You are on page 1of 5

KELUARGA SAYA

Nama saya Nur Aqilah binti Zulkefli.Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.Keluarga saya terdiri daripada datuk,nenek,ayah,ibu,dan tiga lagi adik.Saya merupakan anak sulung dalam keluarga. Nama ayah saya ialah Zulkefli bin Mamat.Ayah saya dilahirkan pada 02 Ogos 1966.Ayah saya berumur 45 tahun.Ayah saya bekerja sebagai peniaga.Ayah saya seorang yang penyayang.Ayah mempunyai 11 orang adik beradik.Beliau merupakan anak yang ke empat. Nama ibu saya ialah Rohana binti Ismail.Ibu saya berumur 42 tahun dan dilahirkan tanggal 7 Julai 1969. Ibu saya bekerja sebagai seorang guru.Ibu saya seorang yang tegas dan penyayang.Beliau sentiasa menasihati saya belajar bersungguhsungguh supaya dapat berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.Ibu saya juga mempunyai 11 orang adik beradik dan merupakan anak yang ke dua dalam keluarga. Saya juga mempunyai seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan.Nama adik lelaki saya ialah Muhammad Ammar bin Zulkefli.Adik saya berumur 9 tahun dan belajar dalam tahun 5 .Adik saya dilahirkan pada 28 februari 2000.Beliau seorang yang aktif dalam bidang sukan terutama bola sepak.Beliau sentiasa mewakali sekolah dalam pertandingan bola dan bercita-cita menjadi pemain bola sepak dunia suatu hari nanti. Nama adik perempuan saya yang pertama ialah Nur Aisyah Mardiah binti Zulkefli.Adik saya berumur 10 tahun.Adik saya belajar dalam tahun empat.Adik saya seorang yang peramah dan amat rajin.Nama adik perempuan saya yang bongsu ialah Nurul Nadhirah binti Zulkefli.Adik saya sangat cantik dan pintar.Adik saya berumur 6 tahun.Adik saya belajar di kelas pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Nama datuk di sebelah ayah saya ialah Mamat bin Mahmood.Datuk saya berumur 67 tahun.Manakala nama nenek saya ialah Dayang bin Muda.Nenek saya berumur 64 tahun. Nama datuk sebelah ibu saya ialah Ismail bin Omar.Datuk saya sudah meninggal dunia hampir setahun yang lalu.Saya juga mempunyai nenek bernama Minah binti Mat Salleh.Nenek saya berumur 62 tahun. KISAH KELUARGA SAYA Di samping ayah,ibu dan adik-adik yang disayangi, saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Mereka sering mengambil berat pada kami

sekeluarga.Ayah saya berasal dari Terengganu,manakala ibu saya dilahirkan di Kelantan. Datuk dan nenek sebelah ayah saya tinggal di Terengganu.Mereka sangat baik.Beliau sudah bersara.Kini datuk dan nenek menjadi guru al-Quran kepada anakanak Kampung.Saya amat berbangga kepada mereka berdua.Walaupun sudah semakin uzur,mereka tetap ingin membantu anak-anak kampung mengaji quran.Mereka juga amat disegani di Kampungnya. Saya juga mempunyai seorang nenek sebelah ibu saya.Datuk saya sudah meninggal dunia.Walaubagaimanapun saya masih ingat lagi yang datuk saya sangat baik,lemah lembut dan penyayang.Kami suka bergurau kerana datuk seorang yang kelakar.Nenek saya juga seorang yang baik,rajin dan amat menyayangi kami semua.Kami tinggal berhampiran dengan rumah nenek.Neneklah yang mengajar kami mengaji al Quran.Kami sangat menghormati dan menyayang nenek.Sesungguhnya saya amat bangga mempunyai keluarga yang bahagia.Segala masalah yang kami hadapi,kami selesaikan secara bersama. Saya dilahirkan dihospital Besar Kuala Terangganu,Terengganu.Saya kini belajar di Sekolah Maahad Amir InderaPetra,Beris Kubur Besar.Dalam peperiksaan Upsr Tahun Lepas saya mendapat keputusan 4A 1B.Saya amat bangga kepada keluarga saya kerana mereka sentiasa memberi galakan kepada saya supaya berjaya dalam pelajaran. Dalam keluarga saya,mereka sering mengutamakan pelajaran,ini adalah kerana ibu saya seorang pendidik(guru) yang amat tegas.Ibu saya amat menitikberatkan pelajaran kepada kami sekeluarga.Dalam keluarga ibu,ibu adalah tokoh guru yang berkelibar dan sering dijadikan panduan .Saya bangga mempunyai ibu yang penyayang dan mementingkan pendidikan untuk anak-anak.Bagi saya ibu adalah ibu,guru dan kawan tempat kami bergantung dan mencurah kasih sayang. IBU SAYA Tokoh yang paling saya hormati dalam keluarga saya adalah ibu saya sendiri iaitu Puan Rohana bt Ismail.Ibu saya berumur 42 tahun dan dilahirkan di Kampung Pantai Senak,Tawang Bachok Kelantan.Ibu saya bekerja sebagai seorang guru.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak.Seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Raja Sakti sehingga ke tingkatan Lima.

Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM,ibu melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Kubang Kerian,Kota Bharu Kelantan.Selepas itu ,beliau melanjutkan pelajaran ke Institut Kemahiran Mara dalam bidang Elektronik.Selepas itu ditawarkan ke Maktab Perguruan Perempuan Melaka.Pada tahun 1995,beliau memulakan tugas pertamanya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntung,Kuala Terengganu.Bertemu jodoh dengan Zulkefli Bin Mamat dan memperolehi empat orang cahaya mata iaitu Nur Aqila h,Muhammad Ammar ,Nur Aisyah Mardiah dan Nurul Nadhirah bt.Zulkefli. Minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan menyebabkan beliau menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Ideris Tanjung Malim,Perak untuk mendapatkan Ijazah Dalam pengkhususan Bahasa Melayu.Beliau seorang yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan merupakan seorang tokoh guru yang dihormati.Saya amat bangga mempunyai ibu seperti beliau. CARA KITA MENGHARGAI JASA IBU BAPA Dalam kehidupan,anggota keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan kita.Mereka banyak berjasa dan sanggup berkorban untuk kita .Kita sepatutnya menghargai jasa dan pengorbanan mereka.Kita boleh menghargai jasa dan pengorbanan mereka dengan menulis kata-kata untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan terhadap mereka.Contoh kata-kata penghargaan terhadap anggota keluarga ialah: Ayah,ibu, jasa kalian amat Ku hargai.Kami sayang kamu Tanda kita mengingati peristiwa bersejarah dalam keluarga kita juga menandakan kita mengambil berat tentang keluarga kita.Mengingati hari jadi ibu bapa,adik-adik,datuk nenek atau saudara terdekat kita amat penting untuk mengiratkan tali silaturahim antara ahli keluarga Cara kita mengingati hari jadi,hari ibu atau bapa boleh kita lahirkan dengan memberi hadiah atau menulis kad ucapan. Buat Ibuku sayang, Ibu,kaulah satu dalam seribu Menjadi penghibur hatiku Ibu,makan minumkumkau sediakan Pakaianku kau jaga dan sentiasa Membelaiku dengan manja Mengulit tidurku agar lena Ibu,tanpamu disisiku,siapakah aku?

bu,kasihku Hingga akhir hayatku..

padamu

kekal

abadi

Sebagai kesimpulannya kita hendaklah mengasihi keluarga kita kerana tanpa mereka siapalah kita.Keluarga merupakan orang yang penting dalam hidup kita.Kita perlu sayang menyayangi antara satu sama lain.Kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan berkongsi masa suka dan duka bersama anggota keluarga.Sejarah diri dan keluarga amat penting kita pelajari untuk menjadikan kita seorang yang matang dan kenal siapa diri kita dan keluarga.

SAJAK BUAT AYAH


Ayah. Dirimu ibarat sang awan Yang memayungi kehidupan kami Yang senantiasa memerlukan dirimu Saat sang suria memanaskan sinarnya Ayah.. Tidak akan hilang di benak kami Tidak akan pudar dari pandangan kami Betapa mulia hatimu Betapa besar jiwamu Menepis ranjau dan duri itu Untuk mencari sesuap nasi buat kami Ayah. Kesabaran juga tetap terbatas Meski diuji dan dicabar Oleh karenah kami Yang adakalanya nakal Yang adakalanya tidak mahu mendengar katamu Ayah Pengorbanan mu tetap abadi dijiwa kami. Terimakasih ayah..semoga Allah memberkati umur dan amalanmu.

Posted by Rohana Binti Ismail at Tuesday, October 11, 2011