KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10

UNIT 10

KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN

Pengenalan Komputer telah menjadi begitu berperanan dalam pembelajaran individu termasuklah pengajaran di dalam kelas, penilaian, pengurusan sumber dan menjaga rekod pentadbiran. Dalam pengajaran bahasa Melayu menggunakan komputer guru boleh menggunakan pusat komputer yang dikaitkan dengan komputer ‘kerangka utama’ yang besar, atau kepada sebuah komputer kecil dengan unit tayang video atau skrinnya yang tersendiri. Komputer menjadi asas dalam pengajaran berasaskan komputer yang dilakukan sama ada dalam keadaan tutorial atau keadaan makmal, juga boleh dilakukan menggunakan kedua-duanya sekali. Dalam keadaan tutorial, pelajar akan berinteraksi secara langsung dengan komputer yang telah dirancang untuk memahami dan bertindak balas kepada jawapan pelajar. Dalam makmal pula, komputer adalah sumber pembelajaran dan bukannya sebagai alat pengajaran. Komputer dapat digunakan untuk mewujudkan situasi makmal, mencontohi eksperimen, mengadakan pangkalan data dan mengadakan latihan menyelesaikan masalah contohnya apabila seseorang pelajar bahasa dapat mengetahui akan teori bahasa dan tokoh-tokohnya apabila ia mencari maklumat itu bagi menyelesaikan tugasan dan menambah ilmu pengetahuannya. Strategi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak digunakan oleh institusi pendidikan terutama di institusi pengajian tingggi (Yusup Hashim 1994). Keadaan yang sama juga telah berlaku di peringkat sekolah, misalnya di sekolah-sekolah bestari, pengajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan pengajaran bahasa Melayu telah dijalankan dengan menggunakan komputer. Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains yang dijalankan dengan menggunakan komputer, bukan sahaja untuk tujuan pengajaran asas tetapi juga untuk tujuan mengira dan membuat simulasi tentang situasi makmal (Fred & Henry 1994). Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer. Di dalam bahasa Inggeris ia dipanggil ‘Computer Aided Instruction’ dengan singkatan CAI. Panggilan lain seperti ‘Computer Based Instruction/Education’, ‘Computer Augmented Instruction’, ‘Computer Administered Instruction’, ‘Computer Managed Instruction’, ‘Computer Based Learning’, ‘Computer Enriched Instruction, dan sebagainya. Dua nama singkatan yang paling popular ialah CAI dan CAL. Umumnya CAI digunakan di Amerika Syarikat, manakala CAL lebih popular di negara-negara Eropah. Bagaimanapun kedua-duanya adalah bermaksud penggunaan komputer bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sedikit sebanyak perbezaan istilah ini mungkin akan mengelirukan terutamanya kepada orang yang masih baru dalam dunia komputer. Sebenarnya ia menggambarkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini (Norhashim Abu Samah, et al. 1991). Komputer amat penting dalam pengajaran kerana ia dapat membantu memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas terutama dalam subjek bahasa Melayu yang memerlukan maklumat yang banyak dan lengkap agar bahasa itu dapat dipelajari dengan baik dan cemerlang supaya ia tidak rosak kerana bahasa itu melambangkan bangsa dan Negara juga.

grafik.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 Multimedia Heinich (1996). digubah dan diubahsuai saiznya tanpa menjejaskan kualiti imejnya. Setiap piksel mewakili pelbagai peringkat warna seperti 1 bit bersamaan monokrom hitam dan putih. kordinat dan jarak. video dengan menggunakan computer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran secara signifikan dan menghidupkan suasana maklumat. menu dan mesej komunikasi (dari dan ke mana hala tuju). DOC dan RTF. teks imbasan yang digunakan bersamasama alat pengimbas. Jenis grafik seperti vektor yang terdiri daripada garisan. Multimedia membolehkan pengguna mengemudi. hotspots dan butang. Bunyi juga dapat menggantikan tenaga pengajar dengan adanya penambahan suara bagi kegunaan persembahan multimedia secara individu atau . bulatan. audio. Terdapat empat jenis teks iaitu teks bercetak yang teksnya kelihatan seperti dalam buku. poligon dan lain-lain grafik yang berkaitan dengan matematik dalam bentuk sudut. Grafik pula dapat mengilustrasikan mesej dan grafik juga mampu mereka bentuk tajuk untuk mencari pelbagai jenis maklumat seperti dalam sebuah buku atau majalah. menyatakan multimedia merupakan kombinasi pelbagai media kaku dan bergerak bagi membentuk satu program pengajaran secara formal atau tidak formal. Istilah ini tercipta dalam tahun 1950an. teks elektronik yang dihasilkan dengan menggunakan alatan penerbitan elektronik dan terakhir hiperteks yang dicipta oleh Ted Nelson pada tahun 1965 yang merujuk kepada teks yang dihubungkan dengan memberi keterangan atau maklumat yang lebih lanjut serta menguatkan dimensi teks. grafik. animasi. Aldus Ilustrator atau CorelDraw adalah terdiri daripada grafik vektor. Ia boleh diisikan dengan warna dan corak. Bunyi juga dapat menguatkan interaksi di antara penonton pada pelbagai tahap seperti terdapat pelbagai kesan bunyi yang dapat menyampaikan pelbagai maklumat kepada pendengar secara tersurat dan tersirat. Selain itu muzik juga boleh menentukan keadaan fikiran atau hati seseorang dan dapat menarik perhatian dan menghidupkan suasana penonton misalnya meletakkan kesan bunyi semasa mengetik butang atau mengalih kepada slaid yang baru untuk persembahan dalam pembentangan. kotak. Sebagai contoh adalah suara latar yang akan memberi tekanan intonasi kepada mesej yang hendak disampaikan secara berkesan berbanding membaca pameran teks begitu sahaja. memberi arahan dan panduan (bagaimana ke sana) dan isi kandungan (apa yang hendak dilihat setelah sampai sana). Format fail teks adalah TXT. Grafik yang dicipta dengan Adobe Ilustrator. Elemen grafik seperti butang dan ikon dapat membantu penonton mengarahkan melalui tajuk. Teks digunakan untuk tajuk dan sub-tajuk (apa yang hendak disampaikan). Terdapat lima komponen atau elemen asas dalam multimedia iaitu teks. bertindak balas. Dengan audio atau bunyi ia mampu meneguhkan mesej. audio dan animasi. Grafik peta bit juga merupakan grafik yang maklumat matriksnya yang mudah yang terdiri daripada elemen kotak-kotak kecil pada skrin komputer atau alat pencetak yang dikenali sebagai piksel bagi mewakili grafik. Diantara hiperteks yang digunakan dalam apikasi multimedia adalah seperti hotwords. Edgar (1992) dalam Perzlyo (1993) pula menyatakan bahawa multimedia ialah integrasi elemen-elemen teks. garis lengkung. mereka cipta dan berkomunikasi sesama pengguna multimedia yang lain. video. Audio atau bunyi merupakan sensasi kepada persembahan multimedia.

