You are on page 1of 5

i-Creative : Kreativiti Penjana Pendidikan

Hanis Aqilah Johari Zikri Awang PISMP Sains hanisq89@gmail.com Jabatan Sains,IPG KSM zikri@ipgmksm.edu.my ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi menambahbaik amalan guru dalam proses pengajaran dengan menggunakan kaedah iCreative iaitu guru menyediakan aktiviti yang berbeza daripada silibus untuk mengajar subjek Sains. Responden bagi kajian adalah 33 orang murid Tahun 3 di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Besut. Data dikumpul melalui pemerhatian, soal selidik dan juga temubual. Proses pengajaran ini melibatkan dua kitaran yang berbeza iaitu aktiviti Bubling Explosion untuk Kemahiran Manipulatif Sains dan penggunaan Magnet Gergasi untuk Kemahiran Proses Sains. Hasil dapatan soal selidik mendapati responden memberikan respon positif terhadap penggunaan kaedah ini iaitu sebanyak 87 % berbanding respon negatif sebanyak 13 % sahaja .Kaedah ini juga terbukti dapat menarik minat murid untuk belajar kerana terdapat penurunan kekerapan bagi tingkahlaku distruptif ketika guru menjalankan kitaran pertama dan kedua.Ini menunjukkan bahawa kaedah yang dijalankan mampu untuk mengubah amalan guru dalam bilik darjah di samping menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan. Kata kunci : Kaedah i-Creative,Kemahiran Manipulatif dan Kemahiran Proses Sains.

1.0 Pengenalan Pendidikan sedunia semakin mementingkan peningkatan kemahiran berfikir dalam melahirkan individu yang kreatif. Ini disokong oleh Seminar For All, (1990) yang dianjurkan oleh Bank Dunia, UNICEF dan UNESCO yang mengatakan bahawa kemahiran asas tidak lagi terbatas kepada 3M tetapi ditambahkan lagi dengan dua kemahiran iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran saintifik. Justeru itu, guru sebagai ejen pendidikan perlu mengubah amalan pengajaran mereka dengan menerapkan kreativiti dalam proses pengajaran. Fokus penerapan elemen kreativiti ini adalah lebih kepada pengajaran Kemahiran Manipulatif Sains dan juga Kemahiran Proses Sains untuk Tahun 3. Rasional tajuk ini dipilih adalah kerana kemahiran ini merupakan tunjang dalam pengajaran sains yang perlu dikuasai oleh murid-murid Tahun 3 sebelum mereka melangkah ke Tahap Dua nanti. 2.0 Fokus kajian Berdasarkan pengalaman mengajar subjek Sains di 3 buah sekolah sebelum ini, saya mendapati kebanyakan guru lebih cenderung untuk merujuk kepada buku teks dan buku rujukan semata-mata dan tidak terkecuali diri saya sendiri. Oleh itu, saya ingin memberi fokus kepada penyediaan aktiviti-aktiviti baru yang menjana kreativiti guru agar pengajaran tidak membosankan serta dapat mengubah amalan guru yang lebih berpusatkan pengajaran tradisional selama ini. Elemen kreativiti dipilih oleh saya kerana penggunaan elemen ini adalah bersifat universal dan dapat mencipta keseronokan di dalam sesi pengajaran. Pengajaran saya pula berpusatkan Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipultif Sains kerana tajuk ini merupakan tunjang dalam pembelajaran subjek Sains. Oleh itu, saya perlu mengetahui dan menguasai kemahiran proses sains ini terlebih dahulu sebelum kemahiran tersebut dapat diajarkan kepada murid.

3.0 Objektif kajian Objektif umum a) Untuk melakukan penambahbaikan di dalam amalan pengajaran guru menerusi penerapan elemen kreativiti dalam bilik darjah.

Objektif khusus a) Untuk mengubah amalan pengajaran guru melalui kaedah i-Creative di dalam bilik darjah.

b) Mengenalpasti isu yang timbul daripada penggunaan kaedah i-Creative di dalam bilik darjah. Persoalan kajian. a) Adakah kaedah i-Creative yang guru laksanakan dapat menambahbaik amalan pengajaran yang sedia ada?

b) Apakah isu yang timbul daripada pengajaran guru berbentuk kreativiti? 4.0 Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran yang dipilih oleh saya merangkumi murid-murid tahun 3 di salah sebuah sekolah di daerah Besut berjumlah 33 orang. Murid-murid ini terdiri daripada 18 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan dan mereka memiliki pencapaian yang sederhana di dalam subjek Sains. Rasional saya memilih mereka sebagai responden ialah kerana mereka lebih terdedah dengan aspek pembelajaran kreativiti menerusi kurikulum KSSR. Selain itu, rasional yang kedua adalah kerana saya ingin menyediakan proses pembelajaran yang menarik supaya mereka akan lebih gembira untuk belajar subjek Sains di Tahap Dua nanti 5.0 Pelaksanaan tindakan Pelaksanaan tindakan ini adalah berdasarkan model yang telah dikemukakan oleh Stephen Kemmis seperti Rajah 1.

KITARAN PERTAMA
1) PERANCANGAN. Saya tidak berpuas hati dengan kaedah pengajaran yang biasa digunakan di dalam proses pengajaran dan merancang untuk menyediakan aktiviti yang lebih kreatif dalam pengajaran. 2) TINDAKAN Tindakan yang saya jalankan adalah menyediakan aktiviti Bubling Explosion untuk pengajaran Kemahiran Manipulatif Tahun 3.

3) PEMERHATIAN
Saya melibatkan diri dengan melakukan pemerhatian kepada respon yang diberikan oleh muridmurid dengan menggunakan jadual pemerhatian tingkah laku semasa aktiviti dijalankan.

1)PERANCANGAN SEMULA. Saya merancang semula aktiviti berdasarkan masalah yang didapati pada kitaran pertama. Cadangan kaedah untuk kitaran kedua adalah dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai tajuk kemahiran Proses Sains. 4) REFLEKSI.

KITARAN

Refleksi dilakukan dengan menemubual murid-murid setelah pengajaran dijalankan.

2) TINDAKAN. Saya menjalankan tindakan kedua iaitu dengan mencipta Magnet Gergasi dan memberikan BBM yang mencukupi kepada murid bagi mempelajari tajuk pengelasan. Rajah 1. Perlaksanaan tindakan.

3) PEMERHATIAN. Pemerhatian tingkahlaku murid dijalankan semasa proses pengajaran sedang berlangsung.

4) REFLEKSI Saya membuat refleksi dan mengenalpasti masalah pengajaran yang timbul melalui soal selidik yang diberikan kepada murid.

6.0 Dapatan kajian Untuk menjawab persoalan kajian yang pertama , saya telah memberikan borang soal selidik kepada murid untuk dijawab yang mengandungi soalan seperti Jadual 1. Jadual 1 Soalan soal selidik BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ITEM SOALAN Pembelajaran sains adalah lebih menyeronokkan apabila guru menyediakan aktiviti Bubling Explosion . Saya dapat memahami tentang Kemahiran Manipulatif semasa melakukan eksperimen. Saya lebih suka melakukan eksperimen yang tiada di dalam buku teks. Pengajaran guru amat menyeronokkan. Saya dapat bekerjasama dengan rakan sewaktu menjalankan aktiviti. Bahan dan alat radas yang disediakan oleh guru mencukupi. Saya dapat melihat MAGNET GERGASI dengan jelas. Saya mudah memahami konsep pengelasan apabila guru menggunakan MAGNET GERGASI. Warna dan huruf di atas MAGNET GERGASI menarik minat saya. Guru telah menyediakan aktiviti yang sangat menggalakkan saya berfikir semasa proses pembelajaran. JUMLAH PERATUS ( %) JAWAPAN. YA TIDAK 33 27 20 33 28 30 31 30 29 26 287 87 0 6 13 0 5 3 2 3 4 7 43 13

Untuk menganalisis data soal selidik ini, saya telah mewakilkan jawapan YA sebagai persepsi positif murid dan jawapan TIDAK sebagai persepsi negatif murid terhadap sesi pengajaran secara keseluruhannya setelah intervensi dilaksanakan iaitu respon positif murid adalah sebanyak 87 % berbanding respon negatif sebanyak 13 % sahaja.Ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah i-Creative sebagai intervensi untuk mengubah amalan pengajaran guru dalam bilik darjah mendapat respon yang positif dari murid-murid dan wajar diteruskan untuk sesi pengajaran subjek Sains. Selain itu, saya turut menjalankan temubual berstruktur sebagai sokongan kepada soal selidik yang telah dijalankan seperti Jadual 2 .

Jadual 2 Respon murid terhadap temubual berstruktur

BIL 1 2 3 4 5

ITEM Mengapakah pembelajaran Sains lebih menyeronokkan dengan penyediaan pelbagai aktiviti ? Bagaimanakah pengajaran guru dapat menyeronokkan anda? Bagaimanakah anda dapat menggunakan alat radas yang disediakan? Bagaimana anda dapat bekerjasama dengan rakan? Mengapakah pembelajaran secara 'hands on' membantu anda belajar dengan lebih baik? JUMLAH MIN PERATUS (%)

RESPON POSITIF 23 30 33 26 28 140 4.24 85

RESPON NEGATIF 10 3 0 7 5 25 0.75 15

Berdasarkan dapatan pada Jadual 2, saya mendapati bahawa 85 % memberikan respon positif semasa temubual berstruktur dijalankan sekaligus menyokong dapatan soal selidik yang telah saya perolehi.

