LAMPIRAN A

JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI BAB 1 1. Kokurikulum berasal daripada dua komponen kata iaitu ‘ko’ yang membawa makna ‘bersama’ dan ‘kurikulum’ yang membawa makna ‘semua gerak kerja yang berhubung dengan hal-hal akademik’. Jadi kokurikulum membawa makna segala aktiviti yang dilaksanakan untuk memperkukuhkan segala aktiviti akademik. Tegasnya, jika sesuatu pelajaran yang diajar secara formal di dalam bilik darjah/kuliah diperkukuhkan pemahamannya dengan aktivitiaktiviti terancang, biasanya di luar bilik darjah. Melalui gerak kerja kokuirkulum juga pembinaan dan pengukuhan sahsiah individu dapat dilaksanakan. Kurikulum ialah isi kandungan pelajaran yang diajar kepada orangorang tertentu. Ia lebih dikenali sebagai sukatan pelajaran. Kurikulum lebih memberatkan hal-hal yang bersifat akademik daripada non akademik. ‘Extra-curriculum’ terdiri daripada dua buah kata iaitu ‘extra’ bermaksud ‘lebih’ dan ‘kurikulum’ sebagaimana yang ditafsirkan di atas. Jadi kegiatan ‘extracurriculum’ mem bawa maksud segala aktiviti atau kegiatan tempelen yang dilakukan biasanya di luar bilik darjah untuk mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu kurikulum. Ini termasuklah kegiatan-kegiatan perbahasan, perkhemahan, lawatan dan sebagainya. 2. Kursus kokurikulum dilaksanakan di sekolah-sekolah berpandukan Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai pelaksanaan dasar pelajaran 1979 yang membuat perakuan bahawa “….semua murid hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian secara lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Guru-guru hendaklah didedahkan kepada pendekatan yang menarik dalam pengendalian kokurikulum apabila mereka menjalani kursus latihan perguruan. Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) hasil daripada Surat Pekeliling Ikhtisas 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985 membuka lembaran bartu bagi perkembangan baru bagi pengukuhan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah dalam negara. Pada tahun 1995, setiap Jabatan Pendidikan Negeri diarahkan untuk menubuhkan sebuah Unit Kokurikulum bagi menangani semua hal yang berhubung dengan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah. Ini
255

bermakna kegiatan kokurikulum telah diberikan taraf yang penting dalam arus pendidikan negara sebagai satu wadah untuk membentuk dan memperkukuh peribadi pelajar supaya menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan negara. 3. Di Institutusi Pengajian Tinggi, pada peringkat awalnya kegiatan kokurikulum dianggap sebagai kegiatan mengisi masa senggang sahaja, satu kegiatan yang tidak diambil kira dalam pengiraan syarat pengijazahan. Bermula dengan USM yang memasukkan kegiatan kokurikulum sebagai aktiviti pilihan pelajar, kegiatan kokurikulum telah dijadikan kegiatan berkredit oleh UUM yang kemudiannya disusuli pula oleh IPT-IPT lain di negara ini. Pada masa ini, kebanyakan IPT telah menjadikan kegiatan kokurikulum sebagai aktiviti akademik berkredit yang wajib diambil oleh pelajar untuk membolehkan mereka mendapat ijazah. BAB 2 1. Falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Dengan kata lain, sesuatu bidang ilmu mestilah digerakkan atau berlandaskan satu ilmu yang lebih tinggi. Misalnya kegiatan kokurikulum dilaksanakan berdasarkan satu falsafah kokurikulum yang berlandaskan falsafah pendidikan negara yang lebih tinggi sifatnya. Kokurikulum diwujudkan dengan kepercayaan bahawa semua orang harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental, rohani dan jasmani. Setiap manusia adalah merupakan makhluk yang mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan; mereka boleh dididik dan mendidik diri mereka sendiri serta orang lain. Semua pihak bertanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada pelajar. Matlamat kokurikulum ialah memberikan pendidikan yang menyeluruh, menggilap bakat pelajar, menyemai dan memupuk aspek kepemimpinan, meningkatkan disiplin pelajar, memupuk dan memperkukuh perasaan muhibbah dan perpaduan, menyemai nilainilai pendidikan, mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah, serta menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan menyeronokkan.

2.

3.

256

berdikari dan kreatif. berani. cekap. bersih. taat. 1. Seorang pengerusi jawatankuasa induk akan menjadi pemimpin kepada semua ahli jawatankuasa di bawahnya. Antara sifat-sifat berkenaan termasuklah percaya kepada tuhan. pelajar-pelajar berlatih dalam hal-hal kepimpinan. cekal. Dengan terbentuknya jawatankuasa kerja. (ii) latihan mengenai tatacara (procedures) dan peraturan (rules and regulations) bagaimana seseorang itu berada di dalam suasana formal seperti berkomunikasi dengan agensi257 . Kemahiran dalam apa jua bidang memerlukan seseorang untuk melakukan sesuatu secara amali. kritikal. berkasih saying. projek-projek kemasyarakatan dan seumpamanya. ikhlas. Cara seseorang memperolehi kemahiran mungkin berbeza daripada cara hanya untuk mendapat pengetahuan. bertolak ansur. berkemahiran. dapat mengawal diri. tolong-menolong. pandai menjaga kebersihan. jujur. Konsep pendidikan dewasa seperti yang dibincangkan adalah memberi peluang kepada para pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk digunakan pada masa hadapan. berusaha. Oleh yang demikian. akan lebih berkesanlah sesuatu pembelajaran yang diikuti. tujuan UUM memperkenalkan Kokurikulum Khidmat Masyarakat supaya para pelajar mendapat beberapa kemahiran sebagai persediaan untuk berhadapan dengan suasana pekerjaan dan kehidupan dalam masyarakat suatu hari nanti. para pelajar dijangka mendapat kemahiran-kemahiran dari dua dimensi. bertanggungjawab. Matlamat ‘menyemai dan memupuk aspek kepimpinan’ dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti terancang seperti perkhemahan. BAB 3 5. Lebih hampir sesuatu suasana pembelajaran itu dengan suasana sebenar. pertandingan. iaitu (i) latihan sebagai persediaan untuk berhadapan dengan orang ramai seperti kemahiran berkomunikasi.4. beradab. setiap orang berperanan untuk menjadi ketua dan pada waktu yang lain menjadi pengikut. keyakinan diri. Melalui Kokurikulum Khidmat Masyarakat. manakala seorang pekerja paling bawah dalam hieraki tatalaksana projek menjadi pengikut kepada pemimpin di atasnya. bertimbang rasa. yakin diri. lojik dan rasional. amanah dan sebagainya. berfikiran tajam. seminar. bergembira dan ceria. penampilan diri. Melalui kegiatan-kegiatan ini. bercita-cita tinggi.

tetapi juga melibatkan pembangunan sumber tenaga manusia. Todaro (1977) merujuk pembangunan sebagai ‘satu proses pelbagai dimensi yang melibatkan pembentukan serta penyesuaian semula sistem ekonomi dan sosial’. 2. Hubungan ini dapat dilihat melalui beberapa definisi kerja sosial yang diutarakan oleh Timms & Timms (1997) seperti berikut: 258 . diikuti dengan peningkatan taraf hidup dan kebajikan sosial’. Contohnya. Bagaimanapun menurut Rowbottom et. Bidang pembangunan wilayah melihat pembangunan sebagai ‘perubahan untuk menggalakan pertumbuhan ekonomi dan perindustrian untuk meningkatkan taraf hidup golongan yang selama ini kurang membangun’. Definisi di atas jelas meletakkan khidmat masyarakat sebagai satu proses perlaksanaan kerja sosial (social work). di mana suatu genetik (asalnya genotype) diubah menjadi satu sistem fungsi yang lebih matang (menjadi phenotype). (1974:38). 3. khidmat masyarakat (social services) adalah merujuk kepada langkah-langkah kerajaan melalui agensi-agensinya dalam usaha menawarkan perkhidmatan asas bagi memenuhi keperluan golongan teramai untuk meningkatkan taraf hidup mereka (Paiva & Lederina. dan menguruskan sesuatu projek dengan berkesan.agensi kerajaan dan swasta.al. bentuk dan fungsi hayat suatu organisma. perubahan sikap dan pertalian sosial. kecekapan penduduk dalam menghasilkan barangan yang diperlukan. Bidang ekonomi pembangunan pula melihat pembangunan sebagai ‘perubahan daripada negara yang mempunyai sistem ekonomi mudah (simple economy) dan pendapatan yang rendah (low income) kepada satu sistem ekonomi perindustrian moden’. Higgins dan Brandis (1968) merujuk pembangunan dari perspektif pembangunan ekonomi sebagai ‘perubahan yang bukan sahaja tertumpu kepada tingkat pendapatan per kapita semata-mata. keluarga mahupun masyarakat dengan menghubungkannya kepada agensi-agensi awam dan sukarela yang berkaitan. teras fungsi khidmat masyarakat ialah untuk membantu atau mencegah segala tekanan sosial yang dialami dalam manamana individu. Encyclopedia Britannica merujuk pembangunan sebagai ‘satu perubahan kepada bentuk yang baru dan ia berlaku dalam apa juga bidang (disiplin) pemikiran’. disiplin biologi merujuk pembangunan sebagai satu perubahan berterusan dalam saiz. Secara umumnya. 1983).

Changlun telah diusahakan oleh Kumpulan Pelajar Kokurikulum UUM untuk sama-sama menjayakan program dalam perenggan di atas. Forum Anti-merokok. Projek ialah satu rancangan tindakan untuk menjayakan sesuatu program dan biasanya meliputi jangka masa yang lebih pendek. 1975). di mana ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat tertentu. Umumnya. (iii) ‘kerja sosial adalah satu bentuk aktiviti manusia. Bagaimanapun. Konsep khidmat masyarakat juga menghubungkaitkan peranan kerajaan dalam membangunkan masyarakat. Program ialah satu senarai terperinci secara umum bagi sesuatu perancangan yang akan dilaksanakan dan biasanya meliputi satu jangka masa yang panjang. Kumpulan KoKurikulum UUM telah memperuntukkan slot-slot khusus untuk Ceramah Khas. perlaksanaan dasar sosial ini dipikul oleh pentadbiran awam dan disempurnakan oleh agensi yang dinamakan perkhidmatan awam. Kerajaan memperkenalkan pelbagai dasar sosial (social policy) untuk meningkatkan kebajikan sosial (social welfare) di kalangan rakyat. Contohnya. Contohnya. 1968). Pameran Bahaya Merokok dan Sukanika untuk Cara Hidup Sihat. 4. Projek Sehari Bersama Remaja Sihat Mukim Temin. badan bukan kerajaan atau orang perseorangan boleh melibatkan diri dalam proses mencapai matlamat dasar sosial kerajaan itu. (ii) ‘kerja sosial ialah satu kaedah pelaksanaan yang dapat membantu individu perseorangan atau kolektif menyelesaikan masalahnya’ (Goldstein. Program Kesedaran Bahaya Merokok Negeri Kedah.(i) ‘teras profesion kerja sosial ialah kesediaannya untuk melibatkan diri dalam memenuhi kehendak manusia’ (Meyer. BAB 4 1. sebagai pengisian kepada projek dalam Contoh B. Contohnya. Pembangunan dalam konteks Kokurikulum Pembangunan Daerah UUM adalah merujuk kepada pembangunan sosio-ekonomi 259 Aktiviti ialah segala kegiatan yang dilaksanakan untuk mengisi . membantu dalam kehidupan individu lain untuk menghasilkan perubahan kepadanya’ (Haines. samada dibayar atau sukarela. 1973). ruang dalam rancangan tindakan sesuatu projek untuk menjayakan sesuatu program dan biasanya dimuatkan dalam slot-slot khas.

Proses pembangunan akan berlaku apabila pengetahuan dan kemahiran yang dibawa oleh universiti diterapkan dalam masyarakat melalui kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan. Mereka berpeluang mendapat pendedahan di dalam suasana masyarakat yang sebenar. Universiti pula dapat melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan secara langsung melalui penglibatan kakitangan akademik dan pentadbirannya. Contohnya. Banyak perkara yang dapat dipelajari oleh pelajar-pelajar apabila berhubung dengan agensi-agensi awam.sesebuah masyarakat dan ia turut mempunyai hubungan dengan faktor lain seperti politik dan psikologi sesebuah masyarakat. pemimpin-pemimpin dan kumpulan sasaran (target group) sesuatu projek. susun atur ahli pentas dan protokol orang-orang kenamaan. Proses ini merupakan satu langkah pembentukan sahsiah diri sebagai tambahan kepada kelayakan akademik yang dimiliki oleh pelajar. 260 . kata hormat. konsep Kokurikulum Pembangunan Daerah ini adalah untuk melatih pelajar-pelajar mengaplikasi kemahiran berdasarkan pengetahuan sebagai kegunaan di masa hadapan. Disebabkan agensi-agensi awam mempunyai bidang kuasa pentadbiran di dalam sesuatu daerah. Semasa melaksanakan projek pula. pelajar-pelajar perlu mematuhi prosedur surat menyurat rasmi. Pengalaman yang diperolehi ini akan membantu pelajar-pelajar apabila berada dalam situasi yang sama apabila menceburi bidang pekerjaan pada masa hadapan. dan had-had kuasa pentadbiran sesebuah agensi awam. Secara operasional. dan secara tidak langsung melalui pelajar yang bertindak sebagai ejen pembangunan bagi pihak universiti. 2. meminta bantuan tenaga manusia dan kepakaran. prosedur kewangan. Di antara tujuan-tujuan tersebut adalah seperti memohon kebenaran. dan merayu sumbangan pembiayaan projek. di samping mendapat kesempatan untuk berurusan dengan pihak-pihak berkenaan sektor awam dan swasta secara formal. Daerah pula membawa maksud satu skop kajian yang boleh menggambarkan sesuatu subjek berdasarkan isu. golongan masyarakat mahupun pembahagian geografi. pelajar-pelajar perlu mematuhi peraturan dan tatacara formal yang ditentukan dalam perkhidmatan awam apabila berhubung dengan mereka. pelajar-pelajar harus mengetahui tatacara pengendalian majlis rasmi seperti senarai jemputan.

yang dapat mempengaruhi Sebutkan empat perkara pencapaian matlamat. (i) (ii) (iii) (iv) Matlamat institusi Staf institusi Sistem institusi Teknologi institusi 261 . Soalan Pendek 1. 5. 9. 3. 8. Guru hendaklah luas pembacaannya dan pengajarannya. Pengetua atau guru besar hendaklah memberi penyeliaan yang cukup. 8. 1. 2. 7. Menambah sumber kewangan sekolah. P P P B B Soalan Aneka Pilihan 1. B B B P B 6. 7. D C A C D 6. 2. 2. A B A B D C. 3. Soalan Pernyataan 1. Nyatakan dengan ringkas tindakan-tindakan yang dapat diambil untuk mengatasi kelemahan dalam pendidikan. 4. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) 2. Murid atau pelajar dibiasakan dengan suasana peperiksaan. B. Murid atau pelajar dilatih supaya memahami betul-betul isi pelajaran. 4. 5. dan Perhubungan yang erat di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.BAB 5 A. 10.

Pelajar. Guru. 3. Nyatakan dengan ringkas maksud “rakyat yang berakhlak mulia seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara” (FPN) ialah seseorang yang (i) mempunyai pengetahuan tentang aspek nilai baik dan nilai buruk dan norma masyarakatnya. Membantu Sekolah Merancang Program yang Sesuai Menerap Nilai Murni Kecemerlangan Milik Semua Pembangunan pendidikan merupakan satu perancangan pembangunan pendidikan masa kini bukan sahaja dibina sebagai mewujudkan kesinambungan perancangan masa lalu. (ii) Pemindahan melalui peningkatan pengalaman. makmur dan berbudaya yang tinggi. tetapi juga menjadi asas penyediaan masyarakat Malaysia bagi menjadikan negara ini sebuah negara maju. 1. Sebutkan tiga cara proses pemindahan pendidikan boleh berlaku: (i) Pemindahan nilai-nilai budaya melalui pengajaran. D. Empat komponen penting dalam proses pengajaran anda yang dapat membantu pelajar di sekolah rendah dan menengah adalah (i) (ii) (iii) (iv) Pengetahuan. Soalan Esei 1. Perancangan pembangunan pendidikan haruslah juga memberi perhatian kepada aspek ekonomi dan pelaksanaannya. (iii) Pemindahan secara indoktrinasi. . Media. (ii) mempunyai kesedaran tentang akibat daripada sebarang perbuatan baik dan perangai buruk. Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam permbangunan sesebuha masyarakat dan negara. 262 2.3. Masyarakat berilmu dan mempunyai pendidikan yang tinggi biasanya dikaitkan dengan masyarakat maju.

263 .(iii) (iv) (v) 4. dan menghayati nilai-nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan. (vii) Mengambil langkah-langkah ke arah penjimatan kos pendidikan tanpa menjejaskan mutu dan kecekapan pendidikan. Program yang dirancangkan mestilah: (i) (ii) Program yang membantu pelajar. (iv) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional. anda mestilah sedar bahawa anda bukanlah seorang guru tetapi berlagak seperti seorang guru untuk mendapat perhatian yang sama seperti mana seorang guru yang menarik perhatian pelajar. dan (viii) Meningkatkan usaha memajukan mutu pendidikan dengan menggalakkan penyelidikan dan inovasi di peringkat sekolah dan daerah. (i) 5. Untuk menjalankan program. (v) Meningkatkan lagi pendidikan perguruan dan profession keguruan. Strategi-strategi pembangunan pendidikan adalah seperti berikut: Meningkatkan mutu pendidikan di semua peringkat. dan Mengajar pelajar menyesuaikan diri. (vi) Memperluaskan lagi program perkhidmatan sokongan. mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap nilainilai murni masyarakat. Anda akan menjadikan program yang dilaksanakan sebagai sebuah program yang tidak sia-sia sebaliknya membawa kesan kepada pelajar. (ii) Memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan di kawasan-kawsasan luar bandar dan kawasan penduduk miskin di bandar. (iii) Memberikan keutamaan kepada pembangunan pendidikan rendah sebagai tahap pendidikan yang terpenting. sentiasa mengamalkan perlakuan baik di samping menghindarkan diri daripada melakukan perlakuaan buruk.

Mereka akan sentiasa mempelajari ilmu kerana proses belajar oleh guru tidak pernah tamat. Anda perlu memberi nasihat kepada pelajar agar menyesuaikan diri mereka di dalam kelas seberapa cepat yang boleh. Apabila guru mendekati pelajar dengan penuh ketrampilan. Pelajar akan mudah memahami apa yang diajar sekiranya mereka berasa tidak tertekan. Guru yang membimbing pelajar akan berasa senang apabila ilmu yang diajar digunakan oleh anak didiknya. Guru mestilah mempunyai cara untuk membantu pelajar dalam plajaran mereka. Guru yang berilmu akan disukai dan diberkati Tuhan. guru boleh membawa manusia sejagat ke satu tahap peradaban yang lebih tinggi. menurut Reid (1986). Ketrampilan dan nilai-nilai adalah penting dan dibawa bersama oleh guru apabila mengajar pelajar. Guru harus menggunakan pelbagai cara untuk membantu pelajarnya mengingati seberapa fakta yang boleh dalam minda mereka. Woods (1983) meyatakan bahawa terdapat pelajar yang mengikut kata dan tidak melawan serta tidak menyusahkan 264 .(i) Program yang membantu pelajar Gilbert (1981) menekankan pentingnya seorang guru menggunakan minda untuk membantu mengenali pelajar. Seorang guru atau rakan pembimbing pelajar seperti anda mestilah mendalamai pelajaran yang diajar sepanjang usianya. Pendidikan ibarat dinamo yang menjanakan ilmu. (ii) Mengajar pelajar menyesuaikan diri Anda perlulah menjadikan pelajar lebih baik daripada cara belajarnya dahulu. Semua matapelajaran mestilah menggunakan pendekatan yang berbeza. pendekatan yang diambil juga mestilah mengikut jenis dan ciri-ciri pelajar. Guru yang mempunyai ilmu yang bersangkutan dengan pendidikan akan membantu pelajar berjaya di dalam hidupnya. Untuk berjaya di alam persekolahan. Mereka perlu diberi latihan untuk menjadikan diri mereka berasa selesa semasa berada dalam kelas atau di tempat belajar yang lain. pelajar perlu diajar dengan pelbagai teknik dan cara untuk menyesuaikan diri dengan budaya menuntut ilmu secara formal. Memandangkan pelajar di sekolah datang dengan pelbagai ragam.

5. Menyedari hakikat di atas. Palsu Palsu Benar Benar Benar Palsu Palsu Soalan Aneka Pilihan 1. 10. 3. 7. 6. 2. 14. 2. 10. 8. 15. 4. anda perlulah menasihatkan pelajar agar berubah sikap menjadi pelajar yang baik dan mempunyai disiplin yang tinggi sekiranya ingin maju dalam pelajaran mereka. 4. 4. 6. 5. 7. 9. 12. B. BAB 6 A. 8. 7. 13. 11. Palsu Palsu Palsu Benar Benar Benar Palsu Benar 9. 6. 11. Soalan Benar atau Palsu 1. C C B D C A D C C 265 . 3. Terdapat juga pelajar yang tidak melibatkan diri langsung dalam aktiviti pembelajaran dan ada juga yang memberontak secara senyap. 11. D D A D C C C C C B C 3. 5. 4.guru. 3. ada yang berkebolehan tetapi suka melawan dan ada juga pelajar yang tidak berkebolehan tetapi mengikut kata. 2.

Peranan wanita hanya sebagai pencari nafkah kedua. Wanita diminta ditawarkan perkhidmatan menjadi juri dan di dalam Majlis Kebangsaan Kebajikan Islam. Penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan. Tiga cabaran yang dihadapi oleh wanita Islam adalah (i) (ii) (iii) 2.C. Perbezaan jantina mengikut disiplin pendidikan di sekolah. Wanita mendapat pencen seperti golongan lelaki. Soalan Pendek 1. Pandangan negatif masyarakat umum terhadap peranan dan status wanita. 266 . Tiadanya kemahiran khusus yang dimiliki oleh wanita untuk memenuhi pasaran kerja. Dua fungsi golongan wanita. Suasana kerja yang mengehadkan latihan dan pembangunan kerjaya. Enam halangan utama ialah (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Percanggahan antara tanggungjawab kerjaya dengan keluarga. Kefahaman Islam. 3. Diskriminasi wanita bertudung. Di antara pencapaian yang dikecapi oleh golongan wanita sehingga kini ialah (i) (ii) (iii) (iv) (v) Wanita memperolehi gaji yang sama dengan golongan lelaki. 4. Wanita menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja yang bersangkutan dengan UndangUndang yang mengawal perkahwinan dan penceraian golongan bukan Islam. Wanita dan anak mendapat ganjaran atau elaun yang lebih baik dari penceraian. (i) (ii) menjadi pembentukan moral yang tinggi dan mengurus keluarga.

Memenuhi tanggungjawab sosial. pengurusan dan perlaksanaan. Wanita dan Kesan Peperangan. Wanita dan Pendidikan dan Latihan. Selepas program dilaksanakan. Golongan wanita melalui programprogram yang diadakan mestilah mendapat pendedahan yang 267 .. Program yang hendak dijalankan seharusnya difokuskan kepada wanita kerana program yang hendak disusun mestilah memberi ilmu kepada golongan wanita bagi menyedarkan mereka untuk menghadapi cabaran dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Keganasan Ke atas Wanita. Wanita dan Alam Sekitar. Program yang hendak dijalankan mestilah melalui tiga tahap: perancangan. Yang diperjuangkan oleh golongan wanita ialah (i) (ii) (iii) Mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. pandangan masyarakat terhadap golongan wanita masih banyak yang negatif.5. Wanita dan Kuasa. 12 bidang yang kritikal untuk diberi perhatian dalam Persidangan Wanita Sedunia Keempat di Beijing ialah (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii) Wanita dan Kemiskinan. 7. 6. Golongan wanita dianggap tidak dapat menjalankan tugas atau fungsi sebagai seorang yang sama dengan lelaki. Wanita dan Ekonomi. Kanak-kanak Perempuan. penilaian dibuat untuk mengenal pasti kelemahan atau kekuatan yang dapat membantu mengatasi kelemahan sekiranya progranm yang serupa dilaksanakan. Hak Asasi Wanita. Wanita dan Kesihatan. Walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957. Memperjuangkan hak wanita dalam dunia yang mencabar. Wanita dan Media. Program yang hendak dilaksanakan seharusnya dilaksanakan untuk menyedarkan golongan wanita supaya menjadi golongan yang tahu tentang hak-hak mereka sebagai golongan wanita. Mekanisma Institut untuk Kemajuan Wanita.

mempunyai minat dan mencari sumber agar mereka dapat hidup seperti golongan lelaki yang sentiasa mendapat tempat yang tinggi. (i) Peningkatan kemudahan yang meluas yang membawa kepada modenisasi golongan wanita. (ii) (iii) 9. mereka akan mendapat tempat di kalangan ahli masyarakat. Program yang hendak dilaksanakan mestilah membei pengetahuan agar mereka menjadi seorang manusia yang sensitif terhadap hak-hak individu wanita. Program mestilah membuka minda wanita agar mencari peluang untuk memartabatkan golongan wanita.sewajarnya agar mereka tidak ditindas oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Implementasi Dasar Ekonomi baru yang mempunyai serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat Malaysia yang telah membawa kepada mobiliti dan transisi dari aktiviti luar bandar kepada aktiviti urbanisasi serta dari pekerjaan yang tidak berbayar kepada yang berbayar. Program juga hasru mendedahkan kepada mereka agar menjadi seroang yang berjaya mempunyai minat. Tiga faktor yang membawa penglibatan aktif wanita dalam pembangunan negara. Perkembangan ekonomik dan industri yang pesat dan prkembangan ekonomi yang meluas telah memmbawa kepada keujudan pekerjaan baru untuk wanita terutamanya dalam industri yang memerlukan buruh yang banyak seperti industri tekstil dan elektronik. Program yang hendak dilaksanakan seharusnya juga menggunakan pendekatan yang baik agar golongan wanita di luar bandar diutamakan. 8. peningkatan peluang pekerjaan dan juga pendapatan. peningkatan kemahiran. Golongan wanita perlu mempunyai pengetahuan. Tiga cara yang boleh dilakukan untuk memartabatkan golongan wanita ialah 268 . pengetahuan dan sumber. penukaran sikap terhadap pekerjaan berbahaya. Dengan cara yang demikian. Mereka perlu diberi pendidikan agar tidak ketinggalan dalam zaman yang serba mencabar.