2001). Video dianggap sesuatu yang penting ia dapat mengekalkan keaslian atau mutu tanpa hilang sebarang data. Kaedah penggunaannya pula memerlukan rekabentuk yang haruslah membolehkan pengajaran dan pembelajaran dikendalikan dalam persekitaran perseorangan dan berkumpulan sambil di awasi mahupun diberikan tugasan oleh guru mengajar. Isyarat ini pula diproses melalui amplifier dan dihantar kepada pembesar suara dan akhirnya menghasilkan bunyi. Video mampu mengilustrasikan proses perindustrian atau langkah-langkah penghasilan produk dan ia akan mendemonstrasikan produk baru versi realiti maya sebelum diproses. pembelajaran ekspositori yang merupakan pembelajaran merujuk kepada suasana pembelajaran yang melibatkan guru. menarik perhatian isi kandungan pada skrin dan memberi maklum balas kepada impak visual. Animasi terdapat dalam tiga jenis iaitu animasi bingkai demi bingkai. Video seperti filem membentuk ilusi kepada mata kita. Animasi ialah cara mudah menambahkan ilusi pergerakan iaitu kelihatan seolah-olah memberi pergerakan tetapi sebenarnya tidak. Ia juga dapat mencipta persembahan video secara interaktif dan digunakan sebagai bahan latihan dengan menjimatkan masa dan tenaga. adalah demonstrasi sesuatu fenomena yang dikawal dan ditentukan oleh sistem secara kronologi atau susunan yang berurutan dan ditunjukkan oleh guru dan ketiga adalah latihan atau latih tubi dikawal dan ditentukan oleh sistem dan disampaikan oleh guru (PPK.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 pembelajaran berbantukan komputer. cakera padat dan piring hitam. adaptif dan praktikal supaya ia dapat berhubung dengan pengguna. Sistem digital menukar bunyi kepada kombinasi nombor perduaan yang terdiri daripada 1 dan 0 dalam komputer dan dengan itu ia akan diproses. Sistem tutorial peribadi yang berpandukan pengajaran berbantukan komputer yang flexible. Pembelajaran melalui tutorial ini merangkumi tiga perkara iaitu pertama. Bunyi digital adalah bunyi yang dirakam dan ditukarkan dalam bentuk digital dari mikrofon. dapat juga mengedit video dengan menambahkan pelbagai kesan yang cantik dan menarik. dapat mengesan kedudukan pengguna dan seterusnya menyediakan pengguna kepada pelajaran. pita rakaman. Video merupakan elemen yang penting dalam multimedia kerana ia menambahkan dan memberi impak kepada aplikasi multimedia.ciri pembangunan perisian yang kursus. Bunyi analog dihasilkan apabila kita memasang mikrofon yang akan mengesan alunan suara dan menukarkannya kepada isyarat elekrik. Ia menghidupkan grafiks pegun dan menyampaikan persembahan secara dinamik serta dapat menyampaikan konsep maklumat lanjut daripada gambar static. Terdapat beberapa perkara penting yang harus diikuti iaitu yang pertama dalam pembangunan perisian perlu dikenal pasti akan jenis perisian kursus untuk mendapatkan objektif penggunaannya sama ada menggunakan sistem tutorial peribadi mahupun selainnya. Animasi dapat mensimulasikan tingkah laku keadaan sebenar. Kaedah dan Ciri-Ciri Pembangunan Perisian Pengajaran bahasa menggunakan komputer memerlukan kaedah dan ciri . Animasi juga dapat menggantikan keterangan yang berjela-jela. penyiaran radio dan televisyen. Bunyi terdapat dalam bunyi analog dan bunyi digital. alat sintesis. mewujudkan pengajaran yang berkesan. animasi masa sebenar dan auto animasi. sebagai penyampai yang menyampaikan pelajaran atau maklumat kepada murid yang pasif. diedit dan dimainkan semula dengan komputer. Animasi boleh dalam bentuk 2D atau 3-D. . Animasi bermaksud memberi nyawa kepada sesuatu imej. Kedua.

meneliti kebernasan. Ujian juga merupakan kaedah penilaian dengan guru boleh memberikan soalan-soalan kepada pelajar bagi menentukan tahap pencapaian mereka. kebaikan dan kelemahan hujah dan membuat pertimbangan serta kemahiran berfikir secara kreatif dapat memastikan kecekapan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru. rekabentuk antara muka ( interface ) perisian kursus. abstrak. Terakhir adalah dengan cara kolaboratif iaitu pembelajaran secara berkumpulan bercorak saling bantu membantu dalam kumpulan. pengurusan perisian kursus dengan memastikan perisian tersebut mempunyai komponen penyimpanan soalan ujian dan menganalisis serta membuat laporan. Permainan pula mampu meningkatkan minat dan keseronokan belajar. Antara ciri . pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan haruslah diintegrasikan dengan pelbagai pendekatan supaya ianya mencabar dan menyeronokkan. Ketiga. Peringkat seterusnya adalah perkembangan iaitu dengan menyediakan langkah-langkah penyampaian isi kandungan melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Keempat. idea atau gagasan. Terakhir perlu wujud analisis dan pelaporan supaya kemudahan merekod.ciri antara muka dalam perisian yang berkualiti iaitu ramah pengguna ( User Friendly ) dengan adanya perihal aturcara yang dianggap senang dipelajari dan digunakan. Selain itu komponen tambahan yang perlu ada supaya mutu perisian kursus boleh dipertingkatkan dengan perlu adanya ulangkaji. Latih – tubi melalui aktiviti yang dapat meningkatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran melalui latihan yang banyak. Antara sifat-sifatnya ialah penggunaan gambar yang mudah / menarik bagi semua ikon. pengayaan. Kelima. Selain itu. budaya dan norma masyarakat Malaysia akan diketengahkan. asli dan bernilai samada bersifat maujud. Demonstrasi juga diperlukan supaya dapat memberikan penjelasan terhadap sesuatu konsep melalui tunjukcara. sarwajagat ( global ) dan futuristik. arahan bersuara jika pengguna . nilai murni yang selaras dengan agama. Dalam komponen perisian kursus perlu wujud kaedah penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. kurikulum perisian kursus perlu diselaraskan dengan Falsafah Pendidikan Negara dan kurikulum kebangsaan. terdapat tiga komponen asas yang wajib ada dalam perisian iaitu induksi yang berfungsi digunakan untuk menarik perhatian pelajar terhadap sesuatu pengajaran pada masa itu. Simulasi juga berfungsi agar pelajar dapat melakukan aktiviti menyerupai keadaan sebenar. Kemahiran berfikir secara kritis dapat menilai kemunasabahan atau kewajaran idea. Kandungannya akan mempunyai unsur-unsur tempatan. Oleh itu terdapat dua kaedah penilaian dengan melalui latihan -latihan diberi pada peringkat tertentu untuk mengukuhkan kefahaman pengguna tentang konsep dan kemahiran yang diajar.menganalisis dan melapor kemajuan dan pencapaian pelajar dapat diketahui dan dapat dibuat tindakan seterusnya . Bank Soalan diperlukan untuk memastiakan soalan-soalan yang dijana akan secara rawak. pemulihan dan pengukuhan sama ada pengukuhan positif seperti pujian atau ganjaran bagi jawapan betul dan galakan bagi jawapan salah dengan adanya unsur error contigent feedback yang sesuai atau pengukuhan berbentuk negatif. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah tutorial dengan memberikan bimbingan dan latihan. Keenam. Eksperimen dilakukan agar pelajar memahami sesuatu konsep atau proses yang hendak disampaikan.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 Kedua komponen perisian kursus. Akhir sekali melalui penilaian yang dapat melihat kemampuan untuk pengesanan dan penilaian tahap penguasaan di peringkat tertentu dalam proses P&P yang telah dilakukan dan dilalui oleh pelajar.

Semasa perisian digunakan. Contohnya. font sesuai. penggunaan ikon ‘bantuan’ dan penyediaan peta topik. Kesembilan. tahan lasak dengan tiada crash sistem untuk tempoh yang lama. pelajar tahu di mana ia berada. Ketujuh. Pendekatan Navigasi juga digunakan dengan kaedah yang sesuai disediakan dalam perisian kursus bagi pelajar menjelajah program secara berkesan. butang menu utama. bebas dari kesalahan serta warna sesuai dipilih supaya ianya akan menjadi jelas dan menarik. tiada ralat iaitu dapat berfungsi seperti dikehendaki dan mengeluarkan ouput / maklumbalas yang betul. Sistem ini akan mengunakan menggunakan metafora yang content driven dapat dirasai seolah . Manakala kepantasan persembahan pula hanya mengambil masa yang singkat dalam penukaran skrin dan tindakbalas kepada input. Kelapan. jelas. jelas. kurang penggunaan istilah dan laras komputer ( computer jargon ). kualiti media perisian kursus dengan imej statik yang menunjukkan gambar untuk menjelaskan konsep / gambaran. Papan Cerita Pembangunan Perisian Bahasa . aspek teknikal perisian kursus haruslah menepati aspek .olah kandungan perisian tidak habis-habis. Video yang digunakan perlu mempunyai gambar yang terang. dokumentasi perisian kursus adalah secara manual pengguna mahupun secara panduan guru.aspek berikut iaitu year 2000 compliant. Anataranya ialah animasi yang berupaya menarik dan memberi makna untuk menjelaskan konsep dan kefahaman. Audio pula perlu sesuai. Keinteraktifan merupakan ciri kedua untuk rekabentuk antara muka dengan mengenalpasti kebolehan pengguna bermaklum balas dengan sistem dan sebaliknya. wujud pengumpulan data semaksimum mungkin dan perekabentuk mengawal isi kandungan dan pengguna mengawal susunan persembahan mengikut kebolehan. Perancangan Pengajaran Berasaskan Penggunaan Komputer Penyediaan papan cerita Papan cerita adalah persembahan grafik daripada projek multimedia yang dicadangkan. Ia adalah peluncuran idea yang akan dipersembahkan dalam skrip program. tidak berubah warna dan boleh dikawal. Kegunaan sifat-sifat ramah pengguna ini bergantung kepada kesesuaian dan sasaran pengguna perisian kursus.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 tidak begitu lancar membaca. Teks pula yang mudah dibaca. jelas dan tiada gangguan. tajam dan tidak berubah warna dan bentuk asalnya. Imej harus terang. submenu dan submenu unik akan sentiasa wujud pada setiap skrin dan hanya butang topik dan subtopik serta submenu unik yang sedang dijelajah sahaja akan aktif supaya pelajar akan sentiasa tahu di mana dia berada dalam program.

Konsep perbentukan kata. Wacana menarik Mesra pengguna seperti hot spot / hot teks / roll over mouse / scrolling texts. 2. Ciri-ciri bentuk perkataan. log in. BANK SOALAN 2. Soalan subjektif. Print File Sumber pengetahuan tambahan seperti internet / web site / email / internet chat / internet conferencing ISI KANDUNGAN Pelajar dapat memahami apa itu bentuk perkataan dan dapat membahagikan bentuk perkataan kepada empat jenis. BENTUK PERKATAAN TUJUAN PETA KANDUNGAN (Cognitive Mapping) KATA TUNGGAL KATA MAJMUK KATA TERBITAN kATA GANDA 1. Motivasi dan galakan yang membina supaya pelajar tidak berasa takut untuk mencuba lagi (sekiranya PENEGUHAN . 1.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 Pastikan: Peristilahan tepat. reka letak item. Ejaan betul. Pujian dengan ucapan tahniah (sekiranya jawapan betul) 3. ISI KANDUNGAN 2. Soal jawab dan latih tubi. help function. data bank. Tatabahasa. 1. 3. Laras Bahasa. Kuiz tatabahasa mengenai bentuk perkataan. key press. Pengenalan empat jenis bentuk perkataan dalam bahasa Melayu.

BAHAN SUMBER 1. Tatabahasa Dewan. PEMULIHAN Guru menerangkan. Kamus Dewan dan sebagainya. Guru membahagikan pelajar di dalam kelas kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk membina ayat sebanyak yang mungkin mengikut bentuk kata yang telah diberikan. menjelaskan dan memperbetulkan kesalahan pelajar berkaitan bentuk kata bahasa Melayu.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN jawapan salah) UNIT 10 PENGAYAAN 1. 2. Buku rujukan. CARTA ALIRAN BENTUK PERKATAAN OBJEKTIF KATA TUNGGAL KATA TERBITAN KATA GANDA KATA MAJMUK DEFINISI PROSES PEMBENTUKAN JENIS CONTOH .

LATAR BELAKANG Warna biru air laut. MESRA PENGGUNA Gabungan animasi. video. warna merah untuk jawapan yang salah dan warna biru untuk jawapan yang betul. Umumnya. jadual.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 ITEM-ITEM PAPARAN Item-item paparan yang digunakan ialah anak panah. butang mengundur. warna-warna yang terang dan jelas dibaca dari jauh. disertasi dan kertas kerja pembentangan. Rajah 2: Contoh Papan Cerita Pengajaran Bahasa Melayu . WARNA Warna hitam. jurnal ilmiah. butang seterusnya. warna putih. gambarajah. SUMBER PENGETAHUAN TAMBAHAN Sumber internet. grafik dan pautan laman sesawang serta turutan arahan yang jelas dan mudah difahami. peta minda dan pautan dengan laman sesawang. tesis. audio.

KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 Model Reka Bentuk Pengajaran Berasaskan Multimedia Model Reka Bentuk Pengajaran Dick dan Carey (1990) Analisis Reka Bentuk Pembangunan Penilaian .

2000: 29) Rajah 3: Model Reka Bentuk Sistem Pengajaran Dick dan Carey Model reka bentuk sistem pengajaran objektivisme menyediakan beberapa bahan pengajaran yang berkesan. Dalam model ini membahagikan proses .KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 Mengendalikan analisa pengajaran Membangunkan Item Ujian Rujukan Kriteria Menulis objektif pencapaian Membangunkan dan memilih bahan pengajaran Reka bentuk dan kendalikan penilaian formatif Kenal pasti matlamat pengajaran Kenal pasti kemasukan tingkah laku ciri-ciri Membangunka n strategi pengajaran Reka bentuk dan kendalikan penilaian sumatif (Rozinah Jamaludin. Dengan mengambil kira seseorang individu dan perbezaaan pengetahuan sedia adanya dengan melihat kepada tingkah laku individu itu.

Bagi sekolah diluar Bandar dan keluarga yang tidak mempunyai komputer sendiri di rumah maka perhatian perlu diberi dan pengajaran dilakukan dari asasnya supaya pelajar ini dapat menguasai dan membiasakan diri dengan keadaan yang baru sedemikian. Selain itu. Langkah ketiga. Langkah ketujuh. Selain itu. Langkah keempat. Antara perkara yang dinilai adalah pembelajaran. Pembangunan dan Penilaian. Dengan ini capaian terhadapnya akan lebih mudah dan pantas. Maklumat ini kemudiannya akan dipersembahkan supaya dapat dilihat bagaimana penglibatan pelajar dalam pengajaran dan maklum balas pelajar diketahui pada sesi pengajaran itu. dengan membangunkan item ujian rujukan kriteria maka setiap kelemahan dalam perisian pengajaran dapat dikenal pasti dan diperbaikinya. Langkah keenam. item ujian juga akan menilai pelajar dengan melihat apakah yang dinilai terhadap pelajar masa yang diperlukan untuk sesuatu penilaian. Pembangunan strategi pengajaran supaya maklumat yang diperolehi dan dirancangkan dapat dikelompokkan mengikut turutan maklumat. Dalam pengajaran juga kita perlu memastikan pelajar dapat sesuatu kemahiran supaya kemahiran ini dapat digunakan dalam pengajaran seterusnya dan akan di pertingkatkan dari masa ke semasa. menulis objektif pencapaian. memilih dan membangunkan bahan pengajaran. Langkah kelima. Bahan pengajaran yang dibangunkan memerlukan satu strategi yang sesuai dan bahannya pula dapat digunakan sama ada untuk individu mahupun secara berkumpulan dalam sesi pengajaran yang diadakan nanti. Apabila pelajar mampu melakukan tugasan yang diberi selepas sesi pengajaran dilakukan maka objektif yang awal tadi telah tercapai matlamatnya. Langkah pertama. Guru juga dapat melihat bagaimana ciri-ciri pelajar akan memberi impak reka bentuk pengajaran dengan pelajar yang telah biasa dan seronok dengan perisian ini tentunya akan inginkn sesuatu yang lebih dan suatu pelajaran yang diajar akan lebih cepat berbanding apabila pelajar kurang memberi respon terhadap pengajaran yang menggunakan perisisan sedemikian. adalah dengan mengindentifikasikan gol pengajaran. Langkah model diperjelas dengan wujudnya pertanyaan kritikal. adalah dengan mengenalpasti ciri-ciri kemasukan tingkah laku. perlu untuk membangunkan strategi pengajaran. Objektif perlu ditulis supaya isi pengajaran dapat dicapai dengan sepenuhnya. Untuk itu kita perlu tahu berapakah item ujian yang digunakan agar ujian yag dilakukan ini dapat diketahui hasilnya dengan tepat. Analisis penting supaya kelemahan yang berlaku dalam perisisan pengajaran dapat dibaiki dan seterusnya pengajaran itu mampu memberi kefahaman kepada pelajar. Langkah kedua. Reka bentuk. Daripada analisis kita akan mengetahu apakah yang telah diajar dan bagaimana domain pembelajaran bagi mencapai kemahiran sasaran. melihat bagaimana kendalian analisis pengajaran dilakukan. peranan pengajar juga perlu diambil perhatian supaya pelajar dapat memahami pengajaran . Perkara lain yang penting ialah mengenal pasti penggunaanya dan masa yang ditentukan apabila seseorang pelajar menggunaan perisian ini dalam suatu pembelajaran nanti. Dalam lamgkah ini kita perlu tahu apakah tujuan program ini diadakan dan perkara yang hendak dicapai dengan program ini supaya semuanya jelas dilakukan mengikut urutan dan tidak tersasar daripada matlamat asalnya.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 pengajaran kepada lapan langkah asas dan mengkategorikannya kepada empat peringkat iaitu secara sistematik dengan Analisis. Perkara ini dapat diketahui dengan melihat kepada tahap kebolehan pelajar sebelum pengajaran.

jadual waktu projek dan perancangan penilaian. membangunkan dan mengendalikan penilaian formatif supaya pakar subjek akan mempercayai bahawa kandungan bahan pengajaran dalam perisian adalah tepat dan memenuhi spefikasi yang telah diwartakan dalam pekeliling. Murid yang tidak mahir menggunakan peralatan seperti ini perlu diberi perhatian supaya pembelajaran mereka seiring dengan pelajar yang telah mahir. spesifikasi reka bentuk skrin. helaian kertas papan cerita dan pembaikan pengajaran. sistem penyampaian. pereka bentuk. pengatur cara dan juga pakar subjek. Reka bentuk. Model Reka Bentuk Multimedia Reeves (1994) Reeves (1994) telah mengemukakan satu model reka bentuk multimedia yang boleh digunakan dalam pembangunan projek multimedia. Akhir sekali terhasillah produk daripada analisis ini iaitu perlunya ada laporan penilaian keperluan. Langkah kelapan. Seterusnya adalah proses membina cara alir dan menulis skrip serta membuat format skrip yang akan ditulis itu nanti. Pasukan yang terlibat selain pengurus projek adalah artis grafik dan pengurus video. profil pelajar. Peringkat seterusnya dalam proses adalah memilih pengajaran dan sistem penyampaian supaya projek yang dirancang akan mengikut strategi penilaian yang telah dibuat sebelumnya. carta PERT. objektif pengajaran.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 semaksimum yang mungkin. Pembangunan dan Penilaian. Pengajaran menggunakan perisian seperti ini perlulah menarik supaya pelajar sasaran dapat memahami tentang apa yang hendak dipelajari supaya objektifnya tadi dapat tercapai. Peringkat analisis akan melalui proses dimana pengendalian penilaian keperluan perlu wujud untuk memastikan bahawa keperluan terhadap bahan dalam perisian itu akan dapat memberikan satu pengajaran yang baik dan berkesan. Model Dick dan Carey mampu menghasilkan perisian pengajaran yang baik untuk bakal guru disekolah yang ingin melakukan pengajaran menggunakan perisian pengajaran yang ianya lebih mudah dan menyeronokkkan pelajar. Inteaksi pelajar sama ada terhadap perisian mahupun guru yang mengajar menunjukkan suatu tanda yang positif dengan guru dapat melihat minat pelajar ini terhadap pembelajaran. Pasukan yang terlibat dalam analisis ini adalah seperti pengurus projek. Audiens yang dimaksudkan tentunya adalah pelajar. Profil pelajar diperlukan supaya pengajaran menggunakan perisian dapat dilaksanakan dengan lancar setelah mengetahui akan pengalaman dan kesediaan murid terhadap teknologi multimedia yang asas seperti komputer dan sebagainya. Media dan mod kaedah penyampaian untuk pengajaran perlu ada dan wujud supaya mudah akan perisian ini dikendalikan oleh pelajar mahupun guru. Produk yang terhasil pada reka bentuk ini adalah dekripsi pembaikan. skrip. prototaip IMM. Didalam proses ini juga akan menyediakan penilaian oleh audiens untuk memastikan bahawa perisian pengajaran ini berfungsi sebagai bahan pengajaran. Peringkat reka bentuk pula proses diperlukan untuk mencipta spesifikasi pembalikan dan membentuk interaksi pelajar. . Dalam model ini mengkategorikannya kepada empat peringkat iaitu secara sistematik dengan Analisis. Proses untuk mengendalikan formating yang dibina itu juga perlu ada supaya pada akhirnya kita dapat melihat semula akan proses yang telah dibuat pada reka bentuk ini daripada awal.

Disini juga grafik akan dicipta dan bahan tambahan disediakan. pereka bentuk dan pengatur cara. laporan juga perlu ada untuk djadikan sebagai bukti rekod yang nyata. Produknya adalah seperti kod interaktif. Selain itu. Ramai ahli pasukan yang akan terlibat. disunting dan dimasukkan dan versi permulaan projek multimedia atau web dibangunkan. Model reka bentuk multimedia oleg Reeves lebih mudah difahami dan pastinya ia akan memudahkan para guru menyediakan perisian untuk pengajaran bahasa Melayu disekolah nanti. Terakhir adalah peringkat penilaian. mengusahakan) rancangan (tugas dsb). antaranya pengurus projek. Setiap elemen media mesti diintegrasikan dan dikoordinasikan. Pada peringkat pelaksanaan dokumen spesifikasi reka bentuk kursus akan dilaksanakan. . video ditangkap. diuji dan dilihat semula. proses dalam peringkat ini adalah untuk mendokumentasikan projek multimedia dan interaktif. dan laporan impak penilaian. Papan cerita akan ditulis. grafik. penyampai akan mengawal tajuk dan ia adalah satu hala komunikasi dengan membenarkan persembahan “melompat” kepada pelbagai bahagian dalam isi kandungan. Laporan seperti laporan penilaian formatif. Proses ini akan berlanjutan bagi melahirkan media optikal yang pastinya integrasi antara media optikal dan kad pengarangan berlaku. Pengurus projek. pereka bentuk. Produk akhirnya adalah dokumentasi projek dan kesahan IMM dan pengajaran IMM berjaya dilaksanakan. dan penghasilan dan pelaksanaan projek mesti diurus dengan sempurna. Rekod kelulusan. keputusan dan perubahan mesti dicatatkan. perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan. Ia juga bagi menguji IMM dan kesahan interaktif selain mengendalikan impak penilaian. polar subjek. Dalam persembahan. Persembahan akan melibatkan seorang penyampai dan audiens yang terdiri daripada satu atau lebih daripada itu. penilai projek. video dan audio filem dan audio penyuntingan. pengatur cara dan juga pakar subjek. artis grafik dan sebagainya akan berkerjasama untuk terlibat agar hasil yang yang diperolehi dalam produk akan Berjaya dan bermutu.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 Peringkat pembangunan dalam model Reeves adalah melalui proses dimana wujud interaksi alat pengarangan. Peringkat Pelaksanaan Pelaksanaan adalah perihal. Selain itu ia akan melalui proses pengendalian pro-produksi dan pos –produksi. Pusingan lihat semula mesti dilaksanakan supaya ianya dapat memahami apa yang dilihat kembali dan bagaimana untuk melakukannya. Yang terlibat dalam proses ini adalah pengurus projek. pakar subjek.

Guru akan menjelaskan struktur kata kerja transitif berdasarkan penggunaan dalam data korpus. Murid juga diminta untuk membina satu soalan berdasarkan petikan tersebut. Guru kemudian meminta seorang murid untuk membaca petikan tersebut dengan suara yang kuat dan jelas. Pelaksanaan Komputer Berasaskan Web Multimedia Berasaskan Web Penyiaran Jarak Multimedia Interaktif Rajah 3. manakala interaktif pembelajaran jarak jauh pula akan dikendalikan pada sesi tersebut. Analisis 2. Pelaksanaan tapak laman web akan dilakukan untuk memastikan pengajaran dapat dilakukan nanti. Peringkat seterusnya guru mengajar aspek tatabahasa iaitu kata kerja transitif dengan dimulai penjelasan daripada guru tentang aspek-aspek kata kerja transitif. Jika murid inginkan jawapan guru akan membimbing murid mendapatkan maklumat di internet. Akhirnya nanti gur akan meminta murid membina lima . Peringkat pelaksanaan ini latihan berasaskan komputer yang diberikan akan disampaikan secara khusus.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 1. Seterusnya. Penilaian 3.5: Fasa pembangunan dan pelaksanaan. murid akan diminta untuk membuka fail petikan kefahaman dengan menggunakan perisian Microsoft Word. guru meminta murid membaca senyap petikan pada skrin komputer dengan cara luncuran (skimming) dan pembacaan teliti. Contoh kata kerja transitif + objek dan sebagainya. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran Bahasa Melayu berkenaan bertajuk kata kerja transitif. Pembangunan 4. Reka Bentuk 5. Kemudian guru berbincang tentang struktur kata kerja transitif yang betul dan salah dari segi tatabahasa. Dengan menggunakan komputer. Murid yang lain akan mendengar dengan teliti.

Kebaikan pengajaran berasaskan laman web adalah pengajaran berasaskan laman web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna. 1994). Pengguna dapat mengawal maklumat dan berinteraksi dengan penyampaian maklumat. dan penyampaian (Driscoll. Kemudahan seperti ini dapat menyediakan peluang kepada pengguna berkomunikasi dan bekerjasama merentasi jarak yang jauh. Proses reka bentuk pengajaran berasaskan jejaring yang lengkap terdiri daripada tiga fasa iaitu rekabentuk. bekerjasama. sumber-sumber bahan bagi menggalakkan pelajar menyerap masalah. Keadaan ini tentunya berbeza dengan bahan pengajaran bercetak seperti buku. Berbeza dengan buku. sumber. tetapi juga termasuk audio dan video yang menyediakan interaktiviti visual pada masa sebenar dengan keupayaan berhenti dan main semula rakaman video tersebut. Ia bermula dengan persembahan masalah dunia sebenar. Perubahan tersebut boleh dilakukan dalam masa yang singkat. bezanya pelajar dalam suasana Internet menggunakan papan kekunci untuk menaip mesej. pembangunan. menentukan set gol atau matlamat.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 soalan sebagai latihan dan seterusnya guru meneruskan pengajaran sehingga kelas tamat waktunya. Format hypermedia memudahkan pendekatan berpusatkan pelajar. dan meningkatkan sikap pelajar terhadap kerjasama dan pencapaian. Kedua-dua jenis komunikasi ini mengembangkan akses maklumat pengguna. Komunikasi sinkroni (chat) membolehkan interaksi berlaku pada masa sebenar antara pelajar. Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman web mempunyai impak yang berlainan berbanding pengajaran konvensional. Laman Web lebih mudah di tambah dengan maklumat-maklumat terbaru atau membuangkan maklumat-maklumat lama yang kurang sesuai. membina kefahaman individu. dan Penilaian sebagai rangka kerja pengajaran berasaskan Laman web. (Thuring. 1995). Antara kebaikan pengajaran berasaskan laman web ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks. Pengajaran menyediakan peluang untuk menghantar maklumat yang bukan sahaja terdiri daripada teks. seperti dalam diskusi bilik darjah. Mannemann & Haake. Pembangunan. Penggunaan. Laman web juga mendokong dan menggalakkan inkuiri dan eksplorasi. Manakala komunikasi asinkroni (e-mel) membolehkan interaksi berlaku pada masa dan lokasi berlainan antara dua atau lebih pengguna. Model ini terdiri daripada Rekabentuk. Langkah yang pertama dalam analisis keperluan ialah mengenal pasti atau menentukan gol anda terlebih dahulu. yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi atau high-order thinking skills. pelajar disediakan dengan panduan instruktor. terutama ketika cuti sekolah. Pengguna boleh berkomunikasi pada bila-bila masa sahaja. tahu objektif utama dan dapatkan garis kasar yang lengkap tentang maklumat yang hendak dimasukkan dalam laman web. Sebaliknya buku teks akan digunakan sehingga beberapa . Keadaan ini menjadikan penyampaian pengajaran dapat disampaikan dalam bentuk tidak linear. Pembelajaran seperti ini tentunya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi (Becker & Dwyer. 1998). Pengajaran berasaskan Laman web juga boleh ditambah dengan penyediaan kemudahan komunikasi secara sinkroni. dan mencari jawapan kepada penyelesaian masalah. Pastikan sebelum membina Laman web dikenal pastikan sasaran penonton. Antara model pengajaran yang sesuai untuk pengajaran berasaskan Laman web ialah seperti model Seels dan Glassgow (1996). hipermedia dan hyperlink dengan Laman web lain dari seluruh dunia. Pengajaran berasaskan Laman web sesuai dengan pembelajaran konstruktivisme. Pengurusan. misalnya melalui sesi perbualan (chat) dan juga asinkroni seperti menghantar e-mel.

Guru hanya perlu mengikuti arahan yang diberikan untuk membina sebuah laman web yang baik. Ini mungkin boleh dilakukan oleh intitusi yang lebih bersifat koprat kerana mampu menyediakan peralatan.yahoo. menggunakan Netscape Composer. 2000). Ini adalah kerana pembelajaran secara maya atau online lebih luas dan lebih banyak lagi kos serta kepakaran yang diperlukan. setiap kali sesuatu teknologi yang baharu muncul. Tripod.tripod. Begitulah juga dalam bidang pendidikan Internet boleh dimanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya ada kebenaran menggunakan sebahagian karya orang lain dengan had yang tertentu dan bukan untuk tujuan perniagaan ( Debbie.com dan banyak lagi. Sebaiknya guru membuat hiperlink kepada laman-laman web lain yang berkaitan. Seterusnya guru hanya perlu menukar ilustrasi. Publisher dan sebagainya. Teknologi ini memang amat dikagumi dari segi keupayaan dan kecanggihannya. Pembelajaran berasaskan laman web ini mungkin berbeza dengan pembelajaran secara maya ( vitual learning) atau pembelajaran dalam talian (online learning). Forfree. Contohnya. Pembelajaran Menerusi WWW Internet mula digunakan secara meluas pada tahun 1991 iaitu selepas larangan penggunaannya untuk perniagaan digugurkan.at http://wwwforfree. Sebelum itu internet hanya digunakan dalam bidang ketenteraan dan penyelidikan (Jamaludin. Sebagai contoh Yahoo! GeoCities http://geocities. Pembelajaran berasaskan multimedia boleh dilakukan oleh semua guru sebagai tambahan kepada pengajaran di dalam kelas. Guru boleh membuat sendiri laman web menggunakan perisian yang mudah. maka para penyelidik dalam berbagai bidang akan cuba memanfaatkan teknologi tersebut. Laman web seperti "Cyberdidik".com/.cikgu. Ini juga mungkin tidak dapat dilakukan oleh guru-guru biasa di sekolah kerana melibatkan kepakaran serta masa yang banyak. Guru boleh meletakkan (upload) laman web mereka di protel-protel yang memberi perkhidmatan percuma.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 tahun dengan kandungan yang sama. Melalui Internet. dengan tujuan untuk menggalakkan pembelajaran konstruktif. tajuk dan kandungan yang sesuai dengan topik pembelajaran. Sebagai contoh dalam bidang perniagaan ia telah digunakan secara meluas. Selain daripada itu kita juga boleh menggunakan protal tempatan seperti http://www. http:www.net. "SchoolNet" . samaada untuk mempromosikan perniagaan mereka atau untuk menjual barangan dan perkhidmatan mereka.htm. 1997). Maklumat berkenaan dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja seseorang itu berada. "Laman . Kebiasaannya. 1989).my/. Ilustrasi boleh diperolehi daripada klip art atau download dari laman-laman web lain dengan syarat tidak melebihi had yang dibenarkan dalam akta hak cipta.kpm. Dengan menggunakan Publisher.cerdik2000/index. Pengajaran berasaskan Laman web merupakan program pengajaran berasaskan hipermedia yang menggunakan sumber Jejaring Sedunia (World Wide Web atau WWW) untuk mereka cipta dan mendokong suasana pembelajaran yang bermakna (Badrul Khan. Selain daripada itu terdapat banyak laman web yang dibina khas untuk tujuan pembelajaran di merata dunia. walaupun keadaan serta situasi penggunaan sentiasa berubah.ppk. http://www.at. sekiranya kita tiada kemahiran dalam rekabentuk masih boleh melakukannya dengan menggunakan web site wizard. sedangkan guru telah sedia dibebankan dengan berbagai tugas dan masa pengajaran yang banyak. maklumat dapat disampaikan secara maya dan global merentasi sempadan geografi yang jauh dengan begitu pantas sekali. menyediakan dan menguruskan bahan pembelajaran.my/ dan sebagainya. http://www. Disamping itu kandungan Laman web juga boleh disimpan sebagai arkib untuk rujukan jika diperlukan.

http://www. Guru pula bertindak sebagai fasilitator dan memberikan panduan dan bukan sebagai sumber maklumat.KAEDAH DAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN PERISIAN UNIT 10 Pendidikan Seni".yahoo. Penglibatan pelajar secara aktif merupakan salah satu komponen penting dalam kejayaan sesuatu proses pembelajaran melalui laman web. "World Lecture Hall". . "Blackboard" dan banyak lagi memaparkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara percuma. Selain daripada itu guru dan pelajar boleh menggunakan engin pencarian (search engines) untuk mencari maklumat umum. Perbincangan adalah aktif antara pelajar dan guru.exite. Magellan htt://magellan.cari.com dan sebagainya. Pengguna hanya perlu menaipkan perkataan tersebut dan cari.. Menurut Baharudin (2001) pembelajaran berasaskan multimedia seharusnya mempunyai ciri-ciri ke arah menghasilkan konteks pembelajaran yang tulen dan melibatkan penyelesaian masalah sebenar.berbagai senarai alamat laman web yang berkaitan akan dipaparkan dan pengguna boleh meneruskan pelayaran.com. termasuk adanya strategi penilaian pembelajaran yang tulen dalam menilai kemahiran sebenar. Pelajar bertanggungjawab dan mempunyai initiatif belajar secara kendiri dalam membentuk sesuatu kemahiran. Kaedah pembelajaran hendaklah secara berkumpulan menerusi kolaboratif dan koperatif. Diantara enjin pencarian yang boleh digunakan ialah seperti Yahoo! http://www.com.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful