You are on page 1of 2

Industri seni negara ini tercemar

Saya terbaca sebuah artikel di dalam akhbar utusan Malaysia hari yang membicarakan tentang garis panduan yang ditetapkan oleh TV AlHijrah untuk setiap karya yang akan disiarkan di saluran itu. Sudah pastinya garis panduan itu berlandaskan kehendak syariah, dan setakat ini pada pengetahuan saya, antara garis panduannya ialah tidak dibenarkan untuk memaparkan adegan pelakon lelaki menyentuh pelakon wanita walaupun kedua-duanya membawa watak suami isteri. Pada pendapat saya, hal ini ialah sesuatu yang sangat positif. Kita sendiri dapat lihat dalam era industri seni yang penuh dengan pencemaran syarak ini, perkara inilah sebenarnya yang mengikut arus yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Namun begitu, bagi mereka yang bergelumang dengan dunia seni, perkara ini adalah sangat asing kerana belum pernah dilakukan terutamanya di negara ini. Malah, mereka mendakwa ini ialah cabaran buat mereka. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa melanggar batas agama ini ialah suatu kebiasaan dalam dunia seni. Rumusan berdasarkan perkara ini ialah sebenarnya dunia seni di negara ini sudah tercemar. Sudah lama tercemar. Sehinggakan sesiapa yang ingin menceburi dunia seni, sama ada dia bakal dikotorkan atau kalaupun dia bersih, manusia akan memandangnya sebagai kotor. Lalu disebabkan tercemarnya dunia seni ini, maka masyarakat turut dikotorinya. Seni ialah suatu benda yang halus dan menepati kehendak jiwa seorang manusia kerana fitrah manusia ialah inginkan hiburan. Apabila manusia ingin dihiburkan, mereka akan menyerahkan hati mereka kepada seni untuk dibelai. Kalau hati itu dibelai oleh sesuatu yang kotor, maka pastinya akan terpalit kekotoran itu pada hati walaupun sedikit. Mungkin pendapat saya ini agak ekstrem, bagaikan saya terus melabel negatif dan menafikan niat-niat ikhlas para pengkarya untuk berdakwah melalui karya mereka. Namun, hal ini ialah hakikat yang harus diakui. Niat harus dilengkapi dengan landasan syariat. Perkara ini ialah syarat penerimaan sesuatu amal perbuatan. Banyak kini kalau saya spesifikkan, filem dan drama yang dihasilkan dengan dakwaan ingin berdakwah tetapi masih tidak menepati syariat seperti pelakonnya masih menampakkan aurat, berpegangan tangan dan terlampau berterus-terang dalam memaparkan aksi-aksi sebelum bertaubat serta penuh dengan unsur tahyul. Belum lagi dikira filem dan drama yang memang tidak berniat untuk berdakwah. Semakin hari sifatnya semakin ikhlas dan berterus-terang melanggar batas syariat. Kita semua kena ingat, termasuk saya sebagai penulis, syariat ini bukanlah ketetapan manusia. Syariat ialah ketetapan Allah SWT, Tuhan yang memberi kita nyawa. Dan kebanyakan

pengkarya dan seniman negara ini ialah beragama islam. Penontonnya juga beragama islam. Industri seni punya tempat yang sangat istimewa dalam masyarakat negara ini. Kebanyakan rumah kini wajib mempunyai sebuah televisyen dan talian internet. Industri ini sangat memberi kesan kepada pembentukan minda masyarakat. Kalau baik hidangannya, tubuh badan yang terbina juga akan baik dan sihat. Saya fikir, tidak terlalu melampau kalau saya katakan bahawa antara penyumbang terbesar kerosakan institusi masyarakat di negara ini ialah industri seni. Sudahlah bertubi-tubi serangan daripada barat melalui industri ini, pengkarya tempatan pun sekali ingin menyumbangkan bantuan kepada barat untuk merosakkan masyarakat. Lantaran, usaha TV AlHijrah ini harus disokong, dan kita sebagai individu yang menyedari akan kepentingan pembaik-pulihan masyarakat untuk melahirkan umat yang cemerlang dan kuat haruslah mempunyai kemahiran dan tenaga untuk disumbangkan ke dalam industri ini. Industri seni yang sudah tercemar ini harus dimurnikan kembali, demi memurnikan masyarakat negara ini. Persoalan yang harus ditanya kepada diri-sendiri, siapakah yang berperanan untuk memurnikannya? Bagaimanakah caranya yang paling tepat?

Berita kedatangan penyanyi sensasi Korea, PSY untuk membuat persembahan di negara ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat. Terbaru, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan kehadiran pelantun lagu 'Gangnam Style' ini tidak memberi impak positif kepada industri seni hiburan tempatan. Presidennya, Rozaidi Jamil berkata, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) harus bersikap lebih profesional dalam menguruskan kebanjiran artis luar negara. "Saya kesal dan kecewa. Jika beberapa perkara diberi penekanan seperti artis tempatan di pentas sama, ia sedikit sebanyak memberi ruang kepada artis tempatan kita. "Ia secara tidak langsung akan memberi input kepada artis berkenaan untuk belajar selokbelok kejayaan artis luar negara," katanya kepada Sinar Harian. Zed menambah, dengan bayaran yang dikatakan mencecah sehingga RM2 juta, ia sama seperti mengundang 1,000 artis tempatan membuat persembahan.

You might also like