makmur dan sentosa. Pelan Tindakan dalam Dasar Wanita Negara adalah seperti berikut: (i) (ii) pelan tindakan pembangunan wanita mengikut bidang. Mereka perlu belajar menjadi seorang pemimpin. melibatkan badan-badan bukan kerajaan. maklumat. mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan proses perancangan. penyediaan peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan program dan projek. pengukuhan institusi bagi kemajuan wanita. memajukan dan menyelaraskan penyelidikan mengenai isu wanita. pelaksanaan dan pengawasan program-program pengintegrasian wanita. supaya wanita yang berupa separuh jumlah penduduk negara. dapat menyumbangkan dan mencapai potensi mereka sepenuhnya. dan menegakkan negara aman. Mereka perlu menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab. menghapuskan kejahilan dan buta huruf. (ii) Strategi-strategi dalam Dasar Wanita Negara adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) memperkukuhkan jentera pembangunan wanita. dan Bagi mengintegrasikan wanita dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan kehendak wanita bagi mempertingkatkan mutu kehidupan. 269 . membasmi kemiskinan. pendidikan dan latihan untuk menyedarkan pihak pentadbiran kerajaan mengenai isu-isu wanita. membasmi diskriminasi dan mengambil tindakan tegas. Mereka perlu melibatkan diri dengan pertubuhan sukarela demi menyedarkan wanita akan peranan yang boleh dimainkannya.(i) (ii) (iii) 10. Matlamat persamaan dan kesaksamaan hendaklah dijadikan teras dasar pembangunan yang berorientasikan rakyat. peluang penyertaan dan manfaat pembangunan kepada lelaki dan wanita. Dasar Wanita Negara yang diluluskan pada tahun 1989 mempunyai dua matlamat iaitu (i) Bagi menjamin perkongsian saksama dalam memperolehi kemudahan sumber.

Keadaan ini mengehadkan peluang-peluang latihan dan menghalang pembangunan dalam kerjaya. malah ia akan juga menyukarkan penyesuaian dan penyertaan wanita dalam pasaran buruh. Halangan-Halangan yang wujud dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM6) adalah seperti berikut: (i) (ii) dua tanggungjawab yang sering bercanggah. 270 (iii) (iv) (v) (vi) . Pemisahan rumah dari tempat kerja serta masa kerja yang ditetapkan menyukarkan kaum wanita untuk melibatkan diri secara berterusan di dalam pasaran buruh. pembezaan jantina mengikut disiplin pendidikan di sekolah-sekolah bukan sahaja akan membawa kepada perbezaan pekerjaan pada masa hadapan. dan wanita-wanita yang mempunyai anak. suasana kerja pada umumnya tidak menggalakkan isteriisteri dan ibu-ibu untuk terus bekerja. yang bergantung hidup kepada suami mereka merupakan kumpulan wanita yang sering terdedah kepada keganasan rumah tangga. kelaziman sosial dan prasangka terhadap peranan dan status wanita dalam masyarakat dan juga dalam pasaran buruh menyekat penglibatan mereka di dalam aktivitiaktiviti ekonomi. Agama. dan sukan. 11. menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan programprogram sosio-ekonomi. Kesihatan. Media. Akibatnya. wanita selalunya dianggap sebagai penerima nafkah kedua yang hanya membantu menambah pendapatan keluarga. Undng-Undang. Kebudayaan serta kesenian. Ekonomi.(iii) (iv) (v) meningkatkan kesedaran awam dan kepekaan birokrasi kerajaan terhadap perkara yang berkaitan dengan kepntingan wanita. iaitu terhadap keluarga dan kerjaya mengehadkan mobiliti dan penyertaan lebih ramai wanita dalam pasaran buruh. program-program yang dirangka untuk mewujudkan peluang pendapatan bagi kaum wanita pada umumnya memperkukuhkan lagi peranan mereka di rumah dan jarang menyediakan peluang untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pasaran. program yang dapat dilakukan ialah menyedarkan wanita tentang Keluarga. Perkongsian Kuasa.

satu skim atau rekabentuk. schedule etc. protocol. Mengikut Webster’s New World College Dictionary Edisi ke-3. isi kandungan surat yang jelas dan format penulisan yang betul. . Meningkatkan kesedaran awam dan kepekaan birokrasi kerajaan terhadap perkara berkaiatan dengan kepentingan wanita. merancang ialah “… to device a scheme for doing. 3. 12. 4. Di antara pelan yang dapat diambil untuk meningkatkan penyertaan wanita adalah seperti berikut: (i) (ii) Memperkukuhkan jentera negara untuk menyelesaikan isu membabitkan wanita. Mengorientasikan semula proses institusi bagi perancangan. ilmu asas psikologi masyarakat dan ilmu asas dalam bidang yang mahu dirancang. Di antara pengetahuan asas yang patut diketahui oleh perancang sebelum mula merancang dengan baik ialah pengetahuan dalam hal surat menyurat. Faktor-faktor tersebut ialah penggunaan pemadan taraf yang betul. project. mengagihkan tugas-tugas. menulis kertas cadangan. cara menulis kertas kerja/cadangan.(vii) kekurangan kemahiran di kalangan wanita ini sering menghadkan pilihan mereka dan ini menghalang mereka daripada memperolehi sumber pendapatan alternatif. making or arranging something”. BAB 7 1. Antara langkah-langkah yang perlu dilaksanakan adalah menubuhkan jawatankuasa induk. Menggerakkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan program sosioekonomi. Perancangan pula ialah “a scheme or program for making. membuat perhubungan dengan 271 (iii) (iv) (v) 2. perlaksanaan dan pengawasan dasar dan program kerajaan supaya mengambil kira kepentingan wanita. design. kemahiran berunding. doing or arranging something.” Ringkasnya ‘merancang’ bermakna mengatur. menyusun untuk melaksanakan sesuatu projek. Mengatasi masalah diskriminasi dan menggalakkan tindakan positif untuk faedah wanita khususnya. bahasa yang betul.

mereka yang 272 2. 4. Acara perasmian pembukaan dan penutupan yang berjaya ialah acara yang dapat dijalankan mengikut perancangan yang diatur. setiap pemain peranan akan dapat memainkan peranan masingmasing sewajarnya. aturcara majlis tidak tersangkutsangkut. Jawatankuasa Teknikal. resit perbelanjaan harus diperolehi dan penyata perbelanjaan sebenar hendaklah disediakan untuk pengisian laporan. Pelaksanaan melibatkan semua pihak yang tersenarai dalam perancangan untuk menggerakkan aktiviti/gerak kerja yang diatur rancang. menentukan pengesahan perasmian. 6. . masa dan tempat pelaksanaan dipatuhi dengan tepat. Jawatankuasa Sambutan. Semua ahli yang terlibat merupakan jentera yang harus bergerak pada ketika-ketika tertentu memainkan peranan masing-masing. Aturcara pentadbiranlah yang menjadi umpama ‘lampu isyarat’ kepada setiap yang terlibat kerana daripada aturcara yang disusun. Jawatankuasa Buku Cenderamata. jamuan. penyediaan teks ucapan. Jawatankuasa Penjurucaraan. ramai pihak yang terlibat. Jawatankuaa Penyediaan Tempat. Tarikh. Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata. Penutupan akaun kewangan itu penting dalam sesuatu pelaksanaan projek kerana segala perbelanjaan yang dilakukan sepanjang projek hendaklah dilangsaikan. Elemen-elemen pelaksanaan ialah pengagihan tugas-tugas ahli jawatankuasa.pihak-pihak terlibat perancangan. dif yang hadir disambut dengan sempurna. Jawatankuasa Logistik. Tanpa aturcra pentadbiran. dan menyediakan senarai semak BAB 8 1. 3. post mortem. 5. pengisian projek yang hendak dilaksanakan. Secara mudah pelaksanaan ialah penjalanan satu-satu perancangan yang dirancang sebelumnya. protokol. Untuk mengendalikan sesuatu majlis. Jawatankuasa yang terlibat dalam acara perasmian ialah Jawatankuasa Jemputan. termasuklah majlis keraian yang melibatkan jamuan dan pemberian cenderamata. penutupan akaun dan penyediaan laporan akhir. perasmian penutup. Jawatankuasa Hiasan dan Jawatankuasa Kawalan dan Keselamatan. perasmian pembukaan majlis. Jawatankuasa Protokol.

BAB 9 1. Kertas kerja adalah satu hasilan bertulis yang mengikut format tertentu yang dikemukankan kepada pihak tertentu untuk mendapatkan sesuatu. langkah penyelesaian. Kata sepakat akan dicapai dan kesepakatan itulah yang akan dipatuhi semasa projek berkenaan dilaksanakan. matlamat/objektif. program. aktiviti yang dilaksanakan. Mesyuarat juga diadakan sewaktu projek sedang dilaksanakan dan selepas projek dilaksanakan. 2.terlibat tidak akan dapat melihat perjalanan majlis secara keseluruhan dan tidak dapat menentukan apakah peranan masingmasing dan bila pula peranan itu patut dilaksanakan. Biasanya kertas kerja dibuat untuk mendapatkan kelulusan projek. Setiap kali sesuatu projek atau peristiwa hendak dilaksanakan. Mengapa pola sebegini terjadi? Jika diteliti. Penulisan kertas kerja itu penting mengikuti format tertentu untuk membolehkan kertas anda itu diluluskan dan projek anda dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut cadangan-cadangan dan format yang disarankan. . situasi semasa. biasanya mesyuarat akan diadakan terlebih dahulu untuk mendapatkan kata sepakat. Mesyuarat itu ialah satu perhimpunan yang diadakan untuk mendapatkan buah fikiran daripada pelbagai golongan atau kumpulan bagi mendapatkan satu keputusan. BAB 10 1. sama ada oleh penulis kertas kerja atau saran balas oleh pihak penaja projek. keperluan untuk perubahan. Ahli-ahli minoriti yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dicapai hendaklah lazimnya akur akan keputusan yang dicapai oleh suara ramai. terdapat berbagai-bagai sebab mengapa mesyuarat itu perlu diadakan. 3. anggaran perbelanjaan dan penutup. skop/ruanglitup. iaitu pengenalan. Untuk menulis kertas kerja melaksanakan projek isi-isi berikut hendaklah terkandung di dalam setiap kertas kerja. punca maklumat. tujuan. kelulusan kewangan atau sebagainya. Keputusan yang diperolehi biasanya dicapai selepas berlakunya perbahasan atau percambahan atau percanaian fikiran oleh ahli-ahli mesyuarat dan biasanya keputusan yang dicapai itu adalah kata sepakat atau persetujuan oleh sebilangan besar anggota atau ahli-ahli yang hadir bermesyuarat. 273 2.

agung tergempar atau luar biasa. memperkenalkan ahli baru. ia harus menjadi perantara yang baik. 3. Seorang pengerusi biasanya dipilih daripada kalangan anggota yang mempunyai kebolehan bercakap dengan baik dan dapat mengawal majlis dengan tertib. Biasanya ia mengalu-alukan kehadiran anggota. menyelesaikan masalah yang rumit. mengagihkan tugas-tugas. 274 4. memberi penilaian dan mengawal aktiviti. dan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan kumpulan. Selain itu. jawatankuasa kerja. menyebarkan maklumat kepada ahli. menyediakan segala peralatan mesyuarat yang diperlukan. Mesyuarat dibahagikan kepad mesyuarat agung tahunan. hendaklah harus setia kepada persatuan dan berusaha untuk menggerakkan jentera pentadbiran persatuan. atau dengan kuasa yang diberikan kepadanya oleh anggota. Ia bertugas untuk mengendalikan mesyuarat dengan berwibawa dan berketrampilan. Setiausaha persatuan/pertubuhan. . ia hendaklah bekerjasama dengan pengerusi. Pengerusi juga akan dengan ringkas menyatakan pengalamannya berhubung dengan perjalanan persatuan selepas mesuarat yang lepas. 5. tugas-tugas lain ialah mengedar surat jemputan mesyuarat. mencari sokongan dan kerjasama sesama ahli. Sebilang waktu. Selain itu. merancang strategi. ia akan mencuba untuk melaksanakan beberapa projek yang difikirkan baik untuk kemajuan persatuan. mengawal perjalanan mesyuarat dengan cara menjadi pendengar yang baik dan tidak pula berpihak kepada mana-mana anggota. mencatat dan menyiapkan minit mesyuarat dengan baik dan segera serta mengedarkan minit mesyuarat tersebut dengan kadar segera kepada setiap anggota yang terlibat. iaitu memberi penjelasan terhadap perkara yantg tidak jelas di kalangan ahli. mengucapkan terima kasih kepada ahli lama yang tidak terlantik lagi kerana jasa masing-masing. mengedar borang kehadiran.Mesyuarat juga diadakan kerana beberapa sebab. menyediakan minit mesyuarat terdahulu untuk diedarkan sebelum mesyuarat. Ia hendaklah memulakan mesyuarat dengan baik dan tertib. sesuai dengan gelaran jawatannya setia dan usaha. mendapatkan mandat daripada ahli untuk melaksanakan sesuatu projek. menyediakan agenda dan tempat mesyuarat. Di sini idea-idea baru pengerusi mungkin dikemukakan. Ia juga akan mengemukakan perkara-pekara yang hendak dibincangkan (agenda) dengan ringkas dan jelas. jawatankuasa kecil dan jawatankuasa sementara.

Surat daripada individu. antara sipengirim dengan sipenerima. Surat panggilan mesyuarat juga adalah surat rasmi. pertubuhan atau persatuan yang ditulis secara formal dan tiada unsur peribadi dibincangkan di dalamnya adalah contoh surat rasmi. BAB 11 1. 275 2. Minit mesyuarat ialah hal atau perkara yang telah dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat dan persetujuan telah pun dicapai.tuan) • Tarikh • Alamat penerima • Melalui (jika perlu) • Salutasi/puji-pujian • Perkara/tujuan surat ditulis • Isi kandungan surat • Ucapan terima kasih dan penghargaan • Cogan kata • Kata-kata ‘yang menurut perintah/yang menjalankan tugas’ • Tandatangan • Nama dan jawatan • Salinan kepada • Kependekan nama pengirim dan jurutaip Surat yang anda sediakan. terdapat unsur-unsur bersahaja dan tidak formal. Setiap surat rasmi biasanya mengandungi perkara-perkara di bawah ini: • Logo dan alamat persatuan/pertubuhan/kumpulan • Nama/jabatan/jawatankuasa tertinggi(jika perlu) • Nombor rujukan fail (kami. yang jika tidak dipatuhi akan mencacatkan penulisan surat tereebut. Surat menyurat yang dihantar untuk urusan rasmi. Surat rasmi terikat dengan format tertentu. 1. Sipenerima surat mungkin tidak akan melayan surat berkenaan sebaiknya.6. . Surat rasmi adalah sejenis surat yang melibatkan perhubungan rasmi. atau mungkin sahaja mencampakkannya ke dalam tong sampah sahaja. Ia berbeza daripada surat biasa kerana dalam surat rasmi tiada unsur kebiasaan seperti yang terdapat dalam surat-surat biasa yang walaupun ditulis mengikut format tertentu. dikategorikan sebagai surat rasmi.

matlamat dan objektif projek. 3. abstrak/ringkasan dan penghargaan. Latar belakang projek hendaklah mengandungi sinopsis projek. 4. agensi pembiaya. Kandungan bahagian hadapan sesebuah laporan ialah kulit hadapan. syor dan pandangan serta penutup. 6. tarikh/masa/tempak projek dilaksanakan. muka tajuk. latar belakang projek. 276 . Bahagian tengah sesebuah laporan hendaklah mengandungi pendahuluan. rasional projek. prosedur dan jadual kerja serta pelaksanaan projek. dif yang hadir. bahagian tengah dan bahagian akhir dan setiap bahagian itu dibahagikan pula kepada subbahagian lebih kecil yang mengandungi maklumat dan penerangan yang diperlukan. isi kandungan. Isi sesuatu kaporan itu ialah bahagian hadapan.BAB 12 1. Bahagian akhir laporan hendaklah mengandungi butiran penilaian secara keseluruhan. Pelaksanaan projek hendaklah mengandungi maklumat berkaitan dengan peserta projek. masalah dan kekangan. Laporan ialah bentuk komunikasi bertulis yang biasanya dihantar kepada majuikan. gambar/gambar rajah. 5. pihak pengurusan atau sesebuah organisasi. 2. aktiviti yang dilaksanakan serta laporan kewangan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful