P. 1
Cerita 1

Cerita 1

|Views: 0|Likes:
Published by Niza Wahida W

More info:

Published by: Niza Wahida W on Oct 20, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/20/2013

pdf

text

original

Cerita 1 Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib... Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si paripari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari

sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya. Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

-TAMAT-

Cerita 2 BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

saya relalah abang berkahwin lain walaupun berat rasa hati ini. Aku akan bersifat sama adil bila aku beristerikan seorang lagi nanti. Memang sukar anak-anak gadis di kampung itu . Pak Ali melayan isteri-isterinya itu seadil-adilnya. Tepat seperti dijanjikan. kedua-dua orang isterinya itu pun melahirkan anak. Keduaduanya anak perempuan belaka. Masa terus berlalu. Kini umur kedua-dua anaknya telah mencapai dua belas tahun.” janji pak Ali. aku berhajat hendak beristeri seorang lagi kerana berkehendakkan anak. dengan tidak disangka-sangka isteri tuanya yang disangka mandul itu mengandung empat bulan dan isteri mudanya mengandung tiga bulan.” fikirnya dalam hati. Setelah setahun berkahwin. Rupa kedua-dua gadis itu sangatlah cantik. “Labu.” beritahu Mak Labu terus terang. Walaupun mereka bermadu tapi mereka tinggal serumah. Si suami bernama Pak Ali dan Si Isteri bernama Mak Labu. Isteri barunya itu bernama Mak Kundur. Anak Mak Labu diberi nama Bawang Merah dan anak Mak Kundur bernama Bawang Putih.” “Kalau bergitu niat abang. “Terimakasih atas kerelaan engkau itu Labu. Pada suatu hari Pak Ali telah berterus terang dengan isterinya. Nama-nama itu diambil sempena dengan tanaman Pak Ali yang sangat subur pada masa itu iaitu bawang merah dan bawang putih. Akhirnya Pak Ali pun beristeri baru. Semenjak itu juga nama kedua-dua isterinya ditukar menjadi Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih.Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri yang tinggal agak terpencil dari orang ramai. “Syukur kepada Allah kerana tidak lama lagi aku akan mendapat dua orang anak sekaligus. walaupun sudah lama engkau menjadi isteri aku tetapi engkau tidak dapat melahirkan anak. Apabila sampai masanya. Sungguhpun sudah lama mereka berumah tangga tetapi mereka masih belum mempunyai cahaya mata.

Bawang Putih pandai pula bermuka-muka membuat kerja. Dengan perasaan yang cemas. Kalau di hadapan Pak Ali. Mak Bawang Putih sangat benci kepada Mak Bawang Merah. Pak Ali pun meninggal dunia. Jika ditanya kepada Mak Bawang Merah. Mak Bawang Merah pergi menjemput Pawang Jidun iaitu seorang pawang yang terkenal di kampung itu. Pada suatu hari Pak Ali pergi mengail ikan dengan Bawang Merah. Dia sentiasa sahaja mencari peluang untuk menghapuskan Mak Bawang Merah. perselisihan dan pergaduhan diantara Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih selalu sahaja terjadi. Pemergian Pak Ali yang kekal abadi itu ditangisi oleh keluarganya. Kebetulan Mak Bawang Merah sedang menceduk air di perigi lama. Pada suatu hari. tentu Mak Bawang Putih akan menjawab Bawang Putih yang cantik. Sebab utama tentulah hal anak-anak kerana mereka tinggal serumah jadi selalu sajalah mereka bertengkar. Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan terus menolak Mak Bawang Merah ke dalam . Semenjak Pak Ali meninggal dunia. Pak Ali memanggil anaknya Bawang Merah membantunya kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat disengat oleh ikan itu. Pawang Jidun pun mengubat Pak Ali secara perubatan tradisional. didapati Bawang Putih lebih nakal dan jahat. Oleh kerana ajalnya telah sampai. Tentang perangai pula. perubatan Pawang Jidun tidak memberi apa-apa kesan. Tetapi kalau ditanya kepada Mak Bawang Putih siapakah yang lebih cantik.hendak mengatasi kecantikkan Bawang Merah dan Bawang Putih. Bawang Merah memapah bapanya pulang ke rumah. peluang yang ditunggu-tunggu selama ini terbuka. kedua-dua isterinya terperanjat melihatkan Pak Ali pulang dalam kesakitan. Apabila sampai di rumah. Hari itu nasib Pak Ali kurang baik kerana entah bagaimana Pak Ali disengat oleh seekor ikan sembilang yang baru sahaja mengena kailnya. Disuruhnya Bawang Merah memasak nasi dan membuat kerja itu dan ini. Mak Bawang Merah akan menjawab yang kedua-duanya sederhana tidak ada siapa yang lebih cantik. Apalagi hanya mereka berdua sahaja yang berada ditempat itu.

barulah dia sedar rupanya dia bermimpi. Oleh kerana perigi itu dalam. kau jagalah diri mu dari telatah Mak Bawang Putih yang ganas itu. Bawang Merah merasa cemas tinggal keseorangan diri di rumah yang di kelilingi hutan tebal itu. Kau tinggallah baik-baik.” Sebaik sahaja emaknya meminta diri. terus mengajak anaknya bersama-sama pergi ke rumah saudaranya.” Namun tidak ada jawapan. Puas dipanggil dan dicari namun tidak ada. Pintu rumah dikunci rapatrapat. “Anakku bawang Merah! Mak telah mati ditolak ke dalam perigi lama oleh Mak Bawang Putih semasa mak menceduk air. Selalunya mereka menggunakan perigi di hadapan rumah mereka. Mulutnya memanggil-manggil “Mak……. dia terus tenggelam dan lemas. Sekarang Mak hendak pergi dahulu. Bawang Merah pun terjaga dari tidurnya. Dia juga hairan kerana Mak Bawang Putih dan Bawang Putih juga tidak ada di rumah. Dia memandang sekeliling mencari-cari emaknya. Mak tidak sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu terhadap Mak. Ingatlah anakku. tiba-tiba Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya lalu Bawang Merah pun jatuh pengsan di situ juga dengan berlumuran darah keluar dari hidung dan mulutnya. Dia menangis tersedu-sedu sambil memangggil-manggil nama emaknya. "Mampuslah engkau!” jerit Mak Bawang Putih dengan geramnya. . Bawang Merah tersedar dari pengsan. Sedang dia termenung dan bersedih hati memikirkan ibunya. Setelah jauh malam akhirnya dia pun tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi ibunya datang kepadanya dengan memakai telekung putih. Hari sudah malam tidak ada sesiapa yang pulang. dia menangis sekuatkuat hatinya kerana dia pecaya segala kata-kata dalam mimipinya tadi dan tambahan pula dengan sikap Mak Bawang Putiah yang memukulnya dan meninggalkannya itu. Perigi itu jarang digunakan. Mak Bawang Putih yang tidak menaruh belas kasihan apabila melihat Bawang Merah pengsan itu. Tidak berapa lama selepas itu.perigi. Tiga jam berlalu tetapi Bawang Merah masih belum tahu kemana emaknya pergi.Mak.

Akulah mak engkau. “Mak engkau sebenarnya telah mati kerana jatuh ke dalam perigi. mencuci kain dan mengemas rumah adalah tugas engkau!” beritahu Mak Bawang Putih dengan sombong.” Kemudian ikan itu tidak dapat berkata lagi untuk selama-lamanya. Mak telah mati ditolak ke dalam perigi ini oleh Mak Bawang Putih. pagi-pagi lagi dia pergi ke perigi tersebut.. Bawalah makanan untuk mak sekepal nasi melukut dan sayur keladi. “Mak……. Bawang Merah tidak berkata apa-apa.” jawab Bawang Merah. Dia tidak percaya dengan kata-kata Mak Bawang Putih. saya sedang mencari mak saya. Tanpa disedari air matanya membasahi kedua belah pipinya sambil mulutnya bersuara.Esoknya. dengan kehendak Allah tiba-tiba timbullah seekor ikan kaloi. “Lekas pergi ke dapur dan masak untuk kami. Setelah itu Bawang Merah pun pulang ke rumah.” Sedang Bawang Merah bersedih memerhati ke dalam perigi itu.” jawab Mak Bawang Putih berbohong. Ikan itu boleh berkata-kata:“Wahai anakku Bawang Merah. “Ke mana engkau pergi?” Mak cik.Mak. Bila sampai di rumah didapati Mak Bawang Putih dan Bawang Putih sudah menunggu dengan muka bengis. Aku telah berusaha hendak menolongnya tetapi tidak terdaya. . Segala kerja seperti memasak. kami tidak mahu membuat apa-apa kerja. Engkau datanglah bermain dengan mak pada tiap-tiap hari. Ingat! Mulai hari ini kami berdua menjadi raja dalam rumah ini. Dia yakin dengan mimpinya malam tadi dan percakapan ikan kaloi di perigi sebentar tadi.

“Oh. Lantas dia cepat-cepat pulang dan mengadu kepada emaknya. Timbullah Bawang Merah datang.Mak….” Sebaik sahaja Bawang Merah bergurindam. Akan aku perhatikan apa yang dibuatnya disini. Selepas buang air. Tiap-tiap hari tidak ada peluang langsung dia hendak berehat. Nasi melukut sayur keladi. ikan kaloi itu pun timbul lalu Bawang Merah pun memberi makan. Pada mulanya perkara itu tidak diketahui oleh sesiapa. Pagi itu Bawang Putih bangun dari tidur terlebih awal kerana hendak membuang air kecil. asyik dengan membuat kerja sahaja. rahsia itu pecah juga. Bagaimanapun pagi-pagi lagi sebelum Mak Bawang Putih dan Bawang Putih bangun dari tidur. Perlahanlahan dia mengintai di sebalik semak. dia terdengar suara orang bergurindam.. di sini rupanya si Bawang Merah datang hari-hari.Bawang Merah terpaksa menurut sahaja perintah itu. Untuk mak makan di pagi hari. Dua minggu selepas itu.Ikan kaloi.” bisik Bawang Putih. Lalu dia bergurindam memanggil ibunya: “Mak…. Dia dapat melihat dan mendengar segala-galanya yang berlaku. dia sudah pergi ke perigi. . Setelah selesai Bawang Merah pun pulang.

Tidak timbul juga. Mak Bawang Putih pun menggulai ikan itu. Segala rangkap gurindam itu dihafal oleh Mak Bawang Putih. Untuk mak makan di pagi hari. Sedang dia menangis tiba-tiba terdengar satu suara ghaib … . Bila Bawang Merah pulang dari mencari kayu api. dia terus dipelawa makan nasi berlaukkan ikan gulai tadi. Mak Bawang Putih pun bergurindam: "Mak…. Berselera sekali nampaknya dia memakan ikan itu. Timbullah Bawang Merah datang. engkau pergi cari kayu api. Tidak juga timbul.“Oh begitukah? Nanti aku akan tangkap ikan itu!” kata mak Bawang Merah. “Bawang Merah. tengah hari ini biarlah Mak Cik masak.Ikan kaloi. Bawang Putih bergurindam lagi. Secara diam-diam mereka membawa balik ikan itu.. Nasi melukut sayur keladi. Keesokkan paginya seperti biasa Bawang Merah pergi ke perigi untuk memberi iakn kaloi itu makan.Mak…. “Baiklah Mak Cik. Mak Bawang Putih bergurindam lagi.” katanya kepada Bawang Merah. Kemudian Bawang Putih pula yang bergurindam. Tapi berkali-kali dia mengalunkan gurindam ikan kaloi itu tidak timbul-timbul. ikan itu pun disauk dengan penyauk.” Sepeninggalan Bawang Merah. Pada waktu tengah hari ketika Bawang Merah sedang bekerja di rumah. Barulah ikan itu timbul. Mak Bawang Putih pergi ke perigi itu dan membawa sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Dia bergurindam. Dia pun menangis teresak-esak kerana ikan kaloi tidak lagi timbul.” Ikan itu tidak timbul. Sebaik sahaja ikan itu timbul.

Puas dia mencari. Ketika ada masa lapang. dalam masa sebulan sahaja tukang-tulang ikan itu menjadi sepohon pohon beringin yang rendang. Sambil berbuai dia akan menyanyi: Tinggi-tinggi pohon beringin Kalau tinggi menyapu awan Kalau rendah menyapu bumi Laju-laju buai laju Bertiuiplah angin bayu-bayu Tolonglah aku yatim piatu . dengan senyap dia turun ke bawah rumah untuk mencari tulang-tulang ikan itu. Ikan kaloi sudah ditangkap oleh Mak Bawang Putih dan sudah dibuat gulai yang engkau makan semalam. dengan diam-diam dia bermain buaian disitu. engkau hendak berjumpa mak engkau ikan kaloi itu ya! Semalam yang engkau makan itulah ikan kaloi mak engkau! Lekas balik ke rumah dan masak nasi” herdik Mak Bawang Putih. Atas kehendak Allah Taala.“Tidak usahlah engkau menangis Bawang Merah.” kemudian suara itu pun hilang. Dia menggantungkan buaian di dahan pohon itu. Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya dengan kayu. barulah berjumpa tulang-tulang itu dihimpun dan ditanam di atas bukit jauh sedikit dari rumahnya. Sebaik saja suara itu ghaib. Setelah selesai memasak nasi. Dan sekarang engkau carilah tulang-tulangnya dan tanamlah. “Anak sial! Apa yang engkau buat di tepi perigi ini? Oh.

salah seorang hulubalang mendengar suara seorang perempuan menyanyi. Baginda diiringi oleh beberapa orang hulubalangnya. Kerana wajah Bawang Merah yang sangat cantik mereka berpakat hendak mempersembahkan pertemuan itu kepada tuanku kerana tuanku raja masih belum beristeri. Dalam hutan begini mana ada perempuan menyanyi!” jawab Datuk Menteri. “Mengarut engkau ini. Sedang mereka berjalan-jalan. rusa itu sudah tentu terkena anak panah baginda. Biasanya kalau seperti itu.Dengan berbuat demikian dapatlah juga meghiburkan hatinya yang sedang gelisah. cuba dengar suara perempuan sedang menyanyi!” kata hulubalang kepada Datuk Menteri. Mereka bersepakat hendak menghampiri ke tempat suara itu. Pada ketika itu ada seorang raja sedang berburu. “Cuba Datuk dengar sendiri. Dengan pantas baginda memanah tetapi tidak kena. Perubahan perangai baginda itu sangat luar biasa. Pada pagi yang ketiga mereka berburu lagi. . Namun begitu baginda tetap sukacita. Namun segala-galanya hampa. Perangainya berbeza dari biasa. Biasanya kalau dalam keadaan begitu baginda sangat murka dan terus mengajak pengiring-pengiringnya pulang sahaja. Tiba-tiba melintas di hadapan baginda seekor rusa. “Datuk Menteri. Baginda memerintah hulubalang-hulubalangnya mengejar rusa itu sambil mencari binatang buruan yang lain. akhirnya mereka dapat melihat penyanyi itu ialah Bawang Merah.” “Jangan-jangan suara hantu!” kata Datuk Menteri. Sudah dua hari dua malam baginda berburu tetapi tidak mendapat seekor binatang buruan pun.

Yang lain. Hendak naik ke atas buaian pun teragak-agak.Bawang Merah terasa dirinya sedang diintai.” jawab Mak Bawang Putih. Mula-mula Bawang Putih dahulu yang menyanyi.” Kata Datuk Menteri. “ Yang seorang lagi ada tapi dia orang gaji patik” jawab Mak Bawang Putih. Buaian itu tidak perlu dihayun. Baginda sangat senang hati mendengar cerita itu. Secara senang sahaja dia menaiki buaian. Dua orang hulubalang tadi mengekori Bawang Merah secara sulit untuk mengetahui rumahnya. “Gadis cantik? Oh. Mereka pun beramai-ramai pergi ke rumah Bawang Merah. Maka mak Bawang Putih pun memanggil Bawang Putih keluar untuk mengadap Datuk Menteri. “Tuan hamba. Bila mak Bawang Putih menarik Bawang Merah mengadap Datuk Menteri tiba-tiba Datuk Menteri menjerit. sebentar tadi kami melihat ada seorang gadis cantik sedang bermain buaian di bukit sana. Dia lebih cantik!” jawab Datuk Menteri. “Haa inilah orangnya! Dialah yang berbuai dan menyanyi dengan merdunya!” “Menyanyi?” fikir Mak Bawang Putih. “Bukan ini. Kemudian dia pun menyanyi. Suaranya sumbang dan tidak ada irama langsung. Ia berbuai sendiri semakin lama semakin laju.” Untuk itu baginda sultan hendak membuat ujian di hadapan orang ramai. “Tuanku. Dia pun cepat-cepat lari pulang. Kemudian mereka pun persembahkan perkara itu kepada baginda.. kalau dalam soal menyanyi anak patik Bawang Putih lagi pandai. Senikatanya pun tidak ada erti langsung. Nyanyiannya pula sangat .” “Waalaikumussalam.memang ada dia anak patik. Tiba pula giliran Bawang Merah. “Assaalamualaikum. Bawang Putih belum pernah menyanyi dan menaiki buaian lalu merasa kekok sekali.”jawab Mak Bawang Putih.

Sama seperti yang di dengar oleh Datuk Menteri dan hulubalang-hulubalang. patik menjaga seperti anak sendiri”. Dia pun menjadi isteri kesayangan baginda dan telah berpindah di istana baginda. Akhirnya berkahwinlah Bawang Merah dengan tuanku. sebenarnya dia ini anak tiri patik. Walaupun begitu Bawang Merah tetap tidak menyisihkan Mak Bawang Putih dan Bawang Putih. Walaupun anak tiri. . Walaupun dapat tinggal di istana dengan segala kemudahan disediakan. “Ampun tuanku. Suatu hari dia masuk ke bilik Bawang Merah. “Apakah ini orang gaji Mak Cik?” tanya baginda. namun iri hati dan jahatnya masih membara. Mak Bawang Putih ingin melihat Bawang Merah bercerai dengan baginda sultan dan mengambil anaknya Bawang Putih sebagai ganti. Mereka tetap diajak tinggal bersama di istana.merdu. Dengan itu baginda sultan pun bersetuju menjadikan Bawang Merah permaisuri baginda. “Sungguh-sungguhkah kau sayangkan suamimu?” tanya Mak Bawang Putih kepada Bawang Merah.

Oleh kerana terasa hangat. baginda membuka baju lalu merebahkan diri di atas katil.” . “Aduh gatalnya! Miang rasanya.“Kenapa Mak Cik tanya begitu? Takkan saya tidak sayang kepada suami!” jawab Bawang Merah. sebenarnya engkau ini tidak layak menjadi permaisuri kerana tidak berketurunan raja!” “Benar kata makcik itu. “Begini.” pesannya lagi.” kata Mak Bawang Putih. Habis apa saya harus buat?” Lalu diberi sebungkus miang buluh. Apakah benda ini?” “Kenapa kanda?” tanya Bawang Merah terperanjat. “Dengan cara ini baginda akan merasa sangat sayang kepada engkau dan baginda akan lupa sama sekali tentang keturunan engkau. Malam itu baginda hendak beradu. “Apa yang adinda tabur di tempat tidur kanda ini?” “Dinda tabur miang buluh untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kita berdua. Miang buluh itu disuruh tabur di seluruh tempat tidur baginda. “Tetapi jangan beritahu yang Mak Cik suruh berbuat begitu.

Selagi engkau tidak lakukan yang ini. Mak Bawang Putih masuk lagi ke bilik Bawang Merah untuk menghasut. Dia pun mula melakukan apa yang diajar oleh Mak Bawang Putih itu. .” “Ini menandakan yang petua ini mulai berjaya kerana kalau baginda betul-betul murka. “Bagaimanakah miang buluh yang makcik suruh engkau tabur itu?” “Saya telah lakukan dan nampaknya baginda murka juga tetapi tidak berpanjagan. kasih sayang engkau tidak akan berpanjangan.” kata Mak Bawang Putih. Bawang Merah terperanjat mendengarnya. Di hari lain pula. “Ada sejenis lagi ubat kasih sayang yang engkau mesti lakukan terhadap baginda. Akhirnya Bawang Merah termakan pujuk.” Mak Bawang Putih berbisik kepada Bawang Merah. dinda! Kenapalah dinda bodoh sangat!” keluh baginda sultan. “Tidak makcik! Saya tidak mahu melakukannya!” Mak Bawang Putih terus juga memujuk. tentu dihalaunya engkau.” “Saya tidak mahu lagi makcik. Saya takut baginda murka!” “Jangan jadi bodoh Bawang Merah.“Dinda.

. Oleh kerana niat jahatnya itu masih tidak dihentikan. Maka dari itu terpaksalah mereka berdua bekerja semula untuk menyara hidup mereka. “Kanda!” Bawang Merah menerkam. Sudah tentu akan mengena dahi baginda. dia akan menghayun mata kapak itu.Mak Bawang Putih.Dia mengambil sebilah kapak yang tajam. Bawang Merah bersedia dengan kapak yang tergantung itu. Sebaik sahaja baginda membuka pintu.. Digantung hulunya di atas palang pintu. Baginda pun masuk. “Aduh kenapa ini dinda?” baginda berteriak kesakitan. . Darah keluar dari dahi baginda akibat terkena mata kapak. “Untuk mengekalkan hubungan kasih sayang kita berdua!” “Siapa yang mengajar semua ini?” “Mm. “Apakah yang dinda lakukan ini?” tanya baginda kehairanan. Tidak lama lagi baginda akan masuk bilik. baginda menghalau Mak Bawang Putih dan anaknya Bawang Putih keluar dari istana. Kapak dihayun.” Mak Bawang Putih disuruh menghadap baginda.Mm.

Rusa mendapati yang tujuan Rubah memanjat bukit itu adalah untuk mendapatkan sebiji Apple yang letaknya di atas sebuah bukit. Tanpa disedari. “Ini rupanya kerja Rubah. hampir setiap minggu seekor rusa akan melihat gelagat Sang Rubah. tujuannya untuk memetik Apple yang terdapat tinggi di atas sebuah bukit. di satu tempat yang jauh terdapat seekor Rubah yang tinggal di tepi sungai. bekalan untuk melalui perjalanan yang panjang. merentasi banyak halangan yang berliku.-TAMAT- Cerita 3 Kerana manisnya Dakwah Telah diceritakan pada suatu masa dahulu. Hampir setiap minggu Rubah akan berjalan merentasi sungai. Perjalanan untuk menaiki bukit itu bukanlah satu perjalanan yang mudah. aku pun nak rasalah” Rusa bermonolog sendirian. Perjalanan yang memerlukan persediaan. perjalanan yang memerlukan keazaman yang tinggi. Setelah disiasat. . tetapi kerana hamper setiap minggu akan muncul juga Rubah maka gelagat Rubah telah menarik perhatian Rusa. Pada mulanya Sang Rusa hanya mengabaikan sahaja Rubah. merentasi jambatan yang panjang untuk pergi mendapatkan sebuah Apple yang letaknya di atas sebuah bukit yang tinggi.

“Aku nak memanjat bukit ini untuk memakan buah Apple yang terdapat di puncak bukit ini. Sebaik sahaja Rusa mahu mengambil Apple tersebut. sedap sangat ke Apple di atas bukit itu. “Owh pokok Apple yang di atas bukit itu ke? Tapi perjalanan nak ke sana bukan mudah.Keinginan Rusa yang kuat mendorong Rusa memanjat bukit untuk memakan Apple dari pokok yang sama. setelah penat merentas hutan. Selang beberapa hari kemudian. Rusa mencuba dan terus mencuba dan akhirnya berputus asa kerana penat. tibalah Rusa ke bawah pokok Apple tersebut. didapati ketinggiannya tidak mencukupi untuk mengambil Apple itu. nak ke sini pun susah. Walaupun belum rasa tapi Rusa tahu yang Apple itu memang tidak sedap. melalui tebing yang curam dan banyak lagi cabaran yang bakal dilalui. kena melalui arus sungai. sedap Apple tu” Balas Rubah. “Buat penat sahaja aku datang sini. Perjalanan Rusa tidak mudah kerana terpaksa melalui halangan. dah la tak dapat makan Apple. merentas arus sungai yang deras. “Walaupun perjalanan untuk mendapatkan Apple itu jauh dan panjang. Rusa telah bertanya khabar kepada Rubah. “hai Sang Rubah. aku pun bukan tau panjat pokok” Rusa meninggalkan Apple itu begitu sahaja. melalui jambatan gantung untuk pergi ke pokok yang dituju. apa yang engkau nak lakukan?” Rusa bertanya walaupun dia sudah tahu akan jawapannya. seperti biasa ketika Rubah hendak memanjat bukit yang terdapat didalamnya pokok Apple. ada beza ke dengan Apple yang di bawah ini?”Tanya Rusa. tetapi engkau akan rasa kemanisan Apple itu jika engkau memakannya” balas Rubah .

Berhabis duit. belum rasa dikatanya tidak manis. masakan ada yang sanggup berkorban kerananya. Kesabaran dan kecekalan amat perlu untuk hanya memakan sebuah Apple yang terdapat di atas bukit yang tinggi. bahkan pula menjamahnya. kalau dah namanya Apple tu. jika tidak kerana manisnya. . masakan pula dia boleh mengatakan yang Apple itu tidak sedap sedangkan dia tidak pernah menikmatinya. malahan mati kerananya. untuk berdakwah. Rusa pun berlalu meninggalkan Rubah” Rubah meneruskan perjalanan untuk memetik buah Apple. “Engkau tidak akan faham Rusa kerana engkau belum pernah merasa lagi betapa manisnya Apple itu” Kerana manisnya Apple. sama sahaja dengan Apple di sini pun. Rusa pula tidak pernah merasa Apple yang terdapat di atas bukit. kerana manisnya dakwah. lihat kepada mereka yang berdakwah. memerah segala yang ada hanya untuk memastikan tertegaknya Islam. kalau tidak mahu lihatlah sekeliling. ya.“Taknaklah. Jangan jadi seperti Rusa. Lihat para sahabat. Begitu juga dakwah. Rubah sanggup mengharungi perjalanan yang panjang sematamata untuk memakan Apple.

mesti gajah ni!” .-TAMAT- Cerita 4 Disebalik : Sang Kancil dan Sang Gajah Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya. sang kancil pun berfikir. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia. sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar. “Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini” Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi. Dalam kebuntuan mencari idea. ni tak lain. namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa. “Kalau bunyi tapak kaki macamni.

padan muka engkau. tengah buat apa?” Tanya si Gajah. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu. Kemudian sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil. selamat aku” Kemudian sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi”. “Eh sang kancil. “Haha. dah hitam” Balas sang kancil. “Dari bahaya. Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat. kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini” Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. “Habis tu macam mana nak selamatkan diri?” Tanya si gajah. cuba tengok atas. . langit nak runtuh. “Masuklah sekali dalam lubang ini. “Menyelamatkan diri!” “Dari apa?” Tanya gajah lagi.Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.

Jadi tiada pilihan lain selain jadi orang yang cerdik dan baik kerana orang yang sebegini tidak akan ditipu juga tidak menipu. Juga jangan jadi seperti sang gajah kerana walaupun baik tapi tak cerdik akan ditipu. bagaimana kalau engkau berjaya tolong aku untuk keluar dari sini. apa yang cuba untuk disampaikan melalui cerita ini? Jadilah seperti sang kancil yang cerdik tapi tak baik? Atau jadilah seperti sang gajah yang baik tapi tak cerdik? “Orang baik tak cerdik akan ditipu. ye ke. Dan pengakhiran cerita sang kancil dan sang gajah itu sepatutnya begini. baiklah tapi aku nak keluarkan engkau bagaimana?” . aku akan bagi tebu yang paling besar di dalam hutan rimba ini!” balas sang kancil “Oh. dah berkali-kali aku cuba untuk keluar tapi tak berjaya. “Eh. “Aku terjatuh dalam lubang yang besar inilah. sang kancil. Teringat masa kecil dulu. Namun bila difikirkan kembali. inilah cerita dongeng dan turun temurun yang diwarisi dari zaman berzaman.Seronok juga bila membaca cerita kanak-kanak begini. orang yang cerdik tapi tak baik akan menipu” Jangan jadi sang kancil seperti dalam cerita tadi kerana sang kancil yang cerdik tapi tak baik telah menipu sang gajah untuk menyelamatkan diri. tengah buat apa?” Tanya sang gajah.

Tiada yang kecewa. Apalah nak jadi kalau kanak-kanak di Malaysia ingin jadi seperti kancil yang cerdik tapi tak baik? Agaknya sebab itulah negara agak kacau kot.“Cuba engkau tengok sekeliling. memberikan sang gajah tebu yang paling besar dalam hutan rimba. Win-win solution. sebab ramai yang cerdik tapi tak baik. Kan bagus kalau pengakhirannya begini. mana tau ada dahan kayu ke pokok tumbang ke untuk keluarkan aku dari lubang ini” “Oh aku Nampak ada dahan kayu” Kemudian sang gajah menggunakan kekuatannya menolak tunggul kayu dan menggunakan belalainya untuk menolak tunggul kayu ke dalam lubang. harap-harap bukan -TAMAT- . Kemudian sang kancil pun keluar dari lubang itu dan seperti yang dijanjikan. sang kancil tidak menipu sang gajah dan sang gajah mendapat habuan setelah menyelamatkan sang kancil. Hanya andaian semata-mata.

“Alakazam ! tutup… ” teriak kepala penyamun. Setelah para penyamun pergi. “Alakazam! Buka…. Alibaba kemudian bercerita pada istrinya apa yang baru saja dialaminya. Kasim. ketika Alibaba pulang dari mengumpulkan kayu bakar. semoga aku tak miskin lagi.. “Alakazam ! Buka…. “Uang ini sangat banyak… bagaimana jika kita bagikan kepada orang -orang yang kesusahan. Alibaba memberanikan diri keluar dari tempat sembunyinya. Akhirnya mereka sepakat untuk meminjam kendi sebagai timbangan uang emas kepada saudaranya. Pintu gua yang ada di depan mereka terbuka perlahan-lahan. Alibaba adalah adik Kasim yang hidupnya miskin dan tinggal didaerah pegunungan.” ujar istri Alibaba. sehingga ketika ia memberikan kendinya. dikota Persia. Alibaba segera pulang setelah sebelumnya menutup pintu gua.” pintu gua yang terbuat dari batu itu terbuka.. pintu gua pun tertutup. “Wah… Hebat!” teriak Alibaba sambil terpana sebentar karena melihat harta yang bertumpuk-tumpuk seperti gunung. ia akan dibunuh. Suatu hari. dan aku akan membantu tetanggaku yang kesusahan”. Kasim. “Gunungan harta ini akan Aku ambil sedikit. Kepala penyamun tibatiba berteriak. Berbeda dengan abangnya. ia mengoleskan minyak yang sangat lengket di dasar kendi. Setelah mengarungkan harta dan emas tersebut. uang emas tersebut tidak dapat dihitung Alibaba dan istrinya. Karena terlalu banyak. hidup 2 orang bersaudara yang bernama Kasim dan Alibaba.”. Alibaba memperhatikan para penyamun yang sedang sibuk menurunkan harta rampokannya dari kuda mereka.. Istri Alibaba sangat terkejut melihat barang yang dibawa Alibaba. Setelah itu mereka segera memasukkan seluruh harta rampokan mereka. Dari tempat persembunyiannya. seorang yang pencuriga.Alibaba dan 40 Penyamun Dahulu kala. Alibaba segera bersembunyi karena takut jika ia terlihat. Istri Kasim. . Ia mengandalkan hidupnya dari penjualan kayu bakar yang dikumpulkannya. Istri Alibaba segera pergi meminjam kendi kepada istri Kasim. ia melihat segerombol penyamun yang berkuda. seorang yang kaya raya tetapi serakah dan tidak pernah mau memikirkan kehidupan adiknya. Ia mendekati pintu gua tersebut dan meniru teriakan kepala penyamun tadi.

di gua harta. Para penyamun yang kejam tidak memberi ampun kepada Kasim. Ia segera dibunuh. Si penyamun segera memberi tanda silang dipintu rumah Alibaba. Kasim segera pergi ke rumah Alibaba untuk menanyakan hal tersebut. Setelah semuanya diceritakan Alibaba. bunuh!” teriak kepala penyamun. Setelah menerima uang dari penyamun. pasti ada orang lain yang tahu tentang rahasia gua ini. Kasim lupa mantra untuk membuka pintu. “Apa! Mayat! Siapa yang memintamu melakukan itu?” Tanya mereka. karena mayat Kasim sudah tidak ada lagi. “Hei maling! Tangkap dia. Alibaba segera pergi ke gua harta. . ia sudah lupa akan nasib suaminya yang malang. “Tolong… saya jangan dibunuh”.Keesokannnya. “Tolong antarkan kami padanya!”. Ia pergi ke gua harta dengan membawa 20 ekor keledai. Alibaba membawa tubuh Kasim ke tukang sepatu untuk menjahitnya kembali seperti semula.” kata si penyamun. ayo kita cari dan bunuh dia!” kata sang kepala penyamun. Istri Kasim yang menunggu dirumah mulai kuatir karena sudah seharian Kasim tidak kunjung pulang. ia berteriak “Alakazam ! Buka…”. “Aku akan melaporkan pada ketua. Kasim merasa lega. mohon Kasim. Setibanya di depan gua. mereka bertanya. Dilain tempat. Ketika ia hendak keluar. Kasim segera kembali kerumahnya untuk mempersiapkan kuda-kudanya. ia berteriak apa saja dan mulai ketakutan. Merekapun mulai berkeliling pelosok kota. Kasim segera masuk dan langsung mengarungkan emas dan harta yang ada didalam gua sebanyak-banyaknya. Akhirnya ia meminta bantuan Alibaba untuk menyusul saudaranya tersebut. Ketika bertemu dengan seorang tukang sepatu. Alibaba memberikan upah beberapa uang emas. Tiba-tiba pintu gua bergerak. Tetangga Alibaba. aku menjadi orang kaya”. mereka sama-sama terkejut. tukang sepatu mengantar mereka ke rumah Alibaba. para penyamun terkejut. ternyata di dasar kendi ada sesuatu yang berkilau. Istri Kasim segera berhenti menangis dan tersenyum. “Akulah orang itu. karena setelah menjahit mayat yang ter potong. Tapi ketika ia mau keluar. Setibanya dirumah. Morijana yang baru pulang berbelanja melihat dan mendengar percakapan para penyamun. Untuk membantu kakak iparnya itu Alibaba memberikan sekantung uang emas kepadanya. dan nanti malam kami akan datang untuk membunuhnya. Istri Kasim segera memanggil suaminya dan memberitahu suaminya bahwa di dasar kendi ada uang emas yang melekat. pintu batu gua bergerak terbuka. para penyamun sudah berada di luar. istri Kasim menangis sejadi-jadinya. “Tak salah lagi.”Apakah akhir -akhir ini ada orang yang kaya mendadak ?”. setelah kendi dikembalikan. Setelah selesai. Disana ia sangat terkejut karena mendapati tubuh kakaknya sudah terpotong.

istri dan tamunya sedang menonton tarian. Alibaba dan istrinya sangat terkejut. Setelah semuanya berlalu. dengan menyamar sebagai seorang penari. Morijana dengan cepat melemparkan pedang kecil yang sengaja diselipkannya dibajunya ke dada tamu Alibaba. Ia berpikir keras bagaimana cara untuk memberitahu Alibaba. Sumber : dongeng1001malam. Morijana.Malam harinya. Ia tidak mengenali wajah si kepala penyamun. terima kasih”. Ketika Alibaba.blogspot. sebelum Alibaba bertanya. “Morijana. Alibaba didatangi seorang penyamun yang menyamar menjadi seorang pedagang minyak yang kemalaman dan memohon untuk menginap sehari dirumahnya. Akhirnya ia mempunyai ide. tetangga Alibaba yang sedang berada diluar rumah. Alibaba yang baik hati mempersilakan tamunya masuk dan memperlakukannya dengan baik.com . engkau telah menyelamatkan nyawa kami. Morijana membuka samarannya dan segera menceritakan semua yang telah dilihat dan didengarnya. Alibaba membagikan uang peninggalan para penyamun kepada orang-orang miskin dan yang sangat memerlukannya. melihat dan mengenali wajah penyamun tersebut. Ia pergi kerumah Alibaba untuk menari.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->