You are on page 1of 11

2.

0 ) Penyataan Profesional

2.1) Sebelum Program Pengalaman Berasaskan Sekolah Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini member peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah. Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan di sekolah rendah yang telah dipilih oleh guru pelatih masing-masing. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut di samping membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir. Setelah meneliti tugasan yang diberikan, fokus utama yang dikenalpasti adalah ; a) Tugasan yang diberikan oleh IPGM Aktiviti refleksi, kolaborasi, pemerhatian dan laporan yang perlu dilaksanakan dan disediakan selepas selepas PBS, selaras dengan huraian tugasan dalam Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah.

b) Tugasan Pengajian Profesional Terbahagi kepada EDU3101 dan interaksi anda dengan komuniti sekolah semasa menjalani PBS, rekodkan dapatan anda tentang amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) diaplikasikan. Tujuan tugasan yang diberikan adalah untuk : a) Memahami budaya sekolah

b) Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah. c) Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid. d) Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran. e) Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. f) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal. g) Membina sikap positif terhadap profesion keguruan. h) Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru. i) Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi. Untuk itu, saya telah memilih sekolah lama saya di sebuah daerah di Tatau di bahagian Bintulu, Sarawak iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Annau dengan nombor pendaftaran YBB9206. Saya berminat untuk menjalankan PBS di sekolah ini kerana saya pernah belajar di sekolah ini pada tahun 1994 hingga tahun 2000. Selain itu, sekolah ini juga merupakan sekolah yang terdekat dengan rumah saya dan senang untuk tujuan ulang alik. Sebelum memulakan PBS di sekolah tersebut, saya mendapatkan maklumat sekolah terlebih dahulu seperti alamat lengkap dan nombor telefon untuk rujukan pihak institut. Setiap pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan yang rapi agar tugasan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Pada dasarnya, saya telah menyediakan draf awal untuk setiap perkara yang akan dilakukan sebelum bermulanya PBS. Misalnya menyediakan jadual untuk Ukuran Perkembangan Fizikal Kanak-kanak, lakaran carta organisasi dan sebagainya. Dalam pada itu, setiap perkara yang akan dilakukan sepanjang PBS disediakan dengan laporan refleksi yang akan direkodkan selepas sahaja selesai melakukan sesuatu perkara tersebut. Ini bertujuan untuk motivasi diri dan membaiki kelemahan yang terdapat dalam diri ketika melakukan sesuatu perkara.

2.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus Semasa menjalankan PBS selama seminggu, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang tempoh PBS di SK Kuala Annau. Bil. 1. Tarikh 23 Mac 2009 Tindakan - Melapor diri melalui Penolong Kanan HEM. (Guru Besar & Penolong Kanan 1 berurusan di luar sekolah) - PK HEM mengenalkan saya kepada guru-guru dan staf sekolah. - Mendapatkan Maklumat Umum Sekolah daripada PK HEM - Mencari bahan-bahan rujukan di Bahagian Porfolio Sekolah - Meninjau keadaan P&P di prasekolah dan mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan kurikulum prasekolah SK Kuala Annau.

2.

24 Mac 2009

- Menghadiri perhimpunan sekolah - Mengambil gambar aktiviti gotong-royong PIBG yang sedang dijalankan - Membantu menyediakan makanan kepada ibu bapa yang hadir - Mengumpul maklumat sekolah  Sejarah  Carta organisasi  Kemudahan - Mendapatkan bahan RPH daripada beberapa orang guru - Menemuramah PK1 - Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di kelas Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. - Mengambil ukuran fizikal beberapa orang pelajar.

- Mengambil gambar persekitaran sekolah

3.

25 Mac 2009

- Mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan GERKO - Mengemaskini laporan - Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. - teach-in di kelas Tahun 4 dan Tahun 5 - Mengikuti perasmian Program Kem Bina Insan (KBI) - Membantu menguruskan pelajar KBI dan mengambil gambar aktiviti - Mendapatkan maklumat pengurusan sekolah daripada Pembantu Tadbir

4.

26 Mac 2009

- Mendapatkan beberapa orang pelajar prasekolah untuk aplikasi Teori Perkembangan Piaget - Menemuramah Pembantu Pengurusan Murid - Meninjau keadaan di dapur sekolah - Mengambil gambar kemudahan yang disediakan di sekolah - Membantu aktiviti dalam Kem Bina Insan - Menyertai penutupan Kem Bina Insan yang dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kecil Tatau

5.

27 Mac 2009

- Menyemak bahan-bahan yang telah diperolehi - Mendapatkan tandatangan PK1 untuk pengesahan kehadiran sepanjang PBS - Mengembalikan bahan-bahan yang dipinjam daripada sekolah - Mendapatkan borang Penilaian Perkembangan Pelajar daripada PK1. - Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan.

Catatan : Guru Besar SK Kuala Annau, En..sedang melanjutkan pelajaran bagi Program Pensiswazahan Guru Besar di UiTM kampus Kota Samarahan, Sarawak sepanjang tempoh PBS ini.

2.3 ) Penilaian dan Laporan Selepas menjalani PBS di sekolah, saya mula melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu Kontrak Tugasan atau Penyataan Profesional. Tugasan ini memerlukan gabungan dapatan yang terperinci untuk menyiapkan laporan PBS yang telah dilaksanakan berdasarkan senarai semak yang telah disediakan. Setiap aktiviti yang telah saya lakukan di sekolah sepanjang PBS telah direkodkan, dianalisis dan disediakan refleksi untuk setiap satunya. Agak sukar bagi saya untuk menggabungkan hasil dapatan saya kerana bahan yang diperolehi begitu banyak dan berlaku sedikit kekeliruan. Walaubagaimanapun, masalah tersebut selesai setelah saya berbincang dengan rakan-rakan dan bertanya kepada pensyarah yang berkaitan. Berikut ini adalah tindakan yang saya lakukan selepas sahaja tamat Program Pengalaman Berasaskan Sekolah sebelum tarikh penghantaran. Bil 1. Tarikh 28 Mac 2009 Tindakan Mengumpul semua dapatan untuk diasingkan mengikut keperluan tugasan. Menaip teks temuramah yang diperolehi

2.

29 Mac 2009

Memilih gambar-gambar yang diperlukan sebagai rujukan Mengisi jadual data yang telah disediakan

3.

30 Mac 2009

Menaip draf dan mengumpulkan rekod-rekod kolaborasi Berbincang bersama rakan-rakan untuk tindakan selanjutnya

4.

31 Mac 2009

Menyalin semula refleksi supaya lebih kemas

Menyusun data dapatan ke dalam bentuk jadual

5.

01 April 2009

Menyusun dan mengemaskini maklumat Menaip tugasan Mencetak bahan-bahan yang diambil secara soft-copy Menyediakan penyataan untuk gambar

6.

02-06 April 2009 Menaip draf lengkap untuk tugasan Menyediakan muka depan tugasan Menggunting penyataan gambar

7.

07 April 2009

Menyemak kembali kekuranga pada tugasan Membetulkan kesilapan yang telah dikenalpasti Menyediakan folio Mencetak tugasan yang telah disiapkan

8.

08 April 2009

Meneliti hasil tugasan

9.

09 April 2009

Menghantar tugasan

3.0 ) Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan

3.1 ) Pemerhatian Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan semasa berada di SK Kuala Annau, saya telah mengambil gambar-gambar yang berkaitan sebagai instrumen pelengkap tugasan. Rujuk Lampiran Bahagian 1.

3.2) Senarai Semak Saya mendapatkan bahan-bahan dan melengkapkan data yang diperlukan berdasarkan kepada senarai semak yang telah disediakan. Melalui senarai semak tersebut, saya dapat mencari instrumen yang diperlukan dengan lebih terperinci dan teratur. Rujuk Senarai Semak di muka surat sebelah.

3.3) Temu Bual Bagi mendapatkan pandangan serta maklumat yang berkaitan, saya turut menemubual beberapa orang kakitangan sekolah dan juga pelajar . Temu bual tersebut telah saya catatkan dalam bentuk nota ringkas dan bertulis tangan semasa sesi temu bual tersebut.

4.0 ) Kolaborasi

Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama beberapa orang kakitangan sekolah dan juga pelajar ke dalam boring kolaborasi yang disediakan beserta tandatangan pengesahan. Saya berpendapat bahawa, kolaborasi adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan di samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga meningkatkan keyakinan diri ketika berinteraksi. Rujuk Lampiran Kolaborasi di muka surat sebelah.

5.0 ) Ilmu / Pengetahuan Baru

5.1 ) Pemerhatian Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman tentang suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan bahawa setiap sekolah ditekankan dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan mendorong pihak sekolah menjalankan tugas dengan lebih komited. Dalam pada itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih sempurna membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan yang lemah atau pasif. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengurusan sekolah yang terdahulu yang mana proses perkembangan dalam beberapa aspek agak lambat berbanding pengurusan yang ada sekarang. Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar di SK Kuala Annau yang telah dibudayakan sejak beberapa tahun yang lalu. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut menunjukkan kerjasama dan sikap yang hormat yang tinggi kerana perkara ini amat ditekankan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, pelajar bukan sahaja mengucap selamat kepada guru ketika berlintas tetapi juga turut bersalam dan mencium tangan guru. Ini merupakan satu budaya yang perlu diteruskan untuk terus membentuk modal insane yang gemilang. Meskipun dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid dan juga sekolah pedalaman yang kurang sempurna kemudahnnya, namun saya mendapati bahawa sekolah ini sentiasa ingin maju dan cuba meningkatkan prestasinya dalam segenap aspek. Hal ini telah mendorong kepada pelbagai pelaksanaan aktiviti yang melibatkan peningkatan kepada reputasi sekolah dan seterusnya mendapat penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Daerah. Hal ini menjadi satu dorongan kepada saya untuk menempuh alam perguruan kelak jika saya ditempatkan di sebuah sekolah yang sedemikian.

5.2) Pengalaman di Bilik Darjah Saya berpeluang teach-in semasa menjalankan PBS di SK Kuala Annau kerana ketiadaan beberapa orang guru yang berurusan di luar sekolah. Dengan memanfaatkan kesempatan yang ada, saya mengampil peluang untuk mendalami suasana di dalam kelas dengan berinteraksi dengan pelajar-pelajar. saya telah membimbing beberapa orang pelajar yang sedang membuat tugasan yang ditinggalkan oleh guru mereka. Di samping itu, saya berasa seronok kerana begitu tertarik dengan suasana bilik darjah yang begitu menarik dan unik. Saya dapat merasakan bahawa, suasana bilik yang kondusif dan sudut pembelajaran yang sempurna menjadikan pelajar lebih bersemangat untuk belajar dan menumpukan sepenuh minat kepada P&P. Tidak kurang juga terdapat pelajar yang sedikit nakal terutamanya pelajar Tahun 1 yang suka membuat bising. Ini menjadi satu tanggungjawab kepada guru untuk membuat teguran kepada pelajar. Saya juga sempat bertindak sedemikian dengan menegur mereka yang bising dan seterusnya menjalankan aktiviti yang menarik minat mereka. Seterusnya, saya turut menjalankan pemantauan di kelas-kelas yang sedang menjalankan P&P dan dibimbing oleh guru. Dari situ, saya dapat mengetahui kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk memudahkan pelajar memahami proses pembelajaran mereka. Rata-ratanya, guru-guru lebih suka menggunakan kaedah pengajaran moden iaitu penggunaan ICT kerana itu lebih menarik minat pelajar.

6.0 ) Refleksi

Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif. Melalui refleksi, saya dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan. Selain itu, saya juga dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan. Di samping itu, saya akan mampu memperkembangkan keupayaan celik akal bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan. Secara langsung juga, refleksi dapat meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu professional keguruan yang tinggi. Rujuk Amalan Refleksi di muka surat sebelah.

You might also like