Seterusnya, bagi menjawab soalan kajian yang kedua pula, saya telah melakukan pemerhatian secara berkumpulan dan disemak dengan menggunakan kod. Pemerhatian ini bertujuan untuk meneliti isu yang timbul sepanjang pengajaran berlangsung dimana ia melibatkan kitaran pertama dan juga kitaran kedua. Jadual 3 Jadual kod tingkahlaku Kod 1 hingga kod 5 merupakan tingkah laku murid yang dapat diperhatikan semasa pengajaran dijalankan KOD 1 2 3 4 5 Jadual 4 Pemerhatian bagi tingkahlaku dalam kelas KITARAN Kitaran 1 PEMERHATIAN Kumpulan yang paling kerap melakukan tingkahlaku distruptif di dalam kelas adalah Kumpulan 2 yang terdiri daripada lima orang murid lelaki dan mereka sukar menumpukan perhatian di dalam kelas dengan melakukan tingkahlaku seperti bercakap, berjalan-jalan dan cuba untuk menarik perhatian guru. Kumpulan 5 merupakan kumpulan yang menumpukan perhatian kepada pengajaran guru dengan tidak menimbulkan sebarang masalah tingkahlaku semasa saya sedang mengajar.Tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kumpulan lain adalah seperti berangan-angan dan membuat kerja lain semasa saya sedang mengajar. Apabila kitaran kedua dijalankan, tingkahlaku distruptif semakin berkurang. Sebagai contoh, bagi kumpulan 2 yang paling banyak melakukan tingkahlaku negatif pada Kitaran 1 seperti bercakap, berjalan-jalan ke tempat lain dan cuba menarik perhatian guru telah bertukar menjadi lebih baik dengan hanya melakukan kod 5 sahaja iaitu cuba menarik perhatian guru. TINGKAHLAKU Bercakap tentang perkara yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberikan . Berangan-angan semasa guru mengajar. Berjalan-jalan dari satu tempat ke tempat yang lain. Membuat kerja lain semasa guru mengajar Cuba untuk menarik perhatian guru

Kitaran 2

7.0 Rumusan dan refleksi dapatan kajian. Kesimpulannya, penggunaan kaedah i-Creative ini dapat mengubah amalan guru di dalam proses pengajaran Sains dengan penyediaan aktiviti yang berbeza dan menarik .Hal ini terbukti dengan respon positif yang diperolehi hasil daripada soal selidik iaitu sebanyak 87 % berbanding respon negatif sebanyak 13 % sahaja. Ini menunjukkan bahawa halangan guru untuk melaksanakan kreativiti seperti kajian Mohamad Mohsin (2008) dapat diatasi menerusi kajian ini. Namun demikian, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan seperti : 1) Menambahkan instrumen kajian seperti analisis portfolio murid sebagai analisis dokumen untuk sokongan terhadap kajian yang dijalankan. 2) Menambahkan lagi tempoh pelaksanaan kajian untuk meningkatkan lagi kebolehpercayaan kajian yang dijalankan.

3) Menggunakan kaedah intervensi ini untuk tajuk lain yang lebih rumit bagi membantu guru mengajar dengan lebih berkesan.

RUJUKAN Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunus . (2008). Halangan-halangan kepada Usaha Memupuk Kreativiti di Kalangan Pelajar. Diakses daripada http://eprints.uthm.edu.my/131/1/mohamad_mohsin.pdf Mohamed Nor Che Nor . (1990). Asas-asas Pendidikan Satu Pengenalan : Flo Enterprise Sdn.Bhd. Mohamad Shatar Sabran. ( 2006). Tip Pendidik Cemerlang : Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd. Pusat perkembangan Kurikulum .(2003). Diakses daripada http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/sp/sains.html# Roadrangka, V., Muhammad Nor Ahmad, & Said Manap .(1996 ). Science process skills performances among students in Malaysia, the Philippines and Thailand. SEAMEO Regional Centre for Education in Science and Mathematics, Penang. Siti Zuliana Abdul Hamid. (2005).Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Pelajar Tingkatan 5 Dalam Matapelajaran Kimia Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Daerah Johor Bharu . Projek Sarjana Muda: Universiti Teknologi Malaysia. Shahril Asan Barseni . (2001). Kajian Kes Mengenai Hubungan Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru-Guru Teknikal Dengan Personaliti Yang Mereka Miliki Di SMT Dato Sri Mohd. Zin Alor Gajah, Melaka . Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Team, K.P. (2007). Tahap pencapaian & pelaksanaan kemahiran proses sains dalam kalangan guru pelatih. Diakses daripada http://eprints.usm.my/9342/1/TAHAP_PENCAPAIAN_DAN_PELAKSANAAN.pdf. Ting, S. & et.al .( 2013) . Penyelidikan Tindakan dalam Pendidikan : Freeminds Horizon Sdn.Bhd. Yahaya Buntat & Noor Sharliana Mat Nasir. ( 2011). Faktor-faktor yang mendorong kreativiti dalam kalangan pelajar , , Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2, Jun 2011, Pages 175-208 / ISSN: 2231-735X, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like