang sukakan kepada hubungan seks secara rambang,
secara homoseksual dan cara hidup penagihan dadah yang sengaja mendedahkan dirinya kepada
jangkitan virus HIV. Ini adalah satu fakta yang penting untuk kita mengetahuinya secara terang dan jelas
bagaimana virus itu boleh menjangkiti seseorang. Selain daripada kes-kes jangkitan virus HIV yang
terjadi tidak secara tidak sengaja, kebanyakan kes AIDS adalah disebabkan oleh perbuatan dan kehendak
pesakit itu sendiri.

Kebanyakan mereka yang dijangkiti virus HIV ini adalah sihat tetapi apabila mereka mula mengalami
AIDS sepenuhnya penyakit ini pasti membawa maut. Manakala pembawa virus HIV yang lain pula
mereka juga akan mengalami beberapa tahap penyakit yang asimtomatik yang kurang serius dan
seterusnya melarat menjadi penyakit AIDS.

14
PENYAKIT AIDS DAN PARU-PARU
Penyakit paru-paru yang paling kerap terjadi pada pesakit AIDS ialah jangkitan Pneumocystis carinii.
Pesakit akan mendapat batuk tanpa kahak, susah bernafas dan demam. Hampir 80 peratus pesakit yang
menghidap jangkitan ini jika dirawat di hospital akan sembuh tetapi mereka mudah dijangkiti semula.
Jika pesakit AIDS mula mendapat penyakit ini, dan susah sembuh ini menandakan yang penyakitnya
adalah teruk dan dia boleh hidup lebih kurang sembilan bulan saja. Mereka yang sembuh akan sihat dan
kembali bekerja. Biasanya jangkitan ini tidak berlaku pada orang muda kecuali mereka yang mengidap
penyakit kronik lain seperti kegagalan ginjal atau menerima rawatan dengan ubat-ubat yang merbahaya
dan toksik.

Pesakit juga boleh mendapat tibi dan jangkitan ini berlaku pada peringkat awal penyakit AIDS. Pesakit
akan batuk berkahak dan demam serta berpeluh malam. Tibi ini boleh dirawat tetapi memakan masa
selama 6 - 9 bulan. Jangkitan mikobakteria atipikal pada paru-paru tidak mengurangkan survival jangka
masa panjang dan ia berlaku lebih lewat dan rawatan adalah dan biasanya tidak berjaya.

Penyakit pneumonia atau radang paru-paru disebabkan oleh kuman-kuman yang biasa, juga lebih kerap
berlaku pada pesakit AIDS. Pesakit AIDS adalah 17 kali lebih kerap mendapat jangkitan pneumonia
berbanding dengan 2.6 kali pada setiap 1000 pesakit biasa.

Apa anda harus buat jika paru-paru dijangkiti virus HIV?


Apa pula tindakan doktor?
Penyakit paru-paru pesakit AIDS
Gejala penyakit paru-paru
Berjumpa doktor
Pemeriksaan fizikal
Sinar X
Ujian kahak dan darah
Melihat paru-paru dengan bronkoskop
Jika perlu mengambil tisu paru-paru

Jika difikirkan yang anda mempunyai jangkitan paru-paru sila berjumpa doktor dan terangkan juga
mengapa anda fikir anda mungkin menghidap penyakit AIDS. Bergantung pada budi bicara doktor
tersebut mungkin kerisauan anda itu tidak berasas dan rawatan biasa sudah mencukupi.

Jika difikirkan perlu anda akan dirujukkan ke hospital kerajaan untuk siasatan selanjutnya. Ujian yang
biasa dilakukan ialah sinaran X pada dada dan ujian darah dan kahak. Anda boleh meminta supaya ujian
virus HIV dilakukan. Jika tidak ujian ini hanya dilakukan apabila difikirkan perlu oleh doktor yang
merawat anda. Keputusan ujian ini adalah rahsia dan anda boleh memilih untuk tidak mahu mengetahui
keputusan ujian tersebut atau tidak memberitahu ahli-ahli keluarga anda. Walau bagaimanapun ia adalah
hak peribadi anda dan harus dibincangkan dengan doktor yang merawat anda. Rawatan seterusnya dan
segala ujian berikutnya bergantung kepada keadaan penyakit anda.
PENYAKIT GASTROUSUS DAN HEPAR PADA PESAKIT AIDS
Penyakit AIDS boleh melibatkan sistem gastrousus dan hepar dan menimbulkan berbagai-bagai gejala.
Jangkitan kulat pada bahagian mulut dan esofagus yang dipanggil kandidiasis boleh terjadi tanpa disedari,
pesakit merasa sakit semasa menelan dan tidak selesa di bahagian mulut.

Mereka yang menghidap AIDS yang teruk, jika terdapat kandidiasis, prognosisnya adalah buruk. Lain-
lain jangkitan seperti infeksi virus herpes simplex dan sitomegalovirus kesemuanya ini boleh
menyebabkan ulser pada gastrousus. Cirit-birit kerap berlaku pada pesakit AIDS yang kronik,
penyebabnya jarang ditemui, tetapi ia disebabkan oleh enteropati yang mengakibatkan atrofi pada virus
usus dan pesakit mengalami malabsorpsi iaitu bahan-bahan makanan susah dihadamkan.
Cryptosporodium adalah patogen yang kerap juga ditemui. Pesakit akan mengalami sakit perut dan
mempunyai cirit-birit yang berterusan, najisnya cair dan akan kehilangan cecair dan elektrolit daripada

15
badan. Infeksi virus herpes simplex boleh terdapat pada mulut atau bahagian anus pesakit. Infeksi
sitomegalovirus boleh menyebabkan demam, sakit perut dan cirit-birit. Dilatasi usus, perforasi atau
kebocoran dan pendarahan boleh berlaku pada dinding usus.

Penyakit ini boleh diketahui dengan memeriksa najis dan darah pesakit. Jika perlu, satu tiup yang mudah
lentur boleh dimasukkan ke dalam mulut untuk melihat esofagus, perut dan duodenum. Kaedah ini boleh
melihat ulser, pendarahan atau tumor seperti sarkoma Kaposi di dalam usus. Prosedur yang sama juga
boleh dilakukan melalui anus untuk melihat usus besar pesakit. Semua pembengkakan, ulser, ketumbuhan
dan pendarahan dapat dilihat dan sedikit biopsi usus boleh diambil menerusi teropong untuk siasatan
seterusnya, Rajah 5.5.

Rajah 5.5 : Sarkoma Kaposi pada usus besar Pesakit

Pesakit AIDS boleh mendapat hepatitis (pembengkakan hepar) yang menyebabkan demam, sakit pada
abdomen dan ulu hati. Ini boleh disebabkan oleh mikobakteria atipikal, sitomegalovirus, kriptokokus
ataupun kesan sampingan daripada ubat yang digunakan untuk merawat pesakit AIDS. Faktor-faktor ini
semua boleh mengakibatkan pembengkakan hepar.

Tumor sarkoma Kaposi sering melibatkan organ gastrousus. Endoskopi bahagian atas dan bawah sistem
gastrousus mendapati 40 peratus pesakit mempunyai tumor ini dan jika pembedahan dilakukan pada
mayat-mayat pesakit AIDS angka ini meningkat kepada 70 peratus.
JANGKITAN HIV DAN SISTEM SARAF
Pesakit-pesakit AIDS, 10 peratus daripada mereka datang berjumpa doktor kerana gejala yang melibatkan
sistem saraf dan jika bedah siasat dilakukan pada mayat-mayat mereka angka ini meningkat kepada 75
peratus. Gejala sistem saraf ini boleh disebabkan oleh jangkitan opotunis, tumor atau akibat virus HIV itu
sendiri. Pesakit yang mengalami gejala sistem saraf akan menderita sakit kepala, loya-loya, muntah,
kurang penglihatan, convulsi (sawan) atau lumpuh pada anggota tubuh. Ini disebabkan oleh meningitis,
ensefalitis atau ketumbuhan dalam otak pesakit. Gejala lain termasuk kurang ingatan dan kurang daya
konsentrasi, lemah anggota badan, keletihan dan hilang daya imbangan.

Jangkitan pada otak biasanya disebabkan oleb kulat seperti cryptococcus neoforman. Organisma ini boleh
melibatkan organ-organ lain seperti paru-paru, buah pinggang dan kulit. Organisma lain termasuk
toksoplasma gondii yang boleh menyebabkan penyakit dalam otak. Meningitis juga boleh disebabkan
oleh jangkitan mikobakteria pada otak, Rajah 5.6. Gejala-gejala ini dikenalpasti dengan memeriksa darah
pesakit, menjalankan pemeriksaan pada otak dan sistem saraf sepenuhnya.

Rajah 5.6: Otak manusia ymg telah mati kerana meningitis


JIKA ANDA DIJUANGKITI VIRUS HIV
Kebanyakan pesakit yang dijangkiti oleh virus HIV tidak semestinya menghidap penyakit AIDS. Malah
kebanyakan mereka adalah sihat dan mereka cuma mengetahui yang mereka dijangkiti virus HIV apabila
menjalani pemeriksaan darah kerana sebab-sebab lain.

Gejala klinikal awal apabila jangkitan virus HIV menjalani serokonversi ialah sama seperti penyakit
demam glandular. Seorang yang mengalami demam glandular akan merasa sakit tekak, demam, letih lesu,
sakit kepala dan sakit-sakit seluruh anggota badan.

Jika anda mengalami gejala-gejala klinikal seperti demam glandular, anda tidak semestinya menghidap
AIDS. Penyakit-penyakit berikut juga boleh memberikan gejala yang sama :
• · Penyakit jangkitan mononukleosis
• · Infeksi sitomegalovirus
• · Rubella
• · Toksoplasmosis

16
• · Penyakit faringitis streptokokal
• · Leukemia
• · Limfoma
• · Serokonversi akut HIV

Kesemua penyakit ini boleh dikenalpasti dengan menjalani pemeriksaan darah. Ada banyak penyakit
selain daripada AIDS yang memberikan gejala klinikal yang sama. Apa yang akan dilakukan oleh doktor
jika anda mengalami gejala-gejala ini adalah seperti berikut:

(Lihat Jadual disebelah)

Biopsi kelenjar ialah satu pembedahan kecil yang dilakukan pada pembengkakan kelenjar yang dicurigai.
Cara melakukannya ialah dengan memberi ubat suntikan pelali pada kulit supaya pesakit tidak terasa
sakit, kemudian pembedahan kecil dibuat untuk mengeluarkan kelenjar yang bengkak itu untuk dianalisa
dengan rapi di bawah mikroskop. Biasanya pembedahan ini tidak memberi apa-apa masalah dan pesakit
hanya tinggal di hospital sehari sahaja.

Indikasi untuk melakukan biopsi kelenjar


• · Banyak simptom konstitusi.
• · Sakit pada pembengkakan kelenjar.
• · Pembengkakan yang tidak simitri.
• · Pembengkakan yang cepat membesar.
• · Pembengkakan kelenjar hilar.
· Pesakit yang berkemungkinan menghidap AIDS daripada riwayat dan pemeriksaan klinikal
· Pesakit yang mempunyai PGL · Pesakit yang mungkin
mempunyai PGL, kelenjar
bengkak sebelah sahaja dan
sakit

· Pastikan tidak mempunyai


sebab-sebab lain pembengkakan
kelenjar

· Jika semua siasatan negatif · Lakukan biopsi


ikuti penyakit pesakit selama kelenjar
tiga bulan

· Lakukan pemeriksaan antibodi


untuk virus HIV

· Jika masih tiada perubahan atau kelenjar


pada pembengkakan kelenjar bertambah bengkak

· Periksa untuk antibodi


virus HIV setiap tiga bulan
FAKTA PENDIDIKAN
Gejala konstitusi
• · Letih lesu.

17
• · Demam melebihi satu bulan.
• · Berpeluh malam.
• · Kurang berat badan.
• · Cirit birit melebihi 1 bulan.
APA YANG HARUS DIILAKUKAN PADA PESAKIT YANG MEMPUNYAI ANTIBODI HIV
POSITIF?
Aspek yang paling penting bagi pesakit yang mempunyai antibodi HIV yang positif ialah menjaga rahsia
pesakit. Pesakit diberi jaminan yang keputusan ujian HIV itu dirahsiakan daripada ahli keluarga mereka,
majikan dan segala penyebaran maklumat dlkurangkan seberapa yang boleh. Pesakit kemudian menemui
doktor setiap 2 - 3 bulan. Setiap lawatan ke hospital, doktor akan menentukan berat badan pesakit dan
sebarang tanda-tanda baru penyakit yang mungkin timbul terutamanya pada bahagian kulit dan mulut.

Darah diambil untuk melihat sebarang pertukaran komponen darah dan kadar sedimentasi sel darah
merah. Pesakit dinasihatkan untuk cepat berjumpa doktor jika mendapati kemungkinan terjadinya
sebarang ketumbuhan seperti sarkoma Kaposi, sebarang jangkitan opotunis, susah bernafas, batuk, susah
menelan, cirit-birit, kurang berat badan, demam, sakit kepala, sawan atau sebarang pertukaran personaliti
atau orientasi. Pesakit akan diberitahu cara menghindarkan merebaknya penyakit AIDS. Sokongan
psikologi dan emosi diberi kepada pesakit, keluarga dan sababat-handai pesakit.

Aspek psikologi pesakit AIDS/pembawa HIV


Apabila berhadapan dengan kenyataan, pesakit AIDS mempunyai perasaan dan reaksi yang berlainan :
• Terperanjat
• · Pasti mati
• · Hilang harapan
• Takut dan anziati
• · Tidak pasti tentang diagnosa
• · Kemungkinan yang akan berlaku seterusnya
• · Kerosakan pada anggota
• · Akibat rawatan dan kesan sampingannya
• · Dipisahkan dan keseorangan.
• · Tidak diterima oleh masyarakat.
• · Kehilangan daya kerja.
• Marah dan kecewa
• · Tiada daya melawan virus
• · Kehidupannya yang terganggu
• · Kehilangan kebebasan
• · Berdosa terhadap Tuhan, dirinya dan orang lain
• · Kenapa mesti dirinya dijangkiti
• Perasaan bersalah
• · Tentang cara hidupnya yang lepas
• · Mungkin telah menyebarkan kepada orang lain
• · Terhadap sikap dan tingkah laku juga amalan seksnya
• Obsesif
• · mencari rawatan untuk AIDS
• · menjaga kesihatannya keterlaluan
• · makannya/pakaiannya dijaga rapi
• · kebersihan

Pesakit mesti diberitahu yang virus HIV tidak menghalangnya daripada meneruskan hidup seperti biasa
dan majikan tidak berhak untuk memberhentikanya dari kerja. Walaupun pesakit susah untuk membeli
18
skim insuran tetapi jika syarikat insuran tidak menanyakan dengan spesifik tentang ujian HIV, maka
penyakitnya adalah rahsia.

Langkah Penting Rawatan Awal AIDS


• · Menghormati rahsia pesakit
• · Mendidik aspek kesihatan
• · Sokongan psikologi dan emosi
• · Mencegah merebaknya penyakit AIDS
• · Aspek sampingan, pekerjaan, insuran, persekolahan, dll.

Orang yang berkemungkinan terdedah kepada virus HIV tidak digalakan menderma darah. Jika anda
termasuk di dalam kumpulan ini, maka anda tidak dibenarkan menderma darah.
Anda jangan menderma darah :
• · Jika pernah mengadakan hubungan homoseks pada bila-bila masa.
• · Pernah mengambil dadah.
• · Mereka yang pernah ke Afrika pada bila-bila masa sebelum 1977 dan mengadakan hubungan
seks semasa berada di sana.
• · Mempunyai rakan seks yang pernah mengadakan hubungan seks dengan kumpulan-kumpulan
di atas atau golongan berisiko tinggi.

Jika anda mengesyaki yang anda menghidap AIDS sila jalankan ujian darah di hospital kerajaan atau
klinik swasta yang berhampiran, lihat Lampiran 1. Jika ujian ini didapati negatif anda masih dinasihatkan
tidak menderma darah dan mengulangi ujian darah selepas enam bulan.

BAB 6
AIDS: WANITA DAN KANAK-KANAK
MENURUT pendaftaran Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit di Amerika, bilangan terakhir pesakit AIDS
wanita hingga bulan Jun 1991 ialah 19,652 orang. Hampir 78 peratus daripada mereka yang terlibat ialah
wanita pada tahap kesuburan yang tinggi.

Peratus jangkitan AIDS di kalangan wanita berbeza-beza. Di Amerika seroprevalen jangkitan virus HIV
di kalangan wanita yang subur ialah 0.15 peratus tetapi di kawasan bandar peratus ini meningkat kepada 8
peratus. Di Afrika Tenggara dan Haiti 5 - 30 peratus wanita telah dijangkiti virus HIV.

Wanita muda yang menghidap AIDS di Eropah juga turut bertambah, meningkat daripada 11 peratus pada
Jun 1989 kepada 13.4 peratus pada Mac 1990. Mereka yang berada pada tahap kesuburan yang tinggi ini
akan meningkatkan lagi jumlah pesakit AIDS apabila mereka menyebarkan penyakit ini kepada janin di
dalam kandungan.

Jumlah peratus yang membimbangkan ini menggambarkan keadaan AIDS yang buruk di kalangan wanita
dan kanak-kanak di seluruh dunia. Wanita yang mempunyai cara hidup yang berisiko tinggi atau yang
sudah menghidap virus HIV dinasihatkan supaya tidak hamil kerana jika mereka hamil ini akan
mempercepatkan kejadian AIDS di samping menjangkiti anak mereka. Kajian di Amerika menunjukkan
hanya 25 peratus sahaja pesakit yang mempunyai virus HIV yang masih sihat selepas 2.5 tahun bersalin.

Kebanyakan wanita hamil yang menghidapi virus HIV tidak menyedari penyakit ini dan akan menularkan
virus HIV kepada janin dalam kandungan mereka. Bagi ibu yang mempunyai jangkitan yang teruk dan
mempunyai paras HIV yang tinggi, ini akan menambahkan lagi risiko jangkitan virus HIV kepada bayi.
Data menunjukkan kadar serokonversi di kalangan wanita di Afrika terutamanya di Rawanda ialah di
antara 4.7 - 6.3 peratus setahun.

19
Di Amerika pula dianggarkan di antara 0.6 - 0.8 peratus berlaku jangkitan baru AIDS setiap tahun bagi
setiap 1000 orang dewasa dan remaja lelaki dan perempuan.

Masih belum dipastikan masa yang tepat bilakah berlakunya jangkitan HIV pada wanita yang hamil.
Wanita boleh hamil setelah melakukan hubungan seks dan dalam masa yang sama dia juga dijangkiti
virus HIV. Virus ini boleh didapati pada tisu janin yang cuma berumur 8 - 15 minggu. Besar
kemungkinan juga virus HIV, seperti virus hepatitis, boleh menjangkiti semasa dalam kandungan.
Jangkitan boleh berlaku apabila terdapat percampuran darah di antara ibu dan janin semasa dalam
kandungan atau semasa melahirkan bayi tersebut.

Kanak-kanak boleh dijangkiti virus HIV pada beberapa peringkat seperti pada peringkat dalam
kandungan atau selepas kelahiran. Biasanya anak itu akan mendapat kecacatan pada organnya seperti
mata, telinga, hidung, Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Kecacatan pada muka bayi yang mengidap AIDS

Anak yang dijangkiti AIDS tidak dapat hidup lama. Kanak-kanak menjadi mangsa yang tidak berdosa.
Dia mendapat AIDS daripada tabiat buruk ibu dan bapanya. Jika ibu bapanya tidak menghidap AIDS, dia
dapat terus hidup dan mengecapi segala nikmat kurniaan Allah, tetapi masa hidupnya kini terhad. Jika
kita dapat mencegah AIDS daripada ibu dan ayahnya, kanak-kanak ini dapat diselamatkan kerana hanya
mereka sahaja yang menjadi punca jangkitan virus HIV pada kanak-kanak ini.

KANAK-KANAK AIDS DI MALAYSIA

Kes kematian kanak-kanak AIDS yang pertama di Malaysia telah dilaporkan di Muar, Johor pada bulan
September 1991. Ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur setahun yang dipercayai mendapat
AIDS daripada ibunya. Ini adalah satu daripada dua kes AIDS pada kanak-kanak yang telah dilaporkan di
Malaysia. Kes yang kedua juga di Johor, melibatkan bayi yang baru lahir. Ibunya ialah seorang pembawa
virus HIV. Mungkin banyak lagi kes-kes yang serupa yang tidak dilaporkan kerana bayi yang dilahirkan
daripada keluarga yang mengamalkan tabiat kurang sihat seperti penagihan dadah atau pelacuran akan
merahsiakan kegiatan mereka.

Mempelajari trend jangkitan AIDS di negara-negara lain, AIDS mula-mula menjangkiti mereka yang
mengamalkan hidup berisiko tinggi. Kemudian AIDS akan melanda kaum wanita yang mendapat
jangkitan daripada golongan lelaki ini, terutamanya isteri-isteri mereka. Golongan terakhir barulah kanak-
kanak yang biasanya mendapat jangkitan daripada ibu bapa mereka. Penularan virus HIV di kalangan
bayi dan kanak-kanak di Malaysia berlaku dengan cepat. Ini mungkin bermakna tindakan kita tidak tepat
atau kita tidak menyangka yang AIDS tidak sebahaya seperti yang kita fikirkan. Dalam masa lima tahun,
sudah ada dua atau tiga orang kanak-kanak meninggal dunia kerana AIDS.

KANAK-KANAK PENGHIDAP AIDS DI DUNIA

Data terakhir menunjukkan 2 peratus kanak-kanak di Amerika menghidap penyakit AIDS. Lebih
menggerunkan lagi peratus di negara-negara ini meningkat kepada 5 - 25 peratus di negara-negara
membangun dan angka ini sentiasa meningkat. Keadaan kanak-kanak yang menderita akibat AIDS
sangatlah merana, Rajah 6.2.

Rajah 6.2 : Kanak-kanak yang menghidap AIDS menunjukkan keadaannya yang menderita

Kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang menghidapi AIDS tidak mendapat jangkitan itu
serta merta. Kadar jangkitan ibu kepada kanak-kanak ialah di antara 25 - 30 peratus dan kadar ini adalah
rendah. Di Eropah ia cuma 12.9 peratus dan meningkat sehingga 45 peratus di Nairobi, Kenya. Punca
sesetengah bayi mudah dijangkiti AIDS masih belum dikenalpasti. Di Eropah kanak-kanak yang
menghidap AIDS, 71 peratus daripada mereka dijangkiti pada masa pranatal. Jumlah terakhir pada Jun
20
1990, terdapat 881 kanak-kanak menghidap AIDS yang berumur kurang daripada 13 tahun,
kebanyakannya tinggal di Perancis, Itali dan Spain.

JANGKITAN HIV DALAM MASA PRANATAL

Peyelidikan di New York menunjukkan ibu yang menpunyai virus HIV akan menyebabkan 50 peratus
daripada anak mereka dijangkiti oleh virus tersebut dalam rnasa satu bulan selepas dilahirkan, manakala
yang lainnya akan dijangkiti dalam masa 3 - 6 bulan. Cara diagnosa yang menggunakan kaedah
polymerase chain reaction ini menunjukkan yang jangkitan berlaku semasa dalam kandungan atau pada
peringkat akhir kandungan.

Tidak semua kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai virus HIV akan menjangkiti bayi
mereka. Walau bagaimanapun semua bayi ini akan mempunyai antibodi daripada ibu. Antibodi ini boleh
menembusi uri ibu dan masuk ke tubuh bayi dan akan memberikan ujian yang positif terhadap virus HIV
semasa bayi dilahirkan. Kajian menunjukkan 15 - 30 peratus bayi dilahirkan oleh ibu yang mempunyai
virus HIV akan menjangkiti bayi mereka. Antibodi ibu ini akan berada dalam tubuh bayi untuk selama 10
- 18 bulan sebelum bayi mendapat gejala AIDS. Terdapat juga kanak-kanak lainnya yang telah diikuti
selama lima tahun selepas hilang antibodi, tetapi setakat ini tidak menunjukkan gejala-gejala AIDS.

Kanak-kanak juga holeh mendapat AIDS melalui :


· Darah yang tercemar
· Ibu bapa yang menghidap AIDS
· Hubungan seks
· Penggunaan dadah

JANGKITAN POSTNATAL: JANGKITAN AIDS MENERUSI SUSU IBU

Jangkitan menerusi penyusuan pernah dilaporkan tetapi jumlahnya adalah kecil. Bagi negara yang taraf
kesihatan bayinya rendah, ini tidak seharusnya menghindarkan ibu daripada menyusukan bayi. Bahaya
kekurangan zat makanan, jangkitan-jangkitan lain yang bepunca daripada pencemaran air dan
persekitaran yang buruk adalah lebih membahayakan.

Jika ada alternatif lain yang boleh menjamin kandungan yang makanan yang mencukupi kepada bayi
yang baru lahir, maka penyusuan boleh dihindarkan.

Rajah 6.3 : Ibu yang dijangkiti virus HIV sedang menyusukan bayinya. Ibu tersebut telahpun meninggal
dunia semasa bayi tersebut berumur 2 ½ tahun

JANGKITAN MENERUSI PENYUSUAN

Jangkitan yang berlaku selepas kelahiran berkemungkinan berpunca daripada penyusuan bayi. Virus HIV
boleh juga memasuki badan bayi melalui sistem gastrousus. Setakat ini terdapat lapan kes AIDS di dunia
yang berkemungkinan berpunca daripada penyusuan. Walaupun virus yang ditelan akan dihapuskan oleh
proses pencernaan bayi, besar kemungkinannya virus-virus menjangkiti sel-sel darah putih pada susu ibu
akan berjaya meresap ke dalam tubuh bayi, Rajah 6.3.

BAB 7
AIDS DAN KELUARGA ANDA

KEBANYAKAN penagih dadah, selain daripada mengamalkan tabiat homoseksual, mereka juga
mempunyai keluarga dan mengadakan hubungan seks yang biasa dengan isteri-isteri mereka. Akibatnya

21
jangkitan virus HIV tidak hanya menjangkiti penagih-penagih dadah yang lain tetapi juga keluarganya
sendiri. Kadar jangkitan virus HIV di kalangan keluarga penagih dadah sehingga kini tidak diketahui.

Jumlah penyakit AIDS di dunia yang melibatkan tabiat seks secara heteroseksual adalah kecil, ia kurang
daripada 1 peratus daripada kaum lelaki dan 21 peratus kaum wanita. Data yang didapati daripada rakan
hubungan seks pembawa virus HIV yang 'sihat' menunjukkan 6 - 20 peratus berkemungkinan ia akan
dijangkiti oleh virus HIV.

Pengalaman daripada kajian di Edinburgh menunjukkan hubungan seks dengan seorang penagih dadah
atau seseorang yang mempunyai riwayat menagih dadah mempunyai lebih kurang 15 peratus
berkemungkinan dijangkiti oleh virus HIV.

PANDUAN SEKS TANPA AIDS


· Tiada risiko- merancap sendirian
- mengurut badan

· Risiko rendah - merancap berpasangan


- ciuman tanpa berahi
- sentuhan badan

· Risiko sederhana - ciuman berahi (wet kissing)


- hubungan seks

· Risiko tinggi - hubungan seks melalui anus


- hubungan seks yang agresif hingga berdarah
- penggunaan perangsang yang tajam
- memasukan tangan ke dalam anus

KONDOM TIDAK MENGHALANG AIDS

Apakah penggunaan kondom menghalang transmisi virus HIV? Tentu sekali tidak, kerana
penggunaannya untuk menghalang kehamilan terbukti gagal. Penyelidikan makmal telah menunjukan
bahawa virus HIV itu adalah terlalu besar untuk menembusi kondom yang diperbuat daripada latex atau
getah. Walau bagaimanapun kondom yang diperbuat daripada membran yang asli (natural membran)
lubangnya adalah lebih besar dan ia adalah kurang efektif untuk menhalang transmisi virus dibandingkan
dengan kondom yang diperbuat daripada getah. Bahan-bahan yang boleh membunuh sperma iaitu
spermacidal products yang mengandungi nonoxyno 19 boleh juga membunuh virus HIV, ini boleh juga
memberikan perlindungan tambahan di samping penggunaan kondom.

Kajian yang telah dilakukan pada pasangan homoseksual dan jika salah seorang daripada mereka telah
dijangkiti oleh virus HIV dan mereka sentiasa menggunakan kondom semasa mengadakan hubungan
seks, rakannya bebas daripada virus HIV dalam masa 1 - 3 tahun sahaja. Walau bagaimanapun kajian ini
tidak memastikan yang penggunaan kondom seterusnya akan menghindarkan mereka daripada jangkitan
virus HIV. Satu kajian yang lain, didapati pula kadar kegagalan penggunaan kondom untuk
menghindarkan transmisi virus HIV ialah setinggi 17 peratus. Ini bermakna jika kita menggunakan
kondom itu lima kali, berkemungkinan sekali daripada penggunaannya akan mengakibatkan transmisi
virus HIV. Kebanyakan kegagalan kondom untuk menghindarkan transmisi virus HIV ialah kerana
kegagalan pengguna untuk menggunakannya dengan cara yang betul ataupun kegagalan untuk
menggunakan kondom pada setiap kali mengadakan hubungan seks.

Persoalan yang timbul dalam masyarakat kita sekarang ini, bolehkah penggunaan kondom
menghindarkan seseorang itu daripada jangkitan HIV? Jawapannya adalah lebih sukar daripada apa yang
kita sangkakan. Dengan menggalakan penggunaan kondom di kalangan masyarakat timur, kita seolah-
olah menggalakan hubungan seks di luar nikah. Kita telah memberi kondom secara percuma kepada
22
ramai ahli masyarakat, kanak-kanak dan mereka yang belum berumahtangga. Untuk apakah kondom ini
diberikan kepada mereka? la cuma akan menggalakan mereka cuba-cuba mendedahkan diri kepada
hubungan seks di luar nikah. Mereka yang sebelumnya belum pernah mengadakan hubungan seks tetapi
sekarang diberikan alat untuk mencuba penggunaannya. Kondom yang diberikan itu belum pasti dapat
menghindarkan seseorang itu daripada jangkitan AIDS tetapi akibatnya ialah kita telah merendahkan nilai
peribadi bangsa kita dengan menggalakkan hubungan seks dilakukan secara berleluasa. Kempen
penggunaan kondom yang sibuk di sekarang ini, seolah-olah telah menghalalkan penggunaannya di luar
nikah yang tentunya akan merosakkan institusi kekeluargaan. Keadaan ini adalah sebahagian daripada
penyakit masyarakat yang melanda umat manusia pada abad ke-20-an ini sehingga Allah menurunkan
sejenis penyakit yang tiada ubatnya untuk mengingatkan mereka yang mengamalkan hubungan seks
secara rambang di luar institusi perkahwinan. Sekarang melalui kempen penggunaan kondom untuk
menghindarkan jangkitan virus HIV, secara tidak langsung galakan yang diberikan kepada penggunaan
kondom ini seolah-olah telah menghalalkan hubungan seks yang dilakukan di luar daripada institusi
perkahwinan.

Penggunaan kondom hanya boleh digalakkan di kalangan kelamin ataupun pasangan suami isteri yang
telah dilanda bencana jangkitan AIDS. Cuma dalam konteks ini sahaja penggunaan kondom oleh suami
boleh digunakan untuk menghindarkan transmisi virus HIV kepada isteri. Seks adalah suatu pemberian
Allah dan seseorang manusia itu tidak boleh hidup tanpa seks. Maka dalam institusi kekeluargaan yang
telah dilanda bencana HIV selain daripada mengambil jalan keluar melalui perpisahan maka si suami
bolehlah dinasihatkan menggunakan kondom supaya transmisi virus HIV kepada isteri ataupun daripada
isteri ke suami dapat dikurangkan.

MANGSA YANG TERANIAYA

Pesakit Hemofilia

Selain daripada kumpulan yang disebutkan tadi, ada beberapa kumpulan lain yang turut terdedah kepada
jangkitan ini. Golongan yang menerima pemindahan darah seperti pesakit hemofilia, mereka juga
menjadi mangsa jika darah yang diterima itu tercemar dengan virus HIV. Ini berlaku kerana pada masa
lalu, belum ada saringan terhadap virus ini. Di Malaysia, Amerika dan di England terdapat segolongan
pesakit hemofilia yang telah dijangkiti viru HIV ini.

Hemofilia ialah sejenis penyakit yang ada kaitan dengan masalah pendarahan. la disebabkan oleh
kekurangan faktor pembekuan yang dipanggil Faktor VIII pada tubuh. Penyakit ini dihidapi oleh kaum
lelaki sahaja. Rawatan bagi menghentikan pendarahan pada pesakit ini ialah dengan memberi tranfusi
Faktor VIII kepada pesakit. Faktor VIII ini didapati daripada darah yang diderma kemudiannya diproses
untuk mendapatkan faktor tersebut. Kebanyakan Faktor VIII yang digunakan di Malaysia di import dari
luar negeri terutamanya dari Amerika. Malangnya di antara beg-beg Faktor VIII yang di impot itu ada
yang telah dicemari oleh virus HIV. Satu beg Faktor VIII memerlukan beribu-ribu penderma darah dan
jika salah seorang daripada penderma itu telah dijangkiti virus HIV maka semua kandungan Faktor VIII
itu tercemar. Apabila Faktor VIII ini digunakan, maka pesakit hemofilia dengan secara tidak sengaja telah
dijangkiti oleh virus HIV yang terdapat di dalam beg tersebut. Sekarang beberapa langkah telah diambil
oleh kerajaan untuk memastikan yang semua penderma darah disaring untuk antibodi atau antigen
terhadap virus HIV supaya semua penderma adalah bebas daripada jangkitan HIV. Di Amerika, risiko
mendapat AIDS daripada darah yang tidak disaring ialah 1 dalam 1,000,000 dan risiko ini adalah lebih
rendah jika darah tersebut telah disaring.

PERNAHKAH ANDA MEENERIMA DARAH? MUNGKINKAH DARAH ITU


MENGANDUNGI VIRUS HIV?

Jika anda pernah menerima pemindahan darah, ada kemungkinan darah itu mengandungi virus HIV.
Walaupun begitu risikonya adalah rendah kerana anda hanya menerima satu beg darah yang datangnya
daripada seorang penderma sahaja tidak seperti Faktor VIII yang telah dikumpulkan daripada ramai

23
penderma. Walaupun pada peringkat awal darah tidak disaring untuk virus HIV, kemungkinan untuk
mendapat virus ini adalah tipis.

Di Malaysia semenjak tahun 1985 pihak bank darah telah mula menyaring darah untuk virus HIV dan
semua darah yang didapati positif akan dimusnahkan. Penderma yang tergolong di dalam kumpulan
berisiko tinggi ini, dikenalpasti dan tidak dibenarkan menderma darah. Jika anda mengalami pembedahan
dan berkemungkinan memerlukan darah, anda boleh menderma darah anda sebelum pembedahan untuk
disimpan dan digunakan kembali semasa pembedahan. Ini dapat memastikan darah yang anda terima
adalah bebas daripada virus HIV.

Pihak hospital dan doktor juga telah dinasihatkan untuk menggunakan transfusi darah pada keadaan yang
benar-benar perlu sahaja supaya risiko HIV dapat dikurangkan lagi.

AIDS DAN PEMINDAHAN ORGAN

Virus HIV boleh juga menjangkiti penerima organ seperti kornea, buah pinggang, sum-sum tulang,
jantung dan paru-paru. Organ yang dijangkiti itu biasanya diterima dari penderma yang kita tidak tahu
asal usulnya. Lebih-lebih lagi di dalam keadaan kecemasan, untuk memastikan organ penderma masih
elok dan boleh berfungsi, ia perlulah dipindahkan kepada penerima secepat mungkin. Penderma mestilah
dipastikan bebas daripada semua jangkitan kuman sebelum pemindahan diteruskan. Terdapat beberapa
kes pemindahan organ terutamanya buah pinggang yang dilakukan di seberang laut yang mengalami
jangkitan virus HIV. lni sangat-sangatlah mendukacitakan kerana penerima bukan sahaja terpaksa
membayar wang yang banyak, menderita penyakit merbahaya tetapi kini ditambah pula dengan virus
HIV.

Setakat ini semua kes pemindahan organ yang dijalankan di Malaysia telah diselidiki dengan rapi dan
pesakit tidak perlu bimbang akan kemungkinan menerima organ pesakit yang ada virus HIV. Pesakit-
pesakit buah pinggang ini sementara menunggu pembedahan pemindahan buah pinggang, mereka
terpaksa menjalani proses pencucian darah melalui mesin dialisis. Kaedah ini adalah selamat dan belum
ada laporan transmisi virus HIV melalui mesin dialisis di Malaysia.

Begitu juga permindahan organ-organ lain seperti kornea, jantung, sum-sum tulang dan paru-paru.
Penyelidikan yang rapi harus dilakukan kepada penderma sebelum pemindahan organ berlaku. Ini adalah
penting kerana pembedahan itu sendiri dan ubat-ubat yang diberi selepas pembedahan akan melemahkan
sistem keimunan. Jika pesakit itu turut dijangkiti virus HIV ini adalah satu bencana besar.

MAYAT PESAKIT AIDS

AIDS harus sentiasa berada di ingatan anda, tentu sekali pada peringatan doktor dan pengamal perubatan
di hospital-hospital dan klinik swasta. Jika pesakit anda mempunyai risiko tinggi untuk mengidapi AIDS,
anda terpaksa berhati-hati.

Jika pesakit itu datang dalam keadaan yang tenat dan terpaksa dilakukan rawatan kecemasan, ini akan
menyulitkan lagi keadaan. Jangan melakukan tindakan yang mendedahkan anda kepada virus HIV, dalam
masa yang sama lakukan segala-galanya yang perlu untuk menyelamatkan pesakit dan menstabilkan
keadaannya pada situasi yang genting itu. Jika pesakit ini meninggal dunia dan semasa menguruskan
mayatnya anggaplah dia mempunyai virus HIV sehingga terdapat bukti daripada makmal yang
menunjukkan ujian untuk virus HIV ialah negatif. Apa yang kita takuti, ialah ujian negatif tidak
semestinya bermakna bebas daripada HIV. Langkah keselamatan mesti terus diambil jika kita mengesyaki
si mati mungkin mempunyai virus HIV. Antara langkah-langkah keselamatan tersebut ialah :

1. Mayat pesakit tidak boleh dibenarkan dibawa pulang selagi ujian makmal belum diketahui.

2. Berhati-hati semasa menyelenggarakan mayat, najis dan pakaian mayat. Semua yang terlibat
harus memakai sarung tangan supaya cecair daripada mayat tidak terkena badan anda.
24
3. Semasa hendak memandikan mayat, untuk mencuci rongga-rongga mayat terutamanya dalam
mulut mayat, seseorang itu harus memakai dua lapis sarung tangan yang tebal.

4. Jika ada kemungkinan cecair badan mayat yang tumpah, ia mestilah dibersihkan dengan
disinfektan.

5. Pengelola mayat dinasihati menggunakan sarung tangan, penutup mulut dan cermin melindungi
mata untuk menghindarkan percikan air ke mata. Dia harus juga memakai kasut but dan apron
yang tidak ditembusi air semasa memandikan mayat.

6. Selepas memandikan mayat dengan 5.25 peratus sodium hypochlorite dalam konsentrasi 1:10,
dia haruslah membersihkan dirinya dengan air dan sabun jika tidak menggunakan larutan
sodium hypochlorite.

7. Mayat yang telah dikapankan akan dimasukkan ke dalam beg plastik. Ahli keluarga tidak
digalakkan untuk mencium dan memeluk mayat.

8. Sebaik-baiknya pengurusan mayat dilakukan di rumah mayat dan tidak dibawa balik ke rumah
dan boleh disembahyangkan di rumah mayat sahaja. Mayat patut dikebumikan di bawah
penyeliaan Inspektor Kesihatan dalam masa 24 jam sebelum ia reput.

9. Pesakit-pesakit AIDS yang mati di rumah haruslah diberitahu kepada Pegawai Kesihatan Daerah
yang terdekat dan mereka akan membantu penyelenggaraan mayat dan pengkebumiannya.

Orang yang memandi mayat juga terdedah kepada virus HIV, jika mereka tidak tahu mayat yang mereka
mandikan itu sebenarnya penghidap AIDS. Virus HIV boleh hidup dalain cecair mayat selama dua
minggu. Jika tidak mengambil langkah-langkah tertentu seperti memakai sarung tangan misalnya, jika
tangan terluka atau ada kudis, virus boleh masuk menerusinya semasa mencuci rongga-rongga mayat dan
tentulah mereka menjadi rnangsa penyakit AIDS.

Memandangkan beberapa faktor ini, amat perlu sekali kita mengambil berat masalah ini, sekalipun kita
memang mengamalkan cara hidup yang sihat kerana beberapa kemungkinan seperti yang telah dijelaskan
tadi, memang tidak mustahil kita juga boleh rnenjadi mangsanya.

Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah masyarakat selalunya memandang serong terhadap
pesakit AIDS kerana penyakit ini sering dikaitkan dengan tabiat buruk. Memang tidak dinafikan
kebanyakan pesakit AIDS terdiri daripada golongan yang melakukan seks yang tidak normal dan
penagihan dadah. Ini ada kaitannya dengan asal usul penyakit itu. Walaupun begitu, trend penyakit ini di
Amerika adalah berbeza berbanding di Malaysia. Di Malaysia hampir 80 peratus pesakitnya ialah penagih
dadah. Jika pesakit itu mendapat AIDS, besar kemungkinan dia memperolehinya akibat daripada
penagihannya.

Penagihan dadah itu sendiri sebenarnya masih membawa stigma dalam masyarakat kita. Jika ada ahli
keluarga kita yang mendapat AIDS kerana dadah, kita tetap merasa malu untuk mendedahkannya.
Pastikan keluarga si mati berterus terang tentang sebab kematian pesakit.

AIDS juga masih dikaitkan dengan penyakit kelamin seperti sifilis dan gonorea dan di negara kita, soal-
soal seks masih dianggap terlalu peribadi dan sulit untuk dibincangkan.

Jangkitan AIDS yang berpunca daripada cara-cara lain misalnya pemindahan darah seperti di kalangan
pesakit-pesakit hemofilia, di kalangan penerima organ seperti buah pinggang peratusnya adalah kecil.

Penyakit AIDS boleh melibatkan anda dan golongan-golongan yang hidup biasa seperti kita tanpa
melibatkan diri dengan dadah dan seks. Sebagai seorang insan biasa kita mesti selalu mengasihi insan
25
yang lain. Teliti dahulu bagaimana dia mendapat jangkitan virus HIV, kita tidak harus menghukum
pesakit, kita tidak perlu membenci atau mengasingkan pesakit. Mereka harus dikasihani, cuma tabiat dan
amalan salah yang mereka lakukan yang harus mendapat teguran dan pendidikan dari masyarakat.

BAB 8
AIDS DI MALAYSIA

MENURUT perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (PKS) pada bulan Mac 1981, pihak pertubuhan
itu telah mengisytiharkan yang jangkitan virus HIV tidak dapat dipastikan bentuk penyebaran dan asal
kejadiannya secara geografi. Masyarakat dunia telah menghidap penyakit ini secara senyap dari
pertengahan tahun 70-an dan mula menyedari bencana penyakit ini pada awal tahun 80-an. Seolah-olah
terkejut daripada mimpi, hakikat yang dihadapi adalah jauh lebih menggerunkan. Dianggarkan sehingga
sekarang jumlah mereka yang telah dijangkiti oleh virus HIV ialah 8 - 10 juta orang. Manakala yang
menghidap AIDS pula ialah hampir 420,000 orang. Penduduk benua yang paling ramai menghidap AIDS
ialah di Amerika diikuti oleh Afrika dan Eropah, Rajah 8.1. Kita ketahui virus HIV men-jangkiti manusia
melalui seks dan dadah. Kumpulan yang paling teraniaya ialah kanak-kanak yang biasanya dijangkiti
virus HIV daripada ibu bapa mereka.

Rajah 8.1: Keadaan AIDS sedunia sepertimana dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada
1.10.91

Rajah 8.2: Negara-negara yang paling ramai mempunyai pesakit AIDS di dunia seperti yang dilaporkan
oleh Pertubuhan Kesihalan Sedunia 1.10.1991.

Pada bulan Jun 1981, beberapa kes AIDS telah dilaporkan di Amerika Syarikat. Sehingga Oktober 1991,
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (PKS) melaporkan yang hampir setengah juta pesakit menderita AIDS dan
sebanyak 162 negeri daripada semua benua terlibat dengan bencana AIDS. Negara yang paling ramai
pesakit AIDS ialah di Amerika, diikuti oleh negara-negara di Afrika seperti di dalam Rajah 8.2.

Jumlah kes yang dilaporkan adalah jauh lebih kecil daripada jumlah yang sebenarnya. Anggaran sebenar
jumlah kes AIDS daripada PKS ialah hampir 1.5 juta orang.

Senario AIDS di dunia menunjukkan kebanyakannya malah hampir 75 peratus penghidap penyakit AIDS
ini mendapat virus HIV melalui hubungan seks, 10 peratus melalui penagihan dadah dan jangkitan
semasa kelahiran. Cuma 5 peratus sahaja yang mendapat virus HIV melalui darah dan bahan-bahan yang
diproses daripada darah yang telah tercemar.

AIDS MENJELANG TAHUN 2000

Bermula dari pertengahan 1970 hingga sekarang, yang nyata AIDS ialah pembunuh utama golongan
remaja. Bilangan yang tidak rasmi adalah tiga kali ganda lebih daripada kes-kes yang dilaporkan oleh
PKS.

Faktor yang lebih membimbangkan menjelang tahun 2000 ialah jumlah pesakit AIDS akan meningkat
sepuluh kali ganda. Jika sekarang ini dunia mempunyai 1.5 juta pesakit AIDS, menjelang tahun 2000
jumlahnya akan meningkat kepada 15 - 18 juta orang. Mereka yang telah dijangkiti oleh virus HIV pula
akan meningkat daripada 8 - 10 juta kepada 30 - 40 juta orang dan mereka ini cuma menunggu saat
kematian sahaja.

Adalah dijangkakan pada tahun 2000, Malaysia akan mempunyai penduduk seramai 28 juta orang.
Dapatkah kita bayangkan keseluruhan rakyat Malaysia menjadi mayat kerana virus HIV? Begitulah

26
ramainya manusia lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-kanak yang akan merana \kerana virus HIV
menjelang tahun 2000.

TAHUN AIDS MELAWAT NEGARA ASEAN

Virus HIV tidak mengenal bangsa dan keturunan, ia telah menjangkiti 7 juta penduduk Afrika. Benua
Amerika dan Eropah juga tidak terkecuali. Kini negara-negara Asia menjadi medan penderitaan penyakit
AIDS. Di India hampir 1 juta penduduknya menderita AIDS. Negara jiran kita yang cuma 4 tahun dahulu
melaporkan tidak menghadapi masalah AIDS tetapi kini hampir 4 peratus daripada penduduknya didapati
mempunyai virus HIV positif. Semua negara-negara yang berjiran dengan Malaysia turut menghadapi
masalah yang sama , Rajah 8.3. Kepulauan Australia juga mempunyai 2,678 kes AIDS, ini membuktikan
yang manusia tidak boleh mengasingkan diri daripada AIDS. Manusia bukan pulau, AIDS akan datang,
berenang ataupun terbang. Pada tahun-tahun yang akan datang, negara-negara Asian akan mengalami
lebih teruk masalah AIDS berbanding dengan negara-negara Afrika. Negara-negara yang sedang sibuk
dengan industri pelancongan akan menyambut ketibaan virus-virus HIV dari setiap pintu-pintu masuk
negara mereka. Tahun melawat negara-negara ASEAN akan menerima lebih banyak kunjungan daripada
tetamu yang tidak diundang ini.

Industri pelancongan tanpa kawalan akan meningkatkan aktiviti pelacuran serta membawa bersamanya
'mystery' dan 'misery' penderitaan AIDS. Jika kita lalai, tahun melawat ASEAN tidak akan banyak
meninggalkan kenangan manis. Apabila pelancong pulang, jangan ada sesetengah daripada kita yang
turut pulang juga buat selama-lamanya.

Mata-mata dan hati-hati yang mengharapkan pulangan dan keuntungan yang besar daripada industri ini
akan juga melihat penderitaan yang turut ditinggalkan kepada pesakit-pesakit yang dijangkiti oleh HIV.
Pertukaran wang asing yang diharapkan untuk meningkatkan ekonomi negara akan diberi balik kepada
negara asal mereka kerana membeli ubat-ubat dan teknologi baru yang diperlukan untuk merawat pesakit-
pesakit AIDS di negara kita.

VIRUS HIV DI MALAYSIA BERKELIARAN

Malaysia yang sedang mencuba untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara juga tidak
terkecuali daripada bahang bencana AIDS. Begitu juga dengan negara-negara Islam yang lain
terutamanya di Timur Tengah seperti Arab Saudi yang juga mempunyai 32 kes, mungkin di bawa bersama
oleh 'Desert Storm'. Mungkin Arab Saudi juga mengimpot lebih daripada senjata-senjata yang canggih,
ini termasuk berjuta-juta virus HIV yang lebih canggih yang merupakan bom-jangka masa yang akan
membawa penghinaan yang lebih besar kepada negara-negara Islam. Iran yang juga melaksanakan
hukuman bunuh kepada pengedar dadah seperti Malaysia juga melaporkan 19 kes AIDS yang
kebanyakannya didapati di kalangan penagih dadah.

Rajah 8.3 : Bilangan kes AIDS di negara-negara jiran Data : Kementerian Kesihatan Malaysia, 1991

Pakistan mempunyai 15 kes, begitu juga Qatar 30 kes dan Oman 22 kes. Semua negara ini adalah negara
Islam tetapi penduduk dan budaya mereka tidak Islam. Lantas mereka juga tidak terkecuali daripada
serangan AIDS.

Ada negara yang mendabik dada mengatakan mereka tiada AIDS tetapi kita hendaklah mengambil
kenyataan ini dengan berhati-hati, mungkin bala penyakit AIDS adalah terlalu besar dan mereka tidak
mahu menerima hakikat ini atau mereka masih lagi berada di alam mimpi.

Di Malaysia kita dikejutkan oleh virus HIV pada tahun 1986. Kita tidak membohongi diri sendiri apabila
kita mengatakan sebelum tahun 1986 AIDS tiada di Malaysia. Setidak-tidaknya tidur kita masih lagi
nyenyak, mungkin ada anggota masyarakat lain yang sudah mula dihantui oleh sejarah masa silam
mereka tetapi sepanjang pengetahuan Kementerian Kesihatan tiada kes AIDS di Malaysia sebelum ini.

27
Sebanyak 4,913 contoh darah telah diuji sepanjang bulan Julai sehingga Disember 1985 dan semuanya
bebas daripada virus HIV. Ini termasuk 1,967 contoh darah yang diambil daripada golongan yang berisiko
tinggi dan mereka ini semuanya negatif untuk virus HIV.

KES AIDS PERTAMA DI MALAYSIA

Pada bulan Disember 1986 kes AIDS yang pertama di Malaysia telah dikesan. Virus ini masuk ke
Malaysia melalui ruang udara kita atau mungkin melalui Tambak Johor. Seorang rakyat Amerika yang
berasal dari Malaysia mencipta sejarah membawa balik ke negara asalnya kejayaan, kemahiran, budaya
dan termasuklah penyakit AIDS yang diambil sama semasa berada di Amerika Syarikat dahulu. Detik-
detik gembira dan keriangan yang dirasakan apabila sanak-saudara bertemu semula setelah lama berpisah
tidak berakhir lama. Kenangan manis ini tercemar dengan hakikat yang paling pahit. Anak muda itu juga
membawa AIDS sebagai ole-ole dari Arnerika Syarikat. Pesakit ini berada pada tahap penghujung
hayatnya kerana menderita AIDS dengan jangkitan paru-paru yang sangat teruk. Mungkin telah
ditakdirkan dia berjumpa sanak-saudaranya sebelum dia kembali semula ke Amerika untuk mengakhiri
hayatnya di sana.

Kisah ini hampir serupa dengan pengalaman kebanyakan pembaca. Tahun 70-an dan awal 80-an ramai
anak-anak muda yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negeri. Mereka telahpun kembali dengan
kejayaan, ijazah dan pengalaman manis semasa berada di luar negeri. Cuma pastikan yang sijil-sijil yang
dikejar di seberang laut itu tidak termasuk sijil positif untuk HIV.

Mungkin igauan ini terus menghantui pemikiran mereka. Mungkin mereka sudah berumah tangga,
bahagia bersama keluarga tetapi ada masa-masanya hati kecil mereka terus berkata-kata, "Mungkinkah
aku ada AIDS?" Periksalah darah anda untuk HIV.
Anak muda kita, harapan bangsa, kembali dari luar negeri bersama ijazah dan cita-cita tinggi. Hidup
serba bergaya, berjaya tetapi gagal kerana nafsu, mati pada usia muda kerana penyakit ganjil - AIDS.
SENARIO AIDS SETERUSNYA DI MALAYSIA
Sebelum 1985 tiada AIDS di Malaysia, Disember 1986 virus HIV terbang masuk ke ruang angkasa kita.
Menjelang tahun 1992 jumlah keseluruhan pesakit AIDS ialah 37 orang dengan 30 kematian. Bilangan
terakhir sehingga Disember 1991 pembawa virus HIV ialah 2,345 orang atau kenaikan sebanyak 7.7
peratus berbanding denga 1989, Rajah 8.4.

Peningkatan jumlah kes HIV dan AIDS di Malaysia dilihat daripada beberapa aspek

Pertama, dengan penuh kesedaran pihak kerajaan telah meningkatkan program-program saringan dan
lebih ramai pembawa atau penderita penyakit AIDS dikenalpasti.

Aspek kedua yang lebih menakutkan ialah bilangan pesakit AIDS yang sebenamya ialah jauh lebih
banyak daripada apa yang disangkakan. Kita telah tidur terlalu nyenyak dengan mimpi-mimpi indah.
Mungkin jika dijalankan saringan untuk HIV terhadap pemandu-pemandu bas mini dan teksi, bukan kes-
kes dadah sahaja yang kita dapati AIDS juga mungkin positif.

Rajah 8.4 : Bilangan pesakit AIDS dan kematian kerana AIDS di Malaysia daripada tahun 1985 sehingga
November 1991

Data : Kementerian Kesihatan Malaysia, 1991

Keadaan ini tidaklah menghairankan kerana AIDS dan dadah selalu bersama. Jika dilihat lebih jauh lagi,
kita harus memikirkan tentang keluarga-keluarga pembawa bas mini dan teksi ini, walaupun pekerjaan
yang mereka lakukan tidaklah dianggap berisiko tinggi untuk dijangkiti virus HIV tetapi bila dicemari
dengan penagihan dadah virus HIV pula akan turut serta dan isteri bersama anak-anak mereka terjerat
sama.

CIRI-CIRI PESAKIT AIDS DI MALAYSIA


28
Kaum lelaki walaupun di segi fizikal kelihatan gagah dan tidak selalu emosiomal tetapi malangnya lebih
ramai kaum lelaki yang terjerumus ke lembah penagihan dadah dan penderitaan penyakit AIDS. Mereka
gagal mengawal perasaan dan kerana ego kaum lelaki yang takut menunjukkan kelemahan itu, mereka
memilih alternatif jalan keluar yang lain dengan menggunakan dadah. Kebanyakan penagih dadah adalah
kaum lelaki. Di Malaysia ada 2,268 orang pembawa virus HIV lelaki dan 77 orang pembawa virus HIV
wanita. Kebanyakan mereka ialah asimtomatik, Rajah 8.5. Begitu juga dengan pesakit AIDS, 86.5 peratus
daripada mereka ialah dari golongan lelaki kerana sebanyak 96.7 peratus pembawa virus HIV adalah
lelaki dan kematian kerana AIDS kebanyakannya dari golongan lelaki juga, Rajah 8.6.

Rajah 8.5 : Bilangan pembawa HIV yang asimtomatik daripada jumlah kesemua jangkitan HIV daripada
tahun 1995 hingga 1991

Data : Kementerian Kesihatan Malaysia, Disember 1991

Rajah 8.6 : Bilangan pesakit AIDS dan kematian AIDS mengikut jantina di Malaysia hingga 1991 Data :
Kementerian Kesihatan Malaysia, Disember 1991

Satu lagi fakta yang jelas ialah 78.4 peratus daripada pembawa virus HIV ini berumur di antara 20 - 40
tahun, Rajah 8.7.

Rajah 8.7. Bilangan pembawa virus HIV mengikut umur di Malaysia daripada tahun 1985 hingga 1991
Data : Kementerian Kesihatan Malaysia, Disember 1991

Rajah 8.8 : Bilangan kematian kerana AIDS mengikut umur di Malaysia daripada tahun 1985 sehingga
Disember 1991 Data : Kementerian Kesihatan Malaysia, Disember 1992

Inilah golongan masyarakat yang paling produktif yang diharap-harapkan oleh keluarga dan negara untuk
meningkatkan sumber ekonomi keluarga dan negara tetapi golongan lelaki muda inilah yang telah
terkorban kerana AIDS. Kebanyakan mereka yang dijangkiti oleh virus HIV berumur di antara 20 - 40
tahun dan mereka yang mati juga berumur di dalam lingkungan umur yang sama, Rajah 8.8.

AIDS, HOMOSEKS DAN BISEKSUAL

Di kalangan pesakit-pesakit AIDS yang awal ditemui kebanyakan mereka dijangkiti virus ini melalui
hubungan seks. Hampir 54 peratus daripada kes-kes ini mempunyai riwayat pendedahan kepada seks dan
kebanyakan mereka telahpun meninggal dunia.

Hubungan seks secara rambang dan mengadakan hubungan dengan pelacur-pelacur adalah tabiat yang
wujud di sekeliling kita tetapi secara individu atau kolektif, kita sengaja menutup sebelah mata kepada
hakikat ini. Bilangan kematian kerana AIDS dilihat daripada amalan mereka menunjukkan tabiat seks
mainkan peranan yang penting, Rajah 8.9.

Rajah 8.9 : Bilangan kematian kerana AIDS mengikut amalan mereka daripada tahun 1985 sehingga
Disember 1991 Data : Kementerian Kesihatan Malaysia, Disember 1991

Mungkin kita syak suami atau isteri kita berlaku curang tetapi kita tidak mahu menghadapi kenyataan.
Sekarang ini sikap itu tidak boleh lagi dianggap sepi. Bukan rumahtangga sahaja yang akan runtuh. Ia
membawa bersama-samanya virus yang turut melumpuhkan sistem pertahanan pasangan suami isteri ini
dan akan berakhir dengan maut. Virus HIV akan menjangkiti keluarga anda, isteri anda dan anak dalam
kandungannya juga.

Semuanya ini berpunca daripada suami atau isteri yang curang, akibatnya satu keturunan akan menerima
stigma daripada bencana AIDS. Lain kali jika anda fikir untuk "makan luar" fikirlah yang mungkin

29
hidangannya mempunyai perasa "virus HIV". Pastikan anda tidak kembali lagi untuk menjangkiti anak
dan isteri anda.

Homoseks dan bisekual ada di mana-mana. Malah kini menjadi satu trend dan ikutan-ikutan, lebih
glamour, lebih popular, dipaparkan di kaca-kaca TV melalui perwatakan kaum mak nyah dan dipentaskan
pula di institusi-institusi pengajian tinggi. Golongan cendiakawan dan profesor pun turut ketawa suka
melihat sikap kaum mak nyah ini. Kita semua sudah menerima mereka sebagai penghibur, menghilang
duka. Kadang-kadang bakat mereka tidak habis di kaca TV sahaja, tugas mereka berbagai-bagai lagi,
belaian mereka lebih memberahi, ketiadaan mereka kita cari. Tanyalah diri kita sendiri, adakah kita
berlaku adil kepada golongan-golongan pondan ini? Mereka adalah satu golongan masyarakat yang
memerlukan bantuan tetapi sanjungan yang mereka terima sekarang adalah jauh daripada apa yang
mereka perlukan. Kaum homoseksual dan biseksual ini terdiri daripada 75 peratus pesakit AIDS. Di
antara 20 orang pesakit AIDS yang awal dikesan 15 orang mempunyai hubungan homoseksual/biseksual.
Mereka ini adalah golongan pesakit yang mula-mula sekali dijangkiti oleh virus HIV.
Rajah 8.10 : Bilangan pelacur tempatan dan asing yang membawa HIV di Malaysia dari tahun 1988-1991
Data : Kementerian Kesihatan Malaysia, Disember 1991

AIDS DAN PELACURAN

Di Malaysia virus HIV mula dikesan dikalangan pelacur-pelacur pada tahun 1989 walaupun saringan
telah dijalankan di kalangan mereka semenjak tahun 1985 lagi. Pada tahun 1989 tiga orang pelacur
dikesan positif untuk HIV. Sehingga hari ini 31 daripada 43 pelacur yang didapati positif untuk HIV
adalah warganegara asing dan hampir 72.1 peratus dikesan dalam tahun 1991 sahaja, Rajah 8.10.

Jika anda telah terdedah kepada mereka, anda dinasihatkan untuk memeriksa darah anda sekarang dan
enam bulan berikutnya. Mereka yang menjalankan sindiket pelacuran ini terutamanya ibu dan bapak-
bapak ayam yang membawa pelacur ini ke negara kita hendaklah diambil tindakan tegas kerana mereka
adalah agen-agen pembunuh yang sama seperti pengganas-pengganas yang membunuh manusia, cuma
caranya sahaja yang berlainan. Cadangan untuk memberikan kad putih sebagai tanda keselamatan dan
bebas daripada AIDS adalah satu cadangan yang tidak boleh diterima dan mencerminkan prinsip dan
moral yang rendah serta memalukan pihak kerajaan. Sehingga Julai 1991 seramai 3,211 pelacur telah
disaring dan 15 orang daripada mereka didapati positif untuk HIV memberikan perangkaan jangkitan
HIV di kalangan pelacur di Malaysia ialah 0.51 peratus, Rajah 8.11.

Rajah 8.11 : Bilangan pelacur yang disaring dan bilangan pembawa HIV di kalangan pelacur di Malaysia
daripada tahun 1985 sehingga Disember 1991 Data : Kementerian Kesihatan Malaysia, Disember 1991

AIDS DALAM NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

Bilangan pembawa HIV bagi negeri-negeri di Malaysia tidak melambangkan aktiviti-aktiviti yang
sebenarnya berlaku di negeri tersebut. Secara kebetulan kebanyakan penagih dadah di Malaysia
ditempatkan di Johor dan dengan tidak secara langsung negeri Johor menjadi negeri yang paling banyak
pembawa virus HIV. Bilangan pembawa virus HIV tidak banyak di Sabah, ini bukan bermakna tidak ada
kegiatan maksiat yang berlaku di negeri tersebut. Sedangkan banyak lagi penyakit kelamin yang berlaku
di sana. Mungkin juga saringan sukar dijalankan di Sabah untuk mendapatkan angka yang sebenarnya. Di
Sarawak juga terdapat 31 pembawa HIV dan kesemuanya adalah warganegara asing yang datang secara
haram ke negeri itu, Rajah 8.12.

Rajah 8.12 : Bilangan pembawa virus HIV di negeri-negeri di Malaysia sehingga Disember 1991 Data :
Kementeri Kesihatan Malaysia

Jika dilihat kematian pesakit-pesakit AIDS, trend yang sama juga berlaku. Jumlah kematian yang ramai
sekali iaitu 16 orang terdapat di Wilayah Persekutuan. Ia adalah kerana rawatan untuk kes-kes AIDS ini
memerlukan kepakaran dan pengalaman dan kes ini akan dirujukkan ke pusat-pusat rujuk seperti di
Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan selanjutnya. Diketahui bahawa penyakit ini masih tidak
30
boleh diubati, oleh itu ramai di antara pesakit ini yang mati di kawasan Wilayah Persekutuan ketika
menerima rawatan, Rajah 8.13

Negeri-negeri yang berjiran dengan negara asing haruslah lebih berhati-hati tentang kegiatan di
sempadan-sempadan. Kebanyakan pelacur yang berada di kawasan ini mungkin mempunyai kadar
jangkitan virus HIV yang tinggi. Ini pun tidak bermakna mereka yang di import terus ke bandar-bandar
besar seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur kurang bahayanya. Cuma jangan salahkan orang lain jika
anda dijangkiti AIDS kerana anda sendiri yang mencarinya sama ada melalui seks atau penagihan dadah.

Rajah 8.13 : Bilangan kematian kerana AIDS di negeri-negeri di Malaysia sehingga Disember 1991 Data
: Kementerian Kesihatan Malaysia

PESAKIT AIDS YANG TERANIAYA

Kita dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesihatan diri kita. Jauh daripada menzalimi diri orang lain,
janganlah kita menzalimi diri kita sendiri dengan mengamalkan perbuatan yang mendedahkan kita
kepada virus HIV. Tidak semua orang yang dijangkiti virus HIV berpunca daripada amalan-amalan yang
tidak sihat.

Di Malaysia terdapat 14 orang pesakit hemofilia yang mendapat virus HIV melalui baban-bahan darah
yang diimport dari seberang laut. Bahan-bahan darah diperlukan untuk pesakit hemofilia dan bahan-
bahan ini diperolehi daripada darah-darah yang diambil dari beratus-ratus orang penderma darah. Darah
ini kemudian diproses untuk dijadikan faktor-faktor pembekuan untuk pesakit hemofilia. Mereka yang
menerima darah sebelum tahun 1985 tidak disaring untuk virus HIV dan mereka ini telah dijangkiti oleh
virus HIV dengan tidak disengajakan. Selepas 1985 semua bahan darah telah disaring untuk virus HIV.
Terdapat juga satu jangkitan virus HIV yang disebabkan oleh transmisi darah yang dilakukan dengan
tidak sengaja.

Virus HIV boleh dijangkiti melalui pemindahan buah pinggang, kornea dan lain-lain pemindahan organ.
Tidak ada kes HIV yang disebabkan oleh pemindahan buah pinggang di Malaysia. Kesemua empat kes
jangkitan virus HIV yang didapati daripada pemindahan buah pinggang yang dilakukan di seberang laut.

Satu lagi golongan yang tidak berdosa yang dijangkiti virus HIV ialah kanak-kanak. Terdapat 3 kes HIV
pada kanak-kanak dan 2 daripada kanak-kanak ini telah ditinggalkan oleh ibu bapa mereka dan seorang
kanak-kanak ini datang daripada keluarga penagih dadah.

AIDS DI JALAN CHOW KIT

Kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat penderitaan pesakit AIDS. Naik saja bas mini, mungkin
pemandunya seorang penagih dadah. Siapa tahu dia juga mungkin ada AIDS. Berhenti saja di Jalan Chow
Kit, budak penjaga kereta yang pertama anda temui barangkali adalah penagih dadah dan pembawa virus
HIV. Di Malaysia 81.8 peratus penagih dadah adalah pembawa virus HIV. Mereka yang anda suruh
menjaga kereta, yang menolong anda membawa barang-barang belian ke dalam kereta, mereka yang anda
berikan seringgit dua atas belas kasihan mungkin akan menggunakan duit itu untuk suntikan virus dan
merupakan agen pengedar virus HIV yang utama di Malaysia.

Selidikilah latar belakang ahli keluarga anda, di mana mereka berada sekarang. Mungkin suami anda
sendiri pernah menjadi penagih dadah dan kini sudah memulakan hidup baru dan mungkinkah dia telah
terdedah kepada virus HIV. Jika anda bakal mendirikan rumahtangga adalah lebih penting untuk anda
mengetahui latar belakang teman anda itu. Berterus terang sesama sendiri akan mengeratkan lagi
hubungan yang bakal dimenterai nanti.

Kajian di kalangan penagih dadah di Malaysia telah dijalankan semenjak tahun 1985. Penagih dadah yang
pertama dijangkiti virus HIV telah dikesan pada bulan Oktober 1988. Penagih dadah ini mempunyai
amalan berkongsi jarum suntikan semasa di luar negeri dahulu. Sehingga sekarang terdapat 9 orang
31
penagih dadah yang menghidap AIDS dan 1,918 yang lain adalah pembawa virus HIV dan angka ini
semakin meningkat.

Sehingga kini 23,960 orang penagih dadah telah disaring di Malaysia daripada tahun 1982 sehingga Julai
1991, 926 daripada mereka didapati HIV positif dan ini memberikan peratusan jangkitan HIV di Malaysia
di kalangan penagih dadah ialah 3.8 peratus, Rajah 8.14. LANGKAH KERAJAAN UNTUK
MENGATASI AIDS

Sedar akan bencana yang melanda negara, kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang perlu untuk
membendung jangkitan virus HIV. Sebelum kes pertama AIDS dilaporkan kerajaan telah membentuk
badan pencegahan khas yang dipanggil National AIDS Task Force untuk meneliti perkembangan
jangkitan HIV dan penyakit AIDS di dunia terutamanya di Malaysia. Strategi yang ditekankan dan diberi
keutamaan ialah pencegahan daripada dijangkiti oleh virus HIV. Golongan berisiko tinggi telah disaring
dan semua anggota masyarakat juga telah diberikan pendidikan tentang bahaya virus HIV dan cara-cara
menghindarinya. Inilah caranya kesihatan bagi masyarakat awam akan terjamin dan dalam masa yang
sama rahsia pesakit yang menghidap AIDS dilindungi.

Rajah 8.14: Bilangan pembawa HIV dan jumlah yang disaring di kalangan penagih dadah di Malaysia
daripada tahun 1985 hingga Disember 1991

Langkah pencegahan yang telah diambil oleh kerajaan ialah :

· Menyatupadukan program pencegahan di dalam program-program kesihatan yang sedia ada.


· Menubuhkan 49 pusat saringan darah di seluruh negara untuk memastikan semua darah dan bahan-
bahan yang diproses daripada darah bebas daripada virus HIV.
· Pendidikan kesihatan bagi semua peringkat masyarakat menerusi radio, TV, risalah, forum, dailog,
poster, tayangan gambar dokumentari dan mengubal sistem pendidikan dengan pendekatan baru terhadap
pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah.
· Saringan terhadap kumpulan-kumpulan yang berisiko tinggi di pusat-pusat penagihan dadah, penjara-
penjara, pusat-pusat serenti, termasuk sarang-sarang pelacuran. Saringan juga dijalankan terhadap
penderma darah dan pesakit yang berkemungkinan terdedah kepada virus HIV di hospital dan klinik
kerajaan termasuk ibu-ibu yang mengandung.
· Bagi mereka yang telah pun dijangkiti, langkahnya sekarang ialah untuk memberikan rawatan yang
berpatutan termasuk sokongan moral dan kaunseling kepada pesakit dan keluarga.
· Kerajaan juga telah dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap rnereka yang bersubahat
menyebar penyakit AIDS termasuk pengedar dadah, sindiket pelacuran dan para doktor yang tidak
melaporkan kejadian penyakit AIDS atau jangkitan HIV kepada pihak berkuasa.
· Program tertentu sedang dijalankan untuk melatih lebih ramai kakitangan untuk mengatasi masalah ini.
Adalah diharapkan sehingga Oktober 1991 seramai 16,000 kakitangan kerajaan telah dilatih untuk
menghadapi masalah ini.

Walaupun kerajaan telah mencuba sedaya upaya untuk mengadakan program tertentu untuk mengatasi
masalah AIDS tetapi kes-kes AIDS terus meningkat. Di manakah salahnya? Ini terletak kepada sikap
mereka yang mengimplementasikan program ini. Sikap sambil lewa dan tidak amanah terhadap
tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka telah menggagalkan program pencegahan ini.
Jangan fikir AIDS bukan masalah anda. Mungkin kes AIDS yang berikutnya akan melibatkan diri anda
atau keluarga anda.

AIDS adalah penyakit masyarakat, oleh itu semua anggota masyarakat harus sedar. Kerajaan cuma
mengadakan program-program tertentu sahaja tetapi yang terlibat melaksanakan program tersebut ialah
kita, yang akan menderita akibat AIDS ialah kita, yang daif tentang AIDS juga kita, yang gian dan gatal
mencari AIDS juga ialah kita. Jangan salahkan orang lain, tepuk dada tanya selera, mahu taubat atau mati,
mahu morfin atau ganja, isteri di rumah semacam tiada, dijangkiti AIDS salah siapa?

IMPLIKASI AIDS PADA SEBUAH NEGARA YANG MEMBANGUN


32
Penderita AIDS paling ketara dilihat di benua Afrika. Negara-negara yang sedang membangun ini
dibebani dengan kelaparan, kemarau, peperangan saudara dan kini pula AIDS. Mempelajari daripada
salah sebuah negara seperti Zambia iaitu sebuah negara membangun, lebih kurang 45 peratus daripada
penduduk negara tersebut adalah pada lingkungan umur bawah 15 tahun dan 15 peratus berumur melebihi
50 tahun, Rajah 8.15. Ini bermakna 40 peratus penduduk berada dilingkungan umur 15 - 50 tahun iaitu
pada tahap umur yang subur dan mempunyai kemungkinan tinggi untuk dihinggapi virus HIV.

Setiap tahun kematian di kalangan penduduk yang berumur di antara 15 - 50 tahun merupakan satu
kehilangan yang besar kepada negara kerana mereka adalah golongan penduduk yang paling produktif
yang dijangka boleh bekerja selama 10 - 30 tahun lagi. Setiap kematian, negara kehilangan 10 - 30 tahun
jumlah waktu kerja. Ini akan menjejaskan bidang industri, perubatan, pertanian, pendidikan dan
perkhidmatan awam.

Rajah 8.15 : Taburan umur dan kanak-kanak dalam tanggungan bagi negara maju dan negara membangun

Kerajaan akan rugi berjuta-juta ringgit kerana wang yang telah dilaburkan kepada individu-individu ini
berakhir dengan kematian.

Malaysia juga menghadapi senario yang sama. Kebanyakan pembawa virus HIV dan kematian kerana
AIDS ialah golongan muda. Golongan muda kita yang dilanda dengan masalah dadah kini menjadi
korban AIDS. Ini adalah satu tamparan yang hebat bagi sesebuah negara yang sedang membangun.
Walaupun semua lapisan masyarakat tidak terkecuali daripada jangkitan virus HIV, kajian yang dilakukan
di Barat menunjukkan sebuah negara yang baru dilanda penyakit ini, dalam lingkungan 3 - 5 tahun
pertama corak jangkitan penyakit ini akan melibatkan mereka yang berpendidikan tinggi dan berkaliber,
teknokrat yang baru pulang dari luar negara dan juga ahli perniagaan yang selalu berulang-alik keluar
negara.

Ini merupakan satu kerugian yang besar kepada semua pihak. Oleh itu tidak hairanlah jika anggota
masyarakat tersebut merasa malu untuk menghadapi hakikat yang sebenarnya dan negara merasa berat
untuk mengaku kewujudan dan ketenatan wabak yang dihadapi olehnya. Adalah sukar untuk menerima
sesuatu hakikat itu dengan lebih objektif jika kesalahan itu berpunca daripada tabiat buruk diri sendiri.
Lebih-lebih lagi jika bala itu berlaku di sebuah negara yang sedang berusaha untuk menerapkan nilai-nilai
Islam di dalam pentadbirannya.

Kesimpulannya, masalah AIDS harus difikirkan dengan rasional dan tindakan harus diambil secepat
mungkin. Semua golongan masyarakat mesti mengambil bahagian dan satu polisi yang rasional dan
praktikal, bersih daripada sebarang tekanan dan lobi mesti diadakan dalam menghadapi wabak AIDS
demi memelihara masa depan negara dan kesejahteraan ummah.

BAB 9
AIDS : ALAM REMAJA, SEKS DAN DADAH

AIDS dan Alam Remaja

ALAM remaja ialah hari-hari yang paling indah buat seseorang individu itu. Tidak kurang juga terdapat
golongan remaja yang terpaksa mengharung pahit getir kehidupan dalam masa menimba pengalaman.
Cuba kita renung sejenak dan menyingkap kembali usia muda yang telah terlepas pergi pasti ada liku-liku
hidup yang mahu kita luruskan, pahit maung yang hendak ditambah secubit gula atau direnjis wangi-
wangian.

Semua ini adalah pentas kehidupan yang kita hadapi setiap hari dan yang mengajar kita supaya lebih arif
dan berwaspada untuk menghadapi hari-hari esoknya. Golongan muda-mudi inilah harta dan khazanah
33
bangsa dan mereka juga adalah harapan negara yang perlu diberikan didikan yang sempurna. Jatuh
bangun mereka, akan juga kita rasai. Golongan inilah yang selalu menjadi korban AIDS.
Hampir 80 peratus daripada pembawa virus AIDS berumur di antara 20 - 40 tahun. Kajian yang
dijalankan terhadap 180 pelajar bukan perubatan di Universiti Singapura pada tahun 1990 tentang
fahaman dan sikap mereka terhadap AIDS dan tingkah laku terhadap seks, hasilnya sangatlah
membimbangkan.

Mereka semua berumur di antara 20 - 25 tahun dan 98.6 peratus masih belum berumah tangga. Terdapat
41 orang atau 29.3 peratus yang telah ada pengalaman hubungan seks. Kajian seterusnya mendapati 80.0
peratus daripada mereka mengetahui bagaimana AIDS boleb disebarkan, iaitu melalui seks dan darah dan
mereka juga tahu yang AIDS tidak boleh dijangkiti melalui hubungan biasa, berpelukan, bersalaman,
berkongsi bilik mandi, bersin, batuk, berludah dan melalui pinggan mangkuk atau makanan. Pengetahuan
ini menjadikan mereka lebih yakin. Sebanyak 88.6 peratus pula berpendapat yang AIDS tidak akan
menjangkiti mereka dalam masa dua tahun yang akan datang. Di kalangan remaja ini 24.3 peratus
mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang AIDS, 55.7 peratus sederhana sahaja dan 20 peratus kurang
pengetahuan tentang AIDS. Pengetahuan mereka kebanyakannya didapati daripada pembacaan sendiri
dan media massa, Rajah 9. 1.

Pengetahuan mereka tentang AIDS adalah baik. Semua pengetahuan ini mereka dapati melalui bahan-
bahan percetakan. Jika masyarakat ini mempunyai tabiat membaca yang tinggi maka tindakan kerajaan
untuk mendidik masyarakat tentang AIDS mungkin berjaya. Daripada data ini kurang daripada 1 peratus
daripada mereka mendapat pengetahuan daripada keluarga ataupun ibu bapa. Ini mungkin kerana tajuk
perbualan AIDS turut melibatkan unsur-unsur seks. Masyarakat kita masih segan-silu membincangkan
perkara-perkara yang di anggap sensitif ini.

Sumber pengetahuan tentang AIDS Peratus

1. Bahan cetakan, pamplet, surat khabar 64.3


2. Seminar perubatan 50.0
3. Televisyen 50.0
4. Kuliah perubatan 50.0
5. Radio 39.3
6. Video peribadi 25.7
7. Perbincangan daripada
kumpulan-kumpulan kecil 38.6
8. Perbualan di kalangan kaum sejenis27.9
9. Perbualan di antara orang dewasa
yang dipercayai 7.1
10. Rumah dan hubungan keluarga 0.7

Rajah 9.1: Sumber pengetahuan tentang AIDS di kalangan mahasiswa bukan perubatan Universiti
Singapura Data : Singapore Journal of O&G, Julai 1991

Mungkin ibu bapa tidak perlu menyentuh secara terang-terang tentang AIDS dan seks. Perkara yang
penting ialah ibu bapa, harus menjalinkan hubungan rapat dengan kaum remaja, harus adakan masa untuk
berbual-bual dan bertukar-tukar fikiran dengan mereka dan selitkan nasihat-nasihat dan pengajaran agama
kepada golongan remaja ini. Pengetahuan sahaja masih tidak dapat menghindarkan mereka daripada
mengamalkan penghidupan yang berisiko tinggi dan mendedahkan diri mereka kepada virus HIV.

Cuma pengetahuan dan pengajaran agama sahaja yang akan menghindarkan mereka daripada melakukan
perkara-perkara yang salah dari segi agama dan undang-undang . Satu fakta yang membimbangkan
daripada kajian yang sama iaitu walaupun mereka tahu bagaimana AIDS boleh disebarkan kita dapati
29.3 peratus daripada mereka ini telah mempunyai pengalaman seks. Terdapat juga tabiat seks
homoseksual dan biseksual di kalangan mereka, Rajah 9.2.
· Heteroseksual 92.9 peratus
34
· Biseksual 4.3 peratus
· Homoseksual 2.8 peratus
Rajah 9.2: Tabiat seks pelajar bukan perubatan Universiti Singapura Data : Singapore Journal of O&G,
Julai 1991

Mereka ini juga mempunyai lebih daripada satu pasangan seks dalam hidup mereka. Seramai 16 orang
mahasiswa mempunyai dua orang pasangan seks dan 15 orang yang lain mempunyai tiga orang rakan
seks di dalam hidup mereka. Sebanyak 12.2 peratus ataupun 5 orang daripada mereka yang mempunyai 6
orang rakan seks walaupun usia mereka baru dalam lingkungan dua puluhan, Rajah 9.3.
Bilangan Pasangan Bilangan Peratus
Seks mahasiswa
1 7 17.1
2 16 39.0
3 15 12.2
4 0 0.0
5 8 19.5
6 5 12.2

Rajah 9.3: Bilangan pasangan seks pelajar bukan perubatan Universiti Kebangsaan Singapura Data :
Singapore Journal of O&G, Julai 1991

Ini tidaklah menghairankan kerana 47.8 peratus daripada golongan remaja ini tidak mempunyai pegangan
agama, Rajah 9.4. Jika dilihat daripada perkara-perkara yang penting dalam hidup mereka, agama adalah
perkara yang paling bawah di dalam senarai keutamaan di dalam hidup mereka, maka pengetahuan atau
ilmu sahaja tidak mencukupi untuk menghindarkan seseorang itu daripada melakukan kesalahan, Rajah
9.5.
Agama Peratus

Protestan 22.9
Katolik 4.3
Budis 20.7
Hindu 2.9
Islam 1.4
Tiada agama 36.4
Belum membuat pilihan 11.4

Rajah 9.4: Kepercayaan agama 180 orang pelajar bukan perubatan di Universiti Kebangsaan Singapura
Data : Singapore Journal of O&G, Julai 1991

Perkara Peratus

Pelajaran 100
Kawan-kawan berlainan seks 100
Cinta/kasih sayang 92.9
Kawan-kawan sama seks 92.2
Kerjaya/pekerjaan masa depan 95.7
Perkahwinan 83.6
Pengalaman seks 67.9
Kegemaran/sukan 65.7
Agama 59.3
Rajah 9.5 : Perkara-perkara yang penting dalam hidup mereka Data : Singapore Journal of O&G Julai
1991

35
Ternyata sekali pendidikan dan pengetahuan yang ada pada seseorang itu tidak menjamin pembentukan
keperibadian yang baik untuk seseorang individu dan seterusnya sesebuah masyarakat itu.

Ilmu tanpa amal adalah laksana ombak tanpa air, walaupun ia akan sentiasa memukul pantai tetapi tidak
membawa sebarang kesan kerana sekali air bah, sekerap itu pantai berubah. Ilmu yang ada tanpa
pegangan keimanan tidak akan dipraktikkan seperti yang dipelajari. Individu intelek itu tidak mempunyai
pegangan hidup cuma berilmu sahaja tetapi tidak mengamalnya di dalam penghidupan seharian, mereka
tiada pendirian bagaikan lalang ditiup angin.

AIDS DAN PENAGIH DADAH

Suntikan dadah menerusi pembuluh darah boleh menyebabkan jangkitan kuman dan virus ke dalam
tubuh. Jika dahulu virus yang selalu dikaitkan dengan tabiat ini ialah hepatitis B tetapi sekarang virus
yang lebih bahaya yang boleh dijangkiti melalui amalan ini iaitu virus HIV. Penyakit AIDS di kalangan
penagih dadah sehingga 1988 merupakan 17 peratus daripada penghidap AIDS di Amerika dan jumlah
AIDS di kalangan penagih dadah di Malaysia ialah melebihi 80 peratus berbanding dengan cuma 2
peratus daripada penghidap AIDS di England. Seperti di Malaysia juga, jumlah AIDS di kalangan
penagih dadah di England terutamanya di Edinburgh, semakin meningkat dan kini rnencapai tahap 50
peratus, satu peningkatan yang membimbangkan.

Bilangan penagih dadah yang menghidap AIDS kian bertambah di Amerika:


· 1981 - 29 orang
· 1982 - 148 orang
· 1983 - 324 orang
· 1986 - melebihi 4500 orang
· 1987 - 17 peratus daripada kesemua pesakit AIDS

Penghidap AIDS di England keseluruhannya 88 peratus melibatkan tabiat homoseksual atau biseksual,
cuma 1 - 2 peratus sahaja yang melibatkan penagihan dadah. Di antara kumpulan-kumpulan pesakit AIDS
seperti pelacur dan homoseks, penagih dadah adalah kumpulan yang paling susah dirawat disegi kawalan
dan pendidikan. Tetapi ini tidak bermakna ia tidak boleh ditolong, cuma ia memerlukan dedikasi yang
lebih.

Senario AIDS dan dadah di dunia bermula pada tahun 1980 apabila terdapat 9 kes AIDS yang pertama
dikesan yang disebabkan oleh suntikan dadah, 4 daripada penagih dadah ini juga adalah golongan
homoseks. Di Malaysia pula hampir 80 peratus pembawa virus HIV adalah penagih dadah. AIDS adalah
pembunuh utama di kalangan penagih dadah di New York. la melebihi daripada masalah kelebihan dos
dadah, hepatitis B dan endokarditis dan tidak hairan jika trend yang sama terdapat di Malaysia.

APAKAH AKIBAT TABIAT MENAGIH DADAH?

Selain daripada AIDS penagih dadah mengalami risiko :


· Ketagihan dan berlebihan dadah.
· Kesan keputusan madat.
· Jangkitan pada tempat suntikan dadah.
· Jangkitan kuman keseluruhan badan dan paru-paru bernanah.
· Jangkitan jantung dan otak dan menyebabkan anggota lumpuh.
Jangkitan ini berpunca daripada :

· Cara penyuntikan yang kotor berpunca daripada jarum, siring, sudu dan mangkuk yang digunakan untuk
mencampurkan dadah.

· Anialan berkongsi bahan suntikan, mengakibatkan transmisi virus di antara penagih dadah.
Amalan buruk yang menambahkan lagi transmisi virus ini seperti :

36
· Tabiat "mencuci" heroin yang berada di dalam siring dengan menyedut dan menyuntik kembali heroin
bersama darah sendiri untuk mendapatkan respon dadah yang lebih maksimum. Ini menyebabkan
pencemaran pada bahan-bahan suntikan yang akan disebarkan kepada penagih lain.

· Penagih dadah biasanya mencuci peralatan yang digunakan untuk suntikan di dalam satu bekas yang
dikongsi bersama dan ini akan dicemari oleh darah daripada penagih-penagih dadah yang lain.

RAWATAN JANGKITAN HIV DI KALANGAN PENAGIH DADAH

Prinsip rawatan bagi pesakit HIV ialah :

· Mencegah HIV daripada merebak.


· Menghalang atau melambatkan proses jangkitan HIV daripada menjadi penyakit AIDS.
Langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan jangkitan virus HIV di kalangan heteroseks dan
penagih dadah :

· Hentikan amalan tersebut.


· Kurangkan bilangan rakan seks.
· Jangan melakukan seks menerusi anus (anal intercourse).
· Gunakan kondom dan spermatisid (bahan pembunuh sperma).
· Jangan berkongsi jarum dan peralatan suntikan.
· Hindarkan daripada hamil kerana risiko menjangkiti janin dan bayi adalah tinggi.

Langkah untuk melambatkan pengidap HIV daripada mengalami AIDS :


· Berhenti berkongsi bahan suntikan serta merta supaya anda tidak dijangkiti lagi.
· Hindarkan daripada hamil.
· Hindarkan daripada jangkitan dan pendedahan yang berulang-ulang terutamanya melalui seks.
· Terus menggunakan alat kontraseptif (pencegah kehamilan) supaya anda tidak dijangkiti oleh virus HIV
berulang-kali.

PERINGATAN KEPADA PENAGIH DADAH

· Kami mengasihani anda.


· Hentikan amalan penagihan dadah itu.
· Jangan berkongsi peralatan suntikan.
· Jangan membawa balik virus HIV ke rumah anda.

BAB 10
PENCEGAHAN DAN RAWATAN AIDS

AIDS Masalah Sosial


AIDS bukan sahaja menjadi masalah perubatan. AIDS adalah masalah "SOSIAL" dengan lain perkataan
AIDS (ANGKARA IBLIS DAN SYAITAN) ini, sangat atau "SO" SIAL - ialah satu angkara yang sangat
sial bagi sesiapa yang menghadapinya. Akibat penyakit AIDS, hanya akan ketara apabila pesakit berada
pada peringkat yang teruk dan cuma pada tahap-tahap ini sahaja pesakit dipertanggungjawabkan kepada
seorang doktor untuk merawatnya.

Banyak langkah-langkah pencegahan dan pendidikan telah tidak kita lakukan. Kita cuma mengambil
langkah terakhir apabila pesakit telah terlantar di atas katil menanti saat kematian baru masyarakat sibuk
tentang AIDS. Pada saat ini mungkin dia berpeluang untuk hidup dalam masa dua atau tiga bulan sahaja
lagi sedangkan 20 - 30 tahun hidupnya di masa lalu tidak dipedulikan. Pesakit AIDS yang dirawat di
hospital, biasanya masih muda dan mereka dimasukkan ke hospital dengan beberapa masalah seperti
37
jangkitan paru-paru atau lumpuh akibat serangan HIV di otaknya atau jangkitan di dalam jantungnya.
Sebagai doktor, adalah menjadi tanggungjawabnya merawat pesakit itu.

Satu hakikat yang perlu difikirkan, pesakit AIDS ini tidak akan hidup lama dan apakah bantuan yang
dapat kita berikan kepada mereka dalam keadaan yang serba kekurangan, seperti perbelanjaan untuk
merawatnya dan kakitangan untuk menjaga pesakit tersebut sepenuh masa? Di Malaysia pesakit AIDS
boleh mendapat rawatan perubatan sama seperti rawatan yang terdapat di Amerika atau dimana-mana saja
di dunia.

Kos untuk membiayai seorang pesakit AIDS di Malaysia, memerlukan perbelanjaan ubat sebanyak
RM30,000.00 setahun. Ini tidak termasuk perbelanjaan doktor dan jururawat dan perbelanjaan tinggal di
hospital. Kita perlu berfikir panjang adakah kita akan mebelanjakan RM30,000.00 untuk merawat
seorang penagih dadah yang menghidap AIDS yang belum tentu sembuhnya atau merawat beratus-ratus
kanak-kanak yang dijangkiti kuman biasa yang berkemungkinan besar akan sembuh. Ini adalah satu
keputusan berat yang perlu diambil oleh seorang doktor setiap kali berada di sisi pesakit AIDS. Ahli-ahli
masyarakat yang lain dan penggubal-penggubal polisi negara harus peka terhadap masalah ini dan cuba
mencari jalan mengatasinya. Mungkin keputusannya tidak akan tercapai tetapi yang penting, fikiran,
naluri dan suara hati kita harus bebas daripada perasaan bersalah dan akan melakukan segala yang perlu
yang telah dipertanggungjawabkan ke atas diri kita untuk membantu seseorang pesakit itu. Tentu sekali
peluang hidup untuk pesakit AIDS adalah tipis tetapi bukan kita yang menentukan waktu matinya.

PENYELESAIAN AIDS DI MALAYSIA BERBEZA DENGAN DUNIA BARAT

Kita rakyat Malaysia tidak dapat.mengikut cara Barat dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah
AIDS. Di Barat, AIDS cuba dielakkan dengan menggunakan kondom. Cara ini difikirkankan paling
selamat bagi pengamal-pengamal seks yang telah melakukan amalan seks secara bebas dan tidak normal
sekian lama. Bagi kita di Malaysia, ini bukan caranya. Di Barat mereka menerima hubungan seks
rambang sebagai cara hidup. Mereka tidak mahu atau tidak boleh membuang cara hidup ini kerana
sebahagian besar ahli masyarakatnya memang mengamalkan cara hidup sedemikian. Di negara kita seks
secara rambang adalah salah bukan sahaja di di sisi undang-undang negara tetapi bertentangan dengan
Islam dan agama lain juga. Apabila seorang suami yang menghidap AIDS bertemu doktor untuk meminta
khidmat nasihat, doktor mungkin memikirkan cara terbaik untuk mengelakkan penularan virus HIV
kepada isterinya. Cara yang difikirkan paling baik ialah melalui penggunaan kondom. Kita tidak boleh
menghalang suami isteri ini daripada mengadakan hubungan seks seumur hidup mereka. Maka
penggunaan kondom adalah cara yang paling sesuai untuk keadaan ini. Oleh itu kondom hanyalah
dibenarkan pada situasi tertentu sahaja, iaitu jika ia tidak melanggar undang-undang dan prinsip-prinsip
agama. Kita tidak benarkan seseorang itu menggunakan kondom untuk wanita lain yang bukan isterinya
seperti untuk tujuan pelacuran, seks rambang atau homoseksual.
Janganlah ada pihak-pihak yang membekalkan kondom-kondom ini semasa pegawai-pegawai kita
melawat ke seberang laut ataupun mendermakannya kepada pelancong-pelancong yang datang ke
Malaysia. Konsep penggunaan kondom untuk mengelakkan AIDS tidak boleh disalahtafsirkan untuk
memberi kepentingan kepada pihak-pihak tertentu saja.

Apabila kita membenarkan penggunaan kondom secara bebas, seolah-olah kita menggalakkan tabiat seks
rambang ataupun menggalakkan golongan remaja mencuba-cuba seks secara rambang. Kita dapati
beberapa bulan kebelakangan ini ada pihak tertentu memberi kondom kepada pelajar sekolah. Untuk
apakah kondom ini diberikan kepada mereka? Pelajar ini bukanlah golongan orang yang berisiko tinggi
dan tidak juga golongan yang sudah berumahtangga. Sememangnya ada pihak yang sengaja mengambil
kesempatan.

Semua penyakit yang berjangkit seperti AIDS, sifilis dan gonorea mestilah dilaporkan kepada kerajaan.
Kementerian Kesihatan ada menubuhkan pihak tertentu yang membuat kajian mencari punca pembawa
penyakit itu. Kajian akan dilakukan untuk mengetahui dari mana penyakit itu diperolehi. Jika pesakit itu
mendapat jangkitan AIDSnya daripada pelacur, maka pelacur itu akan dicari untuk mengetahui

38
pelanggan-pelanggannya yang lain di samping merawat dan menghalang penyebaran penyakit tersebut.
Siasatan ini amat mustahak dilakukan kerana penularan penyakit ini berlaku dengan cepat dan meluas.

Usaha ini kurang berjaya di negara kita. Salah satu masalahnya ialah kerana ramai pesakit ini mendapat
rawatan di klinik swasta, kebanyakan klinik swasta tidak melaporkan kes sifilis dan gonorea ke pihak
kerajaan, perkara yang sama juga akan berlaku dengan AIDS.

Hasil ujian HIV yang diterima adalah sulit, dan hanya diketahui oleh doktor dan pesakit. Jika doktor itu
merasa bertanggungjawab, dia akan merujukkan pesakit kepada pihak tertentu untuk rawatan selanjutnya.
Usaha ini telahpun dilaksanakan di hospital-hospital kerajaan dan klinik swasta harus mencontohi amalan
ini.

Jelaslah masalah AIDS ini bukanlah masalah perubatan. la adalah masalah masyarakat yang bertitik tolak
daripada semua sistem yang ada di dalam masyarakat untuk menghapuskan AIDS.
Sistem yang sedia ada hendaklah dilaksanakan sepenuhnya iaitu :

Pertama : Prinsip mengamalkan etika hidup sihat

Kita perlu hidup secara sihat. Walau apapun agama yang kita anuti, seks di luar pernikahan dan intitusi
keluarga adalah salah. Mereka yang menagih dadah kebanyakannya menghidap AIDS. Rawatan untuk
pesakit AIDS sebenarnya bukanlah rawatan sebagai penyakit individu tetapi kita perlu merawatnya
sebagai penyakit masyarakat. Jika sebuah masyarakat itu mengamalkan kehidupan homoseksual dan
mengambil dadah sebagai sesuatu yang normal, maka seluruh masyarakat itu perlu dirawat. Di Amerika
Syarikat misalnya, ada kelab homoseksual dan dadah yang dianggap sebagai bahan rekreasi, maka kita
tidak boleh benarkan sikap-sikap seumpama itu menapak di negara kita.

Kita sebenarnya perlu terlebih dahulu merawat ideologi itu kerana ideologi itu sendiri yang salah. Kita
semua ada pendapat sendiri, teliti kembali jangan sekadar mengkritik di kedai kopi saja, laksanakannya
pada diri anda sendiri sekarang juga.

Kedua : Polisi kerajaan dilaksanakan sepenuhnya


Undang-undang untuk mencegah khalwat, dadah, pelacuran, jenayah, telah sedia ada dan perlu
dilaksanakan dengan lebih berkesan. Jangan hendaknya kerja sedikit publisiti saja lebih.
Ketiga : Ibu bapa bersifat lebih bertanggung jawab
Ibu bapa juga perlu bersikap peka terhadap anak-anak mereka yang cenderung ke arah homoseksual.
Doktor biasanya dapat mengenal ciri-ciri homoseksual ini melalui tingkah laku seseorang itu jika ia mirip
kepada perwatakan lelaki atau perempuan. Jika anak kita bersekolah di asrama penuh, lawati mereka.
Jangan dipertanggungjawabkan kepada pengurus asrama sahaja. Tulis surat kepada mereka. Begitu juga
dengan anak kita yang berada di luar negeri, sentiasalah menasihati mereka.

Masalah ini perlu dilihat dan dikaji dari zaman kanak-kanak lagi dan juga semasa dia dialam remaja.
Kenapa dia berkelakuan sedemikian, kita perlulah mencari puncanya. Masalah yang paling serius, ialah
pengaruh persekitarannya dan percampuran serta penerimaan masyarakat terhadapnya. Masalah ini dapat
dirawat dengan berkesan melalui cara-cara tertentu, bertindaklah sekarang juga.

Keempat : Perkukuhkan institusi keluarga


Institusi keluarga, terutamanya hubungan suami isteri perlulah diperkukuhkan supaya rumahtangga tidak
runtuh. Kesan keruntuhan rumahtangga boleh membawa berbagai-bagai akibat yang buruk kepada anak-
anak dan masyarakat.

Kelima : Sistem kawalan negara


Cara membenteras penyakit ini, bukan sahaja sistem pertahanan tubuh pesakit itu mesti dipertingkatkan
malah sistem pertahanan negara untuk mencegah AIDS juga mesti diperkukuhkan. Ini termasuklah pihak
imigresen, polis, tentera dan ahli-ahli agama yang bertugas memastikan pelacuran, dadah dan pelacur dari
luar negeri tidak dibawa masuk ke negara ini. Masalah ini tidak mungkin dapat diatasi jika sistem
39
kawalan negara kita tidak kukuh. Dalam hal ini pencegahan adalah penting daripada merawat. Pesakit
AIDS pasti akan mati. Mungkin paling lama dia boleh hidup ialah 12 tahun daripada tarikh terdedah
kepada virus HIV. Kalau kita dapat mencegah daripada terjadinya satu transmisi baru, maka kita akan
berjaya dalam masa 12 tahun, menyelamatkan satu generasi daripada dipupuskan oleh AIDS. Tidak
hairanlah kita lihat satu generasi manusia telah dihapuskan oleh satu penyakit pada suatu masa dulu
seperti penyakit plague. Begitu juga dengan penyakit small pox yang telah hilang dari muka bumi kerana
kejayaan kita mencegah penyakit tersebut. Jika kita tidak sedar daripada sekarang, maka generasi kita
akan mendapat balanya.

RAWATAN UNTUK PENYAKIT AIDS

Jika kita terpaksa merawat pesakit AIDS bermakna kita telah gagal dari konteks pencegahan. Rawatan
AIDS secara teori boleh dilihat daripada beberapa sudut.
1. Rawatan individu.
2. Rawatan untuk keluarga dan masyarakat.
Rawatan individu merangkumi semua aspek penyakit :
· Merawat penyakit itu sendiri iaitu kaedah untuk membunuh virus HIV.
· Merawat jangkitan-jangkitan opotunis yan turut menjangkiti pesakit AIDS.
· Merawat komplikasi daripada penyakit ini seperti lumpuh, kekurangan berat badan, kehilangan cecair
daripada tubuh dan lain-lain.
Memahami akan lingkaran hidup virus HIV, ubat-ubat untuk AIDS boleh bertindak pada beberapa tahap,
Rajah 10.1.
1. Menggunakan agen-agen pembunuh virus.
2. Menggunakan kaedah keimunan yang ada pada diri untuk membunuh virus tersebut, dengan
memperkuatkan sistem keimunan kita sendiri. Agen-agen semulajadi ini dipanggil Biological Immune
Response Modifier. terdapat berbagai-bagai jenis agen yang telah dikenali dengan berbagai-bagai nama
seperti :
· Interferon (alfa,beta, gamma)
· Colony Stimulating Factor
· Interleukin 1,2,3,4
· Leukotoxin
3. Menggunakan vaksin yang ditujukan kepada virus itu sendiri atau pada bahagian-bahagian virus.
4. Banyak bahan-bahan yang masih diperingkat penyelidikan seperti bahan yang dipanggil AI-721. Ia
akan bertindak pada reseptor sesuatu sel dan menghalang kemasukan virus HIV ke dalam sel.
5. Ubat yang sering digunakan sekarang ialah Azidothymidine disingkatkan kepad AZT. Ia bertindak
balas pada peringkat kejadian dan replikasi bahan-bahan baka sel. AZT menghalang pembentukan rantai-
rantai DNA virus.
6. Kaedah rawatan umum, merawat segala jangkitan opotunis dengan menggunakan antibiotik.
7. Menggunakan ubat-ubat anti-kanser seperti sytoxan untuk merawat sarkoma Kaposi.
8. Rawatan dengan vitamin dan cara pemakanan yang baik akan meningkatkan tahap kesihatan seseorang
pesakit itu dan dia akan lebih berdaya mempertahankan tubuhnya.
9. Penggunaan bahan-bahan perangsang immune ‘General Immune Stimulant’, seperti BCG dan tuftsin
iaitu peptid-peptid yang didapati daripada antibodi-antibodi tubuh, telah digunakan untuk menguatkan
sistem keimunan untuk melawan penyakit itu.
10. Penggunaan kaedah antibodi monoklonal terhadap virus HIV sedang dalam penyelidikan.
Kesan Sampingan AZT
AZT bukan sahaja bertindak balas dengan sel-sel yang mengandungi virus tetapi ia juga mempunyai
kesan sampingan terhadap sel-sel yang normal. Kesan-kesan ini termasuklah :

· Akibatnya kepada sum-sum tulang.


· Sel darah putih, darah merah dan platelet berkurangan.
· Pesakit pucat.
· Mudah dijangkiti penyakit.
· Mudah mendapat pendarahan.
Masalah penggunaan AZT
40
· Ia sangat mahal, perbelanjaannya untuk setahun berjumlah RM30,000.00.
· Rawatannya ialah untuk selama-lamanya.
· Jangkamasa tindakannya adalah singkat dan memerlukan rawatan yang kerap terutamanya untuk
jangkitan otak.
· AZT tidak membunuh semua virus HIV. Virus yang ada dalam makrofag tidak terdedah kepada AZT.

RAWATAN TRADISIONAL

Apabila sistem perubatan secara saintifik gagal untuk merawat penyakit AIDS, timbullah cara pengubatan
lain yang mengaku boleh merawat penyakit ini misalnya cara-cara perubatan tradisional. Jika
kecenderungan ini tidak dikawal dengan cepat dan betul, akan berlakulah penipuan dan penganiayaan
terhadap ahli masyarakat.

Sering kita dengar rawatan secara tradisional berjaya merawat pesakit AIDS. Kadang kala dakwaan
seperti ini mudah mendapat perhatian media massa yang suka berita-berita hangat seperti ini. Malah
bukan sahaja dukun-dukun dan ‘Professor’ di Malaysia yang mendakwa boleh merawat AIDS, pernah
juga kita dengar Professor dari Taiwan juga membuat dakwaan AIDS boleh diubati dengan rawatan lingzi
iaitu menggunakan ubat herba Ganoderma. Adalah penting untuk masyarakat kita sedar yang mereka
tidak diperdayakan oleh sesiapa sahaja yang cuba menangguk di air keruh baik di bidang perubatan
sainstifik atau perubatan tradisional.

Jika benar dakwaan bomoh-bomoh ini, maka rakyat Malaysia akan mendapat anugerah hadiah noble
dunia tahun 1992 kerana berjaya merawat penyakit AIDS. Tetapi jika anda telah tertipu hadiah itu adalah
milik anda kerana membenarkan diri anda diperdayakan.

AIDS DAN TINDAKAN EMOSIONAL

Mungkin juga terdapat golongan yang mungkin bertindak secara mendadak untuk membersihkan
kumpulan-kumpulan yang berisiko tinggi. Tindak-tanduk yang diambil mengikut emosi ini mungkin akan
mendapat balasan yang serupa. Ini akan membawa lebih keburukan kerana mereka yang mempunyai
virus HIV ini mungkin bertindak liar dan atas dasar membalas dendam akan terus menyebarkan penyakit
mereka dengan lebih luas lagi.

BAB 11
AIDS : PENYELESAIANNYA

Cara Atasi AIDS Di Segi Islam

Allah berfirman yang bermaksud :

"Dan kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (aI-Isra :
82)

Bagi seorang muslim kejadian penyakit AIDS yang melanda umat manusia pada abad ke-20-an ini
bukanlah satu perkara yang baru. Generasi demi generasi manusia telah bertukar ganti dan dilenyapkan
dari muka bumi ini kerana bertindak bertentangan dengan sunnah Allah. Jika cakrawala dan bintang-
bintang boleh pupus kerana bergerak bertentangan dengan paksi yang telah ditentukan oleh Allah, inikan
pula manusia!

Kita memperingati sejarah tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya. Manusia dengan sifatnya yang
serba lemah dan daif pula sering menzalimi diri sendiri dengan tingkah laku dan amalannya yang cuma
41
akan membawa kepada kehancuran. Lihatlah di sekeliling kita, kehancuran yang telah dilakukan oleh
manusia terhadap alam semesta dan AIDS cuma satu daripada berpuluh-puluh contoh kezaliman yang
manusia lakukan terhadap diri sendiri dan terhadap umat manusia yang lain. Merokok, mengambil dadah,
meminum alkohol, memakan benda-benda yang haram, perzinaan, hanyalah sebahagian kecil kejadian
kemungkaran yang bertapak di atas bumi.

Falsafah hidup dan kebudayaan Barat yang kita terikut-ikut ini terus berkembang subur. Tidak hairanlah
mengapa kita tidak terkecuali daripada bahang AIDS! Dunia barat kehilangan bintang-bintang filemnya,
penghibur-penghiburnya yang terkenal, kita juga apa kurangnya. Ini adalah kerana corak kehidupan
mereka di masa lalu dan kita adalah sama sahaja dan tentu sekali jangkitan AIDS tidak melihat warna
kulit sebelum menjangkiti seseorang itu.

Allah tidak zalim, HIV diciptanya begitu canggih seperti "peluru berpandu kawalan sendiri" yang akan
mendampingi kumpulan tertentu sahaja. Ini adalah fakta yang nyata. Semua orang tahu virus HIV
menjangkiti mereka yang melakukan hubungan seks rambang dan mengambil dadah. Hubungan seks
yang menjadi sebahagian daripada hidup kita itu terbahagi kepada dua iaitu seks halal dan seks haram.
Seks yang dilakukan di dalam suasana pernikahan boleh menjadi penawar dan satu ibadat. Seks yang
dilakukan di luar konteks pernikahan adalah zina dan datang bersama-samanya seribu satu bencana
seperti gonorea, sifilis, perpecahan runahtangga, kejatuhan pemimpin negara dan tamadun manusia dan
pernah juga melenyapkan satu generasi umat manusia. AIDS cuma masalah yang kecil sahaja, sedangkan
penyakit masyarakat yang lebih teruk akan terjadi kerana amalan ini. Aneh tetapi benar. Perbuatan seks
itu adalah sama tetapi akibat-musibatnya berbeza. Dengan demikian di manakah letaknya perbezaan di
antara kedua-duanya? Perbezaanya ialah seks itu dilakukan menurut hukum-hukum Allah dan yang satu
lagi bertentangan dengan hukum-hukum Allah. Manusia seperti yang dikatakan oleh Allah adalah lalai
kecuali orang-orang yang beriman. Telah beratus tahun manusia hidup mengingkari hukum-hukum Allah.
Kita terikut-ikut dengan konsep Barat, dipengaruhi oleh budaya dan pemikiran Barat, mendewa-dewakan
kebebasan berfikir dan ada yang bertuhankan hawa nafsu dan berbudayakan perilaku serba boleh.

Hiburan, seks dan dadah adalah matlamat hidup di dalam masyarakat primitif yang pemisif, tanpa
berpandukan kepada sebarang nilai-nilai agama. Manusia kini berani melakukan perbuatan yang terkutuk
ini tanpa segan silu kerana norma-norma dan nilai-niiai agama sudah tiada lagi. Sedar atau tidak mereka
melangkah setapak lagi. Bukan sahaja seks dilakukan dengan berleluasa tetapi sekarang perhubungan
seks dilakukan di antara sesama jenis, perbuatan homoseksual dan lesbianisme menjadi perkara biasa.
Biseksual diterima sebagai satu cara hidup.

Barat mengiktiraf kehidupan golongan homoseksual ini, malahan golongan gereja mengiktiraf mereka
sehinggakan sesama lelaki atau sesama perempuan boleh berkahwin. Satu pasangan homoseks
dibenarkan mengambil anak angkat, kerana Barat menganggap mereka seperti satu institusi keluarga.
Bagi orang yang tahu berfikir kita akan tertawakan golongan ini, dengan kemajuan dan tamadun yang
mereka agung-agungkan, agama selalu diperkecil-kecilkan oleh mereka. Agama itu digambarkan sebagai
sesuatu yang kolot, tidak bertamadun, teroris, mundur dan lapok. Kini kita pula berkata kepada mereka,
"biarkan, biarkan, biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya". Di sebalik itu kita harus berfikir dengan
lebih jauh lagi, jangan memaku dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih. Perahu yang kita
dayung adalah satu. Jika kita tidak mempelajari kesilapan mereka, menukar cara hidup dan prinsip kita,
nescaya kita akan menerima kesan yang sama. Tidak perlu kita terjun dengan labu-labu lagi. Seluruh
kapal yang kita dayungi akan karam. Dunia ini akan melihat kematian kerana penyakit AIDS melanda
dalam angka yang berjuta-juta dan kita tidak terkecuali daripadanya.

AIDS ADALAH JANJI-JANJI TUHAN

Perhubungan sundal sejenis atau homoseksual bukan perkara baru yang dilakukan oleh umat manusia
pada generasi ini. Perhubungan yang sama telah berlaku beratus-ratus tahun yang lalu dan telah
diceritakan di dalam al-Quran dengan begitu terperinci lagi jelas untuk manusia mengambil iktibar
daripadanya. Sebabnya adalah sama. Ini adalah kerana manifestasi daripada kegagalan menguasai hawa
nafsu manusia dan kerana kekurangan daya tahan rohani daripada tiupan-tiupan syaitan terhadap
42
pemikiran manusia itu sendiri. Jika virus HIV dikatakan telah melumpuhkan pertahanan tubuh manusia di
aspek fizikal, mereka yang mengamalkan perhubungan seks secara homoseksual, biseksual dan
lesbianisme, sistem pertahanan spritual mereka telah lama gagal. Mereka tidak berdaya mempertahankan
diri daripada serangan dan resapan pemikiran serta angkara buruk yang dicucuk dan dihasut oleh iblis dan
syaitan. Apakah sebabnya seseorang individu yang kelihatan normal itu lebih berminat kepada kaum
sejenisnya sehinggakan dia bertindak melampaui batas? Memanglah jika dilihat daripada aspek saintifik,
manusia masih ingin dan cuba untuk memberi jawapan kepada tindak-tanduk yang begitu abnormal
dengan mengatakan terdapat beberapa perubahan fisiologi di segi hormon, persekitaran, bahan baka
(genetik), pembawaan pendidikan seseorang itu dan berbagai-bagai lagi penjelasan. Pada hakikatnya
mereka itu telah dilamun oleh hawa nafsu sendiri dan ia berpunca daripada rasukan iblis, jin dan syaitan.
Pertahanan spiritual mereka terdedah kepada bisikan jin dan syaitan ini kerana tidak diisi dengan sifat-
sifat kerohanian yang mantap. Wujud kekosongan yang mendedahkan manusia kepada alunan nafsu dan
siulan syaitan. Sebaliknya kaedah saintifik ini juga ada kebenarannya dan yang penting ialah
menseimbangkan kedua-dua unsur ini untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh manusia sejagat.

Pengajaran yang telah diceritakan di dalam al-Quran adalah benar dan ia adalah satu fakta dan kebenaran
yang mutlak yang lebih kuat daripada ujian-ujian saintifik yang manusia lakukan di bilik makmal. Allah
telah menceritakan bagaimana Nabi Luth a.s telah mengingatkan kaumnya yang juga melakukan
perbuatan yang sama iaitu memilih kaum lelaki sebagai pasangan mereka lebih daripada kaum wanita.
Mereka bukan sahaja tidak mendengar akan nasihat-nasihat Nabi Luth a.s tetapi mereka telah mengejek-
ejek dan merendah-rendahkan nasihat dan amaran yang telah diberikan oleh Nabi Luth a.s. Akhirnya
Allah telah membelahkan bumi dan menghapuskan mereka kesemuanya termasuklah isteri Nabi Luth a.s
sendiri.

Allah Maha Berkuasa dan Bijaksana dalam melaksanakan hukum-hakam dan rnenjalankan tindak balas
untuk memberi pengajaran kepada manusia. Jika pada abad ke-20-an ini Allah menjatuhkan hukuman
yang sama dengan membelah bumi dan menghapuskan sesuatu kumpulan masyarakat itu, maka itu adalah
satu fenomena yang biasa sahaja yang telah kita lihat berlaku dari semasa ke semasa. Apabila gunung
berapi Pinatubo meletup, apabila gempa bumi yang berlaku di California, Jepun, Iran dan tempat-tempat
yang lain, termasuk gegaran yang pernah kita rasa di Malaysia juga, manusia hanya mendabik dada dan
melihatnya sebagai suatu bencana alam dan berjaya pula mengukur kekuatan kejutan gempa bumi itu,
cuma 7.3 Richter selama 8 saat. Mereka tidak mendapat apa-apa iktibar daripada kejadian tersebut, cuma
mengambilnya sebagai satu lagi data saintifik.

Lantas dengan sifat Allah yang Maha Bijaksana, Allah telah menurunkan sejenis virus yang kecil lagi
canggih khusus untuk menghukum golongan-golongan yang melakukan perbuatan jahat dan melampaui
batas ini, iaitu mereka yang melakukan seks secara rambang dan yang menyalahgunakan dadah. Ini
adalah cara Allah untuk memberi pengajaran kepada golongan-golongan ini. Akibat daripada kelalaian
sebilangan umat manusia, maka kita juga dapat merasakan serpihan-serpihan bahangnya; cebisan
pengajaran Allah itu terkena pada golongan yang tidak berdosa seperti isteri di rumah, janin-janin dalam
kandungan, orang-orang sakit yang memerlukan darah, mereka juga turut terlibat dalam penyakit AIDS.
Hukuman yang dikenakan ke atas kaum Nabi Luth itu berkemungkinan berlaku pada mana-mana kaum
yang melakukan amalan yang sama dan mungkin sedang berlaku pembalasan Allah, cuma sekarang ini
dalam bentuk yang berlainan. Pembalasan Allah itu berbeza-beza bergantung kepada keadaan dan masa
kejadian itu. Allah telah firman dalam surah al-A’raaf ayat 80 - 81 dan juga ayat 84.

Firman Afiah yang bermaksud :

"Dan (kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka:
"Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun
(di dunia ini) sebelummu?" "Sesungguhnya karnu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada
mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas."
(al-A’raaf : 80-81)

43
"Dan kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang
yang berdosa itu." (al-A‘raaf : 84)

Kita mungkin mempertikaikan asal-usul virus HIV kenapa ia terjadi, kenapa golongan-golongan ini
sahaja yang menderita kerana virus HIV. Ini bergantung kepada seseorang itu sama ada dia ingin
membuka hati dan pemikirannya tulus ikhlas pada pendapat seseorang dan janji-janji Allah dalam al-
Quran ataupun dia masih ingin hidup di dalam kegelapan dan menolak segala apa yang telah
diceritakandi dalam al-Quran. Dunia Barat yang mengatakan AIDS itu berasal dari Afrika mungkin
mereka ingin membohongi diri mereka walaupun mereka tahu kes AIDS yang pertama berasal dari
Amerika. Dunia Barat ingin mengatakan yang AIDS itu berpunca daripada binatang iaitu seekor monyet
tetapi dunia Barat gagal membuktikan cara mana virus itu dapat dipindahkan dari monyet kepada
manusia. Kita juga tahu di dalam suatu pembalasan yang Allah turunkan kepada sesuatu golongan
masyarakat itu ia bukan sahaja melibatkan mereka yang mengamalkan perbuatan yang salah itu sahaja. Ia
juga melibatkan mereka yang turut bersubahat dengan perbuatan-perbuatan itu. Pembalasan Allah
bukanlah khusus untuk golongan yang homoseks dan penagih dadah ia termasuklah semua manusia dan
binatang juga. Tidak hairanlah jika virus-virus ini diturunkan untuk mereka yang melakukan homoseks
dan penagihan dadah, tetapi mereka yang tidak berdosa dan binatang juga tidak terkecuali daripada
hukuman Allah s.w.t.

DUNIA BARAT GAGAL MENGHADAPI CABARAN AIDS

Keseluruhan dunia Barat dan khususnya para saintis dalam bidang perubatan mengakui yang penyakit
AIDS adalah satu-satunya penyakit paling susah diatasi yang sedang melanda abad ke-20-an ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengakui yang rawatan untuk penyakit AIDS terutama vaksin untak
menghindarkannya tidak mungkin dapat dijumpai dalam masa 5 - 10 tahun akan datang. Dunia Barat
telah mem-belanjakan duit beratus-ratus bilion untuk mencari ubat penyakit AIDS tetapi sehingga kini
mereka telah gagal. Semua jenis rawatan AIDS yang boleh diberi oleh dunia perubatan cuma dapat
mengawal penyakit AIDS tetapi tidak ada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS. Ini adalah berita-
berita yang kita baca di kebanyakan makalah-makalah antarabangsa perubatan Barat. Kesimpulannya
ialah, dunia perubatan Barat dan masyarakat Barat keseluruhannya telah gagal menghadapi masalah
AIDS ini. Mungkin bencana AIDS yang diturunkan oleh Allah merupakan serampang dua mata. Pertama
untuk menghapuskan mereka yang mungkar dengan hukum-hakam Allah s.w.t, kedua untuk
memperingatkan umat manusia supaya kembali kepada agama mereka dan kembali kepada Islam.
Penyakit AIDS memanglah tidak boleh diubati buat masa ini jika dilihat dari aspek perubatan. Namun
kita tahu, setiap penyakit itu ada ubatnya seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh
Abu Dawud.

Sabda Nabi Muhammad s.aw. yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah menurunkan (menjadikan) penyakit dan ubatnya dan Allah menjadikan setiap
penyakit dan ubatnya." (Hadis Abu al-Darda' riwayat Abu Dawud)

Ini bermakna, pemikiran manusia masih belum mencapai tahap untuk mencari ubat bagi penyakit AIDS
ataupun mereka memang sengaja menzalimi diri mereka, mata celik tetapi tidak melihat, buta mata dan
buta hati. Memang telah tersirat di dalam pengajaran dan hukum-hakam Allah yang ubatnya telah tersedia
ada. Ubat bagi penyakit AIDS dari aspek Islam ialah pencegahan. Dunia Barat telah mempelopori prinsip
pencegahan itu lebih baik daripada rawatan tetapi oleh kerana falsafah hidup mereka yang telah jauh
keterlaluan, mereka telah terlupa atau mereka sengaja melupakan prinsip asal perubatan ini. Mereka
mengatakan pencegahan kepada AIDS adalah dengan menggunakan kondom. Mereka takut untuk
mengatakan pencegahan kepada AIDS ialah untuk menghindarkan daripada perbuatan-perbuatan
perzinaan dan pelacuran, homosek dan seks rambang. Ini adalah kerana mereka telah lama mengamalkan
cara yang demikian. Perzinaan, dadah dan seks adalah hiburan bagi mereka dan telah menjadi sebahagian
daripada tamadun mereka. Penghidupan mereka lumrah dengan amalan-amalan yang sedemikian maka
keseluruhan masyarakat Barat telah menjadi takut, tidak berani untuk mengatakan perbuatan tersebut
adalah salah dan harus diberhentikan serta merta. Mereka masih lagi membohongi diri mereka dengan
44
mengatakan ada cara lain untuk mengatasi jangkitan virus HIV. Dengan secara tidak langsung mereka
menghalalkan perbuatan perzinaan yang mereka lakukan selama ini. Di segi Islam, rawatan AIDS ialah
melalui pencegahan daripada segala perbuatan kemungkaran seperti perzinaan, homoseksual, biseksual,
pelacuran, penagihan dadah ; semua ini adalah haram di segi Islam. Melakukannya adalah pilihan
seseorang itu sendiri, lantas datang bersamanya penyakit AIDS. Tidak hairanlah jika sesetengah pihak
mengatakan penyakit AIDS itu adalah susah untuk didapati kerana ia berpunca daripada sifat seseorang
itu, cara hidup seseorang itu, pemikiran seseorang itu dan pesepsi seseorang itu sama ada dia ingin
mencari dan melanggar hukum-hukum Allah dan menerima akibatnya ataupun sebaliknya.

Kita tidak boleh menunggu ataupun mengharap dunia Barat untuk menolong kita dalam merawat
penyakit AIDS. Mereka telah jauh lalai, nafsu mereka telah mengatasi akal dan pemikiran yang kononnya
rasional telah mencatasi wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Rawatan untuk AIDS tidak akan datang
dari makmal-makmal di dunia Barat. la akan datang dari kitab pegangan kita iaitu al-Quran yang telah
diturunkan oleh Allah 1,400 tahun dahulu. Sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat adalah penting
bagi kita menjaga dan mengawal kemungkaran manusia lantas dapat membendung sesuatu penyakit itu
daripada merebak dan menjangkiti ahli masyarakat yang lain. Tugas ini adalah penting kerana Allah
dengan tegas meletakkan tanggungjawab kepada semua pihak terutamanya orang yang berkaitan
langsung dengan pihak-pihak tertentu sama ada seorang ibu, ayah, suami isteri, doktor dan juga semua
ahli masyarakat lebih-lebih lagi bagi pihak pemerintah. Allah telah memberi peringatan di dalam surah al-
Anfaal ayat 25.

Firman Afiah yang bermaksud :


"Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di
antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaan-Nya" (Surah al-Anfaal : ayat 25)

Kita akan terus berhadapan dengan dilema merawati pesakit AIDS dan kecenderungan menghukuminya
kerana stigma yang terlekat pada pesakit-pesakit yang menderita penyakit AIDS. Kepada pesakit-pesakit
AIDS ini terutamanya mereka yang tidak berdosa, Islam memandang mereka sebagai mangsa yang harus
diberi perhatian, rawatan dan kasih sayang. Kita harus tahu membezakan di mana garis pemisah di antara
penyakit seseorang itu dengan perbuatan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh seseorang itu. Kita
harus sentiasa memberi belas kasihan kepada si pesakit. Segala tindak-tanduk, segala kebencian
hendaklah diletakkan kepada perbuatan mereka dan bukannya kepada si pesakit. Memahami dua konsep
ini adalah penting. Kasih sayang dan rawatan yang kita berikan kepada seseorang itu lebih-lebih lagi
apabila dia sedang sakit, harus kita bezakan daripada perasaan kebencian terhadap perbuatan dan
kesalahan yang telah mereka lakukan. Rawatan dan kasih sayang kita tidak harus terhenti di situ sahaja,
tugas kita mendidik dan menasihati mereka harus menyusuli rawatan yang diberikan dan ini adalah
seuatu yang berterusan. Apabila seseorang itu datang dalam kesakitan dan penderitaan akibat
perbuatannya itu, maka dia hendaklah dilihat dengan penuh kasih sayang, ihsan dan kita mestilah bersifat
bertanggungjawab untuk merawat mereka sedaya upaya kita.

KESIMPULALAN

Sebagai seorang anggota masyarakat Islam yang beriman kita harus kembali kepada ajaran al-Quran
kerana Allah telah berfirma dalam Surah al-A’raaf ayat 96.

Firman Allah yang bermaksud :


"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan
kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, maka kami
siksa mereka disebabkan perbuatannya." (Surah al-A’raaf : ayat 96)

Seseorang insan itu sama ada dia berpelajaran tinggi, seorang saintis, seorang doktor ataupun seorang
politikus atau negarawan dia tidaklah harus semata-mata bergantung kepada kekuasaan dirinya untuk
mencipta atau menyelesaikan sesuatu itu. Kejayaan mudah menjadikan mereka rasa megah dan bangga
diri. Lantas mendabik dada dan mengatakan yang dialah yang telah berjaya mendapatkan rawatan kepada
penyakit AIDS atau yang seumpamanya. Kegagalan juga jangan menjadikan hati kita kecewa dan putus
45
harapan. Allah sentiasa bersama mereka yang berusaha. Masih ada ruang untuk kita memohon kepada
Allah dan mempercayai akan limpah kurnia dan petunjuk daripada Allah untuk mengatasi masalah ini.
Kita bergantung kepada rahmat-Nya serta berdoa supaya dengan sifat-sifat ehsan-Nya, akan diturunkan
petunjuk untuk kita mengatasi masalah AIDS. Dalam masa yang sama ini tidak bermakna yang kita cuma
duduk berdoa sahaja tanpa melakukan sesuatu, kita harus terus berusaha sedaya upaya untuk melakukan
apa sahaja untuk membenteras AIDS walaupun cuma dengan sepatah perkataan sahaja.

Sebagai seorang individu yang hidup dalam masyarakat, kita haruslah mempertanggungjawabkan ke atas
diri kita sendiri supaya mengambil langkah-langkah tertentu bagi membenteras penyakit AIDS.

Langkah yang harus kita ambil ialah pertama bagi seorang individu kita hendaldah kembali pada ajaran
al-Quran dan sunnah. Kedua, kita hendaklah memupukkan sifat kebencian terhadap perkara-perkara
maksiat dan memberi sokongan kepada langkah-langkah makruf dan perbuatan baik yang dilakukan oleh
setiap anggota masyarakat ataupun pihak pemerintah. Ketiga, semua ahli masyarakat dan individu yang
diamanahkan oleh Allah dan pemerintah untuk melaksanakan undang-undang membenteras kegiatan
maksiat di negara kita ini, mestilah mengerjakannya dengan sebaik-baiknya. Mereka yang telah
dipertanggung-jawabkan untuk menyiasat perbuatan maksiat, pelacuran, perjudian, rasuah dan penagihan
dadah haruslah bergerak cergas dan melakukan tanggungjawab mereka tanpa sambil lewa atau takut
kepada tekanan pihak-pihak yang berkepentingan. Diri kita juga harus bersih daripada segala tuntutan
emosi. Sebagai seorang ahli anggota keluarga, kita haruslah mengajar anak-anak kita, suami isteri kita
supaya lebih rapat kepada agama, mendidik mereka secara meluas terhadap masalah masyarakat termasuk
masalah AIDS. Ini adalah kerana AIDS bukanlah satu penyakit yang wujud bersendirian tetapi ia adalah
disebabkan oleh penyakit masyarakat.

Wallahualam.

46

You might also like